kelab komputer-surat2

Post on 25-Dec-2015

24 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

SURAT

TRANSCRIPT

Kelab Komputer,Sek. Keb. Merbau,Jalan Tengku Mahkota,15300 Kota Bharu,Kelantan

Ruj. Kami : SKM800-1/7(01) Tarikh : 8hb. Januari 2014-02-17

Kepada :Semua Guru Penasihat dan Ahli,Kelab Komputer.

Saudara/saudari,

MESYUARAT AGUNG KELAB KOMPUTER 2014Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Komputer akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 9 Januari 2014 Masa : 12.00 Tengahari Tempat : Makmal Komputer

2. Agenda mesyuarat seperti berikut :-

2.1 Ucapan Guru Penasihat2.2 Melantik Pencatat Minit2.3 Pelantikan AJK 20142.4 Perancangan Tahunan2.5 Majlis Bersurai

3. Sehubungan dengan itu semua guru yang terlibat dan ahli kelab Komputer sekolah diwajibkan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut.Sekian , Terima Kasih.

……………………………..(PUAN ROSLINA BT. AWANG)Guru Penasihat Kelab Komputer

s.k 1. Fail Kelab Komputer 2. Pen. Kanan Ko-Kurikulum

MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB KOMPUTER SEKOLAH 2014

Tarikh : 9.1.2014Masa : 12.00 tengahariTempat : Makmal Komputer

Mesyuarat berjalan mengikut agenda seperti berikut :

Agenda 1 : Ucapan Guru Penasihat- Pn. Roslina bt. Awang mengalu-alukan selamat dating dan mengucapkan berbanyak terima

kasih kepada guru penasihat dan semua ahli kelab. Kerana hadir ke mesyuarat ini. Diharapkan semua ahli akan mengambil bahagian secara aktif dan member kerjasama kepada semua aktiviti yang akan dirancang selepas ini. Kehadiran ahli adalah wajib.

Agenda 2 : Melantik Pencatat minit.- Semua ahli bersetuju dengan sebulat suara melantik Nur Zaidatul Alia Binti Kamil dari kelas

4 Tekun sebagai pencatat minit.

Agenda 3 : Pelantikan AJK 2014- Selepas dijalankan pengundian, maka nama-nama berikut telah dipilih untuk menjadi AJK

tahun 2014- Pengerusi : Nik Nur Najaa Syairah Binti N. Mohd. Nasir 6 Tekun- Naib Pengerusi : Muhamad Faiz Bin Ruslan 6 Usaha- Setiausaha : Muhammad Aqasha Irrwan Bin Baharin 6 Usaha- Bendahari : Muhammad Amsyar Darwisy Bin Mohd Zuhairi 6 Tekun

Ajk:

1. Nur Zaidatul Alia Binti Kamil 4 Tekun2. Wan Alia Farisha Binti Wan Mohd Hanif 4 Usaha3. Nur Fatihah Natasha Binti Abdullah 5 Gigih 4. Muhammad Syafiq Danial Bin Razman 5 Gigih 5. Muhd. Amiruddin Bin Hang Tuah 6 Usaha6. Muhammad Luqman Bin Dzuhan Fitri 6 Gigih

Agenda 4 : Perancangan Tahunan - Mengadakan aktiviti mingguan setiap bulan sepanjang tahun.- Akan mengadakan carnival persatuan dan kelab peringkat sekolah pada bulan April 2014.- Akan mengadakan lawatan sambil belajar di sekitar Kota Bharu pada bulan Jun 2014.- Akan menyertai aktiviti anjuran PPD dan JPN pada bila-bila masa bila dijemput.

Agenda 5 : Majlis bersurai- Mesyuarat Agung berjalan lancer dan berakhir jam 2.30 petang.

Disediakan oleh ,

…………………………………… (Muhammad Aqasha Irrwan Bin Baharin )Setiausaha Kelab Komputer)

s.k : Fail Kelab Komputer

Disahkan oleh,

………………………………….(Puan Roslina bt. Awang)Guru Penasihat Kelab Komputer)

Kepada :

Puan Roslina bt. Awang,Sek. Keb. Merbau

Tarikh : 1 hb. Januari 2014

Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT KELAB KOMPUTER

Berhubung dengan perkara di atas , dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Penasihat Kelab Komputer Sek. Keb. Merbau berkuatkuasa mulai 1hb. Januari 2014 hingga 31hb. Disember 2014.

2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pihak tuan.

3. Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan pendidikan dan kelab computer.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………(HANAPI BIN ARSHAD)Guru BesarSek. Keb. MerbauMerangkapPENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH

Kepada,

Tuan Guru Besar,Sek. Keb. Merbau,Jalan Tengku Mahkota,15300 Kota Bharu,Kelantan

Tarikh : 2hb. Januari 2014

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB KOMPUTER

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, PUAN ROSLINA BT. AWANG berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan KELAB KOMPUTER mulai 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.

2. Bersama-sama ini disertakan :2.1 Draf Perlembagaan2.2 Draf Aktiviti asas2.3 Senarai nama Jawatankuasa Penaja

3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………..(PUAN ROSLINA BT. AWANG)Guru Penasihat Kelab KomputerSek. Keb. Merbau

s.k Fail Kelab Komputer

Kepada :

Puan Roslina bt. Awang,Guru Penasihat Kelab KomputerSek. Keb. Merbau

Tarikh : 5 hb. Januari 2014

Tuan,

KELULUSAN PENUBUHAN KELAB KOMPUTER 2014

Merujuk surat tuan bertarikh 1hb. Januari 2014 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan KELAB KOMPUTER Sek. Keb. Merbau adalah DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 1hb. Januari 2014 hingga 31hb. Disember 2014.

2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….(HANAPI BIN ARSHAD)Guru BesarSek. Keb. MerbauMerangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH

s.k 1. Jawatankuasa Pengurusan KoKurikulum Sekolah 2. Guru Penolong Kanan KoKurikulum 3. Fail Kelab Komputer

Kepada ,

ENCIK MOHD. RAFFI BIN CHE SOH

6hb. Januari 2014-02-18

Melalui dan salinan ,

Tuan Guru BesarSek. Keb. Merbau

Saudara,

SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASA

Berhubung perkara diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998 P.U 196, saudara telah dilantik sebagai Guru Penolong Penasihat Kelab Komputer sek. Keb. Merbau berkuatkuasa mulai 1hb. Januari 2014 hingga 31hb. Disember 2014.

2. Bersama-sama ini disertakan senarai Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh saudara.

3. Semoga dengan pelantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk meningkatkan lagi prestasi Kelab Komputer.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..(PUAN ROSLINA BT. AWANG)Guru Penasihat Kelab KomputerSek. Keb. Merbau

top related