kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala |...
Post on 31-Aug-2019
47 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 1
KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA TAHUN 2018 ANJURAN
PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
PADA 5 - 7 OKTOBER, 2018
1.0 NAMA PROGRAM :
Kejohanan Bola Jaring Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia 2018
2.0 PENGANJUR
Kejohanan Bola Jaring ini dianjurkan oleh Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA)
bersama Majlis Perbandaran Manjung
3.0 TARIKH PERTANDINGAN :
5 – 7 Oktober 2018 (Sabtu – Ahad )
4.0 TEMPAT PERTANDINGAN :
Dewan Tertutup, Majlis Perbandaran Manjung
5.0 YURAN PENDAFTARAN
5.1 Ahli : RM 250.00
5.2 Bukan Ahli : RM 500.00
6.0 HADIAH
6.1 Johan : RM2,000 + Piala Iringan + Medal
6.2 Naib Johan : RM1,500 + Medal
6.3 Tempat Ke 3 : RM1000 + Medal
6.4 Tempat Ke 4 : RM 500 + Medal
BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 2
7.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM
7.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Persatuan Bola
Jaring Antarabangsa (IFNA) tahun 1977 dan Jawatankuasa Penganjur.
7.2 Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak
meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat
penganjuran aktiviti Sukan Kerajaan Tempatan.
7.3 Setiap pemain hendaklah terdiri daripada anggota Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri
yang layak didaftarkan sebagai pemain termasuk anggota yang dilantik secara kontrak
(telah berkhidmat melebihi 6 bulan).
7.4 Setiap pendaftaran peserta hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan
penyata gaji bagi tempoh tiga bulan (Julai, Ogos & September 2018) yang telah
disahkan oleh Datuk Bandar, Yang di-Pertua atau Setiausaha/ Ketua Jabatan serta
perlu dibawa semasa hari kejohanan.
7.5 Setiap peserta berjawatan kontrak hendaklah membawa salinan penyata KWSP bagi bulan
APRIL 2018.
7.6 Mana-mana pasukan (yang dikenalpasti oleh pihak penganjur) menyenaraikan pemain
bukan dari kakitangan PBT yang berkenaan (pemain import) akan DIBATALKAN
penyertaan mereka serta-merta termasuk membatalkan penyertaan kejohanan sukan
MALA 2018.
7.7 Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada
Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Urusetia Sukan Kerajaan
Tempatan atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan
PBT yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-
peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan yang berkenaan.
8.0 SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN
8.1 Semua pasukan hanya dibenarkan memakai pakaian sukan yang sesuai.
8.2 Jawatankuasa kejohanan menetapkan hanya 32 pasukan terawal mendaftar yang layak
menyertai kejohanan ini.
8.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan :-
a) 1 orang Pengurus Pasukan. b) 1 orang Jurulatih c) 1 orang Fisio (Pegawai Perubatan) d) 12 orang Pemain e) Minima 2 orang pemain veteran (40 tahun keatas) bermain dalam perlawanan dalam satu masa.
BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 3
8.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang
disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur, hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja
dibenarkan untuk mengambil bahagian. Salinan Kad Pengenalan hendaklah disertakan
bersama-sama borang pendaftaran.
8.5 Hanya seorang pemain sahaja boleh didaftarkan dalam satu pasukan. Jika terdapat
pemain yang pasukannya kalah / menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain
maka penyertaan kedua-dua pasukan yang berkenaan dibatalkan.
8.6 Pertukaran nama pemain boleh dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus
Pasukan yang akan diadakan sehari sebelum kejohanan dimulakan.
8.7 Setiap pasukan boleh mendaftar seberapa ramai pemain Malaysia atau bekas pemain
Malaysia yang berjawatan tetap manakala pemain berjawatan kontrak tahun
berkelayakan adalah pada tahun 2013 ke atas sahaja yang dibenarkan.
Walaubagaimanapun hanya seorang pemain Malaysia atau bekas pemain Malaysia
dibenarkan bermain pada sesuatu perlawanan dalam pertandingan.
9.0 FORMAT PERTANDINGAN:
9.1 Setiap pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pusingan awal dijalankan
secara LIGA manakala pusingan seterusnya secara KALAH MATI.
9.2 Pembahagian mata ialah seperti berikut :-
MENANG - 3 MATA
SERI - 1 MATA
KALAH - 0 MATA
9.3 Setiap pasukan diwajibkan menyenaraikan dua (2) pemain veteran semasa setiap kali
perlawanan.
9.4 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama dalam pusingan LIGA,
pemenang akan ditentukan seperti berikut:
i) PURATA GOL iaitu jumlah jaringan gol dibahagikan dengan jumlah gol yang kena.
ii) Jika purata gol masih seri, maka PERBEZAAN GOL akan digunapakai iaitu jumlah
jaringan gol tolak jumlah gol yang kena.
iii) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan
diisytiharkan sebagai pemenang.
9.5 Jika berlaku keputusan berakhir dengan seri dalam pusingan KALAH MATI maka
keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:
i) Pertandingan akan disambung semula setelah rehat 5 minit dan kedua-dua
pasukan akan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah.
BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 4
ii) Pemain akan diteruskan dengan 5 hantaran tengah yang dibuat secara bergilir-
gilir. Keputusan hantaran tengah yang kelima akan berakhir dengan jaringan gol.
9.6 Kejohanan ini dijalankan secara tertutup (indoor)
10.0 TEMPOH PERLAWANAN :
Pusingan Awal hingga Suku Akhir - Masa Pertama - 7 minit
Rehat - 1 minit
Masa Kedua - 7 minit
Separuh Akhir dan Akhir - Masa Pertama - 10 minit
Rehat - 3 minit
Masa Kedua - 10 minit
11.0 TATATERTIB PAKAIAN / PERALATAN :
11.1 Pakaian pasukan hendaklah seragam.
11.2 Setiap pemain hendaklah memakai - ‘T atau Jersi dengan Track - bottom’.
Seluar pendek atau ‘tight’ tidak dibenarkan.
11.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set Bib yang berlainan warna.
12.0 PERALATAN PERTANDINGAN /PENGADILAN :
Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan peralatan pertandingan dan Pegawai Teknikal
sepanjang kejohanan
13.0 TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN :
13.1 Pasukan atau pemain yang terlewat 10 minit dari masa yang dijadualkan bermain akan
dianggap sebagai menarik diri serta kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan
dengan jumlah jaringan 10 berbalas 0.
13.2 Walaubagaimanapun tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma
kepada pasukan lawan. Urusetia Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia akan mengambil
tindakan dengan melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan agar mengambil tindakan
tegas kepada pihak / pasukan yang terlibat bertanggungjawab.
13.3 Menarik diri (walk over) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika ianya berlaku maka
pasukan atau pemain dianggap menarik diri keseluruhan kejohanan sukan MALA.
BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 5
14.0 UNDIAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN :
Undian dan mesyuarat pengurus pasukan bersama pengadil, jawatankuasa teknikal dan penganjur.
15.0 BANTAHAN :
15.1 Setiap bantahan semasa kejohanan hendaklah secara bertulis dan akan dikemukan
kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan dalam tempoh 30 minit selepas sesuatu acara
berserta dengan bayaran sebanyak RM300.00 yang mana tidak akan dikembalikan
manakala bantahan yang diterima akan dipulangkan sebanyak RM 150.00. Keputusan
yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan / Bantahan adalah muktamad dan sebarang
rayuan semula tidak akan dilayan.
15.2 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan akan dipengerusi oleh Pengerusi Jawatankuasa
Penganjur dengan ahli-ahli berkecuali yang akan dilantik. Jawatankuasa boleh meminta
Pengurus Pasukan menghadiri untuk mendengar keputusan bantahan / rayuan
sekiranya perlu.
15.3 Jawatankuasa Rayuan / Bantahan berhak memanggil pemain / pengadil / pegawai
bertugas sekiranya perlu bagi membantu siasatan tersebut.
16.0 RISIKO DAN TANGGUNGJAWAB :
16.1 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan / kehilangan
harta benda kepunyaan pegawai / pemain / kematian samada sebelum / semasa /
selepas kejohanan berlangsung.
16.2 Sebarang pindaan dan perubahan jadual adalah tidak dibenarkan, walaubagaimanapun
Jawatankuasa Pengajur boleh menggunakan budi bicara sekiranya berlaku perkara di luar
jangkaan.
17.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN ( KUASA MUTLAK ) :
17.1 Apa-apa jua syarat-syarat atau peraturan-peraturan yang tidak DISEBUT dalam syarat-
syarat dan peraturan ini, maka Jawatankuasa Penganjur adalah diberi kuasa mutlak untuk
membuatnya.
17.2 Semua pemain diwajibkan membawa Kad Pengenalan dan semua Pengurus
dikehendaki membuat semakan pendaftaran di meja pengelola sebelum perlawanan
bermula termasuk mengadakan kawad cam pada semua pemain.
BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 6
18.0 PENGESAHAN PENDAFTARAN PASUKAN
18.1 Pihak penganjur menerima pendaftaran pasukan melalui faks, emel atau hadir sendiri ke
Sekretariat.
18.2 Bayaran secara tunai @ cek atas nama:
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
NOMBOR AKAUN : 08059010010968, BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD atau
boleh hadir ke pihak sekretariat.
18.3 Pendaftaran lengkap bagi kejohanan / pertandingan ini hendaklah dihantar / difaks
kepada :-
URUSETIA KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA TAHUN 2018 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG JALAN PINANG RAJA, 32040 SERI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. 18.4 Pihak urusetia boleh dihubungi
NAMA - NUR SYAFIQAH FATIHAH BINTI MOHD SUKELI NO. TEL H/P - 013- 473 9916 NO. TEL PEJ. - 05 - 689 8837
EMAIL - uppl.mpm@gmail.com FAKS - 05 - 688 2102 NAMA - NURMALA IZYAN BINTI DAHALAN NO. TEL H/P - 011 - 1472 5769 NO. TEL PEJ. - 05 - 689 8831 EMAIL - smartkomunitimpm@gmail.com
FAKS - 05 – 688 2102
18.5 TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 28 SEPTEMBER 2018 (JUMAAT)
18.6 Taklimat dan pengundian kejohanan akan diadakan pada 5 Oktober 2018 (Jumaat)
Jam 5:00 petang bertempat di Majlis Perbandaran Manjung.
BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 7
KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA TAHUN 2018 ANJURAN
PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
PADA 5 - 7 OKTOBER, 2018
1. NAMA PBT : ……………………………………………………………………………………………………………..
ALAMAT : …………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………
2. TELEFON/FAKS : ……………………………………………………………
3. NAMA PENGURUS : ………………………………………………………………………………………………………………
NO TEL : ……………………………………………………........
4. NAMA JURULATIH : ……………………………………………………………………………………………………………..
5. NAMA FISIO : ……………………………………………………………………………..................................
BIL NAMA PESERTA NO / KP NO. PEKERJA NO. KWSP
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
* Sila sertakan salinan kad pengenalan bagi setiap peserta * Sila sertakan 3 bulan salinan slip gaji bulan Julai - Sept 2018 * Termasuk salinan penyata KWSP bagi bulan April 2018 BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN (MALA )
BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 8
DATUK BANDAR/ TIMBALAN DATUK BANDAR/ PENGURUS YANG DI-PERTUA/TIMBALAN YANG DI- PERTUA/ ATAU SETIAUSAHA
……………………………………………………….. …………………………………………………………… Tandatangan & Cop Tandatangan Tarikh : Tarikh :
* Pihak urusetia boleh dihubungi
NAMA - NUR SYAFIQAH FATIHAH BINTI MOHD SUKELI NO. TEL H/P - 013- 473 9916 NO. TEL PEJ. - 05 - 689 8837
EMAIL - uppl.mpm@gmail.com FAKS - 05 - 688 2102 NAMA - NURMALA IZYAN BINTI DAHALAN NO. TEL H/P - 011 - 1472 5769 NO. TEL PEJ. - 05 - 689 8831 EMAIL - smartkomunitimpm@gmail.com
FAKS - 05 – 688 2102
BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 9
LAKARAN TAPAK
Pelan Lokasi
BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 10
top related