kawasan pertanian sabak bernam
Post on 31-Oct-2015
126 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kawasan Pertanian
Terdapat banyak kawasan pertanian yang terdapat di Sabak Bernam
antaranya adalah ladang mangga, ladang koko, ladang kelapa sawit, ladang getah,
ladang kelapa serta kebun pisang. Menurut Majlis Daerah Daerah Sabak Bernam,
43,799.58 hektar tanah bersamaan 48.93% daripada tanah di Sabak Bernam
digunakan untuk kawasan pertanian. Kawasan tanah pamah ini banyak
mempengaruhi dan menyumbang kepada aktiviti dan ekonomi penduduk tempatan
Sabak Bernam. Hasilnya, mulai Januari sehingga Disember 2009, Sabak Bernam
telah berjaya memperolehi RM1,189,544.00 bagi nilai bersih pengeluaran.
a) Tanah Liat dan Berpasir
Ladang mangga merupakan contoh ciri budaya yang sesuai ditanam di tanah
lempung berpasir di Sabak Bernam. Ladang Mangga ini terletak di Kg. Sungai
Limau, Sungai Besar dan kesemuanya diusahakan oleh penduduk tempatan yang
bumiputera. Mangga yang ditaman menghasilkan buah yang manis sebanyak dua
kali setahun. Pengusaha-pengusaha ladang ini berperanan sebagai pengeluar
bahan makanan di mana buah yang dihasilkan sangat manis dan digemari sekaligus
memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk sekitar.
Selain itu, ladang mangga ini turut berperanan sebagai pengeluar bahan
mentah di mana mereka dianggap sebagai pembekal mangga kepada pengusaha
atau peniaga-peniaga kecil jus mangga. Pada musimnya, pemilik ladang sering
menawarkan kepada para pengunjung untuk berkunjung ke ladang mangga mereka
untuk menikmati sendiri buah mangga yang dipetik sendiri dari pokoknya. Secara
tidak langsung, ia dapat menarik minat baik pelancong tempatan mahupun
pelancong asing ke Sabak Bernam. Ini membuktikan, dengan kewujudan ladang
mangga ini sedikit sebanyak mempengaruhi aktiviti ekonomi penduduk di kawasan
ini.
Kebun Pisang juga sesuai ditanam di kawasan tanah lempung berpasir.
Kebanyakan ladang pisang yang diusahakan terletak berhampirann dengan
kediaman penduduk tempatan bagi memudahkan mereka mengusahakan dan
memantau kawasan kebun daripada sebarang ancaman atau gangguan. Antara
jenis pisang yang ditanam di ladang pisang ini adalah pisang tanduk, berangan dan
nangka. Hasil yang diperolehi akan dijual kepada pemborong-pemborong di sekitar
Selangor dan beberapa daerah di Negeri Perak. Selain itu, penduduk tempatan turut
mempelbagaikan kegunaan buah pisang iaitu pisang masak boleh dimakan segar
atau diproses menjadi berbagai-bagai produk seperti puri, hirisan dalam sirap atau
buah koktel, pisang kering atau salai, makanan bayi, kerepek, keropok, jem, jeli,
serbuk, minuman dan juga cuka. Manakala pemprosesan buah pisang di peringkat
matang terhad kepada pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang. Ini
menunjukkan wujudnya peluang pekerjaan di dalam kumpulan utaman pekerjaan
dalam bidang pertanian pisang ini. Ia termasuklah kumpulan pengeluaran,
perkhidmatan serta pembuatan.
b) Tanah Laterit
Ladang Koko sesuai ditanam di tanah laterit selain ia menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi penduduk di Sabak Bernam. Begitu juga dengan petumbuhan
ekonomi Malaysia di mana sambutannya yang menggalakkan dan permintaannya
yang semakin meningkat menjadikan Malaysia sebagai pengeluar koko keempat
terbesar di dunia. Turut dijangkakan permintaan ini akan kekal pada paras tinggi
untuk tempoh lama berikutan situasi tidak stabil di Ivory Coast iaitu pengeluar koko
terbesar dunia. Keluasan ladang koko yang rata yakni kawasan tanah pamah di
Sabak Bernam ini mampu menempatkan 1000 buah pokok bagi setiap 1 hektar
tanah serta menghasilkan 30-45 biji buah bagi setiap pokok.
c) Tanah Berpasir
Industri kelapa masih memain peranan penting dalam perdagangan negara.
Pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport kelapa dan produk kelapa bernilai
RM466,210,137 manakala import kelapa dan produk kelapa bernilai
RM429,139,342. Begitu juga dengan ladang kelapa yang terdapat di Sabak Bernam
yang memberikan keuntungan kepada penduduk sekitar baik dari segi ekonomi
mahupun peluang pekerjaan. Oleh sebab itu, pengusaha-pengusaha ladang ini
berhasrat untuk meluaskan kawasan ladang disebabkan oleh permintaan terhadap
buah kelapa yang semakin meningkat serta nilainya yang semakin tinggi.
Antara hasil eksport terdiri daripada minyak kelapa dara, kelapa parut kering
dan santan manakala import utama terdiri daripada minyak kelapa, karbon teraktif,
dan kelapa segar dan nata de coco.
top related