karya agung tugasan kedua
Post on 11-Aug-2015
187 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODENKOLEJ SASTERA DAN SAINS
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SGRM 3073 PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
TAJUK TUGASAN :
BERDASARKAN TEKS YANG SAMA DENGAN TUGASAN PERTAMA, HURAIKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KARYA AGUNG MELAYU DAN BAGAIMANA NILAI TERSEBUT DITERAPKAN
DALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH.
DISEDIAKAN OLEH:
1 210294 AHMAD ZAIREL B IBRAHIM
2 210283 KHOIRULNIZAM B ABDUL RAHMAN
3 210296 ROSMANIZAM B ISMAIL
4 201502 RIDHUAN B AINI
DISEDIAKAN UNTUK:
EN MOHAMAD AZMI AB RAHMAN
TARIKH SERAHAN:
7 DISEMBER 20121
Pengenalan
Masyarakat sangat memerlukan pendidikan pada zaman ini. Menurut
Cristopher Dawson dalam Tajul Ariffin (1993), sistem pendidikan memberi tumpuan
utama dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang. Oleh itu, kita perlu melihat
dari sudut falsafah pendidikan yang utuh iaitu falsafah pendidikan kerohanian dan
moral kerana pendidikan moden sukar untuk membina nilai murni manusia. Sebagai
bukti, walaupun manusia maju dalam bidang sains dan teknologi, tetapi dari segi
akhlak, martabat manusia masih menunjukkan nilai-nilai yang negatif.
Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pembelajaran
Nilai murni telah didefinisikan sebagai satu perlakuan yang baik, beradab dan
bertatasusila dalam hubungan manusia sesama manusia, alam dan tuhan. Takrifan
tentang nilai murni telah dinyatakan sebagai : " tanggapan berkenaan perkara-
perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran.
Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya dipaksikan kepada nilai keagamaan.
Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan seluruh
penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia”
Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini
berlangsung melalui dua pendekatan yang berbeza iaitu pendekatan implisit dan
juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara
tidak langsung menerapkan sesuatu nilai itu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil.
Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum oleh semua guru
kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada
2
bila-bila masa dan di mana-mana ketika yang difikirkan sesuai.
Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan sesuatu
peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara
yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta
menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang
mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai
murni dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan
Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti
lain yang bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah
lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta
penilaian yang lebih jelas.
Dasar Kurikilum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat kira-kira 17
jenis nilai-nilai murni yang akan diterapkan terhadap pelajar dengan 63 cabang nilai
yang wajar diteladani oleh setiap pelajar, oleh sebab karya sastera kaya dengan
nilai-nilai murni, pengajaran komsas dapat membentuk pelajar yang berperibadi
baik. Sebagai contoh, nilai yang dinyatakan iaitu:
Baik hati 1. Belas kasihan2. Bertimbang rasa3. Murah hati4. Saling memahami5. Sedia memaafkan
Berdikari1. Bertanggungjawab2. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain3. Jaya diri4. Yakin kepada diri sendiri
Berhemah tinggi
3
1. Kesopanan2. Mengaku kesalahan sendiri3. Ramah mesra
Hormat-menghormati 1. Hormat kepada ibu bapa2. Hormat kepada orang yang lebih tua3. Taat kepada raja dan Negara4. Hormat kepada hak asasi5. Hormat kepada undang-undang6. Menghargai maruah diri
Kasih sayang1. Sayang kepada nyawa2. Sayang kepada alam sekeliling3. Cinta kepada Negara4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian
Keadilan 1. Bertindak adil2. Sentiasa saksama
Kebebasan
1. Kebebasan di sisi undang-undang2. Kebebasan dalam sistem demokrasi
Keberanian 1. Berani dengan tidak membuta tuli2. Berani kerana benar3. Berani mempertahankan kebenaran4. Berani bertanggungjawab
Kebersihan fizikal dan mental 1. Kebersihan diri2. Kebersihan persekitaran3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan
Kejujuran1. Bersifat amanah2. Bercakap benar3. Sentiasa ikhlas
4
Kerajinan1. Cekal2. Daya usaha3. Dedikasi4. Gigih5. Tekun
Kerjasama1. Persaudaraan2. Tanggungjawab bersama3. Gotong-royong4. Toleransi5. Kebaikan bersama6. Perpaduan
Kesederhanaan1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku
Kesyukuran1. Berterima kasih2. Mengenang budi3. Menghargai
Rasional 1. Boleh membuat pertimbangan2. Boleh membuat penaakulan3. Berfikiran logik dan terbuka
Semangat bermasyarakat 1. Bermuafakat2. Kejiranan3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat
Semangat kewarganegaraan 1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia2. Bersemangat patriotik3. Berusaha dan produktif
Penerapan nilai-nilai murni melalui teks kesusasteraan adalah sejajar dengan
hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.Sesuai
dengan fungsinya sebagai alat hiburan, pendidikan, provokasi dan juga sebagai 5
dokumen sosial. Hasrat dan matlamat kerajaan juga dinyatakan melalui Penyata
Razak pada tahun 1956 dan diteruskan dengan pengenalan pelbagai dasar
pendidikan dan yang terbaru adalah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
( PIPP ) yang memberikan fokus kepada perpaduan dan memperkasakan sekolah.
Berdasarkan PIPP melalui teras keduanya yang bertujuan adalah untuk
membangunkan modal insan dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam
menghayati nilai-nilai murni, bermoral serta bersikap positif.
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara
yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri seperti percaya dan patuh kepada tuhan,
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersikap penyayang, bertanggungjawab
kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Berbakti dan memberikan sumbangan
kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Serta memiliki sahsiah yang
seimbang dan sepadu.
Penerapan nilai-nilai murni melalui teks kesusasteraan Melayu juga dapat di
kongsi bersama melalui tindakan yang bersepadu dalam membendung berlakunya
penularan pelbagai penyakit dalam masyarakat yang berpunca dari kecanggihan
teknologi dengan menjerat remaja dan masyarakat kepada pelbagai masalah. Isu
ponteng kelas, pelacuran, perjudian, merempit dan sebagainya dapat diatasi dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penganjuran apresiasi nilai-nilai sastera
seperti penganjuran teater, mestamu puisi, seminar dan sebagainya.. Penglibatan
golongan pelajar yang ramai secara tidak langsung dapat mewujudkan situasi
interaksi antara pelajar yang berbilang kaum. Kesinambungan interaksi akan lebih
melahirkan kesefahaman sekaligus dapat membentuk sebuah masyarakat yang
bermoral berteraskan nilai-nilai murni.
6
Rasional pengenalan nilai-nilai murni ini wujud dalam pengajaran sastera
adalah akibat daripada dasar kerajaan Inggeris pada suatu masa dahulu. Sikap
penjajah yang menjalankan dasar pecah dan perintah telah menyebabkan berlaku
peristiwa 13 Mei. Rusuhan kaum berlaku akibat tiada kepekaan dalam kalangan
penduduk yang mengaku sebagai rakyat Malaysia. Struktur masyarakat yang
terpisah akibat polarisasi kaum telah menyebabkan dasar pendidikan yang
dimulakan oleh Tun Abdul Razak tidak dapat direalisasi dengan jayanya. Pengajaran
kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum
dilihat sebagai sebuah langkah yang dapat menyatukan pelbagai bangsa yang
seterusnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu dan harmoni.
Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah
meneliti beberapa nilai akhlak yang terdapat di dalam beberapa agama yang
terdapat di Malaysia. Penerapan nilai tersebut bertujuan untuk membentuk murid
yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.
Penekanan bagi penerapan nilai ini diteruskan melalui pelaksanaan KBSR dan
KBSM.
Pembentukan nilai-nilai murni melalui teks sastera adalah berdasarkan
peranannya sebagai agen masyarakat. Nilai murni dilihat mampu diterapkan
berdasarkan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu ( KS ). Pembelajaran
pelbagai jenis genre seperti puisi iaitu pantun, syair, teromba, gurindam, cerpen ,
novel dan drama kesemuanya menjuruskan kepada melahirkan sebuah masyarakat
yang bersopan santun dan berbudi pekerti tinggi.
Contoh seperti dalam Hikayat Melayu, telah dimuatkan dengan peristiwa-
peristiwa penting yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah,
7
Sultan Mansur Syah, Sultan Alau`d-Din Ri`ayat Syah, Sultan Mahmud Syah dan
lain-lain lagi.Turut dimuatkan ialah kisah perhubungan luar Melaka dengan negara-
negara jiran dan negara-negara luar seperti Melaka dengan Siam, Benua China,
Benua Keling, Pasai, Pahang dan lain-lain lagi.
Dalam Hikayat Melayu juga ada memaparkan kisah-kisah peperangan dan
penaklukan. Contohnya penaklukan Melaka ke atas Siak, Kampar, Pahang dan lain-
lain, serta kedatangan Peringgi dan penguasaannya ke atas Melaka. Selain itu
Hikayat Melayu juga turut mengaitkan peristiwa-peristima yang bersifat fiksyen dan
mitos. Contohnya seperti kisah Raja Suran turun ke negeri bawah laut yang
bernama Dika dan juga kisah-kisah di Bukit Gunung Si Guntang.
Selain itu, terdapat juga kisah-kisah mitos seperti mitos pembukaan tempat
dan negeri seperti pembukaan Pasai, Singapura dan Melaka, mitos kemasukan
Islam di Melaka, dan mitos peminangan Puteri Gunung Ledang. Dalam pada itu juga
tidak ketinggalan kisah tentang tokoh-tokoh yang dianggap lagenda seperti Badang,
Hang Tuah, Tun Perak dan banyak lagi.
Di sebalik kisah-kisah yang wujud dalam Hikayat melayu ini,terdapat banyak
perkara yang pelajar dan masyarakat boleh ambil ikhtibar untuk dijadikan
pengajaran.Ini kerana setiap kisah yang digarap memaparkan tentang kebijaksaan
masyarakat pada suatu masa dahulu yang berpandangan jauh dalam melontarkan
idea dan pengajaran pada masa tersebut. Idea tersebut terakam melalui pemilihan
kata yang puitis dan merdu apabila diucapkan secara tidak langsung memainkan
peranan mendidik masyarakat dengan cara yang halus.
Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan
8
agama, secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat Malaysia akan
terdedah kepada amalan yang menjuruskan kepada perkara-perkara yang boleh
merosakkan perpaduan. Kurang kepekaan terhadap isu semasa tidak mustahil
peristiwa berdarah 13 Mei akan berulang. Tindakan Majlis peguam yang menganjur
pelbagai forum yang menyentuh sensitivi kaum pada ketika ini yang dianjurkan
secara terbuka lebih bersifat mencurah minyak ke api. Peristiwa seperti ini dapat
diatasi jika masyarakat Malaysia menerima pakai nilai-nilai murni yang terdapat
dalam teks kesusasteraan Melayu.
Antara nilai- nilai murni yang terpancar melalui teks kesusasteraan melayu
adalah seperti nilai baik hati, kepahlawanan, hormat-menghormati, kerajinan,
patriotisme, berdikari dan juga berkaitan dengan hukum-hukum islam.Nilai baik hati
yang diterapkan melalui teks Kesusasteraan Melayu banyak terangkum dalam
media seperti drama, novel, puisi dan cerpen.
Berdasarkan Kisah ‘Hang Tuah’ yang menggambarkan mengenai ketaatan
rakyat kepada raja, wajar diberikan perhatian kerana ia juga satu proses mendidik
masyarakat. Ia bukan sahaja menjadi contoh dan ikutan tetapi juga ia turut dibanggai
dan dikagumi oleh rakyat dan masyarakat luar.Kegagahan dan ketaatan yang
ditunjukkan oleh Hang Tuah menjadi lambang kehebatan orang-orang melayu,
sehingga Hang Tuah dianggap sebagai tokoh lagenda yang penuh dengan
keagungan. Kebenaran wujudnya tokoh lagenda ini terus dikaitkan dengan tinggalan
sejarah seperti perigi Hang Tuah yang dikatakan tidak pernah kering biarpun musim
panas. Hang tuah dianggap memiliki sifat ‘supernatural’ keberanian dan semangat
kepahlawanan sejak kecil, taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka.
Kehebatan Hang tuah ini menjadi pendorong kepada semangat kemelayuan
9
sehingga lahir ungkapan ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’ . Kehebatan dan
ketangkasan Hang Tuah ini diceritakan oleh pengarang seperti berikut:
“ Maka sekali peristiwa ada seorang Jawa demam terkukul-kukul. Maka
oleh segala orang muda-muda ditertawakannya. Maka Jawa itupun
kemalu-maluan, lalu ia mengamuk dengan golok sunda. Maka orang pun
banyak mati dibunuh oleh jawa itu, seorang pun tiada dapat mengembari
dia. Maka orang pun gemparlah berlarian sana-sini. Maka Hang Tuah pun
segera datang. Telah dilihat oleh Jawa itu Hang Tuah,lalu diusirnya. Maka
Hang Tuah pun pura-pura undur, kerisnya pun dijatuhkannya. Telah dilihat
oleh Jawa itu keris Hang Tuah jatuh, maka dibuangkannya goloknya
dipungutnya keris itu, kerana kepada hatinya terlebih baik keris itu
daripada golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris. Telah dilihat
oleh Hang Tuah golok itu sudah dibuangkan Jawa itu, segera diambilnya
oleh Hang Tuah, lalu diusirnya Jawa itu. Jawa itupun segera menikam
Hang Tuah, maka Hang Tuah pun melompat, tiada kena. Maka ditikam
oleh Hang Tuah Jawa itu dengan golok sunda itu kena dapur-dapur
susunya terus ke sebelah; maka Jawa itupun mati.( Sejarah Melayu: 86 )
Pendidikan menghormati raja ini adalah merupakan satu proses yang
berterusan untuk menjamin kelangsungan sesuatu dinasti atau sistem beraja itu.
Justeru itu, langkah yang diambil oleh pengarang dengan menyelitkan peristiwa
yang menakutkan perlu dilihat dari segi positifnya iaitu ia menjadi pengajaran
kepada generasi untuk menjaga institusi raja. Hal ini adalah baik kerana masyarakat
yang bertamadun adalah masyarakat yang hidup bersistem seperti institusi beraja
ini.
Selain itu kisah tentang ‘Badang’ menceritakan bagaimana seorang rakyat
biasa yang akhirnya menjadi orang penting raja dan menjadi kuat hanya kerana
memakan muntah hantu. Badang yang berkerja menahan lukah di sungai,
10
mendapati ikan-ikan yang telah memasuki ke dalam lukahnya telah dimakan oleh
hantu, dan akibat terlalu marah dia berusaha menangkap hantu berkenaan. Setelah
tertangkap hantu tersebut minta dilepaskan dengan menawarkan sesuatu yang
istimewa iaitu akan menunaikan segala permintaan si Badang. Setelah berfikir
panjang, akhirnya Badang meminta untuk menjadi kuat dan bertenaga. Syarat yang
diberikan oleh hantu tersebut ialah dengan memakan muntahnya. Badang akhirnya
menjadi kuat setelah memakan muntah tersebut. Dalam hal ini, masyarakat bukan
sahaja percaya kepada hantu tetapi juga beranggapan bahawa hantu lebih kuat
daripada manusia. Sebab itulah pengarang menggambarkan hanya dengan
memakan muntah hantu, Badang telah memiliki kekuatan yang luar biasa.
“ Maka hantu itupun muntahlah,terlalu banyak muntahnya itu.Maka
dimakannya oleh Badang muntah hantu itu habis semuanya; akan janggut
hantu itu,dipegang jua oleh Badang, tiada dilepaskannya.Telah sudah ia
makan muntah hantu itu, maka dicubanya oleh Badang, dibantunnya
pohon kayu yang besar-besar itu habis tercabut.Maka dilepaskannya
janggut hantu itu, maka Badang pun berjalanlah. Sambil berjalan itu
dibantunnya kayu yang besar-besar itu habis tercabut, dan kayu yang
sepemeluk dua pemeluk itu dengan sebelah tangannya juga
dibantunya…”
( Sejarah Melayu :34-35 )
Kepercayaan masyarakat ini, mendapat perhatian kerana meskipun
mendapat kekuatan luar biasa daripada hantu, namun Badang ditegah daripada
berkahwin. Dalam hal ini pengarang menyindir sinis kepada kepercayaan
masyarakat kepada perkara yang tahyul, akhirnya membawa kepada masalah diri
sendiri. Badang biarpun kuat tetapi tidak seperti manusia biasa yang menjalani
kehidupan berkeluarga. Di akhirnya cerita ini, pengarang telah menceritakan bahawa
11
Badang akhirnya mati seperti orang biasa juga. Kisah ini semestinya memberi
pengajaran yang baik tentang bagaimana seseorang itu harus bersyukur dengan
apa yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Contoh untuk nilai baik yang lain adalah tentang mitos kedatangan Islam di
Semudra. Pengarang mengaitkan kedatangan Islam di Semudra dengan peristiwa
Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam mimpi itu, nabi
Muhammad telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan sebagai hasilnya, Merah
Silu dapat mengaji pada keesokan harinya manakala tubuhnya pula berbau
narawastu.
“ Hatta, telah sampai ke Semudra, maka fakir Muhammad pun naik ke
darat. Maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang di pantai. Maka
Fakir Muhammad pun bertanya kepadanya, ‘Apa nama negeri ini?. Maka
sahut Merah Silu, ‘negeri ini Semudra’.Maka kata Fakir Muhammad,’Siapa
nama tuannya di dalam negeri ini?. Maka sahut Merah Silu,’Hambalah
tuanya sekalian mereka itu.’Maka oleh Fakir Muhammad Merah Silu itu
diislamkannya, dan diajarnya kalimah syahadat. Telah Merah Silu sudah
Islam, maka Merah Silu pun tidur,maka ia bermimpi dirinya berpandangan
dengan Rasulullah S.a.w. Maka sabda Rasulullah pada Merah Silu,’Hai
Merah Silu,ngangakan mulutmu.’
Maka dingangakannya oleh Merah Silu mulutnya, maka diludahi
Rasulullah. Maka Merah Silu pun jaga daripada tidurnya.Maka diciumnya
bau tubuhnya seperti bau narwastu.
( Sejarah Melayu : 41-42 )
Jika diamati petikan diatas kita dapati pengarang mengambarkan satu situasi
yang luar biasa telah berlaku ke atas Merah Silu. Beliau telah bermimpi berjumpa
dengan Rasulullah dan Rasulullah meludah ke dalam mulutnya, akibat daripada itu 12
Merah Silu pandai membaca Al-Quran. Peristiwa yang luar biasanya, bagi
pengarang perlu dimasukkan dalam teks Sejarah melayu untuk meletakkan martabat
sultan atau raja itu berada di atas dan jauh berlainan dengan rakyat biasa.
Sebagaimana yang kita ketahui, hanya mereka yang tertentu sahaja dan istimewa
akan bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W. Secara keseluruhannya
kita dapat mengetahui bahawa tujuan utama pengarang ialah untuk menguatkan
rasa taat dan hormat golongan bawahan kepada golongan atasan.
Kesenian umum yang dimaksudkan oleh Asmad, (1990:3) adalah
mempunyai perkaitan kehidupan manusia dan masyarakat. Masyarakat telah
menggunakan unsur kesenian untuk membentuk atau menyalurkan nilai-nilai murni.
Masyarakat Melayu pada zaman awal banyak menghasilkan puisi-puisi tradisi dalam
usaha mendidik masyarakat pada masa itu dan tetap relevan sehingga sekarang ini.
Winckelmann dalam Johari Ab. Hamid (2000) menegaskan, keindahan mesti
mengandungi ciri-ciri kesatuan, kesederhanaan dan perasaan. Keindahan ini mesti
dinikmati oleh deria dan difahami oleh para intelek. Perasaan yang lahir dari deria
dalaman dan luaran adalah penting untuk mengenal dan menikmati keindahan.
Keupayaan pengarang dalam melukiskan watak dengan menggunakan unsur
kesenian yang indah dan menarik menyebabkan nilai-nilai yang ingin disampaikan
dapat diterapkan kepada pelajar.
Penggunaan dialog yang bersesuaian dengan pemilihan dan penyusunan
kata yang menarik telah menjadikan teks tersebut hidup. Penggunaan dialog yang
bersahaja dan seharian menjadikan kita berasa amat rapat dengan suasana
tersebut. Pembaca berasa dialog tersebut seperti diucapkan sendiri olehnya.
Kebijaksanaan dalam memilih dan menyusun kata menjadikan dialog yang
13
diucapkan menjadi lebih bermakna dan sarat dengan pelbagai nilai-nilai murni dan
nilai estetika.
Pemilihan dan penggunaan gaya bahasa yang dilakukan dalam sesebuah
teks banyak membantu dalam melahirkan dan membentuk sebuah masyarakat yang
harmoni. Penggunaan gaya bahasa yang pelbagai seperti pengulangan kata,
perlambangan, paradoks dan sebagainya sedikit sebanyak telah melahirkan unsur
puitis dalam pelukisan watak dan secara tidak langsung nilai-nilai murni yang cuba
diterapkan dapat dilakukan dengan secara tidak langsung. Konsep masyarakat
melayu yang berpegang kepada adat, seperti melentur buluh biar dari rebungnya.
Hubungan unsur dan kebudayaan yang terpancar melalui teks kesusasteraan
mempunyai banyak perkaitan yang erat dengan nilai kemasyarakatan. Keupayaan
sesebuah masyarakat mengubahsuai unsur budaya dengan menggunakan medium
kesusasteraan akan dapat mengembangkan warisan. Hubungan unsur atau sistem
kebudayaan dengan perlakuan mempunyai perkaitan yang erat. Warisan budaya
akan berkekalan jika pengaruh unsur ini masih dapat dipertahankan. Andainya unsur
atau sistem budaya ini telah dipengaruhi, maka budaya warisan ini akan berubah
atau mungkin lenyap ditelan zaman.
Kesimpulan.
Penerapan nilai-nilai murni dalam teks sastera Melayu atau komsas diharap
akan dapat membantu melahirkan sebuah masyarakat yang madani. Kesungguhan
pihak yang berwajib dalam merealitikan impian masyarakat tidak harus dipandang
ringan. Pengemblengan pihak yang berwajib dan masyarakat diharap dapat
mewujudkan satu rantaian murni untuk merealisasikan dasar Falsafah Pendidikan
14
Kebangsaan melalui pembudayaan nilai tersebut.
Rujukan
Abu Hassan Sham. (1997 ),Beberapa aspek dari Sejarah Melayu (Sulalatus-Salatin).
Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors.
Arbaiyah Mohd Nor.(2002).Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
A.Samad Ahmad,2000.Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Ahmad, 1978.Ulasan Buku Sejarah Melayu untuk HSC. Kuala Lumpur. Fajar
Bakti Sdn.Bhd.
Muhd Yusof Ibrahim.(1975).Pengertian Sejarah.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood.
(2011).Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga).Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
W.G.Shellabear.(1991).Sejarah Melayu.Petaling Jaya.Penerbit Fajar Bakti.
Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia : Warisan dan Perkembangan. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.15
16
top related