kajian tindakan peta malaysia 2008
Post on 29-May-2018
326 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
1/27
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN TINDAKAN
Pembiayaan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
MENGUASAI PETA MALAYSIA MELALUI TEKNIK DRAG AND DROP
OLEH
KHAIRUDDIN BIN NISA SMK. KHIR JOHARI 36300 SUNGAI SUMUN PERAK
Julai 2008
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
2/27
2
KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 Abstrak 3
2 Perbezaan Pembelajaran Peta Biasa dengan Drag and Drop 4
3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 4
4 Fokus Kajian 5
5 Objektif Kajian 5
6 Kumpulan Sasaran 6
7 Pelaksanaan Kajian 7
8 Refleksi Kajian 14
9 Cadangan Kajian Akan Datang 17
10 Lampiran 18
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
3/27
3
1.0 ABSTRAK
Pada tahun 2008 saya mula mengajar di sesi pagi iaitu setelah lapan tahun mengajar
disesi petang. Sebenarnya, bukanlah sesi pagi atau sesi petang yang menjadi perkara penting.
Tetapi apa yang ingin dikongsi bersama ialah pengalaman pertama mengajar kelas peperiksaan
Tingkatan 3. Saya telah ditugaskan untuk mengajar kelas 3G iaitu kelas terakhir di SMK. Khir
Johari Sungai Sumun. Semasa mengajar kelas tersebut saya diselubungi rasa bersalah kerana
pengetahuan mereka berkenaan Peta Malaysia sangat lemah sekali sehinggakan mereka tidak
tahu di mana kedudukan Negeri Perak dalam Peta Malaysia. Rasa bersalah ini timbul mungkin
disebabkan kesalahan saya tidak mengajar mereka dengan baik tentang Peta Malaysia semasa di
Tingkatan 1 dan 2 dahulu. Pada tahun ini pelajar 3G akan menghadapi peperiksaan PMR 2008,sedangkan menguasai tajuk Malaysia adalah sangat penting untuk skor A atau sekurang-
kurangnya lulus dalam geografi PMR. Hal ini disebabkan tajuk yang dipelajari dari Tingkatan 1
hingga Tingkatan 3 lebih menumpukan terhadap penguasaan negara Malaysia seperti bentuk
muka bumi, tumbuhan semulajadi, pertanian, pembandaran dan kegiatan ekonomi. Yang nyata,
jika pelajar ingin berjaya dalam peperiksaan geografi PMR, mereka perlu menguasai tajuk
tentang negara Malaysia. Sudah tentulah tajuk ini tidak akan dapat dikuasai jika pelajar tidak
memahami dengan jelas Peta Negara Malaysia. Bagi mengatasi masalah ini saya telah
menghasilkan pembelajaran Peta Negara Malaysia melalui kaedah Drag and Drop
menggunakan program flash.
Dalam kajian ini saya berusaha untuk menggunakan bahasa yang mudah supaya senang
difahami. Sebab itulah saya memilih tajuk MENGUASAI PETA MALAYSIA MELALUI
TEKNIK DRAG AND DROP . Saya percaya tajuk ini ringkas dan pembaca boleh memahami
dengan mudah istilah drag and drop ini. Mudah-mudahan kajian ini untuk memudahkan dan
bukan menyusahkan sesuai dengan kehendak ajaran agama Islam.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
4/27
4
2.0 PERBEZAAN PEMBELAJARAN PETA BIASA DENGAN PEMBELAJARAN
PETA MENGGUNAKAN KAEDAH DRAG AND DROP.
Sebelum saya menerangkan berkenaan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu,
eloklah saya menerangkan terlebih dahulu perbezaan antara pembelajaran Peta Malaysia cara
biasa dan pembelajaran Peta Malaysia menggunakan drag and drop.
2.1 Pembelajaran Peta Malaysia Cara Biasa
Pembelajaran Peta Malaysia cara biasa bermaksud pelajar akan menanda peta kosong negara
Malaysia secara berulang-ulang kali sehingga pelajar dapat menghafal kedudukan negeri-
negeri atau bandar-bandar di Malaysia.
2.2 Pembelajaran Peta Malaysia Menggunakan Drag and Drop.Pembelajaran cara ini pelajar tidak perlu menanda Peta Malaysia secara berulang-ulang
kerana Peta Malaysia dan pilihan jawapan telah disediakan dalam bentuk flash. Pelajar
hanya perlu memilih jawapan yang dikehendaki dan meletakkan jawapan tersebut di
tempat yang betul. Pelajar juga boleh mendapatkan jawapan dengan segera.
3.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Seorang pelajar diberikan peta negara Malaysia dan dikehendaki menandakan kedudukan
Gunung Korbu, Bukit Larut, Teluk Batik dan Bandar Ipoh. Cuba anda bayangkan bagaimana
pelajar tersebut dapat menjawab soalan ini jika kedudukan negeri Perak dalam peta Malaysia pun
pelajar itu tidak mengetahuinya.
Perkara itulah yang saya lalui apabila mengajar kelas 3G. Mereka bukan sahaja tidak tahu
kedudukan negeri Perak, malahan mereka juga tidak mengetahui kedudukan negara Malaysia
dalam peta dunia. Oleh itu, saya telah mengambil langkah positif supaya pelajar dapat mengenali
Peta Malaysia dengan mudah. Tindakan yang saya ambil ialah mengajar pelajar menggunakan
kaedah biasa iaitu pelajar menanda Peta kosong negara Malaysia . Apabila kaedah ini
diperkenalkan, saya dapati pelajar mudah menjadi bosan kerana mereka terpaksa menulis nama-
nama negeri dan bandar berulang-ulang kali. Hakikatnya pengajaran saya sebenarnya tidak
berjaya kerana tidak mampu menarik perhatian pelajar. Jadi saya bertanya kepada pelajar, apa
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
5/27
5
yang saya boleh buat supaya mereka tidak mudah rasa bosan semasa menulis. Mereka
mencadangkan supaya pembelajaran dilakukan menggunakan komputer. Cadangan inilah yang
telah mencetuskan idea untuk menghasilkan drag and drop dalam bentuk flash.
4.0 FOKUS KAJIAN
Apabila saya mengajar Peta Malaysia menggunakan cara biasa kepada pelajar 3G, saya
dapati mereka tidak dapat menguasai pembelajaran Peta Malaysia disebabkan oleh 2 perkara
utama :
4.1 Pelajar cepat menjadi bosan kerana terpaksa menulis nama-nama negeri dan bandar
berulang-ulang kali.
4.2 Pelajar merasakan pembelajaran peta cara biasa tidak menarik, kerana Peta Malaysia
yang disediakan hanya dalam bentuk hitam putih.
Pelajar juga lebih berminat untuk mempelajari peta Malaysia jika dipelajari melalui
bantuan komputer. Kesimpulannya, saya perlu menghasilkan satu program komputer peta
Malaysia yang interaktif (drag and drop) supaya dapat menarik perhatian pelajar dan
pembelajaran tersebut harus tidak membosankan.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar diharapkan dengan izin Allah dapat
mencapai objektif berikut :
5.1 Objektif Umum
Pelajar 3G dapat melayari dan mempelajari ilmu geografi melalui laman web yang saya
sediakan di alamat: http://www.geowebkhairuddin.com
5.2 Objektif Khusus
a. Pelajar dapat menandakan 7 kedudukan negeri-negeri di Malaysia termasuk Perak
di dalam peta Malaysia.
b. Pelajar dapat menandakan 7 kedudukan ibu negeri di Malaysia termasuk Ipoh di dalam
peta Malaysia.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
6/27
6
6.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar dalam kelas 3G SMK. Khir Johari Sungai Sumun.
Sebab pertama memilih 10 orang pelajar sahaja kerana progam flash drag and drop ini hanya
dapat dilayari dengan internet dan mesti mempunyai kemudahan streamyx. Jika menggunakan
CD pula, saya memerlukan komputer yang mempunyai kemudahan RAM sekurang-kurangnya
512MB dan mesti dilengkapi Internet explorer terkini atau mempunyai Mozilla firefox. Sebab
kedua pula, supaya 10 orang pelajar ini dapat menumpukan sepenuhnya pembelajaran Peta
Malaysia secara drag and drop ini kerana sebahagian daripada mereka masih lemah 3M.
Amatlah diharapkan selepas kajian ini disiapkan, pelajar ini telah mahir menggunakan drag and
drop dapat mengajar pula rakan-rakan mereka. Senarai nama 10 orang pelajar ini disenaraikan
dalam ujian pra dan ujian pos.
Gambar 1 : Pelajar kelas 3G Agen 001 sedang menjalani aktiviti drag and drop
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
7/27
7
7.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Terdapat empat strategi utama yang saya gunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini.
Pertama tinjauan masalah , ke dua analisa tinjauan masalah , ke tiga tindakan yang dijalankan
dan ke empat pelaksanaan tindakan .
7.1 Tinjauan Masalah
a. Berbincang dengan pelajar.
Sesi perbincangan diadakan dengan 10 orang pelajar tentang masalah yang mereka
hadapi semasa mempelajari Peta Malaysia dengan cara biasa. Semua mereka bersetuju
cara pembelajaran biasa membosankan kerana terpaksa menulis berulang-ulang kali dan
mereka mahu belajar menggunakan komputer.
b. Perbincangan Bersama Jawatankuasa Kajian.
Mesyuarat Panitia telah diadakan sebanyak dua kali bagi membincangkan tentang
perkembangan kajian tindakan (Rujuk minit mesyuarat dalam lampiran 3 dan 4).
i. 12.01.2008 Membincangkan tajuk kajian tindakan yang dapat memenuhi
kehendak dan mengatasi masalah pelajar.
ii. 15.04.2008 Membincangkan perkembangan kajian tindakan.
c. Membuat Ujian Pra 1 (Peta Negeri).
Ujian pra 1 ini dilakukan setelah pelajar mempelajari Peta Malaysia menggunakan
kaedah biasa. Seramai 10 orang pelajar yang telah dipilih menjalani ujian tersebut.
Pelajar akan diberikan peta kosong untuk diisi nama-nama negeri di Malaysia.
Cadangan jawapan telah disediakan dan pelajar hanya perlu memilih jawapan yang
paling tepat (Sila rujuk lampiran 1). Senarai nama pelajar yang menjalani ujian dan
keputusan ujian boleh dilihat di muka surat 8.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
8/27
8
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra 1 (Peta Negeri)
d. Membuat Ujian Pra 2 (Ibu Negeri)
10 orang pelajar 3G akan membuat pula latihan ujian pra 2 bagi menamakan bandar-
bandar utama di Malaysia (Rujuk lampiran 2). Cara latihan yang digunakan masih
sama iaitu memilih jawapan yang telah disediakan dan meletakkan ditempat yang betul.
Senarai nama pelajar yang menjalani ujian dan keputusan ujian boleh dilihat di bawah.
Jadual 2 : Keputusan Ujian Pra 2 (Ibu Negeri)
Nama Pelajar
Perak Selangor Johor Pahang Kelantan Terengganu Melaka N.9 Sabah Sarawak Jumlah
betul
1. Agen 001 X X X X X X X X 22. Agen 002 X X X X X X 4
3. Agen 003 X X X X X X X 34. Agen 004 X X X X X 55. Agen 005 X X X X X X X 36. Agen 006 X X X X X X 47. Agen 007 X X X X X X X X 28. Agen 008 X X X X X X X 39. Agen 009 X X X X X X X 310. Agen 010 X X X X X X X X 2JUMLAH BETUL 2 1 6 0 0 1 6 1 7 7
Nama Pelajar
Kangar Kuala Lumpur
Ipoh Kota Bharu
George town
Alor Setar
Kuatan Shah Alam
Kuching Kota Kinabalu
Johor Bahru JUM
1. Agen 001 X X X X X X X X X X 12. Agen 002 X 103. Agen 003 X X X X X X X X 34. Agen 004 X X X X X X X X X X 15. Agen 005 X X 96. Agen 006 X X 97. Agen 007 X X X X X X X 48. Agen 008 X X X X X X X 4
9. Agen 009 X X X X 710. Agen 010 X X X X X X 5JUMLAH BETUL 4 4 6 4 4 3 6 2 7 6 7
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
9/27
9
7.2 Analisa Tinjauan Masalah
a. Analisa Keputusan Ujian Pra 1
i. Hanya 2 daripada 10 pelajar yang tahu kedududkan negeri Perak.
ii. Pelajar sangat lemah dalam mengenalpasti kedudukan negeri seperti Kelantan
dan Terengganu.
iii. Pelajar juga keliru untuk membezakan kedudukan negeri Selangor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri sembilan.
iv. Pelajar kelihatan bosan sepanjang ujian peta dilaksanakan.
b. Analisa Keputusan Ujian Pra 2
i. Hanya 6 daripada 10 pelajar yang tahu kedudukan bandar Ipoh
ii. Pelajar lemah dalam mengenalpasti ibu negeri seperti Alor Setar, Kota Bharudan Georgetown.
iii. Pelajar juga masih keliru kedudukan antara antara bandar Shah Alam dan
Kuala Lumpur.
iv. Pelajar yang lemah 3M tidak bersemangat untuk menjawab soalan.
c. Merancang Tindakan.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi saya mula merancang tindakan seperti berikut :
Bil. Aktiviti Bulan
Siap Jan Feb Mac Apr Mei Jun
1. Mesyuarat bersama Panitia Geografi kali pertama 2. Mengajar Peta Malaysia cara biasa 3. Memilih dan mendengar komen 10 orang pelajar 3G 4. Membuat ujian pra 1 dan 2 5. Mesyuarat bersama Panitia Geografi kali kedua 6. Menghasilkan program Drag and Drop 7. Upload program drag and drop ke internet
8. Melaksanakan aktiviti drag and drop kepada pelajar 3G9. Membuat Ujian Pos
10. Membuat Refleksi11. Menulis laporan kajian tindakan12. Pembentangan kajian peringkat sekolah13. Menghantar laporan kajian ke JPN
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
10/27
10
7.3 Tindakan Yang Dijalankan
a. Membina tapak web : http://www.geowebkhairuddin.com
i. Membina Program Drag and Drop.
Berdasarkan maklumat balas yang diterima, saya perlu membuat satu program mengikutkehendak pelajar. Maka saya telah membina satu program drag and drop yang
menggunakan perisian flash. Kenapa perisian flash ini digunakan dan bukannya Power
Point, disebabkan perisian flash lebih ringan dan dapat menghasilkan laman web jika
digabungkan di dalam perisian Macromedia Dreamweaver. Saya mengambil masa
selama satu setengah bulan untuk menghasilkan program ini, bermula bulan Mac hingga
pertengahan April 2008. Program drag and drop ini bermaksud pelajar hanya perlu
menarik jawapan (drag) yang telah disediakan, kemudian meletakkan jawapan (drop) di
tempat yang betul. Pelajar tidak perlu menulis jawapan berulang-ulang kali kerana
program ini boleh dimainkan semula. Di bawah boleh dilihat contoh penggunaan
program drag and drop.
Gambar 2 : Contoh program drag and drop.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
11/27
11
ii. Upload Program Drag and Drop Ke Dalam Internet
Program drag and drop ini perlu digabungkan dengan Macromedia Dreamweaver
supaya boleh menghasilkan laman web. Laman web yang dihasilkan ini saya namakan
sebagai GEOWEB . Tapak web mesti dibina terlebih dahulu supaya GeoWeb dapat
dilayari di internet. Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk upload GeoWeb ke
tapak web yang disewa di www.dapathosting.com . Pelajar 3G akan melayari Laman
GeoWeb ini untuk mempelajari Peta Malaysia menggunakan kaedah drag and
drop . Video pelajar sedang melayari laman www.geowekhairuddin.com boleh dilihat
pada CD yang disediakan di lampiran 5, muka surat 27.
b. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Yang Dirancang Serta Bahan Yang Digunakan.
i. Aktiviti 1Pelajar akan melayari internet dengan memasuki laman web :
http://www.geowebkhairuddin.com
ii. Aktiviti 2
Pelajar akan menjalani ujian Pos 1 dan 2 menggunakan peta kosong negeri-negeri dan
ibu negeri di Malaysia. Rujuk lampiran 1 dan 2.
c. Instrumen dan Langkah-Langkah Pemerhatian
Di dalam Aktiviti 1 saya akan menggunakan kamera video untuk melihat keaktifan
pelajar semasa menjalani pembelajaran Peta Malaysia melalui kaedah drag and drop.
Manakala dalam Aktivit 2 ujian Pos 1 dan 2 akan digunakan bagi melihat keberkesanan
program drag and drop ini. Contoh soalan ujian yang digunakan boleh dirujuk pada
lampiran 1 dan 2.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
12/27
12
7.4 Pelaksanaan Tindakan dan Penilaian
a. Aktiviti 1
Program drag and drop ini mula diperkenalkan kepada pelajar pada bulan Mei 2008. 10
orang pelajar 3G yang dipilih akan menjalani latihan drag and drop ini. Pelajar lain pula
boleh melihat latihan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka, kerana latihan ini
dilakukan dengan bantuan LCD Projector. Pelajar yang menonton juga turut memberi
pandangan jawapan semasa rakan-rakan mereka menyelesaikan masalah. Video pelajar
3G sedangkan menjalani latihan drag and drop ini boleh dilihat di dalam CD GeoWeb
yang disediakan di lampiran 5. Cara mereka melayari laman GeoWeb bagi mempelajari
Peta Malaysia menggunakan kaedah drag and drop dinyatakan seperti di bawah :
Pelajar memasuki internet dan melayari laman web :
http://www.geowebkhairuddin.com Pelajar akan klik pada ruangan Belajar Geografi.
Kemudian mereka akan memilih jenis peta yang dikehendaki, contohnya Peta
Negeri dan Peta Ibu Negeri.
Pelajar menjalani latihan drag and drop sambil dibantu rakan kelas yang lain.
Gambar 3 : Seorang pelajar 3G sedang melayari laman GeoWeb.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
13/27
13
b. Aktiviti 2
Selepas 10 orang pelajar tersebut mahir menggunakan program drag and drop, mereka
dikehendaki menjalani ujian pos 1 dan 2. Di mana ujian Pos 1 untuk Peta Negeri dan
ujian Pos 2 untuk Peta Ibu Negeri . Set soalan ujian pos 1 dan 2 ini sama seperti yang
digunakan di dalam ujian pra 1 dan 2. Sila lihat lampiran 1 dan 2. Berikut diberikan
keputusan ujian pos 1 dan 2. Sila rujuk muka surat 15 untuk melihat keputusan ujian pos
1 dan perbandingan ujian pra 1. Sila rujuk muka surat 16 untuk melihat keputusan ujian
pos 2 dan perbandingan ujian pra 2.
c. Refleksi Aktiviti 1 dan Aktiviti 2
Aktiviti 1 menggunakan program drag and drop sebagai bahan pengajaran utama.
Sepanjang aktiviti dilakukan pelajar menunjukkan minat yang tinggi dan seronok menggunakan program ini. Sila rujuk video yang disediakan pada lampiran 5 di muka
surat 27. Sepanjang Aktiviti 2 dilaksanakan, pelajar kelihatan berkeyakinan semasa
menjawab soalan. Keadaan ini menunjukan pelajar telah dapat menguasai dan memahami
pembelajaran Peta Malaysia menggunakan program drag and drop. Sila rujuk pada
bahagian Refleksi Kajian untuk melihat keputusan 10 orang pelajar 3G setelah
menjalani ujian Pos 1 dan 2.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
14/27
14
7.5 Refleksi Kajian
Perbandingan yang dibuat antara ujian pra dan ujian pos jelas menunjukkan perubahan
yang ketara. Dapat dilihat 10 orang pelajar tadi telah mencapai keputusan yang lebih baik
dalam ujian pos 1 dan ujian pos 2. Contohnya Agen 010, beliau merupakan pelajar yangmasih lemah dalam 3M, tetapi telah menunjukkan peningkatan dalam ujian pos 1dan 2.
Manakala Agen 003 yang dahulu bosan dengan pembelajaran Peta Malaysia cara biasa, kini
merasa seronok dengan kaedah drag and drop ini. Agen 003 ada memberikan pendapatnya
dalam video yang disediakan dalam CD laman GeoWeb. Beliau juga menunjukkan
peningkatan dalam ujian pos 1 dan 2. Berdasarkan maklumat daripada ujian Pos 1 dan 2 yang
telah dilaksanakan dapatlah dirumuskan seperti berikut :
a. Keputusan Ujian Pos 1
i. 10 orang pelajar telah mencapai objektif yang dikehendaki
ii. Bagi negeri Perak, Johor, Sabah dan Sarawak pelajar mencapai 100% betul.
iii. 50% pelajar dapat membezakan kedudukan Selangor dan Negeri Sembilan.
iv. 70% pelajar mula mengenali kedudukan negeri Kelantan dan Terengganu.
b. Keputusan Ujian Pos 2
i. 10 orang pelajar telah mencapai objektif yang dikehendaki.
ii. Bagi bandar Ipoh, Kangar, George Town, Alor Setar, Shah Alam, Kucing dan
Kota Kinabalu, pelajar berjaya mencapai 100% betul.iii. 90% pelajar dapat membezakan kedudukan bandar Shah Alam dan Kuala Lumpur.
iv. Agen 001 dan Agen 004 berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.
Secara keseluruhannya, boleh dilihat pelajar merasa seronok sepanjang aktiviti drag and
drop ini dilaksanakan. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak perlu lagi menulis
perkataan yang sama berulang-ulang kali dan dapat merasai pengalaman melayari laman web
bersama rakan-rakan yang lain. Hasil rasa seronok ini seterusnya memberi pelajar motivasi
yang tinggi dalam menjalani ujian Pos 1 dan 2. Perkara ini dapat dibuktikan melalui
keputusan cemerlang pelajar dalam ujian tersebut. Dapatlah saya rumuskan di sini,
pembelajaran Peta Malaysia menggunakan kaedah drag and drop ini dapat membantu
pelajar menguasai Peta Malaysia walaupun bagi pelajar yang lemah.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
15/27
15
Jadual 3 : Keputusan Ujian Pos 1 (Peta Negeri)
Nama Pelajar
Perak Selangor Johor Pahang Kelantan Terengganu Melaka N.9 Sabah Sarawak Jumlah
betul
1. Agen 001 X 92. Agen 002 X 9
3. Agen 003 X X X 7
4. Agen 004 X 9
5. Agen 005 X 9
6. Agen 006 X 9
7. Agen 007 X X 8
8. Agen 008 X X X 7
9. Agen 009 X 9
10. Agen 010 X X X 7
JUMLAH BETUL 10 9 10 6 8 7 9 4 10 10
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
16/27
16
Jadual 4 : Keputusan Ujian Pos 2 (Peta Ibu Negeri)
Nama Pelajar Kangar Kuala
Lumpur Ipoh Kota
Bharu George
town Alor
Setar Kuatan Shah
Alam Kuching Kota
Kinabalu Johor
Bahru JUM
1. Agen 001 11
2. Agen 002 11
3. Agen 003 X X X 8
4. Agen 004 11
5. Agen 005 11
6. Agen 006 11
7. Agen 007 11
8. Agen 008 X 10
9. Agen 009 11
10. Agen 010 11
JUMLAH BETUL 10 9 10 9 10 10 9 10 10 10 9
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
17/27
17
8.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Jika saya berkesempatan untuk membuat kajian pada masa depan, saya akan memberi
tumpuan kepada bagaimana pelajar dapat menguasai arah (bearing) melalui permainan video
game. Di mana pelajar seolah-olah berada di dalam hutan dan mencari arah untuk
menyelamatkan diri sebelum musuh menjumpai mereka. Saya percaya jika perkara ini dapat
direalisasikan sudah pasti pelajar akan menguasai bearing dengan mudah dan menyeronokkan.
Sekian, terima kasih.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
18/27
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
19/27
19
Lampiran 2
NAMAKAN BANDAR-BANDAR BERIKUT
PILIHAN JAWAPAN
B1 B5 B9 B13B2 B6 B10 B14B3 B7 B11 B4 B8 B12
JOHOR BHARU GEORGE TOWN ALOR SETAR IPOHKUANTAN KUCHING KANGAR SHAH ALAM
KOTA KINABALU BANDAR MELAKA SEREMBANKUALA TERENGGANU KOTA BHARU KUALA LUMPUR
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
20/27
20
Lampiran 3
MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFISMK. KHIR JOHARI 36300 SUNGAI SUMUN
KALI PERTAMA 2008
Tarikh : 12.01.2008Masa : 10.00 pagi.Tempat : Kelas 4A5Kehadiran :
1. Pn. Zaharah Bt. Kassim Guru Kanan Kemanusiaan2. En. Zulkefli B. Talib Ketua Panitia 3. En. Khairuddin b. Nisa Setiausaha4. Pn. Qaniah bt. Mohd Ali 5. Pn. Siti Hamsidah bt. Jurami 6. En. Anuar Musadat b. Omar7. Pn. Norhimah bt. Mohd Noor8. Cik Nuurulhusna bt. Rozikin9. En. Abdul Hafiz b. Abdullah
Tidak hadir :1. En. Abdul Halim b. Muhamad2. En. Abdul Razak b. Harun3. En. Abdul Hafiz b. Abdul Samad
AGENDA ISI 1.0 Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat Panitia Geografikali pertama bagi tahun 2008 dan berharap semua guru geografi terus memberikankerjasama untuk meningkatan lagi mata pelajaran Geografi terutamanya untukmenghadapi PMR, SPM dan STPM 2008.
Makluman semua2.0 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Cik Nuurulhusna mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan. Cadangantersebut telah disokong oleh Pn. Qaniah.
3.0 Perkara berbangkit. (Merujuk minit mesyuarat kali ke 4/2007)
3.1 Berkenaan perkara 6.2(b), mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan lawatan keCameron Highlands pada bulan Mac 2008. Kertas kerja akan disediakan oleh Pn.Qaniah.
Pn. Qaniah 3.2 Merujuk perkara 1.2, En. Zulkefli menyarankan supaya maklumat TOV di belakang
buku rekod mengajar dikosongkan dahulu sehingga diberi taklimat oleh En.Thavakumar.
Semua guru geografi
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
21/27
21
3.3 Merujuk perkara 5.2, En. Khairuddin bertanya tentang penggunaan buku kerja. En.Zulkefli menerangkan, pelajar boleh membeli buku kerja di Koperasi sekolah danbeliau akan usahakan agar setiap guru mendapat buku latihan edisi guru. Mesyuarat
juga telah bersetuju kelas KAA hingga D akan menggunakan buku kerja.Semua guru geografi
4.0 Dasar Kurikulum4.1 En. Zulkefli menerangkan buku rekod hendaklah mempunyai 5 maklumat penting
iaitu :a. Tajuk b. Objektif c. Aktiviti d. BBM e. Refleksi
4.2 Mesyuarat juga telah bersetuju untuk melantik guru berkenaan sebagai penyelarastingkatan .a. Tingkatan 1 - En. Abdul Hafizb. Tingkatan 2 - Cik Nuurulhusnac. Tingkatan 3 - En. Razakd. Tingkatan 4 dan 5 - En. Abdul Halime. Tingkatan 6 - Pn. Zaharah
Semua guru geografi5.0 TOV, Target dan Head Count
5.1 Perkara ini akan diterangkan secara lebih jelas oleh En. Thavakumar dalam sesipenerangan khas.
Makluman semua6.0 Analisis PMR 2007
6.1 Analisa keputusan PMR 2007Peperiksaan Gred
AGred
B Gred
C Gred
D JUMLAH LULUS
GAGALE
200721
(7.50%)29
(10.36%)80
(28.57%)102
(36.43%)232
(82.86%)48
(17.14%)
2006
23(7.93%)
37(12.76%)
82(28.28%)
116(40.00%)
258(88.97%)
32(11.03%)
6.2 Kelemahan.a. Pelajar masih tidak dapat memahami konsep pengiraan di dalam kemahiran
geografi.b. Pelajar tidak memahami konsep peta.c. Pelajar tiada motivasi belajar kerana berpendapat subjek geografi tidak penting.d. Sukatan pelajaran lambat dihabiskan kerana pelajar lemah 3M.e. Pelajar tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
6.3 Kekuatan.a. Pelajar telah menguasai konsep asas geografi di menengah rendahb. Pelajar telah didedahkan teknik menjawab soalan.c. Sukatan pelajaran yang baru memudahkan pelajar menguasai topik yang
dipelajari.d. Segelintir pelajar lemah 3M masih bersemangat untuk belajar.
6.4 Cara Mengatasi.a. Pelajar peringkat akan membuat latih tubi berterusan.b. Guru akan mengajar pelajar menandakan kawasan peta menggunakan teknik flash
Iaitu drag and drop.c. Memohon pihak kaunselor sekolah memberi penerangan tentang bidang pekerjaan
yang berkaitan dengan geografi
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
22/27
22
d. Pihak sekolah mengadakan kempen sifar 3M dalam pelan jangka panjang sekolah.e. Melaksanakan Latih tubi dan Latihan Terancang.
Makluman semua7.0 Penilaian dan Peperiksaan
7.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk menetapkan aras soalan seperti berikut :a. 50% aras soalan mudahb. 25% aras soalan sederhanac. 25% aras soalan sukar.
7.2 En. Zulkefli juga menyarankan agar kertas soalan yang akan dibina hendaklah ditaipdan jika ditampal, ia hendaklah difotostat dahulu sebelum dicetak. Pastikan jugaskema disemak sebelum diserahkan kepada guru pemeriksa.
Semua guru geografi8.0 Perancangan Strategik dan Peningkatan Akademik
8.1 Projek Utamaa. Program Kecemerlangan Akademik PMR (Tingkatan 3)b. Program Kecemerlangan Pra PMR (Tingkatan 1 dan 2)c. Program Kecemerlangan SPM (Tingkatan 5)d. Program Kecemerlangan Pra SPM (Tingkatan4)e. Program Kecemerlangan STPM (Tingkatan 6 Atas)f. Program Kecemerlangan Pra STPM (Tingkatan 6 Rendah)
g. Latihan topikal mengikut babh. Latih tubi terancangi. Latihan berformat peperiksaan.
8.2 Projek Sokongana. Kelas tambahanb. Pakej Percutian Geografic. Pakej Rujukand. Pra peperiksaane. Teknik menjawab soalanf. Gerak gempur
8.3 Projek Sampingana. Motivasib. Aktiviti persatuanc. Papan kenyataan untuk info geografi.
Makluman semua9.0 Kursus Dalaman dan Perkembangan Staf
9.1 Penggunaan program flash dalam pengajaran dan pembelajaran. Akan dilaksanakanpada bulan Februari.
Setiausaha9.2 Pembentangan kajian tindakan pada bulan Jun.
Meningkatkan Penguasaan Peta Malaysia melalui penggunaan program flash dan pembelajaran koperatif. Pelajar juga mahukan belajar menggunakan komputer.
Setiausaha10.0 Pemantauan
10.1 En. Zulkefli menjelaskan tentang perlunya guru mempunyai persediaan sebelummengajar serta dapat mengawal kelas dan buku rekod hendaklah lengkap.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
23/27
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
24/27
24
Lampiran 4
MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFISMK. KHIR JOHARI 36300 SUNGAI SUMUNKALI KEDUA 2008
Tarikh : 15 April 2008Masa : 1.00 petangTempat : Pusat Sumber SMK. Khir Johari Sg. Sumun.Kehadiran :
1. En. Abdul Halim b. Muhamad Penolong Kanan Ko Kurikulum2. Pn. Zaharah Bt. Kassim Guru Kanan Kemanusiaan3. En. Zulkefli B. Talib Ketua Panitia 4. En. Khairuddin b. Nisa Setiausaha
5. Pn. Qaniah bt. Mohd Ali 6. En. Abdul Hafiz b. Abdul Samad 7. En. Anuar Musadat b. Omar8. Pn. Norhimah bt. Mohd Noor9. En. Abdul Hafiz b. Abdullah
Tidak hadir :2. Cik Nuurulhusna bt. Rozikin3. En. Abdul Razak b. Harun
AGENDA ISI
1.0 Ucapan PengerusiPengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat Panitia Geografikali kedua bagi tahun 2008 dan berharap semua guru geografi terus memberikankerjasama untuk meningkatan lagi mata pelajaran Geografi terutamanya untukmenghadapi PMR, SPM dan STPM 2008.
Makluman semua2.0 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Pn. Qaniah mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan. Cadangantersebut telah disokong oleh Pn. Norhimah.
3.0 Perkara berbangkit. (Merujuk minit mesyuarat kali ke 1/2008)
3.4 Berkenaan perkara 3.1, Pn. Qaniah memberitahu projek rombongan ke CameronHighlands akan diteruskan kerana kawasan untuk jungle tracking tahap 1 telahdikenalpasti. En. Abdul Halim mencadangkan projek rombongan ini dilaksanakan dibawah Persatuan Geografi. Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakanya pada bulanJun. Pn. Qaniah
3.5 Merujuk perkara 9.1, iaitu kursus pengajaran dan pembelajaran flash akandilaksanakan pada 17 Mei 2008. Setiausaha
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
25/27
25
3.6 Perkara 9.2, Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Peta Malaysia Melalui Kaedah Drag and Drop. Khairuddin menyatakan ujian pra telah dilaksanakan dansekarang dalam melaksanakan ujian pos. Dijangka Kajian Tindakan akan siap padabulan Jun. Setiausaha
4.0 Analisis SPM dan STPM 20076.1 Analisa keputusan SPM 2007
Peperiksaan Tahun Pencapaian Terbaik
Jumlah Lulus
Peratus Jumlah Gagal
Peratus
SPM 2007 1A 47 90.4% 5 9.6%STPM A- 16 76.19% 5 23.81%
4.1 Kelemahan.a. Pelajar masih tidak dapat memahami konsep pengiraan di dalam kemahiran
geografi.b. Pelajar tidak memahami konsep peta.c. Pelajar tiada motivasi belajar kerana berpendapat subjek geografi tidak penting.d. Pelajar tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
4.2 Kekuatan.a. Pelajar telah menguasai konsep asas geografi di menengah rendahb. Pelajar telah didedahkan teknik menjawab soalan.c. Sukatan pelajaran yang baru memudahkan pelajar menguasai topik yang
dipelajari.4.3 Cara Mengatasi ( Cadangan En. Abdul Halim )
a. Guru hendaklah mengawal disiplin pelajar.b. Wujudkan persaingan kumpulan di kelas.c. Menampal hasilan pelajar di kelas.d. Pelajar menguasai kemahiran geografi terutamanya peta dan graf.e. Menumpukan kepada latihan lembaran kerja sebulan sebelum peperiksaan.
Makluman semua5.0 Perancangan dan Persediaan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
5.1 Pengubal soalana. Tingkatan 1 : En. Abdul Hafizb. Tingkatan 2 : Cik Nuurulhusnac. Tingkatan 3 : Pn. Zaharahd. Tingkatan 4 & 5 : En. Abdul Halime. Tingkatan 6 : En. Zulkefli
5.2 En. Zulkefli mengingatkan guru supaya membuat soalan hendaklah mengikutstandard peperiksaan awam. Makluman semua
6.0 Status Pelaksanaan Program Panitia6.1 Kursus pengajaran dan pembelajaran dalam Flash akan dilaksanakan pada 17.05.086.2 Rombongan ke Cameron Highlands akan diadakan pada bulan Jun.6.3 Kajian Tindakan Kemahiran Peta akan disiapkan pada bulan Jun6.4 Menyertai pertandingan membina Laman Web Geografi pada awal Mei. Tindakan
Setiausaha .6.5 Menyertai Kem SPM dan STPM anjuran Panitia Geografi Daerah di SMK. Seri Perak
pada bulan Mei dan Jun. Tindakan Ketua Panitia .6.6 Taklimat pemarkahan KKG untuk guru geografi Tingkatan 1 dan 2 pada bulan Mei.
Tindakan En. Abdul Halim.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
26/27
26
7.0 Maklumat dari Mesyuarat Panitia Geografi Daerah7.1 Guru hendaklah menyediakan data TOV dalam buku rekod.7.2 Buku rekod lengkap dengan maklumat yang diperlukan.7.3 Guru menyediakan ruang geografi di dalam kelas.7.4 Menyimpan bahan BBM dengan teratur dan berpusat.7.5 Fail dan Stok Panitia Geografi hendaklah dikemaskini selalu.
Makluman semua8.0 Hal-hal lain
8.1 Tingkatan 1, 2, 4 dan 5 belum menghantar Perancangan Strategi, Pelan Operasi danPelan Taktikal. En. Zulkefli meminta disiapkan dan dihantar kepadanya pada bulanMei. Guru Penyelaras Tingkatan
8.2 Peperiksaan Akhir Tahun bagi Percubaan PMR, SPM dan STPM soalan selarasperingkat negeri Perak.
8.3 Beri 5% markah KKG untuk peperiksaan akhir tahun.8.4 Borang pemarkahan KKG hendaklah diperbanyak dan diedarkan kepada semua guru
geografi. En. Anuar Musadat 8.5 Cadangan pembelian.
a. Kompas X 5b. Pembaris dan jangka sudut besar X 1c. Marker berwarna X 10 setd. Jangka sudut untuk pelajar X 40
Ketua Panitia
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
.................................................KHAIRUDDIN BIN NISA EN. ZULKEFLI BIN TALIBSETIAUSAHA KETUA PANITIA GEOGRAFIPANITIA GEOGAFI SMK. KHIR JOHARISMK. KHIR JOHARI 36300 SG. SUMUN36300 SG. SUMUN.
-
8/8/2019 Kajian Tindakan Peta Malaysia 2008
27/27
27
Lampiran 5
top related