kajian tindakan
Post on 17-Jul-2016
26 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJELMA NILAI MURNI
PENULISAN BAHAGIAN C MURID TAHUN 5 BESTARI
MENGGUNAKAN KAEDAH PENGESAN 2PS
Oleh:
Nur Saidatul Akmam binti Razak, Amir Hamzah bin Yaakub
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
senseisaida@gmail.com & amir@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menjelma nilai murni dalam
Penulisan Bahagian C Bahasa Melayu. Seramai empat orang murid Tahun 5 Bestari
dari Sekolah Kebangsaaan Tok Dir Kuala Terengganu telah terlibat dalam kajian
tindakan ini kerana mereka telah mengalami masalah dalam menjelma nilai murni.
Oleh itu, dalam kajian ini Kaedah Pengesan 2PS telah diwujudkan bagi
meningkatkan kemahiran menjelma nilai murni kepada peserta kajian. Kajian ini
telah dilaksanakan selama empat minggu. Hasil daripada analisis data dan dapatan
kajian telah menunjukkan, peserta kajian dapat menjelmakan nilai murni dengan
betul dan berlakunya peningkatan ketara terhadap pencapaian peserta kajian setelah
menggunakan Kaedah Pengesan 2PS. Keseluruhan peserta kajian telah melepasi
markah yang minima dalam penulisan ulasan nilai murni. Justeru, kajian ini telah
dapat membantu dan meningkatkan pencapaian peserta kajian dalam penulisan
ulasan nilai murni dengan membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran
menjelma nilai murni.
Kata Kunci : Kaedah Pengesan 2PS, menjelma, nilai murni.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pada 28 Januari 2014, pengkaji sudah memulakan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
bagi kelas 5 Bestari. Bilangan murid dalam kelas ini adalah seramai 34 orang murid yang
terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 23 orang murid perempuan. Pengkaji telah
melaksanakan latihan menjawab soalan bahagian c ulasan nilai murni untuk bahagian
penulisan kertas 2 Bahasa Melayu. Latihan ini dilaksanakan melalui buku kerja yang
dibekalkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar mereka. Pengkaji telah
memperuntukkan 20 minit untuk murid menjawab soalan tersebut.
Setelah pengkaji menyemak hasil latihan mereka, didapati terdapat beberapa orang murid
yang tidak dapat menulis ulasan nilai murni dengan betul. Murid tidak dapat menjelmakan
nilai murni dan mengingati contoh nilai murni yang lain. Mereka juga menunjukkan mereka
hanya mengetahui dan mengingati beberapa contoh nilai murni sahaja. Pengkaji mendapati
murid hanya menyalin semula nilai murni yang tersirat di dalam petikan dan tidak dapat
membina huraian. Akhirnya, pengkaji dapat memerhatikan bahawa murid lemah untuk
menjelma nilai murni untuk menulis nilai murni. Gambar rajah 1 dibawah menunjukkan
antara kesalahan murid dalam menulis ulasan nilai murni.
2
SOROTAN LITERATUR
Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan, guru perlu jelas tentang kemahiran menulis yang
mana perlu dikuasai oleh murid dan seterusnya menetapkan latihan menulis yang sesuai untuk
murid mencapai kemahiran menulis tersebut. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
(2007) telah menyatakan menulis ulasan nilai murni merupakan salah satu daripada tiga
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bagi Pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2.
Masalah berkaitan penulisan ulasan nilai muri ini turut mendapat perhatian daripada guru-
guru bahsa Melayu serta guru pelatih. Ini terbukti apabila Faridah Binti Doya, dalam kajian
Meningkatkan Kemahiran Membuat Ulasan Dalam Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C
Tahun 5 menggunakan Modul Jelmaan , telah membantu murid tahun lima membuat ulasan
dalam karangan nilai murni. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Astana Raja yang
melibatkan subjek kajian seramai 15 orang. Kajian ini telah menggunakan Modul Jelmaan dan
beliau telah mengaplikasikan latihan yang memerlukan murid untuk menjelmakan nilai-nilai
tersirat disebalik pernyataan yang diberi. Melalui dapatan kajian yang diambil melalui ujian
peperiksaan akhir tahun telah menunjukkan dua daripada 18 subjek kajian yang dapat
mencapai markah dan seramai 15 orang yang telah memperolehi markah penuh iaitu 20.
Mohamad Habibullah Bin Abu Seman (2012) telah melaksanakan kaedah Rumus BaBUT
.Beliau telah melaksanakan kajian mengenai Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan
Berkaitan Dengan Nilai Murni Tahun 4 Dengan Rumus BaBUT. Kajian ini dilaksanakan di
Sekolah Kebangsaan Ong Tiang Gol menggunakan latihan berperingkat dan disusuli dengan
penerangan Rumus BaBUT. Rumus BaBUT adalah singkatan daripada Baca, Baris, Ubah dan
Tafsir.Hasil dapatan beliau menunjukkan penggunaan Rumus BaBUT berjaya membantu
peserta kajian meningkatkan kemahiran menulis karangan nilai murni
Tidak dapat mengesan ayat
mempunyai nilai
Tidak dapat menjelma nilai
murni yang tersirat
Rajah 1: Kesalahan dalam penulisan ulasan nilai murni
3
Hartini Binti Hamzah (2013) dalam kajian beliau iaitu Meningkatkan Kemahiran Menulis
Dalam Penulisan Bahasa Melayu Bahagian C Dengan Menggunakan Teknik BeTH4l. Kajian
ini telah dijalankan kepada murid tahun 5 Arif di Sekolah Sungai Long, Jeli Kelantan. Kajian
ini telah membuktikan dengan penggunaan empat lajur dapat merangsang murid untuk
mengulas nilai murni dengan baik dan tersusun serta dapat menjana idea untuk membina ayat
yang mempunyai pertalian dengan petikan. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa peserta
kajian telah dapat mencapai skor cemerlang iaitu seramai dua orang peserta kajian telah
mendapat skor markah 16 daripada 20 dan seramai lima orang mendapat markah penuh.
Oleh itu, pengkaji berpendapat terdapat kekuatan dan kelemahan pada inovasi yang sedia ada
daripada kajian lepas dalam meningkatkan kemahiran menjelma dan menulis ulasan nilai
murni. Antara kekuatan yang terdapat pada inovasi pada kajian lepas, pengkaji mendapati
murid dapat menggunakan latih tubi menghafal dan menjelma nilai murni dengan
memberikan maksud melalui peneguhan konsep nilai murni serta terdapat Modul Jelmaan
yang membantu murid menghafal nilai bersama ayat yang mempunyai kaitan. Walau
bagaimanapun,inovasi yang telah ada masih terdapat kekurangan kerana tiada kaedah khusus
yang betul-betul dapat membantu murid untuk menjelma nilai murni kemudian menulis nilai
beserta ulasan.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini telah dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran menjelma
nilai murni Penulisan Bahagian C dalam Kertas 2 bahasa Melayu murid tahun 5 Bestari
Sekolah Kebangsaan Tok Dir dengan menggunakan Kaedah Pengesan 2PS.
Objektif
Membantu murid menjelmakan nilai murni yang terdapat dalam petikan dengan betul melalui
Kaedah Pengesan 2PS.
Persoalan
Bagaimanakah murid dapat dibantu menjelmakan nilai murni dengan betul
menggunakan Kaedah Pengesan 2PS?
4
METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini telah menggunakan model Kemmis& Mc Taggart (1988) . Kajian ini
melibatkan empat orang murid tahun 5 Bestari sebagai peserta kajian iaitu terdiri daripada dua
orang lelaki dan dua orang perempuan. Keempat-empat peserta kajian ini telah dipilih
berdasarkan pencapaian markah dalam penulisan ulasan nilai murni dalam ujian diagnostik.
Pengumpulan data telah menggunakan instrumen analisis dokumen, temu bual dan ujian. Data
dianalisis secara deskritif bagi setiap peserta kajian.
Analisis dokumen digunakan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran murid semasa
terlibat dengan intervensi. Pengkaji telah melaksanakan analisis dokumen daripada lembaran
latihan yang diberikan semasa intervensi dijalankan. Setelah pengkaji telah melaksanakan dan
memperkenalkan Kaedah Pengesan 2PS kepada peserta kajian, pengkaji telah meneruskan
langkah yang berikutnya dengan memberi latihan menjelma nilai murni secara berperingkat.
Latihan yang diberikan adalah secara berperingkat iaitu mudah ke sukar.
Kemudian pengkaji telah menggunakan temu bual berstruktur. Pengkaji telah memberikan
empat item soalan temu bual bagi melihat bagaimana Kaeadah Pengesan 2PS dapat membantu
murid dalam menjelma nilai murni. Semasa sesi temu bual dijalankan, pengkaji telah memberi
penjelasan dan membaca atau item temu bual kepada peserta kajian bagi mengelakkan peserta
kajian berasa keliru semasa ditemu bual. Oleh itu, hasil dapatan temu bual yang diperolehi
pengkaji mendapati Kaedah Pengesan 2PS dapat membantu peserta kajian menjelma nilai
murni dengan betul.
SPESIFIKASI INTERVENSI
Pengkaji telah mewujudkan satu kaedah untuk membantu peserta kajian untuk meningkatkan
kemahiran menjelma nilai murni. Oleh itu, Kaedah Pengesan 2PS merupakan merupakan
teknik untuk menjelma nilai murni dengan mengesan nilai yang tersirat dalam ayat. Nombor
2 bermaksud terdapat dua huruf P. 2PS merupakan akronim yang mewakili tiga perkataan.
Jadual 5.2 : Kaedah Pengesan 2PS
Justeru, sesi intervensi kajian ini melibatkan tiga langkah iaitu:
2PS Perkataan
2P
P Perbuatan
P Percakapan
S Sifat
5
Langkah 1 : Sentuh dan Pergi (touch and go)
Pengkaji telah melaksanakan aktiviti ini bagi peserta kajian membantu mengingat nilai murni
melalui permainan bahasa di samping sebagai pengukuhan kepada peserta kajian terhadap
nilai murni. Masa yang diperuntukkan selama lima minit sebelum kepada langkah yang
seterusnya. Aktiviti ini bertujuan bagi mewujudkan rasa seronok dan minat untuk mempelajari
serta menghafal nilai murni dengan bermain daripada mengahafal secara tradisional.
Langkah 2: Kaedah Pengesan 2PS
Pada langkah ini, pengkaji telah memperkenalkan kepada peserta kajian tentang Kaedah
Pengesan 2PS. Kaedah Pengesan 2PS merupakan teknik untuk menjelma nilai murni dengan
mengesan nilai yang tersirat dalam ayat. Pengkaji telah memperkenalkan kaedah ini kepada
peserta kajian melalui persembahan power point. Peserta kajian dikehendaki mengingat aspek
2PS dan langkah menggunakannya bagi mengesan ayat dan nilai murni yang berkaitan di
dalam pernyataan dan kemudiaanya dibekalkan set latihan untuk mengaplikasikan kaedah ini.
Pada langkah ini pengkaji telah mengubah suai kaedah pengajaran dengan berbantukan bahan
bantu mengajar pada lingkaran kedua. Pengkaji telah mengunakan kad pengesan 2PS. Kad ini
dapat digunakan dan boleh dipadamkan beberapa kali semasa melakukan latihan..
Langkah 3 : Latihan
Setelah peserta kajian diperkenalkan dengan kaedah pengesan 2PS, pengakaji turut
membekalkan set latihan bagi membantu mereka mengaplikasikan kaedah yang
diperkenalkan. Latihan yang diberikan adalah berstruktur iaitu bermula dengan latihan
mengesan nilai daripada satu ayat dan menjelmakannya, seterusnya mengesan dan menjelma
nilai dalam satu petikan. Latihan ini bagi membantu peserta kajian menjelmakan nilai murni
yang tersirat dalam pernyataan.
RAJAH 2: Pengaplikasian Kaedah Pengesan 2PS
6
DAPATAN KAJIAN
Pada bahagian ini pengkaji telah memilih peserta kajian 4 (PK 4) bagi menghuraikan dan
menunjukkan dapatan kajian yang diperolehi sebelum dan selepas tempoh pelaksanaan
intervensi dilaksanakan. Perubahan dan peningkatan kemahiran peserta kajian dapat
dibandingkan dengan penguasaan kemahiran PK 4 dalam menjelma nilai murni sebelum dan
selepas menjalani intervensi.
Langkah 1: Sentuh Dan Pergi
Sebelum PK terlibat dengan sesi intervens pengkaji mendapati, dia hanya dapat mengingat
beberapa nilai sahaja dan pengkaji mendapati PK 4 menyebut nilai yang sama berulangkali.
Namun semasa proses intervensi dijalankan, PK 4 dapat menyebut dan mengingat sekurang-
kurangya 16 nilai murni yang telah digariskan oleh KPM dalam sukatan KBSR melalui
permainan bahasa sentuh dan pergi.
Langkah 2: Kaedah Pengesan 2PS
Pengkaji mendapati sebelum intervensi dilaksanakan, PK 4 tidak mempunyai kaedah yang
khusus dalam menjelma nilai murni. Hasil daripada dokumen yang telah dianalisis oleh
pengkaji dalam latihan PK 4 sebelum melaksanakan intervensi, didapati PK 4 hanya
menggariskan ayat yang dirasakan betul sahaja. PK tiada asas atau kaedah untuk menjelma
nilai. PK 4 hanya terus menulis ulasan nilai murni tanpa menjelma nilai murni yang betul. Ini
dibuktikan dengan Rajah 4 dibawah.
Rajah 3: Aktiviti sentuh dan pergi
Rajah 4: Lembaran latihan PK 4
7
Walau bagaimanapun setelah terlibat dengan proses intervensi, pengkaji mendapati dalam
latihan yang diberikan kepada PK 4, dia menggunakan Kaedah Pengesan 2PS untuk
menjelma nilai murni dan kemudiaanya baru menulis ulasan nilai murni dengan betul.
Objektif langkah ini dilaksanakan adalah untuk membantu peserta kajian dengan
mendedahkan kemahiran menjelama nilai murni dengan betul. Gambar dibawah menunjukkan
PK 4 menyenaraikan nilai murni yang dikesan melalui pengesan 2PS seterusnya menyatakan
nilai jelmaan dan akhirnya barulah menulis ulasan nilai murni.
Langkah 3: Latihan
Dalam latihan yang diberikan semasa waktu PdP di dalam kelas, pengkaji mendapati PK tidak
dapat mengesan ayat yang mempunyai kaitan dengan nilai yang tersurat. Selain itu, PK 4 juga
tidak dapat menjelma lima nilai murni dengan betul. Ini dibuktikan dengan keputusan ujian
diagnostik yang telah dilaksanakan sebelum sesi intervensi. Ini dibuktikan juga dengan hasil
analisis dokumen latihan PK 4 sebelum sesi intervensi seperti gambar di bawah.
Rajah 5: Penguasaan Kaedah Pengesan 2PS dalam latihan
Rajah 6: Kesalahan dalam latihan penulisan ulasan nilai murni
8
Rajah 6 menunjukkan PK 4 menggariskan ayat yang tiada mempunyai kaitan dengan nilai
yang hendak disampaikan. Di samping itu, PK 4 juga hanya menyalin semula nilai yang telah
dibaca tanpa menukar nilai jelmaan yang baharu serta memberikan nilai yang salah. Oleh itu,
PK 4 tidak dapat memberikan lima nilai murni yang dijelmakan dengan betul.
Namun, sepanjang menerima intervensi PK 4 mempunyai perubahan dalam membuat latihan
yang diberikan. PK 4 dapat menggariskan ayat yang mempunyai aspek 2PS dan mempunyai
kaitan dengan nilai. PK 4 juga dapat menyatakan dan menulis lima nilai murni dengan ulasan
yang betul seperti gambar dibawah.
Selain itu, pengakaji turut melaksanakan temu bual kepada PK 4 untuk mengetahui bagaimana
Kaedah Pengesan 2PS dan intervensi yang dijalankan ini dapat membantu PK 4 dalam
menjelma nilai murni untuk penulisan ulasan nilai murni bagi Bahagian C Kertas 2 Bahasa
Melayu. Berikut merupakan soalan temu bual yang telah ditanya kepada PK 4.
Rajah 7: Penguasaan kemahiran menjelma nilai dalam latihan
9
Hasil daripada temu bual iaitu soalan 1, dapat dianalisis bahawa PK 4 dapat menjelma nilai
murni dengan mengaplikasikan langkah-langkah dalam Kaedah Pengesan 2PS. Temu bual di
atas menunjukkan bahawa peserta kajian telah mengikuti setiap langkah yang telah
diperkenalkan bagi membantu mereka menjelma nilai murni dalam pernyataan. Manakala
soalan 2, menunjukkan PK 4 dapat memberikan jawapan yang betul berkaitan pernyataan
yang diberi. Peserta kajian, dapat memberikan jenis ayat melalui aspek 2PS adalah dengan
mengelaskan bahawa ayat yang diberikan sebagai ayat yang menunjukkan perbuatan. PK 4
dapat menjelmakan nilai murni yang betul apabila nilai bagi pernyataan Ali membasuh baju
sendiri tanpa bantuan ibunya iaitu berdikari.
Secara keseluruhannya setelah melaksanakan proses intervensi terhadap empat orang peserta
kajian dalam meningkatkan kemahiran menjelma nilai murni Penulisan Bahagan C kertas 2
Bahasa Melayu, pengkaji mendapati tedapat peningkatan dan perubahan dalam penguasaan
kemahiran menjelma nilai murni. Ini berdasarkan pembuktian hasil dapatan kajian melalui
analisis dokumen, temu bual dan ujian pra dan pasca. Data menunjukkan mereka dapat
menjelma nilai murni dengan betul dan terdapat peningkatan pencapaian markah dalam
penulisan ulasan nilai murni.
10
KESIMPULAN
Program intervensi yang dijalankan dengan beberapa aktiviti dan secara berperingkat dapat
membantu peserta kajian dalam mengesan ayat yang mempunyai nilai murni serta dapat
menjelmakan nilai murni yang betul setelah diperkenalkan dengan Kaedah Pengesan 2PS. Di
samping itu, dapat juga diperkukuhkan dengan aktiviti permainan bahasa dan latihan untuk
mengingat nilai murni serta mengaplikasikan Kaedah Pengesan 2PS . Penggunaan kad dalam
kaedah ini sebagai bahan bantu mengajar yang meliputi warna dapat mendorong peserta
kajian dalam membuat latihan dengan bersungguh-sungguh. Kaedah Pengesan 2PS dengan
berbantukan kad semasa melakukan latihan ternyata dapat membantu mereka untuk
mengaplikasikan dan mengingati kaedah yang digunakan.
Latihan yang telah diberikan oleh pengkaji semasa intervensi dijalankan juga dapat membantu
murid mahir untuk menjelma nilai murni. Pengkaji telah menyusun latihan yang diberikan
kepada peserta kajian daripada peringkat mudah ke sukar. Peserta kajian dikehendaki
membuat latihan mengikut peringkat iaitu bermula dengan latihan menjelma melalui satu ayat
kemudiaannya kepada petikan yang mempunayi pernyataan. Justeru, strategi yang dipilih oleh
pengkaji dalam melaksanakan intervensi ini adalah sesuai dengan tahap keupayaan peserta
kajian. Juriah Long (2010), menyatakan guru mestilah memilih strategi yang sesuai bagi
pengajaran dan pembelajaran penulisan.
Sepanjang melaksanakan kajian ini, ternyata dapat memberikan satu impak yang besar
kepada pengkaji sebagai guru pelatih dalam bidang profesionalisme keguruan ini.
Pengkaji berpendapatbetapa pentingnya guru untuk melakukan sesuatu perubahan. Sebagai
guru, kepentingan dalam membantu dan mendidik murid supaya menjadi lebih baik adalah
satu kemestian. Sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini, telah menyedarkan pengkaji
bahawa peranan guru sebenarnya adalah sangat penting. Guru adalah sumber penyampai ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai
tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah
untuk membina daya fikiran. Sebagai seorang guru perlulah memperbanyakkan aktiviti yang
menggalakkan penglibatan murid dalam membina, mengguna dan menilai pemikiran mereka.
Makna kata seorang guru perlulah peka dengan keperluan murid di dalam bilik darjahnya.
Akhir sekali, kekuatan kajiian ini adalah Kaedah 2PS dapat membantu peserta kajian
menjelma nilai murni pada Penulisan Bahagian C Bahasa Melayu dan dapat meningkatkan
pencapaian markah mereka dalam Penulisan Bahagian C nilai murni. Bagi cadangan
penambahbaikan, pengkaji mencadangkan agar untuk kajian akan datang penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat digunakan sebagai alat intervensi.
11
RUJUKAN
Abd.Aziz Abd.Talib (2000).Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan
Teknik.Selangor: LOHPRINT Sdn.Bhd.
Fatimah binti Embong(2008). Cara Mengulas Nilai Murni atau Pengajaran
daripada. Petikan. Diperoleh pada 03 Mac 2014 daripada
http://ppdkualalangat.gov.my/id=47.pdf
Hartini Binti Hamzah (2013).Meningkatkan Kemahiran Menulis Nilai Murni Murid
Tahun 5 Arif Menggunakan Teknik BeTH4L. Laporan Penyelidikan Kajian Tindakan
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail Tahun 2013.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Sekolah Rendah Bahasa Melayu. (2001).
Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Juriah Long (2010).Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Bangi: UKM.
Mohamad Habibullah bin Abu Seman ( 2012). Penggunaan Rumus BaBUT Dalam
Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Berkaitan Dengan Nilai-Nilai Murni Murid
Tahun Empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb.
Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012.
Mohd Ruslee bin Mohd Salleh (2012). Kemahiran Mengingat, Cari Dan Tulis Nilai
Murni Dalam Kalangan Murid Tahun 6. Laporan Penyelidikan Kajian Tindakan Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail Tahun 2012.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
top related