kajian tindakan

11
1 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJELMA NILAI MURNI PENULISAN BAHAGIAN C MURID TAHUN 5 BESTARI MENGGUNAKAN KAEDAH PENGESAN 2PS Oleh: Nur Saidatul Akmam binti Razak, Amir Hamzah bin Yaakub Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menjelma nilai murni dalam Penulisan Bahagian C Bahasa Melayu. Seramai empat orang murid Tahun 5 Bestari dari Sekolah Kebangsaaan Tok Dir Kuala Terengganu telah terlibat dalam kajian tindakan ini kerana mereka telah mengalami masalah dalam menjelma nilai murni. Oleh itu, dalam kajian ini Kaedah Pengesan 2PS telah diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran menjelma nilai murni kepada peserta kajian. Kajian ini telah dilaksanakan selama empat minggu. Hasil daripada analisis data dan dapatan kajian telah menunjukkan, peserta kajian dapat menjelmakan nilai murni dengan betul dan berlakunya peningkatan ketara terhadap pencapaian peserta kajian setelah menggunakan Kaedah Pengesan 2PS. Keseluruhan peserta kajian telah melepasi markah yang minima dalam penulisan ulasan nilai murni. Justeru, kajian ini telah dapat membantu dan meningkatkan pencapaian peserta kajian dalam penulisan ulasan nilai murni dengan membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran menjelma nilai murni. Kata Kunci : Kaedah Pengesan 2PS, menjelma, nilai murni. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada 28 Januari 2014, pengkaji sudah memulakan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas 5 Bestari. Bilangan murid dalam kelas ini adalah seramai 34 orang murid yang terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 23 orang murid perempuan. Pengkaji telah melaksanakan latihan menjawab soalan bahagian c ulasan nilai murni untuk bahagian penulisan kertas 2 Bahasa Melayu. Latihan ini dilaksanakan melalui buku kerja yang dibekalkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar mereka. Pengkaji telah memperuntukkan 20 minit untuk murid menjawab soalan tersebut. Setelah pengkaji menyemak hasil latihan mereka, didapati terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menulis ulasan nilai murni dengan betul. Murid tidak dapat menjelmakan nilai murni dan mengingati contoh nilai murni yang lain. Mereka juga menunjukkan mereka hanya mengetahui dan mengingati beberapa contoh nilai murni sahaja. Pengkaji mendapati murid hanya menyalin semula nilai murni yang tersirat di dalam petikan dan tidak dapat membina huraian. Akhirnya, pengkaji dapat memerhatikan bahawa murid lemah untuk menjelma nilai murni untuk menulis nilai murni. Gambar rajah 1 dibawah menunjukkan antara kesalahan murid dalam menulis ulasan nilai murni.

Upload: parick

Post on 17-Jul-2016

26 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tindakan

1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJELMA NILAI MURNI

PENULISAN BAHAGIAN C MURID TAHUN 5 BESTARI

MENGGUNAKAN KAEDAH PENGESAN 2PS

Oleh:

Nur Saidatul Akmam binti Razak, Amir Hamzah bin Yaakub

Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menjelma nilai murni dalam

Penulisan Bahagian C Bahasa Melayu. Seramai empat orang murid Tahun 5 Bestari

dari Sekolah Kebangsaaan Tok Dir Kuala Terengganu telah terlibat dalam kajian

tindakan ini kerana mereka telah mengalami masalah dalam menjelma nilai murni.

Oleh itu, dalam kajian ini Kaedah Pengesan 2PS telah diwujudkan bagi

meningkatkan kemahiran menjelma nilai murni kepada peserta kajian. Kajian ini

telah dilaksanakan selama empat minggu. Hasil daripada analisis data dan dapatan

kajian telah menunjukkan, peserta kajian dapat menjelmakan nilai murni dengan

betul dan berlakunya peningkatan ketara terhadap pencapaian peserta kajian setelah

menggunakan Kaedah Pengesan 2PS. Keseluruhan peserta kajian telah melepasi

markah yang minima dalam penulisan ulasan nilai murni. Justeru, kajian ini telah

dapat membantu dan meningkatkan pencapaian peserta kajian dalam penulisan

ulasan nilai murni dengan membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran

menjelma nilai murni.

Kata Kunci : Kaedah Pengesan 2PS, menjelma, nilai murni.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada 28 Januari 2014, pengkaji sudah memulakan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu

bagi kelas 5 Bestari. Bilangan murid dalam kelas ini adalah seramai 34 orang murid yang

terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 23 orang murid perempuan. Pengkaji telah

melaksanakan latihan menjawab soalan bahagian c ulasan nilai murni untuk bahagian

penulisan kertas 2 Bahasa Melayu. Latihan ini dilaksanakan melalui buku kerja yang

dibekalkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar mereka. Pengkaji telah

memperuntukkan 20 minit untuk murid menjawab soalan tersebut.

Setelah pengkaji menyemak hasil latihan mereka, didapati terdapat beberapa orang murid

yang tidak dapat menulis ulasan nilai murni dengan betul. Murid tidak dapat menjelmakan

nilai murni dan mengingati contoh nilai murni yang lain. Mereka juga menunjukkan mereka

hanya mengetahui dan mengingati beberapa contoh nilai murni sahaja. Pengkaji mendapati

murid hanya menyalin semula nilai murni yang tersirat di dalam petikan dan tidak dapat

membina huraian. Akhirnya, pengkaji dapat memerhatikan bahawa murid lemah untuk

menjelma nilai murni untuk menulis nilai murni. Gambar rajah 1 dibawah menunjukkan

antara kesalahan murid dalam menulis ulasan nilai murni.

Page 2: kajian tindakan

2

SOROTAN LITERATUR

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan, guru perlu jelas tentang kemahiran menulis yang

mana perlu dikuasai oleh murid dan seterusnya menetapkan latihan menulis yang sesuai untuk

murid mencapai kemahiran menulis tersebut. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia

(2007) telah menyatakan menulis ulasan nilai murni merupakan salah satu daripada tiga

kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bagi Pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2.

Masalah berkaitan penulisan ulasan nilai muri ini turut mendapat perhatian daripada guru-

guru bahsa Melayu serta guru pelatih. Ini terbukti apabila Faridah Binti Doya, dalam kajian

Meningkatkan Kemahiran Membuat Ulasan Dalam Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C

Tahun 5 menggunakan Modul Jelmaan , telah membantu murid tahun lima membuat ulasan

dalam karangan nilai murni. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Astana Raja yang

melibatkan subjek kajian seramai 15 orang. Kajian ini telah menggunakan Modul Jelmaan dan

beliau telah mengaplikasikan latihan yang memerlukan murid untuk menjelmakan nilai-nilai

tersirat disebalik pernyataan yang diberi. Melalui dapatan kajian yang diambil melalui ujian

peperiksaan akhir tahun telah menunjukkan dua daripada 18 subjek kajian yang dapat

mencapai markah dan seramai 15 orang yang telah memperolehi markah penuh iaitu 20.

Mohamad Habibullah Bin Abu Seman (2012) telah melaksanakan kaedah Rumus BaBUT

.Beliau telah melaksanakan kajian mengenai Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan

Berkaitan Dengan Nilai Murni Tahun 4 Dengan Rumus BaBUT. Kajian ini dilaksanakan di

Sekolah Kebangsaan Ong Tiang Gol menggunakan latihan berperingkat dan disusuli dengan

penerangan Rumus BaBUT. Rumus BaBUT adalah singkatan daripada Baca, Baris, Ubah dan

Tafsir.Hasil dapatan beliau menunjukkan penggunaan Rumus BaBUT berjaya membantu

peserta kajian meningkatkan kemahiran menulis karangan nilai murni

Tidak dapat mengesan ayat

mempunyai nilai

Tidak dapat menjelma nilai

murni yang tersirat

Rajah 1: Kesalahan dalam penulisan ulasan nilai murni

Page 3: kajian tindakan

3

Hartini Binti Hamzah (2013) dalam kajian beliau iaitu Meningkatkan Kemahiran Menulis

Dalam Penulisan Bahasa Melayu Bahagian C Dengan Menggunakan Teknik BeTH4l. Kajian

ini telah dijalankan kepada murid tahun 5 Arif di Sekolah Sungai Long, Jeli Kelantan. Kajian

ini telah membuktikan dengan penggunaan empat lajur dapat merangsang murid untuk

mengulas nilai murni dengan baik dan tersusun serta dapat menjana idea untuk membina ayat

yang mempunyai pertalian dengan petikan. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa peserta

kajian telah dapat mencapai skor cemerlang iaitu seramai dua orang peserta kajian telah

mendapat skor markah 16 daripada 20 dan seramai lima orang mendapat markah penuh.

Oleh itu, pengkaji berpendapat terdapat kekuatan dan kelemahan pada inovasi yang sedia ada

daripada kajian lepas dalam meningkatkan kemahiran menjelma dan menulis ulasan nilai

murni. Antara kekuatan yang terdapat pada inovasi pada kajian lepas, pengkaji mendapati

murid dapat menggunakan latih tubi menghafal dan menjelma nilai murni dengan

memberikan maksud melalui peneguhan konsep nilai murni serta terdapat Modul Jelmaan

yang membantu murid menghafal nilai bersama ayat yang mempunyai kaitan. Walau

bagaimanapun,inovasi yang telah ada masih terdapat kekurangan kerana tiada kaedah khusus

yang betul-betul dapat membantu murid untuk menjelma nilai murni kemudian menulis nilai

beserta ulasan.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini telah dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran menjelma

nilai murni Penulisan Bahagian C dalam Kertas 2 bahasa Melayu murid tahun 5 Bestari

Sekolah Kebangsaan Tok Dir dengan menggunakan Kaedah Pengesan 2PS.

Objektif

Membantu murid menjelmakan nilai murni yang terdapat dalam petikan dengan betul melalui

Kaedah Pengesan 2PS.

Persoalan

Bagaimanakah murid dapat dibantu menjelmakan nilai murni dengan betul

menggunakan Kaedah Pengesan 2PS?

Page 4: kajian tindakan

4

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini telah menggunakan model Kemmis& Mc Taggart (1988) . Kajian ini

melibatkan empat orang murid tahun 5 Bestari sebagai peserta kajian iaitu terdiri daripada dua

orang lelaki dan dua orang perempuan. Keempat-empat peserta kajian ini telah dipilih

berdasarkan pencapaian markah dalam penulisan ulasan nilai murni dalam ujian diagnostik.

Pengumpulan data telah menggunakan instrumen analisis dokumen, temu bual dan ujian. Data

dianalisis secara deskritif bagi setiap peserta kajian.

Analisis dokumen digunakan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran murid semasa

terlibat dengan intervensi. Pengkaji telah melaksanakan analisis dokumen daripada lembaran

latihan yang diberikan semasa intervensi dijalankan. Setelah pengkaji telah melaksanakan dan

memperkenalkan Kaedah Pengesan 2PS kepada peserta kajian, pengkaji telah meneruskan

langkah yang berikutnya dengan memberi latihan menjelma nilai murni secara berperingkat.

Latihan yang diberikan adalah secara berperingkat iaitu mudah ke sukar.

Kemudian pengkaji telah menggunakan temu bual berstruktur. Pengkaji telah memberikan

empat item soalan temu bual bagi melihat bagaimana Kaeadah Pengesan 2PS dapat membantu

murid dalam menjelma nilai murni. Semasa sesi temu bual dijalankan, pengkaji telah memberi

penjelasan dan membaca atau item temu bual kepada peserta kajian bagi mengelakkan peserta

kajian berasa keliru semasa ditemu bual. Oleh itu, hasil dapatan temu bual yang diperolehi

pengkaji mendapati Kaedah Pengesan 2PS dapat membantu peserta kajian menjelma nilai

murni dengan betul.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Pengkaji telah mewujudkan satu kaedah untuk membantu peserta kajian untuk meningkatkan

kemahiran menjelma nilai murni. Oleh itu, Kaedah Pengesan 2PS merupakan merupakan

teknik untuk menjelma nilai murni dengan mengesan nilai yang tersirat dalam ayat. Nombor

2 bermaksud terdapat dua huruf P. 2PS merupakan akronim yang mewakili tiga perkataan.

Jadual 5.2 : Kaedah Pengesan 2PS

Justeru, sesi intervensi kajian ini melibatkan tiga langkah iaitu:

2PS Perkataan

2P

P Perbuatan

P Percakapan

S Sifat

Page 5: kajian tindakan

5

Langkah 1 : Sentuh dan Pergi (touch and go)

Pengkaji telah melaksanakan aktiviti ini bagi peserta kajian membantu mengingat nilai murni

melalui permainan bahasa di samping sebagai pengukuhan kepada peserta kajian terhadap

nilai murni. Masa yang diperuntukkan selama lima minit sebelum kepada langkah yang

seterusnya. Aktiviti ini bertujuan bagi mewujudkan rasa seronok dan minat untuk mempelajari

serta menghafal nilai murni dengan bermain daripada mengahafal secara tradisional.

Langkah 2: Kaedah Pengesan 2PS

Pada langkah ini, pengkaji telah memperkenalkan kepada peserta kajian tentang Kaedah

Pengesan 2PS. Kaedah Pengesan 2PS merupakan teknik untuk menjelma nilai murni dengan

mengesan nilai yang tersirat dalam ayat. Pengkaji telah memperkenalkan kaedah ini kepada

peserta kajian melalui persembahan power point. Peserta kajian dikehendaki mengingat aspek

2PS dan langkah menggunakannya bagi mengesan ayat dan nilai murni yang berkaitan di

dalam pernyataan dan kemudiaanya dibekalkan set latihan untuk mengaplikasikan kaedah ini.

Pada langkah ini pengkaji telah mengubah suai kaedah pengajaran dengan berbantukan bahan

bantu mengajar pada lingkaran kedua. Pengkaji telah mengunakan kad pengesan 2PS. Kad ini

dapat digunakan dan boleh dipadamkan beberapa kali semasa melakukan latihan..

Langkah 3 : Latihan

Setelah peserta kajian diperkenalkan dengan kaedah pengesan 2PS, pengakaji turut

membekalkan set latihan bagi membantu mereka mengaplikasikan kaedah yang

diperkenalkan. Latihan yang diberikan adalah berstruktur iaitu bermula dengan latihan

mengesan nilai daripada satu ayat dan menjelmakannya, seterusnya mengesan dan menjelma

nilai dalam satu petikan. Latihan ini bagi membantu peserta kajian menjelmakan nilai murni

yang tersirat dalam pernyataan.

RAJAH 2: Pengaplikasian Kaedah Pengesan 2PS

Page 6: kajian tindakan

6

DAPATAN KAJIAN

Pada bahagian ini pengkaji telah memilih peserta kajian 4 (PK 4) bagi menghuraikan dan

menunjukkan dapatan kajian yang diperolehi sebelum dan selepas tempoh pelaksanaan

intervensi dilaksanakan. Perubahan dan peningkatan kemahiran peserta kajian dapat

dibandingkan dengan penguasaan kemahiran PK 4 dalam menjelma nilai murni sebelum dan

selepas menjalani intervensi.

Langkah 1: Sentuh Dan Pergi

Sebelum PK terlibat dengan sesi intervens pengkaji mendapati, dia hanya dapat mengingat

beberapa nilai sahaja dan pengkaji mendapati PK 4 menyebut nilai yang sama berulangkali.

Namun semasa proses intervensi dijalankan, PK 4 dapat menyebut dan mengingat sekurang-

kurangya 16 nilai murni yang telah digariskan oleh KPM dalam sukatan KBSR melalui

permainan bahasa sentuh dan pergi.

Langkah 2: Kaedah Pengesan 2PS

Pengkaji mendapati sebelum intervensi dilaksanakan, PK 4 tidak mempunyai kaedah yang

khusus dalam menjelma nilai murni. Hasil daripada dokumen yang telah dianalisis oleh

pengkaji dalam latihan PK 4 sebelum melaksanakan intervensi, didapati PK 4 hanya

menggariskan ayat yang dirasakan betul sahaja. PK tiada asas atau kaedah untuk menjelma

nilai. PK 4 hanya terus menulis ulasan nilai murni tanpa menjelma nilai murni yang betul. Ini

dibuktikan dengan Rajah 4 dibawah.

Rajah 3: Aktiviti sentuh dan pergi

Rajah 4: Lembaran latihan PK 4

Page 7: kajian tindakan

7

Walau bagaimanapun setelah terlibat dengan proses intervensi, pengkaji mendapati dalam

latihan yang diberikan kepada PK 4, dia menggunakan Kaedah Pengesan 2PS untuk

menjelma nilai murni dan kemudiaanya baru menulis ulasan nilai murni dengan betul.

Objektif langkah ini dilaksanakan adalah untuk membantu peserta kajian dengan

mendedahkan kemahiran menjelama nilai murni dengan betul. Gambar dibawah menunjukkan

PK 4 menyenaraikan nilai murni yang dikesan melalui pengesan 2PS seterusnya menyatakan

nilai jelmaan dan akhirnya barulah menulis ulasan nilai murni.

Langkah 3: Latihan

Dalam latihan yang diberikan semasa waktu PdP di dalam kelas, pengkaji mendapati PK tidak

dapat mengesan ayat yang mempunyai kaitan dengan nilai yang tersurat. Selain itu, PK 4 juga

tidak dapat menjelma lima nilai murni dengan betul. Ini dibuktikan dengan keputusan ujian

diagnostik yang telah dilaksanakan sebelum sesi intervensi. Ini dibuktikan juga dengan hasil

analisis dokumen latihan PK 4 sebelum sesi intervensi seperti gambar di bawah.

Rajah 5: Penguasaan Kaedah Pengesan 2PS dalam latihan

Rajah 6: Kesalahan dalam latihan penulisan ulasan nilai murni

Page 8: kajian tindakan

8

Rajah 6 menunjukkan PK 4 menggariskan ayat yang tiada mempunyai kaitan dengan nilai

yang hendak disampaikan. Di samping itu, PK 4 juga hanya menyalin semula nilai yang telah

dibaca tanpa menukar nilai jelmaan yang baharu serta memberikan nilai yang salah. Oleh itu,

PK 4 tidak dapat memberikan lima nilai murni yang dijelmakan dengan betul.

Namun, sepanjang menerima intervensi PK 4 mempunyai perubahan dalam membuat latihan

yang diberikan. PK 4 dapat menggariskan ayat yang mempunyai aspek 2PS dan mempunyai

kaitan dengan nilai. PK 4 juga dapat menyatakan dan menulis lima nilai murni dengan ulasan

yang betul seperti gambar dibawah.

Selain itu, pengakaji turut melaksanakan temu bual kepada PK 4 untuk mengetahui bagaimana

Kaedah Pengesan 2PS dan intervensi yang dijalankan ini dapat membantu PK 4 dalam

menjelma nilai murni untuk penulisan ulasan nilai murni bagi Bahagian C Kertas 2 Bahasa

Melayu. Berikut merupakan soalan temu bual yang telah ditanya kepada PK 4.

Rajah 7: Penguasaan kemahiran menjelma nilai dalam latihan

Page 9: kajian tindakan

9

Hasil daripada temu bual iaitu soalan 1, dapat dianalisis bahawa PK 4 dapat menjelma nilai

murni dengan mengaplikasikan langkah-langkah dalam Kaedah Pengesan 2PS. Temu bual di

atas menunjukkan bahawa peserta kajian telah mengikuti setiap langkah yang telah

diperkenalkan bagi membantu mereka menjelma nilai murni dalam pernyataan. Manakala

soalan 2, menunjukkan PK 4 dapat memberikan jawapan yang betul berkaitan pernyataan

yang diberi. Peserta kajian, dapat memberikan jenis ayat melalui aspek 2PS adalah dengan

mengelaskan bahawa ayat yang diberikan sebagai ayat yang menunjukkan perbuatan. PK 4

dapat menjelmakan nilai murni yang betul apabila nilai bagi pernyataan Ali membasuh baju

sendiri tanpa bantuan ibunya iaitu berdikari.

Secara keseluruhannya setelah melaksanakan proses intervensi terhadap empat orang peserta

kajian dalam meningkatkan kemahiran menjelma nilai murni Penulisan Bahagan C kertas 2

Bahasa Melayu, pengkaji mendapati tedapat peningkatan dan perubahan dalam penguasaan

kemahiran menjelma nilai murni. Ini berdasarkan pembuktian hasil dapatan kajian melalui

analisis dokumen, temu bual dan ujian pra dan pasca. Data menunjukkan mereka dapat

menjelma nilai murni dengan betul dan terdapat peningkatan pencapaian markah dalam

penulisan ulasan nilai murni.

Page 10: kajian tindakan

10

KESIMPULAN

Program intervensi yang dijalankan dengan beberapa aktiviti dan secara berperingkat dapat

membantu peserta kajian dalam mengesan ayat yang mempunyai nilai murni serta dapat

menjelmakan nilai murni yang betul setelah diperkenalkan dengan Kaedah Pengesan 2PS. Di

samping itu, dapat juga diperkukuhkan dengan aktiviti permainan bahasa dan latihan untuk

mengingat nilai murni serta mengaplikasikan Kaedah Pengesan 2PS . Penggunaan kad dalam

kaedah ini sebagai bahan bantu mengajar yang meliputi warna dapat mendorong peserta

kajian dalam membuat latihan dengan bersungguh-sungguh. Kaedah Pengesan 2PS dengan

berbantukan kad semasa melakukan latihan ternyata dapat membantu mereka untuk

mengaplikasikan dan mengingati kaedah yang digunakan.

Latihan yang telah diberikan oleh pengkaji semasa intervensi dijalankan juga dapat membantu

murid mahir untuk menjelma nilai murni. Pengkaji telah menyusun latihan yang diberikan

kepada peserta kajian daripada peringkat mudah ke sukar. Peserta kajian dikehendaki

membuat latihan mengikut peringkat iaitu bermula dengan latihan menjelma melalui satu ayat

kemudiaannya kepada petikan yang mempunayi pernyataan. Justeru, strategi yang dipilih oleh

pengkaji dalam melaksanakan intervensi ini adalah sesuai dengan tahap keupayaan peserta

kajian. Juriah Long (2010), menyatakan guru mestilah memilih strategi yang sesuai bagi

pengajaran dan pembelajaran penulisan.

Sepanjang melaksanakan kajian ini, ternyata dapat memberikan satu impak yang besar

kepada pengkaji sebagai guru pelatih dalam bidang profesionalisme keguruan ini.

Pengkaji berpendapatbetapa pentingnya guru untuk melakukan sesuatu perubahan. Sebagai

guru, kepentingan dalam membantu dan mendidik murid supaya menjadi lebih baik adalah

satu kemestian. Sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini, telah menyedarkan pengkaji

bahawa peranan guru sebenarnya adalah sangat penting. Guru adalah sumber penyampai ilmu

pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai

tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah

untuk membina daya fikiran. Sebagai seorang guru perlulah memperbanyakkan aktiviti yang

menggalakkan penglibatan murid dalam membina, mengguna dan menilai pemikiran mereka.

Makna kata seorang guru perlulah peka dengan keperluan murid di dalam bilik darjahnya.

Akhir sekali, kekuatan kajiian ini adalah Kaedah 2PS dapat membantu peserta kajian

menjelma nilai murni pada Penulisan Bahagian C Bahasa Melayu dan dapat meningkatkan

pencapaian markah mereka dalam Penulisan Bahagian C nilai murni. Bagi cadangan

penambahbaikan, pengkaji mencadangkan agar untuk kajian akan datang penggunaan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat digunakan sebagai alat intervensi.

Page 11: kajian tindakan

11

RUJUKAN

Abd.Aziz Abd.Talib (2000).Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan

Teknik.Selangor: LOHPRINT Sdn.Bhd.

Fatimah binti Embong(2008). Cara Mengulas Nilai Murni atau Pengajaran

daripada. Petikan. Diperoleh pada 03 Mac 2014 daripada

http://ppdkualalangat.gov.my/id=47.pdf

Hartini Binti Hamzah (2013).Meningkatkan Kemahiran Menulis Nilai Murni Murid

Tahun 5 Arif Menggunakan Teknik BeTH4L. Laporan Penyelidikan Kajian Tindakan

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail Tahun 2013.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Sekolah Rendah Bahasa Melayu. (2001).

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Juriah Long (2010).Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Bangi: UKM.

Mohamad Habibullah bin Abu Seman ( 2012). Penggunaan Rumus BaBUT Dalam

Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Berkaitan Dengan Nilai-Nilai Murni Murid

Tahun Empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb.

Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012.

Mohd Ruslee bin Mohd Salleh (2012). Kemahiran Mengingat, Cari Dan Tulis Nilai

Murni Dalam Kalangan Murid Tahun 6. Laporan Penyelidikan Kajian Tindakan Institut

Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail Tahun 2012.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Shah Alam:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.