kajian tahap kesedaran pengguna terhadap penggunaan …
Post on 12-Nov-2021
6 Views
Preview:
TRANSCRIPT
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Kajian Tahap Kesedaran Pengguna Terhadap
Penggunaan Sistem Pencegahan Kebakaran Di
Kediaman Bertingkat
NORJIAH BINTI ABDULLAH
Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian
Pengajian Pengurusan Fasiliti
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
JULAI 2020
PENGAJIAN PENGURUSAN FASILITI
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
PENGESAHAN HAK CIPTA DISERTASI/LAPORAN PROJEK SISWAZAH
Nama Penulis : NORJIAH BINTI ABDULLAH
Tajuk Disertasi/Laporan : Kajian Tahap Kesedaran Pengguna
Terhadap Penggunaan Sistem Pencegahan
Kebakaran di Kediaman Bertingkat
No My Kad : 941110-05-5534
No Pendaftaran : 08BFM16F3006
Saya akui bahawa disertasi/laporan ini diklasifikasikan sebagai:
(Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)
(Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi di mana kajian ini dijalankan)
Saya bersetuju disertasi/laporan ini diterbitkan secara akses terbuka (text lengkap)
Saya akur bahawa Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mempunyai hak-
hak seperti berikut:
1. Disertasi/Laporan ini merupakan hak milik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah
2. Perpustakaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mempunyai hak
untuk membuat salinan Disertasi/Laporan ini untuk tujuan penyelidikan sahaja
3. Perpustakaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mempunyai hak
untuk membuat salinan Disertasi/Laporan ini sebagai bahan akademik
pertukaran antara institusi pendidikan
Tandatangan Penulis : Disahkan Oleh :
_______________________ _______________________
CATATAN : *Jika disertasi/laporan ini diklasifikasikan sebagai SULIT atau TERHAD, sila
lampirkan surat daripada organisasi berkaitan dengan menyatakan tempoh dan sebab
maklumat dalam penulisan ini diklasifikasikan sebagai SULIT atau TERHAD.
Sulit
Terhad
Akses Terbuka
Nama Penuh Penyelia:
RAJA NURUL WAHEEDA BINTI RAJA ZILAN
Tarikh: 31/07/2020
Nama Penuh Penulis:
NORJIAH BINTI ABDULLAH Tarikh: 31/07/2020
PENGAKUAN PENULIS
Saya akui bahawa karya di dalam disertasi ini merupakan hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.
Nama Pelajar : NORJIAH BINTI ABDULLAH
Nombor Pendaftaran Pelajar : 08BFM16F3006
Nombor MyKad Pelajar : 941110-05-5534
Tajuk DIsertasi : Kajian Tahap Kesedaran Pengguna
Terhadap Penggunaan Sistem
Pencegahan Kebakaran di Kediaman
Bertingkat
Program : Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian
Jabatan : Kejuruteraan Awam
Institusi : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam
Tandatangan Pelajar : …………………………………………………
Tarikh : 31/07/2020
Disahkan oleh:
Nama Penyelia : RAJA NURUL WAHEEDA BINTI RAJA ZILAN
Jabatan : Kejuruteraan Awam
Institusi : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam
Tandatangan Penyelia : …………………………………………………
Tarikh : 31/07/2020
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan berkat dan
keizinannya dapat saya menyempurnakan kajian ini walaupun menempuhi
pelbagai dugaan dan rintangan. Di kesempatan ini, saya ingin mengalungkan
setinggi-tinggi pengharagaan kepada Pn. Raja Nurul Waheeda Bt Raja Zilan,
selaku penyelia kajian ini di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan
bimbingan yang diberikan bagi membantu saya sepanjang penghasilan kajian
ini.
Selain itu, ribuan terima kasih buat kedua-dua ibu bapa saya, En.
Abdullah dan Pn. Latifah yang tidak putus-putus mendoakan saya dan
memberikan semangat serta dorongan, agar saya sentiasa fokus terhadap
apa yang saya ingin lakukan. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan atas sokongan, bantuan dan doa kalian, sehingga kajian dan
pengajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya.
Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan
cadangan dan bantuan dalam menyiapkan kajian ini. Semoga kajian ini dapat
dijadikan sumbe rujukan yang berguna untuk tatapan generasi akan datang
I
ABSTRAK
Kebakaran merupakan salah satu bencana yang boleh membawa kemusnahan
harta benda dan korban nyawa yang sangat membimbangkan oleh setiap
golongan masyarakat. Mengikut statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM), kes kebakaran paling tinggi di Malaysia adalah melibatkan
kebakaran bagi bangunan kediaman. Walaupun masyarakat mengetahui
bahagian dapur kediaman merupakan tempat paling berisiko tinggi tercetusnya
kebakaran tetapi masih ramai penghuni bangunan yang tidak mahu
menyediakan alat pencegahan kebakaran seperti alat pemadam api, selimut
kebakaran dan pengesan asap di rumah mereka. Matlamat utama bagi kajian ini
adalah mencadangkan amalan baik yang boleh meningkatkan tahap kesedaran
pengguna terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan
kediaman bertingkat. Kajian ini menggunakan pendekatan abduktif dan strategi
kajian adalah dengan menggunakan kaedah percampuran. Manakala, instrumen
kajian yang digunakan adalah soal selidik dan temubual separa struktur. Justeru
itu, teknik analisa yang bersesuaian adalah analisa deskriptif seperti analisa
faktor dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS). Kaedah persampelan secara rawak digunakan dalam kajian
ini dan sampel yang terlibat adalah seramai 304 responden bagi soal selidik
yang terdiri daripada pelajar UiTM Kampus Puncak Alam yang tinggal di kolej
kediaman. Secara keseluruhan hasil dapatan bagi tahap kesedaran pengguna
dalam penggunaan sistem pencegahan kebakaran berada pada tahap
sederhana. Ini menunjukkkan masih banyak tindakan yang perlu diambil oleh
pihak pengurusan dan pihak JBPM bagi meningkatkan tahap kesedaran
pengguna. Akhir sekali kajian ini mengemukakan beberapa cadangan
penambahbaikkan yang boleh diambil bagi meningkatkan tahap kesedaran
pengguna.
Kata Kunci : Kebakaran, sistem pencegahan kebakaran, bangunan kediaman, pengurusan fasiliti.
II
ISI KANDUNGAN
Halaman
ABSTRAK I
ISI KANDUNGAN II
SENARAI JADUAL V
SENARAI RAJAH VI
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG 1
1.2 PENYATAAN MASALAH 2
1.3 MATLAMAT KAJIAN 6
1.4 PERSOALAN UTAMA KAJIAN 6
1.4.1 Sub Persoalan Kajian 6
1.5 OBJEKTIF KAJIAN 7
1.6 SKOP KAJIAN 7
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN 8
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 ISTILAH KAJIAN 9
2.1.1 Tahap Kesedaran 9
2.1.2 Sistem pencegah kebakaran 9
2.1.2.1 Sistem pencegahan pasif 10
2.1.2.2 Sistem pencegahan aktif 10
2.1.2.3 Sistem Pengesan Kebakaran dan Sistem Penggera 12
2.1.2.4 Sistem pemadam api yang menggunakan air 14
2.2 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN 15
III
2.3 GARIS PANDUAN 16
2.3.1.2 Undang – Undang Kecil Bangunan Seragam 16
2.3.1.3 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 18
2.4 LATIHAN KEBAKARAN 18
2.4.1 Pengungsian Bangunan 19
2.4.2 Pasukan Tindakan Kecemasan (PTK) 21
2.5 PENGETAHUAN PENGURUSAN KESELAMATAN 22
2.5.1 Kesedaran Penghuni Bangunan 22
2.5.1.1 Memiliki alat pemadam api di rumah 23
2.5.1.2 Keperluan Memasang Alat Pengesan Asap di Rumah 23
2.5.2 Hapus Bahaya Kebakaran 24
2.6 SIKAP DAN TINDAKBALAS 25
2.6.1 Pengetahuan Keselamatan 25
2.7 RINGKASAN BAB 27
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN BAB 28
3.2 FALSAFAH DAN PENDEKATAN KAJIAN 28
3.2.1 Falsafah Penyelidikan 28
3.3 Reka Bentuk kajian 30
3.3.1. Matlamat 31
3.3.2. Kerangka Konseptual Kajian 31
3.3.3 Persoalan Kajian 31
3.3.4 Kaedah Pengumpulan Data 32
3.3.4.1 Soal Selidik 32
3.3.4.2 Temu Bual 32
3.4 Ujian Kesahan 33
3.5 Persamplelan dan Responden Kajian 34
IV
BAB 4 PENGUMPULAN DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Sample Kajian 35
4.2.1 Reka Bentuk Persampelan 36
4.2.2 Saiz Sampel 38
4.3 Instrumen Pengumpulan Data 39
4.3.1 Borang Soal Selidik 40
4.3.2 Temubual Separa Struktur 44
4.4 Pilot Test 46
BAB 5 ANALISA DATA
5.1 PENGENALAN 48
5.2 DEMOGRAFI KAJIAN 49
5.3 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF 1 54
5.4 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF 2 55
5.5 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF 3 61
BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1. PENGENALAN 69
6.2. RINGKASAN PERSOALAN KAJIAN 69
6.2.1 Persoalan Kajian Pertama 70
6.2.2 Persoalan Kajian Kedua 71
6.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 71
6.3 IMPLIKASI KAJIAN 72
6.4 LIMITASI 73
6.7 RINGKASAN 74
Rujukan 75
Lampiran 79
V
SENARAI JADUAL
Jadual Tajuk Halaman
Jadual 1.1 Skop Kajian 7
Jadual 2.1 Jenis- Jenis Alat Pemadam Api 11
Jadual 4.1 Kaedah Persampelan 37
Jadual 4.2 Sampel Saiz Soal Selidik 39
Jadual 4.3 Bahagian Borang Soal Selidik 40
Jadual 4.4 Penilaian Berkenaan Prosedur Kecemasan 41
Jadual 4.5 Soalan Berkenaan Kesedaran Terhadap Sistem
Pencegahan Kebakaran
42
Jadual 4.6 Skala likert soal selidik 43
Jadual 4.7 Senarai soalan temubual 45
Jadual 4.8 Pilot Test Cronbach’s Alpha 46
Jadual 5.1 Bacaan Cronbach’s Alpha Faktor Kajian 54
Jadual 5.2 Analisa Data Faktor Garis Panduan 55
Jadual 5.3 Analisa Data Faktor Latihan Kebakaran 56
Jadual 5.4 Analisa Data Faktor Pengetahuan Pengguna 56
Jadual 5.5 Analisa Data Faktor Sikap & Tindak Balas 57
Jadual 5.6 Profil Responden Temubual 61
Jadual 5.7 Maklumbalas Temubual 62
VI
SENARAI RAJAH
Rajah Tajuk Halaman
Rajah 1.1 Kes Kebakaran Bangunan Bertingkat 2
Rajah 1.2 Kebakaran Bangunan Di Malaysia 3
Rajah 1.3 Punca Kebakaran Di Malaysia 4
Rajah 2.1 Alat Pengesan Haba 12
Rajah 2.2 Alat Pengesan Asap 13
Rajah 2.3 Alat Pecah Kaca 14
Rajah 2.4 Gegelung Hos 14
Rajah 2.5 Kerangka Konsetual Kajian 15
Rajah 3.1 Reka Bentuk Kajian 30
Rajah 4.1 Kaedah Persampelan 36
Rajah 5.1 Carta Pai Kolej Kediaman 49
Rajah 5.2 Carta Pai Jantina 50
Rajah 5.3 Carta Pai Tahap Pendidikan 51
Rajah 5.4 Carta Pai Umur Responden 52
Rajah 5.5 Carta Pai Kekerapan Menyertai Latihan Kebakaran 53
Rajah 5.6 Bacaan Min Mengikut Soalan 59
Rajah 5.7 Bacaan Purata Min Mengikut Faktor 59
08BFM16F3006
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sistem pencegahan
kebakaran haruslah di pasang di dalam setiap bangunan yang dibina sesuai
dengan akta dan standard yang telah ditetapkan terutamanya bagi bangunan
bertingkat. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kebakaran melibatkan
bangunan bertingkat sering berlaku antaranya disebabkan kurang kesedaran
daripada kalangan masyarakat berkenaan kegunaan sistem pencegahan
kebakaran dan sikap pengguna yang mengambil ringan terhadap isu keselamatan.
Sistem pencegahan kebakaran yang terdapat didalam bangunan dapat membantu
mengawal kebakaran dari merebak sekiranya pengguna bangunan tahu
menggunakan sistem tersebut seperti alat pemadam api, pancur basah dan juga
alat pecah gelas (Ridzuan 2008). Keduanya disebabkan pengurusan sistem
keselamatan kebakaran yang lemah oleh pihak pengurusan fasiliti, dan sebab lain
berpunca dari pembinanan infrastruktur bangunan yang lemah (Zhou, 2016).
Faktor kecuaian merupakan punca utama berlakunya kebakaran,
sesetengah pihak bersikap cuai, tidak berwaspada dan egoistik. Selain itu masih
ramai masyarakat yang memandang ringan isu – isu keselamatan ketika
melaksanakan kerja yang boleh mencetuskan kebakaran dan lebih teruk lagi
kerugian harta benda dan korban nyawa melibatkan orang-orang yang tidak
bersalah.Terdapat juga golongan yang ingkar kepada peraturan Undang-undang
Bangunan Seragam. Mereka melakukan kerja tanpa mengikut kelulusan daripada
pihak Bomba dan Penyelamat. Misalnya premis perniagaan seperti kilang, rumah
kedai dan sebagainya kerap mengabaikan aspek keselamatan apabila beroperasi
tanpa mempunyai kelengkapan memadam api (Khairul Daun, 2001).
08BFM16F3006
2
1.2 PENYATAAN MASALAH
Hasil semakan laporan tahunan bomba 2016, JBPM telah mengeluarkan
laporan stastistik kebakaran melibatkan bangunan bertingkat dan mendapati
jumlah kebakaran bangunan bertingkat pada tahun tersebut adalah sebayak
895 kes. Berikut merupakan statistik kebakaran bangunan bertingkat yang
terlibat.
(Sumber Laporan Tahunan Bomba 2016)
Rajah 1.1 : Kes Kebakaran Bangunan Bertingkat
Berdasarkan Rajah 1.1, di dapati jumlah kebakaran bagi kediaman bertingkat pada
tahun 2016 adalah sebanyak 552 kes yang melibatkan kediaman seperti
apartment, kondominium dan juga rumah flat. Hal ini menjadi lebih
membimbangkan apabila pada tahun 2017 pihak bomba melaporkan bahawa
kebakaran bangunan kediaman merupakan kebakaran yang tertinggi di Malaysia.
08BFM16F3006
3
(Sumber dari Data Terbuka Malaysia)
Rajah 1.2 : Kebakaran Bangunan di Malaysia
Berdasarkan Rajah 1.2, jumlah kebakaran yang melibatkan bangunan kediaman
pada tahun 2017 adalah sebanyak 3696 dan 3,541 dari kes tersebut berpunca dari
kemalangan. Bedasarkan statistik yang dikemukan ini mendapati kebakaran yang
melibatkan bangunan bertingkat bukanlah satu isu yang baru. Bahkan
kebanyakkan kebakaran berlaku di kediaman bertingkat berpunca daripada
peralatan elektrik, lintar pintas dan kecuaian pengguna. Hal ini boleh dilihat melalui
trajedi kebakaran kediaman bertingkat Menara Grenfell dan kuartes kerajaan
Putrajaya yang berpunca dari litar pintas melalui peti sejuk dan amalan
sambungan wayar elektrik yang selalu dibuat oleh pengguna bangunan (Berita
Harian, 2017; Marzuki 2018). Kenyataan ini disokong apabila pihak JBPM
mengeluarkan statistik berkenaan punca berlakunya kebakaran 2013 dan
08BFM16F3006
4
mendapati kebakaran melibatkan elektrik adalah penyebab utama kebakaran
bangunan di Malaysia.
(Sumber dari Laporan Tahunan 2013))
Rajah 1.3 : Punca Kebakaran Bangunan di Malaysia
Merujuk kepada Rajah 1.3, sebanyak 3,802 kes kebakaran adalah
berpunca daripada elektrik. Kebakaran yang berpunca daripada elektrik ini
memang sudah banyak berlaku dan dilaporkan pada setiap tahun. Kebakaran
melibatkan elektrik ini kebanyakannya berlaku disebabkan oleh kecuaian penghuni
kediaman itu sendiri (Work, 2019). Kecuaian yang selalu di lakukan oleh penghuni
kediaman adalah seperti meninggalkan rumah tanpa membuat pemeriksaan
keselamatan sebelum keluar rumah, menyalakan api dikawasan yang mudah
08BFM16F3006
5
tercetus kebakaran, meninggalkan api dapur ketika memasak dan tertidur ketika
membuat kuih dan sebagainya (Work, 2019). Menurut pegawai JBPM, kebakaran
melibatkan bangunan kediaman ini sering dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun
terutamanya pada musim perayaan dan kebanyakkan kebakaran berpunca dari
dapur. Ini kerana sikap penghuni yang selalu terlupa untuk menutup api dapur dan
peralatan elektrik ketika menyediakan hidangan sehingga mencetuskan kebakaran
dapur terutamanya ketika sedang menyediakan hidangan akan tetapi (Berita
Harian,Jun 2018). Selain itu,kebakaran awal dapat dicegah sekiranya penghuni
bangunan kediaman mengetahui kaedah pemadaman api mengguna alat
pemadam api dan juga pancur basah. Ini kerana kebakaran lebih mudah dikawal
pada masa 4 minit terawal dan tiada lagi dalam rekod dunia yang pihak Bomba
boleh sampai ke lokasi kebakaran dalam masa 4minit (Kwong, 2001).
Walaupun pengguna tahu bahawa punca utama kebakaran bangunan
kediaman bermula dari dapur akan tetapi masih ramai penghuni bangunan yang
tidak mahu menyediakan alat pemadam api atau selimut kebakaran di dapur
mereka bagi mencegah kebakaran dari merebak (Bernama, 2018). Bekas Ketua
Pengarah Jabatan Bomba, Datuk Soh Chai Hock pernah mengeluarkan satu
kenyataan bahawa masih ada segelintir rakyat Malaysia yang mempunyai
pemikiran bahawa krisis kebakaran ini tidak akan terjadi kepada mereka atau
organisasi mereka tetapi hanya terjadi kepada orang lain sahaja (NST,1999 ; Berita
Utara, Ogos 2019).
Justeru itu, timbulnya persoalan adakah keselamatan penghuni di dalam
bangunan kediaman terjamin sekiranya pengguna masih mempunyai fikiran dan
sikap seperti itu?. Dan apakah penghuni bangunan mampu mencegah kebakaran
pada peringkat awal sekiranya kebakaran itu berlaku kepada mereka? Oleh itu,
masalah keselamatan penghuni kediaman bertingkat ini perlu dikaji secara
menyeluruh dan diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan
penghuni bangunan sentiasa peka dan tahu akan kepentingan penggunaan sistem
pencegahan kebakaran di bangunan kediaman mereka.
08BFM16F3006
6
1.3 MATLAMAT KAJIAN
Mencadangkan amalan baik dalam penggunaan sistem pencegahan
kebakaran di kalangan pengguna bangunan bertingkat terutamanya bangunan
kediaman.
1.4 PERSOALAN UTAMA KAJIAN
Persoalan utama bagi kajian ini adalah bagi memenuhi matlamat kajian ini.
Dimana persoalan utama kajian ini adalah untuk mengkaji sejauhmana tahap
kesedaran pengguna bangunan terhadap penggunaan sistem pencegahan
kebakaran.
1.4.1 Sub Persoalan Kajian
Sub persoalan bagi penyelidikan ini dijalankan adalah untuk menjawab
persoalan kajian berikut ;
i. Apakah faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran pengguna
terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan
kediaman?
ii. Bagaimakah tahap kesedaran penghuni bangunan terhadap sistem
pencegahan kebakaran?
iii. Apakah penambahbaikan bagi meningkatkan kesedaran pengguna
berkenaan sistem pencegahan kebakaran?
08BFM16F3006
7
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif kajian yang ingin dicapai melalui penyelidikan ini.
i. Mengkaji faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran pengguna
terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan
kediaman.
ii. Menganalisa tahap kesedaran penghuni bangunan terhadap sistem
pencegahan kebakaran.
iii. Mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan kesedaran
pengguna berkenaan sistem pencegahan kebakaran
1.6 SKOP KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan didalam kawasan UiTM Kampus Puncak Alam,
dimana penyelidik memfokuskan kepada 3 kolej kediaman melebihi 5 tingkat yang
diselenggara oleh pihak konsesi yang berlainan. Berikut merupakan kolej kediaman
dan pihak konsesi yang terlibat dalam penyelidikan ini.
Jadual 1.1 Pemilihan Skop Kajian
Pihak Konsesi Kolej Kediaman
TRI Sdn Bhd Causarina
BMES Maintenance Sdn Bhd Baiduri
SEGI Sdn Bhd Dahlia
08BFM16F3006
8
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini adalah bertujuan bagi mendedahkan penghuni bangunan
tentang kepentingan pengetahuan mengendalikan dan penggunaan alat
pencegahan kebakaran di kediaman mereka. Selain itu, diharapkan kajian ini
memberi kefahaman khususnya kesedaran dalam penggunaan dan pemeliharaan
sistem pencegahan kebakaran dan secara langsung mengubah persepsi
sesetengah masyarakat yang memandang ringan terhadap penggunaan sistem
pencegahan kebakaran.
08BFM16F3006
9
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 ISTILAH KAJIAN
Istilah kajian menerangkan maksud dari tajuk kajian bagi memastikan
pengkaji faham perkara yang ingin disentuh dalam kajian ini.
2.1.1 Tahap Kesedaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), tahap didefinisikan
sebagai peringkat dan tingkat. Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) juga ada
mentakrifkan kesedaran secara umumnya didefinisikan sebagai pemahaman,
kepekaan atau sensitiviti terhadap sesuatu perkara, kejadian, objek, perlakuan dan
juga tindak balas terhadap kesan sampingan. Ini bermaksud, kajian ini adalah
untuk mengkaji dan mengukur tahap kesedaran pengguna terhadap sistem
pencegahan kebakaran di bangunan kediaman. Ia juga menjelaskan adakah
syarikat pengurusan fasiliti memenuhi piawaian dan standard yang di tetapkan
oleh pihak berwajib.
2.1.2 Sistem Pencegah Kebakaran
Sistem pencegahan kebakaran merupakan sistem yang membantu
menghalang kebakaran daripada berlaku dan mengawal kebakaran merebak
kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi. Sistem ini merupakan sistem yang
sangat penting semasa berlakunya kebakaran. Oleh yang demikian pemeriksaan
dan pengujian peralatan kebakaran ini mestilah dijalan dan diselenggara mengikut
prosedur keselamatan yang telah ditetapkan (Affandi,2013). Dengan adanya
08BFM16F3006
10
sistem ini didalam bangunan, maka ia dapat melindungi serta menyelamatkan
nyawa penghuni bangunan tersebut. Sistem pencegahan kebakaran terbahagi
kepada dua iaitu sistem pencegahan pasif dan sistem pencegahan aktif.
2.1.2.1 Sistem Pencegahan Pasif
Perlindungan pasif ialah perlindungan kebakaran pada bangunan
dengan mengambil kira kelengkapan jalan keluar keselamatan, strategi keluar dari
bangunan, pemetakan, ketahanan struktur-struktur bangunan di dalamnya serta
kemasan dalam dan luar semasa kebakaran (Ridzuan,2008)
Terdapat beberapa elemen dalam sistem perlindungan pasif, akan
tetapi, tiga elemen ini adalah penting dan perlu ditekankan kepada pengguna
adalah:
i. Jalan Keluar Keselamatan
ii. Pemetakan
iii. Pintu rintangan api
2.1.2.2 Sistem Pencegahan Aktif
Sistem pencegahan aktif ini merupakan sistem yang bertindak sebagai pemberi
amaran, mengesan, memadam, dan mengawal kebakaran. Terdapat beberapa
komponen sistem pencegah kebakaran yang perlu dipasang pada bangunan
kediaman bertingkat dengan berpandukan Undang-undang Kecil Bangunan
Seragam. Komponen ini merangkumi sistem pencegahan kebakaran dan sistem
penggera seperti alat pemadam api mudah alih, gegelung hos, alat pengesan asap
dan alat pengesan haba (Ridzuan,2008).
08BFM16F3006
11
a. Alat pemadam api mudah alih.
Alat pemadam api mudah alih merupakan alat pencegahan
kebakaran mudah alih yang penting. Alat pemadam api mudah alih ini
tidaklah direka bentuk untuk memadamkan atau mengatasi api yang
besar tetapi ia adalah untuk memadamkan api kecil pada peringkat
permulaan kebakaran. Setiap alat pemadam api mudah alih ini akan
dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan dan ditandakan simbol kelas
api.
Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang telah
dikategori dan telah diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kategori-kategori alat pemadam api yang biasa digunakan untuk
membantu pemadaman di peringkat awal boleh didapati seperti jadual
dibawah.
Jadual 1.2 Jenis-jenis alat pemadam api
Sumber: Guide To Fire Protection In Malaysia, 2006)
Jenis Warna Jarak Pancutan
Masa Keseluruhan
Pancutan
Catatan
Debu Kering
Biru Muda
3 – 6 meter 120 saat Memadam Api Kelas A, B, Dan
C
Air Merah 4 meter 120 saat Memadam Api Kelas A
Buih Kuning Langsat
6 meter 30 – 90 saat Memadam Api Kelas B
CO2 Hitam 3 meter 120 saat Memadam Api Kelas F
08BFM16F3006
12
2.1.2.3 Sistem Pengesan Kebakaran dan Sistem Penggera.
Sistem pengesan kebakaran dan sistem penggera adalah merupakan salah satu
perkara yang wajib ada dalam pemasangan sistem pencegahan kebakaran pada
bangunan. Antara komponen amaran kebakaran tersebut adalah seperti alat
pengesan haba, alat pengesan asap, dan alat pecah kaca.
Pemasangan penggera dan pengesan kebakaran merupakan suatu pemasangan
bertujuan memberi amaran kepada orang ramai mengenai kebakaran.
Kebanyakkan kelengkapan amaran kebakaran masa kini dipasang secara tetap
pada bangunan-bangunan dan beroperasi secara automatik.
a. Alat Pengesan Haba
Alat pengesan haba merupakan salah satu komponen kepada
sistem pengesan kebakaran. Ia berfungsi dengan mengesan suhu atau
haba yang tertentu pada peringkat awal kebakaran dan kemudiannya
akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran dan seterusnya
memberikan amaran kepada pengguna bangunan. Alat ini beroperasi
secara automatik.
Rajah 2.1 Alat Pengesan Haba
08BFM16F3006
13
b. Alat Pengesan Asap
Alat pengesan asap juga merupakan salah satu komponen
kepada sistem pengesan kebakaran. Ia beroperasi secara automatik
seperti alat pengesan haba dan alat ini berperanan untuk mengaktifkan
sistem amaran kebakaran yang berfungsi apabila alat ini mengesan
sejumlah asap yang tertentu.
Rajah 2.2 Alat Pengesan Asap
c. Alat Pecah Kaca
Alat pecah kaca merupakan salah satu komponen kepada
kelengkapan sistem penggera. Apabila kaca pada kotak ini telah
dipecahkan, ia akan melengkapkan litar elektrik di dalamnya dan akan
menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan terdapatnya
kebakaran. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara
memecahkan kaca yang terdapat pada sistem ini oleh sesiapa yang telah
menyedari akan kehadiran sesuatu bahaya kebakaran.
08BFM16F3006
14
Rajah 2.3 : Alat Pecah Kaca
2.1.2.4 Sistem pemadam api yang menggunakan air.
a. Sistem Gegelung Hos
Sistem gegelung hos merupakan salah satu kelengkapan melawan
kebakaran yang perlu ada pada sesuah bangunan tinggi. Kebiasaannya,
pemasangan sistem ini adalah ditempatkan di kawasan lobi, koridor,
tangga, atau di tempat yang mudah dilihat dan senang digunakan.
Sistem ini terdiri daripada pam gegelung hos, tangki simpanan air,
perpaipan, dan injap.
Rajah 2.4 : Gegelung Hos
08BFM16F3006
15
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (1997), tujuan pemasangan sistem
gegelung hos ini adalah:
i. Meminimumkan penggunaan dan penempatan alat pemadam api
jika sistem ini dipasang pada sesebuah bangunan.
ii. Memberi penghuni bangunan mengendalikan peralatan ini untuk
memadam kebakaran kecil sebelum ketibaan anggota bomba.
iii. Alat bantu mula bagi mengawal kebakaran dari merebak dengan
lebih cepat.
iv. Untuk menyalurkan air terus menerus ke tempat kebakaran apabila
digunakan.
2.2 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka konseptual kajian ini merupakan kerangka konsep yang menerangkan
secara ringkas berkenaan dengan kajian, hala tuju kajian, format kajian dan
peringkat – peringkat dalam kajian. Penghasilan definisi konsep bagi konstruk
yang terlibat adalah penting bagi memasti konstruk dapat mewakili konsep yang
dikaji berpandukan daripada kajian lepas (MacKenzie, Podsakoff & Podsakoff
2011). Kerangka konseptual bagi kajian ini dibina dengan mempunyai 5 konstruk
seperti dibawah :
Rajah 2.5 Kerangka Konseptual Kajian
08BFM16F3006
16
2.3 GARIS PANDUAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinasikan garis panduan sebagai
panduan atau petunjuk – petunjuk yang perlu diikiuti oleh pengguna. Manakala,
garis panduan keselamatan kebakaran pula bermaksud panduan yang perlu diikuti
oleh pemilik ,penghuni atau pengguna bangunan bertingkat, kediaman atau
komersial sebagai panduan keselamatan kebakaran yang telah ditetapkan oleh
pihak bomba.
2.3.1 Garis Panduan Keselamatan Kebakaran
Merujuk siaran dari portal JBPM,tujuan garis panduan keselamatan
kebakaran ini diwujudkan adalah ;
i. Untuk menghapus dan mengurangkan risiko berlakunya kecederaan dan
kematian disebabkan kegagalan melepaskan diri.
ii. Menyediakan kaedah pelepasan diri dengan sistematik, teratur dan
cepat.
iii. Memastikan bangunan yang didiami mempunyai jalan keluar yang
selamat dan mencukupi seperti yang termaktub di dalam Akta
Perkhidmatan Bomba 1988.
iv. Memastikan sistem aktif dan pasif pencegah kebakaran berfungsi.
2.3.1.2 Undang – Undang Kecil Bangunan Seragam
Terdapat beberapa perundangan yang menyentuh berkenaan perkara diatas
seperti Undang – Undang Kecil Bangunan Sekata (UKBS) 1984 dan Akta
Perkhidmatan Bomba 1988.
08BFM16F3006
17
i. Perkara 110
Maka hendaklah tidak ada apa-apa halangan pada sesuatu tangga di antara
yang paling tinggi sekali dengan tempat keluar di tingkat bawah.
ii. Perkara 113
Lampu kecemasan mestilah berfungsi dan perlu memastikan tahap
kebolehfungsian semasa terputusnya bekalan elektrik.(Jadual 10)
iii. Perkara 172
Tanda Tempat Keluar Kecemasan
- Pintu keluar tingkat dan akses kepada pintu keluar tersebut hendaklah
ditanda dengan tanda-tanda yang dapat dilihat dengan mudah dan
hendaklah tidak dilindungi oleh apa-apa perhiasan, perabot atau
kelengkapan lain.
- Suatu tanda pembacaan "KELUAR" dengan anak panah yang menunjukkan
arah, hendaklah diletakkan di tiap-tiap tempat dimana arah perjalanan
menuju ke pintu keluar yang terdekat sekali tidak kelihatan dengan serta-
merta.
iv. Perkara 178
Tangga, koridor dan lorong tempat menuju keluar hendaklah diasingkan dari
tempat perhimpunan tersebut atau terlindung (tidak dihalang oleh manamana
objek).
v. Perkara 186
Semua pintu yang digunakan oleh orang awam hendaklah menghala keluar dan
tidak dikunci.
08BFM16F3006
18
vi. Perkara 187
Notis atau apa-apa bahan untuk panduan berkaitan pintu keluar yang dilekatkan
di pintu atau kawasan persekitaran mestilah ketinggiannya tidak boleh kurang
dari 75mm dan mudah dilihat.
2.3.1.3 Akta Perkhidmatan Bomba 1988
Selain yang dinyatakan di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Setara
1984, perundangan mengenai pencegahan kebakaran dan kepentingan
kelengkapan menentang kebakaran juga ada di nyatakan d dalam Bahagian I dan
Bahagian III Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Dalam Bahagian I Akta
Perkhidmatan Bomba 1988, ia menjelaskan tentang tafsiran-tafsiran yang
berkaitan dengan kebakaran. Sebagaimana yang dijelaskan dalam seksyen 2 akta
berkenaan, antara perkara-perkara yang dinyatakan adalah tentang bahaya
kebakaran selain penjelasan tentang pemasangan kelengkapan pencegah
kebakaran dan kelengkapan melawan kebakaran. Manakala dalam Bahagian III
Akta Perkhidmatan Bomba pula, ia memperuntukkan tentang penghapusan
bahaya kebakaran.
2.4 LATIHAN KEBAKARAN
Latihan Kebakaran adalah latihan yang tidak di ajari di sekolah atau di
univesiti sebaliknya ianya dipelajari melalui tunjuk ajar daripada anggota JBPM
(Kwong,2001). Menurut nota keselamatan yang dikeluarkan oleh JBPM,
menyatakan bahawa latihan pencegahan kebakaran ini perlu di laksanakan dan
disertai oleh pengguna bangunan sebagai sumber pengetahuan bagi penghuni
bangunan terutamanya bangunan kediaman bertingkat untuk melepaskan diri dari
kawasan kebakaran dalam tempoh 3 minit. Selain itu, melalui latihan kebakaran
ianya mampu melatih dan mendedahkan pengguna terhadap cara penggunaan
alat bantu mula sepeti alat pemadam api, pecah kaca dan gegelung hos. Hal ini
08BFM16F3006
19
juga adalah untuk menepis tanggapan sesetengah pengguna yang beranggapan
bahawa sistem bantu mula ini hanya dikendalikan oleh pihak bomba sedangkan
secara umumnya ianya disediakan di bangunan adalah untuk kegunaan orang
awam ketika berlakunya kebakaran (Husna, 2016)
2.4.1 Pengungsian Bangunan
Merujuk Akta Perkhidmatan Bomba 1988, latihan kebakaran melibatkan aktiviti
pengungsian bangunan. Pengungsian bangunan bermaksud pengosongan
bangunan yang hanya melibatkan manusia sahaja iaitu keluar dari bangunan
tersebut dan menuju ke tempat yang selamat semasa kecemasan atau kebakaran
dengan menggunakan peralatan kecemasan yang ada dalam bangunan tersebut
seperti laluan kecemasan dan tangga keselamatan.
Menurut Husna (2016),sistem penggera kebakaran merupakan satu alat
yang dipasang bagi memberi maklumat kepada pengguna adanya kejadian
kecemasan di dalam bangunan tersebut sama ada kebakaran atau lain-lain
kecemasan. Berikut merupakan tindakan yang perlu diambil oleh pengguna
bangunan ketika belakunya kebakaran yang telah di sahkan oleh pihak bomba.
a. Bunyi loceng secara putus – putus membawa maksud;
Apabila mendengar bunyi loceng secara putus-putus penghuni bangunan
perlu bersedia mengosongkan bangunan. Bersegera untuk menutup suis
lampu dan juga peralatan elektrik yang sedang digunakan.
b. Bunyi loceng secara berterusan
Apabila mendengar loceng berpanjangan ataupun arahan melalui P.A.
sistem, tindakan mengosongkan bangunan bolehlah dijalankan.
Bersegera untuk menutup suis lampu dan juga peralatan elektrik yang
sedang digunakan Menutup pintu dan tingkap rumah Keluar dari
bangunan menggunakan tangga dan turun kebawah Orang terakhir
08BFM16F3006
20
keluar dari bangunan perlu memastikan pintu keluar ditutup dengan
rapat. Laporkan diri kepada di semasa di tempat berkumpul Tidak
mengambil tindakan untuk berpatah balik ke kawasan kebakaran.Semua
pihak pengurusan bangunan bertingkat diwajibkan untuk menjalankan
aktiviti latihan kebakaran yang melibatkan penguna bangunan
terutamanya bangunan bertingkat seperti hotel, pejabat dan asrama.Ini
telah termaktub didalam Akta Bomba 1988 dan ianya merupakan salah
satu aktiviti yang diwajibkan oleh bomba terhadap pemilik bangunan
untuk memastikan pengguna tahu melepaskan diri ketika kecemasan
dan sebagai ukuran bahawa bangunan tersebut selamat untuk didiami.
Selain itu, ramai individu yang masih lagi tidak mengenali apa itu alat
pemadam api dan penghuni juga tidak menggunakan alat pemadam api
kebakaran yang tersimpan didalam bangunan ketika kebakaran berlaku.
Bukan sahaja tidak digunakan malahan cara penggunaan alat pemadam
kebakaran juga tidak diketahui.Mereka juga turut menganggap yang
peralatan-peralatan tersebut hanya dikendalikan oleh pihak bomba dan
bukan orang awam (Utusan Malaysia,2011). Menerusi latihan kebakaran
ini, ramai pihak dapat memperoleh pengalaman yang dapat digunakan
jika berlaku bencana sebenar yang memerlukan tindakan pantas untuk
menyelamat diri dan memadamkan kebakaran peringkat awal (Mohd Roji
Kawi , 2016).
Bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengguna bangunan berkenaan
kepentingan penggunaan sistem pencegahan kebakaran, pihak JBPM telah
banyak menganjurkan latihan kebakaran bagi berkongsi ilmu pengetahuan dalam
mengendalikan alatan pencegahan kebakaran yang terdapat di dalam bangunan
kediaman seperti alat pemadam api dan gegelung hos (Berita Harian 2017).
Pihak JBPM juga telah banyak berkerjasama dengan bermacam – macam pihak
NGO bagi mendedahkan masyarakat dengan penggunaan alat pencegahan
kebakaran yang terdapat di dalam bangunan. Hal ini telah ditegaskan oleh JBPM
08BFM16F3006
21
bahawa setiap individu mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengendalikan peralatan alat pemadam api (Work,2019).
2.4.2 Pasukan Tindakan Kecemasan (PTK)
Menurut Akta Pindaan Bomba 2018 Seksyen 27A, menyatakan bahawa pemilik
atau penghuni bangunan bertingkat diwajibkan untuk menubuhkan satu organisasi
keselamatan kebakaran dimana ianya terdiri daripada penghuni bagunan itu
sendiri. Kegagalan mana-mana pihak mematuhi undang-undang ini boleh
dikenakan dendakan lima puluh ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua –
duanya sekali. Organisasi yang dimaksudkan didalam akta ini adalah berkenaan
dengan pasukan tindakan kecemasan.
Menurut Ambar (2012),pasukan tindakan kecemasan ini diwujudkan adalah bagi
membantu pihak pengurusan bangunan dan penghuni bangunan mampu
mengawal keadaan kecemasan, mengurangkan risiko kerugian harta benda dan
nyawa serta mengurangkan risiko kecederaan terhadap penghuni bangunan
kediaman ini. Selain itu, latihan kebakaran adalah untuk menguji kesediaan PTK
dalam mengendalikan situasi kebakaran. Merujuk Nota Keselamatan JBPM setiap
pasukan tindakan kecemasan perlu diberi penerangan tanggungjawab mereka dan
diberi latihan yang mencukupi bagi memudahkan mereka bertugas ketika kejadian
kecemasan sebenar berlaku. Setelah latihan diberikan kepada pasukan tindakan
kecemasan, barulah latihan kebakaran boleh dilaksanakan dengan melibatkan
semua penghuni bangunan kediaman yang terdapat di dalam sesebuah bangunan
bertingkat.
08BFM16F3006
22
2.5 PENGETAHUAN PENGURUSAN KESELAMATAN
Kajian ini menfokuskan tentang kesedaran penghuni bangunan kediaman
terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan kediaman.
Pengetahuan penghuni dalam pengurusan keselamatan diukur berpandukan
cara mereka bertindak dan berfikir. Ini adalah bertujuan agar kes kehilangan
nyawa dan kerugian harta benda dapat dikurangkan sekira berlaku kejadian
kebakaran (Ramachandran, 1999; Hassan, 2017).
2.5.1 Kesedaran Penghuni Bangunan
Menurut Basherudin (2001), sistem pencegah kebakaran perlulah
sentiasa berfungsi dan berkeadaan baik serta boleh terus digunakan pada bila –
bila masa terutamanya ketika berlaku kecemasan dimana ianya di pantau
melalui penyelenggaraan peralatan sistem pencegah kebakaran yang
dijalankan oleh pihak pungurusan fasiliti itu sendiri. Selain itu, alternatif yang
dapat dilihat adalah pemasangan sistem pencegahan kebakaran mestilah
mengikut akta dan standard yang sesuai serta pelindung kebakaran pasif dapat
menyelamatkan nyawa,aset jika dipasang dan diselenggara dengan baik
(Abdul,2017). Menurut Mazlan. et, al. (2009), jenis dan peletakan sistem
pencegahan keselamatan kebakaran yang sesuai juga mestilah mengikut
standard UBBL selain kemudahan menyelamatkan diri yang lengkap mesti
disediakan di dalam bangunan untuk memudahkan penghuni keluar dengan
selamat semasa kebakaran. Ini kerana terdapat kemudahan sistem kebakaran
pasif yang tidak mengikut peraturan seperti tangga keluar berada dalam
keadaan terkunci dan di salah gunakan oleh penghuni bangunan itu sendiri.
Segelintir penghuni selalunya membuat kawasan laluan tangga itu sebagai
ruang penempatan barang sehingga boleh menyekat laluan orang yang
menggunakan tangga tersebut. Keprihatinan semua pihak haruslah ditingkatkan
agar peristiwa seperti itu dapat dielakkan.
08BFM16F3006
23
Menurut Pengarah JBPM Perlis, Ruhisya Haris, penghuni atau pengguna
bangunan boleh membuat laporan kepada JBPM sekira didapati bangunan yang
mereka duduki tersebut tidak mengikut syarat – syarat kebombaan yang boleh
mengundang bahaya kebakaran (Berita Utara, 2019 ; Hassan, 2017).
Walaupun pihak pengurusan bangunan membekalkan sistem
pencegahan kebakaran yang lengkap kepada penghuni bangunan ianya tidak
memberi manfaat kepada pengguna jika pengguna tidak tahu menggunakan
peralatan tersebut ketika kebakaran berlaku (Major General Doan Viet
Manh,2015).
2.5.1.1 Memiliki alat pemadam api di rumah
Sistem pencegahan kebakaran ini merupakan peralatan bagi memadam
api kebakaran pada peringkat awal sebelum kedatangan pihak bomba.
Pengetahuan pengendalian alat pemadam api ini amat penting bagi mengawal
kebakaran daripada merebak dengan lebih cepat. Merujuk kenyataan Pengarah
JBPM Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, setiap rumah digalakkan untuk memiliki
sekurang-kurangnya satu alat pemadam api. Ini bertujuan bagi membolehkan
tindakan awal diambil sekiranya kebakaran berlaku di kediaman masing – masing.
Selain itu beliau juga mahu penghuni bangunan sentiasa bersedia untuk
berhadapan dengan kebakaran (Berita Harian, 2018). Alat pemadam api
merupakan peralatan yang paling asas dan pengendalian alat tersebut juga sangat
mudah.
2.5.1.2 Keperluan Memasang Alat Pengesan Asap di Rumah
Penggunaan alat pengesan asap di rumah mungkin sangat asing bagi
penduduk Malaysia. Walaubagaimanapun, di sesetengah negara seperti Kanada,
alat ini diwajibkan bagi setiap rumah dan dipasang ditempat yang strategik.
Kegagalan penghuni rumah mematuhi peraturan ini akan dikenakan denda oleh
pihak berkuasa. Bagi negara Kanada, alat pengesan asap ini sangat penting
dipasang dirumah kerana ianya memudahkan penghuni rumah mengesan tanda
08BFM16F3006
24
awal bahaya kebakaran terutamanya ketika waktu malam disaat penghuni rumah
sedang nyenyak tidur (Osman Affandi, 2017). Merujuk laporan yang dikeluarkan
Mediacorp (2017), kerajaan Singapura sedang berusaha mewajibkan setiap rumah
di singapura terutamanya bangunan bertingkat untuk memasang alat pengesan
asap dirumah bermula pada tahun 2018. Selain itu, Cik Josephine Teo (2017) ada
menyatakan setiap rumah sedia ada juga akan menjalani pemeriksaan
keselamatan dan diwajibkan untuk memasang alat pengesan asap bagi tujuan
mengesan amaran awal kebakaran dan mengurangkan kebakaran serius.
2.5.2 Hapus Bahaya Kebakaran
Merujuk Akta Perkhidmatan Bomba 1988 Bahagian III ada
memperuntukkan tentang penghapusan bahaya kebakaran dan melalui kenyataan
Pengarah JBPM Sarawak, pihak bomba telah menjalankan pemeriksaan dan
pemantauan terhadap bangunan bertingkat dan pasaraya di negeri tesebut.
Tujuan pemeriksaan dijalankan adalah untuk menghapuskan bahaya kebakaran di
bangunan tersebut dan memperingatkan penghuni bangunan agar lebih
berwaspada dalam menggunakan sistem pencegahan kebakaran yang telah
disediakan oleh pengurus bangunan seperti membiarkan pintu rintangan api
sentiasa terbuka, menghalang laluan keluar dengan menyimpan barang-barang
yang tidak digunakan di kawasan tangga, meletakkan barang-barang di bahagian
koridor sehingga menghalang alat pemadam api dan menjadikan ianya sukar di
capai ketika kebakaran berlaku(Utusan Borneo,2019; Berita Harian 2019). Oleh
yang demikian adalah menjadi tanggungjawab penghuni bangunan untuk
memastikan sistem pencegahan kebakaran dibangunan mereka sentiasa berada
dalam keadaan yang selamat seperti yang telah ditetapkan oleh JBPM. JBPM juga
telah memberi amaran tegas kepada pemilik premis dan pengurus bangunan
supaya tidak menghalang laluan keluar bagi tujuan kecemasan. (Berita
Harian,2019).
08BFM16F3006
25
Pihak bomba pernah mengeluarkan sebanyak 157 notis penghapusan
bahaya kebakaran kepada pemilik kediaman dan bangunan yang telah membuat
halangan terhadap sistem pencegahan kebakaran di bangunan bertingkat dan
kediaman mereka. Notis ini dikeluarkan adalah bertujuan sebagai amaran dan
peringatan kepada penghuni bangunan agar tidak mengulangi kesilapan tersebut.
(Utusan Borneo, 2019)
Di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 Seksyen 8 ada menyatakan bahawa
pihak yang meyebabkan perbuatan,kemungkinan atau penghasilan bahaya secara
berterusan dan didapati dia merupakan penghuni bangunan tersebut maka notis
penghapusan bahaya boleh dikeluarkan kepada orang tersebut. Selain itu, didalam
klausa yang sama juga ada menyebut pihak yang tidak mematuhi notis yang
diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah menjadi satu kesalahan dan
boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 5000 atau dipenjara selama tempoh
tidak melebihi 3 tahun.
2.6 SIKAP PENGGUNA TERHADAP SISTEM PENCEGAHAN
KEBAKARAN
Setiap pengguna bangunan mahukan keselamatan sentiasa terjaga
apabila berada dalam sesebuah bangunan atau kediaman mereka.
Walaubagaimanapun tidak semua pengguna mempunyai sikap tanggungjwab dan
kesanggupan dalam bersama –sama memastikan bangunan mereka sentiasa
terhindar dari risiko kebakaran.Menurut Luise (2000), pengguna bangunan perlu
mengetahui bagaimana sesuatu kebakaran boleh berlaku untuk mencegahnya dari
peringkat awal. Sikap pengguna bangunan terhadap sistem pencegahan boleh
dilihat dari 3 perkara berikut:
2.6.1 Pengetahuan Keselamatan
Meskipun kejadian kebakaran sering terjadi, akan tetapi masih ramai
penghuni bangunan kediaman yang memandang remeh terhadap sistem
08BFM16F3006
26
pencegahan kebakaran. Hal ini terbukti apabila terlihat kurangnya pengetahuan
berkaitan pengaplikasian sistem keselamatan kebakaran dimana masih ada yang
langsung tidak mengutamakan keselamatan apabila sengaja menukar pintu
rintangan api dengan pintu biasa atas tujuan penjimatan kos pembinaan dan ada
juga menjadikan alat pemadam api sebagai medium menahan pintu kecemasan
agar sentiasa terbuka (Mohd Roji Kawi , 2016). Sikap cuai dan penting diri
seseorang itu merupakan sebab kemalangan berlaku dan menyebabkan
kesukaran kepada orang sekitar mereka ( Ahmad,2006). Menurut kajian yang
dijalankan oleh Universiti Semarang Indonesia menyatakan sikap dan tindakbalas
penghuni bangunan ini tidak ditentukan oleh taraf pendididikannya tetapi ianya
bergantung kepada kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka sendiri.
2.6.2 Peka dan Prihatin
Merujuk kepada kejadian kebakaran di Menara Grenfell Landon pada tahun 2017
yang mana dalam kejadian tersebut telah meragut hampir 60 nyawa disebabkan
tiada amaran awal seperti penggera yang menyebabkan kebanyakkan mangsa di
kediaman bertingkat itu lambat mengesan kehadiran asap dan mati lemas (Berita,
2017). Hal ini dapat dielakkan jika penghuni bangunan sentiasa peka terhadap
keadaan sistem keselamatan bangunan yang mereka diami. Oleh yang demikian
adalah penghuni bangunan bertanggungjawab untuk memastikan sistem
pencegahan kebakaran dibangunan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang
selamat seperti yang telah ditetapkan oleh JBPM.(Berita Harian,2019).
2.6.3 Pengalaman
Menurut Arief (2008) ,sikap seseorang itu boleh berubah apabila seseorang itu
selalu terlibat dalam latihan kebakaran ataupun seseorang itu pernah mengalami
situasi kebakaran dalam hidupnya. Hal ini kerana apabila seseorang itu pernah
berada dalam situasi yang dinyatakan, maka sikap dan cara berfikir akan menjadi
matang,lebih berhati – hati dan tidak memandang ringan terhadap perkara –
08BFM16F3006
27
perkara yang menyebabkan kebakaran berlaku. Teori lain yang dikeluarkan dari
Applied Course by MJu from training of instructors/teachers in more than 40
countries between 1965-2007 menyatakan perubahan perilaku dan cara berfikir
seseorang kearah lebih positif merupakan faktor yang boleh membantu manusia
menjadi manusia yang lebih bersedia dengan ancaman kebakaran.
2.7 RINGKASAN BAB
Sistem pencegahan kebakaran merupakan salah satu sistem keselamatan di
dalam bangunan terutamanya bagi bangunan kediaman bertingkat. Seiring dengan
kemajuan teknologi dunia, sistem pencegahan kebakaran ini telah diperluaskan
kegunaannya bukan sahaja bagi bangunan kediaman bertingkat tetapi didalam
kediaman persendirian juga sudah digalakkan bagi memasang alat pencegahan
kebakaran seperti alat pemadam api, alat pengesan asap dan sebagainya.
Galakkan ini adalah bagi membantu penghuni mengesan permulaan kebakaran
dan mencegahnya dari peringkat awal. Sehubung dengan itu, setiap pengguna
perlulah mempunyai kesedaran berkenaan dengan kepentingan penggunaan
sistem pencegahan kebakaran di dalam rumah masing – masing.
08BFM16F3006
28
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN BAB
Bab ini akan membincangkan metodologi yang akan digunakan oleh
pengkaji dalam melaksanakan kajian ini. Ia bertujuan memberi penjelasan
bagaimana kajian dijalankan, data-data diperolehi dan dianalisis bagi
mendapatkan maklumat yang tepat .
3.2 FALSAFAH DAN PENDEKATAN KAJIAN
Terdapat pelbagai corak falsafah dan metodologi penyelidikan.Dalam kajian
ini , penyelidikan menerima pakai Saunder Penyelidikan Bawang Model versi 2011
sebagai asas pendekatan metodologi .Merujuk teori Saunders et al., (2012),
terdapat enam lapisan bagi kaedah penyelidikan iaitu melalui falsafah,
pendekatan, metodologi pilihan, strategi, ufuk masa dan teknik dan prosedur.
3.2.1 Falsafah Penyelidikan
Falsafah kajian mempunyai empat jenis iaitu positivism, realism, interpretism dan
pragmatism. Menurut Dr. Jasim, (2017), falsafah kajian jenis pragmatism hanya
menerima konsep yang relevan jika konsep tersebut mempunyai tindakan. Dalam
pragmatism terdapat 3 jenis pendekatan pragtisme boleh dipilih oleh penyelidikan
iaitu pendekatan deduktif, pendekatan Induktif dan pendekatan abduktif yang
terdapat pada lapisan kedua falasafah bawang(Saunders ,2012).
08BFM16F3006
29
a) Pendekatan Deduktif
Satu penyelidikan deduktif yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Pendekatan
deduktif membolehkan penyelidikan untuk membangunkan hopitesis berdasarkan
teori sedia ada yang menjalankan penyelidikan untuk menguji hipotesis .Dalam
perkataan mudah , pendekatan deduktif adalah yang paling sesuai untuk reka
bentuk kajian kuantitatif .
b) Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif adalah penyelidikan yang mengunakan pendekatan kualitatif
.Pendekatan keperluan penyelidikan untuk menilai hasil berdasarkan kuantiti yang
dipilih untuk menguji kehendak penyelidikan . Hasilnya memerhatikan dengan
bilangan hasil dikumpul dan hanya bergantung kepada data kualitatif sahaja .
c) Pendekatan Abduktif
Pendekatan abduktif dibangunkan dengan pemerhatian dari keadaan sebenar.
Sebagai contoh tingkah laku manusia atau tafsiran manusia terhadap keadaan
tertentu . Oleh itu , untuk menentukan corak keadaan, kedua-dua pendekatan
kualitatif dan kuantitatif akan digunakan.
Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat bagi kajian ini,kaedah pendekatan abduktif
akan digunakan bagi menganalisis data untuk topik kesedaran penghuni
bangunan terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran.
Kedua – dua data kuantitatif dan kualitatif akan digunakan bagi menilai tahap
kesedaran penghuni bangunan terhadap penggunaan sistem pencegahan
kebakaran di bangunan kediaman bertingkat.. Pengendalian kajian metodologi ini
adalah menggunakan kaedah campuran. Kaedah kualitatif campuran dominan ini
adalah jenis penyelidikan dimana seseorang bergantung pada kualitatif,
pandangan kritikal konstruktivis terhadap proses penyelidikan, sementara pada
masa yang sama menyedari bahawa penambahan data dan pendekatan kuantitatif
memberi manfaat kepada kajian (Johnson et. al,2007).
08BFM16F3006
30
3.3 REKA BENTUK KAJIAN
Menurut teori Maxwell (2011), terdapat lima komponen dalam rekabentuk kajian.
Dimana rekabentuk kajian ini digunakan sebagai panduan pengkaji bagi
penentuan kaedah yang sesuai digunakan di dalam kajian pengkaji. Lima
komponen yang dimaksudkan oleh teori Maxwell (2011) adalah matlamat,
konseptual kajian, persoalan kajian, kaedah dan kesahan.
Persoalan kajian ini dianggap sebagai titik pusat dan dalam erti kata lain, kelima-
lima komponen ini akan dapat menjawab kesemua persoalan kajian bagi
penyelidikan yang dibuat. Matlamat ini mempunyai hubungkait dengan kerangka
konseptual dan kaedah kajian kerana melalui matlamat, sebuah kerangka
konseptual dan pemilihan kaedah yang sesuai dapat dibuat bagi mendapatkan
maklumat dan mejawab persoalan kajian ini. Kesahan pula mempunyai hubungkait
antara matlamat, kerangka konseptual, kaedah dan persoalan kajian. Kesemua
komponen perlulah dibuat kesahan sama ada melalui pengesahan dan temubual
berstruktur kepada pakar atau menggunakan sebuah perisian sistem yang banyak
digunapakai oleh kebanyakkan pengkaji bagi membuktikan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian yang dibuat (Maxwell, 2012).
Rajah 3.1 : Reka Bentuk Kajian
08BFM16F3006
31
3.3.1. Matlamat
Matlamat kajian merupakan gabungan daripada tujuan, objektif dan keseluruhan
perkara yang telah diteliti pada bab diatas. Matlamat kajian ini dibuat adalah untuk
menilai dan menambahbaik tahap kesedaran pengguna bangunan terhadap
penggunaan sistem pencegahan kebakaran.
3.3.2. Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konseptual kajian ini mempunyai lima konstruk yang mewakili
faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran pengguna bangunan terhadap
penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan kediaman. Konstruk
pertama bagi kerangka konseptual kajian ini adalah berkenaan dengan garis
panduan keselamatan kebakaran yang boleh digunakan oleh pengguna bagi
menghasilkan amalan baik terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran.
Manakala konstruk kedua menyentuh berkenaan dengan latihan
kebakaran yang boleh meningkatkan pengetahuan pengguna bangunan bagi
melepaskan diri dengan menggunakan sistem pencegahan kebakaran yang telah
disediakan didalam bangunan. Konstruk ketiga pula menceritakan berkenaan
pertubuhan pasukan tindakan kecemasan yang melibatkan pengguna atau
penghuni bangunan. Seterusnya bagi konstruk keempat kajian adalah berkenaan
kesedaran pengguna untuk memiliki alat pencegahan kebakaran sendiri didalam
rumah. Konstruk kajian yang terakhir sekali adalah berkaitan dengan penghapusan
bahaya kebakaran yang perlu dipatuhi oleh pengguna bangunan.
3.3.3 Persoalan Kajian
Bagi melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian yang
menjadi isu dan perlu dilihat serta diberi perhatian. Persoalan kajian ini menjadi
panduan penting untuk menjalankan kajian. Kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan penyelesaian bagi perkara-perkara berikut :
08BFM16F3006
32
i. Apakah kepentingan penggunaan sistem pencegahan kebakaran
kepada pengguna bangunan?
ii. Bagaimakah tahap kesedaran penghuni bangunan terhadap sistem
pencegahan kebakaran?
iii. Apakah penambahbaikan bagi meningkatkan kesedaran pengguna
berkenaan sistem pencegahan kebakaran?
3.3.4 Kaedah Pengumpulan Data
Kajian ini menggunakan beberapa teknik terpilih untuk mengumpul data
dan antara teknik yang dipilih adalah soal selidik dan temu bual.
3.3.4.1 Soal Selidik
Soal selidik merupakan salah satu instrumen yang digunakan oleh
pengkaji bagi memperolehi fakta tentang sesuatu keadaan dan amalan seseorang.
Selain itu, soal selidik juga boleh digunakan bagi tujuan mengkaji sikap dan
pengetahuan seseorang terhadap sesuatu perkara.
Oleh itu, kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat
mengenai tahap kesedaran pengguna bangunan terhadap penggunaan sistem
pencegahan kebakaran di bangunan bertingkat.
3.3.4.2 Temu Bual
Temu bual bermaksud perbualan dua hala yang bertujuan untuk
mendapatkan maklumat kajian. Terdapat tiga jenis temu bual yang boleh
digunakan iaitu temu bual berstruktur, separa struktur dan tidak berstruktur
(Fadzdila, 2016).
Menurut Fadzilah (2016), temu bual berstruktur yang dijalankan secara
formal mempunyai senarai soalan yang perlu dijawab dan setiap responden akan
08BFM16F3006
33
menggunakan soalan yang sama. Seterusnya, temu bual semi-struktur bermaksud
pengkaji menyoal responden dengan soalan yang formal tetapi penemubual
mempunyai kebebasan untuk bertanya dengan lebih dalam bergantung terhadap
jawapan responden. Manakala, temu bual tidak berstruktur merupakan temu bual
yang dijalankan secara spontan. Temu bual jenis ini tidak mempunyai senarai
soalan yang dibina sebagai penyediaan sebelum temu bual.
Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menggunakan temubual jenis semi-
struktur yang mana hanya soalan utama sahaja disediakan dan seterusnya soalan
susulan berdasarkan jawapan responden akan dipersoalkan (Robson, 2011).
Temubual bagi kajian ini akan melibatkan temu bual bersama dengan
Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan
sikap dan kesedaran pengguna terhadap penggunaan alat pencegahan kebakaran
terutamanya bagi bangunan kediaman bertingkat..
Temu bual ini merupakan satu instrumen sokongan yang dapat mengukuhkan lagi
dapatan melalui borang soal selidik dan menjadi salah satu cara memastikan tiga
objektif kajian ini terjawab serta data yang dikumpul boleh dianalisis dengan baik
dan teliti.
3.4 UJIAN KESAHAN
Kaedah ini melibatkan soal selidik yang dinilai oleh sekumpulan panel
pakar dengan mengguna skala tiga atau lima bagi menilai setiap konstruk. Ruang
komen disediakan supaya panel pakar dapat memberikan pandangan tambahan
mereka (Allahyari et al. 2011; Lawshe 1975). Setelah soal selidik yang dibangun
disah oleh panel pakar, soal selidik perlu menjalani proses pra ujian. Pra-ujian
adalah merupakan persediaan awal sebelum kajian rintis dilaksana bagi mengenal
pasti kekurangan atau masalah dalam arahan atau reka bentuk soal selidik (Mohd
Bakhari 2010; Mohd Norhadi 2016). Menurut Sekaran (2013), proses pra-ujian ini
penting bagi memasti responden memahami soalan dan mengetahui jika terdapat
kesilapan pada struktur ejaan dan skala pengukuran. Kesahan ini dijalankan
adalah bagi menentukan soal selidik ini jelas, ringkas dan tepat, Bagi kajian ini,
08BFM16F3006
34
pengkaji akan mendapatkan kesahan daripada pakar dalam bidang keselamatan
kebakaran iaitu Pegawai Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dan juga
kesahan daripada pensyarah pengurusan fasiliti daripada Politeknik Shah Alam.
3.5 PERSAMPLELAN DAN RESPONDEN KAJIAN
Persampelan adalah berkaitan dengan proses pemilihan sebilangan
subjek dari sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Bagi kajian
ini, sample kajian ini terdiri dari penghuni kolej kediaman yang terdapat di UiTM
Puncak Alam dimana ianya melibatkan 3 buah kolej kediaman iaitu kolej kediaman
Causarina, Baiduri dan Dahlia. Penghuni bagi kolej kediaman ini merupakan
pelajar – pelajar yang menuntut di UiTM Puncak Alam. Populasi pelajar bagi setiap
kolej adalah seramai 1300 orang. Merujuk kepada jadual Krejcie & Morgan,
populasi sebanyak 1300 memerlukan seramai 297 sample. Ini bermaksud
keseluruhan sample kajian ini akan melibatkan seramai 297 orang pelajar bagi
setiap kolej kediaman.
3.6 KESIMPULAN BAB
Penulisan Bab 3 ini telah menghuraikan tentang metodologi kajian yang
menyentuh tentang falsafah penyelidikan, reka bentuk kajian, kaedah
pengumpulan data dan persampelan. Pengenalpastian yang telah dibuat melalui
penulisan ini akan dapat membantu kajian dilaksanakan dengan lebih sistematik
dan teratur.
08BFM16F3006
35
BAB 4
PENGUMPULAN DATA
4.1 PENGENALAN
Bab ini akan menghuraikan kaedah pengumpulan data yang digunakan
bagi kajian ini. Penerangan ini merangkumi jenis – jenis persampelan, saiz
persampelan dan juga justifikasi instrument pengumpulan data yang digunakan.
Pengumpulan data merupakan setu proses mendapatkan data bagi
kajian yang dijalankan . Pendekatan yang berkesan bagi kajian ini adalah melalui 2
kaedah yang dipilh bagi menyokong keputusan dan objektif kajian. Antara 2
kaedah yang dimaksudkan adalah soal selidik dan temubual. Soal selidik ini akan
dijalankan dengan melibatkan penghuni dari 3 buah kolej kediaman UiTM Puncak
Alam yang terdiri daripada para pelajar bagi temubual pula ia akan melibatkan
pihak JBPM dari 3 kawasan berbeza bagi menyokong keputusan kajian ini.
4.2 SAMPEL KAJIAN
Persampelan merupakan proses dimana sebilangan daripada sesuatu
populasi dipilih untuk menjadi responden kajian bagi membolehkan satu analisa
berkaitan populasi dibuat. Kajian dengan menggunakan sampel memberi peluang
kepada pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai populasi dengan lebih
mendalam. Pemilihan sampel boleh dilakukan secara persampelan bertujuan
dengan memilih kesemua penghuni 3 buah kolej kediaman yang terlibat di
Kampus UiTM Puncak Alam.
08BFM16F3006
36
4.2.1 Rekabentuk Persampelan
Menurut Sabitha (2006), rekabentuk saiz sampel ditentukan berdasarkan
kepada tujuan kajian, saiz sampel yang diperlukan, kos dan masa yang
diperuntukan. Terdapat dua jenis prosedur persampelan, iaitu prosedur
persampelan kebarangkalian dan prosedur persampelan bukan kebarangkalian.
Rajah 4.1 Kaedah Persampelan
Merujuk Rajah 4.1, kaedah persampelan kebarangkalian terbahagi
kepada empat jenis iaitu persampelan rawak mudah, persampelan sistematik,
persampelan berkelompok dan persampelan rawak berlapis. Manakala
persampelan bukan kebarangkalian terbahagi kepada tujuh jenis iaitu
persampelan secara kebetulan, persampelan bertujuan, persampelan kuota,
persampelan bola salji, persampelan dimensional, persampelan kes kritikal dan
08BFM16F3006
37
persampelan variasi maksimum. Penerangan bagi setiap jenis persoalan akan
diterangkan di jadual 4.1.
Jadual 4.1 Kaedah Persampelan
Rekabentuk Persampelan
Persampelan Definisi
Persampelan
Kebarangkalian
Rawak mudah
Digunakan untuk memastikan setiap unit atau subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian.
Sistematik
Setiap unit atau subjek dalam populasi berpeluang dipilih sebagai responden.
Kluster
Untuk populasi yang melibatkan kawasan luas dan bilangan subjek yang banyak dalam populasi.
Rawak berlapis
Pemilihan rawak secara berasingan bagi setiap sub-kumpulan dalam populasi.
Persampelan Bukan
Kebarangkalian
Secara kebetulan
Pengkaji memilih mana-mana subjek yang ditemuinya.
Bertujuan
Sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih.
Kuota
Subjek dipilih berdasarkan kategori yang wujud dalam populasi.
Bola salji
Responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian.
08BFM16F3006
38
Dimensional
Untuk kes kecil dimana hanya ada sebahagian kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri khas yang diminati oleh pengkaji.
Kes kritikal
Kes yang spesifik yang melibatkan tingkahlaku aneh, luarbiasa atau jarang dijumpai.
Variasi umum Individu atau kumpulan individu dipilih untuk mewakili tahap terendah dan tahap tertinggi sesuatu ciri-ciri.
Oleh itu, pengkaji memilih persampelan secara kebarangkalian. Dalam
kajian penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan kediaman,
pengkaji memilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kelebihan
rekabentuk persampelan jenis ini adalah pengkaji lebih memudah untuk memilih
responden berdasarkan subjek dalam populasi dengan peluang yang sama.
Rekabentuk persampelan yang dipilih juga memenuhi keperluan penyelidikan
dimana pengkaji akan menilai penghuni bangunan tanpa melihat latar belakang,
kedudukan dan lokasi di dalam bangunan untuk pemilihan sampel. Jumlah sampel
akan ditentukan dengan melihat jumlah populasi berdasarkan jadual Krejcie dan
Morgan.
4.2.2. Saiz Sampel
Menurut Abdul Ghafar (2003), populasi merupakan sekumpulan masyarakat
yang mempunyai ciri yang sama dan populasi kajian pula merujuk kepada
kelompok sasaran aktiviti kajian yang dijalankan. Berdasarkan penerangan dari
rekabentuk persampelan, jumlah sampel saiz ditentukan melalui jadual Krejcie dan
Morgan. Ini kerana dengan merujuk jadual tersebut jumlah sample saiz terus boleh
08BFM16F3006
39
dapat ditentukan melalui populasi yang telah diperolehi. Berikut merupakan jumlah
populasi dan sampel saiz responden bagi ketiga – tiga kolej kediaman.
Jadual 4.2: Sampel saiz bagi soal selidik berdasar populasi bangunan
Kolej Kediaman Populasi Sampel Saiz
Causarina 380
297
Dahlia 450
Baiduri 470
Jumlah Keseluruhan 1300
Berdasarkan jadual diatas, keseluruhan saiz sampel bagi soal selidik yang telah
ditentukan bagi ketiga-tiga kolej kediaman ini adalah seramai 297 yang terdiri dari
kalangan pelajar kampus UiTM Puncak Alam sendiri.
4.3 INSTRUMENT PENGUMPULAN DATA
Instrumen pengumpulan data ialah instrument yang digunakan bagi mengumpul
data bagi kajian yang dijalankan. Kajian ini menggunakan dua jenis instrumen iaitu
melalui borang soal selidik dan temubual separa struktur.
08BFM16F3006
40
4.3.1 Borang Soal Selidik
Kajian soal selidik ini dijalankan untuk membolehkan penyelidik menilai
kesedaran pengguna bangunan terhadap penggunaan sistem pencegahan
kebakaran di bangunan kediaman. Terdapat tiga pecahan bahagian dalam soal
selidik ini seperti di dalam jadual 4.3.
Jadual 4.3 : Bahagian Borang Soal Selidik
1. Bahagian A Latar Belakang Responden
2. Bahagian B Prosedur Kecemasan
3. Bahagian C Kesedaran Pengguna
4.3.1.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden
Bahagian pertama soal selidik menerangkan mengenai latar belakang
responden iaitu berkenaan kolej kediaman, jantina, umur, tahap pendidikan dan
kekerapan menyertai latihan kebakaran. Latar belakang pertama, mengetahui
responden menetap di berkolej mana itu sangat penting kerana pengkaji ingin
mengetahui apakah pihak pengurusan terlibat menyediakan sistem pencegahan
kebakaran yang sepatutnya oleh kerana kesemua kolej kediaman ini diselenggara
pihak konsesi yang berlainan. Seterusnya, penentuan jantina responden juga
penting untuk membezakan bilangan responden. Tahap umur dan pendidikan
pula, bertujuan mengetahui apakah ianya mempengaruhi dalam penilaian ini. Akhir
sekali, kekerapan terlibat dalam latihan kebakaran, dimana ianya ingin menilai
apakah melalui pengalaman tersebut ia mempengaruhi tindakan dan sikap
responden.
08BFM16F3006
41
Secara keseluruhannya, latar belakang responden ini sangat penting dalam
soal selidik kerana ia memudahkan pengkaji untuk mengasingkan mengikut
kategori responden. Seterusnya, ia membantu menilai pelbagai tahap dan kategori
berdasarkan pandangan mereka.
4.3.1.2 Bahagian B : Prosedur Kecemasan
Bahagian B pula adalah berdasarkan prosedur kecemasan yang dipatuhi di
dalam bangunan kediaman bertingkat. Dimana soalan ini bertujuan untuk
menganalisa samada responden mempunyai pengetahuan berkenaan prosedur
kecemasan dibangunan kediaman mereka. Selain itu, pengkaji juga ingin
mengetahui adakah responden pernah di beri pendedahan dalam mengawal risiko
kebakaran dan latihan mencegah kebakaran di bangunan kediaman yang didiami.
Jadual 4.4 menunjuk soalan yang terdapat didalam Bahagian B kajian ini.
Jadual 4.4 : Penilaian berkenanaan prosedur kecemasan
Bil Kenyataan
B1 Garis panduan dapat membantu penghuni bangunan dalam pengurusan
keselamatan kebakaran.
B2 Pihak pengurusan menyediakan sistem pencegahan kebakaran mengikut
prosedur & piawaian yang telah ditetapkan.
B3 Latihan kebakaran yang dijalankan meningkatkan kemahiran & pengetahuan
penghuni bangunan berdepan dengan kebakaran.
B4 Pihak pengurusan mendedahkan penghuni dalam pengendalian peralatan
pencegahan kebakaran.
B5 Kategori alat pemadam api untuk peralatan elektrik dan gas adalah dari jenis
karbon dioksida (CO2)
B6 Setiap bangunan kediaman bertingkat mempunyai peralatan pencegahan
kebakaran seperti gegelung hos & alat pemadam api
B7 Api kebakaran boleh dikawal dalam tempoh 4 minit terawal
B8 Rumah yang ditinggalkan mestilah dalam keadaan selamat walaupun dalam
keadaan tergesa – gesa
B9 Penyalahgunaan sistem pencegahan kebakaran boleh mendatangkan risiko
ketika kebakaran berlaku
08BFM16F3006
42
4.3.1.3 Bahagian C : Kesedaran
Bahagian C soal selidik ini, memfokuskan berkenaan kesedaran responden
dalam memastikan bangunan kediaman mereka sentiasa selamat dan mempunyai
pengetahuan bagi mengurangkan risiko kebakaran melalui tindak balas dan aktiviti
mereka. Selain itu, pengkaji dapat menilai sejauhmana responden mengabil berat
berkenaan sistem pencegahan kebakaran di kediaman mereka. Jadual 4.5
menunjuk soalan yang terdapat didalam Bahagian B kajian ini.
Jadual 4.5 : Soalan berkenaan kesedaran terhadap sistem pencegah kebakaran
Skala pengukuran yang digunakan untuk Bahagian B dan C adalah skala
likert. Skala ini digunakan untuk menunjukkan kecenderungan responden terhadap
penyataan yang diberikan.Semakin besar nilai yang dipilih, semakain tinggi
persetujuan yang ditunjukkan responden terhadap penyataan yang diberikan.
Skala likert yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti dalam Jadual 4.6.
Bil Kenyataan
C1 Saya mengetahui garis panduan pengurusan keselamatan kebakaran dalam
bangunan
C2 Saya mematuhi prosedur keselamatan kebakaran yang telah ditetapkan oleh
pihak pengurusan
C3 Saya akan melibatkan diri dalam latihan kebakaran yang dijalankan oleh pihak
pengurusan
C4 Saya didedahkan dalam pengendalian peralatan pencegahan kebakaran
C5 Saya mengetahui kategori alat pemadam api jenis karbon dioksida (CO2)
digunakan untuk peralatan elektrik dan gas
C6 Saya mengetahui bangunan kediaman saya mempunyai sistem pencegahan
kebakaran
C7 Saya akan bertindak memadamkan api kebakaran pada peringkat awal
dengan menggunakan alat pemadam api yang terdapat dalam bangunan
C8 Saya sentiasa memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat
walaupun ketika tergesa-gesa
C9 Saya akan membantu pihak pengurusan menjaga dan memelihara sistem
pencegahan kebakaran daripada disalahgunakan
08BFM16F3006
43
Jadual 4.6 : Skala Likert soal selidik
Tahap
Penilaian
1 2 3 4
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat
Setuju
Dalam kajian ini penyelidik menggunakan 4 skala likert. Merujuk Lozana et.
al (2008), penggunaan 4 dan 6 skala likert akan memberikan perspektif yang lebih
tepat oleh responden dan memberi kecenderungan tertentu dalam penilaian .
Penyelidik tidak menggunakan bilangan neutral dalam skala likert kerana
penyelidik ingin responden memberikan pandangan samada positif atau negative
terhadap isu- isu yang dibangkitkan.
Pilihan pertama menunjukkan kategori yang sangat tidak bersetuju yang
akan membolehkan responden untuk memilih sekiranya situasi sangat negatif.
Pilihan kedua adalah tidak setuju dimana responden masih berpandangan
negative namun lebih rendah berbanding pilihan pertama. Skala pilihan ketiga
merupakan pilihan dimana responden bersetuju dan berasa positif dengan isu
yang di bangkitkan dan pilihan keempat adalah sangat setuju dimana responden
menunjukkan perspektif yang sangat positif terhadap isu tersebut.
Biasanya 4 skala likert paling di syorkan kepada penyelidik,
walaubagaimanapun skala likert 5 hingga 10 dibenarkan bagi menilai dan
menganalisis perlaksanaan dan hasil langsung kepada pengguna (Revila et al
2004). Oleh itu, 4 skala likert digunakan bagi membantu penyelidik dalam menilai
kesedaran pengguna sama ada positif atau negatif terhadap penggunaan sistem
pencegahan kebakaran dibangunan kediaman mereka.
08BFM16F3006
44
4.3.2 Temubual
Terdapat 2 kaedah temubual yang boleh dijalankan oleh penyelidik bagi
mendapatkan data sokongan bagi kajian ini. Antaranya adalah temubual yang
dijalankan secara bersemuka dan tidak bersemuka (Chua, 2006). Bagi kajian ini,
penyelidik memilih untuk menjalankan temubual secara bersemuka kerana melalui
kaedah ini pengkaji akan lebih mudah untuk berkomunikasi berkenaan kajian ini
dan boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut serta lebih jelas daripada
responden. Berdasarkan kajian ini, penyelidik memilih cara temubual secara
separa berstruktur.
Temubual separa berstruktur ini bermaksud penyelidik menyediakan
beberapa soalan utama dan seterusnya soalan susulan berdasarkan jawapan
responden yang ditemubual. Soalan yang dibina akan ditanyakan kepada ahli
JBPM yang berpengelaman berdepan dengan aktiviti kebakaran dan masyarakat
setempat dan temubual ini melibat 3 cawangan JBPM dimana dua dari negeri
Selangor dan satu dari Johor dan setiap cawangan penyelidik memilih untuk
menemubual seorang pegawai JBPM yang berkaitan dengan kajian. 3 cawangan
yang dipilih adalah JBPM Petaling Jaya, JBPM Bukit Jelutong & JBPM Larkin,
Johor. Berikut merupakan Jadual 4.7 senarai soalan dan justifikasinya yang telah
disediakan oleh penyelidik bagi kajian ini.
08BFM16F3006
45
Jadual 4.7 : Senarai soalan temubual
Senarai soalan bagi sesi temubual bersama JBPM
1. Apakah antara punca – punca yang menyebabkan kebakaran berlaku dalam sesebuah bangunan kediaman? Tujuan : Mengetahui penyebab sesuatu kebakaran ini boleh berlaku
2. Selama penglibatan tuan dalam operasi memadamkan kebakaran, pernah ke tuan melihat pengguna bangunan boleh mengendalikan alat pemadam api atau gegelung hos sendiri sementara menunggu ketibaan pihak bomba? Tujuan : Mengenalpasti masyarakat mempunyai kemahiran mengendalikan peralatan sistem pencegahan kebakaran.
3. Berdasarkan pengalaman tuan, apakah faktor – faktor yang menyebabkan kejadian kebakaran sukar untuk dibendung dan meningkat pada setiap tahun? Tujuan : Mengenalpasti faktor yang menghalang kejadian kebakaran berkurangan.
4. Apakah cadangan yang boleh dikongsikan bagi mengurangkan kejadian kebakaran yang melibatkan rumah kediaman bertingkat? Tujuan : Mengetahui tindakan yang boleh diambil bagi mengurangkan kebakaran
5. Melalui pengalaman tuan, apakah perkara yang penghuni bangunan selalu lakukan yang menyebabkan kerja – kerja pemadaman kebakaran oleh pihak bomba terganggu? Tujuan : Mengenalpasti sikap & tindakan pengguna bangunan yang menyebabkan gangguan semasa operasi pemadaman api.
6. Seberapa kerapkah latihan kebakaran perlu dilaksanakan bagi bangunan kediaman bertingkat? Tujuan : Mengetahui kekerapan sesebuah bangunan menyediakan latihan kebakaran.
7. Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan latihan kebakaran tersebut? Tujuan : Mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menyediakan latihan kebakaran kepada pengguna
8. Bagaimanakah tindakan sepatutnya yang boleh diambil bagi memastikan semua pihak dapat memberi kerjasama terhadap aktiviti latihan kebakaran yang dijalankan? Tujuan : Mengenalpasti cara terbaik mendapatkan kerjasama dari semua pihak berkenaan penglibatan dalam latihan kebakaran.
9. Apakah faktor yang mempengaruhi kesedaran pengguna terhadap penggunaan peralatan pencegahan kebakaran? Tujuan : Mengenalpasti faktor yang boleh meningkatkan kesedaran penghuni bangunan berkenaan sistem pencegahan kebakaran.
10. Bagaimanakah cara terbaik bagi mewujudkan kesedaran dalam diri penghuni bangunan tentang menyediakan alat pemadam api di kediaman mereka sendiri? Tujuan : Mengenalpasti kaedah mewujudkan sikap ambil peduli terhadap penyediaan alat pemadam api di kediaman persendirian.
08BFM16F3006
46
4.4 UJIAN KESAHAN
Ujian kesahan ini perlu dilaksanakan oleh penyelidik bagi mengenalpasti
ketepatan, kebenaran dan kebolehgunaan soal selidik yang dibuat bagi mencapai
objektif kajian dan mengukur kefahaman responden. Tujuan ujian kesahan ini
dijalankan adalah untuk mengukur kebolehpercayaan item dalam soal selidik yang
digunakan. Jadual 4.8 menunjukkan bacaan cronbach’s alpha yang diperolehi
dengan jumlah responden seramai 30 orang.
Jadual 4.8 Pilot Test Cronbach’s Alpha
Berdasarkan jadual 4.8, penyelidik telah merekodkan bacaan cronbach’s
alpha bagi soal selidik kajian dan ujian kesahan hanya dilakukan bagi Bahagian B
dan Bahagian C ini kerana bahagian tersebut sahaja yang menggunakan skala
likert. Data pilot test yang diperolehi akan dianalisa dan item yang bermasalah
akan diperbaiki. Hasil dari ujian tersebut Bahagian B soal selidik mencatatkan
bacaan sebanyak 0.772 dan Bahagian C sebanyak 0.880. Merujuk Sekaran (1992)
nilai bacaan cronbach’s alpha 0.60 – 0.80 adalah baik dan bacaan melebihi 0.80
pula adalah bacaan yang sangat baik akan tetapi jika bacaan kurang dari 0.60
maka ianya dianggap rendah dan tidak boleh diterima dan perlu pengolahan
semula soalan. Hal ini telah membuktikan kedua-dua bahagian soal selidik ini
melepasi tahap yang telah dinyatakan sekaligus soal selidik tersebut boleh terus
digunakan bagi menyempurnakan pengumpulan data bagi mencapai objektif
kajian.
Faktor Cronbach’s Alpha Bil. Item
Bahagian B 0.772 9 Bahagian C 0.880 9
08BFM16F3006
47
4.5 RINGKASAN BAB
Bab ini menerangkan tindakan yang dipilih oleh penyelidik bagi
memastikan setiap rekabentuk persampelan dan instrumen yang dipilih dalam
kajian ini mencapai dan menjawab objektif dan kerangka konseptual yang di bina
penyelidik. Seterusnya penyelidik akan menganalisis data pada bab seterusnya
berdasarkan soal selidik dan temubual yang dijalankan.
Instrumen yang dipilih untuk data yang dikumpulkan adalah penting untuk
memastikan objektif tercapai dan tertumpu kepada topik penyelidikan. Jika
instrumen yang dipilih bersusuaian dengan kajian maka ianya tidak akan
menjejaskan hasil dan data analisis.
08BFM16F3006
48
BAB 5
ANALISIS DATA
5.1 PENGENALAN
Bab ini menerangkan mengenai hasil yang diperolehi daripada data yang
telah dikumpul melalui kaedah pengumpulan data yang telah dipilih. Data analisis
ini akan diterangkan melalui objektif kajian. Ini adalah bertujuan untuk memastikan
data yang dikumpul oleh penyelidik memenuhi kehendak objektif kajian ini.
Kajian ini mempunyai tiga objektif dan 2 kaedah pengumpulan data
digunakan iaitu soal selidik dan temubual separa struktur. Soal selidik digunakan
bagi mengkaji faktor dan mengenalpasti tahap kesedaran pengguna terhadap
penggunaan sistem pencegahan kebakaran. Kaedah analisa yang digunakan
adalah analisa deskriptif dengan menggunakan bacaan cronbach’s alpha dan skor
min soal selidik. Seterusnya kesemua data soal selidik ini akan disokong pula
dengan maklumat yang diperolehi melalui temubual yang dijalankan bagi
mencapai objektif ketiga kajian.
Borang soal selidik kajian ini telah diedarkan kepada pelajar yang terlibat
dan penyelidik berjaya mengumpul sebanyak 304 orang pelajar yang menetap di
di dalam kolej kediaman UiTM Puncak Alam. Data soal selidik yang diperolehi di
analisa menggunakan SPSS. Kaedah analisa yang digunakan adalah dengan
membuat ujian realibiliti dan ujian diskriptif bagi mencapai objektif satu dan dua.
Seterusnya bagi temubual, responden juga telah berjaya menemubual 3 orang
pegawai JBPM dari lokasi berlainan.Temubual ini pula adalah bertujuan mencapai
objektif kajian yang ketiga.
08BFM16F3006
49
5.2 DEMOGRAFIK KAJIAN
Bahagian demografi ini bertujuan mengenalpasti latar belakang
responden yang terdiri daripada kolej kediaman pelajar, jantina, tahap pendidikan,
umur dan kekerapan pelajar menyertai latihan kebakaran di kolej mereka.
Rajah 5.1 Carta Pai Kolej Kediaman Pelajar
Rajah 5.1 menunjukkan jumlah responden yang datang dari tiga buah
kolej kediaman. Berdasarkan rajah tersebut penyelidik merumuskan responden
tertinggi bagi kajian ini adalah dari kolej kediaman Dahlia sebanyak 45%,
kemudian diikuti kolej kediaman Casuarina seramai 31% dan yang terakhir kolej
kediaman Baiduri seramai 24%. Keseluruhan responden bagi kajian ini adalah
seramai 304 orang pelajar.
Carta Pai Kolej Kediaman
08BFM16F3006
50
Rajah 5.2 Carta Pai Jantina
Rajah 5.2 menunjukkan jumlah responden di Kolej Kediaman UiTM Puncak Alam
mengikut jantina. Berdasarkan rajah tersebut penyelidik memperolehi 69%
responden perempuan dan 31% responden lelaki.
Carta Pai Jantina
08BFM16F3006
51
Rajah 5.3 Carta Pai Tahap Pendidikan Responden
Rajah 5.3 menunjukkan tahap pendidikan responden yang menjawab soal selidik
ini. Terdapat 4 tahap pendidikan bagi responden kajian ini. Tahap pendidikan yang
paling ramai bagi kajian ini adalah pelajar ijazah sebanyak 94%, Disusuli tahap
pendidikan kedua tertinggi diploma sebanyak 5%, ketiga tertinggi pelajar master
0.6% dan lain - lain sebanyak 0.4%. Melalui Rajah 5.3, menunjukkan responden
paling ramai kajian ini adalah pelajar ijazah. Ini menunjukkan di UiTM Puncak Alam
mempunyai lebih ramai pelajar yang mengambil khusus ijazah.
Carta Pai Tahap Pendidikan
08BFM16F3006
52
Rajah 5.4 Carta Pai Umur Responden
Rajah 5.4 menunjukkan lingkungan umur responden. Responden bagi soal selidik
ini dari lingkungan 18 tahun sehingga 30 tahun keatas.Berdasarkan carta pai
diatas menunjukkan kebanyakkan responden berusia 22 tahun hingga 25 tahun
iaitu sebanyak 86%, Kedua tertinggi adalah responden yang berusia 18 tahun
sehingga 21 tahun sebanyak 7.1%, manakala skor terendah bagi usia responden
adalah 6.9% iaitu datang dari lingkungan 26tahun sehingga 29 tahun.
Carta Pai Umur
08BFM16F3006
53
Rajah 5.5 Carta Pai Kekerapan menyertai latihan kebakaran
Rajah 5.5 menunjukkan kekerapan responden menyertai latihan kebakaran di
kediaman mereka. Berdasarkan rajah tersebut penyelidik dapat mengenalpasti
bahawa seramai 61% responden hanya pernah terlibat sebanyal 1 hingga 3 kali
sahaja, manakala 23% responden pernah terlibat sebanyak 4 hingga 5 kali dan
selebihnya sebayak 16% responden pernah terlibat dengan latihan kebakaran
melebihi 5 kali. Ini menunjukkan kebanyakkan responden di kolej kediaman hanya
terdedah dengan latihan kebakaran sebanyak 1 hingga 3 kali sahaja sepanjang
pengajian mereka disana.
Carta Pai Kekerapan Menyertai Latihan
Kebakaran
08BFM16F3006
54
5.3 DAPATAN KAJIAN BAGI OBJEKTIF 1
Objektif pertama penyelidikan ini adalah mengkaji faktor yang
mempengaruhi tahap kesedaran pengguna terhadap penggunaan sistem
pencegahan kebakaran di bangunan kediaman. Bagi mencapai objektif kajian ini,
satu ujian realibiti telah dijalankan terhadap faktor – faktor yang telah dikenalpasti
oleh penyelidik melalui kajian literatur di bab 2. Ujian ini dijalankan bagi
menganalisa bacaan cronbach’s alpha dan mengenalpasti apakah faktor tersebut
sesuai digunakan dan bertepatan dengan kajian yang dijalankan berdasarkan
borang soal selidik yang telah diedarkan. Jadual 5.1 merekodkan bacaan
cronbach’s alpha berdasarkan ujian realibiliti yang telah dijalankan.
Jadual 5.1 Bacaan Cronbach’s Alpha Faktor Kajian
Jadual 5.1 menunjukkan bacaan cronbach’s alpha bagi faktor kajian yang
diketengahkan oleh penyelidik. Terdapat 4 faktor yang telah dikenalpasti dalam
kajian ini dan hasil analisa mendapati ke semua faktor yang digunakan penyelidik
merekodkan bacaan cronbach alpha melebihi 0.8. Faktor pertama yang digunakan
oleh penyelidik adalah garis panduan, dimana terdapat 2 soalan berkaitan garis
panduan dalam borang soal selidik ini dan merekodkan bacaan cronbach’s alpha
sebanyak 0.881. Faktor kedua kajian ini pula berkenaan latihan kebakaran dan
terdapat 2 soalan berkaitan dengan faktor tersebut serta merekodkan bacaan
cronbach’s alpha sebanyak 0.803. Seterusnya,faktor ketiga adalah berkaitan
pengetahuan, dimana 3 soalan melibatkan pengetahuan berkenaan sistem
pencegahan kebakaran disoal didalam borang soal selidik dan mencatat bacaan
Faktor Cronbach’s Alpha Bil. Item
Garis Panduan 0.881 2 Latihan Kebakaran 0.803 2 Pengetahuan 0.822 3 Sikap & Tindakan Pengguna 0.851 2
08BFM16F3006
55
cronbach’s alpha 0.822. Manakala terdapat 2 soalan berkaitan sikap dan tindakan
pengguna yang merupakan faktor terakhir bagi kajian ini dan merekodkan bacaan
cronbach alpha 0.851. Merujuk Sakaran (2002), bacaan cronbach’s alpha melebihi
0.8 menunjukkan ianya sumber yang kukuh yang boleh digunapakai dalam
penyelidikan ini. Oleh yang demikian, berdasarkan hasil pengujian berikut
membuktikan faktor yang digunakan penyelidik bertepatan dengan kajian yang
dijalankan.
5.4 DAPATAN KAJIAN BAGI OBJEKTIF 2
Jadual dibawah menunjukkan hasil analisa deskriptif yang dijalankan dan
daripada analisa tersebut bacaan standard deviation dan min direkodkan mengikut
faktor kajian dan bacaan tersebut direkodkan bagi keempat – empat faktor kajian.
Jadual 5.2 : Analisa data bagi faktor Garis Panduan
Bil
Item
Skala Liket (%) N = 304
Nilai Min
Std. Dev.
1 2 3 4
C1. GP1
Saya mengetahui garis panduan pengurusan keselamatan kebakaran dalam bangunan.
1.0
13.8
63.5
21.7
3.06
0.63
C2. GP2
Saya mematuhi prosedur keselamatan kebakaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
0.3
4.6
69.4
25.7
3.20
0.52
Purata 3.13 0.58
08BFM16F3006
56
Jadual 5.3 : Analisa data bagi faktor Latihan Kebakaran
Jadual 5.4 : Analisa data bagi faktor Pengetahuan
Bil
Item
Skala Liket (%) N = 304
Nilai Min
Std Dev 1 2 3 4
C3. LK1
Saya akan melibatkan diri dalam latihan kebakaran yang dijalankan oleh pihak pengurusan
0.7
5.6
66.4
27.3
3.20
0.56
C4. LK2
Saya didedahkan dalam pengendalian peralatan pencegahan kebakaran
0.3
12.2
62.2
25.3
3.13
0.61
Purata 3.17 0.59
Bil
Item
Skala Liket (%) N = 304
Nilai Min
Std. Dev 1 2 3 4
C5. PE1
Saya mengetahui kategori alat pemadam api jenis karbon dioksida (CO2) digunakan untuk peralatan elektrik dan gas
0
12.5
70.7
16.8
3.04
0.54
C6. PE2
Saya mengetahui bangunan kediaman saya mempunyai sistem pencegahan kebakaran
0
3.9
69.4
26.6
3.23
0.51
C7. PE3
Saya akan bertindak memadamkan api kebakaran pada peringkat awal dengan menggunakan alat pemadam api yang terdapat dalam bangunan
1.6
9.2
67.8
21.4
3.09
0.60
Purata 3.12 0.55
08BFM16F3006
57
Jadual 5.5 : Analisa data bagi faktor Sikap & Tindak Balas Pengguna
Jadual 5.2 menunjukkan 2 soalan berkaitan garis panduan keselamatan
kebakaran, soalan pertama kajian merekodkan bacaan berdasarkan bacaan yang
diperolehi melalui SPSS. Pengkaji mendapati bahawa bacaan standard deviation
dan min bagi soalan C1.GP1 adalah 0.627 dan 3.06 manakala C2.GP2 adalah
0.524 dan 3.20. Ini menunjukkan bahawa bacaan min bagi soalan C2.GP2 lebih
tinggi berbanding C1.GP2. Berdasarkan bacaan tersebut pengkaji dapat
merumuskan bahawa responden lebih terdorong untuk mematuhi peraturan
keselamatan berkenaan sistem pencegahan kebakaran berbanding mengambil
tahu garis panduan penggunaan sistem pencegahan kebakaran bagi kediaman
mereka.
Bagi faktor kedua, pengkaji mengemukakan 2 soalan berkaitan latihan
kebakaran seperti didalam Jadual 5.3 dan bacaan standard deviation dan min
telah direkodkan. Bagi soalan C3.LK1 mendapat bacaan sebanyak 0.561 dan
3.20, manakala soalan C4.LK2 mencatatkan bacaan 0.611 dan 3.13. Berdasarkan
kedua-dua bacaan tersebut dapat dilihat bahawa min bagi soalan C3.LK1 lebih
tinggi berbanding C4.LK2 ini kerana responden masih mempunyai tahap
kesedaran yang tinggi dalam menyertai latihan kebakaran yang dianjurkan oleh
pihak pengurusan kediaman berbanding sebilangan pihak pengurusan yang
Bil
Item
Skala Liket (%) N = 304
Nilai Min
Std. Dev 1 2 3 4
C8. ST1
Saya akan membantu pihak pengurusan menjaga dan memelihara sistem pencegahan kebakaran daripada disalahgunakan
0.3
5.6
63.2
30.9
3.25
0.564
C9. ST2
Saya sentiasa memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat walaupun ketika tergesa-gesa
0.3
4.3
66.4
28.9
3.24
0.537
Purata 3.245 0.55
08BFM16F3006
58
memandang ringan terhadap pelaksanaan latihan kebakaran di kediaman jagaan
mereka.
Seterusnya Jadual 5.4 menunjukkan faktor ketiga pengkaji
mengemukakan 3 soalan berkaitan pengetahuan pengguna dalam penggunaan
sistem pencegahan kebakaran dan berikut merupakan catatan bacaan standard
deviation dan min bagi ketiga-tiga soalan. Soalan C5.PE1 telah merekodkan
bacaan 0.540 dan 3.04 manakala soalan C6.PE2 memperolehi 0.505 dan 3.23 dan
soalan terakhir bagi faktor ini merekodkan bacaan 0.604 dan 3.09. Berdasarkan
ketiga-tiga soalan yang dikemukakan kepada responden,bacaan min bagi soalan
C6.PE2 merekodkan bacaan paling tinggi dan ini menunjukkan bahawa responden
peka dan tahu terhadap sistem pencegahan kebakaran dikediaman mereka tetapi
tidak semua responden mengetahui jenis alat pemadam api yang harus digunakan
bagi memadamkan kebakaran serta responden juga kurang keyakinan untuk
bertindak memadamkan kebakaran walaupun mereka telah didedahkan dengan
pengetahuan mengendalikan alat pemadam dan gegelung hos semasa menyertai
latihan kebakaran yang dianjurkan oleh pihak bomba dan pengurusan kediaman
mereka.
Faktor terakhir kajian ini pengkaji mengemukakan 2 soalan berkaitan
sikap dan tindakbalas pengguna seperti yang ditunjukkan di Jadual 5.5.
Berdasarkan data yang dikumpul didapati bacaan standard deviation dan min bagi
soalan C8.ST1 adalah 0.564 dan 3.25 manakala bacaan bagi C9.ST2 adalah
0.537 dan 3.24. Berdasarkan bacaan min tersebut didapati bahawa responden
mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk sama-sama memelihara
dan menjaga keselamatan kediaman mereka dari terlibat daripada masalah
kebakaran dan penyalahgunaan terhadap sistem pencegahan kebakaran
terutamaya di bangunan kediaman mereka.
08BFM16F3006
59
Rajah 5.6 Bacaan Min mengikut soalan dan faktor kajian
Rajah 5.7 Bacaan Purata Min mengikut soalan dan faktor kajian
3.06 3.2
3.04 3.25 3.2 3.13 3.23 3.24
0 0
3.09
0
Garis Panduan Latihan Kebakaran Pengetahuan Sikap & Tindak BalasPengguna
Min Tahap Kesedaran Pengguna Terhadap Penggunaan Sistem Pencegahan Kebakaran
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3
Garis Panduan Latihan Kebakaran PengetahuanSikap & TindakBalas Pengguna
Min 3.13 3.17 3.12 3.25
Std. Dev. 0.58 0.59 0.55 0.55
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
Axi
s Ti
tle
Purata Min Faktor Tahap Kesedaran Penggunaan Sistem Pencegahan Kebakaran
di Bangunan Kediaman
08BFM16F3006
60
Rajah 5.6 menunjukkan graf perbezaan bacaan min bagi ke semua
soalan berkaitan tahap kesedaran pengguna terhadap penggunaan sistem
pencegahan kebakaran di bangunan kediaman. Berdasarkan bacaan min tersebut
setiap soalan dipecahkan mengikut kategori faktor tersendiri. Manakala Rajah 5.7
menunjukkan bacaan purata min bagi keempat – empat faktor kajian, berdasarkan
graf tersebut faktor garis panduan merekodkan bacaan 3.13 dan faktor kedua iaitu
kebakaran adalah 3.17. Seterusnya, min bagi faktor pengetahuan pengguna
adalah sebanyak 3.12 manakala sikap dan tindakbalas pengguna merekodkan
bacaan min sebanyak 3.25.
Berdasarkan bacaan tersebut didapati bahawa bacaan min tertinggi bagi
tahap kesedaran pengguna bagi penggunaan sistem pencegahan kebakaran
adalah faktor sikap dan tindakbalas pengguna. Ini menunjukkan bahawa
responden bagi kajian ini mempunyai kesedaran yang tinggi berkaitan sikap dan
tindak balas berbanding faktor - faktor lain. Walaupun majority responden tidak
mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dalam menggunakan alat pemadam api
dan gegelung hos tetapi mereka memiliki rasa tanggungjawab dalam memelihara
keselamatan kediaman mereka dengan mengelakkan risiko kebakaran dengan
memelihara sikap dan tingkahlaku mereka dirumah. Namun begitu, pengetahuan
dalam mengendalikan sistem pencegahan kebakaran adalah sangat penting bagi
penghuni bangunan tetapi melalui soal selidik yang dijalankan merekod bacaan
paling rendah dan jika kebakaran berlaku dibangunan mereka, penghuni tidak
dapat membantu pihak pengurusan atau pasukan penyelamat bagi melambatkan
pembangunan api kebakaran.
Kesimpulannya bagi objektif kedua ini kesemua faktor ini adalah
mempengaruhi pengguna bagi memastikan penghuni memiliki kesedaran atau
tidak dalam penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan kediaman
mereka. Selain itu, keempat-empat faktor yang dikemukakan oleh penyelidik saling
berkait antara satu sama lain bagi mengukur tahap kesedaran pengguna terhadap
penggunaan sistem pencegahan kebakaran. Ini menunjukkan penyelidik berjaya
08BFM16F3006
61
mencapai objektif kedua kajian dengan menganalisa setiap faktor yang
mempengaruhi tahap kesedaran penghuni.
5.5 DAPATAN KAJIAN UNTUK OBJEKTIF KETIGA
Objektif ketiga kajian ini adalah untuk mencadangkan penambahbaikan bagi
meningkatkan tahap kesedaran pekerja menghadapi kebakaran di bilik loji. Oleh
itu bahagian ini akan menganalisa data bagi mencapai objektif ketiga kajian.
Objektif ketiga ini dicapai melalui sesi temubual yang dijalankan terhadap 3
pegawai JBPM dari cawangan yang berlainan. Jadual 5.3 menunjukkan profil
responden bagi temubual kajian ini.
Jadual 5.6 : Profil Responden
Temubual dilakukan dengan 3 orang pegawai JBPM dari dua buah negeri
iaitu Selangor dan Johor bagi mendapatkan pandangan mereka. Malahan
cadangan juga diambil kira dalam kajian ini bagi proses penambahbaikkan. Segala
perkara dan maklumat akan dikumpulkan dan disertakan di dalam bentuk jadual.
Nama Cawangan
R1 - En Bazli Hazlami Bin Hamali Wakil JBPM Larkin
R2 - En Ezam Bin Mistoramdan Wakil JBPM Bukit Jelutong
R3 - En Mohd Kaha Bin Abdul Halim Wakil JBPM Petaling Jaya
08BFM16F3006
62
Jadual 5.7 : Maklumbalas temubual yang dijalankan
Soalan Temubual Cadangan / Maklumbalas
1. Apakah antara punca – punca
yang menyebabkan kebakaran
berlaku dalam sesebuah
bangunan kediaman?
- Sikap cuia segelintir penghuni
rumah yang tidak mengutamakan
keselamatan ketika menggunakan
peralatan elektrik dan juga ketika
memasak menjadi punca yang
paling kerap menyebabkan
kebakaran di kediaman.
2. Selama penglibatan tuan dalam operasi memadamkan kebakaran, pernah ke tuan melihat pengguna bangunan boleh mengendalikan alat pemadam api atau gegelung hos sendiri sementara menunggu ketibaan pihak bomba?
- Ya, masih ada penghuni yang memiliki pengetahuan mengendalikan APA dan Gegelung hos, akan tetapi jika golongan ini dapat dilahirkan lebih ramai maka kes kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa disebabkan kebakaran boleh dikurangkan.
3. Berdasarkan pengalaman tuan, apakah faktor – faktor yang menyebabkan kejadian kebakaran sukar untuk dibendung dan meningkat pada setiap tahun?
- Kecuaian - Sikap tidak bertanggungjawab
sesetengah penghuni yang bertindak menghalang dan merosakan sistem pencegahan kebakaran di bangunan kediaman tersebut.
4. Apakah cadangan yang boleh
dikongsikan bagi
mengurangkan kejadian
kebakaran yang melibatkan
rumah kediaman bertingkat?
- Memberi ceramah kepada
komuniti berkenaan penggunaan
dan keselamatan.
- Pasang pengesan asap dan
mengadakan aktiviti asas
keselamatan kebakaran bersama
komuniti.
- Menghapuskan segala bentuk
halangan yang boleh menyukarkan
kerja menyelamat ketika
berlakunya kecemasan
- Memperbanyakkan Road Show
bersama komuniti.
08BFM16F3006
63
5. Melalui pengalaman tuan,
apakah perkara yang
penghuni bangunan selalu
lakukan yang menyebabkan
kerja – kerja pemadaman
kebakaran oleh pihak bomba
terganggu?
- Menghalang perkakas menentang
kebakaran dan laluan masuk
bomba bagi menjalankan aktiviti
pemadaman
- Kerosakan pada peralatan sistem
pencegahan kebakaran dan laluan
terhalang
6. Seberapa kerapkah latihan
kebakaran perlu dilaksanakan
bagi bangunan kediaman
bertingkat?
- 6 bulan sekali tetapi lebih baik jika
boleh dilaksanakan dengan lebih
kerap mengikut kemampuan pihak
pengurusan
- Mengikut kesuaian jenis
bangunan, jika melibatkan pelajar
dirumah kediaman 6 bulan sekali,
jika kediaman biasa 1 tahun sekali
sudah mencukupi.
- Memadai setahun sekali
7. Siapakah yang
bertanggungjawab
melaksanakan latihan
kebakaran tersebut?
- Pegawai unit latihan bomba dan
pihak pengurusan bangunan.
8. Bagaimanakah tindakan
sepatutnya yang boleh diambil
bagi memastikan semua pihak
dapat memberi kerjasama
terhadap aktiviti latihan
kebakaran yang dijalankan?
- Memberi nasihat dan denda
dengan tegas untuk mengelakkan
penghuni mengabaikan
tanggungjawab meraka sebagai
penghuni.
- Menggunakan cara yang kreatif
bagi menarik minat komuniti
menyertai aktiviti atau demonstrasi
pengendalianperalatan asas bagi
sistem pencegahan kebakaran.
9. Apakah faktor yang
mempengaruhi kesedaran
pengguna terhadap
penggunaan peralatan
pencegahan kebakaran?
- Minat atau rasa tanggungjawab
untuk belajar kendalikan
perkakasan demi keselamatan diri
dan penduduk sekitar
- Pengetahuan asas penggunaan
perkakasan dan persepsi
sesetengah komuniti dalam
08BFM16F3006
64
Jadual 5.4 menunjukkan maklumbalas responden yang telah disimpulkan
terhadap beberapa perkara yang telah diusulkan oleh penyelidik. Ini kerana
penyelidik mendapati majoriti ketiga – tiga responden memberikan komen dan
cadangan yang sangat sinonim antara satu sama lain. Merujuk kepada soalan
pertama bagi temubual ini ketiga – tiga responden menyatakan pendapat bahawa
punca utama yang menyebabkan kebakaran bagi rumah kediaman adalah
disebabkan oleh kecuaian pengguna. Sikap cuai ini sangat kerap dijumpai apabila
berlakunya kebakaran melibatkan rumah kediaman. Kecuaian yang dimaksudkan
oleh responden ini adalah berkaitan sikap ambil mudah pengguna dalam
mengendalikan peralatan elektrik dan juga dapur masak. Kesilapan yang selalu
dibuat oleh pengguna adalah dengan mengamalkan tabiat sambungan wayar
elektrik dan menggunakan kesemua peralatan elektrik pada masa yang sama. Hal
ini boleh menyebabkan peralatan tersebut menarik tenaga elektrik yang berlebihan
yang tidak bersesuaian dengan tenaga elektrik yang dibekalkan dan tercetusnya
lintar pintas ataupun letupan. Perkara seperti ini juga pernah dilaporkan oleh Berita
Harian pada tahun 2018, dimana telah berlaku kejadian kebakaran yang melibatkan
kuarters kerajaan yang disebabkan oleh perkongsian peralatan elektrik lain dengan
peti sejuk dirumah tersebut. Kejadian ini telah menyebabkan kemusnahan harta
benda dikediaman terbabit.
mengendalikan sistem
pencegahan kebakaran
10. Bagaimanakah cara terbaik
bagi mewujudkan kesedaran
dalam diri penghuni bangunan
tentang menyediakan alat
pemadam api di kediaman
mereka sendiri?
- Memastikan komuniti faham dan
tahu tentang garispanduan
kebakaran yang diguna pakai di
kediaman mereka.
- Mewajibkan setiap rumah
menyediakan peralatan seperti
APA dan pengesan asap.
- Memberi tunjuk ajar dan
menerangkan kesan – kesan jika
mengabaikannya
08BFM16F3006
65
Seterusnya soalan kedua temubual ini bertujuan untuk mengenalpasti
samada masih ada lagikah golongan yang akan bertindak mengendalikan alat
bantu mula untuk memadamkan kebakaran sementara menunggu ketibaan pihak
bomba. Merujuk kepada ketiga – tiga jawapan responden menyatakan yang
golongan tersebut memang ada dan sering dijumpai tetapi golongan seperti itu
tidak ramai dalam masyarakat kita. Merujuk responden pertama (R1) temubual ini
mengatakan, andai golongan seperti ini memiliki jumlah yang ramai dalam
sesebuah bangunan kediaman maka kebarangkalian kebakaran untuk merebak
dengan cepat dapat diatasi. Ini kerana pihak bomba sangat memerlukan
pertolongan orang awam sementara menunggu ketibaan pihak bomba tiba ke
lokasi kejadian. Sejajar dengan kenyataan Kwong (2001), kebakaran lebih mudah
dikawal pada masa 4 minit terawal dan tiada lagi dalam rekod dunia yang pihak
bomba boleh sampai ke lokasi kebakaran dalam masa 4minit.
Bagi soalan ketiga, responden pertama (R1) menyatakan bahawa faktor
kebakaran meningkat setiap tahun adalah disebabkan kecuaian kerana isu
kebakaran di Malaysia bukanlah isu yang baharu dan sering berlaku tetapi masih
ramai pengguna yang gagal mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut dan
mengulangi kesilapan mangsa – mangsa yang pernah terlibat dalam kejadian
kebakaran. Manakala, responden kedua (R2) dan ketiga (R3) bersependapat
bahawa kebakaran sukar dibendung adalah disebabkan oleh sikap penghuni yang
menghalang laluan utama pihak penyelamat dan masalah vandalism yang
merosakkan serta menyalahgunakan peralatan pencegahan kebakaran di dalam
bangunan tersebut sehingga menyukarkan pihak bomba untuk memadamkan
kebakaran dan segaligus masa pemadaman menjadi lebih panjang.
Soalan keempat adalah berkaitan cadangan bagi mengurangkan
kejadian kebakaran yang melibatkan rumah kediaman dan kediaman bertingkat.
Menurut responden ketiga (R3), pihak JBPM dan pihak pengurusan perlu digesa
agar sentiasa memupukkan sikap rasa tanggungjawab dalam komuniti dengan
mengadakan aktiviti ceramah dan kempen dimana intipati aktiviti itu mestilah
mengandungi cara terbaik mengelakkan kebakaran dan langkah - langkah
08BFM16F3006
66
menggunakan peralatan bantu mula bagi sistem pencegahan kebakaran agar
komuniti sedar akan kepentingan sistem keselamatan kebakaran dibangunan
tersebut. Hal ini sejajar dengan seruan kerajaan Kanada dan kerajaan Singapura
yang menggesa setiap rumah di negara mereka terutamanya bangunan bertingkat
untuk memasang alat pengesan asap dirumah bermula pada tahun 2018 ( Osman
Affendi,2008).
Seterusnya soalan kelima temubual adalah berkaitan perkara yang
dilakukan oleh penghuni sehingga mengganggu operasi menyelamat. Menurut
ketiga - tiga responden temubual ini berpendapat bahawa penghuni bangunan
kediaman ini mempunyai satu tabiat iaitu suka menyimpan atau meletakkan
barang-barang yang tidak digunakan di bahagian luar rumah iaitu ruang laluan atau
kaki lima rumah kediaman mereka. Perkara tersebut seringkali menyukarkan pihak
bomba untuk menjalankan aktiviti menyelamat apabila terdapat kejadian
kebakaran.
Merujuk responden kedua (R2), latihan kebakaran harus dilakukan pada
setiap 6 bulan. Manakala responden pertama (R1) berpendapat bahawa latihan
kebakaran perlu dilaksanakan sekurang - kurangnya setahun sekali namun
responden ketiga (R3) pula menyatakan bahawa semakin kerap latihan
dilaksanakan semakin penduduk terbiasa berdepan dengan situasi kecemasan
secara tidak langsung ia akan melahirkan sikap sentiasa bersedia untuk berdepan
dengan situasi kecemasan. Selain itu, kesemua responden juga menyatakan
bahawa tugas menjalankan aktiviti latihan kebakaran ini adalah dibawah
tanggungjawab unit latihan bomba dan pihak pengurusan bangunan. Memadai
melaksanakan aktiviti latiahan kebakaran sebanyak setahun sekali bersama pihak
bomba akan tetapi poihak pengurusan bangunan perlu memperbanyakkan latihan
kebakaran dibangunan jagaan mereka.
Soalan kelapan menarik responden ketiga (R3) untuk menyatakan
bahawa tindakan boleh diambil kepada pengguna dan pengurus bangunan jika
mereka didapati mengabaikan keselamatan dan gagal melaksanakan dan
menyertai latihan kebakaran dengan mengeluarkan denda dan memberi amaran
08BFM16F3006
67
keras kepada pengguna. Seterusnya responden kedua (R2) berpendapat
melaksanakan aktiviti secara kreatif berkenaan dengan kebakaran dan
keselamatan boleh menarik minat komuniti menyertai aktiviti atau demonstrasi
tersebut dan sekaligus memupuk sikap bertanggungjawab mereka bagi memelihara
keselamatan mereka dan penghuni lain. Selain itu, menggunakan cara kreatif bagi
pengendalian peralatan asas bagi sistem pencegahan kebakaran dapat
mengukuhkan lagi ingatan pengguna dalam menggunakan peralatan yang
berkaitan.
Merujuk kepada soalan kesembilan, responden pertama (R1)
menyatakan faktor yang mempengaruhi pengguna dalam mengendalikan peralatan
kebakaran adalah pengetahuan. Merujuk kenyataan responden kedua, (R2),
pengetahuan asas penggunaan perkakasan amat penting bagi menambahkan
keyakinan dan keberanian penghuni untuk mengendalikan perlatan tersebut. Selain
itu, menurut responden ketiga dan pertama amat yakin yang minat dan
tanggungjawab merupakan salah satu penyebab pengguna ingin belajar
menggunakan alat bantu mula tersebut dan mengubah pandangan mereka yang
menyangka peralatan bantu mula ini hanya untuk kegunaan pihak penyelamat.
Akhir sekali, bagi menggalakkan pengguna memasang pengesan asap
dirumah, responden ketiga (R3), menyatakan pihak unit latihan bomba dan
pengurusan bangunan perlu memastikan komuniti faham dan tahu tentang
garispanduan kebakaran yang diguna pakai di kediaman mereka, kerana dengan
kefahaman mereka akan dapat mengenalpasti kesan jika mereka tidak
menyediakan atau mengabaikan alat menentang kebakaran dirumah meraka.
Selain itu, responden pertama (R1) dan kedua (R2) bersependapat untuk
mewajibkan setiap rumah menyediakan peralatan seperti APA dan pengesan asap
dan seterusnya memberi tunjuk ajar dan menerangkan kesan – kesan jika
mengabaikannya.
08BFM16F3006
68
5.6 KESIMPULAN BAB
Bab ini menerangkan bagaimana penyelidik mencapai ketiga-tiga objektif
kajian yang dibina diawal penulisan kajian. Penyelidik memilih untuk menjalankan
ujian kesahan terhadap maklumbalas soal selidik yang diedarkan kepada pelajar
yang menetap di kolej kediaman bagi mengenalpasti apakah faktor kajian yang
ditetapkan dipersetujui dalam mengkaji tahap kesedaran pengguna terhadap
penggunaan sistem pencegahan kebakaran. Seterusnya, objektif kedua kajian
dicapai dengan menjalankan ujian diskritif terhadap maklumbalas di Bahagian C
soal selidik. Ujian diskriptif ini dijalankan adalah untuk mendapatkan bacaan min
dan standard deviation bagi keempat-empat faktor kajian sekaligus mengenalpasti
faktor manakah yang paling mempengaruhi tahap kesedaran pengguna dalam
penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan kediaman. Akhir sekali,
bagi mencapai objektif ketiga kajian, penyelidik menganalisa data maklumbalas
cadangan amalan baik yang diperoleh melalui temubual bersama 3 orang pegawai
JBPM. Berdasarkan temubual tersebut, penyelidik telah dapat mengenalpasti
cadangan penambaikan yang dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran
pengguna terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan
kediaman. Selain itu, responden kedua (R2) dan responden pertama (R1)
mencadangkan agar pengguna memasang alat pemadam api bagi kediaman
mereka kerana dengan cara ini mereka dapat mengesan kebakaran awal dengan
mudah melalui bunyi amaran yang dikeluarkan dari alat pengesan asap tersebut.
Sejajar dengan seruan kerajaan bagi menggesa setiap rumah untuk memiliki alat
pencegahan kebakaran di dalam rumah (Berita Harian,2018).
08BFM16F3006
69
BAB 6
KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1. PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan hasil penemuan dan seterusnya membuat
kesimpulan berkaitan dengan kajian ini. Rumusan dan kesimpulan ditumpukan
kepada kajian secara keseluruhannya iaitu dengan merangkumi rumusan dan
implikasi yang boleh diterjemahkan daripada kajian ini. Disamping itu, cadangan-
cadangan kajian baru disyorkan terutamanya kepada bakal-bakal pengkaji
seterusnya dalam mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan tahap
kesedaran pengguna terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran di
kediaman bertingkat.
Bab ini juga merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini, kesemua hasil
dapatan kajian akan dinyatakan dan dirumuskan bagi mencapai tiga objektif yang
telah dibentuk dalam bab sebelumnya. Dengan itu, sebagai penutup bagi kajian ini,
bab ini akan menerangkan secara ringkas mengenai dapatan bagi persoalan
kajian, implikasi kajian, limitasi kajian dan seterusnya kesimpulan dan cadangan
penambahbaikan untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna yang tinggal
dirumah kediaman bertingkat.
6.2. RINGKASAN PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah tahap kesedaran
pengguna bangunan terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran di
bangunan kediaman bertingkat.
08BFM16F3006
70
6.2.1 Persoalan Kajian Pertama
i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran pengguna
terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran.
Hasil soal selidik yang dilakukan melibatkan 3 buah kolej kediaman di UiTM Puncak
Alam adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap
kesedaran pengguna terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran.
Dimana terdapat empat faktor yang telah dikenalpasti dalam kajian ini iaitu faktor
garis panduan, latihan kebakaran, pengetahuan, sikap dan tindakbalas pengguna.
Penilaian faktor garis panduan ini dinilai melalui tanggungjawap pengguna dalam
memastikan mereka mengetahui garis panduan yang telah ditetapkan dibangunan
mereka. Bagi faktor latihan kebakaran pula di nilai dengan tingkahlaku pengguna
dalam memberi maklumbalas berkenaan penyertaan mereka dalam aktiviti latihan
kebakaran yang dianjurkan oleh pihak bomba dan juga pihak pengurusan.
Seterusnya, bagi faktor pengetahuan pengguna diukur dengan mengkaji
pengetahuan pengguna berkaitan sistem pencegahan kebakaran di kediaman
mereka dari segi pengetahuan pengendalian alat bantu mula peralatan
pencegahan kebakaran dan berkaitan implikasi menyediakan peralatan
keselamatan tambahan seperti alat pemadam api dan pengesan asap dirumah
mereka. Akhir sekali, faktor terakhir adalah berkaitan sikap dan tindak balas
pengguna. Faktor ini diukur dengan cara mengenalpasti tindakan penghuni dalam
menguruskan risiko yang tercetus dari sikap dan aktiviti harian mereka. Merujuk
kepada data analisis didapati kesemua faktor bagi kajian ini melepasi tahap
kebolehpercayaan dan didapati sangat mempengaruhi kesedaran pengguna.
08BFM16F3006
71
6.2.2 Persoalan Kajian Kedua
ii. Bagaimanakah tahap kesedaran penghuni bangunan terhadap sistem
pencegahan kebakaran?
Tahap kesedaran pengguna terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran
kebakaran di bangunan kediaman dinilai melalui borang soal selidik di Bahagian C.
Data tersebut telah dianalisa pada bab lima yang memaparkan bahawa kesemua
kenyataan yang diberikan responden mendapat skor min yang berada ditahap yang
sederhana dengan bacaan 3.0 keatas. Dapatan ini menunjukkan pengguna
mempunyai tahap kesedaran paling tinggi dalam faktor sikap dan tindak balas
dengan skor 3.25 berbanding dengan faktor-faktor lain. Manakala, faktor yang
mendapat skor terendah sebanyak 3.12 dalam kajian ini adalah berkaitan
pengetahuan pengguna berkenaan kebakaran dan ini menunjukkan pengetahuan
pengguna berkenaan sistem pencegahan kebakaran sangat rendah dan ini
menyebabkan pengguna akan menjadi kurang keyakinan untuk menggunakan alat
bantu mula kebakaran apabila berlakunya kecemasan. Tanpa pengetahuan yang
cukup juga ia akan mempengaruhi peningkatan kebakaran pada setiap tahun.
6.2.3 Persoalan Kajian Ketiga
iii. Apakah penambahbaikan bagi meningkatkan kesedaran pengguna
berkenaan sistem pencegahan kebakaran.
Persoalan kajian ketiga menunjukkan cadangan penambahbaikkan bagi
meningkatkan tahap kesedaran pengguna terhadap penggunaan sistem
pencegahan kebakaran di bangunan kediaman. Cadangan penambahbaikkan ini
diperolehi dengan menjalankan temubual bersama 3 orang pegawai JBPM. Antara
cadangan yang diberikan adalah dengan menggesa komuniti untuk mengamalkan
pengurusan keselamatan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan
pengurusan bangunan seperti menghapus semua bahaya kebakaran terumanya
08BFM16F3006
72
dikawasan kaki lima kediaman dengan cara tidak menyimpan barang-barang di
kawasan tersebut. Seterusnya, pihak pengurusan dan pihak bomba perlu
memperbanyakkan kempen atau road show agar komuniti terbiasa serta tertarik
dan dapat memupuk sikap rasa ingin tahu berkenaan penggunaan sistem
pencegahan kebakaran yang ada di kediaman mereka sekaligus meningkatkan
kesedaran mereka bagi meningkatkan keselamatan pencegahan kebakaran.
Cadangan penambahbaikkan lain yang boleh dibuat adalah dengan berkongsi
pengetahuan berkenaan cara meningkatkan tahap keselamatan dirumah mereka
dengan menekankan kepentingan pemasangan pengesan asap dan mememilik
alat pemadam api khusus di dalam rumah kediaman mereka sendiri
memandangkan risiko kebakaran kebayakkan berpunca dari dalam rumah dan
menggalakkan pengguna memiliki alat pengesan asap dan pemadam api sendiri.
Selain itu, pihak pengurusan perlu melaksanakan aktiviti bagi memastikan setiap
penghuni bangunan mengetahui dan faham berkenaan dengan garis panduan
keselamatan yang di laksanakan di bangunan kediaman tersebut. Akhir sekali,
pengguna bangunan perlu lah berkerjasama bersama-sama pihak pengurusan bagi
membendung sikap ketakpatuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan bagi
mengurangkan risiko kebakaran meningkat dan sukar dibendung setiap tahun.
6.3. IMPLIKASI KAJIAN
Perolehan daripada hasil analisa yang telah dilaksanakan dalam kajian ini telah
memaparkan beberapa cadangan penambahbaikkan yang boleh dirujuk dalam
usaha meningkatkan tahap kesedaran pengguna. Antara implikasi kajian ini adalah
i. Pihak pengurusan dapat memfokuskan kepada beberapa perkara yang
didapati masih kurang dalam kalangan pengguna terutamanya dalam aspek
pengetahuan pengguna bagi memantapkan tahap keselamatan bangunan
dibawah jagaan mereka.
ii. Kajian ini juga dapat menjadi rujukan dan panduan kepada pengguna dan
pihak pengurusan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memenuhi
08BFM16F3006
73
kehendak keselamatan pencegahan kebakaran di bangunan kediaman
bertingkat.
iii. Selain itu, melalui kajian ini pihak pengurusan dapat mengenalpasti
kelebihan dan kelemahan yang ada di bangunan kediaman jagaan mereka
berdasarkan faktor – faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran pengguna.
6.4. LIMITASI KAJIAN
Kesimpulan kajian ini mengambil kira had-had kajian yang wujud. Antara
limitasi yang dihadapi dalam melaksanakan kajian ini adalah dari segi kekangan
dalam berhubung dengan responden untuk menjalankan temubual dan
mengedarkan borang selidik disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP)
disebabkan oleh Covid 19. Semasa menjalankan kajian, terdapat pelbagai limitasi
dan halangan yang dihadapi. Antara limitasi yang dihadapi adalah:
i. Borang soal selidik hanya dapat diedarkan dalam bentuk Google
Form dan diedarkan melalui aplikasi social seperti whatapps,
instagram dan facebook.
ii. Kekangan masa kerana responden gagal memberi kerjasama
yang baik dan menyebabkan pengkaji perlu mengedarkan soal
selidik melalui aplikasi social dengan lebih kerap.
iii. Kesukaran untuk berhubung dengan responden temubual untuk
mendapatkan persetujuan untuk membuat temu janji bersama
kerana kekangan waktu dari pihak responden.
iv. Menjalankan temubual secara online memberikan kesukaran
kepada penyelidik untuk mendapat maklumbalas yang lebih
terperinci serta kefahaman sepenuhnya disebabkan tempoh masa
dan komunikasi yang tidak berapa jelas.
08BFM16F3006
74
Namun begitu, permasalahan yang dinyatakan di atas tidaklah sampai
menganggu proses penemuan kajian. Masalah-masalah di atas telah dapat
ditangani oleh pengkaji secara professional. Kesungguhan pihak yang terlibat dalam
memberikan kerjasama dan membantu memenuhi kehendak penyelidik telah dapat
mengurangkan masalah pengkaji ke tahap yang minimum. Oleh itu, kajian ini secara
keseluruhannya telah berjaya mencapai matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan.
6.5 SKOP LANJUTAN KAJIAN
Kajian yang telah dijalankan ini boleh menjadi rujukan kepada penyelidik baru
dan boleh dijadikan kajian lanjutan bagi yang ingin mengkaji tentang tindakan yang
boleh dilakukan daripada prospek yang berbeza. Cadangan lanjutan yang boleh
dijalankan oleh penyelidik baru adalah dengan memfokus kepada faktor tahap
kesedaran yang didapati masih rendah dalam kalangan penghuni bangunan
kediaman berkaitan penggunaan sistem pencegahan kebakaran.
6.7 RINGKASAN BAB
Keseluruhannya, semua topik yang berkaitan dengan tahap kesedaran
pengguna terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran telah dibincangkan
dengan lengkap bagi kajian ini. Skor min untuk keempat-empat faktor yang
mempengaruhi tahap kesedaran responden adalah berada di tahap sederhana
kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan
tahap kesedaran pengguna boleh ditingkatkan bagi memastikan keselamatan
bangunan kediaman terjamin dari kemalangan kebakaran yang boleh merosakkan
harta benda dan mengorbankan nyawa. Hal ini telah dibuktikan daripada analisa
data yang telah dianalisa melalui borang soal selidik dan temubual yang telah
dijalankan. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mencapai ketiga- tiga
objektif , persoalan kajian dan matlamat kajian berdasarkan penyelidikan yang telah
dijalankan.
08BFM16F3006
75
Rujukan
Abdul R. F. N. (2017), Amalan Terbaik Pengurusan Penyelenggaran Sistem
pencegahan Kebakaran, Universiti Teknologi Malaysia
Abdul Ghafar, M.N. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Penyelidikan.
Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Afandi. S. N. (2013). Kos Penyelenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran
Bagi Bangunan Kolej Kediaman, Universiti Teknologi Malaysia
Allahyari, T., Rangi, N. H., Khosravi, Y. & Zayeri, F. 2011. Development and
Evaluation of a New Questionnaire For Rating Of Cognitive Failures At Work.
International Journal of Occupational Hygiene 3(1): 6-11.
Basheruddin, N. K. (2001). Pengurusan Penyelenggaraan Sistem
Pencegahan Kebakaran Di Menara Jati. Universiti Teknologi Malaysia.
Berita, H. (2017, Jun 14). Kebakaran Menara Grenfell. Bomba Sah Ada
Kematian.
Berita Harian. (2017, Jun 15). Menara Grenfell Tiada Penahan Keselamatan.
Berita Harian, 2019. Premis Jangan Haling Laluan Kecemasan. [Online]:
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/
527481/premis-jangan-halang-laluan-jika-kecemasan-bomba-selangor/amp
Bernama, B. (2018, Oktober 10). Kendalikan lebih banyak latihan kebakaran
di kawasan perumahan.:
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1656295
Buang, S. (2017, Julai 6). Tragedi Grenfell Tower Dedah Kelemahan, Utusan
Online.
Cik Josephine Teo (2017), Kewajipan memasang alat pengesan asap
[Online] ; https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/rumah-baru-
diwajibkan-pasang-alat-pengesan-asap-mulai-jun-2018/3885620.html
08BFM16F3006
76
Deobold.B. Van Dalen, Understanding Education Reseach : An Introduction.
New York : Mc Graw-Hill Book Company, Inc., h. 254.
Fadzdilah. (2016). Temu Bual [Online] :
http://www.slideshare.net/mobile/fadzdila1/temubual
Hassan, S. S. (2017). Effective Approach for Emergency Exit Route In A
Building, 14.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 :
Penghapusan Bahaya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Akta Perkhidmatan Bomba
Pindaan 2018, Seksyen 27A. Pasukan Tindakan Kecemasan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (2016). Nota Keselamatan [Online]
: http://www.anm.gov.my/images/Sibu-NotaKeselamatan/6-Evacuation-Drill.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Laporan Tahunan 2013 &
Laporan Tahunan 2013. Portal Rasmi Bomba .
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (1997). Pencegahan Kebakaran.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kebakaran. Percetakan Watan.
m.s.5
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Garis Panduan Keselamatan
Kebakaran di Premis Perhimpunan Awam berpandukan Akta Perkhidmatan
Bomba 1988.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (2017). Portal Rasmi Daripada
laman sesawang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:
http://www.bomba.gov.my
Johnson, E.B. 2007. Contextual Teaching & Learning: Menjadikan Kegiatan
BelajarMengajar Mengasikkan dan Bermakna. Bandung: Mizan Media
Utama.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), Terbitan Dewan Bahasa dan Pusaka
08BFM16F3006
77
Kamarul, 2015. Kaedah Persampelan.[online] :
http://www.slideshare.net/wmkfirdaus/persampelan
Kwong T. H. (2007). Kepentingan Pengetahuan & Kemahiran Tentang
Penggunaan Alat Sistem Pencegahan Kebakaran. UniversitiTun Hussein Onn
Lawshe, C.H. 1975. A quantitative approach to content validity. Pers Psychol
28(4): 563-75.
Marzuki. N. (2018, Januari 29). Pangsapuri Penjawat Awam Terbakar. Berita
Harian.
Maxwell Joseph (2011), A Reallist Approach to Qualtative Research
Mediacorp (2017), Rumah Baru Wajib Memasang Alat Pengesan Asap
[Online] ; https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/rumah-baru-
diwajibkan-pasang-alat-pengesan-asap-mulai-jun-2018/3885620.html
Mohd Bakhari, I. 2010. Model Kualiti Perkongsian Pengetahuan Dalam
Organisasi Awam & Kesannya Ke Atas Prestasi Pekerja Serta Penyampaian
Perkhidmatan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Norhadi, M. 2016. Model Perkongsian Pengetahuan Bagi
Pembentukan Repositori .Universiti Kebangsaan Malaysia
Portal Data Terbuka Malaysia. Statistik Data Kebakaran JBPM Di Malaysia
(2013) [Online] : http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-
kebakaran-mengikut-jenis-kebakaran
Ridzuan. N. R. (2008). Kesedaran Kakitangan Terhadap Sistem Pencegahan
Kebakaran Di Sekolah Pendidikan Khas. Projek Sarjana Muda Ukur Bahan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Ramachandran. (1999). Fire safety management and risk assessment. .
Facilities 17, 363 - 376.
08BFM16F3006
78
Robson, C. (2011). Real world research; A Resource for Users of Social
Research methods in Applied Settings. 1st edition. West Sussex: John Wiley
& Sons Ltd.
Sabitha M. 2006. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor:
Pearson Prentice Hall.
Saunders, M., Lewis, P., & Thornhill, A. (2012). Reseach Methods for
Business Students, (6th ed.) London : Pearson
Sekaran, U. 2013. Research Methods for Business. Edisi ke-4. John Wiley &
Sons, Inc
Silverman, D. (2010). Doing Qualitative Research. A Practical Handbook.
London: SAGE Publications Ltd.
Work, A. F. (2019, Mei 3). Latihan Kebakaran Boleh Kurangkan Risiko
Kebakaran.
Zhou, B. (2016). Fire Situations and Prevention Measures of Residential
Building,.Kunming,China: Public Security Fire Forces College,.
08BFM16F3006
79
LAMPIRAN
Lampiran 1 : Borang Soal Selidik
08BFM16F3006
80
BORANG SOAL SELIDIK
KAJIAN TAHAP KESEDARAN PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN
SISTEM PENCEGAHAN KEBAKARAN DI BANGUNAN KEDIAMAN
BERTINGKAT
Penyelidik
NORJIAH BINTI ABDULLAH
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah untuk menenilai tahap kesedaran pengguna
terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan kediaman
bertingkat. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian.
Bil BAHAGIAN TAJUK
1 A Latar Belakang Responden
2 B Prosedur Kecemasan
3 C Kesedaran Pengguna
Justeru itu, sukacita tuan/ puan dipohon untuk melengkapkan semua butiran seperti
yang tertera. Semua maklumat adalah untuk kegunaan kajian sahaja.
Soal Selidik ini adalah untuk mencapai objektif kajian yang pertama dan kedua
i. Mengkaji faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran pengguna terhadap
penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan kediaman.
ii. Menganalisa tahap kesedaran penghuni bangunan terhadap sistem
pencegahan kebakaran.
iii. Mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan kesedaran pengguna
berkenaan sistem pencegahan kebakaran
08BFM16F3006
81
KAJIAN TAHAP KESEDARAN PENGGUNA BANGUNAN TERHADAP PENGGUNAAN
SISTEM PENCEGAHAN KEBAKARAN
Section A : Respondent’s Profile / Profil Responden
Demografic section is to identify background of respondent. Please tick (/) at appropriate space of answer for the question below. Bahagian demografi ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang responden. Sila tandakan (/) pada kotak yang disediakan untuk menjawab soalan – soalan berikut.
1. Residential College /Kolej Kediaman 4. Age / Umur
Dahlia 18 – 21 tahun
Angsana 22 – 25 tahun
Zamrud 26 – 29 tahun
30 tahun keatas
2. Gender/Jantina 5. Frequency participate in fire drill/
Lelaki Kekerapan menyertai latihan kebakaran
Perempuan 1 - 3 kali
4 -5 kali
5 kali keatas
3. Education Level/Tahap Pendidikan
Diploma
Degree
Master
Lain-lain
08BFM16F3006
82
Instruction : Section B and C is a set of question to identify the information regarding emergency exit route in a building. Please rate accordingly for the set of question based on the rate below. Arahan : Bahagian B & C adalah satu set soalan untuk mengenalpasti maklumat mengenai sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan. Sila nilaikan sewajarnya bagi set soalan berdasarkan kadar di bawah.
Tahap Penilaian
Sangat tidak setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4
Section B : Emergency Procedure /Prosedur Kecemasan
This section is to evaluate occupant’s knowledge on emergency procedure practice in the building. Bahagian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan penghuni terhadap prosedur keselamatan yang diaplikasikan dalam bangunan.
No Question 1 2 3 4
B1 Guidelines can assist building occupants in fire safety management.
Garis panduan dapat membantu penghuni bangunan dalam pengurusan keselamatan kebakaran.
B2 The management party provides fire prevention sistem in accordance with established procedures & standards. Pihak pengurusan menyediakan sistem pencegahan kebakaran mengikut prosedur & piawaian yang telah ditetapkan.
B3 Implementation of fire drill help building occupants to improve skill & knowledge facing fire. Latihan kebakaran yang dijalankan meningkatkan kemahiran & pengetahuan penghuni bangunan berdepan dengan kebakaran.
B4 The management party exposes the occupants to use fire prevention equipment. Pihak pengurusan mendedahkan penghuni dalam pengendalian peralatan pencegahan kebakaran.
B5 The category of fire extinguishers for electrical and gas appliances is carbon dioxide (CO2)
Kategori alat pemadam api untuk peralatan elektrik dan gas adalah dari jenis karbon dioksida (CO2)
B6 Each residential building has fire prevention equipment such as hose
reel & fire extinguishers
Setiap bangunan kediaman bertingkat mempunyai peralatan pencegahan kebakaran seperti gegelung hos & alat pemadam api
B7 The fire can be controlled within the first 4 minutes
Api kebakaran boleh dikawal dalam tempoh 4 minit terawal
B8 The house should leave in a safe condition even in rushing
08BFM16F3006
83
Rumah yang ditinggalkan mestilah dalam keadaan selamat walaupun dalam keadaan tergesa - gesa
B9 Misuse of fire prevention sistems can pose risk when fires occur
Penyalahgunaan sistem pencegahan kebakaran boleh mendatangkan risiko ketika kebakaran berlaku
Section C : Awareness / Kesedaran
No Question 1 2 3 4
C1 I know the guidelines for fire safety management in buildings
Saya mengetahui garis panduan pengurusan keselamatan kebakaran dalam bangunan
C2 I follow the fire safety procedures provided by the management party
Saya mematuhi prosedur keselamatan kebakaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
C3 I will be involved in fire training conducted by management
Saya akan melibatkan diri dalam latihan kebakaran yang dijalankan oleh pihak pengurusan
C4 I was exposed to use the fire prevention equipment
Saya didedahkan dalam pengendalian peralatan pencegahan kebakaran
C5 I know the fire extinguishers carbon dioxide (CO2) category use for electrical and gas appliances Saya mengetahui kategori alat pemadam api jenis karbon dioksida (CO2) digunakan untuk peralatan elektrik dan gas
C6 I know that in my residential building has provided with fire prevention sistem
Saya mengetahui bangunan kediaman saya mempunyai sistem pencegahan kebakaran
C7 I will work to put out the fire in the early stages by using a fire
extinguisher located in the building
Saya akan bertindak memadamkan api kebakaran pada peringkat awal dengan menggunakan alat pemadam api yang terdapat dalam bangunan
C8 I always make sure the house is left safe even in a hurry
Saya sentiasa memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat walaupun ketika tergesa-gesa
C9 I will help the management to maintain and prevent the fire fighting sistem from abuse
Saya akan membantu pihak pengurusan menjaga dan memelihara sistem daripada disalahgunakan
This section is to evaluate occupant’s perception and awareness in case of emergency. Bahagian ini adalah untuk menilai persepsi dan kesedaran penghuni bangunan ketika kecemasan
08BFM16F3006
84
LAMPIRAN
Lampiran 2 : Soalan Temubual
08BFM16F3006
85
TEMUBUAL SEPARA STRUKTUR
KAJIAN TAHAP KESEDARAN PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN
SISTEM PENCEGAHAN KEBAKARAN DI BANGUNAN KEDIAMAN
BERTINGKAT
Penyelidik
NORJIAH BINTI ABDULLAH
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Tujuan temubual separa struktur ini dijalankan adalah untuk mencadangkan
penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran
pengguna terhadap penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan kediaman
bertingkat.
Semua maklum balas adalah untuk kegunaan kajian sahaja.Justeru itu, kerjasama
daripada pihak tuan/puan amat dihargai.
Temubual ini adalah untuk mencapai objektif kajian yang ketiga :
i. Mengkaji faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran pengguna terhadap
penggunaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan kediaman.
ii. Menganalisa tahap kesedaran penghuni bangunan terhadap sistem
pencegahan kebakaran.
iii. Mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan kesedaran pengguna
berkenaan sistem pencegahan kebakaran
08BFM16F3006
86
TEMU BUAL BAGI KAJIAN TAHAP KESEDARAN PENGGUNA BANGUNAN TERHADAP
PENGGUNAAN SISTEM PENCEGAHAN KEBAKARAN.
Section A : Demography / Demografi
Demographic section is to identify background of competent person to be interview.
Bahagian demografik ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang pegawai yang ditemuduga
A1. Fire Fighter & Rescue Branch / Cawangan Jabatan Bomba & Penyelamat Bukit Jelutong, Selangor Kapar,Selangor Larkin, Johor A2. Name / Nama : ______________________ A3. Position / Jawatan : ___________________ A4. Date / Tarikh : ______________________ A4. Time / Masa : __________________
Section B : Question series / Siri Soalan
This section will list the question for interview session.
Bahagian ini akan menyenaraikan soalan – soalan untuk sesi temubual
Yes No
B1. Apakah antara punca – punca yang menyebabkan kebakaran berlaku dalam sesebuah bangunan kediaman?
B2. Selama penglibatan tuan dalam operasi memadamkan kebakaran, pernah ke tuan melihat pengguna bangunan boleh mengendalikan alat pemadam api atau gegelung hos sendiri sementara menunggu ketibaan pihak bomba?
B3. Berdasarkan pengalaman tuan, apakah faktor – faktor yang menyebabkan kejadian kebakaran sukar untuk dibendung dan meningkat pada setiap tahun?
B4. Apakah cadangan yang boleh dikongsikan bagi mengurangkan kejadian kebakaran yang melibatkan rumah kediaman bertingkat?
B5. Melalui pengalaman tuan, apakah perkara yang penghuni bangunan selalu lakukan yang menyebabkan kerja – kerja pemadaman kebakaran oleh pihak bomba terganggu?
B6. Seberapa kerapkah latihan kebakaran perlu dilaksanakan bagi bangunan kediaman bertingkat?
B7. Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan latihan kebakaran tersebut?
B8. Bagaimanakah tindakan sepatutnya yang boleh diambil bagi memastikan semua pihak dapat memberi kerjasama terhadap aktiviti latihan kebakaran yang dijalankan?
B9. Apakah faktor yang mempengaruhi kesedaran pengguna terhadap penggunaan peralatan pencegahan kebakaran?
B10. Bagaimanakah cara terbaik bagi mewujudkan kesedaran dalam diri penghuni bangunan tentang menyediakan alat pemadam api di kediaman mereka sendiri?
08BFM16F3006
87
LAMPIRAN
Lampiran 3 : Data SPSS
08BFM16F3006
88
08BFM16F3006
89
08BFM16F3006
90
08BFM16F3006
91
08BFM16F3006
92
08BFM16F3006
93
08BFM16F3006
94
08BFM16F3006
95
top related