kajian pendekatan komunikatif
Post on 14-Jun-2015
1.914 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
1.0 DEFINISI PENGAJARAN
Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleg guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik
dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk
belajar demi memperolehi ilmu dan kemahiran.
1.1PENDEKATAN PENGAJARAN.
Mengikut Kamus Dewan(1988), pendekatan adalah cara atau langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah.
Dalam konteks pendidikan, ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya objektif
pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.
Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkait dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta mempunyai unsure
aksiomatik. Dalam konteks pendidikan, ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya
objektif palajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.
MangantarSimanjuntak (1982) berpendapat, pendekatan ialah satu rencana (prosedur)
menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya
mestilah berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Secara umumnya pendekatan
terbahagi kepada empat, iaitu Pendekatan Deduktif, Induktif, Elektif dan Komunikatif.
| Error! No text of specified style in document. 1
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
1.2 PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an. Ahli linguistic
berpendapat bahasa ialah satu system terbuka dan dinamik serta digunakan dalam
sesuatu masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Menurut Juriah
Long(1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli
linguistic terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa
sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja
kecekapan berbahasa, iaitu penguasaan system bahasa tetapi juga kecekapan
komunikatif.
Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang
menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang
tepat khusunya dari segi bahasa. Penganjur-penganjur pendekatan komunikatif
berpendapat bahawa penguasaan bahasa merupakan penguasaan rumus-rumus
tatabahasa dan penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks
wacana lisan dan penulisan. Strategi pengajaran bahasa berasakan proses perolehan
bahasa ibunda kanak-kanak.Hal yang demikian, selaras dengan tujuan seseorang kanak-
kanak menguasai bahasa ibunda iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya.
Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat
dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin
Husin :1998:38-40).
| Error! No text of specified style in document. 2
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
1.3 Ciri- ciri pendekatan komunikatif.
Disusun mengikut komunikasi, contoh melapor, meminta, menjemput dan lain-
lain.
Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid untuk membolehkan
mereka berkomunikasi dalam bilik darjah atau dipraktikkan dan diamalkan dalam
kehidupan sebenar dengan lebih berkesan. Struktur bahasa yang diajarkan seharusnya
bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari. Murid sepatutnya mempunyai
pengetahuan tentang penggunaan bahasa untuk membolehkan murid membina struktur
ayat yang betul. Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum
tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
2.0 PERBANDINGAN ANTARA PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK.
2.1 Konsep Pendekatan
Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan
pengajaran seseorang guru dengan seseorang yang lain. Mengikut Kamus
Dewan(1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang ambil bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalan konteks pendidikan, konsep
pendekatan bermakma cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang
ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepada
cara bagaimana mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif.
Kamarudin Husin (1996), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang
saling berkaitan, yang mencerminkan satu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan
| Error! No text of specified style in document. 3
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata
pelajaran diolah oleh guru dan ditentukan oleh criteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Kamarudin Husin (2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran
dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk
pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah
atau teori.
Menurut Edward M.Anthony(1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling
berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik.
Gestalt (2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu
perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen
perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka dijadikan
sebagai atau pendekatan dan pengajaran.
2.3 KONSEP KAEDAH
Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dengan berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih.
Dari perspektif pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ialah cara atau peraturan
yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan
| Error! No text of specified style in document. 4
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
sistematik. Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka pendek. Dalam erti kata lain, kaedah
mengajar ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang
tersusun.Antara kaedah yang boleh digunakan ialah:
1 Kaedah Terus
Dalam pengajaran bahasa Melayu ini kaedah ini dianggap sesuai kerana kaedah ini
mengutamakan bahasa lisan dan mengutamakan sebutan. Dalam rancangan pengajaran Bahasa
Melayu Tahun Tiga ini, kaedah terus membolehkan murid-murid mempelajari bahasa dengan
cara mendengar perbualan dan melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Murid digalakkan
memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaannya. Selain itu
murid juga dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi supaya
murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Mereka terlibat secara aktif dalam
pertuturan dan dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu
di luar bilik darjah.
2 .Kaedah Fonetik
Kaedah fonetik pula digunakan dalam pengajaran ini supaya murid dapat menghafaz rumus-
rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan melalui aktiviti bacaan
mekanis. Sehubungan itu, guru melaksanakan latih tubi unsur-unsur bahasa supaya aktiviti
bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum membaca bahan bacaan seperti dialog.
Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan
menggunakan sebutan yang baik.
3. Kaedah Komunikatif
| Error! No text of specified style in document. 5
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
Kaedah Komunikatif digunakan dalam pengajaran ini melalui aktiviti interaksi bahasa
dalam kalangan murid. Dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini
juga membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai
kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang
sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.
4. Kaedah Oral –Aural ( Dengar –Tutur )
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti
secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Murid akan mendengar dengan teliti
apa yang disampaikan. Manakala latih tubi dan dialog dijalankan dengan memberi perhatian
kepada intonasinya yang betul. Murid pula sentiasa memberi perhatian sepenuhnya dengan
mendengar cerita dan soalan yang dikemukakan.
Latih tubi boleh dijalankan dengan menggunakan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan
menyebut dan membaca bahan dikawal dan disediakan dengan sistematik. Sistem tatabahasa
yang diberi kepada murid diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang
teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya
dalam konteks yang bermakna. Setelah murid menguasai bacaan, murid diberi pula latihan
dengan aktiviti menulis secara terkawal sebelum memulakan penulisan bebas.
Dalam kaedah ini objektif pengajaran bahasa Melayu ini lebih mengutamakan
kemahiran mendengar dan bertutur. Oleh itu murid ditekankan kepada aspek mendengar dan
kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
| Error! No text of specified style in document. 6
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi
yang betul.
5 Kaedah Semulajadi
Hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang
berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak
langsung digunakan.
6 Kaedah Linguistik
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk
mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran
kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut
pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).
2.5 KONSEP TEKNIK
Kamus Dewan edisi ketiga menyatakan teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Teknik menurut Edward M. Anthony pula ialah satu muslihat atau strategi atau taktik
yang digunakan oleh guru bagi mencapai hasil segara dan maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu.
| Error! No text of specified style in document. 7
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
Kamaruddin B. Hj. Husin dan Siti Hajar B. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi
yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu
objektif.
Di bawah konteks pengajaran bahasa, teknik ditakrifkan sebagai kemahiran atau
kecekapan guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2.5.1 PRINSIP TEKNIK
• Bahasa sasaran adalah alat yang digunakan untuk komunikasi bilik darjah dan bukan
semata-mata sebagai objek untuk dipelajari
• Sesuatu fungsi komunikasi boleh memiliki pelbagai entuk linguistik
• Sesuatu fungsi komunikasi boleh memiliki pelbagai entuk linguistik
• Pelajar seharusnya diberi peluang untuk meluahkan idea dan pendapat mereka
• Satu daripada tangungjawab guru aalah meyediakan situasi pembelajaran yang
menggalakkan komunikasi
2.5.2JENIS-JENISTEKNIK
Teknik mengajar yang dimaksudkan sebagai alat atau cara yang digunakan untuk
mengajar sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah beberapa teknik-teknik mengajar iaitu teknik
bercerita ,teknik bersyarah, teknik berbincang, teknik menghafaz dan latih tubi,teknik
penyelesaian masalah,teknik brainstorming,teknik tunjuk ajar,teknik main peranan,teknik
bersoal jawab,teknik imlak,teknik kloz, teknik drama,teknik perbualan dan teknik kuiz.Teknik
| Error! No text of specified style in document. 8
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif dan dirangka untuk satu jangka
masa yang panjang. Teknik harus selaras dengan kaedah yang digunakan. Berikut adalah
beberapa huraian teknik pengajaran bahasa.
1Teknikbercerita
Teknik bercerita adalah salah satu cara untuk merangsang proses pemgajaran dan
pembelajaran. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid. Murid-murid di sekolah amat
gemar mendengar cerita. Walaupun masih kecil, apa yang diceritakan dapat segera difahami
sekali gus memahami maksud cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai
alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek bahasa yang hendakyang
hendak disampaikan itu lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.
2.Teknik Bersyarah
Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip-
prinsip oleh guru secara lisan. Namun teknik ini mendapat tentangan kerana dikatakan
menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak mengambil bahagian dengan cergas. Interaksi satu
hala biasanya berlaku dan tidak dapat melibatkan murid dalam aktiviti. Guru hendaklah
menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang
tercetak di dalam teks itu.
Antara kelebihan teknik ini adalah guru dapat menjimatkan masa, kerana segala idea dan
pengalaman guru boleh dikemukakan sekaligus. Namun sekiranya guru tersbut kurang mahir
dalam menyampaikan pengajaran melalui teknik ini, hal ini akan menambahkan kesusahan dan
| Error! No text of specified style in document. 9
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
merumitkan murid. Guru haruslah memastikan murid memahami isi pengajaran dari segi
konsep, perkara asas dan isi utama yang telah dikuliahkan. Guru juga haruslah menyediakan
dan memberikan kepada murid rangka kuliah sebaga panduan kepada mereka.
3.Teknik Berbincang
Perbincangan adalah satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan komunikasi
yang dilakukan oleh murid dan diseliakan oleh guru. Murid mestilah berperanan aktifdalam
menyatakan pandangan akan sesuatu topik atau perkara yang telah diberi. Melalui teknik ni
murid berpeluang untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan
baik.Penglibatan murid yang menggalakkan akan memberikan mereka keyakinan untuk lebih
cergas, berani dan tegas.
4.Teknik tunjuk cara
Teknik ini disebut teknik demonstrasi. Ia melibatkan cara pengajaran yang mendedahkan
murid kepada langkah-langkah,prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu.
Dalam pengajaran bahasa, teknik ini boleh digunakan dalam pengajaran yang memerlukan
murid bertutur dengan menggunakan ayat yang betul dan sempurna. Dalam aktiviti lisan,guru
boleh meminta murid-murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih , menunggang
basikal dan sebagainya.
| Error! No text of specified style in document. 10
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
5. Teknik soal jawab
Teknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas
sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang
diajar.
6.Teknik Penyelesaian Masalah
Teknik ini ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Dewey
(1993:105) telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini iaitu, kenal pasti
masalah, penentuan masalah, cadangan penyelesaian , penelitian penyelesaian atau
jawapaandan pemeriksaan kumpulan
7. Teknik main peranan
Teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan
dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Pengalaman secara spontan.
8. Teknik latih tubi
Pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya.
9. Teknik permainan bahasa
| Error! No text of specified style in document. 11
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
Guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada
pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.
10.Teknik brainstorming
Teknik yang berbentuk perbincangan . Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan
aktif untuk menghuraikan pendapatnya.
3.0 PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DIGUNAKAN DALAM PDP.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4
BAHASA MALAYSIA
HARI : ISNIN
MASA : 10.00-11.00
TAHUN : 4 EFISIEN
TEMA : KELUARGA BAHAGIA
TAJUK PELAJARAN:
BILANGAN MURID : 42 ORANG
FOKUS UTAMA
1.1 Aras 1(i) : Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca
:Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
FOKUS SAMPINGAN
| Error! No text of specified style in document. 12
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
8.1 Aras 1(ii) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
1) Murid dapat membaca dengan lancar2) Murid pernah mendengar kata panggilan ganti diri di rumah.
OBJEKTIF EKSPLISIT
Pada akhir pelajaran murid dapat :
1) Menyebut dan menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 daripada 7 kata panggilan kata ganti diri.
2) Dapat membina sebahagian karangan diolog yang lengkap.
SISTEM BAHASA
1) Tatabahasa : Kata ganti diri2) Kosa Kata : bahagia, gembira, diasuh, ikhlas
PENGISIAN KURIKULUM
1) Ilmu : Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup dan Sains2) Nilai Murni : Berhati-hati ,berhemah, bekerjasama, semangat
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
1) Teori kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, muzik
2)Kemahiran Berfikir : Menyusun atar, mengenalpasti, idea utama dan idea sokongan.
3) Belajar Cara Belajar : Penilaian secara berkumpulan.
4) Pembelajarn kontekstual : mengaitkan panggilan kata ganti diri di rumah dengan pengalaman sedia ada murid
| Error! No text of specified style in document. 13
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
5)Kajian Masa Depan :
BAHAN SUMBER
1) Slaid gambar2) LCD projector & Laptop3) Kad imbasan
LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi Slide gambar keluarga
Contoh soalan:1) Apakah yang anda
lihat dalam slaid?2) Siapakah yang
anda lihat dalam gambar tersebut?-ayah, ibu, kakak, abang, adik, nenek dan datuk
-Guru bersoal jawab dengan murid tentang sliad yang ditunjukkan kepada murid.
-Murid berdialog dengan guru tentang paparan klip video yang ditunjukkan.
-guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.
-guru menunjukkan kad imbasan kata ganti diri
TKP-verbal linguistic
-interpersonal
StrategiBerpusatkan murid
BSMKlip video
LCD & laptopPenilaian HP3.1 Aras 2(i)
| Error! No text of specified style in document. 14
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
Tayangan memperdengarkan dialogtentang keluarga
-guru memperdengarkan diolag dalam keluarga.
-guru mengarahkan murid untuk mencatatkan kata ganti diri yang digunakan dalam diaog tersebut.
Kemahiran BerfikirMenjana idea
TKPIntrapersonal
ILMUPendidikan Moral
NILAIBerhemahBerhati-hatiBekerjasama
Penilaian HPFU:5.1 Aras (i)
Lakonan Main Peranan
Guru bahagikan murid kepada 5 kumpulan
-Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk berbincang untuk agihkan watak seperti dalam dialog yang didengar.
-Murid-murid berbincang dalam kumpulan untukmembahagikan peranan masing-masing berdasarkan catatan yang telah dibuat.
Dalam kumpulan masing-masing murid melakonkan watak-watak-Pencerita-Penunjukcara
-Setiap kumpulan perlu membuat persembahan di depan kelas.
StrategiPerbincanganKumpulan
TKPInterpersonalKinestatik
NIlai MurniMembantuTeliti
Penilaian HPFS1.1 Aras 1(i)
| Error! No text of specified style in document. 15
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
Pengayaan
Membuat karangan berformat dialog(Tajuk keluarga bahagia)
Pemulihan
Murid yang lemah membina ayat mudah berdasarkan kata ganti diri yang diberikan
-guru menunjukkan jenis karangan dialog
-murid berbincang tentang penghuraian/pengembangan isi pelajaran.
Pemulihan-Guru membimbing murid pemulihan membuat ayat kata ganti diri .
-Murid pemulihan menyalinformat dan rangka karangan yang telah dibincangkan.
TKP-verbal linguistikIntrapersonal
Sistem bahasaTatabahasa
Kemahiran BerfikirMenjana idea
BSMKad gambarKad Kata Kerja
Penilaian HPFS:8.1 Aras (i)
Penutup
Kita mestilah sayang keluarga.
Kita hendaklah menggunakan kata ganti diri yang sesuai dalam perbualan dengan anggota keluarga dan bersesuaian dengan tempat atau situasi.
-Murid membuat rumusan
-Guru menekankan betapa pentingnya kita sayangkan keluarga kita..
Kecerdasan pelbagai-intrapersonalVerbal linguistic
Nilai MurniKasih sayang
PENDEKATAN ,KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN.
PENDEKATAN 1.Komunikatif
KAEDAH 1.Kaedah Terus,
| Error! No text of specified style in document. 16
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
2.Kaedah Komunikatif
3.Kaedah Oura-Aural
TEKNIK 1.Bersoaljawab,
2.Perbincangan
3.Main Peranan.
PENDEKATAN KOMUNIKATIF
KAEDAH TEKNIK
Secara umum, pendekatan ini memberi fokus khusus kepada murid .
Murid-murid digalakkan menyampaian idea secara lisan.
Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid untuk belajar.
Pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi.
Kaedah Terus
Kaedah Terus ini dianggap sesuai kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan dan mengutamakan sebutan. Dalam rancangan pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat ini, kaedah terus membolehkan murid-murid mempelajari bahasa dengan cara mendengar perbualan dan melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaannya. Selain itu murid juga dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi supaya murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Mereka terlibat secara aktif dalam pertuturan dan dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.
Teknik Bersoaljawab
Teknik Bersoaljawab adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang diajar
Contohnya dalam pengajaran yang dibuat teknik ini digunakan dalam set induksi di mana guru bersoaljawab dengan murid untuk bertanya tentang slaid yang telah ditunjukkan.
| Error! No text of specified style in document. 17
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
Contonya kaedah ini telah digunakan dalam langkah ke 2 dalam pengajaran di mana murid dikehendaki melakukan aktiviti main peranan dengan melakonkan dialog yang diberikan di hadapan kelas dalam kumpulan.
KAEDAH KOMUNIKATIF
Kaedah Komunikatif digunakan dalam pengajaran ini melalui aktiviti interaksi bahasa dalam kalangan
murid. Dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini juga membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.
Contohnya murid berbincang dalam kumpulan untuk menetapkan watak yang diberikan oleh guru.
TEKNIK BERBINCANG
Teknik berbincang Ialah pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia
dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guruContohnya seperti dalam aktiviti main peranan di mana sebelum melakonkan dialog yang diberikan oleh guru murid terlebih dahulu berbincang dalam kumpulan untuk menentukan watak yang diberikan dengan kawalan daripada guru.
KAEDAH ORAL-AURAL
Kaedah oral-aural ialah mendengar dan kemudiannya bertutur. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul
TEKNIK MAIN PERANAN
Teknik main peranan yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. pengalaman secara spontan.
| Error! No text of specified style in document. 18
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
Contohnya dalam PdP guru telah memperdengarkan diolag keluarga kepada murid kemudian murid melakonkan semula dengan aktiviti main peranan.
Contohnya dalam PdP murid melakukan aktiviti main peranan dalam langkah yang ke 2 di mana murid melakonkan cerita berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kata ganti diri yang betul.
4.0 Refleksi keberkesanan dalam pengajaran .
Semasa menjalankan makro teaching kami telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan
kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah kami dapat mengawal kelas dengan
baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagi mengelakkan
sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini. Persediaan awal adalah
sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik,
mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan
kemas dan teratur. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai dapat menarik minat murid dan
dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Pada masa sesi induksi dapat meningkatkan motivasi
murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Ini dapat dibuktikan melalui
kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh guru. Kami dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran
yang diadakan. Kami juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik
yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk
menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran kami dapat
menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran
| Error! No text of specified style in document. 19
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang
penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti
dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh
guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru
menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam
menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam
memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru.
Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi
pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard
dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian
yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya
melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid
yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini ialah bagi murid
yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan di mana mereka tidak dapat
berkomunikasi dengan baik.. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi
dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua
belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah
tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanya
guru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid.
Selain itu kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan.
Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
| Error! No text of specified style in document. 20
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
baik dan lancar. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan
hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah.
Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan
turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun,
masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
5.0 KESIMPULAN
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita
perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan
yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada
kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan
strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan
semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-
rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta
latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi
berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran
yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik
sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk
strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu
| Error! No text of specified style in document. 21
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting
adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran
menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran
yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang
paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum
| Error! No text of specified style in document. 22
top related