kajian bahasa slanga dalam filem (sem 3 -2013)

Post on 10-Jun-2015

3.658 Views

Category:

Education

13 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Ini merupakan hasil kajian berkumpulan.

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)BAHASA MELAYU

PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DALAM

INDUSTRI PERFILEMAN TEMPATAN

NAMA AHLI KUMPULAN

PENGENALAN Latar belakang

Bahasa slanga bermaksud bahasa yang digunakan oleh satu kelompok manusia dan hanya kelompok berkenaan sahaja yang memahaminya. Bahasa slanga merupakan satu trend komunikasi yang popular kerana ia melibatkan golongan remaja dan dewasa dalam pelbagai konteks komunikasi tidak formal. Penggunaannya, tidak terhad kepada komunikasi ‘verbal’ tetapi juga melibatkan ‘non-verbal’ seperti yang terdapat dalam khidmat pesanan ringkas (sms) dan laman sosial. Kajian ini menekankan penggunaan bahasa slanga dalam industri perfileman negara kita.

Definisi Konsep Menurut Fischer (1996) Slanga ini muncul pada abad ke-18 secara etimologi dan berasal dari kata slang yang membawa kepada ketidaktentuan yang dikaitkan dengan bahasa pengemis dan anak jalanan.

Menurut Nik Safiah Karim (1994) Bahasa slanga tergolong dalam bahasa yang terhad. Terhad dari segi jumlah penutur, peranan atau fungsinya dan inventori bahasa itu sendiri.

OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti penggunaan bahasa slanga dalam filem-filem Melayu.

Menjelaskan maksud perkataan bahasa slanga dalam Bahasa Melayu baku.

Menambah pendokumentasian tentang penggunaan bahasa.

Memperlihatkan penggunaan bahasa slanga yang dipertuturkan secara meluas dalam industri perfileman tempatan.

Memperlihatkan perbezaan bahasa slanga dengan bahasa Melayu baku.

KEPENTINGAN KAJIAN

SKOP KAJIAN Berfokus kepada bahasa slanga iaitu salah satu variasi bahasa yang wujud. Aspek yang diberi penekanan ialah penggunaan bahasa slanga dalam filem-filem Melayu serta menjelaskan maksud perkataan tersebut. Slanga ialah sejenis variasi bahasa yang tidak rasmi sifatnya yang digunakan oleh kelompok-kelompok kecil tertentu. Fungsi bahasa ini adalah untuk menunjukkan jati diri bagi sesuatu kumpulan atau untuk memberi kesan yang lebih atau menunjukkan keadaan yang jelas tidak formal.

BATASAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan terhadap filem genre aksi dan aksi komedi. Setiap perkataan slanga yang dipertuturkan oleh pelakon akan dicatat dalam proses untuk memperoleh dan mengumpul data mengenai penggunaan bahasa slanga dalam filem.

KAEDAH KAJIAN

Mendapatkan data

Mengumpulkan data

Menganalisis data

Kajian kepustakaan

Kajian korpus

Definisi bahasa slanga. Tahap perkembangan bahasa slanga yang digunakan dalam industri perfileman tempatan Langkah bagi mengawal penggunaan bahasa slanga dalam kalangan masyarakat.

Kerja pengumpulan maklumat melalui filem yang dipilih.

DAPATAN KAJIAN

7.1 BAHASA SLANGA DALAM FILEM-FILEM MELAYU

FILEM: TaikunARAHAN: Ismail Bob Hasim

SKRIP BAHASA SLANGA

“Tai ada masyuk ke hari ni?” Masyuk

“banyak langsi ma” Langsi

“apasal semua gangster kena cakap wa lu wa lu aa?” Gangster

“kasi sailang ma” Sailang

“kawan sailang pada yang pailang” Pailang

“hui bukan main bangkai lagi mulut kau…” Bangkai

“…orang panggil brader brader brader tapi brader cikai pokai buat apa…” Brader , pokai

“…sampai nak hisap rokok pun kena pow” Pow

“market cetak rompak memang geng kita punya” Geng

“tapi kalau kau boleh kautim harga dia tu, balance kau sapu” Kautim

“wa ingat lu dah kojol” Kojol

“jahanam! siapa nak buka mulut hah” Jahanam

“siapa lagi yang menyalak kalau bukan sarip” Menyalak

“sakit do” Sakit do

“budak-budak ni aku dah pegang” Pegang

Wei kalau kulit awek aku tu koyak sikit je…” Awek

Filem: KL GangsterArahan: Syamsul Yusof

SKRIP BAHASA SLANGA

“Hei langau, betul banyak pailang nampak” Langau , Pailang

“Sampai tempat aku kau nak langgar” Langgar

“Shark? Barua tu…” Barua

“Aku kalau cite pasal dia terus panas der” Panas der

“Dia nak jadi taiko nak jadi apa ke asalkan dia bahagia sudah” Taiko

“Dia sendiri bikin bangsat sama dia punya ‘customer’” Bangsat

“Confirm la duit Dragoon kau sebat ni” Sebat

“Dah berapa banyak duit Dragon kita songlap?” Songlap

“Hei Shark! lu rembat Malek, gua rembat lu” Rembat

“Banyak kasi chance sama orang, amacam orang mau goyang?” Goyang

Filem: Apa Celop ToqqArahan: Ahmad Idham

SKRIPBAHASA SLANGA

“eheh…Maksyor ada lagi kat sini” Maksyor

“kasi tembak sama dia” Kasi

“ini malam aku tapau mamat syor ni” Tapau, syor

“itu pendek sudah bikin wayang la dia” Bikin

“hello dude” Dude

“kalau editor tahu, masak aku” Masak

“”ngko punya swei dah melekat kat aku” Swei

Filem: Remp-ItArahan: Ahmad Idham

SKRIPBAHASA SLANGA

“takkan sikit ni ja bai” Bai

“…poyo la lu ni” Poyo

“kecoh la lu beb” Beb , lu

“Ya Allah, dia keluar dengan mat rempit…” Mat rempit

“ish…maknanya anak dia tu bohsia la…” Bohsia

“wei apa barang balak duduk belakang ni wei” Balak

“oii kau tak payah jadi mat rempit la jadi mat jambu lagi baiklah…” Mat jambu

“…takut nanti itu motor barai arr…” Barai

“ok nanti aku bagi tau Spark…chow…” Chow

“aku nak repeat balik pasal lahanat-lahanat tu dah bakar motor aku…” Lahanat

BAHASA SLANGA MAKSUD

Masyuk Banyak duit masuk

Langsi Bising, bunyi yang halus nyaring

Gangster Penjahat

Sailang (tidak diketahui)

Pailang Budak jahat

Bangkai Mulut busuk, binatang sudah mati

Brader Abang

Pokai Tidak ada wang, sudah kehabisan wang

Pow Perbuatan membuli

Geng Kumpulan pekerja, penjenayah

Kautim Pujuk, sangat rapat

Kojol Mati, kaku

Jahanam Orang jahat, rosak, neraka

Menyalak Marah

Sakit do (tidak diketahui)

Pegang Berkuasa

Awek Gadis, teman wanita

7.2 Maksud Perkataan Bahasa Slanga dalam Bahasa Melayu Baku

TAIKUN

BAHASA SLANGA MAKSUD

Langau Sejenis lalat bewarna hijau, orang suka buat bising

Pailang Budak jahat

Langgar Kacau

BaruaKata makian, orang perantaraan yang digunakan untuk kerjakan sesuatu

pekerjaan jahat

Panas der Sakit hati

Taiko Penyakit kusta, ketua gangster

Bangsat Orang jahat

Sebat Pukul, hukum, ambil sesuatu tanpa kebenaran

Songlap Curi

Rembat Sepakan, tendangan, mencuri

Goyang Takut, bergerak

KL Gangster

APA CELOP TOQQ

BAHASA SLANGA MAKSUD

Maksyor (tidak diketahui)

Kasi Bagi

Tapau Bungkusan makanan

Syor Cadangan, anjuran nasihat

Bikin Menjadikan

Dude Lelaki yang gemar melaram

Masak Menunjukkan rasa takut seseorang

Swei Malang

BAHASA SLANGA MAKSUD

Bai Panggilan kepada orang Benggali

Poyo Membangga diri

Beb (Kata Ganti Diri)

Lu Awak

Mat rempit Gelaran untuk sekumpulan lelaki bermotor

BohsiaGelaran remaja perempuan yang suka berpeleseran, berfoya-foya, melepak dan sering terlibat dalam

maksiat

Balak Lelaki,teman lelaki

Mat jambu Sifat lelaki lembut

Barai Siput air tawar, jatuh bertaburan, buruk atau hancur

Chow Pergi

Lahanat Kurang ajar, manusia yang keji

REMP-IT

RUMUSAN KAJIAN

Dapat dibuktikan bahawa terdapat banyak penggunaan bahasa slanga yang wujud dalam filem-filem melayu masa ini.

Antara filem-filem yang dipilih adalah seperti Taikun arahan Ismail Bob Hasim, Remp-It dan Apa Celop Toqq di bawah arahan Ahmad Idham serta KL Gangster arahan Syamsul Yusof.

Melalui filem-filem ini terdapat pelbagai penggunaan bahasa slanga yang diperolehi seperti perkataan pailang yang membawa maksud budak jahat, perkataan poyo yang bermaksud membangga diri, perkataan bikin yang bermaksud menjadikan dan perkataan bangsat yang membawa maksud orang jahat.

PENUTUP

Kajian ini telah memaparkan salah satu tahap variasi bahasa dalam pembikinan filem-filem melayu di Malaysia masa ini.

Huraian keseluruhan mendapati bahawa penggunaan bahasa slanga juga perlu dalam pembikinan filem-filem Melayu terutama filem bergenre aksi supaya penonton lebih memahami penyampaian filem tersebut.

Oleh itu, disarankan bahawa pihak perfileman seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) perlu mengurangkan pembikinan filem-filem Melayu yang boleh menjejaskan penggunaan bahasa Melayu asli.

Tindakan ini juga adalah penting agar penggunaan bahasa Melayu yang asli masih dapat diguna pakai oleh generasi akan datang.

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related