kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan

Post on 23-Jan-2018

1.898 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

“Komunikasi merupakan satu

proses perpindahan maklumat,

perasaan, idea, dan fikiran

seseorang individu kepada individu

atau sekumpulan individu yang lain"

Paralinguistik ialah bahasa gerak

geri.

Ia adalah istilah yang luas untuk

pelbagai bentuk komunikasi yang

menggunakan gerak badan atau

gerak isyarat sebagai ganti ataupun

sebagai pelengkap untuk bahasa

lisan dan bentuk komunikasi lain.

Ia merupakan satu kategori

paralinguistik yang merangkumi

segala komunikasi manusia yang

bukan bahasa.

Istilah ini sering digunakan untuk

bahasa gerak-geri yang dianggap

sebagai luar kawal voluntari merujuk

kepada pergerakan, gerak isyarat dan

lagak yang dibuat dengan sengaja.

(bersenyum, bergerak tangan,

mengajuk tindakan).

Ia juga dikaitkan kepada pelbagai

jenis komunikasi tanpa bunyi,

seperti gerak isyarat yang formal

(umpamanya, oleh pengarah filem).

Air muka sering merupakan bentuk

bahasa gerak-geri serta cara untuk

mengesan perasaan seseorang.

Komunikasi sangat berkait rapat

dengan paralinguistik.

Ia menunjukkan bahawa untuk

berkomunikasi,kita tidak semestinya

menggunakan bahasa.

Paralinguistik juga boleh dijadikan

pengukuh dalam sesuatu komunikasi.

paralinguistik mungkin lebih mustahak

dalam komunikasi kumpulan bila

dibandingkan dengan komunikasi satu

dengan satu.

Menunjukkan tapak tangan kepada

para pendengar mungkin merupakan

sikap terus-terang dan kejujuran,

mankala menyembunyikan tapak

tangan mungkin membawa makna

tipuan.

Mengalihkan kaki atau lutut ke arah

orang yang lain mungkin menunjukkan

minat kepada orang tersebut ataupun

penerimaan.

Mengalihkan badan dari arah orang

yang sedang bercakap mungkin

bermakna anda tidak minat berbual

dengan orang itu tetapi lebih minat

berbual dengan orang yang badan

anda menghadapi.

Kesenyapan sering merupakan satu

bentuk paralinguistik yang

mempunyai pelbagai tafsiran yang

biasanya, bergantung kepada

individu.

Satu tafsiran yang merangkumi

kesenyapan serta memandang

lantai ataupun mengelakkan

hubungan mata, biasanya

menunjukkan bahawa orang itu

sedang memikirkan masalah yang

menjejaskannya secara emosi.

Mengalihkan badan dari arah orang

yang sedang bercakap mungkin

bermakna anda tidak minat berbual

dengan orang itu tetapi lebih minat

berbual dengan orang yang badan

anda menghadapi.

Untuk mengajar murid-murid

untuk memberikan tekanan

apabila menyebut ayat atau

perkataan pada bahagian-

bahagian tertentu.

Kebiasaannya, tekanan akan

diberikan pada suku kata.

TUJUAN:

Untuk menandakan keras

atau lembut sesuatu

perkataan.

Mora dalam bahasa Melayu tidak

terlalu ketara dalam

penggunaannya kerana ia tidak

akan mengubah maksud sesuatu

perkataan itu.

Berbeza dengan bahasa Arab, mora

atau lebih dikenali sebagai harakat

adalah penting kerana ia akan

menentukan maksudnya jika dibaca

panjang atau pendek.

TUJUAN:

Menentukan kadar sesuatu bunyi

itu sama ada disebut secara

panjang atau pendek.

Contoh: sebutan perkataan dalam

Bahasa Inggeris

Membawa makna yang

berbeza apabila ia digunakan.

Merupakan

hentian sementara.

TUJUAN:

Memisahkan unsur-unsur

linguistik seperti rangkai

kata, perkataan dan ayat.

Contoh: Pantun

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung

tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Berpandukan kepada jenis-

jenis ayat yang ingin digunakan.

Merupakan keadaan bunyi

yang menaik atau menurun

sewaktu ia dilafazkan.

TUJUAN:

Digunakan secara berbeza-beza.

Contohnya, dalam ayat tanya

selalunya mempunyai intonasi

yang menarik di akhir ayat.

Manakala ayat seru pula

mempunyai intonasi yang

menaik pada akhir ayat.

Boleh dibunyikan dalam

keadaan mendatar.

Contoh:

Penggunaan intonasi yang

berbeza dalam deklamasi

sajak.

Digunakan dalam konteks, suasana,

dan situasi yang berlainan.

TUJUAN:

Memupuk cara murid-murid

menggunakan bahasa dalam

berkomunikasi secara berkesan.

Contoh:

Laras bahasa agama,

ekonomi, sains, dan istana.

Kelancaran

Kefasihan

Pergerakan Tubuh

Bahasa Isyarat

Kelancaran berkomunikasi

bermaksud berupaya bertutur

dengan lancar tanpa sebarang

masalah dalam sesuatu bahasa.

Lazimnya, seorang penutur

mampu bertutur dengan fasih

dalam bahasa pertamanya

berbanding bahasa kedua.

Apabila seseorang itu lancar

berbahasa, komunikasi yang

berlangsung akan berjalan

dengan baik.

Hal ini kerana, perpindahan

maklumat daripada pihak

penyampai (penutur pertama)

kepada pihak penerima (penutur

kedua) tidak mengalami sebarang

gangguan.

Lazimnya, seorang penutur boleh

berkomunikasi dalam satu bahasa

sahaja dengan fasih.

Pengaruh bahasa ibunda

memainkan peranan penting dalam

kefasihan seseorang penutur dalam

sesuatu bahasa.

Kefasihan dalam berkomunikasi

dalam sesuatu bahasa

bermaksud seseorang itu bukan

sahaja lancar dalam menuturkan

bahasa berkenaan tetapi

mempunyai sebutan yang betul

seperti penutur jati.

Contohnya, bahasa Inggeris yang

dituturkan oleh orang Melayu

mungkin agak sukar difahami oleh

golongan penutur jati bahasa

Inggeris di Amerika atau Britain .

Hal ini kerana, pertuturan tersebut

dipengaruhi oleh slanga dan pelat

bahasa ibunda (Bahasa Melayu).

Pergerakan tubuh juga merujuk

kepada bahasa tubuh.

Bahasa tubuh merupakan proses

pertukaran maklumat dan idea

dalam bentuk pandangan mata,

sentuhan, diam, serta postur dan

gerakan tubuh.

Bahasa tubuh adalah seperti

menggelengkan dan

menganggukkan kepala,

peluk tubuh dan sebagainya.

Pergerakan tubuh/bahasa

tubuh memainkan peranan

penting dalam sesuatu

komunikasi.

Bahasa tubuh juga menjadi

salah satu alat komunikasi

manusia dalam keadaan dan

situasi tertentu.

Contohnya, seseorang yang

berada dalam keadaan marah

atau tidak mahu mendengar

nasihat akan memeluk

tubuhnya.

Bahasa isyarat mempunyai

sedikit persamaan dengan

bahasa tubuh.

Namun, bahasa isyarat lebih

berfokuskan kepada pola

pergerakan tangan dan jari serta

ekspresi wajah.

Contohnya, bahasa isyarat yang

diguna pakai oleh orang pekak

dan bisu.

Setiap pergerakan tangan dan jari

dalam bahasa isyarat mereka

mempunyai maksud yang

tersendiri.

Saya sayang ayah.

SAYA

SAYANG

AYAH

Komunikasi sememangnya

mempunyai perkaitan dengan

aspek paralinguistik, linguistik

dan paralinguistik.

Keberkesanan sesuatu

komunikasi itu dipengaruhi oleh

kebolehan penutur dalam sesuatu

bahasa yang digunakan dalam

komunikasi berkenaan.

Kebolehan penutur ialah

tahap pencapaian penutur

dalam aspek paralinguistik,

linguistik dan bukan

linguistik.

Kelemahan penutur dalam

salah satu aspek tersebut

boleh menganggu sesuatu

proses komunikasi yang

berlangsung.

top related