kaedah penyelesaian masalah
Post on 21-Jan-2017
416 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Kaedah Penyelesa
ian Masalah
Disediakan oleh:Nur Maizatul Akmal Binti Abd Malik
Tengku Anis Hanini Binti Tengku Ahmad Nordin
Pengenalan• Satu daripada proses kognitif dan pembelajaran yang dilakukan oleh organisma atau makhluk hidup.•Manusia menggunakan pemikiran dalam pelbagai bentuk tidak kira sama ada dalam bentuk yang baik ataupun buruk;• Salah satu fungsi pemikiran adalah untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan - (Mahmood Nazar Mohamed, 2004).
DEFINISI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Menurut Clarke dan Gillet (1997), masalah boleh didefinisikan sebagai
rintangan yang boleh menghalang seseorang daripada mencapai
matlamat yang diingini.
UMUM:Penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses, kaedah, langkah atau cara yang diambil oleh seseorang untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Pandangan Pakar-pakar Psikologi:• Menurut Ma’rof Redzuan dan Haslinda
Abdullah (2003), penyelesaian masalah adalah satu cubaan mencari atau satu cara yang sesuai dan berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat. • Azlena Zainal dan Munir Shuib (2004), pula
menerangkan bahawa penyelesaian masalah adalah meliputi usaha-usaha mecari jalan atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum ditemui.
Definisi
• Stravinsky (1948) (dlm. Cohen & Stemmer, 2007), menjelaskan bahawa penyelesaian masalah adalah proses yang melibatkan aktiviti kreatif oleh seseorang individu,
NAMUN..• Tidak semua penyelesaian masalah yang diambil
memerlukan kreativiti seseorang. • Hal ini disebabkan oleh anggapan bahawa bukan semua
manusia dilahirkan dengan kemahiran berfikir secara kreatif.• Hal ini dapat dibuktikan apabila manusia yang dilahirkan
tanpa fikiran kreatif juga mampu mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Contoh:Pelajar menghadapi masalah dalam mengurus masa untuk belajar ketika berada di universiti, jadi mereka akan cenderung menggunakan pengalaman-pengalaman lepas bagaimana mereka mengurus masa belajar ketika berada di sekolah menengah.
Cohen dan Stemmer (2007), berpendapat bahawa secara umumnya penyelesaian masalah bukan merupakan proses kreativiti, mereka menjelaskan bahawa penyelesaian masalah adalah sesuatu yang melibatkan kepada pengaplikasian peraturan yang dikenali sebagai ‘algoritma’ iaitu panduan penyelesaian masalah yang lebih sistematik.
model KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Model Kaedah Penyelesaian
Masalah•Mengenal pasti masalah•Mencari maklumat•Membuat hipotesis•Menguji hipotesis
•Menilai dan membuat rumusan
Langkah 1: Mengenal pasti masalah•Ulasan kasar mengenai sesuatu situasi•Mengenalpasti dan membincangkan mengenai punca-punca dan skop masalah.•Mengenalpasti sejauhmana masalah tersebut memberi kesan dan seberapa segera masalah tersebut mesti diselesaikan. • Bahan-bahan: peta minda, temu bual, membuat soal selidik.
Langkah 2: Mencari maklumat•Setelah masalah dikenalpasti, pengumpulan maklumat mengenai masalah yang dihadapi dimulakan. •Bahan-bahan: Penggunaan rajah rangka ikan untuk menyusun atur maklumat dan menganalisis punca masalah.
Langkah 3: Membuat hipotesis•Definisi Hipotesis • (hypo = sebelum; thesis = pernyataan, pendapat) • suatu pernyataan yang diungkapkan sebelum mengetahui kebenarannya. •mengemukakan pernyataan tentang harapan peneliti mengenai hubungan-hubungan antara variabel-variabel dalam persoalaan.•Merupakan suatu jangkaan atau persepsi awal terhadap sesuatu perkara.
Sebagai kesimpulan sementara daripada beberapa
masalah yang ada dan harus
dibuktikan kebenarannya. Suatu pernyataan
tentang hubungan antara dua variabel atau
lebih dalam penelitian
Suatu kerangka
untuk melaporkan kesimpulan penyelidikan
Suatu penjelasan sementara tentang gejala-gejala serta
memudahkan perluasan
pengetahuan dalam suatu bidang
Memberikan arah kepada
penelitian yang dapat diuji secara
empirik
Langkah 4: Menguji hipotesisSuatu hipotesis mestilah dapat diuji berdasarkan data empirikal, yakni
berdasarkan apa yang dapat diamati dan dapat diukur
Pengujian hipotesis mestilah tidak melibatkan sikap bias
atau melebihkan mana-mana pihak.
Peneliti perlu jujur dan tidak memanipulasikan
sesuatu data
Peneliti perlu menganggap proses pengujian sebagai usaha
untuk mencari kebenaran
Langkah 5: Menilai dan membuat rumusan
• Rumusan dan penilaian masalah akan memberikan gambaran yang jelas mengenai masalah yang terkandung di dalam sesuatu isu, sekaligus memberikan petunjuk dalam menyelesaikan masalah tersebut.• Perumusan masalah tersebut juga perlu disertai oleh penyajian
latar belakang penelitian.• Rumusan masalah harus menyatakan hubungan antara dua
variabel atau lebih.• Sesuatu perkara perlu dirumuskan dalam bentuk pertanyaan
atau pernyataan yang jelas.
kelebihan KAEDAH PENYELESAIAN
MASALAH
Kelebihan• Paling berkesan dalam meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan proses-proses sains.• Juga boleh diaplikasikan secara berkesan dalam subjek-subjek bukan sains. •Merupakan prosedur umum dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian dengan kadar segera. • Penyelesaian masalah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.
• Penglibatan aktif pelajar akan memberikan pengalaman bermakna yang mendorong mereka untuk menggunakan kaedah saintifik untuk menyelesaikan masalah pada masa akan datang.•Nilai tanggungjawab dan keaslian dipupuk. (Membantu Pembelajaran Akses Kendiri/ Bersifat individu)• Pelajar lebih menghargai hasil usaha dan pencapaian para saintis. •Melalui penguasaan kaedah saintifik, nilai berfikiran kritikal, berfikiran terbuka dan penilaian bijak boleh diterapkan.
• Pelajar juga belajar untuk menerima pendapat dan bukti-bukti yang dikongsikan oleh pelajar lain.
Aplikasi kaedah penyelesaian masalah dalam subjek p&P di sekolah- Sejarah- pendidikan seni visual- bisnes dan keusahawanan- bahasa inggeris- ekonomi rumah tangga
1. SejarahIsu/masalah : Mengapakah semangat patriotisme dalam diri pelajar semakin pudar?
1. Mengenal pasti masalah
• Semangat patriotisme dalam diri pelajar pada hari ini semakin pudar.
• Apakah punca yang menyebabkan berlakunya situasi tersebut?
2. Mencari maklumat • Menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat seperti sumber perpustakaan, temu bual, soal selidik dan pemerhatian.
3. Membuat hipotesis • Membuat kesimpulan awal berdasarkan segala maklumat yang diperoleh.
• Semangat patriotisme semakin pudar disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurang kesedaran, peranan media dan sebagainya.
4. Menguji hipotesis • Menguji sejauhmana faktor-faktor yang telah dikenalpasti tersebut mempengaruhi kurangnya semangat patriotisme dalam diri pelajar.
5. Membuat rumusan • Membuat penilaian akhir samaada benar atau tidak semangat patriotisme dalam diri pelajar berkurang disebabkan oleh perkara-perkara tersebut.
2. Pendidikan seni visualIsu/masalah : Apakah bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menggantikan warna kuning, hijau dan merah
1. Mengenal pasti masalah
• Apakah bahan semulajadi yang boleh menggantikan warna kuning, hijau dan merah?
2. Mencari maklumat
• Bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman seperti guru dan ibu bapa.
3. Membuat hipotesis
• Membuat kesimpulan awal bahawa beberapa bahan semulajadi boleh menghasilkan warna-warna tertentu.
• Kuning – kunyit• Hijau – daun pandan• Merah – bunga
4. Menguji hipotesis • Pelajar membuat uji kaji samaada betul atau tidak bahan-bahan semulajadi itu boleh menghasilkan warna-warna tersebut.
5. Membuat rumusan
• Pelajar mengetahui bahawa kunyit menghasilkan warna kuning, daun pandan menghasilkan warna hijau dan merah dapat dihasilkan menggunakan bunga.
3. BISNES DAN KEUSAHAWANANIsu/masalah: bagaimanakah cara untuk mempromosikan barang-barang jualan ?
1. Mengenal pasti masalah
• Strategi yang boleh digunakan untuk melariskan hasil jualan ?
2. Mencari maklumat • Meminta nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman seperti guru dan ibu bapa.
• Membuat penambahbaikan dari segi strategi dan kemahiran
3. Membuat hipotesis • Membuat kesimpulan awal tentang strategi yang paling sesuai digunakan untuk mempromosikan barangan jualan.
• Contoh : promosi melalui iklan4. Menguji hipotesis • Membuat uji kaji sama ada strategi tersebut dapat
menarik ramai pelangggan atau tidak.
5. Membuat rumusan • Membuat penilaian samaada bilangan pelanggan ramai atau tidak dan produk atau barangan mendapat sambutan.
4. Bahasa inggeris isu/masalah: bagaimanakah untuk memastikan pelajar dapat membezakan ‘nouns’ dan ‘verb’ dalam ayat ?
1. Mengenalpasti masalah
• Pelajar tidak dapat membezakan antara ‘noun’ dan ‘verb’ dalam sesuatu ayat.
• Pelajar tidak dapat menerangkan ciri-ciri ‘noun’ dan ‘verb’ dalam ayat.
2. Mencari maklumat • Guru mengumpul maklumat tentang kaedah terkini dan kreatif yang boleh digunakan untuk meningkatkan kefahaman pelajar.
• Tayangan video, flashcards dan sebagainya
3. Membuat hipotesis • Guru membuat kesimpulan awal bahawa teknik dan kaedah yang dipilih adalah yang terbaik.
4. Menguji hipotesis • Guru cuba untuk mengaplikasikan teknik dan kaedah tersebut di dalam kelas.
5. Membuat rumusan • Guru membuat penilaian samaada teknik yang digunakan efektif atau tidak.
rujukan
Rujukan
Azlena Zainal & Munir Shuib. (2004). Meningkatkan Potensi Minda. Bentong: PTS Publications & Distributors.
Budi Saputro. (2013). Pengertian, Fungsi, Ciri-ciri, Jenis-jenis, dan Pengujian Hipotesis. Retrieved from http://saputro64.blogspot.my/2013/04/pengertian-fungsi-ciri-ciri-jenis-jenis_4796.html
Clarke, V., & Gillet, S. (1997). Psychology for VCE. (2nd ed). Melbourne: Nelson ITP.
Cohen, H., & Stemmer, B. (2007). Consciousness and Cognition: Fragments of Mind and Brain. United States: Elsevier.
Deang, Roxanne Joie V. (2012). Problem solving method. Retrieved from http://www.slideshare.net/roxannejoiedeang/problem-solving-method
Khadijah Tabrani. (2012). Fungsi Hipotesis. Retrieved from http://khadijahtabrani.blogspot.my/2012/09/fungsi-hipotesis.html
Mahmood Nazar Mohamed. (2004). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2003). Psikologi. (2nded). Universiti Putra Malaysia, Shah Alam: Mc Graw-Hill.
TERIMA KASIH
top related