kaedah menghias akuarium

Post on 05-Jun-2015

245 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kaedah menghiasMurid-murid, pernah tak anda menyediakan dan menghias akuarium sendiri? Kalau ada, baguslah! Anda boleh memahami unit ini dengan mudah. Kalau tidak, tak apalah, marilah kita sama-sama belajar ye! (Cikgu pun tidak pandai) Sebelum itu, mari

TRANSCRIPT

KAEDAH MENGHIAS AKUARIUM

ALYSSA GOH HARN YIINGPISMP RBT SJKC SEM 4

Bahan-bahan yang diperlukan untuk

memasang sebuah akuarium

Lampu akuarium

Tangki akuarium

Kabinet atau kaki

akuarium

Bahan-bahan yang diperlukan untuk

memasang sebuah akuarium

Tunggul kayu, Batu, pasir sungai, pasir halus dan pelbagai

tumbuhan akuatik

LANGKAH-LANGKAH MENGHIAS AKUARIUM

Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium (substrat) dengan ketebalan lebih kurang 1

hingga 1½ inci. Pasir yang berwarna gelap adalah lebih sesuai kerana

ikan akan selesa dengan persekitaran yang gelap.

Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang (Vallisneria sp) dengan

membenamkan bahagian akarnya ke dalam substrat pada bahagian belakang

akuarium.

Hiaskan dengan beberapa ketul batu yang dikutip dari sungai atau dibeli dari kedai

akuarium pada bahagian tengah akuarium atau bahagian lain supaya menghasilkan

sususan yang menarik.

Letakkan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli terus

dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam selama 2 hingga 3 minggu sebelum

digunakan.

Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan hiasan

tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu hiasan yang menarik

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN TUNGGUL

KAYU DENGAN TUMBUHAN AKUATIK

Tunggul kayu adalah satu media penanaman tumbuhan akuatik yang baik untuk tumbuhan akuatik. Sediakan tumggul kayu dan beberapa

tumbuhan akuatik. Jenis tumbuhan yang sesuai ialah seperti paku pakis yang dikenali sebagai Java fern.

Lekatkan tumbuhan itu pada tunggul kayu dan ikat menggunakan benang kapas yang berwarna hijau.

Tunggul yang telah siap dilekatkan tumbuhan akuatik boleh terus diletakkan di dalam akuarium. Tumbuhan ini akan berakar dan melekat terus pada

tunggul kayu selepas sebulan.

Selepas seminggu dan semua sistem dalam akuarium setabil barulah ikan-ikan yang telah dikenal pasti sesuai di masukkan di dalam akuarium

Danio makan di bahagian permukaan air

White cloud mountain - makan di bahagian tengah akuarium

Golden barb makan di bahagian tengah dan

bawah akuarium

Corydoras makan di bahagian bawah

akuarium

Akuarium yang telah lengkap dipasang sangat cantik dan sesuai diletakkan di pelbagai sudut sebagai hiasan dalaman di rumah kita.

top related