jenis tunjuk cara

Post on 23-Jun-2015

487 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kaedah mengajar jenis tunjuk cara

TRANSCRIPT

JENIS TUNJUK CARA

MODEL HIDUPMODEL SIMBOLIK MODEL PERSEPSI

MODEL HIDUP

• Merujuk kepada model yang sebenar digunakan untuk melaksanakan demonstrasi.

Demonstrasi guruDemonstrasi murid yang telah menguasai

kemahiran untuk mendemostrasi aktiviti berkenaan.

CONTOH MODEL HIDUP

• Tingkah laku guru yang baik, termasuk pertuturan yang bersopan santun.

• Demonstrasi guru dalam berbagai-bagai mata pelajaran seperti Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni.

• Demonstrasi murid dalam kemahiran permainan alat muzik dan aksi tarian atau permainan sukan.

MODEL SIMBOLIK

• Merujuk tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis, bergambar atau arahan guru.

• Semasa waktu pelajaran Pendidikan Jasmani, guru memberi arahan langkah demi langkah supaya murid-murid mencontohi dan melaksanakannya.

• Semasa waktu pelajaran Sains Rumah Tangga, murid-murid mengikuti langkah-langkah yang dihuraikan dalam resepi untuk membuat kuih lapis.

• Semasa waktu pelajaran Sains, murid-murid melakukan suatu ujikaji berdasarkan langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

Susupkan jarum keluar dari fabrik

Masukkan sebiji manik dan susupkan jarum ke hadapan dengan menjahit sedikit fabrik

Lakukan berulang kali mengikut garisan lakaran rekaan.

1 2 3

4Jahit simpul selepas setiap 5 atau 6 biji jahitan jelujur ini agar ia tidak tertarik benangnya.

MODEL PERSEPSI

• Merujuk kepada penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi.

• Biasanya, suatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, manakala tingkah laku yang lain tidak diingini dan diketepikan.

• Menunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan tangan semasa berlari 100m dengan menunjukkan gerakan tangan secara perlahan-perlahan mengikuti tayangan video.

• Menunjukkan sesuatu teknik pengajaran melalui pengajaran mikro. Dengan model persepsi ini, guru-guru pelatih dapat mencontohi seta menghuraikan ciri-ciri teknik pengajaran yang mereka tonton.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN MELALUI TUNJUK CARA

Perancangan

Pelaksanaan

Latihan

penutup

PERANCANGAN

•Penentuan topik dan objektif•Perancangan langkah demostrasi•Penyediaan alatan dan radas•Penyusunan tempat demostrasi

PELAKSANAAN

•Penerangan tujuan demostrasi•Pelaksanaan demostrasi dengan guru sebagai model hidup•Penggunaaan alatan/radas mengikut langkah-langkah yang disediakan•Penggunaan teknik menyoal untuk menarik perhatian

LATIHAN •Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti demostrasi•Guru membetulkan kesilapan murid

PENUTUP•Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah didemostrasikan •Murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang bekaitan.

top related