jabatan pendidikan negeri perak pengagihan plan data guru...
Post on 06-Feb-2018
242 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak – 1 BestariNet Fasa 2 Muka - 1
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
PENGAGIHAN PLAN DATA GURU DIBAWAH
PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2, KPM
(AGIHAN PERANTI DONGLE)
1. PELAN DATA GURU
Pelan data guru bersaiz 2GB dan peranti peribadi untuk semua guru bagi sekolah
yang menerima perkhidmatan 4G. Semua guru akan mendapat plan data 2GB dan
peranti peribadi secara berperingkat.
2. PENYERAHAN PERANTI DONGLE
i. Penyerahan peranti dongle kepada sekolah diuruskan oleh Unit ICT, Pejabat
Pendidikan Daerah.
ii. Pengarah Kolej / Pengetua / Guru besar diberi kuasa untuk menentukan
penerima peranti dongle.
iii. Peranti dongle yang diedarkan hendaklah mengutamakan guru-guru yang
melaksanakan tugas berkaitan VLE dan ICT seperti berikut :
a) Guru yang melaksanakan VLE
(contoh: Guru Penyelaras Bestari / guru-guru yang menggunakan VLE)
b) Guru yang terlibat dengan sistem dan aplikasi online
(contoh : Guru Data)
c) Guru yang terlibat dalam pengurusan teknikal ICT
(contoh : Guru Penyelaras ICT)
d) Guru yang menggunakan kemudahan ICT bagi tujuan PdP
(contoh : Ketua bidang / Guru Matapelajaran ICT / Sains / lain-lain)
iv. Peranti dongle hendaklah digunakan sepenuhnya bagi tujuan PdP.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak – 1 BestariNet Fasa 2 Muka - 2
v. Peranti dongle tidak boleh berkongsi kerana telah didaftarkan secara individu ke
atas nama penerima.
vi. Pihak pentadbir sekolah dan penerima peranti dongle hendaklah merujuk kepada
PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK
PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
vii. Pihak sekolah hendaklah melengkapkan Borang Pengakuan Penerimaan
Peranti selepas edaran dibuat dalam tempoh 30 hari kepada Unit ICT
PPD. Kelewatan serahan akan mengakibatkan pelan data guru 2GB digantung.
3. ISU TEKNIKAL
Isu teknikal berkaitan peranti dongle seperti kerosakan hendaklah menghubungi
pihak :
i. Pusat Kegiatan Guru (PKG) kelompok masing-masing
atau
ii. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
(Unit Pembestarian Sekolah)
MUAT TURUN MAKLUMAT 1BESTARINET FASA 2
Pihak sekolah boleh memuat turun maklumat 1BestariNet Fasa 2 melalui laman khas di
portal JPN Perak di url berikut http://jpnperak.moe.gov.my/spmict
top related