islam sebagai agama rasmi di malaysia. - maklumat kursus · pdf fileislam sebagai agama rasmi...
Post on 06-Feb-2018
226 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA.
Semua rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Islam mengetahui bahawa perlembagaan kita
telah menetapkan yang bahawa agama islam sebagai agama rasmi bagi persekutuan. Oleh itu,
Islam dilindungi oleh perlembagaan negara kita dan segala kemudahan serta perbelanjaan negara
boleh dipergunakan untuk pembangunan Islam tanpa dapat dicabar atau dipertikaikan.
Bagaimanapun sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri maka agama-agama lain tetap terjamin dan
penganut agama bukan Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama mereka masing-
masing di dalam suasana aman dan harmoni..
Hal ini dapat kita saksikan di dalam negara kita sejak dari zaman kemerdekaan lebih empat
puluh tahun yang lalu, telah berlaku pengisian Islam dan nilai-nilainya di dalam pembangunan
negara Malaysia yang mulai terserlah dan menampakkan kenyataannya di dalam arus perdana
pembangunan negara..
LATAR BELAKANG KONSTITUSI PERLEMBAGAAN UNTUK AGAMA ISLAM
Agama islam juga turut disebut didalam perlembagaan negara kita. Bertitik tolak dari
suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menyediakan satu draf Perlembagaaan
Malaya yang merdeka. pada awalnya beliau tidak mencadangkan untuk menjadikan Islam
sebagai agama Persekutuan. Tidak juga disebut bahawa negara ini negara sekular. Ini sama
seperti apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia hari ini iaitu peruntukan Perkara 3
(1) yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan,tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai mana-mana bahagian Persekutuan.
SKOP DIDALAM ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Kedudukan Islam sebagai Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi
keistimewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini.
Ini boleh dibuktikan dengan adanya beberapa artikel didalam perlembagaan persekutuan.
Diantaranya ialah artikel 3. Artikel ini mengatakan yang bahawa Berdasarkan kepada Perkara
3(1) Perlembagaan persekutuan, agama Islam telah diberi kedudukan yang istimewa berbanding
agama-agama lain di negara ini. peruntukan ini antara yang penting dalam perlembagaan
Persekutuan. Dalam konteks negeri-negeri pula, hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri
memperuntukan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri di samping jaminan kebebasan
beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan. Peruntukan seumpama ini merupakan
kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembaggan bertulis negeri-negeri Melayu
sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911. Apa yang
menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan dalam perlembagaan.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan ini telah diiystiharkan sebagai undang-undang tertinggi
negara namun peruntukan mengenainya hanya diletakkan pada Perkara 4 manakala bagi Islam
pula, kedudukannya yang istimewa telah diberi keutamman tertinggi dari segi urutan apabila ia
diletakkan lebih awal dalam Perkara 3.
Meletakkan Agama Islam di awal bahagian dalam Perlembagaan membawa makna yang besar
dari segi peranan dan kedudukannya. Perlu diingat bahawa walaupun Perlembagaan itu adalah
undang-undang utama dan tidak ada yang dapat mengatasinya namun harus diingat bahawa
Islam yang meliputi undang-undang Islam juga merupakan sebahagian dari undang-undang yang
diliputi dan diiktiraf oleh perlembagaan itu sendiri. Dengan kata lain, undang-undang Islam itu
adalah sebahagian dari kandungan Perlembagaan itu sendiri. Melalui perbincangan di atas dapat
dirumuskan bahawa perlembagaan negeri-negeri Melayu sama ada secara bertulis atau tidak
telah memperuntukan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.
ISLAM DAN PEMERINTAH MELAYU (SULTAN/RAJA)
Kefahaman mengenai kedudukan raja-raja Melayu tidak menjadi lengkap jika tidak dihayati
falsafah hidup orang-orang Melayu, terutamanya dalam aspek ke-dirajaan. Ada pandangan
yang menggambarkan Raja-raja Melayu bukan sahaja puncak kepada ketuanan Melayu, tetapi
juga mempunyai ciri-ciri kerabbanian atau bayangan Tuhan di muka bumi..
Mengikut perlembagaan persekutuan yang telah ditetapkan, raja2 melayu ini berperanan sebagai
ketua agama islam bagi negeri2 yang berada dibawah naungannya. Bagi negeri yang tidak
mempunyai raja/sultan, peranan dalam mengurus tadbir hal ehwal agama islam itu sendiri adalah
terletak dibawah kuasa yang dipertuan agong. Dalam mengurus tadbir agama islam itu sendiri,
baginda sultan bagi negeri2 di bawah naunganya, akan mendapat nasihat terus dari majlis agama
islam di negeri mereka sendiri.
IMPLIKASI, ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA
Perlembagaan Persekutuan di Malaysia adalah hasil dari persetujuan yang telah dicapai diantara
tiga etnik terbesar di Malaysia dari kalangan Melayu, Cina dan India dan perlembagaan ini telah
digubal atas asas persetujuan itu. Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja dokumen
perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pelbagai etnik pada
ketika itu.Mengenai Perkara 3(1), pemilihan agama Islam ialah agama bagi Persekutuan berbeza
dengan istilah dalam Perkara 152 iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Islam ialah
agama bagi persekutuan menyatakan bahawa negara ini mempunyai agama dan menjadi tunjang
kepada falsafah atau ideologi negara. Oleh kerana peruntukan ini merujuk kepada Islam, maka
keseluruhan peruntukan tersebut perlu dilihat dalam konteks Islam. Ini selaras dengan sejarah
dan amalan yang ada di negara ini iaitu Islam mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar
sejak sebelum kemerdekaan lagi. Perkara 3(1) juga turut menyatakan persoalan agama lain yang
merujuk kepada konteks sejarah sebagai jaminan kebebasan beragama bagi menghilangkan
kebimbangan dalam kalangan orang bukan Islam.
HAD-HAD KEBEBASAN DALAM BERAGAMA
Kebebasan agama telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan
bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan (tunduk
pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain kepada umat Islam)
untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama
perseketuan (Perlembangaan tidak menyatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi sebaliknya
hanya sebagai agama persekutuan) , tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai
dan harmoni (Perkara 3).
BANTUAN KEWANGAN
Di dalam artikel 12(2) konstitusi perlembagaan persekutuan merujuk pula kepada undang2
kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah sah dalam memberi bantuan kewangan untuk jabatan
agama islam di setiap negeri didalam usaha untuk mengawal dan juga menguruskan segala hal
ehwal yang berkaitan dengan agama islam. Dalam pada itu juga syarat2 juga telah dikenakan
contohnya bantuan kewangan di setiap sekolah yang ada di Malaysia. Di bawah akta pelajaran
1961 juga telah diperuntukan bahawa setiap sekolah yang menerima bantuan dari kerajaan
disyaratkan untuk menyediakan subjek pelajaran agama islam kepada murid2 yang beragama
islam dan minimum sekolah itu harus mempunyai 15 orang pelajar yang beragama islam.
top related