isl 2 sirah.docx

Post on 04-Oct-2015

228 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Pendidikan Sirah Pendidikan RendahPIM 2 (sk) sem 3ISL 2Mohammad Norhisyam bin Tika

Terdapat pelbagai faedah mempelajari sejarah dan sirah. Sejauh manakah kefahaman dan penghayatan sirah dapat menjelaskan Islam yang sebenarnya?

Memang tidak dapat dinafikan, terdapat pelbagai faedah mempelajari sejarah dan sirah. Salah satunya ialah dapat gambaran sebenar tentang hakikat agama Islam secara sempurna yang ada pada diri Rasulullah SAW (Dr. Said Ramadhan al-Buti, 1988).Dengan menghayati dan memahami sirah, seseorang itu akan dapat memahami tentang keperibadian Rasulullah SAW melalui kisah perjalanan hidup baginda. Dengan itu, seseorang itu akan berusaha untuk mengikuti sifat keperibadian baginda serta menjadikan baginda sebagai contoh teladan yang patut diikuti.Selain itu, dengan menghayati sejarah, seseorang itu akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan ilmu Islam yang sebenar sama ada yang berkaitan dengan akhlak, akidah mahupun kehidupan seharian. Di samping itu, seseorang itu juga akan dapat menjalani kehidupan seorang Muslim.Mempelajari sirah juga membolehkan seseorang itu mengambil pengajaran daripada kisah-kisah seperti yang terdapat dalam al-Quran dengan berusaha untuk menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang dimurkai Allah dan berusaha untuk melakukan perbuatan yang disuruh di samping memberikan kesedaran bahawa setiap perkara yang dilakukan akan mendapat balasan dan ganjaran. Oleh itu, mempelajari sirah dapat menggalakkan seseorang individu untuk melakukan perbuatan yang mendapat ganjaran pahala dan syurga serta menjauhkan diri daripada perkara yang mendapat balasan dosa dan neraka.Akhir sekali, dengan memahami dan menghayati sirah seseorang itu akan mendapat ketengan dalam diri dan jiwa mereka. hal ini kerana terdapat beberapa kisah yang mampu untuk melahirkan rasa tenang dalam jiwa dan mengalir ke dalam diri mereka seperti kisah yang terdapat dalam al-Quran. Hal ini kerana membaca al-Quran itu sendiri dapat menenangkan jiwa apatah lagi dengan memahami dan menghayatinya. Dengan itu, lahirlah perasan ingin mendekat diri kepada Allah yang mencipta sekalian makhluk.Kesimpulannya, memahami dan menghayati serah dapat memberikan serta menggambarkan kepada seseorang itu tentang kehidupan seorang Islam yang sebenarnya di samping dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya dengan sebenar-benar takwa.

top related