info sekolah ssn seri kota, melaka
Post on 28-Nov-2015
49 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Info Sekolah
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Pada tahun 1972, kawasan perkuburan Cina Bukit Kelian di kawasan Air Leleh dimajukan untuk mendirikan sebuah sekolah menengah rendah. Sekolah ini diperlukan untuk menampung bilangan pelajar menengah yang semakin meningkat di selatan bandar Melaka.
Pada 3 Januari 1974, bermulalah Sekolah Menengah Rendah Air Leleh (SMAL) dengan pelajar peneroka seramai 396 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah baru ini mempunyai tenaga pengajar seramai 15 orang guru dan berjalan pada sidang pagi sahaja.
Pengetua SMAL yang pertama ialah En. Visvanathan dan Guru Penolong Kanan pertama ialah En. Wee Hoe Cheng. Sebelum bangunan SMAL siap dibina, En. Visvanathan ditugaskan di pejabat Pendidikan Melaka untuk merancang dan membuat segala persediaan kurikulum dan fizikal SMAL.
En. Wee berkhidmat di SMAL hingga 1979. Pada tahun 1980, beliau mula berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Baruh, Jasin sebagai Guru Penolong Kanan. Menurut beliau, pada mulanya SMAL tiada padang dan pelajar-pelajar terpaksa menggunakan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Yok Bin.
Memulakan sebuah sekolah adalah satu tugas yang amat berat dan rumit. Pentadbir-pentadbir awal sekolah ini telah dicabar oleh beberapa masalah dan halangan tetapi mereka telah berjaya mengatasi segala-segalanya.
Setahun selepas SMAL dimulakan, iaitu pada tahun 1975, jumlah pelajar telah meningkat kepada 747 orang pelajar dan mempunyai 19 buah kelas (3 kelas Peralihan, 9 kelas Tingkatan Satu dan 7 kelas Tingkatan Dua). Bilangan guru juga bertambah daripada 15 orang kepada 25 orang. Disebabkan masalah kekurangan bilik darjah, sekolah ini menjalankan 2 sidang pembelajaran di mana Tingkatan Satu menjalankan pembelajaran pada sebelah petang.
Pada tahun 1976, buat kali pertamanya, 172 daripada 396 orang pelajar yang telah mengambil peperiksaan L.C. E. 72.3% daripada pelajar ini telah lulus dan mendapat Pangkat ‘A’. Kesemua mereka dihantar ke Sekolah Tinggi Melaka, Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan Sekolah Menengah C.H.I.J. untuk mendapatkan pendidikan menengah atas kerana SMAL belum membuka kelas Tingkatan 4 & 5.
Pada tahun 1980, SMAL telah dinaikkan taraf sebagai Sekolah Menengah Penuh apabila dua buah kelas Tingkatan 4 yang terdiri daripada satu kelas Perdagangan dan satu kelas Sastera dibuka. Pelajar-pelajar ini merupakan ‘batch’ pertama mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1981.
Pertukaran nama SMAL kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota mendapat restu kerajaan negeri Melaka pada tahun 1982. Oleh itu, mulai 9 Februari 1982, nama Sekolah Menengah Air Leleh telah ditukarkan dengan rasmi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota. Seterusnya, pada tahun 1996, tiga kelas 4 aliran Sains dengan 85 orang pelajar telah dibuka. Satu lagi peristiwa penting telah berlaku dalam sejarah SMKSK pada tahun 1988 apabila dua buah kelas Tingkatan 6 Sastera dibuka. Seramai 69 orang pelajar menjadi perintis dan dengan ini, taraf SMKSK dinaikkan ke peringkat gred A. Pada tahun 1997 pula, kelas pendidikan Khas pula telah ditubuhkan di sekolah ini.
Pada tahun 2010 pula, SMKSK telah dinaiktarafkan kepada Sekolah Sukan Negeri Melaka SMK Seri Kota. Setakat hari ini, SSN SMKSK mempunyai lebih kurang 883 orang pelajar, 101 orang guru dan 15 orang pekerja. Dari segi fizikal, SSN SMKSK mengandungai 42 buah bilik darjah dan ruang-ruang yang sedia ada sebagai kemudahan pengajaran. Surau dan bilik tayangan telah diubahsuai dan diperluaskan. Bilik tayangan dan makmal komputer menjadi tumpuan utama bagi pelbagai aktiviti pembelajaran serta kursus-kursus yang akan dijalankan.
SSN SMKSK yang pada tahun ini berusia 40 tahun, telah mengalami banyak detik-detik pahit dan manis. SSN SMKSK telah mencapai pelbagai kejayaan baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Berikut adalah merupakan senarai nama pengetua SSN SMKSK:-
TAHUN PENGETUA
1974-1979 En. C. Visvanathan, A.M.N., PJK
1980 - 1981 En. Alias Bin Abd. Ghani, P.J.K
1982 - 1985 Tuan Hj Ismail Bin Bachik
1986 Tuan Hj Abdul Rashid Bin Hj Yaakop
1987 - 1988 Tuan Hj Othman Bin Hj Rejap
1989 - 1991 Encik Seow Kim Swee
1992 - 1994 En. Chong Teng Wan
1995 En. Yee Jin Gee
1996 - 2001 En. Song Kuan Kong
2002 - 2007 En. Tai Pon Hoy
2007 - 2008 En. Ramli Bin Othman
2008 - 2012 En. Othman Bin Sagap
2012 Hingga Kini Tn. Hj. Daud Bin Abdull
Lagu Sekolah
Seri Kota Sekolah Kami Para Pelajarnya Bersatu Hati Tuntut Ilmu Untuk Berdikari
Rajin dan Usaha Bersemangat Tinggi
Berdisiplin, Berdedikasi Cogan Kata Untuk Berjaya
Kami Ikrar, Kami Janji Mencapai Cita Untuk Berjasa
Seri Kota Kemegahan Kami Tegak Harum Untuk Berbakti
Pada Nusa Dan Ibu Pertiwi Semoga Jasanya Kekal Abadi
Lagu: Kamaruddin A Samah Lirik: Hj Rashid Hj Yaakop
Visi Sekolah SSNM SMK Seri Kota
sekolah cemerlang atlet terbilang menjelang 2015
Misi Sekolah
Menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif
Mewujudkan budaya kerja cemerlang
Meningkatkan prestasi pelajar pada tahap optimumdalam semua bidang
Memantapkan sahsiah kendiri pelajar agar menjadi insan
Catra organisasi tertinggi SSN SMK SERI KOTA
PENGETUA TN. HJ. DAUD BIN ABDULL
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
EN. ABD GHANI BIN AHMAD
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
EN. BAHARIM BIN MD YASIN
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
EN. ZAIMAN BIN HUSIN
GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN 6
PN LILI BINTI BASMI
GURU KOKURIKULUM TINGKATAN 6
EN. LIM CHIN MENG
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
PN. NORIZAN BINTI ABDUL KADIR
Suasana sekolah yang kondusif :
top related