induksi - cerita semut dengan burung

Post on 09-Aug-2015

221 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Pada suatu hari, seekor semut terjatuh ke dalam sungai. Semut itu tidak pandai berenang.

Semut itu terkapai-kapai di atas air. Semut itu mahu menyelamatkan diri. Nyawanya sudah terancam.

Di atas pokok ada seekor burung. Burung melihat semut itu hampir lemas di dalam sungai.

Burung berasa kasihan pada semut. Burung segera menjatuhkan sehelai daun. Daun itu jatuh berdekatan dengan semut.

Semut ternampak daun itu. Semut cuba berenang ke arah daun itu. Semut naik di atas daun itu.

Semut berasa lega kerana selamat daripada lemas.

Daun itu hanyut ke tebing. Semut pun naik ke atas tebing.

Pada suatu hari yang lain, datang seorang pemburu. Dia hendak memburu burung.

Pemburu itu ternampak burung di atas dahan. Dia mahu menembak burung itu.

Dia mengangkat senapang ke arah burung itu.

Dia hendak memetik picu senapang. Tiba-tiba semut menggigit kakinya.

"Aduh!" pemburu itu menjerit.

Burung terkejut lalu terbang. Pemburu tidak dapat menembak burung itu. Dia berasa hampa.

Itulah kisah burung baik hati. Berbuat baik dibalas baik. Semut membalas budi burung yang baik hati itu.

NILAI MURNI Dalam hidup ini, kita haruslah pandai mengenang dan menghargai budi baik orang kepada kita. Sikap pandai menghargai budi tergolong sebagai salah satu akhlak yang sangat mulia.

top related