ilani binti hamzah - fp.utm.my · gaya pembelajaran dan kesannya terhadap penglibatan pelajar tahun...
Post on 28-Aug-2019
237 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GAYA PEMBELAJARAN DAN KESANNYA TERHADAP PENGLIBATAN
PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS SPP, SPK DAN SPT FAKULTI
PENDIDIKAN DALAM PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN
ILANI BINTI HAMZAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : GAYA PEMBELAJARAN DAN KESANNYA TERHADAP PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS SPP, SPK DAN SPT FAKULTI PENDIDIKAN DALAM PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya: ILANI BINTI HAMZAH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:
5339 KG BARU, POKOK SENA, DR. JAMALLUDIN HARUN 13200 KEPALA BATAS, (NAMA PENYELIA) PULAU PINANG
Tarikh: 31 OKTOBER 2008 Tarikh: 31 OKTOBER 2008 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan Ijazah Sarjana Muda Sains
Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : Dr Jamalludin B Harun
Tarikh : 31 Oktober 2008
ii
GAYA PEMBELAJARAN DAN KESANNYA TERHADAP PENGLIBATAN
PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS SPP, SPK DAN SPT FAKULTI
PENDIDIKAN DALAM PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN
ILANI BT HAMZAH
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
November 2008
iii
”Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : Ilani binti Hamzah
Tarikh : 31 Oktober 2008
iv
Dedikasi
.: Ikhlas untuk insan-insan teristimewa dalam diri ini :.
Keluarga tersayang,
Abah dan mama tercinta,
Hj Hamzah Pakwanchik & Hjh Hasrati Hj Abd Razak
Along, Azrina
Adik-adik, Izyan (uda) & Akmal
Tok tersayang, Hjh Halijah Kassim
Angah amat menyayangi kalian semua
Dr Jamalludin Harun
Segala jasamu akan ku kenang sentiasa
Elina, Aisyah, Safrah, Huda, Halimatun
Serta teman SPP 2004-2008
Persahabatan kita adalah kenangan terindah dalam hidupku
Semoga Allah S.W.T memberkati kalian
Dunia dan akhirat
.: AmiN :.
v
PENGHARGAAN Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin-NYA, tesis ini dapat disiapkan dalam tempoh waktu yang di tetapkan. Pelbagai
perkara dipelajari dalam proses menyiapkan tesis ini. Berkat kesabaran, ketekunan
serta tunjuk ajar yang diperoleh semasa proses menyiapkan tesis ini akhirnya
membuahkan hasil.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pembimbing yang amat membantu dalam proses menyiapkan tesis,
memberi tunjuk ajar dan suntikan semangat tanpa jemu iaitu Dr Jamalludin Harun.
Tidak dilupakan keluarga yang tercinta, mama, abah, tok, along, uda dan
Akmal yang sentiasa memberikan galakan, rangsangan serta doa untuk saya
menyiapkan tesis ini. Terima kasih. Angah sayang kalian semua.
Dan kepada teman-teman seperjuangan terutama Nor Elina Tukiman yang
banyak memberi kekuatan dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran
dalam proses menyiapkan tesis ini. Terima kasih met. Tidak dilupa kepada teman
baik di Bandung, Aisyah serta geng Group^85 iaitu Safrah, Huda, Halimatun dan
seterusnya teman-teman SPP 2004-2008, jasa kalian amat dihargai.
vi
Abstrak
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui gaya pembelajaran pelajar
tahun akhir dan juga untuk mengkaji perkaitan antara gaya pembelajaran dan kesan
terhadap penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran di UTM. Responden
kajian adalah terdiri daripada 69 orang pelajar-pelajar tahun akhir 4SPP, 4SPT dan
4SPK Fakulti Pendidikan, UTM. Gaya pembelajaran yang digunakan didalam kajian
ini adalah Gaya Pembelajaran Kolb. Instrumen kajian terdiri daripada 1 set borang
soal selidik yang mengandungi 39 item terdiri daripda 4 bahagian. Nilai
kebolehpercayaan alpha yang diperoleh adalah 0.832. Data dianalisis secara
deskriptif menggunakan perisian Statictical Packages for Sosial Science (SPSS) versi
11.5 dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan min bagi setiap item didalam
borang soal selidik. Penggunaan sistem E-Pembelajaran adalah pada tahap tinggi
iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5
kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati
bahawa kebanyakkan pelajar bersetuju sistem E-Pembelajaran memberikan bahan
yang berguna yang membantu proses P&P pelajar adalah kandungan isi
pembelajaran. Kesemua faktor-faktor dalam kategori ini memberikan nilai min yang
tinggi iaitu 3.83. Selain itu, dapatan berikutnya menyatakan kebanyakkan responden
cenderung mempunyai gaya pembelajaran jenis Asimilasi. Akhirnya, didapati
hubungan yang singnifikan antara gaya pembelajaran dengan penglibatan pelajar
didalam E-Pembelajaran (r=0.419). Kesimpulannya, keputusan daripada kajian ini
mendapati bahawa perkaitan antara gaya pembelajaran dan kesan terhadap
penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran adalah pada tahap sederhana.
vii
Abstract The purpose of this study was to access the learning style preferences of final
year students and also to investigate the correlation between the students learning
style and the effect on their involvement in E-Learning system at Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). The subject was 69 students among final year students
from 4SPP, 4SPT and 4SPK of Faculty of Education, UTM. The learning style
model used in this research was the Kolb’s Learning Style Inventory. A set of
questionnaire was used as the instrument for this study which is consists of 39 items
and it divided into four categories. Reliability of the research instrument had alpha
values of 0.832. Data have been descriptively analyzed by using SPSS 11.5 for
Windows (Statistical Package for Social Science) software and is presented in forms
of percentage and mean for each item in the questionnaire. Findings indicated that
the use of e-learning tools that support teaching and learning is the learning contents
in the e-learning. The usage of E-Learning was in high level with the frequency of
70% respondents’ access e-learning at 2 to 5 times in a week and 11.6% respondents’
access e-learning everyday. The findings of the research also signify that most of the
students agree that the E-Learning system provides appropriate tools to support their
teaching and learning. All the factors in this category were found in highest
influential level that is at 3.83. Another finding suggests that most of the respondents
learning style tend to be Assimilator. Finally, it was found that there was a
statistically significant correlation between learning styles and the effect on their
involvement in E-Learning system (r=0.419). As a conclusion, the results of this
study showed that the correlation between the learning style and the effect on
committing in E-Learning was moderate.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS JUDUL
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Rasional Kajian 6
ix
BAB PERKARA MUKASURAT
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Skop / Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Gaya Pembelajaran 9
1.9.2 E-Pembelajaran 10
1.9.3 Pelajar Tahun Akhir 10
1.9.4 Aktiviti Pembelajaran Pelajar 10
1.10 Penutup 11
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN PENULISAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 E-Pembelajaran 12
2.3 E-Pembelajaran di UTM 14
2.4 Gaya Pembelajaran 15
2.5 Gaya Pembelajaran Kolb 19
2.6 Empat Kategori Gaya Pembelajaran Kolb 20
2.6.1 Pengalaman Konkrit (CE) 21
2.6.2 Pemerhatian Reflektif (RO) 21
2.6.3 Pengkonsepsian Abstrak (AC) 21
2.6.4 Pengujian Aktif (AE) 22
2.7 Empat Jenis Gaya Pembelajaran Kolb 22
2.7.1 Penyesuaian Diri 22
2.7.2 Pencapahan 23
2.7.3 Pemusatan 23
2.7.4 Asimilasi 24
2.8 Kajian “Personalised E-Learning through
learning style aware adaptive systems” 24
x
BAB PERKARA MUKASURAT
2.9 Kajian “Work in progress-Learning style
and E-Learning, what is the connection?” 24
2.10 Kajian “Support the development of
effective E-Learning resources :
A student-centered approach” 25
2.11 Kajian “The effect of learning style and flow
experience on the effectiveness of E-Learning” 25
2.12 Kajian “The Influence of Learning Styles on
Learners in E-Learning Environments:
An Empirical Study” 26
2.13 Penutup 26
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Perlaksanaan / Prosedur Kajian 28
3.4 Persampelan 30
3.4.1 Sampel Kajian Rintis 30
3.4.2 Sampel Kajian Sebenar 30
3.5 Instrumen Kajian 32
3.5.1 Bahagian A 32
3.5.2 Bahagian B dan C 32
3.5.3 Bahagian D 34
3.6 Kajian Rintis / Kebolehpercayaan Instrumen 35
3.7 Analisis Data 37
3.8 Penutup 39
xi
BAB PERKARA MUKASURAT
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA 41
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Demografi Responden 41
4.3 Keputusan Dan Analisis Data Berdasarkan
Persoalan Kajian 42
4.3.1 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar
Tahun Akhir Aliran Perdana Fakulti
Pendidikan, UTM Berdasarkan Gaya
Pembelajaran Kolb 43
4.3.2 Analisis Terhadap Penglibatan Pelajar
Dalam Persekitaran E-Pembelajaran
Daripada Aspek Kekerapan
Menggunakan Sistem E-Pembelajaran
Dalam Proses P&P 47
4.3.3 Analisis Terhadap Kemudahan Dalam
Sistem E-Pembelajaran Yang
Dikenalpasti Membantu Dalam
Proses P&P 48
4.3.4 Analisis Terhadap Penglibatan Pelajar
Dalam Persekitaran E-Pembelajaran
Daripada Aspek Aktiviti Pembelajaran
Pelajar Dalam Persekitaran
E-Pembelajaran 51
4.3.5 Analisis Terhadap Hubungan Antara
Gaya Pembelajaran Dengan
Penglibatan Pelajar Dalam
Persekitaran E-Pembelajaran
xii
BAB PERKARA MUKASURAT
Daripada Aspek Kekerapan
Menggunakan Sistem E-Pembelajaran 53
4.3.6 Analisis Terhadap Hubungan Antara
Gaya Pembelajaran Dengan
Penglibatan Pelajar Dalam Persekitaran
E-Pembelajaran Daripada Aspek
Kemudahan Dalam Sistem
E-Pembelajaran Yang Dikenalpasti
Membantu Proses P&P 54
4.4 Penutup 55
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN 56
5.1 Pengenalan 56
5.2 Perbincangan Berdasarkan Persoalan Kajian 56
5.2.1 Gaya pembelajaran Pelajar-Pelajar
Tahun Akhir Aliran Perdana Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia Berdasarkan Gaya
Pembelajaran Kolb 57
5.2.2 Penglibatan Pelajar Dalam
Persekitaran E-Pembelajaran
Daripada Aspek Kekerapan
Menggunakan Sistem E-Pembelajaran
Dalam Proses P&P 59
5.2.3 Penglibatan Pelajar Dalam Persekitaran
E-Pembelajaran Daripada Aspek
xiii
BAB PERKARA MUKASURAT
Kemudahan Dalam Sistem
E-Pembelajaran Yang Dikenalpasti
Membantu Dalam Proses P&P 61
5.2.4 Penglibatan Pelajar Dalam Persekitaran
E-Pembelajaran Daripada Aspek
Aktiviti Pembelajaran Pelajar Dalam
Persekitaran E-Pembelajaran 63
5.2.5 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran
Pelajar Dengan Penglibatan Pelajar
Dalam Persekitaran E-Pembelajaran
Daripada Aspek Kekerapan
Menggunakan Sistem E-Pembelajaran
Dalam Proses P&P 65
5.2.6 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran
Pelajar Dengan Penglibatan Pelajar
Dalam Persekitaran E-Pembelajaran
Daripada Aspek Kemudahan Dalam
Sistem E-Pembelajaran Yang
Dikenalpasti Membantu Dalam
Proses P&P 65
5.3 Rumusan Kajian 67
5.4 Implikasi Hasil Kajian 68
5.5 Cadangan Kajian 69
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70
5.7 Penutup 71
xiv
BAB PERKARA MUKASURAT
BAHAGIAN ENAM
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 72
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
Lampiran A – B 76
xv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Prosedur Kajian 28
3.2 Bilangan Keseluruhan Pelajar 30
3.3 Bilangan sampel pelajar bagi setiap kursus 31
3.4 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 33
3.5 Skor Kenyataan 34
3.6 Julat Nilai Min 38
3.7 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 38
3.8 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 39
4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 42
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.3 Taburan Peratusan Dan Min Gaya Pembelajaran 44
4.4 Taburan Respoden Mengikut Gaya Pembelajaran 47
4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan
Mengakses E-Pembelajaran 48
4.6 Taburan Peratusan Dan Min Kemudahan Dalam
Sistem E-Pembelajaran Yang Dikenalpasti
Membantu Dalam Proses P&P 48
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Aktiviti
Pembelajaran Pelajar Dalam Persekitaran
E-Pembelajaran 51
4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan 52
4.9 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Pelajar
Dengan Penglibatan Pelajar Dalam Persekitaran
E-Pembelajaran Daripada Aspek Kekerapan
Menggunakan E-Pembelajaran Dalam
Proses P&P 53
4.10 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan
Penglibatan Pelajar Dalam Persekitaran
E-Pembelajaran Daripada Aspek Kekerapan
Menggunakan Sistem E-Pembelajaran 54
xvi
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Model Gaya Pembelajaran Kolb 20
xvii
SENARAI SINGKATAN
AC - Abstract Conceptualization (Pengkonsepsian Abstrak)
AE - Active Experimentation (Pengujian Aktif)
CE - Concrete Experience (Pengalaman Konkrit)
ICT - Teknologi maklumat dan komunikasi
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
FP - Fakulti Pendidikan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
RO - Reflective Observation (Pemerhatian Reflektif)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPSS - Statistic Package for Social Science
SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
UNITAR - Universiti Tunku Abdul Razak
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Soal Selidik 76
B Hasil Analisis Dapatan Kajian-Statistical
Packages For Social Science (SPSS)
Versi 11.5 82
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar dalam membentuk
serta mendidik insan dalam memenuhi matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara. Matlamat utamanya adalah membentuk masyarakat yang berpengetahuan
tinggi serta beretika seterusnya dapat memajukan negara dalam menuju wawasan
2020.
Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila
manusia boleh menonjolkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk pemahaman,
kesedaran ataupun kemahiran. Dalam proses pembelajaran ini terdapat beberapa
kecenderungan yang dimiliki dan diamalkan oleh individu. Kecenderungan ini
termasuklah kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelajari
sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat
kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi.
Senario pendidikan masa kini memerlukan satu kaedah pembelajaran yang
kreatif dan berinovatif sejajar dengan seruan kerajaan bagi melahirkan insan yang
berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam era globalisasi kini, pelbagai
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) telah diperkenalkan bagi mewujudkan
variasi dalam proses P&P seperti pembelajaran secara menggunakan komputer, E-
Pembelajaran dan sebagainya. Menurut Badrul Khan(2005), E-Pembelajaran boleh
dilihat sebagai satu pendekatan yang inovatif untuk menyampaikan perkara yang
2
menarik, berpusatkan kepada pelajar dan suasana kemudahan pembelajaran kepada
sesiapa sahaja, dimana sahaja dan pada bila-bila masa serta sumber kepada pelbagai
teknologi digital kepada bahan pembelajaran yang sesuai untuk keterbukaan,
fleksibel dan keserataan suasana pembelajaran.
E-Pembelajaran kini mula mendapat tempat yang meluas di dalam bidang
pendidikan sama ada diperingkat tinggi sehinggalah ke peringkat sekolah. Ini adalah
kerana sistem E-Pembelajaran ini mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri.
Antara kelebihannya adalah, sistem ini dapat memudahkan pelajar dan tenaga
pengajar itu sendiri kerana sistem ini fleksibel dan interaktif. Kajian yang dilakukan
di Universiti Multimedia (2003) menyatakan E-Pembelajaran akan menjadi suatu
yang penting dalam bidang pendidikan dimana lebih daripada 50 peratus staf, staf
akademik, pengurusan akademik dan pelajar menerima konsep ini.
Pelajar juga mendapat pelbagai kemudahan menggunakan E-Pembelajaran
ini. Mereka boleh menghantar tugasan, menjawab soalan atau latihan secara online
dan sebagainya. Walaupun setiap pelajar mempunyai pelbagai gaya pembelajaran
tersendiri, mereka masih dapat menggunakan E-Pembelajaran dalam proses
pembelajaran mereka. Kepelbagaian kemudahan disokong dengan penggunaan
pelbagai media yang ditawarkan ini menyebabkan ianya sesuai digunakan oleh
kebanyakkan pelajar. Ini memandangkan setiap pelajar mempunyai gaya
pembelajaran masing-masing dan kepelbagaian yang ditawarkan dalam sistem E-
Pembelajaran ini memenuhi keperluan pelajar dengan gaya pembelajaran yang
pelbagai.
Oleh yang demikian, sistem E-Pembelajaran dapat disesuaikan dengan
kepelbagaian gaya pembelajaran seseorang pelajar dalam era globalisasi kini dalam
melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.
1.2 Latarbelakang Masalah
3
Sistem pendidikan pada suatu ketika dulu lebih kepada “chalk and talk”
disamping penggunaan buku teks yang maksimum dalam P&P. Senario tersebut
tidak lagi menarik dipraktikkan dalam sistem P&P pada masa kini yang lebih
canggih dan maju. Kaedah P&P sebegini seharusnya diubah kepada suasana yang
lebih futuristik dengan kemajuan teknologi yang diperkenalkan. Pada era globalisasi
kini, komputer mula menarik minat masyarakat. Tidak terkecuali penggunaan
komputer dalam P&P juga diperkenalkan. Pelbagai kursus ditawarkan kepada
pendidik untuk mendalami ilmu komputer bagi penggunaannya dalam proses P&P
mereka.
Dalam kemajuan yang sebegini, bidang pendidikan mula memainkan peranan
dalam pembelajaran secara maya. Pembelajaran menggunakan web mula
dipraktikkan dalam institusi pendidikan. Seperti di Malaysia, banyak institusi
pengajian tinggi sudah mempraktikkan penggunaan E-Pembelajaran dalam proses
P&P. Di Universiti Teknologi Malaysia sendiri, E-Pembelajaran diterima baik sama
kepada pelajar mahupun tenaga pengajar. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
sebagai sebuah universiti yang bervisi untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan
akademik dan teknologi bertaraf dunia melalui kreativiti sudah tentu tidak mahu
ketinggalan dan ini dapat dibuktikan melalui pelancaran UTM sebagai sebuah
Kampus Siber pada 16 Jun 1997.
Salah satu aplikasi pembangunan projek kampus siber UTM ialah
pelaksanaan program E-Pembelajaran. Program E-Pembelajaran telah
dikembangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan perisian WebCT pada
semester II sesi 2001/2002 dan kemudian bertukar menggunakan perisian sumber
terbuka (open source) Moodle sebagai platform E-Pembelajaran yang baru.
Penggunaan web lebih interaktif dan mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk
menggunakannya. Sistem E-Pembelajaran memudahkan sama ada kepada pendidik
mahupun pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, pelajar boleh memuat turun nota,
latihan, tugasan dan sebagainya dengan hanya mengakses laman web tertentu dan
pengajar sendiri boleh mengemaskini atau menyatakan perkara penting dari semasa
ke semasa.
4
Setiap guru mempunyai cara tersendiri dalam penyampaian pengajaran
mereka, begitu juga dengan pelajar. Mereka mempunyai cara dan gaya pembelajaran
yang tersendiri dalam mempelajar sesuatu yang baru. Gaya pembelajaran masing-
masing berbeza mengikut minat dan sikap seseorang individu itu. Disini dilihat guru
tidak mampu memenuhi kesemua gaya pembelajaran pelajar mereka kerana setiap
pada mereka menginginkan cara dan gaya pembelajaran yang berbeza. Menurut
Honey dan Mumford (1992) dengan mengenal pasti gaya pembelajaran individu, ia
bukan sahaja hanya dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses pembelajaran.
Para pendidik perlu menganjakkan pendekatan pengajaran supaya lebih proaktif serta
responsif terhadap kumpulan sasaran yang menjadi sumber dan matlamat dunia
pendidikan (Shaari, 1999). Kemajuan teknologi pada masa kini mungkin dapat
memenuhi serta menampung keperluan gaya pembelajaran yang pelbagai dari setiap
individu pelajar itu.
1.3 Pernyataan Masalah
E-Pembelajaran merupakan suatu alat dalam proses pembelajaran dalam
masa kini. Penggunaannya kini diperluaskan bagi memudahkan aktiviti
pembelajaran. Dengan penggunaan E-Pembelajaran, suasana pembelajaran yang
lebih mudah serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik.
E-Pembelajaran mula berkembang dengan penerimaan yang positif.
Penerapan penggunaanya telah di praktik di kebanyakkan institusi pengajian tinggi.
Pelajar mula berminat dengan kemudahan ini yang lebih menarik dan fleksibel.
Tetapi jika diteliti keberkesanan menggunakan E-Pembelajaran, persoalan tentang
kesesuaiannya terhadap pelajar timbul. Ini kerana setiap pelajar mempunyai pelbagai
gaya pembelajaran yang tersendiri. Jika dilihat aktiviti setiap pelajar juga berbeza
dan kekerapan penggunaan E-Pembelajaran juga berbeza.
5
Setiap pelajar mempunyai pelbagai sikap dan gaya mereka tersendiri. Gaya
pembelajaran masing-masing juga amat berbeza. Menurut Honey et al., (1992), gaya
pembelajaran boleh didefinisikan sebagai sikap dan behaviour yang menunjukkan
gaya pembelajaran seseorang individu. Ada sesetengah pelajar minat memvisualkan
sesuatu perkara, ada yang suka akan sesuatu yang logikal dan sebagainya. Jadi disini
wujudnya persoalan sama ada sejauh mana E-Pembelajaran mampu memenuhi
keperluan setiap pelajar dalam penggunaan mereka. Adakah E-Pembelajaran sesuai
kepada semua gaya pembelajaran yang dipunyai oleh pelajar yang mengaksesnya.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengkaji gaya pembelajaran
seseorang pelajar dengan penggunaan E-Pembelajaran dalam proses
pembelajarannya. Selain itu, diperhatikan juga adakah E-Pembelajaran sesuai
dipraktikkan untuk kegunaan kesemua pelajar dalam proses P&P.
1.4 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar-pelajar tahun akhir kursus SPP,
SPK dan SPT Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia berdasarkan
gaya pembelajaran Kolb.
2. Mengenalpasti penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran
daripada aspek berikut :
i. Kekerapan menggunakan sistem E-Pembelajaran dalam proses P&P
ii. Kemudahan dalam sistem E-Pembelajaran yang dikenalpasti
membantu dalam proses P&P
iii. Aktiviti pembelajaran pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran
3. Mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dengan penglibatan
pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran daripada aspek berikut :
i. Kekerapan menggunakan sistem E-Pembelajaran dalam proses P&P.
6
ii. Kemudahan dalam sistem E-Pembelajaran yang dikenalpasti
membantu dalam proses P&P.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah gaya pembelajaran pelajar-pelajar pelajar tahun akhir kursus SPP,
SPK dan SPT Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia berdasarkan
gaya pembelajaran Kolb.
2. Apakah penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran daripada
aspek berikut :
i. Kekerapan menggunakan sistem E-Pembelajaran dalam proses P&P
ii. Kemudahan dalam sistem E-Pembelajaran yang dikenalpasti
membantu dalam proses P&P
iii. Aktiviti pembelajaran pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar
dengan penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran daripada
aspek berikut :
i. Kekerapan menggunakan E-Pembelajaran dalam proses P&P.
ii. Kemudahan dalam sistem E-Pembelajaran yang dikenalpasti
membantu dalam proses P&P.
top related