iblis dan alamnya - siri 4
Post on 30-May-2018
270 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 1/49
IBLIS DAN ALAMNYA - siri 4
IBLIS DAN ALAMNYA ( Musuh Kamu Yang
Paling Nyata ). TERIMA KASEH SEBAB SABAR MENUNGGU, INILAH YANG ANDA
TUNGGU-TUNGGU. KAWAN HADIAHKAN KEPADA ANDA SEMUA......
MUKASURAT
Adalah dinasihatkan supaya anda membaca siri1, siri2 dan
siri3 terlebih dahulu sebelum membaca siri4 ini bagi mengelakkekeliruan
Setelah kita didedahkan dengan tempat-tempat kemasukan golongan Jin
kedalam tubuh manusia dan berbagai permusuhan golongan jin ini kepada
umat Manusia, maka marilah kita mengatahui pula akan bangsa-bangsa Jin
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 2/49
ini. Maklumat didalam bab ini juga adalah penyelidikan sendiri dan juga
penjelasan beberapa orang Guru yang arif dalam bab makhluk Jin ini.
BANGSA-BANGSA
Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak
dan keturunan juga. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti
manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini
terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir
menjadi Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk
Kerajaan Besar antarabangsa mereka ( seperti PBB bagi pentadbiran negara-
negara oleh manusia) yg juga ditakbir pula oleh golongan Maharaja mereka.
Disini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung mereka, pentadbira
tertinggi mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran
demokrasi berpalimen. Kerajaan Unilatral beraja, yang hanya mendengar
perentah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan raja-raja mereka. Oleh itu
golongan Jin ini bolehlah dibangsakan kepada 3 puak yang besar iaitu :-
1) Puak Ifrait.
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 3/49
Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia.
Ifrait mempunyai kerajaan yang luas yang ditadbir oleh anak-anak Rajanya
yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah terdiri dari kaum kerabatnya yang
ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia supaya
mudah menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu mamusia dari
semua arah terutama didalam bab akidah. Manusia yang tipis pengatahuannya
akan mudah diperkotak katik kan mereka ini. Hasutan dan tipu musilahat nya
yg halus tidak dapat dikesan oleh manusia. Sekali terjebak, amat sukar untuk
keluar dari masaalah itu. Salah satu contoh yang boleh dibagi ialah
menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang, dukun dan bomoh manusia
yang semamangnya bersatu dengan golongan Ifrait itu akan dengan mudah
mendapatkan sahabat hantu raya yg dari keluarga Ifrait juga kepada manusia
yg didalam kesusahan hidup yg miskin. Maka dengan adanya sahabat hantu
raya itu, manusia yg miskin tadi akan cepat menjadi kaya raya. Manusia itu
akan dikenakan beberapa syarat (diindonesia dipanggil Pensyaratan)yang
sudah tentu melangar hukum syarak contohnya menghidangkan makanan
kepala kambing hitam, darahnya dan semua isi perutnya setahun sekali dibuat
seperti persembahan di Kaki bukit tertentu atau ditebing sungai tertentu.
Manusia yg dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak mudah, lagi pun
apabila sudah kaya bukan setakat kambing malahan lembu pun boleh
dipersembahkannya. Ia pun bersetuju dengan syarat kecil itu. Maka upucara
mengambilan sahabat dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah bukit. Dari
saat itulah kehidupan manusia itu telah pun berubah secara pelahan-lahan,
terutama dalam soal agama. Dah mula tinggal solat, puasa dan semua amalan
agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan maksiat, bertukar menjadi
peminum arak, berjudi dipadang-padang golf, berzina dikelab-kelab karoke,
berfoya-foya dan mengamalkan sex bebas. Hidupnya mewah dengan segala
kesenangan dunia. Apa saja yang disentuh menjadi duit. Dia sangat bahagia
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 4/49
dengan kehidupan barunya itu kerena itulah yang dicarinya selama ini.
Anakbini dirumah menjadi tidak karuan, mereka merasakan kepanasannya.
Mereka juga telah mengatahui perubahan yang sangat jauh kepada ayah
mereka ini. Ayah mereka sedang "bertukar kulit" menjadi jin Ifrait iaitu hantu
raya. Jin itu pula sudah mula ingin menzahirkan dirinya dengan menggunakan
jasad sahabat manusianya itu. Jin itu mahu bersatu dengan tuannya akibat
kesetiaan tuannya akan suruhannya saban tahun. Ia sudah mula terbalek, jin
akan menjadi tuan, manusia akan menjadi hamba pula. Manusia tuannya itu
tidak mengatahui akan perubahan itu, ia masih ingat biasa saja. lama
kelamaan Jin itu menguasi sepenuhnya jasad manusia itu dengan menzahirlan
wataknya sebenar. Watak penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.
Akhirnya ia ditahan polis dan didakwa dengan berbagai jenayah iaitu menipu
mengambil wang deposit bagi pelaburan untung tinggi atau 'roll program' dan
forex. Disamping didakwa pecah amanah melibatkan jutaan ringgit ia juga
telah bergaduh dihalayak ramai dan cuba membunuh. Turut didakwa dibawah
seksen jenayah keluarga kerana merogol anak sendiri, liwat anak sendiri dan
memukul Isterinya. Untuk kesemua jenayah itu beliau dipenjara seumur hidup
dan sebatan 32 kali. Jadi lihatlah kebodohan manusia ini, ditipu bulat-bulat
oleh Jin Ifrait itu, bertimpa-timpa masaalah dan kemudiannya membawa
kepada hukuman yang telah beliau terima di atas dunia ini dan ia juga tidak
terlepas akan hukuman diakhirat kelak. Ambillah ektibar dari cerita ini.
2)Puak Syaitan.
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 5/49
Bangsa dan puak inilah yang paling ramai sekali. Bangsa Syaitan ini yang
banyak diperkatakan didalam al Quran. Puak Jin Syaitan ini mempunyai
kerajaan dan Raja-raja mereka sendiri. Pentadbirannya juga serupa dengan
kerajaan yg telah disebutkan terdahulu. Mereka inilah yang merupakan gerak
jentera kerja Iblis dan Izazil untuk menghasut manusia supaya melalaikan
Ibadah, melambat-lambatkan solat, perasan malas, membisik didalam hati
manusia akan keseronokan dunia. Manusia akan rasa perbuatan haram itu
lebih nikmatnya dari perbuatan yang halal dimana ia sebenarnya adalah duduk
didalam waham semata-mata. Mengadu domba atau bercerita dan menyampai-
yampai cerita peribadi orang sehingga menimbulkan fitnah yang besar dan
pergaduhan hingga masuk kedalam makamah, saman menyaman yang
disensasikan didalam TV dan didada akhbar-akhbar. Membuat manusia suka
berhayal memasang angan-angan dan seterusnya pengambilan dadah untuk
duduk terus didalam hayal yang jauh bagi melupakan masaalah pejabat,
tekanan kerja, stress, masaalah rumahtangga, masaalah kewangan yang
meruncing, beban hutang syarikat, beban hutang Bank dll. Menjadi peminum
arak dan seterusnya terjebak didalam ketigehan arak dan dadah yang kronik.
Maka hancur musnahlah kehidupan manusia itu akibat hasutan syaitan tadi.
Menimbulkan perasaan cemburu yang melampau-lampau yang asalnya hanya
kecil dihati merebak menjadi besar kerana melayan perasaan ini. Memang
manusia ada sedikit perasaan cemburu, tetapi ia harus dididik kearah kebaikan,
bukan mengikut arah syaitan yang sentiasa menunggu peluang dan ruang yang
anda buka untuknya. Cemburu dalam semua pekara, cemburu melihat
kejayaan orang lain. Cemburu melihat kekayaan orang lain, Cemburu melihat
kecantikan orang lain dan merebak menjadi segala-gala yg dilihatnya akan
mendatangkan cemburu, iri hati hingga digelar busuk hati. Ia inginkan
kesemua yang dimiliki oleh orang lain itu menjadi miliknya. Atau cuba
mengatasi jiran tetangganya dalam segala hal. Ia sentiasa mahu nampak lebih
dari rakan-rakan, jiran tetangga malahan lebih lagi dari semua penduduk bumi
yang ada. Inilah sifat cemburu yang melampau dihasut oleh Syaitan.
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 6/49
Biasanya manusia yang terjebak dengan hasutan Syaitan ini hanya bermula
dari masaalah yang kecil sahaja dan akan berlarutan menjadi besar hingga
membinasakan diri manusia itu sendiri. Didalam contoh yang lain sesorang
yang selalu bercakap besar, akan terus menerus berbohong sehinggakan
menyampai kepada masaalah yang lebih besar pun terpaksalah dia berbohong
juga. Dari bercakap besar kepada berbohong dan kepada menipu pula. Hingga
ia tertangkap kerana menipu rakan niaganya. Oleh kerana hendak
menyedarkan nya, tindakan undang-undang diambil keatasnya supaya ia sedar
akan perbuatan hinanya itu. Satu lagi hasutan syaitan ialah dari perasaan iri
hati diatas kejayaan rakan nya dan kemunduran perniagaan nya maka timbul
pula perasaan berperasangka buruk kepada rakannya itu. Ia menyangka
perniagaan nya itu akibat perbuatan rakanmya yang telah berjaya itu.
Perasaan Syak ini amat merbahaya yang akan pula merebak kepada
penggunaan ilmu sihir, santau, tuju-tuju, penginyaan kepada rakannya itu.
Jadi meranalah rakannya kerana sihir yang dibuatnya melalui seorang bomoh.
Dia gembira melihat hajatnya tercapai dan asyik tersenyum diwajahnya saban
hari. Hatinya puas kerana berjaya menjatuhkan rakannya sendiri. Walhal
semua itu adalah perbuatan Syaitan yang membisek-bisek dihatinya. Rakannya
itu langsung tidak berbuat apa-apa kepadanya. Kerana syaitan mendatangkan
perasaan syak yang tinggi maka pekara ini berlaku. Ingatlah tuan-tuan akan
bisikan Syaitan tidak pernah berhenti selagi kita hidup.
3)Puak Iblis.
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 7/49
Satu bangsa Jin yang sangat alim, warak, ahli abadi, menjadi ketua kepada
Malikat dan Jin kerana kuat ibadahnya juga keistimewaan (kesaktian) yang
telah Allah kurniakan kepadanya. Pernah mengetuai balatentera perang
bersama-sama malaikat untuk menghapuskan satu golongan Jin yang
membuat kerosakan dialam Syurga dahulu dengan perintah Allah swt. Selepas
itulah timbul perasaan ego dihatinya kerana telah mengatahui tiada satu
makhluk Allah yang boleh mengalahkannya. Peristiwa ini berlaku sebelum
Adam diciptakan. Selepas peristiwa inilah Allah yang Mahamengatahui telah
menciptakan Manusia. Pertama sekali untuk menguji Iblis atas keimanannya
terhadap Allah swt. Apabila Allah memerintah semua makhluk ciptaannya
untuk sujud kepada Adam as kerana Adam dan semua keturunannya telah
dilantik menjadi Khalifat (ketua seluruh makhluk) oleh Allah swt. Maka semua
makhluk ciptaan Allah swt sujud patuh atas perintah itu kecuali Iblis. Ini
adalah kerana ia merasa seharusnya dialah yang mendapat darjat Khalifah itu
oleh kerana amal ibadahnya yang tiada tandingannya serta satu jenis kuasa
istimewa (Sakti) yang hanya diberi kepadanya. Inilah kesilapan Iblis yang besar
dan dianggap derhaka kepada perintah Allah swt. Malah Allah juga mampu
pula menciptakan kuasa yang sama bentuknya kepada manusia keturunan
Adam as yang abadi dengan kuasa yang melebihi kuasa sakti Iblis itu (Mukjizat
untuk golongan Nabi dan koramah untuk golongan manusia biasa yang abadi).
Kuasa Mukjizat dan Koramah ini pula boleh menbunuhnya. Ini juga telah
membuat Iblis menjadi lebih cemburu kepada manusia dan memasang dendam
kepada Adam as dan seluruh keturunannya sampai hari kiamat. Ia
kemudiannya telah mejadi ketua puak jahat dikalangan semua golongan Jin
(bangsa Jin) yang memerintah seluruh kerajaan Jin didunia Ini. Ia pula
meletakkan semua keturunannya disemua bahagian pemerintahan dinegara-
negara jin yang digelar Maharaja dan Raja-raja disamping raja bagi puak Jin
yang tersangat ramai itu. Nanti akan kawan ceritakan salah satu contoh
Koramah yang menendingi sakti puak Jin itu dibawah tajuk perbezaan Istilah
puak Jin
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 8/49
Begitulah tiga bangsa golongan Jin iaitu kelompok paling besar didalam
bangsa-bangsa keselurauhan puak mereka ini. Ia diambil dari al Quran, Hadis
Nabi dan tafsir dari berbagai Ulama. Sebenarnya dibawah satu bangsa itu
terdapat beribu-ribu pecahan puak yang tidak diceritakan kepada kita secara
khusus. Maka tidaklah perlu kita mengkaji nya lagi kerana ia hanya
membuang masa kerana tidak akan menyampai kepada apa-apa tujuan. Lagi
pun garis panduan yang perlu kita tahu hanyalah 3 puak ini saja yang harus
kita ketahui. Selainnya biarlah ia menjadi rahsia ilmu Allah swt dan RasulNya
saja.
PERBEZAAN PELBAGAI ISTILAH :
Mari kita menyemak semula akan semua istilah yang banyak digunakan
didalam menceritakan akan Alam Iblis ini. Atau pun istilah yang kita dengar
dari mulut-mulut tok-tok Guru, Imam-imam, Ustaz-ustaz, orang tua-tua dan
seluruh masyarakat. Apakah terdapat perbezaan atau persamaan akan istilah-
istilah tersebut yang saban kali kita dengar tetapi tidak terfikir akannya. Istilah-
istilah itu adalah :-
1) JAN
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 9/49
Merupakan datuk segala jin. Ia adalah makhluk pertama yang dijadikan Allah
swt dari api yang sangat panas dan angin samuun juga yang sangat panas.
Kemudian darinyalah keluar seluruh keturunannya yang islam dan yang kafir.
Mereka pula berbangsa-bangsa dan beketurunan pula hinggalah kehari ini.
Oleh kerana mereka boleh membiak samaada berpasangan antara jantan dan
betina atau pun tidak, dengan anak-anak yang ramai pula, maka cepatlah
mereka memenuhi permukaan bumi, didalam laut dan diudara dunia yang luas
ini.
2) JIN
Merupakan anak keturunan sesudah Jan. Semua keturunan dan bangsa
darinya dinamakan Jin. Jika kita mengatakan bekenaan Jin, bererti kita
bercakap berkenaan keseluruhan bangsa dan puak jin. Ia adalan istilah umum
bagi golongan ini. Jin bukanlah satu bangsa seperti fahaman sesetengah orang.
Ia adalah nama yang diberi oleh Allah swt keatas golongan makhluk ini
keseluruhannya. Nama secara Umum sahaja. Manakala bangsa -bangsa jin ini
adalah yang telah diceritakan diatas dan akan diulang lagi dibawah ini.
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 10/49
3) IBLIS
Salah satu bangsa atau puak Jin yang pada mulanya sangat abadi berabadah
kehadrat Allah swt. Dipetik perumpamaan Ulama tafsir iaitu " Tiada
permukaan walau satu inci pun dibumi dan disyurga (dahulunya) yang tidak
menyentuh dahi Iblis kerana banyak sujudnya kepada Allah swt". Jadi
bayangkanlah betapa abadinya Iblis ini. Tetapi rupa-rupanya terselit perasaan
megah dan riak dihatinya akan banyaknya ibadah ini. Allah swt mengatahui
apa yang telah ia sembunyikan dihatinya itu. Ia kemudian diuji oleh Allah swt
akan imannya itu. Maka terbukti yang Iblis tidak pernah ikhlas dalam
berabadah. Itulah sebabnya dia dimurkai dan dianggap darhaka akan perantah
Allah dan dihukum murtad dan kafir oleh Allah swt akan tabiaatnya itu. Ia
pula memohon untuk dipanjangkan umurnya untuk menyesatkan seluruh
musuh utamanya iaitu Manusia anakcucu Adam as. Ia telah mendapat
perkenan Allah swt dengan diberi panjang umur. Maka apa yang kita lihat,
dengar, baca dan faham pada hari ini adalah sumpah dan janjinya yang mahu
menyesatkan semua manusia dihadapan Allah swt. Sumpah dan janji itu akan
terus dilaksanakan sehingga hari kiamat.
4) SYAITAN
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 11/49
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 12/49
bermula apabila seekor Burung Hud-hud telah menghantar laporan kepada
Nabi akan terdapatnya sebuah kerajaan yang kufur menyembah matahari.
Iaitu Kerajaan Sa'ba dan Maharaninya bernama Ratu Balqis. Ratu Balqis
berketurunan manusia dan jin. Ayahnya seorang Raja bernama Shurahil dan
Ibunya bernama Rayhanah As Sakn daripada satu bangsa Jin. Maka lahirlah
Balqamah, nama asal Ratu Balqis yang telah diberi oleh Ibunya. Kepercayaan
asal Raja dan rakyat Kerajaan Sa'ba ini ialah percaya kepada Allah, tetapi
telah dipisongkan oleh Syaitan (yang zahir menyerupai orang alim) mengajar
mereka menyembah matahari dan beragama Majusi.
Kerajaan Sa'ba ini terkenal kerana kesuburan tanahnya dan istina kerajaan ini
diperbuat dari emas bertaktakan belian dan semua batu-batu permata yang
sangat mahal dengan kesenian buatannya yang tiada taranya. Maka Nabi
Sulaiman pun mengutus surat kepada Ratu negara itu untuk beriman kepada
Allah dan tunduk dibawah kerajaannya. Telah dikatakan juga apabila raja
iaitu ayah kepada Balqamah meninggal dunia, mereka melantik Balqamah
menjadi Ratu. Jadi Ratu itu pun membuat helah dengan menghantar hadiah
sebagai jawapan kepada perintah Nabi Sulaiman. Atas nasihat para menterinya
yang mengatahui akan kekuatan bala tentera kerajaan Nabi Sulaiman as itu.
Ratu itu berharap agar hadiahnya akan dapat menenangkan Nabi. Tetapi
muslihat itu telah diketahui oleh Nabi. Maka hadiah itu dipulangkan semula
dengan amaran untuk memerangi kerajaan Sa'ba itu. Maka Ratu dan semua
menteri akan hadir mengadap Nabi Sulaiman untuk mengatahui akan agama
yang dimaksudkan itu. Sebelum berangkat, ratu telah memerintahkan agar
istananya ditutup rapat dan semua harta didalam istina itu disimpan dalam peti
besi supaya tidak dicuri oleh sesiapa. Mereka pun berangkat ke Kerajaan Nabi
Sulaiman yang terletak di Syam.
Mendengar perkabaran itu, maka Nabi Sulaiman pun mengeluarkan perintah
untuk memindahkan saja Istina Kerajaan Sa'ba kenagaranya. Maka Ifrait yang
pada masa itu menjadi salah seorang menteri dikerajaan Nabi Sulaiman pun
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 13/49
sanggup membawakan Istana itu sebelum rombongan Ratu itu sampai dengan
Kesaktian yang ada padanya. Mendengar kata-kata Ifrait itu maka bangun pula
seorang menteri manusia bernama Asif bin Burkhya (seorang abadi dan soleh)
yang pula sanggup mendatanglan Istana Ratu Sa'ba itu sebelum Mata Nabi
sempat berkelip pun dengan koramah kurnian Allah (disinilah disebutkan dalil
bahawa Koramah waliallah boleh mengatasi Sakti milik Jin). Ada beberapa vesi
akan cerita ini, ada yang mengatakan orang soleh itu adalah Nabi Allah
Khaidir as dan ada juga yang mengatakan munggkin juga Nabi Sulaiman as
sendiri. Maka Istana Kerajaan Sa'ba pun dipindahkan bersebelahan Istana
Nabi Sulaiman. Kemudiannya ia telah dicantikkan lagi oleh semua balatentera
Nabi.
Apabila Ratu Sa'ba itu sampai disana, Nabi telah mengajaknya Ratu dan
rambongannya memasuki Istana "Barunya" itu. Semua telah berubah
sehinggakan Ratu Sa'ba sendiri tidak mengenali lagi akan Istananya itu.
Terpinga-pinga ia dan semua menterinya itu melihat suasana rekabentuk
dalaman Istana itu. Tetapi alangkah terperanjatnya apabila ia melihat
singgahsananya ada disitu. Maka Nabi Allah Sulaiman pun menceritakan
perihal Istana Ratu Sa'ba itu dipindahkan atas sebab supaya mereka tahu akan
Kekuatan Kerajaan Nabi Sulaiman dan semua balatenteranya serta kebesaran
Allah swt. Tuhan yang sepetutnya mereka sembah, bukannya matahari.
Akhirnya Nabi Sulaiman pun mengahawini Ratui Sa'ba yang telah memeluk
agama Nabi Sulaiman itu dan diberi nama Ratu Balqis.
Oleh itu Jin Ifrait yang dikatakan sangat bijak dan sakti itu boleh juga
dikalahkan dengan Koramah anugrah Allah swt kepada orang-orang soleh
yang menjadi kekeaseNya. Tidaklah boleh Iblis dan semua kuncu-kuncu
berlaku sombong lagi atas dalil ini. Dan kepada manusia semua janganlah
beranggapan sakti yang dimiliki oleh golongan Jin itu melebihi kehebatan
koramah waliallah dan kekuasaan Allah swt. Selamanya golongan Jin ini akan
kalah dan mereka sentiasa akan duduk dipihak yang rugi, keji, fasiq dan
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 14/49
durhaka bersama-sama manusia yang berpihak dengan mereka didunia dan
akhirat.... dulu, kini dan selama-lamanya.
6) IZAZIL atau AZAZIL .
Ia bukanlah bapa kepada golongan Jin atau bangsa-bangas Jin itu, tetapi
merupakan nama seekor Iblis yang telah diangkat oleh semua golongan Jin itu
menjadi Ketua. Oleh sebab sangat bijaksana, pandai mengatur stratigi, bijak
mentadbir, tahu semua kelemahan Manusia, memiliki sakti yang tinggi, pandai
mencipta magik dan silapmata, banyak idea menipu dan dihormati juga
menjadi pujaan golongan Jin kafir keselutuhannya dari semua bangsa dan
golongan. Ia jugalah yang mencipta dunia hayalan dan syurga hayalan untuk
manusia yang bodoh, yang cetek pengatahuannya, yang terpadaya akan
kehebatannya dan yang taksub menyembah Iblis. Berjaya mencipta beberapa
orang manusia menjadi Manusia Iblis yang menjadi hambanya. Sangat bijak
menguasi seluruh ilmu dunia dan dapat mengatur dunia mengikut
teliunjuknya. Hanya sedikit dikalangan manusia yang berjaya lepas dari
cengkamannya iaitu yang dikasehi Allah swt. Selainnya akan menjadi kuli dan
hambanya kerana terpadaya dengan hasutan dan tipu helah tentera-tenteranya
iaitu golongan Jin dan manusia yang telah ditukar menjadi Iblis. Berjaya juga
mencipta 7 buah alamnya sendiri yang merupakan "penjara" bagi roh manusia
yang bodoh, yang tidak mahu belajar tipu helah Jin, yang tidak percaya alam
ghaib dan alam roh, yang sangat degil dan keras hati tidak mahu mendengar
nasihat (ayat al Quran) yang sampai kepadanya, yang melengah-lengahkan
masa mereka didunia ini dengan maksiat, yang sesat mengikut manusia yang
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 15/49
sesat pula, belajar tampa sanat yang telah ditentukan oleh Nabi saw, yang
menghina Nabi saw, seluruh keluarga Baginda, sahabat-sanabatnya dan
seluruh pewaris Ilmu dan amal darinya.
Izazil berserta Dajjal dan Manusia Iblis juga balatenteranyalah yang akan
bertarong dengan Nabi Isa, Iman Mahadi berserta 70422 Aulia Makdudin juga
bibantu oleh balatentera langit seluruhnya. Dikala itu tiada yang akan tinggal
walau seekor pun dipihaknya dan manusia yang berpihak dengannya.
Kesemuanya akan dihancurbinasakan oleh tentera akhir zaman Islam. Tiada
seekor dan seorang jiwa kafir yang akan hidup. Kesemuanya mati dalam
keadaan hina dan keji. Itulah sebabnya mereka mengumpul seberapa ramai
ahli puak mereka untuk menghadapi perang itu dikalangan manusia. Kerana
manusia telah sedia ada didunia ini, manakala yang mati roh-roh mereka
disimpan didalam "penjara alam Ibis" sementara menunggu perang itu.
Mereka masih memegang angapan yang pihak merekalah yang akan menang
sedangkan Izazil dan beberapa ekor Iblis mengatahui akan kekalahan
dipihaknya sejak dulu lagi. Mereka semua akan tertipu, tinggal didalam
kesalan yang teramat dan kekal selama-lamanya begitu.
7) DAJJAL.
Inilah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah
manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki
dan Mesir. Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. kedua-
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 16/49
dua ibubapanya itu adalah merupakan adek beradik seibu sebapa. Mereka
bersekududukan tampah nikah dan apabila orang kampung mengatahuinya,
mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah
kekampung pendalaman bernama Samiri dinegeri Mesir. Pekerjaan bapanya
mengambil upah menjaga ternakan dan membersehkan kandang ternakan juga
membelah kayu api. Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan
milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak.
Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka
Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika
bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka
(Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh
memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang Iseri
telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua
mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang
kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya
terdapat sebuag patong anak lembu. Mereka berdua pun membersehkan kuil
itu dan memulakan upucara memuja dan memohon pertolongan dewa patong
anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka
mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi
supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulah (didalam haid)
didalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.
Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila
sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh didalam mimpi
isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah
siisteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa
isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri
seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula
ketelinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat
mengandung itu kerana takutkan oeang kampung yang sedang mencari
mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka
yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar didunia ini. Itulah
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 17/49
sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun
pergi kekuil kecil untuk melahirlan anaknya disitu. Setelah melahirkan
anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak
dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu
meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian
angotanya, bersisek kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena
jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan
dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malikat Jibril dengan diberi susu lembu
sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya, Malikat Jibril as telah
pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa
budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah
yang juga dimakbulkanNy
Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui
oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal
telah diselamatkan oleh Malikat Jibril as dan diletakkan dibenua Antartik
didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana
takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah
menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang
dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun
dia pun sedar seperti manusia biasa. Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as
kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda
dan membersehkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja,
dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi harun juga perbualan
Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan
apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda,
kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki
kuda Malikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah
laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan
kepada Nabi Musa as.
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 18/49
Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar,
peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah
berucap dihalayak kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan
semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi
Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal.
Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir
bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patong itu
diletakkan dihadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh
Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan"
nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa
telah berpaling dan menyembah patong anak lembu emas itu. Sekembalinya
Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan
as Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal
keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah.
Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa
meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak.
Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt
kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa
Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak
berdaya menjaganya ?
Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar
Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-
lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah
diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malikat Jibrai as telah
menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu
di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat
ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut
Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan
kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan
Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah
pintu Alam Jin seperti di Bermuda Traingel yang boleh menyedut apa saja yang
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 19/49
lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan
sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya
mereka tanggkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang
mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan
khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh
mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi
mereka membuat senjata-senjata canggeh untuk perang akhir zaman nanti.
Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada
Dajjal sehari dalam setahun kepermukaan bumi. Maka peluang itu
dimanafaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar
dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami,
ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia
beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh
balatenteranya, diheret dan disumbatkan didalam penjara mereka itu.
Kerosakan yang berlaku dikepulauan Hyaiti beberapa bulan lalu adalah salah
satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi
hambanya di penjara alam Jin itu.
Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as
sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk
membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh
bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak.
Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu
ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-
tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasullah saw
untuk bertarung. Syadina Omar yang merupakan seorang Sahabat yang sangat
garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala
Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan menerangkan
hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tudak akan mati
ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya
bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka
bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Syadina Omar berjaya
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 20/49
membunuhnya disitu, Nabi bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada
Sahabatnya itu kerana membunuh tampa sebab yang membolehkan ia dibunuh
mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.
8) QARIN
Merupakan kelompok yang berketurunan dari bangsa Syaitan. Ia juga selalu
diceritakan akan lahir bersama-sama setiap kelahiran manusia didunia ini. Ia
telah berada disetiap sistem peranakan wanita (rahim ibu) seluruhnya. Apabila
jatuh saja benih dari kaum manusia lelaik kedalam rahim wanita itu, maka
bermulalah tugasnya. Ia akan berpindah masuk kedalam sistem otak manusia,
ini menunjukkan ia boleh menguasi akal fikiran manusia. Dari sini Qarin akan
mendapat maklumat pertama dari jasad manusia itu sendiri apa-apa juga
pekerjaan yang ingin manusia itu lakukan. Ia pula akan memberi tahu
maklumat itu kepada tuannya iaitu Syaitan untuk membuat halangan akan
kerja yang akan dilakukan oleh manusia itu. Semua bentuk kerja samaada
bersifat keduniaan atau pun berbentuk keakhiratan, Syaitan akan bersedia
dengan halangannya disitu. Sebagai contoh, jika manusia berhajat untuk
melakukan puasa sunat esok hari. Maka maklumat itu akan dihantar kepada
Syaitan dimana ia akan membuat manusia itu tidak dengar locing jamnya
untuk bangun syahur. Apabila sedar, telah masuk waktu subuh maka manusia
itu pun membatalkan niatnya untuk berpuasa sunat itu. Jadi begitulah
kerjasama mereka menghalang manusia. Tetapi tugas utama Qarin ialah
mengujudkan halangan "lupa" difikiran manusia maka timbul lah perasaan
was-was sama ada dia telah solat ke belum. Telah berwuduk ke belum, Sah ke
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 21/49
wuduknya, betul ke tidak cara ia berwuduk, betul ke cara ia mandi hadas dan
semua bentuk pekara yang mengakibatkan lupa dan was-was seumpama itu
difikiran manusia Islam. Itulah sebabnya dapat dilihat semasa mengangkat
Takbir ratulihram, sesorang itu terpaksa membuatnya berulang-ulang kali
kerana was-was. Begitu juga semasa mengambil wuduk, teringat kawan
seorang sahabat sewaktu belajar di pensentren dulu, yang sangat susah untuk
berwuduk, berulang-ulang sampai orang dah masuk rekaat kedua baru ia
selesai berwuduk. Satu waktu, Pak Kiayai menyuruh dia menangkat wuduk
dihadapannya. Lagilah kelang kabut dibuatnya, terlampau susahnya dia
berwuduk lalu Kiayai suruh dia terjun saja kedalam kolam itu. Itulah peristiwa
yang kawan tak dapat lupakan hingga kehari ini.
Telah juga diriwayatkan bahawa Rasullah saw juga mempunyai Qarin seperti
kita, tetapi Allah swt telah memeliharanya dari gangguan Qarin itu. Dari
sebuah Hadis Ibnu Mas'aud ra telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa
Rasullah saw telah bersabda yang maksudnya :
"Setiap daripada kamu ada bersama dengannya Qarin daripada golongan Jin,
Sahabat bertanya, adakah kamu juga wahai Rasullah ? Jawab Baginda,
Ya...aku pun ada Qarin, cuma Allah swt membantu ku dapat mempengaruhi
Qarin itu untuk memeluk Islam dan sentiasa mendampingi ku dan tidak pula
mendorong ku membuat sesuatu melainkan dari kebaikkan saja ".
Keterangan Hadis : dari hadis Rasullah ini menunjukkan dalail bahawa setiap
manusia tidak akan terlepas dari mempunyai Qarin. Hanya tugas Qarin ini saja
yang ditafsirkan berbeza-beza dari satu Ulama ke satu Ulama. Ada yang
mentafsirkan kerjanya menghasut untuk keburukan, ada yang kata menipu dan
berbagai visi lain. Tetapi kawan mengambil akan tafsir yang lebil logik iaitu ia
mendiami akal fikiran manusia seperti yang telah disebutkan tadi.
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 22/49
Qarin tidak mati apabila manusia tumpangannya itu meninggal dunia. Ia
sebaliknya akan duduk semula kedalam sistem peranakan wanita lain yang
hendak berumahtangga. Begitulah rutin hidupnya sampai hari kiamat. Ia
adalah tugas yang telah ditetepkan kepada nya oleh permintaan Izazil kehadrat
Allah
Adalah diingatkan supaya pembaca semua jangan beranggapan bahawa Allah
swt telah menjalankan konsprasi dengan Izazil dan Iblis laknatullah kerana
semua permintaannya dikabulkanNya. Maha suci Allah swt dari sifat rendah
begitu. Sebaliknya Allah swt Mahaadil kepada makhluknya, ia diberi
kemudahan untuk menyesatkan seberapa ramai manusia yang dia mampu.
Sebaliknya manusia harus peka akan pekara penyesatan dan dakyah Iblis ini
dan memelahara dirinya dan keluarganya dari ganggun mereka. Inilah dugaan
dan fitnah yang paling besar keatas manusia semua.
9)BUNIAN
Seperti yang anda senua tahu Bunian atau orang halus ini adalah kacukan
diantara Manusia dan Jin. Memang tidak mustahil pekara ini boleh berlaku.
Sejak dahulu lagi, sejak zaman Nabi Allah Sulaiman as lagi cerita ini telah
didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis adalah merupakan kacukan
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 23/49
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 24/49
dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau faseh berbahasa Sabt
dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia
kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Didalam rumah itu
terdapat sebuah singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya
siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya
sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua
kain nya dari kain cendai buatan tangan. Bau didalam ruang rumah itu sangat
harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang
jumlahnya agak ramai juga. Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada
rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian kaum Sabt yang tidak diketahui umum.
Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan kawan
dengan istiadat istemewa mereka ? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam
kawan semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian kawan dan
orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum
Thyu. Ia sepeti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu
kawan tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah kawan dahulu
semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah
bersaudara dan mereka semuanya Islam. Oleh itu kemana pun kawan pergi
mereka akan kenal dari tanda yang mereka bagi pada kawan, walaupun dari
puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu
mereka supaya kawan juga dapat menerima adek iparnya sebagai isteri kawan,
tetapi kawan tolak kerana masih ingat pesan atok kawan supaya tidak
berkahwin dengan mereka kerena ia akan menyusahkan kawan. Keputusan itu
mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana
ketegasan kawan sendiri. Begitulah cerita Aband Hassan.
Dilain ketika, kawan telah membuat expidisi sendiri ke Gunong Ledang untuk
menyusuri kebenaran akan cerita lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri
Gunong Ledang disitu. Sayang sekali Netional Geografi tidak dapat mengikuti
kawan, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV...
(gurau saja). Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk
masuk kealam Bunian itu, kawan pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 25/49
Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari atas puncak Gunung itu dapat
dilihat bak kata melayu lama, "sayup... saujana mata memandang" akan
luasnya kerajaan Bunian itu. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya
juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-
lereng gunung seperti verinda-verinda diperbuat daripada kayu bulat dan
dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi. Ia langsung jauh berbeza
dari metos cerita Melayu Lama didalam filem atau pun yang diceritakan buku-
buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan
keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua
terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bingkang
bingkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu
dengan Puteri Gunung Ledang. Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi
seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu
Puteri Gunong Ledang, Ya.. jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang
dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya ? Ya.. sambungnya
lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan itu ? Tanya hamba lagi. Dia
tidak layak... katanya. Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah
atau Sultan kah ? tanya hamba. Dia hanya tersemyum dan ketawa kecil dan
melangkah masuk...kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata,
diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan
kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba...katanya sambil
menunjuk pintu keluar istananya. Terima kaseh tuan Puteri, tetapi sebelum
hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan
Tuanku ini. Hamba memohon. Dia hanya mengangok-angokkan kepalanya
dan berlalu pergi.
Kawan pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat
ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya
dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya
kerajaan seumpama itu dimaya pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan
itu, kawan pun melangkah kepintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati
kuno, ( seperti didalam cerita orang Rom ) dihadapan pedati itu terletak 2 buah
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 26/49
tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya kawan bila
saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh
seekor burung purba zaman Jurasik, melayang keudara mengelilingi Kerajaan
Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Veranda-
verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng gunung itu. Kawan
diterbangkan ke Johor Bahru tepat kehalaman rumah kawan. Macam mana
burung ni tahu rumah kawan ? bisik hati. Kawan turun dan menarek
tempayan-tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga terbang
semula keudara dan hilang dari pandangan. Kawan bawa tempayan itu masuk
kedalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas
berehat kawan pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja
penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas didalam satu tempayan
dan batu-batu permata didalam tempayan yang satu lagi. Kemudian kawan
tutup semula dan pergi membuat kerja kawan. Selang seminggu kawan buka
sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah
bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas kawan katakan
"Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya".... telah kawan jangka pekara ini
akan berlaku.
Daripada cerita-cerita kawan tadi, apa yang kita dapat faham bahawa kaum
Bunian itu juga berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan nama yang
berbeza-beza. Kerajaan- kerajaan mereka adalah mengikut nama kaum mereka
itu pula. Kemudian mereka paling mudah untuk mengajak manusia kawin,
sedangkan kita pula harus berhati-hati dan jangan taksub akan ajakan mereka.
Manusia sebenarnya tidak mampu mengawal makhluk Jin ini, mereka akan
control kamu sepenuhnya dan akan mengongkong kamu. Mereka juga ada
memiliki sifat cemburu yang sangat tinggi atas apa juga pekara yang kamu
buat didunia luar yang sukar kamu bendong disamping sifat degil mereka
terhadap nasihat yang kamu beri. Mereka mempunyai hati yang keras dan
sukar dididik supaya taat selain mereka sebenarnya telah terlampau tua
dibandingkan dengan kamu. Inilah pesan atok kawan yang kawan sentiasa
ingat hingga kehari ini. Jika dialamnya nampak emas, sedang kan itu hanya
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 27/49
ilusi saja. Jangan mudah terperdaya dengan permainan mereka yang mahir
dalam ilmu sihir.
10) DEWA
Merupakan sebutan perkataan yang diambil dalam bahasa sanskrit yang
bermaksud 'tuhan', yang kemudiannya diambil dan digunapakai oleh sami-
sami Hindu dan Buddha dalam mentafsir satu kuasa ghaib yang menolong
mereka dalam apa juga kerjabuat mereka setiap hari. Mereka tidak tahu dari
mana datangnya pertolongan itu dan mengelar akan kuasa yang datang itu
adalah dari para dewa-dewa mereka itu. Mereka telah ditipu oleh para-para Jin
yang berselindung disebalik nama-nama dewa mereka tadi. Jadi bolehlah kita
menetapkan bahawa perkataan dewa itu adalah merujuk kepada golongan Jin,
tak kiralah kecil atau besar, kuat atau tidak. Seharusnya orang-orang Islam
menjauhi akan penggunaan nama dewa ini dalam apa juga bentuk tujuan
kerana ia membawa kita kepada syirik akbar (sesat besar) terhadap Allah swt.
11) SAKA
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 28/49
Telah banyak diceritakan didalam rencana ini berkenaan dengan saka
keturunan. Ia adalah Jin yang diambil sebagai sahabat atau khadam oleh
seseorang yang sengaja dibiarkan atau tidak sempat dibuang sebelum mereka
mati. Jin saka ini akan mula mengacau semua keturunan tuannya itu hingga
hari kiamat. Tiada seorang pun yang akan terlepas dari pandangannya.
Semuanya termasuk yang baru lahir sekali pun akan diikutinya. Pengambilan
Jin sebagai sahabat atau khadam ini adalah perbuatan syirik, yang didalam
syarak juga dihukumkan sebagai haram dan najis. Tetapi didalam masyarakat
melayu sekarang, mungkin mereka tidak mengambilnya tetapi mewarisinya
pula dari nenek moyangnya yang tidak memahami hukum agama dengan betul
atau mungkin juga mereka tidak beragama Islam semasa mereka mengambil
Jin-jin itu sebagai sahabat atau khadam. Justru itu mereka telah terjebak oleh
Jin-jin saka ini secara "tidak rela" akan kehadirannya, tetapi jin saka ini tidak
peduli sama ada anda suka atau tidak, anda tetap dibawah kawalannya. Jadi
barang diingatkan supaya ia dipisahkan dan dibuang sebelum anda pulang
kerahmatuallah.
Teringat kawan akan satu cerita semasa kawan menyusuri Sungai Jelai menuju
ke Gunung Tahan dalam expedisi menjejaki Hang Tuah yang dikatakan tinggal
dikaki Gunong Tahan pada akhir tahun 80an dulu. Dengan menaiki bot
panjang kawan mudik kehulu hingga kekampung Bantal Kuala Tahan, Hulu
Tembeling. Sampai disana mengupah asli Semai untuk menjadi juru
panduarah hingga kekaki Gunung Tahan. Dia membawa kawan hingga
bertemu seorang tua yang memang tinggal disebuag gua disitu, tetapi beliau
bukanlah Hang Tuah yang banyak diperkatakan orang. Beliau merupakan asli
senoi yang terpisah dari kelompoknya dan tinggal disitu kerana telah uzur. Jadi
kawan pun berangkat pulang semula kekampung Bantal dan tinggal beberapa
hari disitu. Dalam pada berbual-bual dengan seorang Batin disitu, beliau
menyuruh kawan mencari Pak Long Kasim di tebing Sungai Jelai Kuala Lipis.
Jadi keesokan harinya kawan mudik kehilir pula menuju keSungai Jelai Kuala
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 29/49
Lipis untuk mencari Long Kasim disana. Sampai dipekan Lipis kawan bertanya
beberapa orang lama dan tentunya mereka semua mengenali Long Kasim
kerana beliau terkenal akan ramah dan sifat suka membantu orang ramai
disitu. Dipagi itu kawan dibawa bertemu dengan Long Kasim untuk melerai
masaalah Hang Tuah ini, jadi dia pun mengajak kawan kerumahnya ditebing
Sungai Jelai tidak jauh dari Pekan itu.
Pak Long Kasim ini merupakan bekas Kominis dan juga merupakan cucu
kepada Mat Kilau. Beliau juga mengeluarkan hazanah peninggalan Mat Kilau
serta gambar-gambar lama dia bersama Mat Kilau suatu masa dahulu untuk
ditunjukkan kepada kawan. Tetapi untuk mencari Hang Tuah beliau minta
tangguh sehari untuk mencarinya. Kawan dipelawa untuk tinggal dirumahnya
itu. Keesokan harinya beliau memanggil kawan dan menerangkan prihal Hang
Tuah. Dalam pencariannya, beliau menggunakan "sahabat" Jin nyn yang
bernama "Pantas diawan" untuk mencari keseluruh pelusuk bumi Malaysia
ini, namun ' beliau mengatakan tidak dapat berjumpa walau dimana juga. Jadi
kata muktamad bagi pencarian itu ialah dianggap beliau sudah tiada dan tidak
diketahui dimana kuburannya berada. Selepas itu kawan sudah tidak punya
apa-apa tujuan dan ingin pulang saja ke Johor tetapi Long Kasim telah
mempelawa mengikutnya dalam satu lagi kerja besar katanya, jadi kawan
tunggu saja disitu beberapa hari lagi. Kerja besar yang dimaksudkan ialah
untuk mengangkat keluar 3 buah lori balak yang jatuh kedalam gaung diBukit
Sembilan Jalan Merapoh ke Gua Musang. Maka beliau telah menggumpulkan
rakan karibnya iaitu Cikgu Wahab cucu tok Bahaman dan Abang Malek cucu
tok Gajah menyertainya dalam operasi itu. Kawan telah diperkenalkan kepada
semua rakan-rakan karibnya itu sebagai adek angkat Long Kasim, jadi mereka
tidak berkata apa-apa dan tidak membantah jika kawan turut serta. Apabila
hari telah malam kami pun berangkat ketempat itu. Mereka telah membuat satu
upucara ditempat kejadian itu dengan semua peralatan dan juga seekor
kambing hitam telah dikorbankan disitu. Kawan hanya memerhati apa yang
mereka buat. Setelah selesai, kami pun pulang kerumah. Keesokan pagi kami
pergi lagi ketempat itu lebih kurang jam 10 pagi bersama-sama taukey kilang
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 30/49
balak dari Raub, tuan punya lori dan kayu-kayu balak itu. Taukey itu sungguh
terperanjat bila mendapati kesemua lorinya telah berada diatas jalan semula
dengan semua kayu-kayunya terikat elok diatas lori. Hanya 1 dari 3 keadaan
lorinya yang agak rosak dan tidak boleh bergerak, itu tidak menjadi masaalah
kerana maseh boleh dibaiki. Yang merungsingkan Taukey itu ialah kayu-kayu
dan pemandu lorinya saja. Pemandu dan pembantunya berjaya terjun sebelum
lori itu jatuh kedalam gaung dan kesemuanya terselamat. Sekarang bagaimana
boleh lori yang telah terhumban itu boleh naik keatas jalan hanya dalam satu
malam tampa menggunakan krin ? Inilah tanda tanya yang bermain dikepala.
Taukey itu memberi upah kepada Cikgu Wahab dan mengucapkan terima kasih
kemudian dia beredar untuk menguruskan lori dan kayu-kayunya itu. Kami
semua kembali semula kepekan Kuala Lipis untuk melihat wang dibayar untuk
kerja-kerja itu. Taukey itu membayar 30 ribu untuk kerja yang mereka buat,
jadi dibahagi tiga dapatlah seorang 10 ribu ringgit. Sungguh lumayan
pendapatan mereka dengan usha yang sedikit, semuanya dengan pertolongan
sahabat long Kasim "Pantas Diawan". Tuan-tuan tahu apa dia Pantas diawan
itu ? Ia merupakan seekor Jin dari keluarga Ifrait yang juga dipanggil dengan
nama Hantu Galah, Hantu Tinggi dan Raksaksa panggilan mengikut daerah.
Ia akan membesarkan dirinya hingga sampai keawan apabila kita melihatnya
selain mempunyai mata tiga dan tanduk tiga juga. Hantu Ini cukup bencikan
kawan sebab kawan selalu mengnyendirnya dengan bahasa yang sangat pedih,
dan dia selalu kawan minta hadir dihadapan kawan tetapi dia sentiasa
mengelak. Sebenarnya Long Kasim mempunyai muslihat supaya kawan
mengambil sahabatnya itu sesudah dia tiada esok. Tetapi kawan sendiri
mempunyai banyak alasan dan sentiasa menolak pemberiannya itu sebab ia
bukan menyenangkan, sebaleknya menyusahkan. Disinilah Long Kasim tidak
dapat berbuat apa-apa walaupun cuba menunjuk kebolehan Jin itu dihadapan
kawan. Kawan sendiri lebih faham bahasa Jinnya itu dari Long Kasim sendiri.
Ia sangat licik dan pandai menipu.
Begitulah cerita Long Kasim dengan Sahabatnya yang menyusahkan Long
Kasim untuk mencari pewaris kepada sahabatnya itu apabila ia mahu
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 31/49
meninggal esok kerana dia sendiri tidak mempunyai anak dari darah dagingnya
sendiri. Inilah salah satu masaalah jika bersahabat dengan Jin yang memuntut
diwariskan kepada ahli keluarganya. Inila yang dinamakan Saka.
12) MANUSIA IBLIS.
Manusia Iblis adalah asalnya merupakan seorang manusia biasa yang suka
menuntut ilmu kebatinan, peringkat demi peringkat sehingga ia akhirnya
bersatu dengan Iblis dan menyerupai Iblis 100%. Asal mulanya amat berminat
memiliki ilmu sakti dan samggup melakukan apa saja yang diperintahkan
kepadanya asalkan matlamat memiliki ilmu itu tercapai. Ia juga dididik oleh
Bentara Guru Perguruan Kebatinan yang banyak tumbuh di merata tempat di
Indonesia. Malahan dia sanggup membunuh guru-gurunya untuk menjadi
yang terakhir memiliki ilmu-ilmu tersebut. Dari satu Bentara Guru kepada
Bentara Guru yang lain sehingga tiada lagi Guru yang mahu menerimanya
menjadi akan murid. Siapa yang mahu untuk menjadi gurunya kerana semua
bekas gurunya akan dibunuh setelah ia tamat berguru. Begitulah arahan yang
diterimanya daripada Iblis jika ia mahu menjadi yang terunggul diantara
semuanya. Apabila ia telah sanggup berbuat semua pekara yang disuruh oleh
Iblis akhirnya dia hanya berguru dengan Iblis itu sendiri sahaja, Orang yang
kawan maksudkan ini adalah ;
SABDO
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 32/49
Ia adalah merupakan manusia sakti yang menjadi penasihat diraja dan juga
merupakan Pornakawan kepada semua Raja Majapahit dari yang pertama
hinggalah yang terakhir. Raja Majapahit yang terakhir adalah Prabu
Brawijaya yang ditabal dan naik memerintah sekitar tahun 1470 selepas
Ayahdanya Mangkat. Apabila agama Islam berkembang yang dibawa masuk
sekitar tahun 1472 oleh Walisongo, maka ia dianggap satu ancaman kepada
kerajaan Majapahit. Tetapi Prabu itu tidak pula mengarahkan supaya ia
dibentras dari awalnya kerana mengatahui akan kelemahan balantentera
semakin nyata. Maka Walisongo telah mengaturkan stratigi untuk memasuki
Istana bagi berdakwah kepada Prabu sendiri agar menerima Islam sebagai
agamanya. Prabu sendiri ingin mengatahui kenapa rakyatnya berbondon-
bondon memasuki agama ini, maka itulah sebabnya ia membenarkan
Walisongo mengadap dan memberi penerangan kepadanya. Prabu sebenarnya
telah tidak menghiraukan akan nasihat Sabdo Palon supaya tidak menerima
mereka mengadap. Inilah salah satu sebab kenapa Sabdo Palon menyimpan
dendam terhadap Prabu itu sendiri. Maka pada sekitar tahun 1478 apabila
Sabdo Palon sebagai Pornakawan, Penasihat, Pemelihara, Penjaga, pelindung
dan sebagai Pelayan Raja yang seperti abdi yang setia diminta oleh Prabu
Brawijaya untuk memelok dan menerima Islam, maka Sabdo Palon sungguh
marah dan menolak permintaan Prabu dengan amaran yang amat keras. Selain
akan keluar dari Istana dan mengumpul semua balatentera yang setia
kepadanya kemudian akan menyerang balas Istana Prabu bersama Walisongo
sekali, beliau juga telah melontarkan sumpahannya yang antara lainnya
disebutkan begini ;
" Sabdo Palon matur sungal, yen kawula maboten arsi angrakus agama Islam,
wit kulo puniki yeti, rantuning dan yang Jawi, gomong marang anak putu,
sagunging priprayangan, kang dumunung tanah Jawi, wus pinesti sayeki
pisahan... Kawalan paduka Nata, wangsul maring kajiman mami, mung kulo
matu pitungkas, mabenjing ing sapungkur mani, yan mus prapta kang waci,
jangkap gangsal arus tahun, awit dinten punika, kulo gentos ing agami, agami
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 33/49
budi kulo sebar nan tanah Jawi... Sintan tan puron ngang giyo, yakti kulo risak
sami, sunayakan bala kulo, bekasakan ropi ropi, dereng lega kang ati, yen
dereng lebo tempor, kulo damel petanda, pratane tembayan mami, hardi Merapi
wes ajebiub mili lahar... Ngibol ngilen purugira, nganda banger iekang
warih, ingeh punika wekdal kulo, wiwit ngebar agama budi luhor, netapi janji
mami, angree kodrat satuhu krasaning Djwata, sedaya gilir gumati, maboten
kenjing alamu hingga wahana."
Terjemahan :
" Sabdo Palon membantah keras, Hamba tidak akan masuk agama Islam,
Sebab hamba ini sebenarnya adalah Raja dari Diyang (dewa penunggu) tanah
Jawa, yang ditugaskan dan di pertanggung jawabkan mengajar anak cucu dan
segala Jin priprayangan yang berada ditanah Jawa, sudah ditakdirkan hamba
akan berpisah... dengan Paduka Raja, kembali ke Kerajaan Hamba, apabila
sudah tiba masa genap 500 tahun, sejak dari saat ini agama Islam akan hamba
ganti dengan agama Kebatinan yang akan tersebar diseluruh tanah Jawa,
barang siapa yang tidak mahu menerima agama Kebatinan akan ku
hancurkan, aku perintahkan pengikut dan balatentera ku dari segenap lapisan
masyarakat, aku belum merasa puas hati kalau belum hancurlebur, aku beri
petanda apabila gunung berapi telah meletup dan memuntahkan lahar ke Barat
Daya mengalirnya, yang berbau hanyir airnya itulah saatnya, aku penyebar
agama Kebatinan akan menetapkan janjiku sesuai dengan kehendak Dewata,
segalanya bergerak selih berganti, oleh itu jangan diam lengah sebelum
tercapai tujuan ".
Maka dia pun keluar dari Istana dan mengumpulkan balatenteranya dan
menyerang Prabu dan Walisongo. Berlakulah peperangan Majapahit yang
terakhir. Prabu yang lari dari Istana telah berjaya mereka bunuh. Maka
mereka menyerang pula tentera Walisongo yang ternyata sangat kuat, akhirnya
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 34/49
mereka semua kalah. Yang tinggal hanyalah Sabdo Palon (SP) seorang
menghadapi Walisongo 9 orang. Setelah beberapa lama mereka bertarung
ditanah, diatas laut, diatas pokok, diudara, diatas awan, walisongo
semamangnya telah mengatahui SP yang sangat sakti tidak akan mati dengan
apa juga senjata. Walisongo hanya ingin menangkap dan memenjaranya saja,
tetapi tidak berjaya. SP akhirnya berundur dengan berjalan diatas air laut
Selatan dan menghilang. Disitulah Kerajaan yang dimaksudkannya. Disini SP
telah mengumpulkan balatenteranya dengan mengambil roh-roh manusia yang
setia dengannya, Penganut Ilmu Kebatinan dan orang-orang yang mengambil
Jin untuk menjadi sahabat mereka dialam sebelah Timur ini. Sehingga
sekarang ini masih ada pesentren Perguruan Sabdo Palon yang telah diambil
dan dijaga pula oleh anak-anak buahnya hingga kehari ini. Manakala pada
tahun 1479 berdirilah kerajaan Islam Pertama di Pulau Jawa iaitu Kerajaan
Demak yang diketuai oleh sahabat dan juga anak angkat kepada Sunan Ampil
iaitu Raden Patah dengan gelaran Syeikh Maulana al Fatah yang
berketurunan Raja Majapahit juga.
Sabdo Palon (SP) ini merupakan anak didik Izazil (Iblis agung), buktinya ialah
dengan kesaktian yang dimilikinya mirip yang dikurniakan Allah swt kepada
waliallah (sama taranya) Yang mustahil manusia biasa boleh menyampai.
Keduanya dia telah menyampai kepada taraf sama dengan Iblis Izazil yang
tidak akan mati sehingga hari kiamat dan dia telah diberi sebuah Kerajaan
disebelah Timur ini oleh Izazil untuk ditadbirnya. Keempat ia penyebar dakyah
agama ciptaannya sendiri iaitu Kebatinan yang boleh diubah suai mengikut
kehendak penganutnya. Ia adalah agama ciptaan manusia yang benar-benar
mirip pula dengan agama Islam ciptaan Allah swt. Begitu tinggi fitnah yang
diciptanya sama tarafnya dengan Dajjal yang memfitnah agama Nabi Musa as
dahulu. Menjadikan dia ialah Manusia Iblis kedua selepas Dajjal. Jika Dajjal
diletak disebelah barat maka SP di sebelah Timur. SP juga telah mendidik
seorang anak perampuannya untuk menjadi sepertinya. Setelah anaknya itu
benar-benar menyampai ketaraf yang diharapkan olehnya maka kerajaannya di
Lautan Selatan ini diserahkan kepada anak perampuannya itu, dia telah diberi
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 35/49
pula sebuah kerajaan didaratan iaitu dipuncak paling tinggi didunia iaitu
Gunung Everest. Dikedudukan itu SP berada ditengah-tengah diantara dua lagi
agama ciptaan Izazil iaitu Hindu diIndia dan Buddha diTibet. Disini dia telah
diangkat menjadi Maharaja Salju dan berkedudukan tertinggi sekali diantara
manusia paling jahat didunia. Jadi SP juga dikenali dengan banyak gelaran
antaranya ialah Sunan Polon, Dewa Agung Kebatinan, Maharaja Manusia
Iblis, Maharaja Salju, Dewa Tertinggi Manusia Iblis, Dewa Penjaga 3 agama
dll. Semua agama-agama sesat disebelah timur ini adalah berasal darinya.
Anak perampuannya itu ialah Nyayi Lorogidul yang banyak meninggalkan
kesan membawa ilmu Kebatinan di Pulau Jawa. Ia juga telah berjaya
menyesatkan jutaan manusia mengikutinya kerana tertipu akan dakyahnya.
NYAYI
Merupakan anak tunggal perampuan kepada Sabdo Palon. Ia dipelihara
sendiri oleh SP dan Ibunya telah dibunuh untuk persembahan SP semasa
menuntut dahulu. Lorogidul sendiri telah menyerahkan dirinya kepada
Bapanya sebagai "Bersatu", yang dengan sendirinya menjadi "Isteri" kepada
Bapa Iblis itu. Itulah sebabnya Lorogidul tidak pernah kawin dengan sesiapa
selepas itu. Perbuatan "Sumbang Muhram" ini kemudian diajar pula kepada
manusia lain yang ingin menyampai sesuatu darjat Kebatinan. Jika kaum
wanita dengan Lebiannya maka kaum lelaki pula dengan Liwatnya. Inilah
sebabnya pekara ini telah tersebar luas di Jawa. Tampa segan silu lagi, acara
ini dijadikan pesta kaum Kebatinan sekarang ini. Inilah wadah dakyah terbaru
puak Kebatinan bagi menarik minat golongan muda mudi memasuki agama
Kebatinan dengan sajian sex bebas pula.
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 36/49
Setelah bapanya meninggalkan Pulau Jawa dan memasuki alam ghaib
diKerajaannya di Laut Selatan. Maka tempat SP diganti oleh Lorogidul pula
sekitar tahun 1480. Semasa itu dia telah pun menyampai tahap tertinggi Ilmu
Kebatinan. Jadi apabila agama Kebatinan itu kalah dalam perang dengan
Kerajaan Demak pimpinan Walisongo. Maka agama Kebatinan telah diajar
secara senyap-senyap dikampung-kampung pendalaman. Mereka lari dari
wilayah Majapahit keceruk negeri untuk mengumpul semula orang-orangnya
dan mengambil penuntut baru. Nyayi Lorogidul menjadi popular pula apabila
dipenghujung pemerintahan Kerajaan Demak yang semakin lemah dan
ditambah pula akan kemasukan Belanda di Pulau Jawa. Jadi pada waktu itulah
kebangkitan semula Ilmu Kebatinan semakin dekat dihati masyarakat Jawa
kerana ingin mempertahankan negara dari kemasukan Belanda yang kejam.
Mereka mencari perlindungan dari penuntut-penuntut sakti yang diajar oleh
Nyayi Lorogidul yang disuruh untuk kesegenap penjuru Wilayah dan Negeri
bagi mengambil penuntut baru dan tawarkan keselamatan oleh mereka.
Itulah sebabnya Pesentren Perguruan mereka kebanyakannya diceruk-ceruk
kampung hingga kehari ini, tetapi sekarang dibuka dibandar-bandar kerana
keterbukaan masyarakat Jawa dalam menerima apa saja agama mengikut
Hukum Pancasilanya selepas Merdeka dari tangan penjajah. Malahan agama
Kebatinan telah mendapat waktu siarannya sendiri dikaca TV bagi menyebar
dakyah nya dihalayak ramai yang juga dikenali dengan nama Kepercayaan
Kebatinan atau Aliran Kebatinan. Kalau di Malaysia, salah seorang penuntut
Aliran Kebatinan yang paling popular ialah Mona Efandy yang dihukum
gantung kerana membunuh seorang wakil Rakyat yang bergelar Dato dari
Pahang. Anda ingat lagi akan peristiwa itu ? Nah... disinilah beliau belajar,
diPesenteren Perguruan Kepercayaan Kebatinan Laut Selatan di Jokja. Ia anak
murid kepada Lorogidul atau nama-nama lainnya ialah Mak Lemper, atau
Ratu Laut Selatan, Maharani Dewa Manusia Iblis, Puteri Laut Selatan dan
banyak lagi nama yang diberi oleh anak muridnya. Kesaktiannya setara
gurunya juga iaitu Sabdo Palon yang juga bapanya. Maka tidak hairanlah
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 37/49
beliau juga telah dihalau keluar oleh keponakan Walisongo juga setelah kalah
dalam pertandingan Ilmu Batin, atau Ilmu Dalam apa bila markasnya diserang
oleh penuntut perguruan Walisongo kerana mereka telah bertambah
mengancam kedudukan Umat Islam sekitar Kacamatan wilayah-wilayah Jawa
Tengah pada sekirtar tahun 1520. Ratu Manusia Iblis ini juga tidak boleh
dibunuh dan tidak akan mati sehingga hari kiamat. Yang boleh dibuat ialah
menghalaunya kembali ke Kerajaannya di Laut Selatan, iaitu lautan mengadap
ke Australi. Begitulah ceritanya Manusia Wanita Iblis yang telah bersatu 100%
dan menjadi Iblis seperti juga ayahnya Sabdo Palon.
SEIKH SITI JENA
Seorang lagi pengikut Sabdo Palon secara senyap ialah Seikh Siti Jenar.
Ajarannya telah menyusup masuk kedalam Masyarakat semasa
keberlangsungan ajaran Walisongo telah begitu hebat dipelajari oleh
masyarakat di Selurh Kepulauan Jawa. Agama Islam yang diajar oleh
Walisongo berkembang begitu pesat dan dikala itulah Seikh Situ Jenar
membuka juga pondok Pesentrennya yang mengajar "Tarikat" sesatnya.
Sebenarnya ia hanya mirip kepada ilmu Tarikat disebaliknya ia mengajar
agama kebatinan jika kita teliti akan ajarannya dan kitab-kitabnya. Beliau telah
memfitnah ajaran Walisongo, Tarikat Al Hallaj, Semua bentuk ajaran benar
Tarikat dan Flasafah Wahdatul Ujud sebenar dan memfitnah Rasullah saw
sendiri. Atas sebab hendak menyampai secara jalan singkat, maka ia memuntut
dengan Sabdo Palon sendiri secara senyap supaya masyarakat tidak perasan
akan kecacatan didalam ajarannya. Beliau juga sakti yang menyerupai
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 38/49
koramah Walisongo. Maka masyarakat telah menjadi keliru dan terperangkap
dengan dakyah songsangnya.
Sebenarnya beliau bukanlah anak jati Jawa, beliau berasal dari Iran dan nama
sebenarnya ialah Abdil Jalil. Setelah sekian lama tinggal diJawa maka ia amat
faseh berbahasa jawa malah telah juga berkahwin dengan wanita Jawa. Antara
ajarannya yang sungguh mengelirukan penuntut Tarikat ialah :
1) Berpegang dengan falasafah sesat menyerupai "Wahdahtul Wujud" yang
beranggapan iaitu "Menunggaling Kawlo Gusti, Yo Allah yo insun, yo insun yo
Allah" . Bahawa hamba itu tuhan, tuhan itu hamba. Maknanya manusia bila
telah menyampai makrifah itu bersatu dengan tuhan terus yang amat jauh dari
tafsiran sebenar Makrifatullah. Inilah yang dipegang oleh Ahmad Laksamana,
Ayah Pin, Rasul Kahar, Baginda Mokthar dll.
2) Jika telah menyampai makrifat, maka syariat sudah tidak perlu lagi dibuat.
Orang yang melakukan syariat ialah orang awam dan orang bodoh. Ia telah
terlepas dari hukum Syarak dari melakukan semua tuntutan syarak kep
ada dirinya. Maka kesannya, banyaklah orang-orang yang tidak mahu atau
malas berabadah menjadi pengikutnya. Malah mereka bebas minum arak tetapi
mengaku Islam. Ia mengisi ruang kosong yang ditunggu-tunggu oleh orang
yang tidak mahu solat, puasa, zakat dan naik haji yang terang-terang sesat dari
akidah islam sebenar.
3) Hidup dan mati adalah sama saja, mati tu hidup, hidup tu mati. Jadi ia boleh
membawa kepada manusia menjadi hampa dan tidak percaya lagi khada dan
kadar Allah swt. Manusia tidak mahu lagi berusaha untuk menjalani hidup,
malas dan tidak berkeyakinan lagi mahu berkerja kuat. Sedangkan ia adalah
dituntut dalam Islam, berkerja untuk menyara hidup diri dan keluarga. Maka
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 39/49
mereka akan menjadi pengemis saja kononnya "zuhud" yang membuang hidup
didunia. Padahal jika mereka mati didalam keadaan ini, matinya dikira didalam
kesesatan yang nyata.
4) Syurga dan Neraka telah ada didalam diri anda sendiri, jadi anda tidak perlu
menunggu hidup selepas mati kerana ia sama saja. Fahaman seumpama ini
akan membawa kepada manusia hilang maruah dirinya dan akan sesat yang
jauh. Mereka boleh ikut suka hati mereka saja untuk berbuat samaada disukai
orang atau tidak, hak orang menjadi hak dirinya, Isteri orang juga isterinya,
harta benda orang juga menjadi hartanya. Ia bebas berbuat apa saja kerana
tiada lagi dosa dan pahala. Perbuatan jahat sama saja dengan perbuatan baik.
Dialah penentu syurga dan neraka itu. Perbuatan yang sedap, lazat, senang,
kaya dan gembira itu surga dan perbuatan yang susah, payah, di benci, miskin
dan yang buruk-buruk itu semua neraka. Jadi ambil surga saja, atau semuanya
surga saja jika ia menyenangkan hati. Tak ada duit rompak, samun. Tak ada
bini, rogol anak orang, bini orang. Ambil hak orang sesuka hati. Pergi ke kedai
ambil saja barang tak payah bayar. Ada duit berjudi dan main nombor ekor, ia
surga kerana kegemarannya dan hobinya. Perbuatan itu mamalukan diri
sendiri kerana tidak bertamadun, seperti orang zaman jahiliah yang tidak
mengenal hukum jenayah negara dn hukum Islam.
5)Allah dan Muhammad adalah dua dalam satu tak boleh dipisahkan,
hambanya yang lain yang menyampai makrifah pun begitu. Muhammad adalah
nur atau nur muhammad, sedangkan nur itu pula adalah cahaya, oleh itu
hidup dan cahaya adalah satu. Bermakna Nur muhammad itu ada dalam diri
kamu, jadi kamu juga rasullah. Ini benar-benar memfitnah Nabi Muhammad
saw daripada menyamakannya dengan Allah swt, hingga kamu juga sama
macam Nabi. Naauzubilahiminzalik... Mahasuci Allah swt yang hendak
disamakan dengan mana-mana makhluk dan mahasuci Rasullah saw nak
disamakan dengan manusia biasa yang banyak dosa ini. Fikirlah kesannya.
Kalau dah manusia itu tuhan, semuanya halal baginya, tak ada dosa dan pahla,
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 40/49
kawin ikut suka guna "Nikah Batin" saja, dan sebagainya lagi. Tidak ke
manusia itu sudah menjadi Iblis. Inilah ajaran agama kebatinan Sabdo Palon
yang diadaptasi oleh Seikh Siti Jenar dalam pembelajaran di pondoknya.
Bahkan telah diikuti oleh ramai tok-tok guru palsu di Malaysia yang
diceritakan dengan megah dikedai-kedai kopi seluruh negara oleh anak-anak
muridnya pula.
6) Solat tak perlu wuduk, rukuk, sujud dan semua gerakkerjanya, hanya perlu
daim atau diam sahaja iaitu mendam dalam rasa saja atau semadi juga
dipanggil "sembah Roso". Inilah yang paling disukai oleh mereka yang malas
solat. Pakai diam saja, dah kata solat. Dalam tandas pun boleh solat malah
dimana saja boleh solat. Bersetubuh dengan isteri pun dikata solat, lepas tu tak
payah mandi junub hanya basuh saja. Betul-betul macam orang kafir. Dalam
islam tidak pernah diajar pekara begini. Malahan pengikutnya jika lalu di
Madrasah atau Mesjid hendak saja mereka bakar Mesjid dan Madrasah itu.
Mereka akan terpekek-pekek menyendir perbuatan Azan itu sambil
menyumpah-nyumpah mereka yang pergi solat berjemaah. Pernah disatu
kejadian mereka melimpar bom api diMesjid, menghalang orang Islam masuk
kedalam Mesjid untuk solat Jumaat hingga polis campur tangan dan banyak
lagi pekara yang sesat dan salah telah menular didalam Masyarakat diseberang
hingga kehari ini.
Begitulah sebahagian contoh-contoh ajaran Seikh Siti Jenar (SSJ) yang segar
hingga kehari ini walaupun dia telah tiada hampir 600 tahun. Jika kita buka
buku sejarah Walisongo, SSJ telah dihukum bunuh tatapi mayat dan
kuburannya telah dirahsiakan. Tetapi mengikut guru-guru pengajian mereka
bahawa SSJ tidak mati, malah ghaib seperti SP dan Nyanyi Lorogidul juga.
Dikatakan bahawa SSJ sekarang tinggal di dalam sebuah kerajaan yang
menempatkan semua ahli dan anak muridnya seperti sebuah syurga. Jadi
inilah yang menguatkan lagi cerita bahawa SSJ adalah anak murid SP dan kini
mendiami salah satu Kerajaan ciptaan Izazil Iblis. Selayaknya ia juga tergolong
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 41/49
sebagai salah seorang dari Manusia Iblis juga.
Sesiapa yang telah tersasar dan telah mempelajari Kepercayaan Kebatinan atau
"Tarikat sesat" atau Aliran Kebatinan yang mirip ketiga-tiga mereka diatas ini
dinasihatkan agar segera kembali kepangkal jalan. Ditakuti anda mati didalam
keadaan yang berkedudukan kesesatan yang jauh ini. Malah anda akan
menjadi hamba abdi mereka sampai kiamat dan dihumban kedalam Neraka
Jahanam seperti yang telah dijanjikan untuk selama-lamanya. Berhati-hatilah
dengan dakyah mereka.
RAJA-RAJA JIN DIALAM ATAS YANG BERAGAMA ISLAM :
Terdapat 7 kerajaan alam atas yang diperintah setiap satunya dengan seorang
Raja. Raja-raja tersebut adalah seperti berikut :
1) Jibriyaail
2) Mikiyaail
3) Samsamaail
4) Ruqiyaail
5) Kasfiyail
6) Sarfiyaail
7) Ainyaail
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 42/49
RAJA-RAJA JIN DIALAM BAWAH YANG KAFIR :
Terdapat juga 7 kerajaan alam bawah yang diperintah setiap satunya dengan
seorang Raja. Raja-raja tersebut adalah seperti berikut :
1) Akhmar
2) Burkhan
3) Syamhurisah
4) Mazhab
5) Marrah
6) Maimon
7) Zubaiah
RAJA-RAJA KERAJAAN JIN IFRAIT :
Terdapat 4 kerjaan yang besar golongan Jin Ifrait diseluruh alam ini. Mereka-
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 43/49
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 44/49
antara suami isteri, adek beradik, sahabat handai, jiran tetangga. Memutuskan
siratulrahim, kekeluargaan, jemaah dan seumpama dengannya.
2) Mabsuut - Tugasnya ialah untuk merasuk dan mengasut manusia supaya
memfitnah, mengadu domba, dengki khianat, berlaku summah dan seumpama
dengannya.
3) Thubar - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia yang ditimpa masaalah,
musibah dan bala bincana supaya berputus asa akan rahmat Allah swt. Mereka
menyumpah-yumpah dan memaki hamun marah kepada Allah swt kerana
ditimpakan musibah itu.
4) Zalanbur - Tugasnya ialah untuk merasuk dan mengasut manusia supaya
bergaduh, bertengkar, bermusuhan, bertumbuk dan membunuh. Orang yang
dirasuk ini selalu mendapat gelaran atau nama panggilan kerana terkenal akan
sifat panas barannya contohnya Man Rimau, Dol minyak, Mat Kepala Angin
dll.
5) Al- Anwar - Ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia supaya
berbuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti
berjudi, nombor ekor, gejala sosial, minum arak, sumbang mahram, onani,
berzina, lebsian, sex bebas, Homosexsual, Liwat. Mereka pada mulanya hanya
mencuba dan berjinak-jinak akan pekara-pekara diatas, tetapi mereka tidak
tahu sekali saja mencuba ia akan membawa kepada ketagihan yang
kemudiannya menjadi hobi, seterusnya menjadi kegemaran dan akhirnya
ketagihan yang tidak dapat lagi keluar akan masaalah itu. Contoh yang paling
keji sekali ialah Homosexsual dan Liwat, mereka yang telah mencuba sekali
akan terus kekal sampai mati, amat sukar sekali ingin membuang tabiat itu
walau dicuba beberapa kali, ia tetap sama. Terus dengan kerja keji dan maksiat
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 45/49
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 46/49
MANAKALA MALIAKAT YANG MENJAGA DAN MEMANTAU AKAN
KESEMUA KERAJAAN DAN SELURUH GOLONGAN JIN DARI YANG
KECIL SAMPAI SEBESAR-BESARNYA IALAH :
MALAIKAT MAITHOTORUN atau KUTUBUL
JALALAH
Dengan ini maka lengkaplah keseluruhan Kerajaan Jin atau disebut juga
dengan nama yang paling popular dipanggil Alam Iblis. Telah diceritakan dari
mula sampai akhir yang dirasakan tiada satu pun yang tertinggal lagi.
Sekarang anda semua telah mengatahui dengan lengkap akan Alam Iblis yang
menjadi musuh kamu yang paling nyata walaupun telah dijadikan ia tidak
dapat dilihat dengan mata kasar kita. Tetapi ketajaman naluri dan pandangan
basrah mampu melihat segala kegiatan jahat mereka yang sentiasa mahumenghancurkan setiap jiwa daripada umat Islam. Maka carilah jalan keluar
dan jangan lagi seronok bersama mereka itu walaupun apa alasan yang diberi,
mereka ini akan tetap memusuhi kamu luar dan dalam. Berpegang teguh
dengan Iman yang telah dilengkapi oleh Allah swt pada setiap individu, tiada
alasan yang kamu boleh beri esok hari dihisab seluruh jenis amalan kamu
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 47/49
semasa didunia, dihadapan Allah Rabuljalil di Yaumil Mahsyar. Tiada siapa
lagi yang akan dapat menolong kamu disitu. Ingatlah janji ini benar.
CARA-CARA MENHINDARI DAN KELEMAHAN JIN.
Daripada keseluruhan cerita yang telah dipaparkan dari mukasurat 1
hinggalah mukasurat 4 ini maka bolehlah dibuat satu rumusan bagaimanakah
kita hendak menghindarkan gangguan Jin dn kuncu-kuncunya itu. Inilah yang
paling penting dalam semua ilmu terawal yang perlu ada kepada semua
"Murid" yang inginkan menempuh perjalanan menuju kepada Allah dalam
apa juga jalan atau Tariqat yang benar bukan yang palsu. Apabila kamu telah
sampai kepada Hakikat didalam Hakikat, mohon dengan izin Allah agar kamu
diperlihatkan alam yang kawan katakan ini. Disitu kamu akan nampak sendiri
akan semua dari apa yang telah kawan paparkan ini adalah benar belaka.
Kelemahan utama golongan Jin ini ialah apabila kamu melakukan ibadah tak
kira wajib atau pun sunat kamu masuk didalam wilayah Ikhlas dan Redha.
Didalam wilayah ini kamu tidak dapat lagi diganggu oleh mereka dari apa juga
golongan termasuk Qarin anda sendiri. Baharulah kamu akan merasa selesa,
tenang, khusuk dan rela didalam ibadah itu terutama solat. Masaalahnya
bagaimana kamu hendak masuk kedalam wilayah itu ? Ia adalah dengan
latihan yang beterusan. Tampa latihan kamu tidak mampu untuk masuk.
Masaalah selepas latihan ialah gangguan Saka, jadi saka hendaklah dibuang.
Jika tidak memang payah untuk masuk didalam Wilayah Ikhlas dan Redha itu
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 48/49
dengan adanya saka yang bergayut ditubuh anda. Itulah sebabnya kena ada
Guru, Guru yang ada jalan, jalan yang namanya Tariqat, Tariqat yang
berwisilah dan beribtah menyampai kepada Rasiallah saw. Rasullah saw adalah
penjamin seluruh umat Islam. Tampa Nabi tiadalah alam ini.
Dengan berdamping dengan guru kamu sentiasa akan dijaga rohani dan
jasmani. Sentiasa dikawal pergerakan anda walau dimana kamu berada. Jika
kita tidak kuat, ikut lah orang yang lebih kuat. Maka kamu juga tidak akan
diganggu oleh puak-puak jahat itu. Kerana mereka kalah dengan orang kuat
didepan kita itu. Maka terselamatlah anda. Jika kamu berjalan juga seorang
diri pastinya kamu akan diganggu, maka cara yang paling mudah ialah duduk
dengan mereka yang kuat-kuat itu. Ini adalah gambaran yang paling mudah
untuk kawan gambarkan akan setiap perjalanan menuju Allah. Jalan yang lain
amat tidak selamat, sebab mereka itu pakar serangan hendap dan pakar
mencolek hingga kamu tidak sedar kamu telah dicolek. Diharap anda semua
faham kenapa perlunya anda ada guru yang berwisilah dan beribitah.
PENUTUP
Maka dengan ini kawan akhiri rencana Iblis dan Alamnya - musuk kamu yang
paling nyata ini. Rasanya telah tertunai semua janji yang telah kawan buat bagi
menjelaskan kesemua bentuk makhluk halus ini. Diharap tuan-tuan dan puan-
puan semua berpuashati dengannya dan dengan ilmu yang sedikit ini mudah-
mudahan kamu akan berjaya menempuh perjalan kamu yang maseh jauh dan
8/14/2019 Iblis Dan Alamnya - Siri 4
http://slidepdf.com/reader/full/iblis-dan-alamnya-siri-4 49/49
top related