iblis dan alamnya (3)
Post on 01-Jun-2015
324 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
IBLIS DAN ALAMNYA (3)
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
2
IBLIS DAN ALAMNYA
Musuh Kamu Yang Paling Nyata
Mukasurat 3.
CIRI-CIRI ISTIMEWA SESAT GOLONGAN JIN :
Didalam ms2, telah dinyatakan latarbelakang dan ciri-ciri
makhluk Jin ini. Maka dimukasurat ini akan dilanjutkan
maklumat didalam tajuk yang sama ini. Diantara ciri-ciri yang
teristimewa yang ada pada makhluk Jin ialah mempunyai satu
jenis kuasa magik atau sakti atau luarbiasa yang mereka miliki
sama seperti Karomah yang dikurniakan kepada Waliallah atau
Mawanah yang di kurniakan kepada para-para Anbia, Solihin,
Arifin dan Mutaqin orang Islam Umat Muhammad saw. Inilah ciri-
ciri yang teristimewa yang telah dikurniakan Allah swt kepada
golongan Jin yang juga telah banyak menyesatkan golongan
Manusia kerananya. Manusia menjadi taksub kerananya, tak
tahu membezakan mana yang benar dan mana yang salah tetapi
Manusia ingin benar memiliki Ilmu Sakti ini hingga sanggup
datang beribu-ribu batu dari semua pelusuk benua dan negeri
untuk menuntut Ilmu ini. Mereka terang-terang mahu sesat dan
rela dipelakukan apa saja, asalkan niat mereka tercapai.
Begitulah taksubnya umat manusia akan Ilmu Sakti ini yang
hanya terdapat di Nusantara ini saja. Tidak terdapat dimana-
mana lagi, disinilah yang terhebat kata mereka. Memang telah
diperakui oleh semua sami-sami, tok tok pawang dan semua
ketua-ketua Biara dan kuil diserata dunia akan keampuhan Ilmu
Sakti Nusantara ini.
Bukan semua makhluk Jin ini mampu menguasai sakti itu, hanya
yang berpangkat Raja saja yang mampu. Samalah juga dengan
manusia. Kuasa sakti ini mereka gunakan untuk berbagai tujuan.
Pertama untuk mengelirukan manusia Islam supaya meyakini
bahawa mereka telah dianugrah Karomah. Pada manusia yang
cetek pengatahuannya tetapi berpihak kepada mereka, maka
akan mereka pamerkan kuasa itu, seolah-olah manusia itu telah
memiliki darjat disisi Allah swt. Ini biasanya zahir kepada orang
beragama contohnya Imam, Ustaz, khadi atau tok Guru yang
boleh menzahirkan emas, duit, batu-batu permata, senjata, keris
atau pun boleh mengubat penyakit yang kronik seperti barah
buah dada, barah usus, barah darah atau 'kena buatan orang'
dan lain-lain lagi. Biasanya Jin-jin Islam yang terlibat dengan
kerja seumpama ini mahukan pahala ibadah manusia warak itu
juga dapat pada mereka diakhirat nanti.
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
3
Kepada Mahaguru Persilatan, boleh memperturunkan Ilmu Kebal,
Ilmu Terbang, Apungan diri diudara, Jalan Atas Air, Boleh Hilang-
hilang, Boleh berada ditempat yang jauh dengan sekelip mata
saja, Ilmu Tempur Senjata, jika ditanam tak akan mati, di
tengelamkan dalam air tak lemas, meniti atas daun dll. Ini
melibatkan Jin-jin kafir biasanya kerana tipu muslihat ini untuk
manusia bertambah sombong, megah diri, bongkak, ego dan
seterusnya sesat mengikut mereka. Kesaktian ini terbahagi
kepada 3 kategori, iaitu Guru tahap rendah, Mahaguru tahap
pertengahan dan Mahaguru tahap tinggi. Jika tahap rendah
hanya mampu berbuat pekara yang juga tahap rendah saktinya
contohnya seperti memiliki Ilmu kebal dan Ilmu tempur sahaja.
Untuk peringkat pertengahan kesaktiannya selain memiliki Ilmu
Kebal dan Ilmu Tempur, juga boleh Hilang, Ilmu Apongkan Diri.
Manakala Mahaguru peringkat tertinggi biasanya tiada limit.
Kesemua yang disebutkan diatas dapat mereka kuasai setelah
pertapaan demi pertapaan berserta upucara persemadian ,
persembahan dan semahan darah dibuat. Berbagai lagi
peralatan dan upucara yang pelek mereka lakukan semata-mata
untuk menjadikan mereka manusia sakti diberbagai lapangan
dari satu tahap kesatu tahap hingga mereka juga bersatu
dengan Iblis sepenuhnya. Anak-anak muridnya cukup banga dan
megah dapat belajar dengan Mahaguru Persilatan yang
mempunyai pelbagai kesaktian dan biasanya menjadi Idola
mereka untuk menjadi sepertinya.
Ia juga akan hadir kepada Sami-sami dan Tok Cha atau Imam
atau ketua kepercayaan Kebatinan, Hindu, Buddha, Majusi,
Ajaran-ajaran Sesat Sembah Iblis dll sehingga mereka juga
sampai ketahap Wali Iblis atau Manusia Iblis tak mati hingga hari
kiamat. Begitu saktinya mereka ini kerana mereka "bersatu"
dengan Iblis. Selain itu mereka juga dapat menguasai kesaktian
yang dimiliki didalam Ilmu Persilatan seperti diatas. Ini juga
mempunyai 3 tahap kesaktian. Dari apa yang diteliti dari
penyelidikan ini, didapati tahap-tahap itu ialah peringkat
kesaktian rendah yang duduk pada pengamal kepercayaan
orang-orang Majusi, Buddha dan Hindu. Manakala diperingkat
kesaktian pertengahan duduk pada pengamal Ajaran Sesat
Sembah Iblis. Diperingkat tertinggi sekali kesaktian sehingga
digelar Manusia Iblis dan Wali Iblis ialah kepada pengamal
Kepercayaan Kebatinan yang mana mereka mewarisi
peninggalan Keilmuan dari pencipta agama ini dari Tok-tok
Dukun dan Pawang Kuno Bangsa Melayu dahulu kala. Mereka
inilah yang menyampai tahap tertinggi kebatinan dan bersatu
dengan Iblis dan menjadi Manusia Iblis yang jitu. Kesaktiannya
sama taraf dengan Karomah Waliallah dan tidak mati sehingga
hari kiamat. Bercita-cita untuk bersatu dengan Dajjal dan Izazil
didalam perang akhir zaman untuk menghapuskan Islam.
Mereka ini adalah pemuja dan kesayangan Dajjal dan Izazil.
Mereka yang duduk ditahap ini hanya seorang saja dan
diperkuat dengan pembantunya serta pemerintah kerajaan dan
balatenteranya yang sungguh ramai.
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
4
Kepada penyembah Iblis Pagan Kuno Yahudi, Kristian, Lucifer,
Illimunity, Secret Societies, Gog Magog, Anti Christ, Zionis, The
Hidden Hand (THH), Mession, The Wise Man, The All Seeing Eye,
Hiszul, Freemasons, Jesuit, Val Valerian, Rothschild, Rockerfeller,
Lucis Trust, Rosicrucians, Occultist, Gnosticsm, Kundallinions,
Theosopist, The Elite, Caucasians dan apa juga nama yang
berpihak kepada Izazil atau Azazel, semua mereka ini hanya
duduk dibawah sebagai balaci kepada tentera -tentera Manusia
Iblis tadi. Yang paling tertinggi dikalangan mereka ini hanya
sebagai Pengurus Logistik bala tentera Manusia Iblis keturunan
Melayu itu saja. Sedangkan yang lainnya hanya sebagai pencacai,
kuli dan tak menyampai kepada apa-apa yang disebut diatas tadi,
walaupun kelihatan sungguh berpengaruh, hebat, pandai, handal,
berkuasa, digeruni, memerintah semasa tinggal didunia, tetapi
disebabkan Izazil dan Dajjal telah memilih orang-orang hebatnya
dikalangan Orang Melayu juga. Jadi betapa pun mereka
mencuba "please" kan kepada Izazil, mereka tidak mampu
mencapai ketingian kerohanian Manusia Iblis Melayu itu,
makanya mereka akan duduk dibawah sebagai Pengurus
Logistik, pengangkat air minuman dan makanan juga sebagai
pengilat kasut tentera-tentera Manusia Iblis Melayu itu saja
dipeperangan akhir zaman nanti.
Sebabnya mereka itu tidak memiliki rohani dan kesaktian yang
menyampai kehendak Izazil Laknatuallah seperti yang dimiliki
oleh seorang berbangsa Melayu itu, Tidak cukup dengan jumlah
manusia yang mereka bunuh, mereka korbankan sebagai
upucara penyembahan saban tahun dan penciptaan bahan
peledak Nuclear serta serangan ekonomi , serangan keganasan,
serangan harga minyak, serangan kejatuhan mata wang,
serangan tentera pencerobohan Iraq dan Afganistan, Serangan
WTC New York, serangan pengeboman demi pengeboman
kepada manusia dimuka bumi ini termasuk segala konspirasi
konspirasi ganas mereka, Tak cukup....Tak cukup...Tak
cukup ????. Siapakah Melayu yang telah dapat menandingi
segala itu dimata Dajjal dan Izazil tersangat istemewa baginya
dibanding semua keganasan-keganasan yang disebutkan tadi ???
Akan kawan ceritakan siapakah Melayu-melayu yang
dimaksudkan itu nanti. Mereka yang telah ditabal sebagai
Manusia Agong Raja Iblis sebelah timur ini setaraf Dajjal
disebelah Barat itu. Kamu hanya nampak Kuman nun jauh di
Barat itu, Gajah didepan hidung kamu sendiri tidak kamu
nampak ??? Malahan beliau ini lebih licik , jahat dan zalim
dibandingkan dengan Dajjal itu. Mereka ini sepasang yang
lengkap - lelaki dan perampuan.......... Siapa kah nama-nama
Melayu itu.....tungguuuuu ??? apa patut kawan ceritakan
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
5
sekarang, atau ikut cara MF, Srikandi dan MO..... tarek masa
lama-lama sikit....... lama sikit.... sikit lagi...... apa pendapat tuan-
tuan dan puan-puan sekalian ???. Atau kita buka ini sebagai
soalan kuiz kepada pembaca seklian.... ???? Tolong bagi
jawapan anda di dlm komen dibawah dan post kepada atok
zamany ok, kita tengok siapa yang pandai ???
Untuk memudahkan pembaca meneka siapa kah gerangan
empunya nama itu, kawan sertakan sedikit petunjuknya seperti
dibawah ini :
Melayu Jawa, tahun 1478 utk lelaki nya, 1483 utk wanitanya,
semasa kerajaan Majapahit utk lelakinya, semasa Perang
Belanda utk wanitanya.... ini sejarah lama, cari dlm buku lama
atau kedai vcd cerita Indonesia lama. kawan dah cerita sikit dlm
komen di blog MF dulu, kalau anda masih ingat....cari pelan-
pelan mesti jumpa punya ???
Kita lupakan sejenak soal kuiz tu, kita sambung semula ya.
JIN YANG MENYERUPAI MANUSIA :
Jin ini boleh juga menyerupai Manusia, tetapi tidak berjisim,
berkulit, daging dan tulang. Ia boleh ujud menyerupai seseorang
yang kita kenal seperti Ibu kita, Bapa kita, Atok nenek kita, Guru
kita atau sesiapa saja yang dikenali bagi tujuan penipuan saja. Ia
tidak boleh kekal begitu selamanya. Sebagai contoh didalam
masyarakat Melayu yang bersahabat dengan Hantu Raya,
Jembalang , Pontianak, Penangal, Polong dan semua jenis ini
boleh menyerupai tuannya pada bila-bila masa diwaktu siang
atau malam. Jika tuannya keluar rumah, maka dia akan duduk
ditempat duduk kegemaran tuannya ( spt ditangga, beranda dll)
sama seiras. Jika kita tegur dia, dia tak menjawab dan
memalingkan mukanya kearah lain. Jika tuannya pergi agak
lama seperti keluar negeri berniaga. Ia akan memggangu isteri
tuannya dan tidur bersama seperti apa yang tuannya buat. Inilah
yang selalu mendatangkan masaalah kepada isteri tuannya itu
kerana sebagai isteri, dia akan tahu juga akhirnya perbezaan
antara suaminya dan makhluk belaan suaminya. Bagaimana jika
isterinya itu mengandung ??? kan timbul masaalah besar. Tapi
selalunya anak hasil hubungan dengan sahabat suaminya itu
tidak akan lahir (hilang dalam kandungan) atau mati tak cukup
bulan. Tak pernah pula kita dengar anak sebegini yang hidup
kerana ia akan dibunuh oleh Jin itu juga.
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
6
Begitu pun masaalah yang keji ini telah diketahui umum namun
perbuatan membela, bersahabat ini tetap juga berlaku hingga
kehari ini. Ya... dizaman Milineum ini pun masih ada orang
Melayu yang tetap dengan perangai kuno sebegini hanya
semata-mata mengejar kekayaan. Mereka tudak peduli akan
kehidupan akhirat, kesusahan anak isterinya dirumah,
rumahtangganya dan tohmahan jiran tetangga serta masyarakat
sekeliling, asalkan kaya raya. Malah pernah kawan bertemu
dengan isterinya dan anak-anak mendengar sendiri rintihan
mereka. Selain dari suka memakan bangkai ayam yang dibeli
dipasar (ayam akan dibiarkan di atas peti ais beberapa hari
hingga berbau bangkai). Anak gadisnya berumur 14 tahun yang
sulung juga pernah diperkosa oleh makhluk itu beberapa kali,
Isterinya pun sama tetapi bila mengadu dengan suaminya. Dia
buat tak tahu saja seperti tiada apa yang berlaku. Bila didesak
oleh Isterinya, sisuami mula marah dan memukul semua yang
ada dirumah itu. Tetapi bila kawan sendiri yang menegur dia,
seperti kebiasaannya ia mula mengamuk, memaki hamun
kerasukan jin dengan tiba-tiba. Kami terpaksalah pula
menangkapnya dan diserah kebalai polis untuk tindakan
seterusnya. Pekara ini nampak seperti tak logik, tapi ia tetap
juga berlaku. Inilah dunia akhir zaman. Astaghfiruallahalazim.
Penjelmaan Jin menjadi manusia ini bukanlah pekara baru, ia
telah wujud semasa zaman Rasuallah saw lagi. Menurut ahli-ahli
tafsir yang telah memberi contoh ayat al Quran yang
menjelaskan akan pekara ini, Firman Allah swt didalam surah al
Anfal ayat 48 yang mafhumnya ;
" Dan ingatlah ketika syaitan memperhiaskan usaha mereka
(menghasut rancangan jahat supaya dipandang elok dan diteruskan)
lalu katanya : kamu tidak akan kalah oleh orang-orang (kaum
muslimin) pada hari ini, sesungguhnya aku akan menolong kamu.
Tetapi tatkala pertempuran (kedua-dua pihak muslim dan kafir
hadap berhadapan) kedua golongan itu, syaitan itu mundur
kebelakang lalu berkata : Aku keluar dari golonganmu kerana aku
dapat melihat apa yang kamu tidak dapat lihat, sesungguhnya aku
takut kepada Allah dan Allah sangat keras siksaannya ".
Keterangan ayat ; diriwayatkan peristiwa ini berlaku ketika
Peperangan Badar ketika datang beberapa Syaitan kepada
orang-orang kafir Musyirikin yang menyerupai Suraqah bin Malek
dari suku Bani Bakr yang memang terkenal kerana permusuhan
dengan Bani Quraisy dengan menyatakan taat setia untuk
berperang bersama-sama mereka. Kaum Musyirikin yang pada
mulanya merasa takut sekarang menjadi berani kerana
penyertaan Bani Bakr didalam balatentera mereka. Setelah
persetujuan itu dibuat, maka pada hari berlakunya peperangan
sebenar diwaktu mereka telah nampak akan tentera kaum
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
7
Musimin berserta bala tentera Allah dari langit. Secara tiba-tiba
Suraqah bin Malek dan tenteranya (syaitan-syaitan) itu merasa
gerun lantas mengundurkan diri kerana ketakutan dan
meninggalkan pauk kaum kafir-kafir Musyirikin dimedan
pertempuran.
Dari peristiwa ini dapat dikupas tabiaat syaitan yang berpaling
tadah, semasa mengangkat sumpah mereka cukup berani
dengan kata-kata membangkitkan semangat kaum kafir. Tetapi
bila dilihatnya tentera Islam yang begitu ramai, mereka berpaling
dan lari. Didalam peristiwa inilah syaitan telah menjelma menjadi
manusia diantara puak orang kafir sebagai membangkit
semangat sahaja. Tetapi telah menipu golongan kafirun itu
diakhirnya, tinggallah mereka berhadapan dengan tentera
musimin dengan Allah swt telah gandakan balatentera Nabi
dengan kekuatan dilangit, hitam langit bumi semasa mereka
turun. Sebenarnya kaum kafir itu telah dikepong dari depan dan
belakang, kiri dan kanan mereka hingga mereka tidak mampu
bergerak untuk melarikan diri lagi. Maka mereka menjadi
habuan dihancur musnah oleh tentera kaum Muslimin keatas
musuh Nabi saw. dan musuh Allah swt itu.
Satu lagi riwayat yang telah dicatitkan didalam al Quran juga
didalam surah al Anfal ayat 30, Allah swt telah berfirman yang
mafhumnya ;
" Dan ingatlah (wahai Muhammad) Ketika orang-orang kafir
(Musyirikin Mekah menjalankan rancangan muslihat) memperdaya
engkau, supaya mereka memenjara engkau, membunuh engkau
atau menghalau engkau. Mereka itu memperdayakan
(menjalankan perancangan jahat), dan Allah memperdaya mereka
pula (mengagalkan perancangan mereka) kerana Allah sebaik-baik
memperdayakan (pengagal segala rancangan jahat mereka) ".
Keterangan ayat : Menerangkan satu peristiwa perancangan
jahat kaum Musyirikin Mekah di sebuah tempat bernama Dar
Nadwah perihal untuk menghapuskan Nabi Muhammad saw.
Ketika Bani Quraisy sedang berkumpul untuk bermusyuarat tiba-
tiba datang seorang bernama Syeikh an Najdi dari Bani Najdi
(penyamaran jelmaan Iblis) ingin menyertai musyuarat tersebut
dan secara khusus memberi pendapat supaya Nabi Muhammad
saw dibunuh saja. Setelah usul itu diperbahaskan dengan
terperinci maka mereka semua bersetuju dengan usul utama
Syeikh an Najdi tadi untuk membunuh Nabi. Allah telah
memberitahu Nabi untuk keluar bersama sahabatnya Abu Bakar
ra untuk keluar dari Mekah dan bersembunyi . Akhirnya Nabi
Muhammad saw telah terselamat dari cubaan bunuh itu.
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
8
Begitulah jelmaan Iblis yang menyerupai manusia bernama
Syeikh an Najdi untuk memberi pendapat disaat musyuarat
penting kaum Bani Quraisy dengan idea yang paling jahat telah
diberi dikala itu. Begitu buruk perancangan Iblis keatas Nabi
Muhammad saw, tetapi Allah swt lah pelindung kepada Nabi dan
menyelamatkan Nabi kita.
Golongan ini memang telah diakui boleh menyerupai Manusia,
bagaimana dengan menyerupai Nabi Muhammad saw ? Telah
dinayatakan didalam beberapa dalil didalam al Quran dan Hadis-
hadis dimukasurat 2 bahawa Allah tidak mengizinkan mereka
menyerupai Nadi Muhammad saw . Didalam Hadis Nabi juga
telah diakui bahawa golongan Jin, Syaitan dan Iblis tidak boleh
menyerupai Nabi Muhammad saw. Ia muktamad !
Tetapi tidak kepada golongan jahat ini, mereka akan cuba tipu
helah yang lain pula kepada manusia supaya manusia menjadi
sesat akidah dan syarak. Sebagai contoh, hayati cerita ini ;
Pada satu ketika datanglah seorang sahabat ketempat kawan
untuk menceritakan satu peristiwa pelik yang baru saja berlaku
keatas dirinya. Beliau telah bermimpi bertemu dengan Nabi,
katanya dengan serius. Beliau sebelum itu telah bermunajat dengan
mengerjakan puasa sunat beberapa hari dan solat sunat hajat 12
rakaat setiap malamnya. Memang dia berhajat untuk
dipertemukan dengan Nabi Muhammad saw. Beliau yang memang
kawan kenal merupakan seorang yang sangat wara' dan alim tetapi
tidak pernah belajar dimana-mana pengajian Syariat dan Fiqah.
Maka pada satu malam dari itu beliau pun bermimpi bertemu
dengan Nabi Muhammad saw. Beliau pada mulanya sangat pasti
itulah Nabi saw lama kelamaan ingin juga kepastian dari orang lain.,
jadi orang pertama yang dia ingat ialah Kawan. Jadi kawan
tanyakan keadaan mimpi beliau itu, gambaran yang jelas supaya
boleh ditentukan akan masaalah ini.
Digambarkan didalam mimpi beliau, pada waktu magrib dia hendak
ke Kolam belakang rumannya untuk mandi. Sesampai saja kekolam
tersebut, kelihatan seorang tua telah selesai mengambil wuduk dan
naik dari tangga kolam itu. Dia tidak berkata apa-apa dan juga
tidak memandang kepadanya. Tiba-tiba terdetik didalam hatinya
bahawa orang dihadapannya itulah Nabi Muhammad saw. Wajah
nya tidak dapat dilihat dengan jelas, lalu beliau pun melutut sambil
memegang tangan baginda dan menciumnya. Itu saja yang berlaku
dan dia pun tersedar dari mimpinya. Jadi dia mahukan pendapat
kawan. Kawan kata kan pada dia yang dia jumpa itu Iblis. Punyalah
teperanjatnya dia hingga hampir pingsan dia mendengar keputusan
itu. Lembik sekujur tubuhnya, mengelatar seluruh tubuhnya, peluh
bercucuran diseluruh mukanya, tergamam dan memendang tepat
kemata kawan dengan pandangan yang kosong. Kawan tenangkan
dia lebih dari dua jam. Setelah semangatnya kembali pulih dia
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
9
minta penjelasan selanjutnya dari kawan. Kenapa kawan katakan
itu adalah Iblis ???
Begini... jika benar itu Rasuallah saw. Kenapa dia diam ? kenapa dia
palingkan muka ? kenapa dia tak pandang mata awak? kenapa
tidak berpakaian dan hanya pakai tuala ? Siapa yang berkata-kata
dalam mimpi itu ? kenapa ditepi kolam belakang rumah ?
Bagaimana rupanya ?
Jawapan dan gambaran seperti diatas itu langsung tidak
menampakkan bahawa kamu betul-betul bertemu dengan Nabi
didalam mimpi kamu itu. Sepatutnya beliau akan memberi salam
seperti lazim yang beliau buat bila bertemu dengan tetamu. Dia
tidak akan memalingkan mukanya kepada umat kesayangannya.
Pandangannya redup dan shahdu tepat kemata kamu dengan
senyum yang sukar kamu nak lupakan manisnya. Beliau akan
berpakaian kemas dan memakai haruman dari wangian firdaus
yang kamu tidak akan lupa harumnya sampai bila-bila. Tempat
kamu bertemu dia selalunya di Mesjid Nabawi di Madinah.
Beliaulah yang akan memperkenalkan dirinya dengan sebutan yang
jelas namanya dengan penuh dan lengkap. Wajahnya akan dapat
kamu tatap sepuas hati tanpa rasa jemu dan tak dapat kamu
gambarkan indahnya hingga keakhir hayat kamu. Begitulah lebih
kurang gambaran yang sepatutnya kamu dapat bukannya seperti
yang kamu ceritakan mula-mula tadi. Lama kelamaan dengan
hujah dan penjelasan yang diberi, ia pun akur akan kelemahan
dirinya kerana bukan semudah itu untuk dapat bermimpi bertemu
dengan Baginda.
Daripada cerita diatas, dapat tak anda fahami apakah penipuan
yang telah Iblis lakukan ? Yang paling utama ialah Iblis tidak
mengaku dia tu Rasullah. Bukan dia yang mengatakan, tetapi
anda sendiri yang menyangka doa anda dah jadi nyata kerana
anda beramal. Iblis tidak bersalah, tetapi andalah yang bersalah
kerana menyamakan Nabi dengan yang lain sedangkan anda
sendiri tidak pernah melihat Nabi. Lagi pun sifat Nabi mestilah
sempurna, bukan jumpa belakang rumah, pakai tuala mandi,
rupa parasnya tidak kelihatan, tidak berkata-kata, tidak memberi
salam, jumpa depan tandas, jumpa ditengah padang, jumpa tepi
sungai, jumpa bawah pokok nampak hanya belakang Nabi dan
banyak lagi ciri-ciri yang menampakkan kelemahan Nabi.
Memang benar juga atas kehendak Allah segalanya mungkin dan
kamu boleh jumpa Nabi dimana-mana saja. Tetapi didalam soal
mimpi yang soheh dan benar ia tidak begitu. Ia mestilah tiada
keraguan sifatnya dan sentiasa akan menampakkan
kesempurnaan sifat Nabi yang Allah swt tetapkan keatas dirinya
semasa zahir (hidupnya dahulu) atau batinnya (kehidupan beliau
sesudah wafat) tanpa keraguan pada diri umatnya yang sangat
Nabi sayangi ini. Jangan mudah terperangkap dengan dakwaan
sesat seperti dakwaan sesetengah orang yang cuba memutar
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
10
belitkan Fakta. Seperti dakwaan Rasul Kahar, dakwaan Ayah Pin,
dakwaan Asyaari Arqam, dakwaan Ahmad Laksamana, dakwaan
Katijah Ali, dakwaan Aurad Ismailiah dan ratusan malah ribuan
dakwaan bertemu Nabi , mendapat mandat dari Nabi, diarah
mengantikan Nabi dan berbagai lagi dakwaan yang merapu, tak
tentu arah dan memutar belit fakta sebenar yang boleh
menyesatkan akidah kita. Jangan mudah tertipu dengan mereka
yang mengaku bermimpi atau bertemu Nabi begitu saja. Kaji
dulu akan kelebihan dan kekurangan diri mereka itu dulu.
Bagaimana nak bertemu Nabi jika syariat Nabi, akhlak Nabi,
Ibadah seumpama Nabi tidak kamu buat dengan tekun dan tidak
duduk didalam wilayah itu. Manakala keilmuan yang kamu ada
tidak menjurus dan berwasilah menyampai kepada Baginda ?
Jadi bagaimana dapat kamu jelaskan bahawa yang kamu jumpa
itu sebenarnya Nabi, sedangkan kamu sendiri merasa ragu akan
pekara itu ?
Lihat disebuah kisah lain, Ia mendakwa bahawa apabila hendak
mati akan datang (nampak) sesorang menjemput kita, setengah
mengatakan ibu kita, setengah mengatakan bapa kita, setengah
mengatakan guru kita dan banyak lagi dakwaan. Perkara ini
memang benar, iaitu jemputan untuk pulang itu bukan hanya
dihadiri oleh Malaikat Maut sahaja, malahan ada orang yang
paling kamu percaya akan hadir bersama-sama untuk
menjemput anda. Tetapi kamu juga harus hati-hati untuk
menentukan siapa yang layak untuk kamu ikut, bukan Ibu kamu,
bukan kawan kamu, bukan tok lebai kampung kamu, bukan
Bapa kamu, bukan Atok kamu yang warak itu, semuanya bukan !
Kalau semuanya bukan siapa dia itu ? Untuk menentukan
pekara ini kamu mestilah diwaktu hidup mu belajar berkenannya.
Bukan main dengar cakap orang saja. Belajar dengan guru yang
juga menyampai keilmuannya pada tangan Rasuallah saw yang
dipanggil Wasilah (pewaris ilmu Nabi) dan pula mempunyai
Rabitah (tambatan hati) kepada Rasulullah juga. Pekara ini
"wajib" didalam pembelajaran Rohani. Bukan main serkap jarang
atau tangkap muat saja. Bukannya belajar dengan guru-guruan
ditepi jalan atau diwarong-warong kopi saja. Ia mestilah
bertempat dengan tempatnya yang sempurna juga. Jadi hati-hati
ya !
Carilah Jalan Menuju Mati untuk mendapat "Husnulkhatimah"
(kesudahan yang sempurna) dalam menhadapi
"Sharakatulmaut", iaitu mati yang baik keatas penghidupan kita
ini. Anda diingatkan selalu berdoa khusus untuk pekara ini. Ilmu
Jalan Menuju Mati, bukan untuk orang-orang pencen saja atau
orang yang telah berumur yang dah nak mati saja. Tetapi juga
untuk semua peringkat umur sebab maut itu datang tidak
mengira umur atau usia. Bila-bila masa sahaja boleh hadir,
dimana-mana juga. Kita seharusnya sentiasa berwaspada selalu.
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
11
Jangan sampai kamu nanti....Mati Katak.....Mati Konyol....Jadi
Hantu.....Jadi Toyol...????
TEMPAT KEMASUKAN JIN :
Seperti yang telah diperbincangkan dengan panjang lebar akan
perbuatan jahat golongan Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis yang sangat
suka menganggu, mengacau, membisik, menyesatkan, menipu
dan semua jenis perbuatan jahatnya kepada Umat Manusia.
Adalah sangat perlu kita mengetahui kita mengetahui
dimanakah tempat yang mereka boleh masuk ditubuh kita ini.
Ruang atau lubang manakah pada tubuh kita yang menjadi
laluan masuknya setiap hari dan masa tanpa kita sedari. Melalui
tempat ini mereka akan masuk dan terus membuat sarangnya
didalam tubuh kita. Dari situ pula mereka melancarkan kegiatan
jahat mereka merosakkan semua sistem tubuh manusia untuk
melupakan perintah Allah swt. Supaya sesat bersamanya untuk
masuk kedalam Neraka Jahanam yang telah tersedia untuk
mereka. Kepada manusia yang sedar dan dapat berpatah
semula, anda terselamat. Tetapi yang terus terjun dengan
keindahan dunia dan leka dibuai oleh alunan nyanyian Iblis,
maka akan pula menerima azab yang pedih bersama- sama Iblis
tadi. Sesungguhnya mereka itu tidak akan terlepas.
Ada 14 laluan kemasukan atau lubang tempat mereka masuk
kedalam tubuh Manusia. Laluan-laluan itu adalah seperti berikut :
1) Diuluhati, paru-paru, hati dan jantung Manusia.
2) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kanan.
3) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kiri
4) Pelipat dan tulang kepala lutut kaki kanan
5) Pelipat dan tulang kepala lutut kaki kiri
6) Lubang tengkuk
7) Dua urat pada tengkuk
8) Tulang Solbi dipunggung
9) Lubang hidung dan mata sebelah kanan
10) Lubang Hidung dan mata sebelah kiri.
11) Lubang dan cuping telinga sebelah kanan
12) Lubang dan cuping telinga sebelah kiri
13) Lubang dan semua rongga mulut.
14) Lubang pusat. ari-ari dan kemaluan manusia.
Melalui 14 ronga inilah didalam tubuh manusia golongan Jin
akan masuk seterusnya akan memasuki pembuluh darah dan
terus kejantung dan ketempat-tempat kegemaran mereka yang
lain. Kesemua 14 tempat kemasukan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis
ini haruslah sentiasa ditutup dengan keadah tertentu supaya
laluan ini tidak boleh lagi mereka gunakan. Keadah-keadah ini
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
12
hanya dapat dipelajari jika anda berguru. Tanpa guru, ia tidak
boleh diajarkan kerana pekara ini memerlukan ijazah darinya.
Tempat-tempat kegemaran mereka ada 7 tempat di dalam tubuh
manusia iaitu :
1) Tempat pertama sekali yang mereka akan tuju ialah Jantung
dan rongga lain didada manusia seperti hati, paru-paru, limpa,
perut, huluhati, pankreas dan semua saluran penafasan
manusia. Disinilah sarang paling besar syaitan dan iblis seolah-
olah seperti sebuah istana. Dari Jantung yang mereka kerumuni
beramai-ramai, Iblis akan mentadbir semua balatenteranya
terdiri dari syaitan dan ifrit untuk mendiami pula tempat seperti.
Seperti yang kita tahu dijantung kitalah terletaknya Kalbi (kalbu)
iaitu pandangan rohani yang juga dikenali dengan nama mata
hati. Inilah sebabnya maka Iblis menguasai tempat ini dan
menjadikan kawasan itu sebagai Istana pentadbirannya untuk
menutup pandangan mata hati manusia kepada Allah swt. Jika ia
terbuka maka cahaya yang keluar dari kalbu itu akan pula
menghancurkan mereka. Jadi mereka berkurumun seramai
mungkin dikawasan itu. Disini juga ada pandangan yang lebih
utama iaitu dipanggil "Sir" terletak didalam kalbi itu yang lebih
halus sifatnya. Apabila manusia telah berjaya mengeluarkan
kedua-dua cantuman cahaya itu, tiada apa lagi yang mampu
mereka buat, terpaksalah mereka lari meninggalkan tubuh itu,
sebelum mereka hangus menjadi debu.
2) Mata dan rongganya dikedua-dua belah kanan dan kiri. Orang
yang telah dikuasai oleh Jin ini matanya akan berkilauan seperti
mata kucing bila disuluh lampu. Mereka juga amat takut
bertentangan mata dengan manusia. Selalunya apabila bomoh
menurun, perhatikan kelakuan dan gerak gerinya, ada yang
menyelubungkan kepalanya dengan kain supaya penyamarannya
tidak kelihatan oleh manusia.
3) Duduk dirongga mulut dan kawasan itu seperti lidah,
kerongkong, gigi, gusi, lelangit, tekak dll. Mereka menguasai
mulut manusia dan manusia yang telah dikuasai akan suka
sekali mengumpat, mengeji, mengadu domba, mencarut,
memaki hamun, berbual kosong, suka minuman keras, mabuk,
meracau, bercakap seorang, melatah dengan perkataan lucah,
suka makanan haram, menghisap rokok dan benda-benda yang
mengkhayalkan seperti ganja, dadah yang dimakan dan semua
perbuatan dosa yang disebabkan oleh mulutnya.
4) Duduk di telinga manusia dikiri dan kanan, samaada
dicupingnya atau pun dilubangnya. Manusia yang telah dikuasai
telinganya oleh golongan Jin ini amat benci dengan ceramah
agama, laungan azan, bacaan ayat al Quran, nasihat, teguran
disebaliknya pula amat suka dengan mendengar Musik,
mendengar perbualan orang, mendengar umpatan orang,
mendengar gosip artis atau pemimpin, suka dikawasan yang
bising seperti di disco, pub, kelab malam dll.
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
13
5) Duduk dihidung atau ronga hidung dikedua-duanya. Manusia
yang telah dikuasai hidungnya amat suka haruman dari alkohol,
menghidu gam, menghidu kokain dan bau-bauan yang
merosakkan otak dan tubuh badannya. Melalui penghiduan juga
semua jin mudah masuk melalui udara yang dihidu masuk
keparu-paru dan rongga-rongga lain didada. Salah satu gejala
yang paling teruk apabila manusia itu mengalami resdong,
selsema, hidung berair busuk dll.
6) Duduk dipusat dan ari-ari manusia. Ini termasuklah rongga
yang lain seperti buah pinggang, dan usus manusia. Apabila
mereka telah menguasai kawasan ini, maka manusia itu akan
selalu sakit perut, angin berpusing-pusing, sengugut, sakit dalam
perut, sakit buah pinggang, pundi-pundi kencing, ulser (barah
usus), apendik, gestrik dll.
7) Duduk dikemaluan dan semua sistem peranakan bagi kaum
wanita dan juga sistem pengeluaran benih bagi kaum lelaki.
Manusia yang telah dikuasai kemaluannya tidak kira wanita atau
lelaki amat suka bersetubuh, berzina, meliwat, beronani, sex
bebas, sex beramai-ramai, merogol, sumbang mahram,
homosexsual, lesbian, suka berhayal akan sex, pelacuran,
menjual tubuhnya dan sebagainya. Kejahatan dan dosa
bahagian kemaluan inilah yang paling ramai dewasa ini
dilakukan dimerata tempat hingga sanggup membunuh untuk
menutup malu.
Sebab itulah kita sentiasa disarankan mengambil wuduk atau
sentiasa berada didalam wuduk kerana dengan berwuduk
bermakna kita telah membersihkan 4 tempat pergantungan
golongan Jin ini. Kemudian 2 lagi tempat dibersihkan dikala kita
mandi setiap hari. Ingatlah setelah kita cuci tempat-tempat itu
kita sebutlah nama Allah padanya. Berserahlah kepada Allah
untuk memelahara anggota-anggota tubuh kita itu dari didiami
golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis. Hanya tinggal 1 lagi iaitu
anggota yang duduk didalam iaitu Jantung yang didalamnya
terletak Kalbu, pandangan Basrah dan "SIR" yang harus
dibersihkan dengan wirid, uzlah, puasa, zikir tafakur dan
membaca al Quran selalu. Terbaik jika diberikan "Ijazah" oleh
guru bertauliah akan semua senjata-senjata itu untuk kita
amalkan bagi kita memberus kotoran yang terlekat oleh mereka
yang jahat itu.
Jika semuanya telah bersih, maka keluarkan pula saka baka
yang bersangkutan dengan kita supaya kita benar-benar bersih
mutlak untuk mengadap Allah setiap hari. Ditambah pula dengan
keadah menutup 14 tempat laluan mereka yang telah dipelajari
dari guru kita. Barulah amalan dan semua kerja buat kita
diterima Allah swt sebagai amalan disetiap masa dan tempat.
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
14
CARA-CARA KEMASUKAN JIN :
Diatas telah dinyatakan akan tempat-tempat kemasukan dan
juga tempat bersarangnya golongan Jin ini didalam tubuh
manusia. Sekarang mari kita lihat bagaimanakah caranya
mereka menyelusup masuk kedalam tubuh manusia. Cara-cara
kemasukan golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis kedalam tubuh
manusia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
1) Melalui pengambilan "Sahabat" dan "Khadam" dimana
manusia itu sendiri menjemput golongan Jin ini mendiami tubuh
badannya sebagai sarang. Melalui pertolongan sahabatnya itu
Manusia itu akan merasa selesa kerana tugasnya telah diambil
alih oleh sahabatnya itu.
2) Dengan melakukan Sihir dari satu manusia ke satu manusia
yang didendaminya. Dengan cara ini juga tidak diketahui siapa
perilakunya yang sebenar. Jika berlaku kematian dia akan
terselamat dari hukuman dunia.
3) Menerima Jin Saka keturunan semasa ibu atau ayahnya mahu
meninggal dunia. Selagi tiada salah satu anaknya mahu
menerima saka Ibu atau Ayahnya itu, selagi itulah nyawa tidak
akan terlepas dari jasad, maka terseksalah ibu atau ayahnya
menghadapi Sharakatulmaut diseksa dengan seksaan yang
amat pedih sekali. Atau pun orang tuanya yang tidak sempat
membuang saka itu telah meninggal dunia dan jin saka itu
sendiri yang memilih untuk tinggal dengan sesiapa juga ahli
keluarga tuannya itu pula. Suka atau pun tidak, jin saka ini akan
duduk juga ditubuh anda tanpa menghiraukan perasaan anda.
Jika anda berdegil juga, bermacam penyakit yang akan datang
kepada anda termasuklah menjadi gila.
4) Manusia dalam keadaan sengaja ataupun tidak sengaja telah
membunuh keluarga salah seekor dari golongan Jin. Jin Islam
yang menjelma menjadi ular umpamanya telah memasuki rumah
anda dan tanpa berlengah lagi anda telah membunuh ular
tersebut. Kaum keluarga Jin Islam itu akan pula menuntut bela
atas kematian keluarganya ditangan anda. Jika mengikut Hukum
Qisas didalam hukum syarak, maka mereka berhak juga
membunuh anda. Jikalau pekara seumpama itu berlaku kepada
Jin yang anda bunuh itu merupakan Jin kafir, maka jam itu juga
anda akan mati ditanggan mereka tanpa dakwaan lagi. Kalau
umpamanya anda telah memijak atau tertendang atau
menghempap mereka dengan benda berat yang menyebabkan
mereka sakit. Maka mereka juga akan membuat anda sakit
seperti ahli keluarga mereka itu. Pekara ini amat rumit untuk
manusia itu dilepaskan selagi ahli keluarganya tidak sembuh
dari sakit akibat perbuatan anda.
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
15
5) Manusia yang mengambil mana-mana zikir, sepotong ayat
Quran, mentera jampian atau belajar dari guru-guru yang tidak
mempunyai pertalian pelajaran dan keilmuan yang menyampai
ditangan Baginda Rasuallah saw atau dari orang-orang yang
tidak diketahui asalusul pengajiannya atau diambil dari dalam
mimpinya dengan tiada usul telah mengamalkan pula zikir, ayat,
jampi tersebut secara berseorangan tiba-tiba menjadi gila. Ini
orang jawa panggil Gila Isim. Atau telah berlaku kemasukan jin
didalam badannya (Tanasalul Arwah) atau boleh saja beliau
pandai berubat, berpidato bab agama, memberi hujah dan
pendapat tentang hal-hal masyarakat, nikah cerai, bab
munakahad, bab muaamalat, Fikah, Syarak,akhlak, tauhid,
tasauf, tarikat, hakikat seolah-olah Guru agung atau Mufti atau
Khodi lagaknya tanpa ia belajar dari mana-mana perguruan
pondok atau pesentern. Kemudian menjadi guru atau ustaz yang
pula mengajar agama disemua bab, pada mulanya memang
tidak nampak. Tetapi lama kelamaan pekara ini akan terbongkar
juga kepada masyarakat sekeliling akan ajaran sesatnya itu.
6) Kepada manusia khasnya kaum wanita yang suka bersolek
semasa keluar dari rumah. Memperagakan rambutnya,
kecantikan wajahnya, kecantikan tubuhnya yang mendedahkan
auratnya dikhalayak ramai dan apabila ada dikalangan kaum Jin
yang telah jatuh cinta terpandangkan wanita itu maka akan
berlakulah kesusahan kepada wanita itu kerana disihir oleh Jin
tadi ada yang sampai gila angau, gila meroyan, sasau berjalan
dalam tidur mencari Jin itu dan berbagai lagi masaalah yang
timbul dek sebab pekara yang tidak disengajakan oleh wanita itu.
Bukanlah niat wanita manusia itu untuk memikat Jin itu, tetapi
kesalahan wanita itu ialah tidak menutup auratnya dan suka
bersolek semasa keluar rumah. Itulah sebabnya Islam melarang
pekara ini.
7) Manusia yang tidak mahu beribadah dan lalai akan perintah
Allah swt malah suka melakukan semua pekara yang ditegah
dalam syarak. Mereka dengan sengaja menjauhkan diri mereka
dari Allah swt dan dengan sendirinya pula mendekatkan dirinya
bersama-sama Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis. Mereka akan terus
hanyut dan hayal bersama-sama keseronokan dunia dibuai oleh
Syaitan dan Iblis sehingga mereka tidak dapat keluar lagi dari
cengkaman mereka-mereka itu. Mereka akan terus sesat dan
akam mati didalam keadaan menzalimi diri mereka sendiri.
Setelah saheh mati barulah mereka kesal akan semua tindak
tanduknya semasa didunia, sudah terlambat saudara saudari
seklian. Tidak ada lagi jalan untuk anda patah balek semula
kedunia, tiada apa yang dapat dibuat lagi, terpaksalah anda
menghadapi seksaan yang telah disediakan untuk kaliian. Hanya
Rahmat Allah dan Syafaat Rasullah saw saja yang mampu
menolong anda dikala itu.
Pergerakan utama Jin didalam tubuh manusia adalah mengikut
aliran darah melalui semua urat saraf, pembuluh darah yang
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
16
sambung menyambung diantara satu dengan yang lain. Apabila
mereka dapat masuk ketubuh manusia, pekara pertama sekali
yang mereka lakukan ialah dengan mencari pembuluh darah dan
urat-urat nadi manusia kerana disitu mereka akan mudah
bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Rasuallah saw pernah
bersabda didalam sebuah hadis sahih yang telah diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim, dari Sayidah Syafiyah binti Huya
bahawa beliau pernah mendengar Rasuallah saw bersabda yang
maksudnya ;
" Sesungguhnya Jin (syaitan) itu berjalan didalam tubuh anak Adam
(manusia) sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".
Maka seharusnya kita sentiasa menjaga akan permakanan kita,
carilah makanan yang halal supaya menjadi darah yang halal
pula. Dengan itu kita akan menyempitkan jalan tempat duduk
mereka itu disitu atau mereka tidak duduk didalam darah yang
halal dan bersih yang sentiasa menyebut nama Allah berserta
doa ketika makan yang kita amalkan.
JENIS PERMUSUHAN JIN KEPADA MANUSIA :
Allah swt telah menjelaskan didalam al Quran terdapat 3 jenis
permusuhan kaum Jin kepada Umat Manusia dari dahulu
hinggalah sekarang. Ia adalah seperti berikut ;
1) Mengujudkan kejahatan yang dinamakan As Suu iaitu
kejahatan menghasut manusia berbuat dosa-dosa dengan
membuat maksiat didalam hati dan juga anggota badan mereka.
Manusia yang memang cenderung untuk melakukan kejahatan
dan maksiat akan mudah termasuk kedalam perangkap Iblis dan
kuncu-kuncu itu. Tapi setelah kamu sedar dari lamunan mimpi
kamu merasakan tidak akan diapa-apakan oleh mereka pada
masa itu. Ternyata anggapan begitu akan melemahkan lagi Iman
Manusia yang sebenarnya tertipu dengan segala muslihat
permainan puak Jin, maka anggapan itu sebenarnya satu
kenyataan yang manusia itu telah berada dipihak yang salah dan
terpaksa menghadapi hukuman yang berat dari Allah swt.
2) Mengujudkan kekejian yang dinamakan Al Fahsyah iaitu
menghasut manusia melakukan kejahatan yang lebih jauh lagi
yang amat keji disisi Tuhan iaitu derhaka akan semua
perintahNya dan membuat semua yang dilarangNya. Apa saja
yang dilarang seperti berjudi, minum arak, berzina, mencuri,
berbuat zalim, mengadu domba, memfitnah, mengumpat,
mengeji, membunuh, merogol, memukul, menyihir, menipu,
memakan riba, memakan harta anak yatim, dan bermacam-
macam lagi perbuatan mungkar akan dilakukannya dengan tiada
rasa bersalah dan takut akan seksaan yang menantinya
diakhirat kelak. Mereka ini bertambah jauh dari rahmat Allah dan
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
17
mempunyai hati yang telah hitam sepenuhnya yang tiada rasa
insaf akan semua perbuatan keji terhadap Allah swt.
3) Berbohong terhadap Allah swt sedangkan mereka telah pun
berjanji taat setia semasa kejadiannya dahulu. Tahu kah kamu
apa perjanjian yang telah kamu lafazkan dihadapan Allah
Rabuljalil dahulu semasa kamu di Alam Roh, maka dengan
perjanjian itulah kamu dilepaskan untuk hidup di dunia ini ?
Kamu tidak ingat akan perjanjian dan sumpah yang telah kamu
akad dahulu ? Baiklah, akan kawan peringatkan sekali lagi
apakah sumpah dan janji itu, disini pada saat ini untuk kamu
kenangkan semula dan berjanji pada diri sendiri untuk berpatah
semula kepangkal jalan jika kamu telah tersesat jauh atau dekat,
Janji dan sumpah taat setia ini telah Allah rangkumkan didalam
al Quran, maka Allah swt telah berfirman didalam surah al A’raf
ayat 172 yang mafhumnya ;
" Ketika Tuhanmu menjadikan keturunan anak Adam daripada
tulang punggung mereka (tulang solbi), Dia mempersaksikan
dengan diri mereka sendiri, Allah berfirman : Bukan Aku Tuhan
kamu ? sahut mereka : Ya, kami menjadi saksi, supaya kamu juga
mengatakan pada hari kiamat : Sesungguhnya kami lengah (lalai)
terhadap perihal ini ".
Keterangan ayat : Inilah rangkuman sumpah dan janji yang telah
kamu, kita dan semua manusia ucapkan dihadapan Allah dahulu
semasa kamu di Alam Roh. Telah kamu lafazkan dengan lidah
dan mulut kamu, kemudiannya telah pula mentasdiqkannya
didalam tiap-tiap hati diantara kamu dan dengan sekujur tubuh
badan kamu akan taat setia akan perjanjian itu dihadapan Allah
Rabuljalil sendiri. Maka dengan sumpah taat setia inilah kamu
dilepaskan untuk hidup dimuka bumi sekarang ini. Bagaimana
kah kamu ingin menafikannya lagi, setiap jiwa akan menjadi
saksi pula keatas jiwa-jiwa yang lain secara hadap hadapan esok
dihari perhitungan itu . Kata sesetengah ahli tafsir, bahawa Allah
telah memangil Adam dan disapu akan punggung Adam, maka
keluarlah seluruh keturunan darinya lalu diminta menjadi saksi
akan keEsaan Allah. Maka semunya telah menjadi saksi dan
bersumpah taat setia terhadap Allah swt. Maka dengan sumpah
taat setia itulah Allah swt melepaskan seluruh jiwa itu untuk
hidup dimuka bumi sekarang ini, termasuk kamu, kami, kita,
engkau, aku dan semua manusia yang hidup mahupun yang
telah meninggal dunia. Kepada mereka yang telah melupakan
janji dan sumpah ini, maka mereka telah diletakkan didalam
ungkapan berbohong terhadap Allah. Kenapakah kamu semua
terpaksa menjadi saksi sebelum kamu hidup dahulu ? Supaya
kamu tidak boleh berdolak dalek memberi hujah menyalahkan
ibubapa, datuk nenek keturunan kamu yang telah sesat, jadi
kamu minta dilepaskan seksaan itu disebabkan perbuatan
mereka itu sedangkan kamu akan dipertanggung jawabkan atas
semua perbuatan kamu sendiri. Bukankah kamu telah diberi
akal fikiran ???
k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m
18
Awasi akan 3 jenis permusuhan serta tipuhelah golongan Jin dan
kuncu-kuncunya ini dengan ceramat setiap hari dan masa
kerana mereka tidak akan berhenti dari menganggu kamu
sehingga akhir hayat kamu kecuali mereka-mereka yang telah
diberi keselamatan dari gangguannya ini. Mereka-mereka yang
telah melepasi wilayah dan sentiasa duduk didalam Tauhid Allah
bersama-sama kekaseh Allah dan berserta Allah dimana jua dia
berada pada setiap masa dan waktu selama-lamanya hingga hari
kiamat.
kembali semula kepada soalan kuiz diatas, bagaimana, boleh
beri jawapannya, cuba teka ???
Siapakah nama-nama Manusia Iblis yang kawan maksudkan itu,
seorang lelaki yang bergelar Maharaja Agung Manusia Iblis dan
yang wanitanya bergelar Maharani Agung Manusia Iblis
disebelah Timur ini, raja segala sihir, raja segala sakti dan
menjadi musuh dalam lipatan kepada bangsa Melayu dan
seluruh keturunannya terutama di kawasan benua Nusantara ini.
Sila hantarkan pendapat dan jawapan kepada kuiz yang telah
diberi diatas. Kawan terpaksa tarik lagi rencana ini kesatu lagi
mukasurat dikeluaran akan datang supaya dapat memberi
laluan kepada pembaca semua memberi jawapan kuiz ini.
Harap Maaf, kesulitan amat tidak disengajakan........
Kepada mereka-mereka yang menunggu akan tajuk-tajuk Bunian,
Dewa, Dajjal, Izazil, Daulat dan lain-lain lagi pastikan anda tidak
terlepas episot akhir dalam mukasurat 4 rencana ini iaitu "IBLIS
DAN ALAMNYA (Musuh Kamu Yang Paling Nyata)"
Sekian dulu untuk kali ini,
Zamany
SUMBER: www.kubranewszamany.blogspot.com
PENULIS: Atok Zamany
REKALETAK: Kosong
top related