hakikat seorang lelaki

Post on 26-Jul-2015

87 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ROSAKNYA SEORANG - IMAM -

Tidak dinafikan bahawa besarnya fitnah seorang wanita kepada seorang lelaki..

tidak ada beza dengan seorang yang belajar agama mahupun yang tidak belajar agama..

tertipu bgaikan tipah tertipu..walhal seorang yang mengaku yang dirinya ditarbiah..buat kerja dakwah..dan seumpamanya..adakah semuanya hanya di bulatan gembira semata2.??…

bagaimana di luar bulatan itu.?…talbis iblis sungguh dasyat..seribu satu cara iblis menghasut anak adam..berbeza mengikut darjat keimanan seseorang..

Jangan kita pernah menyangka apabila kita sudah melakukan semua jalan menuju syurga syaitan hanya akan berdiam diri,…jika cara kasar tidaknya berhasil maka cara halus jarumnya digunakan,..

seorang yang bergelar lelaki tidak asing lagi jika dikatakan kelemahannya ialah pada seorang wanita….sebagai contoh seorang lelaki biasa mungkin syaitan akan membisikkan ke dalam telinganya supaya sekadar mengurat sahaja wanita tersebut..

tetapi sebaliknya pada seorang yang ditarbiah ..jika caranya serupa sudah pasti lelaki itu akan tahu bahawa ianya salah dan haram dari syarak..

Maka datanglah si syaitan laknatullah itu tadi dengan seribu macam cara yang baru..didatangkan dengan gaya paling canggih di abad ini.. memutarkan 360 darjah sudut pandangnya..bagi seorang lelaki yang berjiwa daie berhatikan sufi…

isu ini mungkin bagi sesetengah orang tampak remeh lagi temeh..fitnah wanita..merupakan simbolik nama yg paling besar masalahnya bagi seorang lelaki walhal tampaknya kecil bagaikan hama..

tidak akan terlepas walaupun kita adalah seorang daie..dipendekkan kata .,.mungkin didatangkan idea oleh si laknatullah..dengan mendatangkan perasaan dalam hati seorang daie..yg berbunyi.. emm..bagus juga kalau aku dakwah wanita ini..

banyak yang dia perlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam islam ini..emm..in sya allah aku boleh membantunya...ini salah satu cara dari seribu satu cara..cara ini tidak ingin saya bahaskan..semua sedia maklum difikiranku..

Fokusku adalah dengan didatangkan cara yang bergelar seorang sahabat..sahabat sahabat dan sahabat..sahabat antara seorang lelaki dengan seorang wanita..sungguh indah bunyinya…langkahnya mungkin berbeza dengan couple…@ couple islamik…istilah yang tampak sama 99.9%...Cuma langkah-langkah nya diperhalusi sedikit agar menampakkan ianya halal, islami dan menampakkan sebuah persahabatan..…

dibelikan quran..diberi majalah-majalah islami..dikongsikan video-video islami..tarbiah ,dakwah..disuruhnya memakai tudung labuh..purdah agar ia lebih indah..pfffftttt…maaf saya katakan ..kita sebenarnya sedang ditipu oleh syaitan laknatullah..

seterusnya..diajaknya bertemu bertiketkan seorang sahabat katakan..pada mulanya ditolak si gadis @ si jejaka ini..tetapi sms..mesej ..wechat..whatsapp dan segala macam alatan canggih sekarang ini yang merupakan salah satu alat si syaitan ..di mesejnya kata-kata persahabatan..

muhasabah diri..dan seumpamanya..dan bermulalah bertanyakan khabar berita..sihat ke..?? buat apa tu..?? dah makan belum..?? cantiklah baju yang awak pakai dalam kuliah semalam yang saya hadiahkan tuu..perrgghh…power punya ayat....diteruskan dengan ayat2 @ mesej-mesej jiwang..

jika tidak pon dihadirkan satu masalah melanda si gadis ..maka diluahkan dan diceritakanlah kepada si lelaki yang memahami itu..si sahabat yang mithali.. dilayan dan dilayan bagaikan suami isteri..sahabat namanya...sebagaimana manusia biasa akan terdetik dihati seorang gadis atau lelaki memendam perasaan cinta, rindu,atau seumpama dilanda ombak perhubungan yang berterusan....bertiketkan seorang sahabat dimata dunia....

- perSahabatan –

sungguh indah namanya tapi apakan daya semuanya tidak menghalalkan cara….maafkan diriku sahabat…..

Terus terang ku katakan { Siapakah} yang mampu “mengurut hati” ini..??? .itulah perumpamaan yang sesuai dikatakan saat ini..tanganku masih ku genggam ..kolam mataku kian terisi air jernih dek sebak yang menguasai diri akibat dosa yang lampau..

diriku tidak mampu lagi menampungnya lagi lalu ku biarkan ia tumpah membasahi pipi..doakan diriku terus kuat dan tabah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dunia ini..

bukan mudah sebenarnya untuk hidup berudarakan dunia bernafaskan akhirat kala cabaran demi cabaran seakan-akan tidak pernah “lelah”menjengah tiba..namun itulah risiko yang dihadapi oleh mereka yang benar-benar ingin hidup bersama rahmat-Nya..

Alhamdulillah berakhir sudah kalam hati ini..benarlah tiada nikmat yang menyamai nilai keimanan dan penyerahan diri kepada al-Rahman. Pada alam dan segala isinya ini terlalu banyak nilai tarbiah buat mereka yang mahu menambah ketakwaan..

Jawapannya ada pada dirimu..tanyalah hati yang suci

bukan pada - akal yang bijaksana -

Sujudlah padanya, berbicaralah dengan ALLAH tuhan segala pencipta.

Sekian..

top related