google - kepentingan dan kegunaan

Post on 09-Feb-2017

129 Views

Category:

Marketing

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Google - Kepentingan Dan Kegunaan

19 Aplikasi Percuma Untuk Urus Blog Bisnes Anda

Google.

Siapa tak pernah dengar.

Tapi tahukah anda Google menyediakan

banyak platform PERCUMA untuk

memudahkan pengurusan blog.

No 19 pastinya kesukaan ramai blogger.

Tapi sebelum itu.

Mari kita lihat mengapa Google.

Mengapa Google?

Google sentiasa mempertingkat dan menambah baik mutu hasil carian buat pelanggan utamanya iaitu orang ramai.

Google menggunakan nama binatang seperti Penguin, Panda dan Hummingbird untuk setiap versi algorithm;

Sumber :Verbat Technologies

Google mempunyai lebih 30 aplikasi percuma untuk kegunaan pelanggan.

Klik di sebelah kanan atas di sebelah pautan log masuk untuk akses produk Google.

Anda hanya perlukan SATU akaun untuk kesemua servis dan aplikasi Google. Tak

perlu pening-pening nak ingat banyak username atau password.

19 Aplikasi Google Untuk Blog

Akaun Gmail adalah percuma dan akan digunakan untuk mengakses semua aplikasi Google dan membuka akaun media sosial untuk bisnes anda.

Enjin carian Google mempunyai ciri seperti 'Autocomplete' dan 'Suggest' yang juga membantu mengoptimumkan blog.

Ciri-ciri ini akan digunakan untuk mencari katakunci yang sesuai dengan perniagaan anda.

Chrome juga mempunyai aplikasinya tersendiri yang akan membantu bukan saja blog anda, tetapi juga aplikasi Google yang lain. Contoh, Moz Bar dan Serpworx untuk SEO, atau Keyword Everywhere dan Instakeyword untuk katakunci.

Drive adalah percuma untuk 15GB. Pastikan fail dan sumber terkini berada di Drive untuk mudah akses.

Docs, Sheets, Slides dan Forms merupakan aplikasi alternatif kepada Microsoft Office. Tidak memerlukan lesen dan percuma. Setiap fail yang dicipta disimpan terus ke dalam Drive.

Penggunaan kalendar juga boleh digabungkan dengan Gmail, Hangout dan Maps.

Jika anda 'sole proprietor' macam saya, kalendar sangat penting untuk menetap 'deadline' dan 'goal setting'.

Anda mungkin sudah pun menggunakan aplikasi Terjemahan ini. Penting untuk meihat kepada

semua cadangan terjemahan yang diberikan.

Google Keep membolehkan anda menyimpan idea untuk blog anda melalui nota, senarai, gambar atau audio.

Hangout sangat efektif untuk berhubung terus dengan pembaca blog. Ia tidak sepopular Whatsapp atau Telegram, tetapi jika anda di pelayar web, anda tak perlu keluar untuk berhubung dengan pembaca, anda hanya buka tab yang baru atau guna Gmail anda untuk menggunakan Hangout.

Hangout juga merupakan sumber infomasi untuk SEO kerana kakitangan Google rajin melakukan kelas hangout untuk topik tertentu.

Youtube boleh dijadikan sebagai sumber trafik kepada blog anda. Dan merupakan saluran iklan untuk produk

dan servis anda.

Google Plus penting untuk SEO setempat (Local SEO). Jika anda ingin kedai anda mendapat kedudukan tinggi dalam hasil

carian setempat, anda perlu buka akaun Google Plus.

Penting untuk anda memasukkan maklumat yang sama di My Business dan blog untuk memudahkan enjin carian. Anda juga perlu memuat naik gambar kedai anda (sekiranya ada) untuk lebih senang di cari di Google.

Anda perlu daftarkan bisnes anda dengan Google Map atau Peta melalui My Business. Sekiranya anda telah melakukan dengan betul, anda akan lihat hasil carian untuk bisnes anda seperti dalam gambar.

Analisa terhadap aktiviti pembaca di blog anda dilakukan dengan menggunakan Google Analytics.

Ini membantu anda mencapai objektif blog anda.

Untuk blog bisnes anda yang bertujuan mengumpul senarai pelanggan, objektif anda adalah 'conversion rate' iaitu berapa

ramai pembaca yang akhirnya melanggan blog anda melalui email.

Keyword Planner digunakan untuk mencari katakunci yang sesuai untuk digunakan sebagai topik anda.

Katakunci yang banyak dicari oleh pengguna, persaingan tinggi dan nilai bid yang agak mahal adalah katakunci terbaik berpotensi

tinggi untuk buat duit online.

Anda gunakan Google Trends untuk melihat trend sesuatu topik atau katakunci. Dan anda cuba elakkan topik yang sedang trending ke bawah.

Hanya gunakan topik yang sedang trending menaik atau mendatar.

Anda boleh gunakan Google Alert dengan meminta Google memaklumkan sekiranya laman atau blog tertentu mengeluarkan apa-apa entri baru. Ini sekiranya anda tak mahu tuan blog tahu anda sedang mengikut blog beliau. Atau anda boleh minta Google memaklumkan kepada anda sekiranya terdapat entri baru tentang katakunci tertentu.

Search Console merupakan aplikasi paling penting bagi pemilik blog untuk memastikan strategi SEO yang anda

gunakan berkesan dan membantu blog bisnes anda.

Senarai aplikasi Google tak lengkap tanpa Adsense. Ia merupakan aplikasi utama untuk blogger menjana pendapatan.

Apa anda tunggu lagi?

Buka akaun Google anda

sekarang!

Terima kasih kerana sudi membaca. Sila share dan like.

Belajarbuatblog.com dan slideshare ini adalah dokumentasi perjalanan saya mempelajari ilmu blog dan pemasaran internet.

Follow jika anda suka slide ini dan ingin turut serta belajar bersama saya.

Dan jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah untuk bantu saya memperbaiki belajarbuatblog.com.

Usahawan khat kufi di bawah nama Kufi Art Boutique. Menceburi perniagaan kerana minat yang dalam terhadap teknik pemasaran. Mula menulis ketika memulakan blog untuk perniagaannya. Memulakan belajarbuatblog.com kerana kagum dengan potensi blog dan mahu semua usahawan menggunapakai blog sebagai satu strategi pemasaran.

top related