gambar alatan
Post on 28-Nov-2015
636 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAJAK
Bajak merupakan alat tradisional yang digunakan bagi kegiatan pertanian untuk tujuan penggemburan tanah. Bajak diperbuat daripada besi dan mempunyai gigi-gigi seperti sikat dan digunakan secara manual serta tidak disambungkan kepada jentera moden untuk membolehkan ianya berfungsi. Ia juga berfungsi dengan bantuan binatang peliharaan seperti kerbau dan lembu dan ini boleh membantu mempercepatkan proses pembajakan tanah.Fungsi utama bajak ini juga adalah untuk melakukan kerja-kerja penimbusan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tumbuhan seperti rumput-rampai, akar dan sebagainya ke dalam tanah , menyediakan ruang udara di dalam tanah untuk tanaman dan mengawal rumput-rampai daripada tumbuh. Kebiasaannya bajak selalu digunakan dikawasan sawah bagi proses penanaman padi.
Bajak Sikat
AJAK
Tajak merupakan alat tradisional yang biasanya digunakan di sawah-sawah padi. Tajak adalah satu-satunya alternatif yang boleh diambil untuk membajak bahagian-bahagian sawah yang terlalu dalam kerana ia tidak boleh menggunakan tenggala atau kerbau.Tajak mempunyai bentuk yang amat berbeza daripada senjata atau alat pertanian yang lain. Pada pandangan yang paling dekat, tajak umpama gabungan cangkul dan parang. Hulunya berbentuk bulat gadah besar secekak yang mana panjangnya setengah depa. Pemegangnya panjang ( purata dua kaki setengah) yang sederhana besar serta bongkok
udang dan runcing dihujungnya. Pada lengkungan dalam terdapatnya mata dan bilah ini dipasang melintang hulu seperti cangkul, tetapi kegunaannya adalah untuk menajak rumput dan menggembur tanah.Cara menggunakan tajak adalah memegang dengan kedua-dua belah tangan, di mana satu dipangkal hulu dan satu lagi kira-kira dua pertiga hulu ke bawahnya. Ayunan tajak adalah meliputi jarak sudut kira-kira 120 darjah dikeliling penggunanya, di mana ia bermula dari bahagian rusuk kanan atau rusuk kiri.Tajak digunakan oleh petani untuk membersihkan rumput dikeliling rumah, sawah, kebun atau dusun. Petani lebih gemar menajak rumput di kebun mereka daripada menggunakan racun serangga makhluk perosak kerana dikhuatiri racun akan memberi kesan negatif kepada hasil tanaman di kebun atau dusun.Bagi petani wanita, tajak digunakan seperti cangkul untuk menggembur tanah bagi bercucuk tanam di sekeliling rumah.
Tajak Duduk
Cara Tajak digunakan untuk menggemburkan dan mencangkul tanah
SABIT
Sabit juga merupakan satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam bidang pertanian. Sabit adalah pisau yang melengkung dengan mata yang licin atau bergerigi. Ia mempunyai pemegang/ hulu yang diperbuat daripada kayu. Kegunaan alat ini yang paling utama adalah untuk memotong padi, rumput dan mengait buah seperti kelapa dan kelapa sawit. Sabit yang digunakan untuk mengait kelapa dan kelapa sawit perlu digantung kepada galah, diikat secara kuat dengan tali supaya tidak jatuh semasa digunakan.Namun begitu, penggunaannya yang paling meluas adalah untuk menuai padi di mana ia menggantikan penggunaan ani-ani yang merupakan alat utama penuai padi pada era 1960-an.Penggembala lembu dan kambing di kampung-kampung menggunakan sabit tangan untuk menyabit rumput sebagai makanan ternakan tersebut.
Sabit
Langkah Keselamatan
Sebelum Berkebun
Sebelum aktiviti berkebun dijalankan, beberapa perkara melibatkan keselamatan murid perlu diberi perhatian. Perkara yang perlu dititik beratkan adalah pakaian yang sesuai dan juga keadaan alatan yang digunakan.
Pakaian
Sebelum menjalankan aktiviti perkebunan, guru perlu memastikan pakaian murid adalah sesuai dan dalam keadaan baik.
Pakaian guru
Pakaian murid lelaki
Pakaian murid perempuan
Pakaian aktiviti berkebun
latan PerkebunanUntuk aktiviti berkebun, beberapa alatan asas diperlukan untuk memudahkan kerja-kerja yang dilakukan.Gunakan alat yang betul dan sesuai untuk aktiviti berkebun yang betul. Jangan gunakan pisau pemotong daging untuk mencantas pokok kerana bukan sahaja cantasan menjadi tidak cantik dan kemas malah akan merosakkan pokok. Alatan asas berkebun termasuklah:1. Gunting pokok
2. Sudip tanah
3. Gunting dahan
4. Garpu tanah
5. Cangkul
6. Pencakar
7. Pongkes
8. Penyembur racun
9. Sarung tangan
10. Kereta sorong
Gunting dahan
Cangkul mata tiga, tajak dan cangkul
Gunting pokok
Kotak perkakas
Pencakar
sudip tanah, penanam dan garpu tanah
Gergaji pokok
Gunting pagar
Video mengenai cara penggunaan alatan berkebun.
Alatan Perkebunan dan fungsinya
1.Untuk menggali tanah dan membuat batas serta lubang.
2. Untuk membersihakan kawasan pada batas tanaman.
3. Untuk menggemburkan tanah.
4. Untuk menggali lubang dan mengalihkan anak benih.
5. Untuk mencantas pokok atau tanaman.
6. Untuk menyukat bahan-bahan yang akan dicampur.
7. Untuk menyiram tanaman.
8. Untuk menutup lubang saliran pada pasu atau bekas tanaman supaya medium tidak keluar apabila menyiram.
top related