format karangan jenis laporan

Post on 30-Jan-2016

274 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Format Karangan Jenis Laporan

TRANSCRIPT

Format Karangan Jenis Laporan

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DALAM LAPORAN

1. Tajuk Laporan   

2. Isi Laporan              

3. Pengakuan Pelapor

4. Tarikh

5. Tandatangan

6. Nama Pelapor        

7. Jawatan Pelapor

Tajuk Laporan   

Hendaklah ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata

dan digariskan. Tajuk juga boleh ditulis dengan huruf besar. Jika

tajuk terlalu panjang, boleh ditulis dalam dua baris.

Isi Laporan              

Bermula dengan pendahuluan, dilengkapi dengan beberapa

isi dan diakhiri dengan penutup. Isi laporan ditulis

dan dikembangkan mengikut perenggan.

Pengakuan Pelapor 

Ditulis di sudut kiri selepas perenggan terakhir.

Ditandakan dengan koma (,).

Tarikh

Ditulis di sudut kanan laporan,setentang dengan

pengakuan pelapor. Dibubuh noktah (.) di hujungnya.

Tandatangan

Ditulis di sudut kiri bahagian bawah selepas pengakuan

pelapor.

• Nama Pelapor        : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor     

Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili.

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related