format baharu
Post on 09-Jul-2016
40 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
NARATIF
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
i-Think
Format baharu UPSR 2016
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
PENDAHULUAN
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem
pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan,
mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan
berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara
khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran
Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2015.
KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan
merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi,
menganalisa, menilai dan mencipta.
Apa Itu KBAT Konsep & Teori KBAT
KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif,
pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid
mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan
akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga
dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,
mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan
mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi
jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di
sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di
kalangan murid.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi
keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal,
memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini
akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu
dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja
perkara yang mereka pelajari nanti.
Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka
peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara
bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada
guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini
semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu.
Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka
supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka.
Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP
ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa
proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan
murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat
daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah
dipelajari.
KEPELBAGAIAN STRATEGI DALAM PENYELESAIAN MASALAH
Strategi juga merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk
memilih pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah
penyelesaian masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan
untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa strategi yang
boleh digunakan.
Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Justeru, pembelajaran dan pengajaran perlu melibatkan
kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan
kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan
sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan.
Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut :
ü Memahami dan mentafsirkan masalah
ü Merancang strategi penyelesaian
ü Melaksanakan strategi
ü Menyemak semula penyelesaian
Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah,
termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya
dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina
kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti
manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan Matematik apabila berdepan
dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi
penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan :
TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai
dan mecipta
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
i-THINK
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar
ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah
hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi
Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6SR dan 4 SM) sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan
Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian
mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi
pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan
masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta
pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum.
Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran
yang boleh digunakan.
Peta Pemikiran
1. Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan
sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti
atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian
utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab
dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.
Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian
sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
FORMAT BAHARU
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
MULAI TAHUN 2016
Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping
membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format
peperiksaan UPSR 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan.Walau
bagaimanapun, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masih berbentuk ujian
bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.Format dan
contoh instrumen UPSR mulai 2016 dimuatnaik ke laman sesawang Lembaga
Peperiksaan yang boleh dicapai melalui www.lp.edu.my pada 28 September 2015.
Mata pelajaran yang ditaksir dalam UPSR ialah:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sains
Matematik
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
1.0 KERTAS PEPERIKSAAN UPSR
Jadual menunjukkan Matatpelajaran yang diwajibkan untuk diduduki oleh Sekolah
Kebangsaan,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil.
BIL KERTAS PEPERIKSAAN JENIS SEKOLAH
SK SJKC SJKT
1. BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) √ √ √
2. BAHASA MELAYU (PENULISAN) √ √ √
3. BAHASA INGGERIS (PEMAHAMAN) √ √ √
4. BAHASA INGGERIS (PENULISAN) √ √ √
5. BAHASA CINA (PEMAHAMAN) X √ X
6. BAHASA CINA (PENULISAN) X √ X
7. BAHASA TAMIL (PEMAHAMAN) X X √
8. BAHASA TAMIL (PENULISAN) X X √
9. MATEMATIK √ √ √
10. SAINS √ √ √
2.0 PEPERIKSAAN PUSAT : UPSR
Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan keseluruhan
peperiksaan UPSR:
Penghasilan kertas peperiksaan
Pengendalian peperiksaan
Penskoran
Penggredan
Pengumuman keputusan peperiksaan
Pengeluaran pernyataan keputusan peperiksaan
3.0FORMAT MATA PELAJARAN BAHASA (BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, BAHASA CINA, BAHASA TAMIL)
Berikut adalah jadual bagi format matapelajaran Bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil)
BIL PERKARA PEMAHAMAN PENULISAN
1 Jenis
Instrumen
Ujian Objektif
Ujian Subjektif
Ujian Subjektif
2 Jenis Item Objektif Aneka Pilihan
Objektif Pelbagai Bentuk
Respons Terhad
Respons Terbuka
3 Bilangan
Soalan
Bahagian A
20
Bahagian B
5
Bahagian A
1
Bahagian B
1
Bahagian C
2
(Jawab 1 daripada 2 soalan)
4 Jumlah
Markah
Bahagian A
20
Bahagian B
30
Bahagian A
10
Bahagian B
15
Bahagian C
25
Jumlah : 50 Jumlah : 50
5 Tempoh
Ujian
1 jam 15 minit 1 jam 15 minit
6 Konstruk Pengetahuan dan Kefahaman
Sistem Bahasa
Kemahiran Aplikasi Maklumat
Kemahiran Kreatif dan
Apresiasi Bahasa
Kemahiran Aplikasi Bahasa
Kemahiran Aplikasi Maklumat
Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa
7 Kaedah Dikotomus Holistik
Penskoran Analitikal
4.0 FORMAT MATA PELAJARAN SAINS
Berikut adalah jadual bagi format matapelajaran Sains
BIL PERKARA KERTAS1 KERTAS 2
1 Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Subjektif
2 Jenis Item Objektif Aneka Pilihan Objektif Pelbagai Bentuk
Respons Terhad
3 Bilangan Soalan 40 8
4 Jumlah Markah 40 40
5 Tempoh Ujian 1 jam 1 jam
6 Konstruk Mengetahui
Memahami
Mengaplikasi
Mengetahui
Memahami
Kemahiran proses sains
7 Kaedah
Penskoran
Dikotomus Analitik
5.0 FORMAT MATA PELAJARAN MATEMATIK
Berikut adalah jadual bagi format matapelajaran Matematik
BIL PERKARA KERTAS1 KERTAS 2
1 Jenis Instrumen
Ujian Objektif Ujian Subjektif
2 Jenis Item Objektif Aneka Pilihan Objektif Pelbagai Bentuk
Respons Terhad
3 Bilangan Soalan
40 15
4 Jumlah Markah 40 60
5 Tempoh Ujian 1 jam 1 jam
6 Konstruk Mengetahui
Memahami
Mengaplikasi
Mengetahui
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mencipta
Menyelesai masalah
7 Kaedah
Penskoran
Dikotomus Analitik
6.0 PELAPORAN AKHIR PENDIDIKAN RENDAH
Pelaporan akhir pendidikan rendah yang lebih holistik, komprehensif dan bermakna:
Pernyataan Keputusan UPSR dalam bentuk gred A hingga E yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam bentuk
deskriptif yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Pelaporan Holistik, Komprehensif & Bermakna
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) · Pernyataan keputusan UPSR (100% Peperiksaan)
· BM, BI, Sains, Matematik, BC, BT
PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)
Pelaporan perkembangan pembelajaran dalam Pentaksiran Sekolah bagi
semua mata pelajaran tahun semasa
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) Pelaporan Pentaksiran Psikometrik (Ujian Aptitud Tahun 6)
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
Pelaporan PAJSK Tahap 2 Pendidikan Rendah
7.0 CONTOH SLIP KEPUTUSAN MURID
POWER POINT
SLIDES CD
top related