folio geografi-komposisi bsd

Post on 24-Jul-2015

194 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri

Damansara (1)

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2012

Komposisi Penduduk di

Bandar Sri Damansara

serta Kaitannya

dengan Jenis Pekerjaan

Nama : Yong Cheng Ran

Tingkatan : 2 Bijak

Nama guru : Encik Mohd Sufian Bin Omar

Tandatangan murid Tandatangan Guru

Senarai Kandungan

1. Pendahuluan2. Penghargaan3. Objektif Kajian4. Kawasan Kajian5. Kaedah Kajian6. Hasil Kajian7. Rumusan8. Lampiran9. Rujukan

Penghargaan

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan serta menucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya melengkapkan folio ini . Segala bantuan yang diberi amat dihargai .

Saya ingin berterima kasih kepada keluarga saya . Selain itu , saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya , Encik Mohd Sufian Bin Omar . Beliau telah mencurahkan banyak usaha untuk membantu saya menyiapkan folio ini . Beliau juga menerangkan dengan telitinya bagaimana caranya untuk menghasilkan satu folio yang cemerlang .Segala usaha beliau amat saya hargai .

Pendahuluan

Saya , Yong Cheng Ran dari Tingkatan 2 Bijak di Sekolah Menegah Kebangsaan Bandar Sri Damansara (1) .Tajuk kajian saya ialah Komposisi Penduduk di Bandar Sri Damansara serta Kaitannya dengan Jenis Pekerjaan . Saya memilih Bandar Sri Damansara sebagai kawasan kajian saya kerana ia merupakan tempat tinggal saya .

Objektif Kajian

Objektif khusus Kajian Geografi Tempatan ini dijalankan untuk:

i. Mengkajikan jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian ii. Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis

pekerjaan di kawasan kajian

Kawasan Kajian

Bandar Sri Damansara terletak di negeri Selangor . Kawasan ini berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kawasan perumahan ini terletak di sebelah barat dari pusat bandar raya Kuala Lumpur .

Kedudukan ini kira-kira 15km dari pusat bandar Kuala Lumpur . Perjalanan dengan menaiki bas awam dari Bandar Sri Damansara ke pusat bandar mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit jika tiada kesesakan lalu lintas yang serius . Tambang bas ialah RM 6.00 untuk komuter .

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam folio ini , antaranya ialah :

Temu bual ~> Saya telah mengumpul maklumat tentang Bandar Sri Damansara dengan menemu bual penduduk tempatan

Lawatan dan pemerhatian ~> Untuk memerhatikan taburan dan komposisi penduduk di Bandar Sri Damansara serta pekerjaan penduduk di sini

Hasil Kajian

Pada petempatan di Bandar Sri Damansara iaitu petempatan berpusat dan terancang menyebabkannya padat dengan penduduk . Terdapat berbilang bangsa dan kaum menetap di sini dengan aman dan bermasyarakatan .

Untuk mendapatkan maklumat , saya telah menemu ramah 10 orang Mereka melibatkan diri dalam pelbagai bidang seperti perniagaan , perkhidmatan , dan lain-lain .

Rumusan

Penduduk di Bandar Sri Damansara terdiri daripada pelpagai bangsa dan kaum . Antaranya ialah orang Melayu , orang Cina dan orang India . Mereka ada yang tinggal di rumah setingkat dan ada yang tinggal di rumah teres ataupun rumah berkembar .

Melalui kajian ini , saya dapat lebih memahami komposisi dan jenis pekerjaan penduduk di Bandar Sri Damansara . Saya berbangga kerana dapat tinggal di kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai kaum yang harmoni dan aman . Sebahagian besar penduduk di sini menikmati taraf hidup yang tinggi dan selesa .

Lampiran

Rujukan

1. Melayari Internet google.com.my wikipedia.com

2. Buku Teks Geografi Tingkatan 2 - Chong Mui Sen , Azizan bin Hj.Abu Samah .

top related