faktor yang mempengaruhi tumbesaran haiwan peliharaan
Post on 11-Apr-2017
386 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN HAIWAN PELIHARAAN
Suhu HujanKelembapanCahaya
Unsur iklim yang mempengaruhi ternakan Suhu Kelembapan Cahaya
suhu
Ternakan memerlukan suhu yang sesuai.
Suhu yang tidak sesuai akan menjejaskan kesihatan ternakan..
cahaya
Cahaya memainkan peranan yang kecil sahaja dalam pertumbuhan dan pengeluaran ternakan.
Keberkesanan cahaya ke atas ternakan bergantung kepada intensiti dan tempoh siang dan malam.
kelembapan
Mempengaruhi pernafasan, paru-paru dan kelembapan kulit.
Setiap ternakan memerlukan tahap kelembapan yang berbeza.
Kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan
Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan.
Dua kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan:
- secara langsung - secara tidak langsung
Kesan iklim secara langsung i. Perlakuan semasa meragut- Suhu tinggi dan pancaran matahari
terik mengurangkan selera makan dan ketahanan badan
- Ternakan berhenti makan dan mencari tempat teduh
- Jangka masa meragut kurang
ii. Pengambilan makanan- Peningkatan suhu menyebabkan
kadar pengambilan makanan berkurangan sebaliknya air diambil berlebihan
iii. Tumbesaran- Suhu tinggi menyebabkan kurang
selera makan dan kadar tumbesaran akan menurun
iv. Pengeluaran hasil- Peningkatan suhu persekitaran akan
menyebabkan gangguan kepada proses fisiologi- Suhu persekitaran yang tinggi mempengaruhi
pengeluaran telur, susu dan daging v. Pembiakan- Suhu tinggi akan menjejaskan kesuburan ovum
dan sperma, kematian embrio dan merencatkan janin
- Kadar penetasan telur menurun
Kesan iklim secara tidak langsung i. Penghasilan bahan makanan ternakan- Taburan hujan yang tinggi menggalakkan
pertumbuhan foraj dan akan menambahkan bahan makanan ternakan
- Iklim lembap menggalakkan serangan kulat Aspergillus flavus pada makanan ternakan dan ternakan mengalami keracunan aflatoksin
- Iklim panas merosakkan kandungan vitamin dan mineral dalam bahan makanan ternakan
ii. Serangan parasit dan penyakit ternakan
- Suhu dan kelembapan tinggi mengalakkan pembiakan patogen dan parasit
- Suhu rendah mengganggu sistem pernafasan
iii. Pengendalian dan penyimpanan hasil ternakan
- Suhu dan kelembapan tinggi merosakkan hasil ternakan seperti susu, daging dan telur
- Mikroorganisma membiak dan menjalankan proses penapaian ke atas hasil ternakan apabila kelembapan tinggi.
- Hasil cepat rosak dan busuk- Embrio mati dan telur tidak menetas jika
suhu tinggi
Cara mengurangkan kesan himpitan iklim
Mengadakan perumahan yang sempurna- Melindungi ternakan dari serangan musuh,
mengawal penyakit dan parasit serta iklim yang melampau
- Ciri perumahan sempurna – ruang lantai mencukupi, aliran udara yang baik (pengudaraan), bekalan cahaya yang sesuai dan mudah dibersihkan
- Arah binaan perumahan mengambil kira pancaran cahaya matahari dan arah tiupan angin
Menanam pokok naungan- Melindungi ternakan dari pancaran
terik matahari, memberi oksigen dan menyediakan tempat ternakan berehat
Mengamalkan ragutan pada waktu malam
- Waktu malam suhu sekitar turun- Mengurangan tekanan semasa
haiwan meragut- Haiwan meragut rumput lebih
banyak dan tumbesaran ternakan lebih baik
Memilih baka yang toleran terhadap haba
- Baka yang toleran terhadap suhu dan kelembapan tinggi
- Contoh baka yang toleran suhu tinggi ialah lembu Kedah-Kelantan, LID atau baka kacukan KK dengan baka Freisien
Memberi makanan bernutrien tinggi- Menampung kekurangan zat makanan
kerana kurang mengambil makanan ketika suhu tinggi
- Makanan mesti mengandungi semua unsur pemakanan
- Contoh:anak lembu diberi susu secukupnya dan ketika peringkat pembesaran, konsentrat ditambah dalam makanan
top related