faktor-faktor mempengaruhi kelemahan pelajar … · laporan projek sarjana muda ... it consisted...
Post on 26-Feb-2019
232 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DALAM
PENGGUNAAN PERISIAN AUTOCAD DI DAERAH JOHOR BAHRU
AZMAN BIN IBRAHIM @ TAMRIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
Faktor-Faktor Mempengaruhi Kelemahan Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat
Sekolah Menengah Teknik Dalam Penggunaan Perisian AutoCAD Di Daerah
Johor Bahru
Azman Bin Ibrahim @ Tamrin
Laporan Projek Sarjana Muda Ini Di Kemukakan Sebagai Memenuhi Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
v
DEDIKASI
Ya Allah Ya Robi !
Hanya Dikaulah Yang Ku Sembah,
Tiada Tuhan Yang Layak Di Sembah Melainkan Engkau Ya Allah.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Memberi Taufik Dan Hidayah,
Bagi Melakukan Sesuatu Pekerjaan, Dan Tiada
Daya Upaya Melainkan Dengan
Pertolongan Dari Mu Jua
Ya Allah.
Istimewa buat insan tersayang, isteri tercinta..
Tidak lupa emak, abah, ibu dan bapa mertua yang berada di kampung.
Begitu jua kakak, adik-adik serta anak-anak saudaraku, sesungguhnya dorongan,
sokongan dan juga bantuan yang dihulurkan tidak akan ku lupakan bagi mengejar
impian ini. Semoga kejayaan ini dapat kita kongsi bersama untuk
Kebahagiaan dunia dan akhirat
InsyaAllah….
vi
PENGHARGAAN
Pertama-tama sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T., kerana hanya dengan kudrat dan iradahNya sahajalah saya dapat
menyiapkan tesis (PSM II) ini. Projek Sarjana Muda II yang saya sediakan ini adalah
hasil daripada pemerhatian, penelitian, pemahaman, perbincangan dan tinjauan semasa
membuat lawatan ke Sekolah Menengah Teknik, Johor Bahru serta perkongsian
pengalaman dengan guru-guru dalam bidang teknik dan vokasional. Selain itu saya juga
menggunakan rujukan beberapa buah buku, surat khabar dan kajian PSM yang lepas
sebagai bahan untuk menghasilkan PSM II ini.
Akhirnya dengan tunjuk ajar, nasihat serta kerjasama yang erat dari pensyarah
pembimbing, guru-guru serta rakan yang lain, maka PSM II ini dapat disiapkan. Ribuan
terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing yang dedikasi, optimis serta
murah hati, Dr. Muhammad Sukri Bin Saud yang banyak mencurahkan ilmu pengetahuan
dan pengalaman dalam proses menyempurnakan PSM ini. Segala tunjuk ajar dan
bimbingan ini amatlah di hargai dan hanya Allah S. W.T. sahajalah yang dapat membalas
segala kebaikan tuan.
Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan PKPG 2003 /
2006 yang sudi memberikan idea dan kerjasama. Kepada ahli keluarga khususnya emak
dan abah yang bersusah payah mendidikku dari kecil, semoga rahmat Allah S.W.T
sentiasa melimpahimu, isteri tersayang yang banyak berkorban demi kejayaan ini bagi
kebahagian kita bersama, sesungguhnya pengorbanan, kesabaran dan sokongan anda
semua menjadi pendorong serta motivasi untukku terus berjuang sehingga berjaya
insyaAllah…
Semoga PSM ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan yang berfaedah
kepada semua pihak, khususnya para pendidik, pihak sekolah dan juga Kementerian
Pelajaran bagi memartabatkan ilmu pengetahuan dan juga kebaikan anak-anak bangsa
kita bersama.
vii
ABSTRAK
Faktor kelemahan dalam menguasai perisian AutoCAD dikalangan pelajar-pelajar
tingkatan empat sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru telah mendapat
perhatian para penyelidik. Dalam konteks kajian ini, hanya empat faktor sahaja yang
dikaji iaitu faktor pengetahuan tentang komputer, kemahiran menggunakan komputer,
kelengkapan makmal dan faktor pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru. Seramai 80
orang pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan di dua buah Sekolah Teknik di
daerah Johor Bahru telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan
untuk mengukur dapatan kajian ialah kaedah soal selidik. Ia mengandungi sembilan item
pada bahagian A dan 40 item pada bahagian B dalam bentuk Skala Likert. Nilai
kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.803. Analisis statistik deskriptif telah
digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan dianalisis secara berkomputer
menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science’ dan secara manual bagi
mendapatkan jumlah peratus, min dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan faktor
pengetahuan tentang komputer mempengaruhi kelemahan pelajar adalah tinggi.
Manakala dapatan kajian mengenai faktor kemahiran menggunakan komputer,
kelengkapan makmal dan pengajaran & pembelajaran guru menunjukkan tahap yang
sederhana dalam mempengaruhi kelemahan pelajar untuk menggunakan perisian
AutoCAD.
viii
ABSTRACT
Factors of weakness in dominating AutoCAD software among the form four
students have made interest for researchers. In this study contexts, only four factors to be
studied, those were knowledge, skill, laboratory’s equipment and teaching & learning of
teacher. A total number of 80 form four students, boys and girls from two Technical
Schools in Johor Bahru involved in this study. A set of questionnaire was used as an
instrument for this purpose. It consisted nine items in section A and 40 items in section B
in the form of Likert Scale. Reliability value of the instrument was α = 0.803.
Descriptive statistical analysis was used to obtain the data analysis. The collected data
was analyzed by using ‘Statistical Package for the Social Science’ and manually to obtain
the percentages, mean and frequencies. The result showed that the factor of knowledge
in computer influenced the weakness of students was high. Whereas the factors of skill
in computer laboratory’s equipment and teaching & learning of teacher were average in
influencing the weakness of students using AutoCAD software.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS i
JUDUL ii
KELULUSAN PENYELIA iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Operasional 11
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Sejarah Perkembangan AutoCAD 15
2.3 Penggunaan Komputer Dalam Bidang
Pendidikan 17
2.4 Kepentingan Penggunaan Perisian AutoCAD
Di Sekolah 19
2.5 Kegunaan AutoCAD Dalam Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan Dan Mekanikal 21
2.6 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Punca Kelemahan
Pelajar Dalam AutoCAD 23
2.7 Rumusan 27
III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30
3.5 Kajian Rintis 31
3.5.1 Keboleh Percayaan Soal Selidik 32
3.5.2 Kesahan Soal Selidik 33
3.6 Instrumen Kajian 34
3.7 Prosedur Kajian 36
3.7.1 Peringkat Pertama 36
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
3.7.2 Peringkat Kedua 37
3.7.3 Peringkat Ketiga 38
3.8 Analisa Data 40
3.9 Penutup 42
IV ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Data Bahagian A 44
4.2.1 Jantina 44
4.2.2 Bidang 45
4.2.3 Bangsa 45
4.2.4 Keputusan Penilaian Menengah Rendah 46
4.2.5 Tempat tinggal 46
4.2.6 Pekerjaan Bapa / Penjaga 47
4.2.7 Pekerjaan Ibu 48
4.2.8 Pendapatan Bapa / Penjaga 48
4.2.9 Pendapatan Ibu 49
4.3 Analisis Data Bahagian B 50
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 50
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 54
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 59
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 63
4.4 Analisis Keseluruhan 67
xii
BAB PERKARA MUKA SURAT
V RUMUSAN DAPATAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Rumusan Dapatan 71
5.3 Perbincangan 72
5.3.1 Perbincangan Demografi Responden 72
5.3.2 Perbincangan Tentang Faktor Pengetahuan
Mempengaruhi Kelemahan Pelajar 73
5.3.3 Perbincangan Tentang Faktor Kemahiran
Mempengaruhi Kelemahan Pelajar 75
5.3.4 Perbincangan Tentang Faktor Kelengkapan
Makmal Mempengaruhi Kelemahan Pelajar 77
5.3.5 Perbincangan Tentang Faktor Pengajaran
Dan Pembelajaran Guru Mempengaruhi
Kelemahan Pelajar 79
5.4 Perbincangan Keseluruhan Persoalan Kajian 81
5.5 Cadangan 84
5.5.1 Kepada Pelajar 85
5.5.2 Kepada Guru 85
5.5.3 Kepada Pihak Pentadbiran Sekolah 86
5.5.4 Kepada Kementerian Pelajaran 86
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 87
5.7 Penutup 88
RUJUKAN 90
LAMPIRAN 95
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.0 Analisis Purata Nilai Alpha Berdasarkan Persoalan Kajian 33
3.1 Bentuk Skala 5 (Lima) Mata 36
3.2 Pemeringkatan Skala Likert 41
3.3 Perubahan Markat Dan Skala 41
3.4 Markat Skala Likert 3 (Tiga) Mata 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.2 Taburan Responden Mengikut Bidang Yang Di ambil
Di Sekolah 45
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 46
4.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 46
4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa / Penjaga 47
4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 48
4.8 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bapa / Penjaga 48
4.9 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu 49
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi
Faktor Pengetahuan Tentang Komputer Mempengaruhi
Kelemahan Pelajar 50
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi
Faktor Kemahiran Menggunakan Komputer Mempengaruhi
Kelemahan Pelajar 55
4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor
Kelengkapan Makmal Mempengaruhi Kelemahan Pelajar 59
4.13 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor
Pengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi
Kelemahan Pelajar 63
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Analisis Demografi Responden 95
B Analisis Faktor Pengetahuan Tentang Komputer 98
C Analisis Faktor Kemahiran Menggunakan Komputer 100
D Analisis Faktor Kelengkapan Makmal 102
E Analisis Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran Guru 104
F Soal Selidik 106
G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia 114
H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh
Jabatan Pelajaran Negeri Johor 116
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
AutoCAD merupakan satu perisian computer-aided drafting and design yang
mana ianya digunakan khusus dalam melukis dan membina sesebuah lukisan
kejuruteraan ataupun bagi tujuan mereka bentuk serta melakar lukisan tapak
berkomputer. Menurut Mohd Safarin Nordin dan Mohd Mohsin Uzir (2003),
AutoCAD merupakan sebuah sistem general-purpose yang berupaya disesuaikan
untuk beberapa aplikasi umum bagi menghasilkan pembentukan model lakaran dua
dimensi (2D) dan tiga dimensi(3D).
Menurut Mohd Safarin Nordin dan Mohd Mohsin Uzir (2003), pada dasarnya
perisian seperti ini boleh digunakan untuk memenuhi secara berkesan keperluan-
keperluan khas di dalam segala bidang pekerjaan khususnya bidang-bidang yang
memerlukan kepakaran teknikal seperti kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan
elektrikal, kejuruteraan awam atau seni bina, drafting atau rekabentuk grafik,
schematics, flowchart, PC board artwork, technical illustrations dan sebagainya.
Bagi menghasilkan lukisan yang menarik, perisian AutoCAD dilengkapkan
dengan pelbagai arahan seperti Circle, Elips, Square, Triangle, Move, Array, Fillet,
Mirror dan banyak lagi. Melalui perisian ini, ianya mampu menghasilkan lukisan
model yang tepat bagi memenuhi keperluan piawaian dengan hasil kerja jitu,
konsisten dan pada tahap kecekapan yang agak tinggi. Individu yang telah mahir
2
dapat menjimatkan masa dengan cara memanipulasikan beberapa arahan yang mudah
dan senang difahami.
Setiap hasil lukisan yang dibuat boleh diubahsuai bagi kegunaan perisian
grafik yang lain dengan menggunakan format seperti DXF (Data Exchanged File).
Perisian ini juga mampu membentuk dan menganalisa model pepejal dalam setiap
kerja reka bentuk kejuruteraan. Pengguna perisian AutoCAD perlu mempunyai
pengetahuan tentang perkara-perkara asas seperti pengetahuan dalam penggunaan
sistem operasi (operating system), perkakasan dan perisian yang diperlukan.
AutoCAD merupakan sistem lukisan yang interaktif dimana pengguna boleh
memperbaiki atau membina lukisan paparan grafik yang akan disimpan dalam bentuk
fail dan hanya satu fail AutoCAD yang dapat diedit dalam satu-satu masa.
Malaysia hari ini adalah sebuah negara yang kian pesat membangun dalam
menuju sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020. Menurut Zaidy Zakarya
(2001), satu tindakan yang bijak oleh barisan pemimpin negara kita dalam perubahan
negara dari pengguna teknologi kepada penyumbang teknologi agar mampu bersaing
dengan negara-negara maju yang lain.
Menurut Baharuddin Aris (2001), untuk menguasai bidang teknologi
maklumat dan telekomunikasi, seseorang itu seharusnya terlebih dahulu mengenali
elemen-elemen utama yang membangunkannya. Teknologi perkakasan dan perisian
komputer pada masa kini telah menjadi satu keperluan dinegara-negara maju.
Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian dalam aktiviti kehidupan
seharian untuk memudahkan kerja dengan lebih berkesan seperti menganalisis,
memplot dan menyunting.
Seiring dengan Wawasan 2020 ini kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya
Multimedia (MSC) yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan
pembangunan institusi perkomputeran yang seterusnya menyumbang kepada
pertumbuhan mampan ekonomi negara. Kepentingan AutoCAD pada masa kini
3
adalah penting agar hasrat yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 dapat dicapai.
Menurut Arshad Ayob (1982), universiti ditubuhkan untuk mengeluarkan tenaga
manusia untuk negara dan bukan hanya untuk memberi pelajaran kepada manusia.
Menurut Abu Sapian Jasin (1994), dalam usaha kita menghasilkan pekerja
mahir, guru-guru teknologi hendaklah benar-benar mahir dalam bidang
pengkhususannya dan bukan sekadar tahu semua pengkhususan. Oleh sebab itu guru-
guru bidang teknologi diberi kemahiran dan latihan mata pelajaran AutoCAD semasa
di IPT sebagai watak utama untuk melahirkan anak didik yang cemerlang dan
terbilang semasa di sekolah nanti.
Bekas Pedana Menteri Malaysia yang ke empat Dr. Mahathir Mohamad telah
menggariskan sembilan cabaran yang perlu diberi perhatian oleh setiap lapisan
masyarakat bagi mencapai Wawasan 2020. Salah satu daripada sembilan cabaran
tersebut ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan.
Bagi menjadikan Malaysia sebuah negara industri, beberapa cabaran yang
berkaitan dengan teknologi perlu ditempoh seperti mana yang telah diungkapkan oleh
Abu Bakar Nordin (1995), adalah:
“Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi psikologi,
selamat dan maju, mempunyai keyakinan diri sendiri, berbangga dengan
dirinya serta gigih menghadapi semua cabaran. Mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif yang inovatif dan berpandangan kehadapan yang bukan
sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan”.
(Abu Bakar Nordin, 1995:hlm 246-247).
4
Malaysia selepas era kemerdekaan telah melalui berbagai peringkat
perkembangan kurikulum sejajar dengan tahap perubahan yang terdapat dalam
kandungan kurikulum. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan kepada murid-murid sekolah rendah dengan tujuan untuk mendapatkan
kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung. Pengalaman yang
cuba diterapkan merangkumi intelek, rohani dan jasmani dimana ianya sejajar dengan
matlamat yang ingin dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang menarik.
Aspek-aspek yang ditekankan dalam perkembangan kurikulum pendidikan
negara ialah merangkumi aspek minda dan intelek. Unsur intelek adalah meliputi
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran dalam mengembangkan daya
pemikiran supaya individu mampu untuk menghuraikan, menganalisis, menaakul,
merumus dan menghasilkan idea baru yang bernas. Pembangunan minda dan intelek
dicetakkan melalui proses dinamakan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) juga penting sebagai
pengisian dalam Wawasan Pendidikan, sebagaimana yang dinyatakan dalam majlis
yang telah diadakan di Langkawi pada sepuluh hingga empatbelas februari 1993.
Majlis ini telah merumuskan satu penyataan misi Kementeriaan Pelajaran seperti
berikut:
“….mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insane
yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak
individu, masyarakat dan negara.Perjuangan dalam bidang: iaitu perjuangan
untuk menjamin kelangsungan hidup sesuatu bangsa,perjuangan untuk
mengangkat maruah dan harga diri,individu dan ummah,perjuangan untuk
menjulang negara bangsa ke mercu kejayaan dan kecemerlangan,tetapi
merupakan perjuangan yang suci dan luhur.”
(Wan Mohd. Zahid, 1993 :hlm 12
5
1.2 Latarbelakang Masalah
Pembelajaran AutoCAD di Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 80 an.
Dalam pembelajaran AutoCAD, pelajar-pelajar berpeluang untuk mempelajari dan
memahirkan diri dalam melukis dan mereka bentuk objek dalam pembentukan model
dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D). Menurut Mohd. Zulhelmi (1997),
AutoCAD adalah perisian yang fleksibel dan dapat memenuhi kehendak bagi
menghasilkan lukisan yang tepat.
Vliestra dan Wieling (1973), menyatakan CAD merupakan satu kaedah atau
teknik dimana manusia dan mesin bertindak secara bergandingan untuk
menyelesaikan masalah di dalam aspek kejuruteraan. AutoCAD merupakan suatu
perisian yang berkemampuan tinggi di dalam melaksanakan kerja-kerja melukis.
Perisian ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan komputer mikro atau komputer
peribadi.
Selari dengan perkembangan teknologi melukis pelan dan mereka bentuk
masa kini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Reka Bentuk
Bantuan Komputer (CAD) dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan
Mekanikal semasa di tingkatan empat dan lima bagi pelajar yang bersekolah di
Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Bagi sekolah akademik biasa yang
mengikuti aliran Teknik dan Vokasional, pengajaran dan pembelajaran perisian
AutoCAD dimasukkan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta.
Merujuk kepada huraian sukatan pelajaran Lukisan Kejuruteraan KBSM
tingkatan empat, pelajar diberi pendedahan berkenaan dengan pengenalan kepada
Lukisan Terbantu Komputer (CAD) berkaitan dengan kelengkapan sistem CAD,
kelebihan dan kekurangan sistem CAD dan perisian CAD dimana pelajar disasarkan
untuk menguasai Aras 1 dan Aras 2. Hasil pembelajaran pada Aras 1 diharapkan
pelajar boleh mentakrif Lukisan Terbantu Komputer, mengenalpasti kelengkapan
dalam sistem CAD, menggunakan perkakasan komputer peribadi bagi peranti
6
masukan, peranti keluaran, pencetak dan pemplot. Seterusnya dapat menerangkan
kelebihan dan kekurangan sistem CAD berbanding kaedah konvensional. Hasil
pembelajaran pada Aras 2 pula diharapkan pelajar dapat mengenali perisian
AutoCAD dan fungsinya.
Dalam aktiviti pembelajaran sebagaimana yang terdapat di dalam huraian
sukatan pelajaran Lukisan Kejuruteraan, sumber yang diperlukan ialah set komputer
yang lengkap dengan perisian AutoCAD terkini, contoh lukisan AutoCAD dan
contoh lukisan konvensional. Aktiviti yang dirancang ialah menggunakan komputer
untuk memahami perintah kendalian fail AutoCAD dan melukis rajah satah mudah
menggunakan perintah yang telah dipelajari. Bagi aktiviti penilaian pula pelajar perlu
menyimpan (save) hasil kerja mereka. Masa yang diperuntukan kepada guru untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi Lukisan Terbantu Komputer
(CAD) ialah sebanyak 12 waktu.
Di Sekolah Menengah Teknik, pelajar-pelajar didedahkan dengan aplikasi
CAD dalam subjek Lukisan Kejuruteraan (LK) dan Mekanikal, bermula dari
tingkatan empat lagi. Semasa di tingkatan lima mereka perlu menyiapkan kerja
kursus berbentuk aplikasi CAD untuk subjek Lukisan Kejuruteraan dan Mekanikal.
Adalah didapati, masih terdapat ramai lagi pelajar yang kurang mahir dalam
mengendalikan perisian ini. Perkara ini telah dipersetujui oleh guru-guru yang
berpengalaman mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan dan Mekanikal.
Menurut Norhashimah Abu Saman (1996), komputer adalah aset untuk
membantu memajukan pembelajaran pelajar. Oleh itu, pelajar yang kurang
menggunakan komputer adalah kurang mahir untuk menggunakan komputer
berbanding dengan pelajar yang sering menggunakan komputer. Kurangnya
pendedahan terhadap penggunaan AutoCAD dikalangan pelajar juga dapat
mempengaruhi kelemahan dalam menggunakan perisian AutoCAD.
7
Daripada kajian yang lepas didapati pelbagai faktor telah mempengaruhi
kelemahan pelajar dalam menguasai perisian AutoCAD. Lely Merlina Ismayatim
(2001), dalam kajiannya mendapati, faktor paling utama kelemahan pelajar untuk
menguasai perisian AutoCAD ialah disebabkan sikap pelajar itu sendiri.
Melalui tinjauan dan temubual penyelidik dengan beberapa orang guru yang
mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan Mekanikal di Sekolah Menengah
Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, didapati masih ada
lagi dikalangan pelajar yang berada di tahap lemah dalam penguasaan perisian CAD.
Menurut guru tersebut masih ada dikalangan pelajar tidak tahu fungsi arahan seperti
line, circle dan trim, walaupun arahan tersebut sering diaplikasikan semasa melukis
projek rekabentuk.
1.3 Pernyataan Masalah
Kekurangan atau tiada langsung pengetahuan tentang komputer boleh
mengakibatkan kesukaran dalam penggunaan perisian AutoCAD semasa membina
lukisan kejuruteraan. Faktor di atas boleh menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar dalam menguasai perisian AutoCAD.
Bagi pelajar yang mempunyai pendedahan tentang komputer, tidak bermakna
mereka dapat menguasai perisian AutoCAD sekaligus dapat membina lukisan
kejuruteraan dengan mudah dan cepat. Tumpuan semasa proses pengajaran penting
untuk mempastikan mereka benar-benar faham dalam membina lukisan kejuruteraan
dengan mudah dan cepat, dengan menggunakan perisian AutoCAD.
Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
kelemahan pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik dalam
perisian CAD untuk Daerah Johor Bahru. Menurut Kementerian Pendidikan
8
Malaysia (1996), dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran penggunaan perisian
CAD adalah untuk mendapatkan reka bentuk terakhir, mengubahsuai reka bentuk
projek dan menghasilkan lukisan projek.
Kajian ini bertujuan melihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kelemahan pelajar dalam menggunakan perisian AutoCAD untuk membina lukisan
kejuruteraan atau seumpamanya dikalangan pelajar-pelajar tingkatan empat di
Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan untuk
mencadangkan apakah cara-cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
pelajar dalam menguasai perisian AutoCAD.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan berkaitan dengan faktor-faktor
yang mempengaruhi kelemahan pelajar dan juga cara-cara yang sesuai untuk
mengatasi kelemahan pelajar dalam penguasaan perisian AutoCAD bagi pelajar-
pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, semasa
proses penghasilan rekabentuk sesuatu produk dalam subjek Lukisan Kejuruteraan
dan Mekanikal. Penyelidik telah menyenaraikan beberapa perkara yang ingin dicapai
dalam objektif kajian ini iaitu :
i . Mengenalpasti sejauhmanakah pengetahuan tentang komputer
mempengaruhi kelemahan pelajar dalam menggunakan atau mengendalikan
perisian AutoCAD.
ii . Mengenalpasti sejauhmanakah kemahiran menggunakan komputer
mempengaruhi kelemahan pelajar dalam menggunakan atau mengendalikan
perisian AutoCAD.
9
iii . Mengenalpasti sejauhmanakah kelengkapan makmal mempengaruhi
kelemahan pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan perisian AutoCAD.
iv . Mengenalpasti sejauhmanakah pengajaran dan pembelajaran guru
mempengaruhi kelemahan pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan
perisian AutoCAD.
1.5 Persoalan Kajian
Diantara persoalan-persoalan yang cuba di kaji adalah seperti berikut:
(a) Adakah faktor pengetahuan tentang komputer mempengaruhi kelemahan pelajar
dalam menggunakan perisian AutoCAD ?
(b) Adakah faktor kemahiran menggunakan komputer mempengaruhi kelemahan
pelajar dalam menggunakan perisian AutoCAD ?
(c) Adakah faktor kelengkapan makmal mempengaruhi kelemahan pelajar untuk
menguasai kemahiran menggunakan perisian AutoCAD ?
(d) Adakah faktor pengajaran dan pembelajaran guru mempengaruhi kelemahan
pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan perisian AutoCAD ?
top related