faedah mencipta perkataan

Post on 28-Jul-2015

29 Views

Category:

Education

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

FAEDAH MENCIPTA PERKATAAN

MOHAMMAD FAHMI BIN MUSTAFA (A142630)TERJEMAHAN ARAB –

MELAYU – ARAB PPPJ2443JABATAN PENGAJIAN ARAB

DAN TAMADDUN ISLAM,FAKULTI PENGAJIAN

ISLAM,UKM

PENGENALAN Menurut Ainon Mohd, Abdullah

Hassan di dalam buku “Teori dan Teknik Terjemahan” bahawasanya manusia mencipta bahasa.

Sebagai individu kita pun boleh mereka perkataan baru yang kita mahu. Perkataan yang baru boleh dieksport supaya diterima oleh bahasa-bahasa lain di dunia.

CARA MENCIPTA PERKATAAN

Terdapat beberapa cara yang dapat kita gunakan untuk mencipta perkataan yang baru. Diantaranya ialah :-Dengan mencantumkan bahagian-bahagian

perkataan.o Pada zaman dahulu cara ini kerap digunakan dalam

bahasa Melayu. Terdapat banyak istilah yang dicipta dengan menggunakan kaedah ini. Di antaranya ialah :-

i. Angkubah = angka + ubah

ii. Angkatap = angka + tetap

iii. Maging = makan + daging

iv. Maun = makan + daun

v. Bendalir = benda + alir

Samb.o Di indonesia, kaedah ini masih aktif digunakan sehingga hari ini.

Antara perkataan yang dicipta di Indonesia dan diterima di sini ialah menlu daripada menteri + luar dan berdikari daripada berdiri + di + atas + kaki + sendiri.

o Istilah inggeris yang dicipta menggunakan kaedah ini ialah seperti :-

i. Cermat = ceramic + metal

ii. Bionic = biology + electronic

iii. Agronomy = agriculture + economy

iv. Hi-fi = high + fidelity

v. Brucnh = breakfast + lunch

Dengan menggabungkan istilah yang panjang.o Kaedah ini tidak dibenarkan langsung dalam bahasa Melayu

tetapi digunakan di dalam bahasa Inggeris. Antara istilah Inggeris yang dicipta ialah Laser (light amplification stimulated by emission of radiation) dan Radar (radio detecting and ranging).

o Oleh kerana kaedah ini ditegah, maka kita telah kehilangan salah satu sumber penciptaan istilah bagi bahasa Melayu.

Samb. Dengan mengubah sedikit bunyi perkataan yang

sudah ada.o Kaedah ini tidak difikirkan oleh ahli bahasa, dan tidak

disebutkan dalam pedoman mencipta istilah. Antara istilah yang telah dicipta melalui kaedah ini ialah :-

i. Tanih lawan Tanah

ii. Salir lawan Salur

iii. Bijirin lawan Biji

iv. Legap lawan Gelapo Kaedah ini didapati besar kegunaannya. Kaedah ini

merupakan kaedah yang paling sesuai mencipta istilah bagi kelompok istilah yang sama maknanya.

o Kaedah ini adalah lebih asli bagi bahasa Melayu dan dengan itu kita boleh menghindarkan diri daripada meminjam perkataan bahasa Inggeris yang mana tidak diperlukan.

FAEDAH MENCIPTA PERKATAAN

Kita mendapat peluang menjadikan nama Melayu sumber istilah antarabangsa. nama-nama Melayu merupakan salah

satu sumber istilah. ini boleh kita lakukan apabila kita mencipta benda ataupun perkara baru. Jadi kita berhak menamakan ciptaan itu dengan mengambil sempena nama kita sendiri. Dengan itu nama kita akan tercatat dalam dan kekal terpahat dalam sejarah bahasa. Kamus-kamus akan mencatatkan asal usul perkataan itu pada bahagian yang disebut etimologi perkataan itu.

Samb.Kita berpeluang menggunakan istilah Melayu

sebagai istilah yang digunakan di seluruh dunia. Banyak istilah antarabangsa datang daripada

pelbagai bahasa. Contoh ciptaan yang dapat kita ambil ialah yang dikenali dengan nama karaoke. Ia adalah perkataan bahasa Jepun. Sekarang, istilah ini digunakan di seluruh dunia kerana semua bahsa sudah meminjam istilah itu dan mereka jadikan ia sebagai perkataan mereka sendiri. Bahasa Melayu sendiri sudah meminjam perkataan ini. Bahasa Melayu juga sudah mempunyai beberapa istilah yang digunakan di peringkat antarabangsa iaitu sebagai contoh perkataan keris. mereka menggunakan perkataan itu, Cuma mereka mengubah ejaannya menjadi kris.

CARA-CARA YANG BAIK MEMPERKENALKAN ISTILAH-

ISTILAH ASLI MELAYU.

1. Melalui eksport hasil pertanian.

2. Melalui eksport barang buatan.

3. Melalui pengantarabangsaan budaya Melayu.

SEKIAN TERIMA KASIH

top related