etika dan moral menurut agama yahudi

Post on 08-May-2015

877 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

OBJEKTIF KAJIAN PENGENALAN KONSEP AKHLAK KONSEP ETIKA ETIKA DALAM AGAMA YAHUDI AJARAN AGAMA YAHUDI YANG MERUPAKAN ASAS UTAMA ETIKA DAN MORAL DALAM AGAMA YAHUDI KEFAHAMAN TERHADAP ETIKA DAN MORAL AGAMA YAHUDI DAPAT DIGUNAKAN DALAM MENYELESAIKAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN ETIKA DAN MORAL..Asal-usul agama yahudi sebagai asas dalam memahami etika dan moral dalam agama yahudi. Ajaran agama yahudi yang merupakan asas utama etika dan moral agama yahudi. Kefahaman terhadap etika dan moral agama yahudi dapat digunakan dalam menyelesaikan beberapa isu semasa yang berkaitan dengan etika dan moral.

TRANSCRIPT

ETIKA PERBANDINGANMODUL 2: ETIKA DAN MORAL MENURUT

AGAMA YAHUDI

NAMA:JEHMMYLYKSON JAMAUN:NURSARHANUDIN

CLASS:DSM 91

NAMA PENSYARAH:USTAZ SYUKRI SHERKAWI

ISI KANDUNGAN OBJEKTIF KAJIAN PENGENALAN KONSEP AKHLAK KONSEP ETIKA ETIKA DALAM AGAMA YAHUDI AJARAN AGAMA YAHUDI YANG MERUPAKAN ASAS

UTAMA ETIKA DAN MORAL DALAM AGAMA YAHUDI KEFAHAMAN TERHADAP ETIKA DAN MORAL AGAMA

YAHUDI DAPAT DIGUNAKAN DALAM MENYELESAIKAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN ETIKA DAN MORAL

KESIMPULAN RUJUKAN SOALAN???????

OBJEKTIF KAJIAN

Asal-usul agama yahudi sebagai asas dalam memahami etika dan moral dalam agama yahudi.

Ajaran agama yahudi yang merupakan asas utama etika dan moral agama yahudi.

Kefahaman terhadap etika dan moral agama yahudi dapat digunakan dalam menyelesaikan beberapa isu semasa yang berkaitan dengan etika dan moral.

PENGENALANAgama bangsa yahudi diperolehi dari Ibrahim a.s,

melalui jalur keturunan anaknya Ishak.Agama yahudi adalah agama yang dibangsakan kepada

bangsa yahudi yang menjadi penganut kepada agama ini.Agama bangsa yahudi dikenali sebagai Judais.Agama judais juga disebut sebagai yehudah atau yahedut

oleh penganut mereka manakala di dalam bahasa latin ia disebut ludaismus.

Konsep ketuhanan-agama yahudi adalah salah satu agama yang mengklaim dirinya sebagai agama yang monotheisme,iaitu mengakui hanya satu tuhan yang disembah.

Agama ini percaya pada keesaan tuhan secara mutlak (monoteis) dan menganggap tuhan campur tangan dalam sejarah manusia,khususnya berkenaan dengan orang yahudi.

KONSEP AKHLAKAkhlak dari segi bahasa didefinisikan

sebagai moral,tabiat ,perangai,budi,adab,sifat semulajadi,maruah ,watak,amalan agama,atau rupa batin seseorang.

Akhlak berasal dari bahasa arab iaitu khuluqun yang bererti budi pekerti, perangai,tingkah laku atau tabiat.

KONSEP ETIKAPerkataan etika berasal dari perkataan

inggeris “ethics” ,ethics pula berasal dari perkataan greek iaitu “ethos” yang bermaksud watak atau budaya.

Ia merujuk kepada sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

Etika adalah sains menilai dan memahami proses penilaian

Ia berkaitan dengan perlakuan mentafsirkan sesuatu perbuatan tersebut baik ataupun sebaliknya.

ETIKA DALAM AGAMA YAHUDIEtika yahudi pada dasarnya adalah etika

yang ada berdasarkan perjanjian lama kemampuan para nabi pun menjadi dasar etika agama,orang yahudi selalu menekankan bahawa kesucian adalah dasar yahudi sebagai suatu sistem undang-undang agama dan moral.

Terdapat dua aspek etika dalam agama yahudi;

Aspek positif,iaitu berpegang teguh kepada kepercayaan dan ibadat yang telah diwahyukan tuhan kepada mereka.

Aspek negatif,iaitu kesucian agama menuntut umatnya agar meninggalkan segala bentuk berhala yang menjijikkan,

Hal yang terpenting dalam etika agama yahudi adalah keadilan.

Ajaran-ajaran etika yahudi diantaranya;Dilarang saling dengki, dilarang mencuri dan

menjaga keselamatan makhluk.

AJARAN AGAMA YAHUDI YANG MERUPAKAN ASAS UTAMA ETIKA DAN MORAL DALAM

AGAMA YAHUDIEtika yudaisme merupakan suatu norma atau

aturan yang berlaku pada masyarakat yahudi dari dulu hingga saat ini.

Tujuan hidup orang yahudi dalam yudaisme ialah mereka taat kepada tuhan dan ketaatan itu berdasarkan kepada taurat.

Pengajaran etika menurut yahudi lebih menekankan soal bagaimana manusia bersikap.

Etika yudaisme mempunyai dua sumber utama iaitu;

1.kitab suci 2.tulisan para nabi Dalam yudaisme terdapat sepuluh perintah

tuhan di mana enam di antaranya menjadi asas utama etika dan moral mereka ,iaitu;

1.Hormatilah kedua orang tuamu 2.Jangan membunuh 3.Jangan berzinah 4.Jangan mencari 5.jangan memfitnah 6.jangan bersifat dengki terhadap orang lain

Berdasarkan pandangan yudaisme tentang tujuan hidup,hubungannya dengan perbuatan-perbuatannya beretika dan sumber etika yahudi,dapat dikatakan bahawa etika yudaisme adalah etika yang didasarkan pada pertimbangan beretika di setiap kehidupan di mana manusia harus terus berusaha sebaik mungkin menjalani hidup sesuai dengan kehendak tuhan.

KEFAHAMAN TERHADAP ETIKA DAN MORAL AGAMA YAHUDI DAPAT DIGUNAKAN DALAM MENYELASAIKAN BEBERAPA ISU

SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN ETIKA DAN MORAL

Isu semasa pelanggaran moral *kes-kes seksualiti,lucah dan pergaulan

bebas-zina,rogol,liwat dan sebagainya.

Isu semasa pelanggaran etika *kes-kes dan tingkahlaku-dadah,lari dari

rumah,lumba haram dan lain-lain.

Masalah isu semasa yang berkaitan dengan etika dan moral dapat diselesaikan melalui cara penekanan terhadap etika dan moral agama yahudi.Agama yahudi yang menekankan kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam pengajarannya akan dapat menguatkan aspek etika dan moral dalam diri mereka.Etika dan moral yang kuat dan utuh dalam diri seseorang tidak akan cenderung terlibat dalam pelanggaran moral dan etika.

Etika dan moral dalam agama yahudi juga memperlihatkan kesetiaan mereka terhadap tuhan mereka.Ini secara langsung akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan masalah yang melanggar etika dan moral kerana mereka takut dan menanggung dosa apabila melanggar hukum yang ditetapkan oleh tuhan mereka.Dalam hal ini masalah isu semasa yang berkaitan dengan etika dan moral dapat diselesaikan apabila mereka tidak melanggar hukum dan setiap kepada ajaran dan fahaman agama mereka.

KESIMPULANSemua agama di dunia mempunyai etika dan moral berdasarkan kepada ajaran,dasar dan hukum yang

terdapat dalam agama tersebut.Demikian juga dengan agama yahudi mereka juga menerapkan nilai etika dan moral secara langsung kepada penganutnya mengikut ajaran dan fahaman dalam agama mereka.Walaupun setiap agama mempunyai fahaman dan ajaran yang

berbeza namun,kita percaya bahawa setiap agama itu juga akan mengajar dan membawa kita umatnya ke arah kebaikan dengan adanya penerapan etika dan moral berdasarkan ajaran agama tersebut.Etika dan

moral yang ada dalam diri seseorang amat penting dan berguna baginya untuk mengelakkan daripada

terjerumus dengan masalah dan isu yang melanggar atau berkaitan dengan etika dan moral.

RUJUKAN1).http://raja-jawa blog spot.com/2014/04/asal-

usul-dan-pembawa-agama-yahudi.html2).http://hafizamri.com/asal-usul-kaum-yahudi/3).http://fauziyah-ziyaazira,blogspot.com4).http://agamayahudi blogspot.com5).http://lailaalfihusna.blogspot.com/2012/04/

konsep-ketuhanan-agama-yahudi-nasrani,html

6).buku teori konspirasi-rahsia simbol yahudi.

SOALAN?????1.Pada pendapat anda apakah yang membezakan agama

yahudi dengan agama-agama lain?2.Mengapakah agama yahudi ini menjadi sebuah masyarakat

yang terkenal seantero dunia?3.Berdasarkan pemerhatian anda melalui apa yang berlaku

hari ini,penguasaan ekonomi dipegang oleh orang yahudi.Mengapakah perkara ini berlaku?

4.Agama yahudi bermula daripada sebuah negara kecil sehingga sebahagian daripada negara palestin menjadi daerahnya.Pada pendapat anda apakah faktor semangat untuk membesarkan negara berlaku dikalangan orang yahudi?

5.Pada pendapat anda apakah bentuk didikan yang sesuai diberikan bagi melahirkan anak yang bijak dan berjaya ?

(anda adalah ibu mengandung)

top related