dzulkifle bin ismail - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam...
Post on 14-Sep-2019
17 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN KOMPUTER DIKALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP
DALAM URUSAN KERJA
DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN GRED A
DAERAH PONTIAN
DZULKIFLE BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
vii
PENGGUNAAN KOMPUTER DIKALANGAN GURU-GURU
KEMAHIRAN HIDUP DALAM URUSAN KERJA DI SEKOLAH-
SEKOLAH KEBANGSAAN GRED A DAERAH PONTIAN
2009/2010
Disahkan oleh
_____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)
DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD
(NAMA PENYELIA)
Tarikh : Oktober 2010 Tarikh : Oktober 2010
xiv
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop kualiti untuk tujuan
penganugerahaan Sarjana Pendidikan
(Teknik dan Vokasional)
Disahkan oleh
__________________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)
DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD (NAMA PENYELIA)
Tarikh : 4 Oktober 2010
vii
PENGGUNAAN KOMPUTER DIKALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP
DALAM URUSAN KERJA
DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN GRED A
DAERAH PONTIAN
DZULKIFLE BIN ISMAIL
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan Sarjana Pendidikan
(Teknik dan Vokasional)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Disember, 2010
xiv
PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Nama Penulis : DZULKIFLE BIN ISMAIL
Tarikh : 4 Oktober 2010
DEDIKASI
vii
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Khas untuk
Ayahanda Ismail Bin Dalek
Bonda Allahyarhamah Sinah Bte Abd. Wahab
Istimewa buat
Isteri Pn. Aishah Bte Hj. Adam
Anakanda Amirul Asyraf
Anakanda Ayu Nabilah
Anakanda Afiq Iskandar
Anakanda Iman Dzulhilmi
Anakanda Iman Dzulfadhli
Abang dan adik-adik tersayang
dan juga
Saudara Hamisan Bin Salim
Saudara Mohd Zain Bin Husin
Saudara Mohd Faizal Bin Mohd Yunus
Saudari Faizah Bte Musa
Segala jasa baik dan kerjasama daripada anda semua akan ku kenang
selamanya.
Semoga Allah S.W.T. mencucuri RahmatNya ke atas anda sekelian.
xiv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah segala puji bagi Mu Allah dan Selawat serta salam ke atas Junjungan
Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Di atas perkenan Yang Maha Esa dan kekuatan yang
diberikan olehNya, maka dengan rahmat dan inayahNya, projek ini berjaya disiapkan bagi
memenuhi penganugerahan Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional), Universiti Teknologi
Malaysia.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tingi penghargaan ditujukan kepada penyelia projek
sarjana Dr. Muhammad Sukri Bin Saud atas nasihat, bimbingan dan sokongan yang diberikan
sepanjang tempoh penyelidikan laporan projek ini sehingga kertas projek ini dapat disiapkan.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga ditujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia, Fakulti Pendidikan UTM, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah
Pontian, Pengetua dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Gred A Zon Bandar Daerah Pontian
Johor, sahabat-sahabat di SK. Bandar Pontian dan sahabat daripada bidang MPV 2009/2010 di
atas sumbangan ilmu dan sokongan yang diberikan. Terima kasih semua.
Segala jasa baik dan kerjasama daripada anda semua akan saya kenang sampai bila-bila.
Semoga Allah S.W.T. mencucuri RahmatNya keatas anda sekelian.
WASSALAM
vii
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tentang Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dua Puluh Tujuh Buah Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian.
Empat objektif kajian yang diukur adalah sikap terhadap penggunaan komputer, aplikasi
komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran, pengetahuan komputer dikalangan guru-guru dan
perisian komputer di sekolah-sekolah kebangsaan Gred A Daerah Pontian. Data dalam kajian ini
diperolehi melalui soal selidik yang telah diperolehi daripada 145 responden. Semua data
dianalisis dengan menggunakan program SPSS 17.0 (Statistical Packages for the Social
Sciences). Kaedah frekuensi, peratus dan min digunakan untuk mengukur objektif kajian. Indeks
kebolehpercayaan ialah 0.836 dan dapatan kajian menunjukkan penguasaan guru dalam
penggunaan computer akan dapat membantu mereka mengakses pelbagai ilmu yang disediakan.
Disarankan kepada Guru Besar supaya memberi perhatian bagi memastikan tiada guru lari
daripada tanggungjawab dalam aktiviti penggunaan teknologi IT untuk membantu dan
menambah ilmu serta meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Peningkatan kemahiran
menggunakan komputer akan membolehkan guru merancang dan melakukan yang terbaik dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran.
xiv
ABSTRACT
This survey has been carried out to study the teachers towards the usage of computer in
the teaching and learning of twenty seven grade A primary schools in the district of Pontian
Johor. The four objectives of the survey measured include teachers’ attitude in using computers,
computer application in the teaching and learning, the computer literacy among teachers and the
computer-related software in primary schools. The data of this survey is obtained through the
distribution of questionnaires which have been collected from hundred and forty-five
respondents. The data obtained have been analysed using SPSS Version 17.0 (Statistical
Packages For The Social Sciences) computer programme. The approach of frequency,
percentage and mean have been applied to measure the survey objective. The index of reliability
is 0.836 the findings of the survey show that the teachers’ mastery of IT consumption has helped
them to access the various sources of knowledge provided. It is suggested that headmaster school
devote more attention to ensure that teachers would not deprive of their responsibilities in
consuming the IT technology in order to increase their knowledge and upgrade their service. The
skills of operating computers will enable teachers to plan and do their best in the process of
teaching and learning.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vii
SENARAI JADUAL xi
SINGKATAN xiii
LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 14
1.4 Objektif Kajian 15
1.5 Persoalan Kajian 16
1.6 Hipotesis Kajian 16
1.7 Kepentingan Kajian 17
1.8 Batasan Kajian 18
1.9 Definasi Istilah 19
1.9.1 ICT 20
1.9.2 Penggunaan 20
xiv
1.9.3 Komputer 20
1.9.4 Guru-guru Kemahiran Hidup 21
1.9.5 Penggunaan ICT dalam P&P 21
1.9.6 Tahap Penggunaan 22
1.9.7 Kurikulum 22
1.9.8 Kemahiran Teknologi Maklumat 23
1.10 Penutup 25
1.11 Kerangka Konsep 27
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 28
2.2 IT Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran 31
2.3 Definisi Teknologi Maklumat 32
2.3.1 Maklumat (Informasi) 33
2.3.2 Teknologi Maklumat 33
2.4 Sikap Terhadap Komputer 34
2.5 Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Pendidikan 35
2.6 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran 36
2.7 Kepentingan Komputer Dalam Pendidikan 37
2.8 Kelebihan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran 40
2.9 Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan 42
2.10 Literasi Komputer 43
2.11 Kajian-Kajian Lepas 44
2.12 Penutup 46
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 47
3.2 Reka Bentuk Kajian 48
3.3 Skop Kajian 49
3.4 Tempat Kajian 50
vii
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 52
3.6 Instrumen Kajian 52
3.7 Pengumpulan Data 54
3.8 Kaedah Analisis Data 55
3.9 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 58
3.10 Penutup 59
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 60
4.2 Analisis Latarbelakang Responden 61
4.2.1 Umur Responden 61
4.2.2 Jantina Responden 62
4.2.3 Bangsa 63
4.2.4 Agama 64
4.2.5 Status Perkahwinan Guru 65
4.2.6 Gred gaji guru 66
4.2.7 Tahap Ikhtisas Guru 67
4.2.8 Pengalaman Bekerja 68
4.2.9 Pendidikan Terkini Guru 69
4.3 Analisis Item 71
4.3.1 Analisis mengenai tahap kekerapan penggunaan komputer di kalangan guru sekolah kebangsaan gred A Zon Bandar daerah Pontian dalam melaksanakan tugas 71
4.3.2 Analisis mengenai tahap kecenderungan atau minat guru dalam penggunaan komputer dalam melaksanakan kerja harian mereka di sekolah. 74
4.3.3 Analisis mengenai jenis perisian Microsoft Office yang sering digunakan oleh guru dalam dalam melaksanakan kerja harian di sekolah 77
4.3.4 Analisis mengenai tahap kemahiran guru terhadap penggunaan computer dalam melaksanakan kerja
xiv
harian di setiap sekolah yang dikaji. 81
4.4 Analisa bedasarkan Hipotesis Kajian 82
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 88
5.2.1 Demografi Responden 89
5.2.2 Kekerapan penggunaan komputer dikalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Gred A Zon Bandar Pontian dalam melaksanakan tugas 91
5.2.3 Tahap kecenderungan atau minat guru dalam penggunaan komputer dalam melaksanakan kerja harian mereka di sekolah. 94
5.2.4 Jenis perisian Microsoft Office yang sering digunakan oleh guru dalam melaksanakan kerja harian di sekolah. 96
5.2.5 Tahap kemahiran guru terhadap penggunaan
komputer dalam melaksanakan kerja harian di setiap sekolah yang dikaji. 97
5.3 Rumusan 99
5.4 Cadangan 101
5.4.1 Cadangan Kepada Institusi Kajian 101
5.4.2 Cadangan Lanjutan 104
5.5 Kesimpulan 105
RUJUKAN 106
LAMPIRAN 116
vii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Pelaburan Dalam Sektor IT 3
1.2 Senarai Tempat-Tempat Kajian 19
1.3 Model Kerangka Teori Kajian Kemahiran 26
3.1 Bilangan Sampel Sekolah Kebangsaan Gred A
Zon Bandar Daerah Pontian 50
3.2 Pengkelasan Skala Likert Dengan Markah Skor 54
3.3 Nilai Tahap Penggunaan Komputer Di Kalangan
Guru-Guru KH Sek. Keb. Gred A Di Daerah Pontian 56
3.4 Garis Panduan Guilford 57
3.5 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 58
4.1 Peratusan mengikut umur dikalangan guru Sekolah
Kebangsaan Gred A Daerah Pontian. 62
4.2 Jumlah dan peratus bilangan guru bagi dua puluh tujuh
buah sekolah yang dikaji mengikut jantina. 63
4.3 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut bangsa di
Daerah Pontian bagi dua puluh tujuh buah sekolah
Kebangsaan Gred A Daerah Pontian. 64
4.4 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut agama
di Daerah Pontian bagi dua puluh tujuh buah sekolah
kebangsaan gred A 65
4.5 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut status
di Daerah Pontian bagi dua puluh tujuh buah
sekolah gred A. 66
4.6 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut gred gaji
di Daerah Pontian bagi dua puluh tujuh buah sekolah
xiv
kebangsaan gred A. 67
4.7 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut tahap
ikhtisas tertinggi guru di daerah Pontian bagi dua
puluh tujuh buah sekolah kebangsaan gred A. 68
4.8 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut tahun
pengalaman bekerja guru-guru di daerah Pontian bagi
dua puluh tujuh buah sekolah kebangsaan gred A. 69
4.9 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut pendapatan
terkini guru-guru di Daerah Pontian bagi dua puluh tujuh
buah sekolah kebangsaan gred A. 70
4.10 Kekerapan guru menggunakan komputer di sekolah 73
4.11 Kekerapan kecenderungan guru menggunakan komputer
di sekolah kajian. 76
4.12 Kekerapan mengikut jenis perisian Microsoft
Office yang digunakan oleh guru-guru di sekolah
kajian. 79
4.13 Nilai min berkaitan dengan tahap kemahiran penggunaan
komputer bagi lapan buah sekolah kebangsaan yang dikaji 81
4.14 Ujian T skor diantara jantina dengan tahap kemahiran guru 83
4.15 Ujian Anova antara iktisas tertinggi dengan tahap
kemahiran guru 84
4.16 Ujian Anova mengenai minat guru dengan tahap
Kemahiran 86
vii
SINGKATAN
TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
LAN - Local Area Network
WAN - Worldwide Area Network
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
BPG - Bahagian Pendidikan Guru
P & P - Pengajaran dan Pembelajaran
SK - Sekolah Kebangsaan
BPPT - Bimbingan Perguruan Propesional Dalam Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
KDP - Komputer Dalam Pendidikan
PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
SPSS - Statistical Packages For The Social Science
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
IT - Information Technology
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran Daripada EPRD
C Surat Kebenaran JPN Johor Darul Takzim
D Surat Pengesahan Soal Selidik
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini banyak mengalami perubahan
yang drastik. Keadaan ini menunjukkan sistem pendidikan adalah dinamik dan
kerajaan sentiasa peka serta berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara.
Perancangan pendidikan bukan sahaja menekankan tentang memenuhi keperluan tenaga
kerja, tetapi sistem pendidikan juga menitikberatkan aspek lain termasuk perkembangan
diri individu yang disesuaikan dengan keperluan negara.
Penguasaan dan penggunaan serta pemahaman TMK harus dipandang dari sudut
yang positif oleh semua golongan. Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr.Mahathir
Mohamad turut menyatakan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi peneraju
dalam bidang TMK jika rakyat berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Beliau
juga menegaskan bahawa jika semua pihak melibatkan diri menguasai TMK, negara
tidak akan ketinggalan malah menjadi lebih kompetatif di arena antarabangsa.
Pada 28hb. Februari 1991 beliau telah melahirkan hasratnya menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Sesuai dengan hasrat beliau
2
maka wujudlah wawasan 2020 dengan matlamat membawa Malaysia ke arah sebuah
negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan (Kerajaan
Malaysia, 1991, m. s 4).
Wawasan 2020 merupakan satu matlamat yang jelas untuk dicapai dan
merupakan satu 'target' oleh beliau bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Maju
bukan sekadar diukur daripada pencapaian pesat sektor industri dengan tinggi
pendapatan perkapitanya. Tetapi ianya lebih menyeluruh, merangkumi aspek kebolehan
dan keupayaan membangunkan diri melalui penguasaan ilmu, kecekapan dan moral
yang tinggi. Apabila ciri-ciri ini dikuasai, dihayati dan difahami maka barulah kita
benar-benar bersedia untuk bersaing dengan negara maju yang lain.
Aliran pembangunan Teknologi Maklumat (IT) semakin pesat di negara kita.
Daripada perangkaan International Data Coporation (IDC) dan Jabatan Perangkaan di
dapati pelaburan dalam sektor IT terus meningkat dari tahun ke tahun. Perbelanjaan
besar telah digunakan dalam usaha melaksanakan projek mengautomasikan aktiviti
pejabat menerusi pembelian perkakasan pemprosesan data dan sebagainya seperti
terdapat dalam jadual di bawah.
Untuk mencapai perubahan ketahap yang boleh dianggap Berjaya, ia
memerlukan penstrukturan yang lengkap dan hendaklah dipraktikkan. Tidak hairanlah,
dikebanyakan Negara-negara membangun didunia, guru-guru sekolah tersebut lazimnya
telah menggunakan computer dalam bilik darjah sebagai ‘Alat Bantu Mangajar’.
Namun begitu, bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia
tidak juga jauh ketinggalan. Malaysia telah memperkenalkan komputer di sekolah-
sekolah seluruh negara dan dijangka pada tahun 2012, semua sekolah di negara ini akan
menerapkan pembelajaran berkonsepkan sekolah ‘Bestari’, dimana pengajaran dan
pembelajaran berteraskan IT dan ICT.
3
Jadual 1.1 Pelaburan dalam sektor IT
Tahun
RM (bilion)
2007
2008
2009
2010
3.8 bilion
5.9 bilion
8.5 bilion
12.9 bilion
Dalam usaha mencapai matlamat wawasan 2020, sektor IT tiba-tiba menjadi satu
bidang yang dikenalpasti dapat merealisasikan wawasan. Maka pada 1 hb. Ogos 1966
Perdana Menteri ketika itu Y.A.B Dr. Seri Mahathir Mohammad telah melancarkan
'Multimedia Super Corridor' (MSC) yang meliputi satu kawasan di Lembah Kelang yang
menghubungkan 'Kuala Lumpur Inetrnational Airpot' (KLIA) dengan 'Kuala Lumpur
City Center' (KLCC). Apabila MSC beroperasi sepenuhnya negara akan melaksanakan
projek seperti smart card, program pentadbiran kerajaan, sekolah bestari, teleperubatan,
kelompok dan pembangunan, pusat pasaran terhad dan web pengeluaran sedunia. Di
samping itu menjelang tahun 2020, Malaysia meletakkan satu 'target' mempunyai 500
syarikat berkelas dunia yang beroperasi di MSC. Apabila perlaksanan ini bermula maka
keperluan tenaga mahir dan berpengetahuan dalam bidang IT adalah sangat-sangat
diperlukan. Pada tahun 2010 Malaysia telah mempunyai sebanyak 32000 tenaga mahir
dalam IT (Ahmad Muhaimin, Jamalludin & Baharudin, 2008) Bagi menyediakan tenaga
kerja ini Kementerian Pelajaran dipertanggungjawabkan bagi memikul tugas tersebut
dan ia merupakan satu cabaran tugas Kementerian Pelajaran.
4
Oleh itu para pendidik perlu bersedia berubah menyesuaikan diri dengan
kehendak perlaksanaan sekolah bestari. Secara tidak langsung guru perlu celik komputer
supaya dapat menyahut cabaran komputer dalam pendidikan. Penguasaan terhadap
komputer di kalangan guru-guru begitu penting kerana ia dapat membantu dan
meningkatkan tahap kerja dalam pengurusan dan pentadbiran, mempelbagaikan proses
pengajaran dan pembelajaran dan alat menyimpan data dan maklumat penting.
Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
persembahan guru-guru menjadi lebih menarik dan meyakinkan, manakala pelajar
merasakan lebih seronok dalam pembelajaran.
Penggunaan komputer dalam dunia pendidikan Malaysia di peringkat sekolah,
bermula dengan percubaan projek Kementerian Pendidikan Malaysia ’Pengenalan Alam
Komputer’ untuk pelajar Tahun 4 pada tahun 1986 di 20 buah sekolah rendah yang
terpilih. Ini diikuti dengan ’Projek Literasi Komputer’ pada tahun 1992 dan pendidikan
komputer di sekolah yang telah dikembangkan melalui ’Kelab Komputer Sekolah’
(Zoraini, 2006).
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 telah berusaha untuk
memperluaskan lagi bidang komputer dalam pendidikan melalui jaringan pendidikan
iaitu satu sistem penggunaan komputer secara rangkaian yang membolehkan sekolah-
sekolah di seluruh negara berinteraksi melalui aktiviti terancang yang berorientasikan
kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan pendidikan
(Kamarul Zaman, 2004).
Pelaksanaan Sekolah Bestari merupakan satu anjakan paradigma yang amat
besar dalam sistem pendidikan negara (Mohammed Sani, 2005). Usaha ini melibatkan
pelbagai perubahan pada prasarana, latihan guru, kurikulum, organisasi bilik darjah,
dinamika bilik darjah dan peranan ibu bapa serta komuniti berkaitan. Selain daripada itu
pada tahun 1999, 400 buah sekolah akan dilengkapkan dengan kemudahan makmal
komputer dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam rangka
5
Pembangunan Pendidikan 2001- 2010, merangka pengwujudan Sekolah Bestari dan
makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan komputer dan multimedia bagi
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid bukan sahaja akan belajar
bersama guru dan menggunakan buku tetapi dapat menggunakan internet untuk
memperolehi maklumat. Sekolah Bestari dan makmal komputer ini mempunyai sistem
multimedia yang komprehensif bersama dengan penggunaan teknologi maklumat dan
dilengkapi dengan sistem jaringan LAN-WAN dan internet. Agihan kemudahan
komputer adalah seperti berikut :
i. 35 buah untuk makmal komputer
ii. 20 buah untuk bilik sumber
iii. 6 buah untuk pentadbiran
iv. 5 buah untuk pusat multimedia
v. 3 buah untuk makmal sains dan
vi. 1 buah untuk pusat multimedia.
Nisbah bilangan komputer dengan murid adalah 1:7 manakala nisbah bilangan komputer
dengan guru pula adalah 1:2 (Kementerian Pelajaran Malaysia : Pembangunan
Pendidikan 2001-2010).
Menurut Ee Ah Meng (2005) pembelajaran konvensional lebih menjurus kepada
guru dan pelajar. Kaedah ini merupakan yang amat popular di kebanyakan sekolah.
Mengikut kaedah tersebut, guru dijadikan sumber ilmu semata-mata oleh pelajar.
Perubahan masa menyebabkan kaedah pembelajaran sedemikian sudah tidak begitu
sesuai lagi, sebaliknya ia sesuai dengan menukar kaedah dengan menjadikan guru
sebagai fasilitator atau pemudahcara dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Kaedah ini juga diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005), di mana proses pengajaran dan
pembelajaran adalah berpusatkan kepada murid.
6
Ini selaras dengan hasrat dan wawasan kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020
di mana sembilan cabaran perlu dicapai. Salah satu cabaran tersebut ialah mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif dan berpandangan ke hadapan, yang bukan sahaja
sebagai pengguna teknologi, tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan (Ishak, 2004).
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) program pendidikan di negara
ini, khususnya bagi peringkat sekolah, digubal berlandaskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu
perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang
disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. ICT
ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan
sistem komputer. Perkembangan ICT telah menukar wajah P&P dengan penggunaan
komputer, LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih bagi memudahkan guru
mata pelajaran ICT, khasnya, menyediakan bahan pengajaran dan seterusnya
mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.
Perubahan era globalisasi menerusi ledakan maklumat dan kemajuan teknologi
multimedia telah menukar wajah dunia pendidikan daripada ‘sage on stage’ (pendita
atas pentas) kepada ‘guide by the side’ (pembimbing di sisi). Pencetusan era globalisasi
ini juga telah menghasilkan satu pencetus idea baru bagi reformasi pendidikan dengan
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication
Technology (ICT) sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan di negara kita (Nor
Azan, 2005).
7
Dalam era teknologi komputer, penggunaan komputer menjadi semakin penting
dan diperlukan dalam pengurusan dan pentadbiran samada oleh pihak kerajaan ataupun
swasta. Perkembangan pesat ini telah menjadi aspek yang dominan dalam sistem
pendidikan. Maka komputer mula menular kesekolah-sekolah rendah dan menengah, di
maktab-maktab perguruan dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). KPM telah
merancang untuk menerapkan teknologi maklumat (IT), selaras dengan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di semua
sekolah Bestari menjelang tahun 2010.
Matlamat kurikulum mata pelajaran tersebut di peringkat sekolah ialah untuk
membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan
berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan ICT
bagi menyelesaikan masalah (KPM, 2005). Di samping pengetahuan dan kemahiran,
kurikulum mata pelajaran tersebut juga membentuk pelajar yang bersikap positif
terhadap impak dan sumbangan ICT kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya
dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi
berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Berdasarkan Buku Huraian Sukatan
Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran ICT ini, tiada sebarang buku teks khusus yang
ditetapkan untuk mata pelajaran tersebut. Ini disebabkan bidang ICT yang dicakupi
dalam kurikulum ICT adalah luas serta bersifat dinamik. Tambahan pula, bidang ilmu
ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrif serta skopnya
sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya.
Rodriguez (2005) menyatakan banyak strategi dan pendekatan telah diperihalkan
dalam kajian kepustakaan tentang penggunaan komputer sebagai alat pembelajaran
dalam kalangan pelajar. Antaranya, WebQuest yang telah timbul sebagai aktiviti paling
utama yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pendekatan konstruktivisme yang
berasaskan web. Kajian ini menekankan penggunaan WebQuest dan Projek Inkuiri Web
yang dapat memajukan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Di
samping itu, WebQuest juga dikatakan dapat meningkatkan lagi komponen inkuiri ke
8
peringkat yang lebih tinggi. Carroll et al. (2006) pula menyatakan bahawa salah satu
cabaran yang dihadapi oleh kolej-kolej dan universiti-universiti sekarang ialah
penggunaan teknologi baru yang berdigital. Salah satu kunci penyelesaian cabaran ini
ialah mereka bentuk semula kursus tradisional yang diajar dengan memperbaiki
pendekatan pedagogi dan menambahkan penyampaian kursus dengan menggunakan
teknologi secara anjal. Mengikut pendapat mereka, teknologi harus difokuskan untuk
memperbaiki kualiti keseluruhan, boleh mengakses data dengan mudah, cepat, dan
meluas serta melibatkan para pelajar dengan menggunakan teknologi komputer dalam
P&P dengan secara meluas.
Kenyataan di atas mengambarkan pentingnya diberikan peluang latihan
menggunakan komputer di kalangan guru supaya guru-guru yang mendapat pendedahan
ini berupaya menggunakannya sebagai satu alat penting dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.
Menurut Weller & Chiavacci (2007), komputer boleh digunakan dalam mengajar
beberapa matapelajaran. Di antaranya seperti matapelajaran bahasa, sains, matematik,
pendidikan seni, dan kemahiran hidup. Pelbagai perisian boleh digunakan bagi
memudahkan penyampaian pengajaran dan menarik minat pelajar. Sebagai contoh
perisisan AutoCAD sesuai digunakan dalam pengajaran sains dan kemahiran hidup.
Pergerakan atom (sains) dan pergerakan enjin (kemahiran hidup) dapat ditunjukkan
kepada pelajar-pelajar melalui kaedah simulasi. Manakala perisian MS Words dan MS
Powerpoint sesuai bagi matapalajaran bahasa. Walaupun tersedianya kemudahan
canggih ini, ianya tidak bererti sama sekali jika guru-guru tidak mampu mempelbagai
guna dalam kaedah pengajarannya.
Guru seharusnya tidak menunggu untuk menggunakan komputer di bilik kelas
sahaja, sebaliknya guru perlu lebih bersedia untuk memiliki komputer peribadi sendiri
supaya persediaan guru akan lebih terancang dan teratur. Mengikut N. John Castellan Jr.
(2007), As educators, we must not let computers come into our class by some
gradual, haphazard or osmotic process. We must consciously decide what to do and
9
how to do it. And perhaps most difficult of all, we must think about not only how the way
we teach must change, but how what we teach will be transformed by the needs of our
society in the next generation (m.s 47). Oleh itu guru-guru perlu menggunakan dengan
sebaik-baiknya kecanggihan komputer dalam proses pengajarannya.
Marshall dan Pfeifer (2006) mendapati guru-guru yang tidak tahu
menggendalikan komputer akan merasai kurang keyakinan diri terutamanya apabila
berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berkebolehan menggunakan komputer. Oleh itu
guru-guru perlu menguasai kemahiran berkomputer agar lebih berketerampilan dan
berkarisma apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar.
Menjelang 2012, matlamat Kementerian Pendidikan mahukan semua sekolah
menjadi sekolah bestari. Maka ketika itu kerjaya guru akan menjadi lebih mencabar.
Jalan terbaik bagi guru-guru ialah memulakan langkah awal menguasai komputer.
Tetapi sejauh manakah tahap, penggunaan komputer dalam pengajaran, kerja-kerja
pentadbiran dan pengurusan kelas dilaksanakan pada peringkat awal ini. Dapatkah
mereka menggunakan perisian-perisian yang ada dalam pasaran yang sering mengalami
pembaharuan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Adakah kemudahan disedlakan
mencukupi untuk guru-guru menggunakannya atau wujud birokrasi dalam penggunaan
komputer tersebut. Inilah persoalan-persoalan yang perlu ditinjau supaya matlamat
Kementerian Pendidikan tidak hanya tinggal matlamat sahaja.
Seseorang warganegara dan pekerja abad 21 kini amat memerlukan kemahiran
yang lebih kompleks dan terperinci selain perlu pengetahuan asas di bidang bacaan,
penulisan dan kerja-kerja pengiraan. Kemahiran membaca, menulis serta mengira
menggunakan kaedah konvensional perlulah diselaraskan dengan latihan komunikasi
masa kini seperti kemahiran berfikir secara kritis (mengkritik), kemahiran berfikir dan
kemahiran menyelesaikan masalah. Para pelajar kini memerlukan kemahiran-kemahiran
akademik, teknikal, komunikasi dan memproses maklumat pada tahap yang tinggi untuk
berfungsi secara efektif di dalam masyarakat. Pekerja-pekerja pula memerlukan
10
kemahiran-kemahiran membuat keputusan dan boleh menyelesaikan masalah-masalah
di tempat kerja di samping boleh menjadi ahli pasukan yang berkesan. Sekolah terpaksa
menggunakan pelbagai stail pembelajaran, minat dan pengalaman-pengalaman hidup
jika ianya hendak mendidik pelajar-pelajar sekarang. Pakar-pakar terulung telah
mencadangkan bahawa kebolehan sesebuah organisasi untuk belajar secara berterusan
akan memperbaiki cara ianya belajar akan menentukan masa depannya (Bahagian
Pendidikan Guru, KPM, 2008).
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi memenuhi keperluan para
pelajar dalam visi 2020, kita perlu memikirkan bagaimana hendak mendidik anak-anak
kita untuk menghadapi cabaran dunia akan datang dan apakah kemahiran atau
ketrampilan yang mereka perlu kuasai untuk menjadi warganegara yang produktif. Hari
ini zaman Teknologi Maklumat sudah menjadi realiti. Para pelajar boleh mendapatkan
maklumat atas inisiatif sendiri. Proses pembelajaran pelajar sudah berubah, guru-guru
kini boleh menjadi konsultan, pembimbing dan fasilitator, kerana para pelajar telah
menguasai kemahiran untuk mendapat jawapan kepada semua soalan daripada pelbagai
sumber. Perkara-perkara penting seperti cabaran dan peluang organisasi, tanggungjawab
serta strategi kepimpinan perlu di beri pertimbangan sebelum di mengimplementasi ICT
di sekolah. Kajian di lapan buah sekolah rendah di Malaysia mendapati faktor-faktor
yang menyokong pelaksanaan dasar ICT adalah kesedaran terhadap kepentingan ICT,
kerjasama antara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendedahan ICT
kepada guru, dan insentif untuk guru (Zaini, 2006)
Peranan guru bilik darjah akan berubah dari berperanan sebagai pemberi
maklumat kepada fasilitator pembelajaran murid. Oleh itu, kita akan melihat berlakunya
anjakan paradigma guru kepada pengurusan maklumat. Implikasinya dalam aspek
pendidikan guru ialah bahawa guru-guru pra-perkhidmatan perlu dilatih dalam bidang
yang melibatkan proses dan hasilan berasaskan teknologi (Bahagian Pendidikan Guru.
KPM, 2008).
11
Menurut Ryder & Graves (2007), seandainya kita yakin yang maklumat itu
sebagai penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubung antara manusia
sejagat setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pengkalan data, maka ianya sudah
tentu menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing.
Pendidikan guru dalam penggunaan Teknologi Maklumat kini perlu berfokus
kepada pengajaran (Bahagian Pendidikan Guru, KPM. 2008). Sebagai tambahan kepada
aspek operasi teknologi perlu boleh mengintegrasikan teknologi di dalam kurikulum
sekolah untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Teknologi maklumat kini
sudahpun mula masuk ke dalam sekolah-sekolah di Malaysia dan ini dapat dilihat
dengan bertambahnya perisian-perisian untuk kegunaan orang awam. Sekolah-sekolah
dan guru-guru sudah didedahkan dengan teknologi baru. Kementerian Pelajaran dan
sektor-sektor swasta juga giat secara beransur-ansur membekalkan prasarana berbentuk
persekitaran teknologi maklumat di sekolah-sekolah seluruh negara, bermula dengan
sekolah-sekolah Bestari. Teknologi Maklumat dewasa kini mula mewarnai corak hidup
dan budaya warganegara Malaysia.
Dalam era pendidikan kini, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan
penerapan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah
Bestari menjelang tahun 2010. Kementerian Pelajaran mensasarkan pada tahun 2012
semua sekolah di negara ini yang berjumlah 10 000 buah akan terlibat sebagai Sekolah
Bestari. Ini bermakna 8.5 juta pelajar dan 450 000 orang guru akan terlibat dalam
program tersebut (Asiah Abu Samah, 2007).
Dato Sri Mohd. Najib dalam Ucaptama Persidangan “Discovering Malaysia 07”
berkata sama ada kita setuju atau tidak, proses pendidikan di negara kita menjelang abad
ke 21 tidak dapat lari daripada mendedahkan pelajar kepada teknologi maklumat dan
multimedia. Ledakan multimedia sedang berlaku dengan pesatnya. Di seluruh dunia,
negara maju telahpun melaksanakannya dalam prasarana pembangunan sumber manusia
12
bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berketrampilan dalam bidang teknologi
digital menjelang abad akan datang (Shahril & Habib, 2007).
Perkembangan Teknologi Maklumat di sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai
tahap yang berlainan antara sekolah. Sesetengah sekolah sudahpun maju dalam aspek
teknologi ini sementara ada sekolah-sekolah lain belum mencapai tahap yang tersebut.
Keutamaan bukanlah semata-mata aspek prasarana tetapi penggunaan teknologi secara
efektif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan guru belum lagi didedahkan
sepenuhnya kepada kaedah penggunaan teknologi secara efektif di bilik darjah.
Teknologi ini perlu dilihat sebagai alat-alat penting dalam mempelbagaikan teknik
pengajaran, iaitu bertujuan untuk menjadikan bilik-bilik darjah lebih efisien,
menyeronokkan dan lebih mencabar. Teknologi jika tidak digunakan sepenuhnya tidak
akan dapat menghasilkan potensi yang sepenuhnya. Apatah lagi, guru-guru akan
menganggapnya sebagai sesuatu yang membebankan dan akan berbalik semula kepada
strategi pengajaran secara tradisional (Bahagian Pendidikan Guru.KPM, 2007).
Pada masa ini, orang yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan
yang luas dalam bidang komputer boleh dianggap sebagai sumber atau aset yang sangat
berharga kepada masyarakat industri. Sebaliknya manusia yang jahil atau tidak
mempunyai pengetahuan langsung terhadap komputer, boleh dikenali sebagai buta
komputer dan dianggap sebagai penghalang kemajuan sesebuah negara yang
kemajuannya berasaskan teknologi maklumat (Halimahtun Saadiah Mohd Taib & Nor
Azilah Ngah, 2005). Jutaan peruntukan dibelanjakan untuk memperolehi perkakasan
dan perisian komputer di sekolah mungkin merupakan satu pembaziran sekiranya
sebahagian besar guru mengelak daripada menggunakan komputer dalam pendidikan
(Chen, 2004).
Kebolehan menggunakan komputer membolehkan seseorang memperolehi kuasa
untuk membuka pintu-pintu ke dunia pengetahuan dan ilmu baru (Ahmad Fuad Othman,
2005). Ini disebabkan kebanyakkan peralatan dan kemudahan hidup kini sudah
berasaskan komputer sehingga hanya menekan ”butang” sahaja, komputer sudah mampu
13
menyelesaikan masalah tugasan harian dengan baik, tepat dan teratur. Komputer sangat
sesuai untuk melakukan kerja yang banyak dan berulang, berketepatan tinggi, banyak
maklumat boleh disimpan dan diperoleh semula dalam masa yang singkat serta dapat
memproses data yang banyak yang sangat sukar dilakukan oleh manusia biasa (Ahmad
Zaki, 2007).
Murid perlu digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam pembelajaran mereka terutamanya dalam pengumpulan, pemilihan dan
pemprosesan maklumat. Dengan ini kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
minat dan minda murid juga boleh diperkembangkan dengan melayari laman web,
menggunakan perisian, CD-ROM dan pengkalan data serta berkomunikasi secara
elektronik (Bahagian Pendidikan Guru. KPM, 2005).
Kesemuanya ini bergantung kepada strategi yang disepadukan iaitu :
i. Menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran dan literasi teknologi.
ii. Menyokong pembangunan individu secara menyeluruh.
iii. Menyediakan peluang untuk peningkatan potensi dan kebolehan setiap
individu.
iv. Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan.
v. Pendidikan yang bersifat demokrasi.
Dari kenyataan dan penjelasan di atas dan di sokong dari pelbagai sumber adalah
jelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi begitu penting dan merupakan satu
keperluan di kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan di dalam Daerah Pontian.
14
1.3 Pernyataan Masalah
Teknologi maklumat dapat memberi banyak faedah dalam proses pembelajaran
dan pengajaran. Ianya dapat membantu guru-guru dalam kerja-kerja seperti mengumpul
dan menyimpan data pelajar, isi-isi pelajaran dan maklumat diri. Penggunaan komputer
menjadikan kerja dapat dibuat dengan cepat dan lebih bersistematik. Hasilnya guru-guru
berupaya melakukan kerja dengan mudah terutamanya dalam mendapatkan lebih banyak
maklumat yang diperlukan. Ini dapat diperolehi darlpada sumber internet.
Zoraini (2005) terdapat 87% sekolah rendah di Malaysia memiliki komputer
hanya 65% sahaja guru-guru yang tahu menggunakannya. Perangkaan ini memberi
gambaran bertapa tidak bersedianya para guru dalam melaksanakan sekolah bestari.
Sesuatu perlu dilakukan supaya keadaan tidak betul ini dapat diperbaiki. Ini kerana
sekolah adalah saluran yang terbaik bagi melahirkan tenaga kerja yang dapat
menguasai IT dan memenuhi impian MSC yang diilhamkan oleh PM.
Didapati guru-guru masih kurang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran mereka
agar pengajaran lebih menarik dan berkesan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum
(2005), antara tahun 1996-2000, hanya 30 peratus daripada guru telah dilatih dalam ICT dan
daripada mereka yang terlatih ini, hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh
mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kemahiran
menggunakan ICT dikalangan tenaga pengajar “masih berada pada tahap kurang
memberangsangkan” (Khairul Anuar Samad, 2005). Ini menunjukkan bahawa tahap
penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran masih belum dioptimumkan
penggunaanya.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang penggunaan komputer dikalangan
guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred A
dalam Daerah Pontian dalam urusan kerja dan proses pengajaran dan pembelajaran.
15
Persoalannya sekarang ialah (a) apakah guru-guru kemahiran hidup hari ini
memiliki kemampuan dan kemahiran asas untuk mengendalikan komputer dengan
berkesan? atau (b) masih adakah terdapat di kalangan guru-guru yang masih ragu-ragu
bimbang, takut untuk menyentuh komputer dan mernpelajari komputer?
Persoalan di atas ada kaitannya dengan sikap negatif di kalangan guru-guru.
Sikap ini disebabkan berpunca daripada perasaaan khuatir, bimbang atau takut terhadap
komputer, di samping pengetahuan cetek mengenai komputer. Daripada pernyataan
masalah di atas, ternyata penggunaan komputer di kalangan guru-guru Kemahiran
Hidup adalah penting untuk dilihat, dikaji, dan dirancang supaya tercapai matlamat
Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan masyarakat kaya maklumat.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dibuat adalah untuk mencapai objektif berikut:-
a) Mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan komputer di kalangan guru-guru
Kemahiran Hidup dalam melaksanakan tugas mereka.
b) Mengenalpasti kecenderungan atau minat guru-guru Kemahiran Hidup apabila
menggunakan komputer dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.
c) Mengenalpasti jenis perisian Microsoft Office yang sering digunakan oleh guru-
guru Kemahiran Hidup dalam melaksanakan kerja harian mereka di sekolah.
d) Mengenalpasti tahap kemahiran di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup dalam
penggunaan komputer.
16
1.5 Persoalan Kajian
Dari pernyataan masalah dalam kajian ini beberapa persoalan kajian dapat
diutarakan untuk mencapai objektif kajian ini iaitu:-
1. Sejauh manakah tahap kekerapan penggunaa komputer oleh guru-guru
Kemahiran Hidup sekolah-sekolah kebangsaan gred A Daerah Pontian ?
2. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup mempunyai kecenderungan atau berminat
menggunakan komputer dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.
3. Mengenalpasti kekerapan jenis penggunaan perisian Microsoft Office yang
digunakan oleh guru-guru Kemahiran Hidup dalam menjalankan kerja mereka di
sekolah.
4. Sejauh manakah tahap kemahiran penggunaan komputer oleh guru-guru
Kemahiran Hidup dalam melaksanakan tugasan mereka di sekolah.
1.6 Hipotesis Kajian
1) Ho : Terdapat perbezaan yang signifikan diantara jantina dengan
tahap kemahiran penggunaan komputer guru-guru Kemahiran
Hidup di sekolah.
2) Ho :Terdapat perbezaan yang signifikan diantara akademik tertinggi
guru-guru Kemahiran Hidup dengan tahap kemahiran
penggunaan komputer dalam melaksanakan kerja guru di
sekolah.
17
3) Ho :Terdapat hubungan yang signifikan diantara minat guru-guru
Kemahiran Hidup terhadap komputer dengan kemahiran
penggunaannya.
Di akhirnya pengkaji berharap akan memperolehi gambaran yang jelas
mengenai situasi penggunaan komputer, minat guru-guru Kemahiran Hidup dan
penggunaan perisian Microsoft Office dalam komputer di sekolah.
1.7 Kepentingan Kajian
Penggunaan komputer dalam pelbagai bidang di negara-negara maju telah lama
dilaksanakan. Dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer telah diakui oleh
kebanyakan penyelidik di mana ianya dapat mempertingkatkan tahap pendidikan secara
amnya. Penggunaan komputer di peringkat sekolah dapat membentuk pelajar yang
berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan berkemahiran menangani maklumat
dengan menggunakan teknik dan perkakasan ICT bagi menyelesaikan masalah (KPM,
2005). Di samping pengetahuan dan kemahiran, ia juga dapat membentuk pelajar yang
bersikap positif terhadap impak dan sumbangan ICT kepada masyarakat dan kehidupan
harian serta dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan
ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Berdasarkan Buku Huraian
Sukatan Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran ICT ini, tiada sebarang buku teks
khusus yang ditetapkan untuk mata pelajaran tersebutl. Ini disebabkan bidang ICT yang
dicakupi dalam kurikulum ICT adalah luas serta bersifat dinamik. Tambahan pula,
bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrif serta
skopnya sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya.
Oleh itu kajian ini akan melihat komputer sebagai satu alat bantu mengajar dalam
18
proses pengajaran yang lebih efektif, tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru
Kemahiran Hidup, bentuk program kursus yang sesuai untuk guru-guru dan memberikan
panduan bagi merangka langkah-langkah susulan yang selaras dengan perkembangan
teknologi semasa. Semua guru perlu menggunakan dengan efektif teknologi untuk
membantu pelajar mereka mencapai pencapaian akademik yang bertaraf tinggi dan
semua pelajar perlu memiliki kemahiran literasi teknologi dan informasi (Yahya, 2005)
Kajian ini merupakan satu saluran konstruktif dan berterusan. Hasil kajian ini
juga dapat membantu individu yang terlibat dalam sektor pendidikan negara untuk
memahami kehendak guru dan pelajar. Ia juga dapat membantu kita melihat
keberkesanan dan kelebihan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain daripada itu dapat membantu dan mencapai matlamat
Kementerian Pelajaran yang mahukan guru-guru menguasai Kemahiran Teknologi
Maklumat dalam proses P&P.
Justeru itu dengan mengambil kira persepsi mereka maka dapatlah diketahui
dengan lebih jelas keberkesanan penguasaan guru-guru berhubung kemahiran Teknologi
Maklumat. Ianya dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk memperbaiki kekurangan
yang wujud supaya mencapai matlamatnya selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi negara.
top related