dokumentasi kem motivasi pengawas 2011
Post on 05-Jul-2015
1.279 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
1. PENDAHULUAN
Kem Motivasi ini adalah aktiviti tahunan Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah
Kebangsaan Jalan Gurney (2). Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal
kepada pengawas sekolah mengenai tanggungjawab seorang pengawas dan tugas-
tugas yang bakal dilaksanakan oleh seorang pengawas. Kem motivasi ini juga dapat
memantapkan lagi disiplin serta menerapkan nilai-nilai kepimpinan yang positif terhadap
pengawas.
Wujudnya kem ini sekaligus dapat melahirkan seseorang pengawas yang
berdedikasi, berdikari, berdisiplin, yakin diri dan bijak membuat keputusan. Aktiviti yang
terdapat didalam kem ini diharap dapat mematangkan murid khususnya pengawas bagi
menghadapi cabaran pada masa hadapan.
2. MATLAMAT
Matlamat kem motivasi pengawas ini bertujuan melahirkan generasi pengawas
yang beriman, berdisiplin, berilmu, berkeyakinan diri dan berketrampilan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.
3. OBJEKTIF
Melahirkan pengawas yang berkualiti dan mempunyai kepimpinan diri yang
cemerlang.
Membangunkan personaliti diri yang berdisiplin, bertanggungjawab dan
mempunyai daya komunikasi yang tinggi.
Memberi pendedahan awal kepada bakal pengawas yang akan dilantik.
Menjana idea baru dalam melahirkan pengawas yang berdedikasi dan berhemah
tinggi.
4. ANJURAN
Program ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Pengawas dan Badan
Disiplin bersama Jawatankuasa Motivasi SK Jalan Gurney 2.
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
5. SASARAN
Kem ini diwajibkan kepada semua warga pengawas Tahun 3, 4, 5 dan 6 Sekolah
Kebangsaan Jalan Gurney (2).
6. STRATEGI PELAKSANAAN
Tempat : Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2)
Tarikh : 14 dan 15 Januari 2011
Hari : Jumaat dan Sabtu
Masa : Bermula pada pukul 2.30 petang hari Jumaat dan berakhir pada pukul
4.30 petang hari Sabtu.
7. ORGANISASI PELAKSANAAN
Pengerusi : Puan Mahani Aeria binti Abdullah
Guru Besar SKJG (2)
Naib Pengerusi : Datin Nor’Ashikin binti Mohd Dahan
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Encik Mohd Amiruddin bin Azizhan
Pen. Setiausaha : Puan Nurulazirawati binti Mohd Lazim
Bendahari : Puan Azmidar binti Zakaria @ Azmi
Pendaftaran : Puan Arijah binti Scotle
Puan Faezah binti Md. Rejab
Makanan / minuman : Puan Azlina binti Abu Samah
Puan Nuraini binti Abdullah @ Zakaria
Puan Siti Norkhamsiah binti Mohd Bakhir
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Puan Faridah binti Muhammad
Cik Juanidah binti Abdul Razak
PA Sistem : Encik Musa bin Yusup
Encik Mohd Amiruddin bin Azizhan
Aktiviti Gerakerja : Encik Adhar Hairio bin Juhari
Puan Rodziah binti Sapian
Disiplin / Keselamatan : Encik Norherman bin Abdul Samat
Cik Jahara Khatun binti Gulab
Cik Saidatu’ Arpah binti Hassan
Cik Nur Aniza binti Yahya @ Ariffin
Cik Rohaya bt Malek
Kebersihan : Encik Syahmin bin Zainal Abidin
Puan Nor Fairuz binti Mohamed Nasir
Jurufoto : Encik Salmansani bin Saleh @ Mohd Salleh
Dokumentasi : Cik Siti Hazalliana binti Halim
Fasilitator : Kumpulan 1 ( En. Ridhauddin & Pn. Nurulazirawati )
Kumpulan 2 ( En. Norherman & Cik Jahara )
Kumpulan 3 ( En. Salmansani & Cik Rohaya )
Kumpulan 4 ( En. Adhar & Pn. Azmidar )
Kumpulan 5 ( En. Musa & Cik Nur Aniza )
Kumpulan 6 ( En. Syahmin & Cik Saidatu’ Arpah )
Kumpulan 7 ( En. Mohd Amiruddin & Cik Siti Hazalliana )
Penceramah : Ceramah 1 : Puan Mahani Aeria binti Abdullah
Ceramah 2 : Encik Salmansani bin Saleh @ Mohd Salleh
Ceramah 3 : Encik Ridhauddin bin Hasbullah
8. TENTATIF PROGRAM
JUMAAT ( 14 JANUARI 2011 )
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Bil. Masa Aktiviti Catatan
1. 2.10pm – 2.30pm Pendaftaran AJK PENDAFTARAN
2. 2.30pm – 2.40pm Perasmian dan bacaan doa USTAD ABDUL SAMAD
3. 2.40pm – 4.30pm Ceramah 1PUAN MAHANI AERIAGB SKJG (2)
4. 4.30pm – 5.00pm Solat Asar EN. SALMAN SANI
5. 5.00pm – 6.30pm Riadah / Sukan EN. NORHERMAN
6. 6.30pm – 6.50pm Minum petangAJK MAKANAN / MINUMAN
6. 6.50pm – 7.40pm Solat Maghrib EN. ABDUL SAMAD
7. 7.40pm – 8.15pm Bentuk kumpulan EN. MOHD AMIRUDDIN
8. 8.15pm – 8.45pm Solat Isyak EN. SYAHMIN
9. 8.45pm – 9.30pm Makan malamAJK MAKANAN / MINUMAN
10. 9.30pm – 11.30pmLDK 1( Keyakinan Diri )
FASILITATOR
11. 11.30pm – 5.30am Rehatkan diri
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
SABTU (15 JANUARI 2011)
Bil. Masa Aktiviti Catatan
1. 5.30am – 6.30pm Solat Subuh EN. MOHD ADHAR
2. 6.30am – 7.30am Senaman Pagi EN. MOHD AMIRUDDIN
3. 7.30am – 8.30am Sarapan pagiAJK MAKANAN /MINUMAN
4. 8.30am – 10.30amCeramah 2( Tugas dan Tanggungjawab Pengawas )
EN. SALMANSANI
5. 10.30am – 10.45am Minum pagiAJK MAKANAN /MINUMAN
6. 10.45am – 12.45pmCeramah 3 (Ciri-ciri dan Peranan Pengawas)
EN. RIDHAUDDIN
6. 12.45pm – 2.00pmMakan tengahari dan Solat Zohor
AJK MAKANAN /MINUMANEN. MUSA
7. 2.00pm – 4.00pmLDK 2( Pembahagian Tugas Pengawas )
FASILITATOR
8. 4.00pm – 4.30pm Solat Asar dan Bersurai
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
9. ANGGARAN PERBELANJAAN (MAKANAN DAN MINUMAN )
BIL. PERKARA PERBELANJAAN ( RM )
1.Minum Petang :( Air Kotak & Biskut ) = RM1.50 X 90 Orang RM 135
2.Makan Malam :( Nasi Berlauk & Minuman ) = RM4.00 X 90 Orang RM 360
3.Sarapan Pagi :( Air Teh & Mee goreng ) = RM2.00 X 90 Orang RM 180
4.Minum Pagi :( Air Kotak & Kuih ) = RM1.50 X 90 Orang RM 135
5.Makan Tengahari :( Nasi Berlauk & Minuman ) = RM4.00 X 90 Orang RM 360
6. Lain-lain. RM 150JUMLAH KESELURUHAN RM 1320
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
10. Laporan Aktiviti
Jumaat (14 Januari 2011)
Proses pendaftaran dimulakan pada jam 2.10 petang di Dewan Bunga Raya. Setelah
itu murid berkumpul dan Pn. Nurulazirawati bertugas selaku pengacara majlis. Acara
dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Samad dan diikuti oleh ucapan
perasmian oleh Pn Mahani Aeria, Guru Besar SK Jalan Gurney 2.
Ceramah yang pertama bermula pada jam 3.10 petang, disampaikan oleh Pn Mahani
Aeria. Beliau mengarahkan agar murid menyusun kerusi ke tepi dewan untuk memberi
ruang bagi melakukan aktiviti.
Aktiviti pertama, murid berpecah kepada sebelas kumpulan dan dikehendaki mengenali
antara satu sama lain. Setiap kumpulan menghantar seorang wakil ke hadapan untuk
menyatakan nama ahli kumpulan mereka.
Dalam aktiviti ini, murid kurang peka dan lambat bertindak balas terhadap arahan,
mereka mengambil masa terlalu lama untuk mencari ahli kumpulan masing-masing.
Terdapat juga murid yang gagal mengenalpasti semua ahli kumpulan mereka.
Aktiviti kedua, setiap kumpulan diberi sehelai kertas A4 dan dikehendaki menulis nama
kumpulan dan menyenaraikan sekurang-kurangnya lapan ciri seorang pengawas.
Seorang wakil datang ke hadapan dan menyebut ciri berkenaan.
Berdasarkan pemerhatian, murid kelihatan lebih yakin untuk bercakap dan terdapat
kumpulan yang menghantar pengawas percubaan sebagai wakil kumpulan.
Aktiviti tiga merupakan permainan musang dan ayam. Aktiviti ini memupuk sikap
kerjasama di kalangan ahli kumpulan.
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Ceramah berakhir pada jam 4.30 petang.
Murid diberi roti dan air kotak untuk minum petang, kemudian menunaikan solat Asar di
surau dan menyalin baju sukan untuk aktiviti riadah.
Riadah bermula pada jam 5.30 petang di padang, dikendalikan oleh En Norherman dan
En Khairani. Murid membuat aktiviti regangan badan serta aktiviti sukaneka sehingga
jam 6.30 petang. Ahmad Adli dari kelas 6 Setia telah dipilih untuk menjadi ketua
kumpulan atau penghulu bagi kem ini.
Setelah itu, murid bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib di surau, kemudian,
makan malam.
Pada jam 8.30 malam, satu ceramah motivasi bertajuk ‘Keyakinan Diri’ disampaikan
oleh En Irman Shah b Azhar, yang merupakan seorang konsultan dari Wira Jati. Pada
mulanya ceramah yang disampaikan telah memupuk kemesraan di antara murid-murid
dengan penceramah dan murid-murid teruja dengan gaya penyampaian En Irman yang
bersemangat.
Namun, suasana mula bertukar apabila penceramah fokus kepada sikap
tanggungjawab dan kepimpinan dalam diri. Aktiviti yang dilaksanakan bertumpu kepada
kebolehan murid untuk mendengar arahan.
Kegagalan mendengar dan melaksanakan arahan akan menyebabkan mereka didenda.
Tetapi, bukan kesemua murid yang akan menerima hukuman, sebaliknya hanya
penghulu iaitu Ahmad Adli yang akan menanggung akibatnya.
Di sini En Irman menegaskan bahawa kesemua mereka merupakan pemimpin, dan
selaku pemimpin hendaklah bersedia memikul tanggungjawab sekiranya orang
bawahan mereka gagal menjalankan tugas yang diberi. Ahmad Adli pula adalah ketua
yang menjadi tunggak kepada pelaksanaan proses, maka beliau yang
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejayaan dan kegagalan anak buahnya.
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Arahan pertama, murid dikehendaki membentuk kumpulan seramai 5 orang dalam
kiraan 5. Arahan ini gagal dipatuhi kerana terdapat 22 orang murid tidak sempat
membentuk kumpulan mereka, maka penghulu didenda ketuk ketampi sebanyak 22
kali.
Perkara yang sama berulang beberapa kali, dan penghulu bukan sahaja didenda setiap
kali kumpulan gagal dibentuk mengikut jumlah yang dikehendaki, malah jika murid
terlalu bising dan tidak teratur, beliau akan menerima nasib yang sama. En Irman turut
menggunakan pendekatan secara psikologi, yang memberi kesan terhadap semua
murid di situ.
Perubahan sikap yang ketara dapat dilihat ketika ini. Suasana dalam dewan semakin
serius, Ahmad Adli mulai berani mengeluarkan suara mengarahkan agar anak buahnya
lebih pantas membentuk kumpulan seperti yang dikehendaki dan memastikan mereka
sentiasa berdisiplin.
Terdapat beberapa rakan penghulu yang turut bersama ketuk ketampi dan menangis
apabila melihat beliau didenda, mungkin kerana mereka merasakan bahawa mereka
yang sepatutnya bertanggungjawab, dan bukan penghulu seorang.
Arahan yang terakhir iaitu murid dikehendaki membuat bulatan besar dalam keadaan
tangan bersilang dan cuba meleraikan silangan itu tanpa melepaskan tangan amat
mencabar.
Malangnya tugasan gagal dilaksanakan. Kesannya, kini En Irman memutuskan bahawa
penghulu gagal menjalankan tugasnya dan tidak layak berada di kem ini, maka beliau
akan dihantar pulang pada ketika itu. Kini hampir kesemua murid menangis.
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Penghulu diarah mengemas beg pakaiannya di atas. Setelah beliau berada semula di
dewan, beliau dihalang oleh rakan-rakannya dan mereka bersama-sama menjauhkan
Ahmad Adli daripada En Irman. Suasana pilu menyelubungi seluruh dewan. Keakraban
yang ditonjolkan tatkala mereka cuba menyelamatkan penghulu mereka menyentuh hati
para fasilitator yang melihat.
En Irman menegaskan bahawa mereka hendaklah sentiasa ingat saat itu, kerana
mereka perlu sentiasa bersatu padu dan bekerjasama selaku satu badan yang
mendukung tanggungjawab menjaga disiplin murid. Ceramah diakhiri dengan acara
bersalaman dan bermaafan sesama mereka. Ceramah tamat pada jam 10.45 malam.
Murid menunaikan solat Isyak dan bersurai untuk tidur pada jam 11.30 malam.
Sabtu (15 Januari 2011)
Murid bangun pada jam 5.00 pagi untuk mandi dan menunaikan solat subuh berjemaah.
Pada jam 6.45 sehingga 7.45, acara senaman pagi dan permainan dijalankan,
dikendalikan oleh En. Amiruddin dan Cik Siti Hazalliana. Kemudian murid menikmati
sarapan pagi di dewan.
Ceramah seterusnya disampaikan oleh En. Salmansani pada jam 8.50 pagi, yang
bertajuk “Tugas dan Tanggungjawab”. Beliau menerangkan apakah maksud tugas dan
tanggungjawab merujuk kepada beberapa kamus terkemuka, serta apakah bidang
tugas dan tanggungjawab seorang pengawas sekolah.
Selesai ceramah, murid bermain beberapa kuiz yang menguji minda mereka seperti
“Crossing a Bridge with 30 Seconds Lamp”, “Missionaries and Cannibals”, dan juga
“Farmer, Cabbage, Goat and Wolf”. Kesemua permainan ini memerlukan mereka
berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah.
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Pada jam 11.30 pagi, aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) dijalankan. Aktiviti yang
dinamakan ‘Kapal Karam’ ini dikendalikan oleh En. Ridhauddin bersama pasukan
fasilitator.
Objektif aktiviti ini ialah:
1. Supaya ahli dapat bertindak dengan pantas serta menggunakan daya pemikiran
yang tajam.
2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.
Murid-murid dibahagikan kepada sebelas kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sehelai
kertas mahjong, pen marker dan kertas tugasan,
Berikut adalah soalan tugasan mereka.
Terdapat 10 orang terapung-apung di laut kerana kapal yang mereka naiki telah
pecah dianda ombak dan karam di lautan. Kapal anda hanya ruang untuk 6 orang
sahaja.
TUGAS ANDA
Senaraikan 6 orang mengikut keutamaan, orang yang akan diselamatkan.
ORANG KAYA YANG BUDIMAN
KAWAN KARIB
IBU YANG SAKIT TUA
PENCURI YANG INSAF
ABANG YANG BUTA
GURU KELAS ANDA
BAPA YANG TIDAK BEKERJA
ORANG MISKIN
PEMUDA YANG BAIK HATI
ADIK YANG NAKAL
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Murid diberi masa 20 minit untuk berbincang dan menulis jawapan mereka beserta alas
an mengapa orang itu dipilih, di atas kertas mahjong yang dibekalkan. Setelah tamat
tempoh, kesemua mereka dikehendaki membuat pembentangan.
Hasil Pembentangan & Perbincangan
Kumpulan Satu – The Discipline Prefects
Kumpulan ini memilih:
1. Kawan karib – kerana susah senang kita hadapi bersama
2. Ibu yang sakit tua – kerana ibu yang sakit tua ialah seorang ibu yang telah
menjaga kita sejak kita masih kecil
3. Abang yang buta – kerana dia tidak dapat melihat apa yang ada di sekitarnya
4. Bapa yang tidak bekerja - kerana seorang bapa telah menyara keluarganya
5. Guru kelas anda - kerana dia telah mengajar kita
6. Adik yang nakal – kerana dia masih kecil
Kumpulan Dua – Perfect Prefect
Kumpulan ini memilih:
1. Ibu yang sakit tua – kerana ibu yang melahirkan kita ke dunia yang nyata
2. Bapa yang tidak bekerja – bapa memerlukan kerja untuk menyara hidup
3. Abang yang buta – kerana dia memerlukan pertolongan untuk melihat
4. Adik yang nakal – kerana dia adalah salah satu ahli keluarga kita
5. Orang miskin – dia memerlukan pertolongan untuk menyara hidup
6. Guru kelas anda – kerana dia telah mencurahkan ilmunya kepada kita
Kumpulan Tiga
Kumpulan ini memilih:
1. Kawan karib – kerana dia kawan yang sejati bagi kita
2. Ibu yang sakit tua – kerana dia mempunyai sakit tua dan umurnya sudah
meningkat tua
3. Abang yang buta – kerana dia tidak sempurna berbanding orang lain
4. Guru kelas anda – kerana dia sudah memberi kita ilmu yang tinggi
5. Orang miskin – kerana dia mempunyai keluarga yang susah dan miskin
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
6. Pemuda yang baik hati – kerana dia seorang yang peramah dan membantu kita
dengan ikhlas
Kumpulan Empat – Super Prefect
Kumpulan ini memilih:
1. Ibu yang sakkit tua – kita perlulah mengutamakan orang tua kita
2. Pencuri yang insaf – kerana berazam menjadi orang lebih baik
3. Abang yang buta – mestilah menolong orang kurang upaya
4. Guru kelas anda – banyak berjasa pada murid-murid
5. Orang miskin – kerana dia lebih memerlukan dari kita
6. Pemuda yang baik hati – kerana dia banyak menolong orang
Kumpulan Lima – The Prefect Team
Kumpulan ini memilih:
1. Ibu yang sakit tua – kerana beliau telah mendidik kita sewaktu kecil lagi.
2. Guru kelas anda – beliau telah mengajar kami dengan sebaik mungkin.
3. Orang miskin – kerana dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi.
4. Adik yang nakal – walaupun dia nakal, dia tetap adik kita satu-satunya.
5. Abang yang buta – kerana dia tidak dapat melihat.
6. Bapa yang tidak bekerja – kerana dia ahli keluarga kita dan beliau adalah orang
tersayang.
Kumpulan Enam – Pengawas Sekolah dan Pengawas Percubaan
Kumpulan ini memilih:
1. Ibu yang sakit tua – ibu yang sudah tua dan sakit tua
2. Pencuri yang insaf – dari jahat jadi baik dan insaf
3. Abang yang buta – abang yang tidak dapat melihat
4. Guru kelas anda – kerana beliau ajar saya
5. Orang miskin – orang yang tidak ada harta yang banyak
6. Orang kaya yang budiman – orang kaya yang baik hati
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Kumpulan Tujuh
Kumpulan ini memilih:
1. Kawan karib – kita perlu menyelamatkan kawan karib kerana jika tiada dia kita
merasa sepi
2. Ibu yang sakit tua – kita perlu menyelamatkan ibu yang sakit tua itu kerana dia
sakit
3. Abang yang buta –
Kumpulan Lapan
Kumpulan ini memilih:
1. Kawan karib – kawan karib selalu menemani walau apapun situasi
2. Ibu yang sakit tua – ibu telah melahirkan kita
3. Guru kelas anda – guru telah memberi ilmu kepada kita
4. Bapa yang tidak bekerja - bapa telah mengasuh kita
5. Orang yang miskin – kita hendaklah membantu orang yang susah
6. Abang yang buta – kita mestilah menolong orang yang kurang upaya
Kumpulan Sembilan - The Prefect Warrior
Kumpulan ini memilih:
1. Kawan karib – kerana dia adalah teman yang paling setia kepada kita
2. Ibu yang sakit tua –
3. Adik yang nakal – kerana dia masih kecil dan tidak boleh berbuat apa-apa
4. Guru kelas anda –
Kumpulan Sepuluh
Kumpulan ini memilih:
1. Ibu yang sakit tua – kerana dia memerlukan rawatan
2. Abang yang buta – kerana kita mesti mengutamakan orang istimewa
3. Guru kelas anda – kerana mengajar kita daripada membaca sampailah kita
pandai
4. Adik yang nakal – kerana dia mungkin mempunyai masa depan
5. Pemuda yang baik hati -
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
6. Orang miskin –
Kumpulan Sebelas – The Good Prefect
Kumpulan ini memilih:
1. Ibu yang sakit tua – kerana ibu telah melahirkan kita
2. Pencuri yang insaf – kerana setiap manusia diberikan peluang yang kedua jika
mereka ingin berubah
3. Guru kelas anda – kerana guru telah mengajar kita
4. Bapa yang tidak bekerja – kerana telah menjaga kita sehingga kini
5. Adik yang nakal – mungkin dia mempunyai masa depan yang cerah
6. Orang miskin – hidupnya mungkin akan berubah pada hari kelak.
Sewaktu sesi pembentangan, kumpulan yang memilih kawan karib sebagai nombor
satu telah dipanggil berkumpul di hadapan dan ditanya oleh En Amiruddin mengapa
mereka memilih kawan karib. Jawapan mereka kemudian diasak oleh fasilitator yang
menimbulkan persoalan mengapa bukan ibu mereka yang menjadi pilihan paling utama.
Agak malang kerana tiada seorang pun yang tampil untuk mempertahankan pilihan
mereka.
Sesi mulai hangat apabila kumpulan yang memilih ibu yang sakit sebagai pilihan utama
berkumpul di hadapan. Isu yang ditimbulkan ialah mengapa ibu dahulu dan bukannya
bapa. Kali ini berlaku perdebatan antara murid dan En. Amiruddin, murid mulai berani
untuk mempertahankan pilihan mereka, malah ada juga yang sedang duduk turut
bersama ke hadapan untuk memberikan pendapat.
Antara pendapat yang diluahkan adalah kerana ibu tua dan sakit berbanding ayah, ibu
lebih banyak meluangkan masa, ibu lebih banyak menjaga mereka, maka ibu perlu
diselamatkan dahulu,. Pabila Cikgu Amir mengatakan ayah sibuk mencari nafkah untuk
keluarga, terdapat murid yang mengatakan dalam senarai ini ayah tidak bekerja. Kata-
katanya mendapat sorakan semua dan menjadikan suasana lebih hangat.
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Tatkala perbincangan sedang memuncak, azan Zohor berkumandang dan En
Amiruddin mengakhiri sesi dengan kesimpulan bahawa pengawas mesti memiliki daya
pemikiran yang tajam, bersikap yakin dan berani.
Sesi ditamatkan pada jam 1.20 petang.
Murid menunaikan solat Zohor, mengemas tempat tidur mereka dan menyalin baju
sekolah. Murid berkumpul semula di dewan pada jam 2.30 petang untuk makan
tengahari. Setelah itu, raptai diadakan untuk majlis pelantikan pengawas pada hari Isnin
kelak. Murid berkumpul buat kali terakhir di dewan untuk mendengar ucapan penutupan
oleh Guru Besar, Pn Mahani Aeria bt Abdullah.
Majlis bersurai pada jam 4.40 petang.
Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Majlis telah diadakan pada 17 Januari 2011 di Dewan Bunga Raya bermula pada jam
1.30 petang. Puan Azmidar yang bertindak selaku pengacara majlis telah menjemput
Guru Besar, Pn Mahani Aeria bt Abdullah untuk menyampaikan watikah pelantikan
berupa tali leher pengawas kepada murid yang terpilih.
Seramai 61 orang murid yang mengikuti kem motivasi pengawas telah dilantik bagi sesi
kali ini. Ahmad Adli bin Mohtar dari kelas 6 Setia telah dipilih untuk memikul
tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas manakala Nurfaizah binti Yusni dari kelas 6
Gemilang pula dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas.
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Selesai acara pelantikan, Ahmad Adli kemudian memimpin semua pengawas untuk
melafazkan bacaan ikrar pengawas sekolah. Lafaz ikrar yang tegas dan bersemangat
telah mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.
Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh pengacara majlis, dengan harapan agar
badan pengawas dapat melaksanakan ikrar mereka dalam menjaga disiplin murid di
sekolah.
Majlis tamat pada jam 2.00 petang.
12. Masalah dan Penambahbaikan
Program dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat sedikit perubahan di
dalam tentatif program berbanding tentatif asal dan ada program yang tidak dapat
dilaksanakan disebabkan kekangan masa.
Diharap pada masa akan datang program dapat dijalankan mengikut jadual dan
tentatif yang disediakan, serta para guru akan terus memberikan kerjasama
sepenuhnya terhadap program sebegini.
13. PENUTUP
Dengan terlaksananya kem motivasi ini, Pengawas SKJG (2) akan lebih
berkeyakinan serta berhemah dalam menjalankan tugas masing-masing. Disamping
semangat kerjasama dan permuafakatan serta disiplin antara ahli dapat disemai
semasa dan dizahirkan selepas kem motivasi ini.
Diharapkan semua aktiviti yang dirancang dapat menyumbang beberapa kriteria
penting untuk melahirkan ramai bakal pemimpin muda yang cemerlang, gemilang dan
terbilang bagi menghadapi era globalisasi.
Disediakan oleh :
………………………………….
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
( CIK SITI HAZALLIANA BT HALIM )
AJK Dokumentasi
Kem Motivasi Pengawas 2011
Disemak oleh:
...........................................
( DATIN NOR'ASHIKIN BINTI MOHD DAHAN )
Guru Penolong Kanan HEM
Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2)
Disahkan oleh:
...........................................
( PUAN MAHANI AERIA BINTI ABDULLAH )
Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2)
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
JUMAAT 14 JANUARI 2011
Upacara Perasmian oleh Pn Mahani Aeria bt Abdullah
Slot ceramah dan aktiviti pertama oleh Pn Mahani Aeria bt Abdullah
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Aktiviti riadah
Ceramah motivasi bertajuk ‘Keyakinan Diri’ oleh En. Irman Shah b Azhar.
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
SABTU 15 JANUARI 2011
Aktiviti LDK ‘Kapal Karam’
Upacara Penutup oleh Pn Mahani Aeria bt Abdullah
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2011
ISNIN 17 JANUARI 2011
Penyampai tali leher sebagai watikah pelantikan
Ketua Pengawas Penolong Ketua Pengawas
Ahmad Adli bin Mohtar Nurfaizah binti Yusni
SK Jalan Gurney 2
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Bacaan Ikrar Pengawas diketuai oleh Ketua Pengawas SK Jalan Gurney 2
SK Jalan Gurney 2
top related