dokumen sebut harga - penangep.penang.gov.my/dokumen_meja/17868/tender_dokumen sebut... ·...
Post on 28-Jan-2020
29 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PPAPP/BPPK/01/2017
1
DOKUMEN SEBUT HARGA
SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN
MENGHANTAR BAHAN TERBITAN BERSIRI
(MAJALAH) UNTUK PERPUSTAKAAN PUSAT,
CAWANGAN, PEKAN, PUSAT BELI BELAH, DIGITAL,
DESA DAN BERGERAK,
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM
PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018 - 2019
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA:
12.00 TENGAH HARI, 5 DISEMBER 2017
NO. RUJUKAN SEBUT HARGA :
PPAPP/BPPK/01/2017
DISEDIAKAN OLEH:
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
KOLEKSI
PPAPP/BPPK/01/2017
2
NO. RUJUKAN SEBUT HARGA : PPAPP/BPPK/01/2017
SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN TERBITAN
BERSIRI (MAJALAH) UNTUK PERPUSTAKAAN PUSAT, CAWANGAN, PEKAN,
PUSAT BELI BELAH, DIGITAL, DESA DAN BERGERAK, PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018 - 2019
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Senarai Semak 3
2. Jadual 1 - Kenyataan Tawaran Sebut Harga 5
3. Jadual 2 - Arahan & Syarat –Syarat Kepada Penyebut Harga 7 - 12
4. Lampiran A - Syarat-syarat Am 13 – 15
5. Lampiran A1 - Surat Akuan Pembida 16
6. Lampiran B - Syarat-syarat Khas 17 - 20
7. Lampiran C - Syarat-syarat Tambahan 21
8. Lampiran D - Keterangan Mengenai Penyebut Harga 22 - 24
9. Lampiran E - Surat Akuan Penyebut Harga 25 - 26
10. Lampiran F - Jadual Tawaran Harga 27 - 35 11. Lampiran G - Jadual Penentuan Spesifikasi Teknikal 36 - 38
12. Lampiran H - Senarai Pengalaman 39
13. Lampiran Q - Sebut Harga Untuk Bekalan / Perkhidmatan 40 - 42
PPAPP/BPPK/01/2017
3
SENARAI SEMAK
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN TERBITAN BERSIRI (MAJALAH)
UNTUK PERPUSTAKAAN PUSAT, CAWANGAN, PEKAN, PUSAT BELI BELAH,
DIGITAL, DESA DAN BERGERAK, PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM
PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018 - 2019
Sila Tandakan √ bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil. Perkara/ Dokumen Untuk
Ditanda oleh Syarikat
Untuk Ditanda oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut Harga
1 LAMPIRAN A1- Surat Akuan Pembida
2 LAMPIRAN D - Keterangan Mengenai Penyebut Harga
3 LAMPIRAN E - Surat Akuan Penyebut Harga
4 LAMPIRAN F - Jadual Tawaran Harga
5 LAMPIRAN G - Jadual Penentuan Spesifikasi Teknikal
6 LAMPIRAN H - Senarai Pengalaman
7 LAMPIRAN Q - Sebut Harga untuk Bekalan / Perkhidmatan
8 Salinan Sijil Pendaftaran Kod Bidang Dengan Kementerian Kewangan
9 Salinan Penyata Akaun Bank Untuk 3 Bulan Terkini Yang Telah Disahkan Oleh Pihak Bank
10 Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil………………. (jika ada). Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :
PPAPP/BPPK/01/2017
4
KENYATAAN TAWARAN
SEBUT HARGA
JADUAL 1
PPAPP/BPPK/01/2017
5
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG JKR 2118 JALAN PERPUSTAKAAN
SEBERANG JAYA, 13700 PERAI PULAU PINANG
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah bagi menyertai sebut harga berikut :-
No. / Tajuk Sebut Harga Kod Bidang Pendaftaran
Tarikh Tutup Sebut Harga
PPAPP/BPPK/01/2017 : SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN TERBITAN BERSIRI (MAJALAH) UNTUK PERPUSTAKAAN PUSAT, CAWANGAN, PEKAN, PUSAT BELI BELAH, DIGITAL, DESA DAN BERGERAK, PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018 - 2019
010102
12.00 TENGAH HARI 5 DISEMBER 2017 HARI SELASA
2. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi mulai 28 NOVEMBER 2017 dengan
memuat turun daripada Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
3. Tawaran Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah kiri sampul Tajuk Sebut Harga serta No. Sebut Harga seterusnya dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat seperti berikut :-
Alamat : PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
JKR 2118 JALAN PERPUSTAKAAN SEBERANG JAYA 13700 PERAI 4. Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima dan yang tidak mempunyai
nombor rujukan seperti yang dinyatakan pada nombor 3 tidak akan dipertimbangkan.
5. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai Sebut Harga tersebut, hendaklah menghubungi Cik Norma binti Abdullah @ Omar atau Encik Muhammad Hanafi bin Ibrahim di talian 04-3971058. .
PPAPP/BPPK/01/2017
6
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
JADUAL 2
PPAPP/BPPK/01/2017
7
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
NO. RUJUKAN SEBUT HARGA : PPAPP/BPPK/01/2017
SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN TERBITAN
BERSIRI (MAJALAH) UNTUK PERPUSTAKAAN PUSAT, CAWANGAN, PEKAN,
PUSAT BELI BELAH, DIGITAL, DESA DAN BERGERAK, PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018 - 2019
1. PERIHAL SEBUT HARGA
1.1 Sebut Harga ini adalah bagi SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN
MENGHANTAR BAHAN TERBITAN BERSIRI (MAJALAH) UNTUK
PERPUSTAKAAN PUSAT, CAWANGAN, PEKAN, PUSAT BELI BELAH,
DIGITAL, DESA DAN BERGERAK, PERBADANAN PERPUSTAKAAN
AWAM PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018 – 2019.
1.2 Objektif adalah bagi membekal dan menghantar bahan terbitan bersiri
(Majalah) untuk kegunaan pengguna di semua pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
1.3 Sebut Harga ini adalah tertakluk kepada Arahan-arahan, Syarat-Syarat
Am, Syarat-Syarat Khas dan Syarat-Syarat Tambahan yang ditetapkan.
2. DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Sebut Harga hendaklah dibuat di atas borang-borang yang telah
disediakan dan selepas ini dipanggil dokumen Sebut Harga. Dokumen Sebut Harga yang lengkap adalah mengandungi perkara-perkara berikut :
i. Kenyataan Tawaran
ii. Arahan Kepada Penyebutharga
iii. Syarat-syarat Am (Lampiran A)
iv. Surat Akuan Pembida (Lampiran A1)
(Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida
hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa
menandatangani bagi pihak Syarikat).
v. Syarat-syarat Khas (Lampiran B)
vi. Syarat-syarat Tambahan (Lampiran C )
vii. Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Lampiran D)
viii. Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran E)
PPAPP/BPPK/01/2017
8
ix. Jadual Tawaran Harga (Lampiran F)
x. Jadual Penentuan Spesifikasi (Lampiran G)
xi. Senarai Pengalaman (Lampiran H)
xii. Sebut Harga Untuk Bekalan / Perkhidmatan (Lampiran Q)
3. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA
3.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang Sebut Harga.
3.2 Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut
ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah ditaip.
3.3 Setiap pembetulan atau pindaan yang dibuat hendaklah ditandatangan
ringkas dan dicop dengan cop rasmi Syarikat setentang dengan pembetulan atau pindaan tersebut.
3.4 Borang-Borang Yang Perlu Diisi :-
3.4.1 Borang Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Lampiran D)
i. Nama Penyebut Harga : Nama Syarikat seperti yang didaftarkan dengan Kementerian Kewangan.
ii. Alamat Perniagaan Penyebut Harga :
Alamat yang betul di mana Penyebut Harga boleh dihubungi melalui surat. Penyebut Harga hendaklah memaklumkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang jika berlaku pertukaran alamat.
iii. No. Telefon / Faks Penyebut Harga :
Perlu dinyatakan untuk dihubungi. iv. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan :
Nyatakan sama ada taraf Bumiputera atau Bukan Bumiputera. Sila sertakan salinan sijil pengesahan taraf Bumiputera oleh Kementerian Kewangan. Ketiadaan sijil tersebut menyebabkan Penyebut Harga akan ditakrif sebagai Bukan Bumiputera.
v. Modal Syarikat Penyebut Harga :
Jika bukan Syarikat Sdn. Bhd. atau Berhad, nyatakan modal terkumpul iaitu daripada punca-punca seperti wang simpanan, saham dan pinjaman bank.
PPAPP/BPPK/01/2017
9
vi. Butir-Butir Pemilikan (Ownership) Penyebut Harga perlu menyatakan butir-butir pemilikan sama ada perseorangan, perkongsian ataupun sendirian berhad / berhad.
vii. Pengalaman Penyebut Harga : Penyebut Harga hendaklah mengisi borang di (Lampiran H) dengan menyatakan pengalaman dalam bidang perkhidmatan berkenaan (jika ada).
viii.Penyata Bank Bagi 3 Bulan Terkini Penyebut harga wajib menyertakan penyata bank tiga bulan terkini yang disahkan oleh pihak Bank. Sekiranya tiada penyata terkini, permohonan penyebut harga tidak akan dipertimbangkan.
3.4.2 Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran E)
Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran Penyebut Harga menjadi tidak sah / laku dan dengan sendirinya tertolak. Kadar harga yang dalam borang Lampiran E dicatatkan mestilah sama dengan kadar harga di Lampiran F dan Lampiran Q.
3.4.3 Jadual Tawaran Harga (Lampiran F)
3.4.3.1 Borang ini perlu ditandatangani dan dicop oleh orang
yang diberi kuasa oleh Syarikat sebagai Penyebut Harga. Borang yang tidak bertandatangan dan bercop adalah tidak sah / laku dan akan ditolak.
3.4.3.2 Borang ini perlu diisi dengan lengkap dan dikembalikan. 3.4.3.3 Kadar harga yang ditawarkan dalam Jadual Harga di
Lampiran F adalah hasil daripada perkiraan yang dibuat berdasarkan item-item yang terkandung dalam Lampiran ini. Semua item yang disenaraikan dalam Lampiran ini perlu diisi. Jika terdapat item yang tidak dikenakan bayaran, maka Penyebut Harga perlu menyatakannya sebagai “tidak dikenakan bayaran bagi item ini”. Pihak Urus Setia akan membuat perkiraan semula ke atas perkiraan ini dan sekiranya jumlah yang dikira semula berbeza dengan jumlah yang dibuat oleh Penyebut Harga maka kadar harga yang akan diambilkira adalah pada borang di Lampiran E.
PPAPP/BPPK/01/2017
10
4. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN
4.1 Semua pembetulan / pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga dan Surat Akuan Penyebut Harga hendaklah ditandatangan ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen Sebut Harga serta dicopkan dengan cop Penyebut Harga (Syarikat). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentangan dengan kesilapan yang dibetulkan / dipinda. Pembetulan / pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.
5. PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
5.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
5.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa
suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
6. DOKUMEN-DOKUMEN TAWARAN PENYEBUT HARGA
6.1 DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN & TEKNIKAL
6.1.1 Pada peringkat penyediaan cadangan kewangan & teknikal, Penyebut Harga perlu mencetak satu (1) set jadual tawaran harga untuk dimasukkan sebagai dokumen sokongan dalam sampul.
6.1.2 Penyebut Harga hendaklah memasukkan Dokumen yang
ditetapkan ke dalam Peti Tawaran seperti yang ditetapkan sebelum atau pada 5 Disember 2017 (sebelum jam 12.00 tengahari).
6.1.3 Harga yang ditawarkan hendaklah juga termasuk cukai (tertakluk
kepada perubahan cukai yang ditetapkan oleh Kerajaan) bagi setiap transaksi yang disempurnakan.
6.1.4 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang tidak akan
bertanggungjawab di atas kegagalan penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal atau kehilangan borang-borang berkaitan Sebut Harga tersebut.
PPAPP/BPPK/01/2017
11
7. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Borang-borang yang perlu dikembalikan hendaklah mengandungi dan disertakan perkara-perkara berikut:
7.1.1 Sebut harga Untuk Bekalan/Perkhidmatan (Lampiran Q)
7.1.2 Surat Akuan Pembida (Lampiran A1)
7.1.3 Borang Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Lampiran D)
7.1.4 Surat Akuan Penyebut harga (Lampiran E)
7.1.5 Jadual Tawaran Harga (Lampiran F)
7.1.6 Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, Salinan 3
bulan Penyata Bank terkini serta Sijil Akuan Bumiputera (Jika
Berkaitan).
7.1.7 Jadual Penentuan Spesifikasi (Lampiran G)
7.1.8 Senarai Pengalaman Syarikat (Lampiran H) serta brosur / risalah hendaklah diisi ke dalam sampul, (Dalam 2 Salinan: ASAL dan SALINAN) di sudut sebelah bawah kiri dan dicatat perkataan :-
dan dialamatkan kepada :
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang JKR 2118 Jalan Perpustakaan Seberang Jaya 13700 Perai PULAU PINANG
7.2 Penyebut Harga menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan Sebut Harga yang disertainya.
7.3 Penyebut Harga juga diingatkan agar menghantar dokumen Sebut Harga
yang lengkap sebelum atau pada jam 12.00 tengahari (5 Disember 2017). Penghantaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
7.4 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang tidak bertanggungjawab
di atas sebarang kos yang terlibat oleh Penyebut Harga sekiranya Sebut Harga ini dibatalkan.
SULIT
No. Cadangan Pembekal SEBUT HARGA PPAPP/BPPK/01/2017
DOKUMEN TAWARAN
PPAPP/BPPK/01/2017
12
8. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai urusan Sebut Harga boleh dikemukakan kepada :-
8.1 Cik Norma binti Abdullah @ Omar - 04-3971058 8.2 Encik Muhamad Hanafi bin Ibrahim - 04-3971058 (ext 125 / 128)
PPAPP/BPPK/01/2017
13
LAMPIRAN A
SYARAT-SYARAT AM
Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga ditolak. 1. KELAYAKAN MEMASUKI SEBUT HARGA
Pembekal yang menyertai Sebut Harga ini mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, bertaraf Bumiputera / Bukan Bumiputera dalam bidang pembekal di bawah Kod Bidang 010102 (Bahan Bacaan) serta masih sah pendaftarannya semasa Syarikat yang berjaya memulakan kerja-kerja pembekalan dan penghantaran bahan terbitan bersiri untuk Perbadanan. Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen Sebut Harga. Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, Penyebut Harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan / pembaharuan tempoh pendaftaran telah dibuat. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat.
2. HARGA TAWARAN
3.5 Harga Tawaran Penyebut Harga hendaklah diisi di dalam Jadual Tawaran Harga (Lampiran F) dan jumlah ini adalah termasuk semua kos berkaitan.
3.6 Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah tetap, harga bersih dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan tidak boleh dipinda selepas penawaran sebut harga ini ditutup serta akan berkuat kuasa dalam tempoh sah laku sebut harga.
3. SPESIFIKASI, SKOP DAN ‘STANDARD’ PERKHIDMATAN
3.1 Penyebut Harga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti Spesifikasi, Skop dan ‘Standard’ kualiti perkhidmatan bagi membekal dan menghantar bahan Terbitan Bersiri (Majalah) di dalam Lampiran G supaya tidak timbul masalah kesilapan dalam meletak harga.
3.2 Perkhidmatan pembekalan dan penghantaran akan dilaksanakan
mengikut Spesifikasi, Skop dan ‘Standard’ kualiti kerja yang dinyatakan di dalam Lampiran G.
PPAPP/BPPK/01/2017
14
4. PERLANGGARAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA / KONTRAK DAN KADAR DENDA
4.1 Penyebut Harga yang dilantik boleh dikenakan denda bagi perkhidmatan
yang tidak dibuat langsung atau perkhidmatan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan,
4.2 Perkhidmatan yang tidak menepati spesifikasi sebut harga boleh
dikenakan tindakan-tindakan seperti berikut :-
(a) Amaran (Lisan / Bertulis) (b) Denda (Implikasi Kewangan) (c) Rampasan Bon Pelaksanaan (d) Penamatan Kontrak
4.3 Jumlah denda yang akan dikenakan kepada Penyebut Harga adalah
sebanyak dua puluh peratus (20%) daripada jumlah bayaran yang sepatutnya diterima bagi setiap perkhidmatan yang dijalankan. (**kadar denda tertakluk kepada perubahan sekiranya ada).
4.4 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang boleh membuat
keputusan untuk melantik pihak ketiga bagi melaksanakan perkhidmatan ini sekiranya mendapati Penyebut Harga gagal untuk menepati spesifikasi kontrak. Segala tanggungan kos yang dikenakan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang oleh pihak ketiga berkenaan akan dibiayai oleh Penyebut Harga sepenuhnya.
5. TEMPOH SAHLAKU SEBUT HARGA
Tempoh sahlaku Sebut Harga ini adalah selama 90 hari bermula daripada tarikh Sebut Harga ditutup
6. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA
6.1 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga jua pun.
6.2 Keputusan Jawatankuasa Pemilihan, Hapus Kira dan Sebut Harga Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang adalah muktamad. Perbadanan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Penyebut Harga berhubung sebab-sebab Penyebut Harga tidak berjaya.
6.3 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menandatangani satu Perjanjian Kontrak dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
PPAPP/BPPK/01/2017
15
7. MENARIK BALIK TAWARAN / MENOLAK TAWARAN
Penyebut Harga tidak boleh menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah tawaran dibuat. Jika Penyebut Harga menarik diri atau menolak tawaran, nama Penyebut Harga akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk tindakan.
8. PINDAAN / PERUBAHAN SYARAT-SYARAT
8.1 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang dinyatakan dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh Perbadanan, bahan Terbitan Bersiri (Majalah) yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.
8.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan
bagi pengeluaran, maka harga bahan Terbitan Bersiri (Majalah) yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.
9. TEMPOH PEMBEKALAN
Tempoh pembekalan bagi setiap jenis bahan Terbitan Bersiri (Majalah) adalah seperti di Lampiran G.
10. PERTIKAIAN
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dengan Penyebut Harga mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Perbadanan dengan Penyebut Harga, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Perbadanan dan seorang oleh Penyebut Harga. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.
11. IKLAN
Tiada maklumat mengenai kontrak ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau media pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.
PPAPP/BPPK/01/2017
16
LAMPIRAN A1
SURAT AKUAN PEMBIDA
Sebut Harga PPAPP/BPPK/01/2017 Membekal Dan Menghantar Bahan Terbitan Bersiri (Majalah) Untuk
Perpustakaan Pusat, Cawangan, Pekan, Pusat Beli Belah, Digital, Desa Dan Bergerak, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Bagi
Tahun 2018 - 2019
Saya,………..………...………................................... Nombor K.P ….…………….....................
yang mewakili ………………………………………….................... nombor Pendaftaran
…………………...................................... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau
mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah
kepada mana-mana individu dalam …………………………..……......................................
atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender / sebut harga*
seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili Syarikat
seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili Syarikat ini didapati cuba
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) atau mana-mana individu lain sebagai
sogokan untuk dipilih dalam tender / sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil
Syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender / sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender / sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan Syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender / sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……….................…………..
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.
ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
PPAPP/BPPK/01/2017
17
LAMPIRAN B
SYARAT-SYARAT KHAS
1. SPESIFIKASI TEKNIKAL
1.1 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang boleh mengubah penentuan spesifikasi dan pembekalan yang ditawarkan jika perlu. Perubahan spesifikasi ini akan dimaklumkan kepada Penyebut Harga melalui laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang sekiranya ada.
1.2 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kelewatan untuk membuat cadangan spesifikasi teknikal & harga serta kelewatan menghantar dokumen sokongan Penyebut Harga.
2. HARGA TAWARAN
2.1 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan
dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan ia hendaklah termasuk semua kos menghantar memunggah, mengangkut dan membungkus.
2.2 Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan kepada
jumlah harga keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan harga, harga seunit tiap-tiap item akan diambil kira. Jika terdapat perbezaan jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambil kira.
3. BARANGAN
3.1 Semua bahan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
3.2 Spesifikasi bahan hendaklah merujuk kepada Lampiran F
3.3 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang adalah sentiasa berhak mengkehendaki bahan itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa sama pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
3.4 Penyebut Harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau
pengujian apabila dikehendaki. 3.5 Sebarang kerosakan hendaklah diganti oleh Syarikat tanpa sebarang
kos.
PPAPP/BPPK/01/2017
18
3.6 Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa bahan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan piawai (jika ada) yang dinyatakan dalam pelawaan ini.
3.7 Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada
barang-barang yang telah dipersetujui (tidak mengikut spesifikasi), tawarannya boleh ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
3.8 Perbelanjaan yang dilakukan mengenai bahan yang ditolak itu
hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga tanpa melibatkan sebarang kos oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
4. JADUAL PENGHANTARAN
4.1 Penyebut harga yang berjaya WAJIB membuat penghantaran ke Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang yang beralamat seperti di Lampiran F. Kerajaan berhak ke atas penghantaran berdasarkan permintaan yang munasabah dan bagi kes-kes kecemasan.
4.2 PPAPP adalah sentiasa berhak untuk menangguhkan atau
mempercepatkan jadual penghantaran tersebut bagi memenuhi keperluan semasa.
4.3 Penyebut harga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung
risiko kos barang tersebut, buruh, pengangkutan dan segala yang perlu bagi membekal dan menghantar barang tersebut ke PPAPP.
4.4 Penyebut harga adalah bertanggungjawab ke atas sebarang
kesukaran atau kerosakan yang timbul akibat dari penggunaan barangan yang dibekalkan yang tidak mengikut spesifikasi dan menanggung semua kos yang terlibat.
5. PEMBAYARAN
Pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Pembayaran akan dibuat di setiap peringkat berdasarkan amaun yang ditetapkan di Jadual Harga setelah pembekal membekal dan menghantar sepenuhnya kuantiti yang dikehendaki di peringkat penghantaran tersebut.
6. SURAT SETUJU TERIMA
Surat Setuju Terima akan dihantar oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang kepada Penyebut harga yang berjaya dan Surat Perakuan Penyebut Harga ke atas Surat Setuju Terima Sebut Harga itu akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat di antara Perbadanan dan Penyebut harga
PPAPP/BPPK/01/2017
19
tanpa mengambil kira sama ada Kontrak sebenar akan disempurnakan atau tidak.
7. HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang berhak menerima atau menolak mana-mana dokumen Sebut Harga dan membatalkan proses Sebut Harga dan menolak semua dokumen Sebut Harga pada bila-bila masa sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada Penyebut Harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada Penyebut Harga yang terlibat.
7.2 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang adalah berhak mempersetujui nilai Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan Sebut Harga.
7.3 Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan tawaran teknikal,
tawaran harga dan keupayaan Sebut Harga serta lain-lain faktor yang difikirkan sesuai seperti berikut :
a) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Tidak Terikat
Untuk Menawarkan Kontrak Kepada Penyebutharga yang menawarkan harga terendah;
b) Keputusan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
adalah muktamad; c) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang berhak memilih
lebih dari satu Pembekal;
d) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang juga berhak mengubah spesifikasi Sebut Harga jika perlu;
e) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang berhak sama
ada mempersetujui kesemua tawaran Sebut Harga atau sebahagiannya;
f) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang tidak
memerlukan untuk memberi sebab penolakan mana-mana Sebut Harga; dan
g) Sebarang surat-menyurat mengenai keputusan Sebut Harga
tidak akan dilayan.
PPAPP/BPPK/01/2017
20
8. MODAL PUSINGAN
Penyebut Harga yang berminat mestilah mempunyai kemampuan kewangan dari segi modal pusingan, ‘net worth’, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap dan sebagainya.
PPAPP/BPPK/01/2017
21
LAMPIRAN C
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak. 1. Penyebut Harga jika berjaya adalah dikehendaki berbincang dengan pihak
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang untuk : i. Mengatur program kerja;
ii. Taklimat mengenai peraturan-peraturan Perbadanan Perpustakaan
Awam Pulau Pinang, dan
iii. Lain-lain perkara yang berkaitan
2. Penyebut Harga hendaklah mengemukakan senarai nama pekerja yang akan menjalankan kerja-kerja membekal bahan seperti yang dicadangkan. Senarai nama hendaklah mengandungi nama penuh, bangsa, kerakyatan dan nombor kad pengenalan / no. pasport. Bagi pekerja-pekerja yang Bukan Warga Negara Malaysia adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga bahawa mereka mempunyai permit kerja yang sah.
3. Penyebut Harga adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan
barang dalam tempoh penghantaran dan pekerjanya seperti berikut :-
i. Pembayaran gaji dan upah;
ii. Displin dan kebajikan;
iii. Keselamatan pekerja; dan
iv. Pengangkutan
4. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang berhak pada bila-bila
masa menamatkan perkhidmatan ini sekiranya didapati perkhidmatan yang diberi oleh Penyebut Harga tidak memuaskan atau melanggar syarat-syarat Sebut Harga / perjanjian.
PPAPP/BPPK/01/2017
22
LAMPIRAN D
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA 1. NAMA PENYEBUT HARGA :
(Syarikat) 2. ALAMAT PENYEBUT HARGA :
i) Ibu Pejabat : ____ __
__
__
__
ii) Cawangan : __
__
__
__
3. NOMBOR TELEFON PENYEBUT HARGA :
i) Ibu Pejabat : ____________________________________________
ii) Telefon Bimbit : ___________________________________________
iii) Faks : ____________________________________________
iv) Cawangan : ___________________________________________ 4. PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN
4.1. Tempoh Pendaftaran Mulai : _______________
(Wajib menyertakan salinan sijil) Hingga : _______________ 4.2. Taraf Penyebut harga : *Bumiputra / Bukan Bumiputra
(Sila sertakan sijil pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia)
PPAPP/BPPK/01/2017
23
5. MODAL PENYEBUT HARGA : (Isi mana yang berkenaan sahaja)
5.1. Perseorangan / Perkongsian : RM __________________ 5.2. Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) / Berhad (Bhd) :
5.2.1. Modal Dibenar : RM ___________________ 5.2.2. Modal Dibayar : RM ___________________
6. BUTIR-BUTIR PEMILIKAN (OWNERSHIP) 6.1. Perseorangan :
Nama Pemilik : No. K/Pengenalan :
6.2. Perkongsian:
Nama Pekongsi No. K/Pengenalan % Kongsian
6.3. Sendirian Berhad / Berhad
Nama Pemegang Saham
No. K/Pengenalan % Bahagian
(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)
7. PENGALAMAN : (Sila nyatakan pengalaman berkaitan sebagai Lampiran H kepada Sebut Harga ini)
PPAPP/BPPK/01/2017
24
8. PENYATA BANK BAGI 3 BULAN TERKINI YANG DISAHKAN (Berdasarkan kepada bulan tarikh Sebut Harga dikeluarkan)
Baki Akaun Bank Tertinggi : ___________________________
Baki Akaun Bank Terendah : ___________________________
Penyata Bank Mulai : __ hingga ______ __
Nilai Aset Semasa : ________________________________
Nilai Liabiliti Semasa : ________________________________ ** PENYEBUT HARGA WAJIB menyertakan PENYATA BANK TERKINI YANG DISAHKAN oleh pihak Bank. Kegagalan menyertakan borang berkenaan akan menyebabkan Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan.
PPAPP/BPPK/01/2017
25
LAMPIRAN E
SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA Kepada :
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
JKR 2118 Jalan Perpustakaan
Seberang Jaya
13700 Perai
PULAU PINANG
Tuan,
NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA : PPAPP/BPPK/01/2017
SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN TERBITAN
BERSIRI (MAJALAH) UNTUK PERPUSTAKAAN PUSAT, CAWANGAN, PEKAN,
PUSAT BELI BELAH, DIGITAL, DESA DAN BERGERAK, PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018 - 2019
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat __
mengambil bahagian dalam Sebut
Harga Membekal dan Menghantar Bahan Terbitan Bersiri (Majalah) Untuk
Perpustakaan Pusat, Cawangan, Pekan, Pusat Beli Belah, Digital, Desa dan
Bergerak, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Bagi Tahun 2018 - 2019.
Harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah (berjumlah
RM______________________)
2. Syarikat sebagai Penyebut Harga dengan ini bersetuju menerima serta
mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat Sebut Harga dan spesifikasi yang
terkandung dalam dokumen Sebut Harga. Syarikat juga telah memahami bahawa
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang berhak menerima atau menolak
tawaran ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan
harga tawaran-tawaran lain.
3. Syarikat bersetuju bahawa harga Sebut Harga yang ditawarkan ini laku (valid)
selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup Sebut Harga. Dalam tempoh
tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada Sebut Harga ini dan meminda
harga.
4. Selanjutnya sekiranya Sebut Harga syarikat ini diterima, syarikat akan
memberi cagaran keselamatan dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh
terima surat tawaran daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Syarikat bersetuju harga yang ditawarkan sebagai asas perkiraan bagi pembayaran
PPAPP/BPPK/01/2017
26
di atas pembekalan yang dibuat kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau
Pinang setelah pembekalan tersebut disahkan oleh Unit yang bertanggungjawab di
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
5. Kami yang bertandatangan di bawah ini, setelah menyemak, adalah dengan
ini mengesahkan bahawa dokumen Sebut Harga yang digunakan untuk Sebut harga
ini adalah yang sebenarnya dibeli oleh Syarikat ini.
_______________________________
(Tandatangan orang yang diberi kuasa)
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Alamat :
Nama Saksi :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Alamat :
PPAPP/BPPK/01/2017
27
LAMPIRAN F
JADUAL SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN TERBITAN BERSIRI (MAJALAH) UNTUK PERPUSTAKAAN PUSAT, CAWANGAN, PEKAN, PUSAT BELI BELAH, DIGITAL, DESA DAN BERGERAK, PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018 - 2019
JADUAL TAWARAN HARGA
BIL JUDUL BAHASA JUMLAH
SEBULAN (UNIT)
HARGA SEUNIT
(RM)
JUMLAH 12 BULAN
(RM)
JUMLAH 24 BULAN
(RM)
CATATAN
1 ADIK MUSLIM BM 13
2 AL-ISLAM BM 22
3 ANA MUSLIM BM 25
4 APERTURE (2 bulan sekali)
BM 9
5 ASUH BM 60
6 AULAD BM 3
7 BOBOIBOY BM 49
8 BUSINESS TODAY BI 1
9 DESTIN ASIA BI 3
10 DEWAN BAHASA BM 9
11 DEWAN BUDAYA BM 9
12 DEWAN KOSMIK BM 11
13 DEWAN MASYARAKAT BM 11
14 DEWAN PELAJAR BM 20
15 DEWAN PELITA BAHASA BM 9
16 DEWAN SASTERA BM 9
17 DEWAN SISWA BM 11
18 DISNEY KARTUN (2 bulan sekali)
BM 44
19 DISNEY KARTUN (2 bulan sekali)
BC 8
20 ECONOMIST BI 4
21 EJEN ALI BM 1
22 FENG CAI = FEMININE BC 8
23 FORTUNE BI 4
24 GE MEI LIA BC 2
25 GLAM DEKO BM 9
26 GOKULAM BT 3
27 GOLF BI 2
28 HEALTH TODAY BI 12
29 HEALTHY LIFE BC 1
30 HIJABISTA BM 1
31 HOME CONCEPTS BI 1
32 HOME DECOR BI 11
33 I SIHAT BM 19
34 IMPIANA (3 bulan sekali)
BM 18
PPAPP/BPPK/01/2017
28
35 JING MING LI CAI = MONEY COMPASS (2 bulan sekali)
BC 1
36 KAKI BOLA BM 1
37 KELUARGA (2 bulan sekali)
BM 64
38 KUNTUM BM 4
39 LAMAN IMPIANA BM 12
40 LET'S TRAVEL BC 18
41 LONG LIFE BC 1
42 MAJALAH PC BM 12
43 MALAYSIAN BUSINESS BI 1
44 MALAYSIAN TATLER BI 1
45 MALAYSIAN WOMENS WEEKLY
BI 12
46 MANGAYAR YUGAM BT 2
47 MASKULIN (2 bulan sekali) BM 23
48 MASTIKA BM 50
49 MEI FENG WEI CAI BC 9
50 MOMMY & BABY BC 13
51 NATURAL HEALTH BI 3
52 NONA BM 17
53 NONG MU SHI JIE = DUNIA PERTANIAN
BC 1
54 PA & MA BM 18
55 PANCING BM 20
56 PANCING (Edisi Khas Termasuk CD)
BM 20
57 PASUMAI VIKATAN BT 3
58 PENGANTIN (3 bulan sekali)
BM 12
59 PERAJURIT BM 9
60 PERSONAL MONEY BI 1
61 RASA (5 issue setahun) BM 63
62 READER DIGEST BI 12
63 READER DIGEST BC 15
64 REMAJA (3 bulan sekali) BM 35
65 RODA-RODA BM 3
66 SAJI BM 10
67 SAYANG MUSLIM BM 20
68 SMART INVESTOR BI 9
69 SME BI 2
70 SOLUSI BM 24
71 WANITA BM 43
72 YUM YUM BC 1
JUMLAH
KOS PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN (24 BULAN)
* Harga Perlu Mengambil Kira Cukai Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan (Jika Ada)
PPAPP/BPPK/01/2017
29
Perhatian :- Pembekal dikehendaki menghantar item ke lokasi berkenaan mengikut judul yang diperlukan di setiap daerah seperti berikut :- PUSAT, CAWANGAN, DIGITAL, PEKAN & PUSAT BELI BELAH Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang JKR 2118 Jalan Perpustakaan Seberang Jaya 13700 Perai Pulau Pinang Perpustakaan Cawangan Bertam JKR (P) 2687 Jalan Bertam 2 13200 Kepala Batas Pulau Pinang Perpustakaan Cawangan Jawi Sungai Jawi 14300 Seberang Perai Selatan Pulau Pinang Perpustakaan Cawangan George Town JKR 2936 Jalan Scotland 10450 Pulau Pinang Perpustakaan Cawangan Balik Pulau Lot 162 Mukim G Jalan Genting 11000 Balik Pulau Pulau Pinang Perpustakaan Cawangan Bukit Mertajam 29 Jalan Pegawai 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Kanak-Kanak 11, Jalan Scotland 10450 Pulau Pinang Perpustakaan Pekan Bagan Ajam No. 15, Jalan Bulan Taman Bagan Ajam 13000 Butterworth Pulau Pinang
PPAPP/BPPK/01/2017
30
Perpustakaan Pekan Simpang Ampat No. 63, Jalan Tambun Indah 1 Taman Tambun Indah 14100 Simpang Ampat Pulau Pinang Perpustakaan Siber Ilmu KOMTAR Tingkat 3, Jalan Penang Arked Penang 3, KOMTAR 10000 Pulau Pinang Perpustakaan Siber Ilmu Bayan Baru 1: 27, Kompleks Mayang Mall Jalan Mayang Pasir 1 11900 Bayan Baru Pulau Pinang Perpustakaan Siber Ilmu AEON Jusco Alma Lot F31, Pusat Beli Belah AEON 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Digital Tasek Gelugor No. 49 jalan Komersial 2 Pusat Komersial Tasek Gelugor 13300 Tasek Gelugor Seberang Perai Utara Pulau Pinang DAERAH TIMUR LAUT Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Gat Lebuh Macallum Tingkat 11, Block 354 Gat Lebuh Macallum 10300 Pulau Pinang Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Jalan Kedah Tingkat 11, Kompleks Jalan Kedah 10050 Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Rawa Dewan Persatuan Penduduk - Blok 8 Kampung Rawa 10150 Pulau Pinang Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Pangsapuri Harmoni Unit 1-G-1, Kuarters Kerajaan Cheeseman Road 11600 Pulau Pinang
PPAPP/BPPK/01/2017
31
DAERAH BARAT DAYA Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Batu Uban D/A Falat Desa Riang Blok 5, Jalan Batu Uban 3 11700 Pulau Pinang Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Bukit Gedong D/A Blok 18 A, Bukit Gedong 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Ara Lot 9358, Mukim 12 Perkampungan Tersusun Sungai Ara Lintang Bayan 7 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Teluk Tempoyak D/A Dewan JKKK Teluk Tempoyak Batu Maung 11960 Bayan Lepas Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Pulau Betong D/A Dewan JKKK Pulau Betong 49 Mk. 1, Jalan Pulau Betong 11020 Pulau Betong Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Permatang Pasir D/A Sekolah Agama Rakyat Permatang Pasir 11010 Balik Pulau Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Pantai Acheh Bangunan Panggung Pantai Acheh Pantai Acheh 11010 Balik Pulau Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Teluk Bahang Tingkat 1 Dewan Masyarakat MPPP Jalan Hassan Abbas 11050 Telok Bahang Pulau Pinang
PPAPP/BPPK/01/2017
32
SEBERANG PERAI UTARA Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kota Aur Jalan Kota Aur 13200 Kepala Batas Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Lahar Minyak D/A Dewan Orang Ramai Lahar Minyak 13300 Kepala Batas Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Permatang Tinggi A D/A Sebelah Masjid Permatang Tinggi A 13200 Kepala Batas Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Tok Bedu Dewan JKKKK kampung Tok Bedu 3246 Ayer Melintas Besar 13300 Tasek Gelugor Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kubang Menerong D/A Dewan Gerakan Masyarakat Kubang Menerong 13300 Tasek Gelugor Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Permatang Kuang D/A Dewan Orang Ramai Permatang Kuang 13100 Kepala Batas Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Pinang Tunggal D/A Sekolah Agama Rakyat Madrahsatul Huda Diniah 13210 Kepala Batas Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Ekor Kucing D/A Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Tradisional Ekor Kucing 13300 Tasek Gelugor Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Dua D/A Dewan JKKK Sungai Dua 13800 Butterworth Pulau Pinang
PPAPP/BPPK/01/2017
33
Perpustakaan Desa Siber Ilmu Pekan Darat D/A Dewan Gerakan Masyarakat Pekan darat Permatang Tok Jaya 13000 Butterworth Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Teluk Air Tawar D/A Pejabat JKKK Kawasan Permatang Kucing Jalan Besar, Teluk Air Tawar 13050 Butterworth Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Tasek Gelugor D/A Dewan UMNO Permatang Manggis 13300 Tasek Gelugor Pulau Pinang SEBERANG PERAI TENGAH Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Perkampungan Machang Bubok Jalan Bukit Teh 14020 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Taman Jambu Lorong Jambu 1, Taman Jambu 14020 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Berapit Balairaya Kampung Berapit 2041 Kampung Berapit 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Permatang Tinggi D/A Sebahagian Lot 1005 Mk 14 Permatang Tinggi 14100 Simpang Ampat Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Perkampungan Juru D/A Dewan Serbaguna Perkampungan Juru Jalan Besar Perkampungan Juru 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
PPAPP/BPPK/01/2017
34
Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kebun Sireh Dewan JKKK Kampung Kebun Sireh / Bukit Tengah 2743 Jalan Pekan Kebun Sireh 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Taman Makok Pusat Aktiviti Taman Makok Taman Makok 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Bukit Teh D/A Dewan JKKK Bukit Teh 14020 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Alma D/A Dewan JKKK Kawasan Kampung Alma Kampung Kijang dan Ladang Alma 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Tasek Junjong D/A Dewan JKKK Tasek Junjong 14120 Simpang Empat Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kuala Tasek D/A Dewan JKKK Kuala Tasek / Kg Manggis 593, Kuala Tasek 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Penanti D/A Dewan JKKK Mukim 20 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Kota Permatang Pasir Dewan Orang Ramai Kampung Kota Permatang Pasir 13500 Permatang Pauh Pulau Pinang
PPAPP/BPPK/01/2017
35
SEBERANG PERAI SELATAN Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Duri D/A Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Tradisi Sungai Duri 14200 Sungai Bakap Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Lima Kongsi D/A Dewan JKKK Kampung Lima Kongsi 14200 Sungai Bakap Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Permatang Keling D/A Dewan Balairaya Permatang Keling 14320 Nibong Tebal Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Acheh D/A Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh Gerai Perda SPS Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Bakau D/A Dewan JKKK Sungai Bakau 14320 Nibong Tebal Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Kechil D/A 653 Sungai Kechil 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Changkat Jalan Bukit Changkat 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Bukit Tambun D/A Balairaya Bukit Tambun 14100 Bukit Tambun Pulau Pinang Perpustakaan Desa Siber Ilmu Tasek Padang Lalang D/A Dewan Gerakan Masyarakat Padang Lalang 14120 Simpang Ampat Pulau Pinang
PPAPP/BPPK/01/2017
36
LAMPIRAN G
JADUAL SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN TERBITAN BERSIRI (MAJALAH) UNTUK PERPUSTAKAAN PUSAT, CAWANGAN, PEKAN, PUSAT BELI BELAH, DIGITAL, DESA DAN BERGERAK, PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018 - 2019
JADUAL PENENTUAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
BIL JUDUL BAHASA KELUARAN JUMLAH
(UNIT) SEBULAN
HARGA SEUNIT
(RM)
TEMPOH
PENGHANTARAN
1 ADIK MUSLIM BM JAN - DIS 13
2 AL-ISLAM BM JAN - DIS 22
3 ANA MUSLIM BM JAN - DIS 25
4 APERTURE (2 bulan sekali)
BM JAN - DIS 9
5 ASUH BM JAN - DIS 60
6 AULAD BM JAN - DIS 3
7 BOBOIBOY BM JAN - DIS 49
8 BUSINESS TODAY BI JAN - DIS 1
9 DESTIN ASIA BI JAN - DIS 3
10 DEWAN BAHASA BM JAN - DIS 9
11 DEWAN BUDAYA BM JAN - DIS 9
12 DEWAN KOSMIK BM JAN - DIS 11
13 DEWAN MASYARAKAT BM JAN - DIS 11
14 DEWAN PELAJAR BM JAN - DIS 20
15 DEWAN PELITA BAHASA BM JAN - DIS 9
16 DEWAN SASTERA BM JAN - DIS 9
17 DEWAN SISWA BM JAN - DIS 11
18 DISNEY KARTUN (2 bulan sekali)
BM JAN - DIS 44
19 DISNEY KARTUN (2 bulan sekali)
BC JAN - DIS 8
20 ECONOMIST BI JAN - DIS 4
21 EJEN ALI BM JAN - DIS 1
22 FENG CAI = FEMININE BC JAN - DIS 8
23 FORTUNE BI JAN - DIS 4
24 GE MEI LIA BC JAN - DIS 2
25 GLAM DEKO BM JAN - DIS 9
26 GOKULAM BT JAN - DIS 3
27 GOLF BI JAN - DIS 2
28 HEALTH TODAY BI JAN - DIS 12
29 HEALTHY LIFE BC JAN - DIS 1
30 HIJABISTA BM JAN - DIS 1
31 HOME CONCEPTS BI JAN - DIS 1
32 HOME DECOR BI JAN - DIS 11
33 I SIHAT BM JAN - DIS 19
PPAPP/BPPK/01/2017
37
34 IMPIANA (3 bulan sekali)
BM JAN - DIS 18
35 JING MING LI CAI = MONEY COMPASS (2 bulan sekali)
BC JAN - DIS 1
36 KAKI BOLA BM JAN - DIS 1
37 KELUARGA (2 bulan sekali)
BM JAN - DIS 64
38 KUNTUM BM JAN - DIS 4
39 LAMAN IMPIANA BM JAN - DIS 12
40 LET'S TRAVEL BC JAN - DIS 18
41 LONG LIFE BC JAN - DIS 1
42 MAJALAH PC BM JAN - DIS 12
43 MALAYSIAN BUSINESS BI JAN - DIS 1
44 MALAYSIAN TATLER BI JAN - DIS 1
45 MALAYSIAN WOMENS WEEKLY
BI JAN - DIS 12
46 MANGAYAR YUGAM BT JAN - DIS 2
47 MASKULIN (2 bulan sekali)
BM JAN - DIS 23
48 MASTIKA BM JAN - DIS 50
49 MEI FENG WEI CAI BC JAN - DIS 9
50 MOMMY & BABY BC JAN - DIS 13
51 NATURAL HEALTH BI JAN - DIS 3
52 NONA BM JAN - DIS 17
53 NONG MU SHI JIE = DUNIA PERTANIAN
BC JAN - DIS 1
54 PA & MA BM JAN - DIS 18
55 PANCING BM JAN - DIS 20
56 PANCING (Edisi Khas Termasuk CD)
BM JAN - DIS 20
57 PASUMAI VIKATAN BT JAN - DIS 3
58 PENGANTIN (3 bulan sekali)
BM JAN - DIS 12
59 PERAJURIT BM JAN - DIS 9
60 PERSONAL MONEY BI JAN - DIS 1
61 RASA (5 issue setahun)
BM JAN - DIS 63
62 READER DIGEST BI JAN - DIS 12
63 READER DIGEST BC JAN - DIS 15
64 REMAJA (3 bulan sekali)
BM JAN - DIS 35
65 RODA-RODA BM JAN - DIS 3
66 SAJI BM JAN - DIS 10
67 SAYANG MUSLIM BM JAN - DIS 20
68 SMART INVESTOR BI JAN - DIS 9
69 SME BI JAN - DIS 2
70 SOLUSI BM JAN - DIS 24
71 WANITA BM JAN - DIS 43
72 YUM YUM BC JAN - DIS 1
JUMLAH
PPAPP/BPPK/01/2017
38
KOS PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN (24 BULAN)
Perhatian: i. Semua bahan hendaklah mengikut spesifikasi dan juga jenama yang
dikehendaki oleh pihak kami seperti di lampiran ini.
ii. Jaminan mutu bahan hendaklah diganti oleh pembekal tanpa sebarang kos sekiranya ada kerosakan kepada bekalan sebut harga ini.
iii. Sebarang pindaan pada judul, harga dan kuantiti adalah tertakluk kepada
perubahan dan keperluan semasa serta dipersetujui bersama oleh pihak Perbadanan dan pembekal.
PPAPP/BPPK/01/2017
LAMPIRAN H
SENARAI PENGALAMAN DALAM PEMBEKALAN BAHAN TERBITAN BERSIRI (MAJALAH) DI LAIN-LAIN AGENSI
Bil.
Nama / Jenis Kontrak Nama dan Alamat
Penuh Jabatan / Institusi
Harga Kontrak (RM)
Tempoh Kontrak
MULA TAMAT
*Sila Sertakan Bersama Salinan Surat Setuju Terima / Pengesahan Prestasi Pembekal Di Lain-Lain Agensi *Sila Guna Helaian Berasingan Sekiranya Tidak Mencukupi
39
PPAPP/BPPK/01/2017
40
LAMPIRAN Q
(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
(Kew. 284-Pin. 5/94)
KERAJAAN MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG
SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN / PERKHIDMATAN
Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga. Kepada (Nama Syarikat) ……....................
………………………………………..……….
………………………………………..……….
No. Tel: ……………………………...………
No. Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan : ………………………………
Pelawaan Sebut Harga dikeluarkan oleh Kementerian / Jabatan (Alamat Lengkap)
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG JKR 2118 JALAN PERPUSTAKAAN SEBERANG JAYA 13700 PERAI No. Telefon : 04 - 3971058
Tarikh :
Kod bidang pendaftaran yang relevan
dengan pembelian ini .........................
1. Sila beri Sebut Harga untuk bekalan / perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:
1.1. Syarat penyerahan / penyempurnaan DIHANTAR SENDIRI OLEH
PEMBEKAL DI DALAM PETI SEBUT HARGA
1.2. Tarikh penyerahan / penyempurnaan dikehendaki SEPERTI SPESIFIKASI YANG DITETAPKAN
1.3 Arahan pengiriman PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU
PINANG
No. Sebut Harga
PPAPP/BPPK/01/2017
PPAPP/BPPK/01/2017
41
1.4. Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda nombor Sebut Harga :
No. Sebut Harga: PPAPP/BPPK/01/2017
1.5. Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari, 5 Disember 2017 (Hari Selasa).
1.6. Tempoh sah laku Sebut Harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup. Tarikh : ......................... Tandatangan : ..............................................
Nama Pegawai : .............................................. Jawatan : ..............................................
Bil. Perihal bekalan /
perkhidmatan dan
Syarat-syarat khas
Unit
Ukuran
Kuantiti /
Kekerapan
Kadar
(RM)
Harga
(RM)
Untuk diisi oleh Jabatan Untuk diisi oleh
Penyebut Harga
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN
TERBITAN BERSIRI (MAJALAH) UNTUK
PERPUSTAKAAN PUSAT, CAWANGAN, PEKAN,
PUSAT BELI BELAH, DIGITAL, DESA DAN
BERGERAK, PERBADANAN PERPUSTAKAAN
AWAM PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018 -
2019
Tarikh Penyerahan / penyempurnaan
Ditawarkan MENGIKUT PENENTUAN KERJA
DITETAPKAN DI LAMPIRAN F DAN LAMPIRAN G
* Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan
Kementerian Kewangan
JUMLAH
PPAPP/BPPK/01/2017
42
(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan (ii) Tarikh penyerahan / penyempurnaan ialah ................................. Saya / Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan / perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini. Tandatangan Penyebut Harga : .................................................................................................... Nama dan K/P : .................................................................................................... Alamat Syarikat : .................................................................................................... ....................................................................................................
....................................................................................................
Tarikh : ..............................................
top related