dasar penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran

Post on 27-Dec-2015

159 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM

PENTADBIRAN

IZNI NATILIA JALANISLESLIE MICHAEL CHANG

• Diperkenalkan pada tahun 1985.• Sebahagian daripada pelbagai usaha

Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia.

RASIONAL"Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh."

OBJEKTIF

i. Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain;

ii. Menubuhkan sebuah 'negara bahagia'; iii. Menghapuskan sikap yang negatif dalam

menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;

iv. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.

NILAI-NILAI ISLAM

Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah: BERDISIPLIN

IKHLAS TANGGUNGJAWAB

AMANAH

BEKERJASAMABERBUDI MULIA

BERSYUKUR

BERSIHTEKUN

SEDERHANA DEDIKASI

AMANAH• Menyedari hakikat bahawa tugas adalah

amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;

• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;

• Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas;

• Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan • Mengutamakan kepentingan awam

sebagai teras perkhidmatan.

TANGGUNGJAWAB• Menerima hakikat akauntabiliti akhir

adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan;

• Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan;

• Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/ instutusi/awam dalam menjalankan tugas;

• Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

• Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur;

IKHLAS

• Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia;

• Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaanNya; dan

• Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

DEDIKASI

• Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturan-peraturan yang ada; • Komited kepada sebarang perubahan

yang positif dan kepada kebaikan; • Sedia mengubah sikap demi kebaikan

bersama dan tugas;

• Sedia memulakan pembaikan; • Berinisiatif dan proaktif dalam

melaksanakan tugas harian.

SEDERHANA

• Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas;

• Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta-fakta yang terdapat dalam alam sekitar;

• Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja;

• Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak- pihak yang berharap kepadanya;

• Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

TEKUN

• Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan;

• Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi;

• Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja;

• Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak- pihak yang berharap kepadanya;

• Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

BERSIH

• Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian;

• Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup;

• Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas;

• Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan;

• Berkhidmat demi kebajikan semata-mata;

• Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

BERDISIPLIN

• Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama;

• Menilai tinggi masa dan janji; • Mengamalkan cara bekerja yang kemas

dan terancang; • Mempunyai etika kerja dan

profesionalisme yang tinggi.

BEKERJASAMA• Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam

melaksanakan kerja; • Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-

aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama;

• Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja daripada kepentingan peribadi;

• Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama;

• Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi: Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

BERBUDI MULIA

• Bermanis muka sepanjang masa; • Bertimbang rasa dan bertolak-ansur; • Menghormati rakan sejawat dan

pelanggan/pelawat; • Sentiasa memulakan 'pertanyaan'

dengan tujuan untuk menolong pelanggan/pelawat.

BERSYUKUR• Bersyukur kerana dapat melakukan tugas

untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat;

• Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih;

• Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian);

• Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;

• Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia;

• Berkhidmat sebagai ibadah; • Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai

sumbangan yang banyak kepada masyarkat, negara dan agama.

Islam Hadhari

Pengenalan

• Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban Islam

• Penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan untuk mencapai kesejahteraan hidup.

• Pembangunan kerajaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah

DEFINISI ISLAM HADHARI

• Hadhari -> “yang bertamadun” atau “Islam yang menekankan aspek tamadun”

• Hadharah -> keseimbangan kemajuan antara aspek material dan spiritual.

• Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.

VISI DAN MISI

• Visi - Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

• Misi - Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang

RASIONAL ISLAM HADHARI DIPERKENALKAN

• Aspek Dalaman– Kefahaman ajaran Islam secara Serpihan – Kepelbagaian Kumpulan– Kesan Konspirasi Politik Dunia Barat

• Aspek Luaran– Cabaran Globalisasi– Isu Terrorisme yang ditujukan kepada Islam– Membendung Tradisionalisme dan Fundamentalisme– Cabaran fahaman kebendaan dan hedonism

PRINSIP ISLAM HADHARI

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi (Allah/God)2. Kerajaan Adil dan beramanah3. Rakyat berjiwa merdeka4. Penguasaan ilmu pengetahuan5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif6. Kehidupan berkualiti7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita8. Keutuhan budaya dan moral9. Pemeliharaan alam semulajadi10. Kekuatan pertahanan

Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi

• Orang yang kuat iman dan taqwanya adalah mereka yang menjalin dan memelihara hubungan baik dan beradab sesama manusia walaupun dengan bukan Islam Tiada paksaan untuk orang bukan Islam dalam beragama.

• Malaysia sebagai negara Islam tidak menghalang agama-agama lain diamalkan dan dihormati dengan seadil-adilnya.

Kerajaan Adil dan Beramanah

• Adil - memberi hak kepada yang berhak akan haknya mengikut kadar dan keperluan masing-masing.

• Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin, kaya atau perbezaan agama

Rakyat Berjiwa Merdeka

• Jiwa merdeka bermaksud jiwa insan yang tidak memberi kepatuhan mutlak melainkan kepada Allah dan kepada Rasul-Nya.

• Jiwa merdeka memberi inspirasi untuk berfikiran kreatif dan inovatif

• Berusaha menggembleng tenaga dan buah fikiran menurut peraturan undang-undang dan

• Juga tidak akan dijajah dengan tuntutan hawa nafsu yang sentiasa menggalakkan perlakuan yang bertentangan dengan Islam

Penguasaan Ilmu Pengetahuan

• Islam mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan.

• Akan membantu masyarakat Malaysia sentiasa kehadapan dan bersifat semasa.

• boleh dimantap dan diperkasakan dengan penekanan ilmu bersifat revealed knowledge (Ilmu wahyu) sehingga mampu menjana sebuah negara yang disegani

Pembangunan Ekonomi Seimbang clan Komprehensif

• Ia saling berkait dengan unsur-unsur ritual Islam. Ia menjadi punca kepada ketenangan beribadat dan be ramal seperti bersedekah, membayar zakat dan sebagainya.

• Sistem ekonomi Islam menolak sebarang unsur-unsur ketidakadilan, malah Islam memeranginya dari pelbagai sudut. Antaranya sistem riba dalam ekonomi yang berteraskan kapitalisme

• Pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang

Kehidupan Berkualiti

• Aktiviti yang mencapai keredhaan Allah• Berusaha mencapai kebahagiaan,

kemewahan, kesenangan yang diredhai• kerajaan tidak pernah menghalang rakyatnya

dari melakukan amal ibadat dan mencari kekayaan, bahkan mencadangkan perlakuan yang seimbang antara kekayaan dunia dan akhirat

Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

• Islam telah lebih 1400 tahun yang lampau memperjuangkan konsep hubungan etnik dan hak-hak asasi manusia.

• Setiap orang juga berhak mempunyai kebebasan untuk melakukan amalan keagamaan mengikut sistem kepercayaan agamanya

• Prinsip ini menampilkan hak-hak kumpulan minoriti dan wanita akan dijaga dan dibela

Keutuhan Budaya dan Moral

• Memerangi elemen negatif budaya dan pemikiran Barat yang bertentangan dengan nilai agama dan ketimuran

• Budaya dan moral yang kuat lagi jitu adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju dan ke arah pencapaian Wawasan 2020.

• Nilai-nilai murni dan budi bahasa rakyat Malaysia adalah di antara identiti rakyat Malaysia

Pemuliharaan Alam Semulajadi

• Rakyat Malaysia pelbagai kaum mestilah sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar demi kepentingan bersama dan untuk generasi akan datang

• Rakyat Malaysia mestilah memperjuangkan isu-isu alam sekitar mengikut saluran yang betul dan peraturan dan benar-benar ikhlas demi kepentingan negara, bukannya kepentingan peribadi atau kelompok berkepentingan tersendiri.

Kekuatan Pertahanan

• Tidak hanya merujuk kepada kekuatan ketenteraan dan kekuatan teknologi persenjataan, turut memfokuskan terhadap kekuatan diri, jati diri, fizikal dan spiritual.

• Turut mendesak kekuatan pertahanan perlu dititik-beratkan

top related