contoh kerja kursus sejarah-majlis daerah hulu selangor
Post on 04-Jul-2015
1.524 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Majlis Daerah Hulu
Selangor (MDHS)
Bil. Perkara Halaman
1 Tajuk
2 Senarai Kandungan
3 Penghargaan
4 Objektif Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Hasil Kajian
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
Senarai Kandungan
Penghargaan
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah yang bertajuk Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) Majlis Daerah Hulu Selangor(MDHS).
Saya ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan terima kasih kepada guru matapelajaran Sejarah,iaitu Puan Suria Harun dan Puan Naslah Ismail kerana telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam saya menyiapkan Kerja Kursus ini.
Selain itu,tidak lupa jugaucapan terima kasih kepada ibu saya,Hamidah Hashim dan bapa saya,Yahya Hashim kerana memberi bantuan serta sokongan ketika saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah.
Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana sudi membantu saya serta menolong saya dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini.Akhir sekali,ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang sudi membantu saya.
Terima kasih banyak-banyak.
Yang Benar,
……………………………..
Objektif Kajian
(i) Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih(ii) Mengulas,menganalisis dan merumus fakta sejarah(iii) Merekod fakta sejarah mengikut format kajian yang betul(iv) Mengenai pihak berkuasa tempatan,iaituMajlis Daerah Hulu
Selangor(MDHS).(v) Mengamal nilai murni dan patriotisme.
Kaedah Kajian
*Saya menggunakan kaedah di bawah bagi memenuhi objektif kajian:
(i) Rujukan - Saya telah membuat rujukan dari internet,rakan serta bahan lain yang berkaitan dengan
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
(ii) Pemerhatian - Saya dan rakan membuat pemerhatian di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu
Selangor (MDHS).
(iii) Temu Bual - Saya dan rakan menemu bual 3 orang atau lebih bagi mendapatkan maklumat yang
berkaitan.
(iv) Lawatan - Saya dan rakan melawat ke kawasan kajian iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor
(MDHS) bagi mendapatkan maklumat.
Hasil Kajian
Majlis Daerah Hulu
Selangor(MDHS)
Majlis Daerah Hulu Selangor(MDHS) Jalan Bukit Kerajaan,44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan.
Misi
Memberi perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi mewujudkan persekitaran
yang harmoni, selesa dan makmur.
Visi
Menyediakan satu kawasan dan perbandaran yang maju, berteknologi tinggi dan mesra alam.
Objektif
Memberi serta menyediakan perkhidmatan perbandaran kepada semua penduduk dalam kawasan
Majlis Daerah Hulu Selangor
Lokasi Pentadbiran
Daerah bersempadan iaitu:
-Utara: Daerah Batang Padang (Perak)
-Timur: Daerah Bentong Padang (Pahang)
-Barat: Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor (Selangor)
-Selatan: Daerah Gombak (Selangor)
Dasar Kualiti
Majlis Daerah Hulu Selangor berazam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti demi kepuasan pelanggan.
Objektif Kualiti
(i) Mewujudkan suasana serta kualiti hidup yang tinggi didalam kawasan Majlis.
(ii) Menyediakan infrastruktur yang lengkap dan sempurna bagi menjamin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang pesat.
(iii) Menjadikan kawasan majlis kesihatan bersih ,indah ,tersusun ,makmur dan menjadi yang terbaik dalam semua aspek.
(iv) Meningkatkan kesejahteraan serta keharmonian didalam kawasan Majlis.(v)
Senarai Pentadbir
En. Tukiman b. Nail
Jawatan : Yang DiPertua
En. Azman Bin Dahlan Jawatan : Setiausaha Majlis
Ketua Jabatan: Pn. Junainah bt. Abdullah Jawatan : Pen. Pegawai Penerangan
Yang DiPertua MDHS
Setiausaha
Unit Aduan, Perhubungan Awam & Korporat
Ketua Jabatan: En. Samsul Kamal b. Abd. AzizJawatan : Penolong Juruaudit
Ketua Jabatan: Pn. Ruzianah bt. MohamadJawatan : Pembantu Undang-Undang
Bahagian Pentadbiran Am, Perolehan & Pengurusan Sumber Manusia
Ketua Jabatan: En. Kamaruzzaman b. Abdul Rahman Jawatan : Pegawai Tadbir
Bahagian Teknologi Maklumat
Ketua Jabatan: Pn. Azlida bt. Mohd Ali Jawatan : Pen. Pegawai Sistem Maklumat
Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan
Ketua Jabatan : En. Khairul Nizam b. Mohamed Khanafi Jawatan: Pen. Pegawai Penguatkuasa
Ketua Jabatan : Pn. Nurulhuda Ahmad bt. Khairuddin Jawatan: Pen. Peg. Belia & Sukan
Unit Audit Dalaman
Unit Perundangan
Jabatan Khidmat Pengurusan
Jabatan Belia dan Kemasyarakatan
Ketua Jabatan : En. Shaiful Rizza b. Hj. Piamin Jawatan: Akauntan
Ketua Jabatan : En. Che Azmi b. Hassan Jawatan: Pegawai Penilaian
Ketua Jabatan : En. Ahmad Jamzuri b. Mujaini Jawatan: Jurutera
Ketua Jabatan : En. Abdul Wahab b. Abd. Hamid Jawatan: Arkitek
Ketua Jabatan : Pn. Azlina bt. Mokhtar Jawatan: Pegawai Perancang Bandar
Ketua Jabatan : En. Mohd Fadhil b. Mohd Lani Jawatan: Arkitek Landskap
Ketua Jabatan : En. Mohd Shahril b. Ramli Jawatan: Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jabatan Perbendaharaan
Jabatan Penilaian
Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan
Jabatan Kawalan Bangunan
Jabatan Perancangan Pembangunan
Jabatan Landskap
Jabatan Perkhidmatan Bandar Dan Persekitaran
Ketua Jabatan : Pn Roshaliza Bt. Ariffin Jawatan: Pen. Pegawai Tadbir
Ketua Jabatan:Cik Norhazlida Bt. RoslanJawatan : Pegawai Perancang Bandar & Desa
Ketua Jabatan:Encik Ahmad Fairos b. Mohamad ZamaniJawatan : Pegawai Penilaian
Bahagian Perlesenan
Unit OSC (One Stop Centre)
Unit COB
Latar Belakang
MDHS
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1977 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).MDHS adalah hasil gabungan :
1. Lembaga Bandaran Rawang2. Majlis Tempatan Kuala Kubu Bharu3. Majlis Tempatan Kalumpang
Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis pada tahun 2002 adalah 270.38 km persegi yang meliputi 13 mukim . Kawasan yang ditadbir oleh MDHS merangkumi 13 kawasan utama berikut:-
1. Hulu Bernam2. Kalumpang3. Kerling4. Kuala Kubu Bharu5. Rasa6. Batang kali7. Hulu Yam8. Serendah9. Sg. Choh10. Bandar Baru Bukit Beruntung11. Bandar Baru Bukit Sentosa12. Bandar Baru Sg. Buaya13. Bandar Lembah Beringin
Luas Kawasan Pentadbiran:
Kawasan pentadbiran MDHS yang asal 5,501.42 hektar Pertambahan kawasan baru 21,536.29 hektar Jumlah keluasan MDHS 27,037.71 hektar Keluasan Daerah Hulu Selangor 174,047 hektar
Undang-Undang Kecil
1. U.U.K. Bangunan Seragam (MDHS)2. U.U.K. Gunting Rambut & Pendandan Rambut (MDHS)3. U.U.K. Penjaja (MDHS)4. U.U.K. Kesalahan-kesalahan Kerajaan Tempatan 1976 (MDHS)5. U.U.K. Kesalahan-kesalahan Jalan, Parit & Bangunan (MDHS)6. U.U.K. Pelesenan & Kawalan Anjing (MDHS)7. U.U.K. Pemungutan Pembuangan & Pelupusan Sampah (MDHS)8. U.U.K. Iklan (MDHS)9. U.U.K. Pengendalian Makanan (MDHS)10. U.U.K. Tred, Perniagaan & Perindustrian (MDHS)11. U.U.K. Iklan PilihanRaya (MDHS)12. U.U.K. Iklan (Pindaan)1990 (MDHS)13. U.U.K. Iklan 1991 (MDHS)14. U.U.K. Kerja Tanah (MDHS)15. U.U.K. Peruntukan Mengenai Lesen Bersesama (MDHS)16. U.U.K. Tandas Awam (MDHS)17. U.U.K. Bangunan Seragam Selangor (MDHS) Pindaan 200018. U.U.K. Taman (MDHS)U.U.K. Establisymen Makanan (MDHS)19. U.U.K. Kerja Di Jalan (MDHS)20. U.U.K. Hotel (MDHS)21. U.U.K. Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan Kerajaan Tempatan (Pindaan) (MDHS)
Piagam Pelanggan
Memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap terhadap pengurusan perkhidmatan dan
keperluan awam mengikut keperluan masyarakat
Memastikan pembangunan di daerah terkawal, indah dan makmur.
Menguatkuasakan pelbagai akta, enakmen & undang- undang kecil yang berkaitan bagi
memastikan pengurusan dapat dijalankan dengan teratur & cekap
Mewujudkan belanjawan seimbang dan mengelakkan pembaziran
Mewujudkan penilaian harta secara saksama dan menguruskan harta Majlis dengan cekap.
Berusaha meningkatkan kualiti golongan peniaga dan penjaja dengan menyediakan
kemudahan berniaga yang berkualiti.
Bil cukai tafsiran dikeluarkan 2 kali setahun
Menyelesaikan aduan- aduan awam dalam tempoh 2 minggu
Kelulusan permohonan lesen- lesen perniagaan dan iklan adalah seperti berikut:
1. Lesen perniagaan 2 bulan2. Lesen iklan / Billboard 2 bulan3. Lesen kain rentang 1 hari4. Lesen hiburan sementara 2 minggu5. Lesen perniagaan sementara 2 minggu
Sijil layak menduduki bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh:
Bangunan sesebuah 14 hari (setelah penerimaan borang E) Bangunan komersial 14 hari (setelah penerimaan borang E) Projek perumahan 14 hari (setelah penerimaan borang E)
*dengan syarat memenuhi kehendak- kehendak yang telah ditetapkan dan pihak pemohon
menetapkan lawatan pemeriksaan bersama jabatan teknikal.
Kelulusan permohonan pelan- pelan pembangunan dalam tempoh berikut :
Pelan lanskap dan rekreasi 1 bulan atau selewat-lewatnya 3 bulan daripada permohonan lengkap diterima
Cadangan nama taman, jalan & no. rumah projek perumahan
1 bulan atau selewat-lewatnya 3 bulan daripada permohonan lengkap diterima
Pelan ubahsuai / pindaan 1 bulan Pelan bangunan rumah sesebuah 3 bulan Pelan bangunan komersial / projek perumahan
3 bulan
*dengan syarat pemilik / pemaju / arkitek mengemukakan dokumen- dokumen yang lengkap
serta senantiasa berhubung dengan jabatan- jabatan teknikal yang terlibat agar sentiasa
mendapat penjelasan / komen dengan segera
Fungsi Jabatan-Jabatan
Jabatan Khidmat Pengurusan
Bahagian Pentadbiran Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan pengursan tenaga manusia yang berdaya saing serta berdaya maju selaras dengan kehendak organisasi.
Bahagian Teknologi Maklumat Menyelaraskan dan mengawal pembangunan ICT di Majlis Daerah Hulu Selangor
Bahagian Penguatkuasaan Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang digunapakai di Majlis Daerah Hulu Selangor demi kepentingan dan keselesaan umum.
Jabatan Perbendaharaan Membentuk imej akauntabiliti Majlis melalui pengurusan bajet, kewangan dan perakaunan yang cekap dan berkesan.
Jabatan Penilaian Memastikan setiap pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor dinilai mengikut peruntukan perundangan bagi tujuan mengenakan cukai taksiran.
Jabatan Pembangunan & Penyelenggaran Memastikan pembangunan projek Majlis dan kemudahan awam di kawasan Majlis dibina dengan aspek kejuruteraan dan diselenggara sebaik mungkin demi kesejahteraan penduduk.
Jabatan Kawalan Bangunan Memastikan pembangunan yang dibina selaras dengan perancangan dan spesifikasi agar bangunan berkualiti.
Jabatan Perkhidmatan Bandar & Persekitaran Memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap, bermutu dan memuaskan supaya kawasan Majlis sentiasa bersih, kesihatan awam terjamin serta kawasan Majlis menjadi tempat yang selesa, harmoni dan sejahtera.
• Bahagian Pelesenan Merancang serta mengawal semua aktiviti pelesenan bagi mencapai tahap pengurusan yang cekap dan berkualiti.
Jabatan Perancang Mewujudkan perancangan pembangunan dan kawasan rekreasi yang terancang serta indah untuk memberikan keselesaan dan kemudahan berkualiti kepada penduduk Majlis Daerah Hulu Selangor.
Jabatan Belia Dan Kemasyarakatan
Memastikan pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Belia & Kemasyarakatan Majlis Daerah Hulu Selangor ke tahap kecekapan maksima.Membina masyarakat belia yang berakhlak, berdisiplin, melahirkan pemimpin dan usahawan belia serta mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran.Mewujudkan masyarakat yang sihat, aktif dan cergas melalui program-program Belia, Kemasyarakatan dan sukan.Menggalakkan masyarakat menyertai program-program penganjuran Jabatan Belia & Kemasyarakatan Majlis Daerah Hulu Selangor.
Unit Aduan, Perhubungan Awam Dan Korporat
Menyediakan maklumat, memberi penerangan serta promosi berkaitan aktiviti-aktiviti dan program Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Melayani aduan dari orang awam dan memberi laporan dan memastikan tindakan telah diambil terhadap setiap aduan.
Unit Perundangan Melakukan pindaan undang-undang mengikut peredaran masa perlu dilaksanakan agar Undang-undang Kecil sedia ada tidak lapuk atau ketinggalan zaman. Penyelidikan mengenai undang-undang kerajaan tempatan juga dipertingkatkan agar nasihat dan pandangan undang-undang dapat diberikan dengan tepat dan teratur. Ini adalah kerana masyarakat hari ini lebih peka kepada hak dan tanggungjawab mereka.
Peranan
Pihak berkuasa tempatan adalah kerajaan diperingkat tempatan yang bertanggungjawab untuk
memberi perkhidmatan dan melaksanakan pembangunan ekonomi, sosial, fizikal dan
persekitaran bandar mengikut sempadan pentadbiran yang telah diwartakan.
Disamping bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan juga berperanan
memberi perkhidmatan seperti berikut:
1. Pembekal Perkhidmatan
2. Pihak Berkuasa Perancang Tempatan
3. Pemangkin Pembangunan Sosial & Ekonomi
4. Pelindung Alam Sekitar
Pelancongan
Promosi Pelancongan Masum 2010
-Bertempat di SACC Convec Shah Alam, Selangor, Pada 15-17 Januari 2010, Majlis Daerah Hulu Selangor telah menyertai Promosi Pelancongan MASUM 2010 yang dianjurkan oleh Tourism Selangor Berhad yang bertujuan mempromosikan kawasan-kawasan produk-produk pelancongan dan menawarkan pakej-pakej pelancongan yang terdapat di Hulu Selangor. Umum masih ramai yang belum mengetahui bahawa Hulu Selangor adalahantara Daerah yang kaya dengan keindahan dan kehijauan alam sekitar yang masih lagi terpelihara. Disamping itu terdapat tinggalan sejarah dan kisah disebalik kewujudan daerah ini. Antara aktiviti yang turut dijalankan adalah pameran kawasan pelancongan, jualan produk makanan dan buahan tempatan.
Mendaki Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
-Pada 16-17 Januari 2010 seramai lebih kurang 33 orang peserta telah mengikuti programPendakian Gunung Brinchang yang mempunyai ketinggian 6,666 kaki dari aras laut.Program ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Hulu Selangordengan kerjasama Majlis Daerah Cameron Highlands. Cabaran utama dalam pendakian ini adalah apabila pesertaterpaksa mendaki dalam cuaca yang agak sejuk sehingga 16’c.
Majlis Perasmian “Ops Loco”
- Pada 7 Mei 2010, Tourism Malaysia dengan kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengadakan majlis perasmian “Ops Loco” yang telah dirasmikanoleh Y. Bhg. Datuk Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah Pelancongan. Penganjuran program ini di Kuala Kubu Bharu secara tidak langsung dapatmempromosikan Kuala Kubu Bharu amnya sebagai destinasi bersejarah dan Daerah Hulu Selangor khasnya sebagai lokasi pelancongan pilihan kepadapelanco ng dala m dan luar Negara.
Keagamaan Perarakan Sempena Maulidur Rasul
-Sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor pada 26 Februari 2010, Majlis Daerah Hulu Selangor turut serta dalam perarakan yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri selangor. Dengan tema sambutan pada tahun ini “Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah” seramai lebih kurang 40 peserta telah mengambil bahagian. Perarakan ini juga disertai oleh jabatan-jabatan kerajaan dan agensi di negeri Selangor. Jika diimbas kembalisejarah Rasullah SAW, banyak pengorbanan dan perjuangan yang telah baginda lakukan. Sehinggalah agama Islam telah mencapai kegemilangan dan kejayaannya.
Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Sempena Aidiladha 1431H
-Daerah Hulu Selangor dipilih menjadi tuan rumah bagi Penyerahan Lembu Korban kepada semua nazir-nazir masjid di Negeri Selangor. Majlis ini telah diadakan pada 13 November, beberapa hari menjelang Aidiladha 1431H bertempat di Mini Stadium Kuala Kubu Bharu. Majlis telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim yang turut dihadiri Pegawai Eksekutif dari PKNS,PNSB, Worldwide Holding dan Kumpulan SEMESTA yang merupakan penderma sumbangan lembu korban tersebut. Lebih 500 ekor lembu diagih-agihkan kepada semua masjid di Selangor untuk tujuan ibadah korban.
Program Korban Kakitangan MDHS
-Bertempat di perkarangan pejabat MDHS, pada 18 November 2010 telah diadakan Program Korban Kakitangan MDHS yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MDHS. Sebanyak 4 ekor lembu telah dokorbankan. Daging sembelihan turut disedekahkan kepada golongan fakir miskin di kawasan sekitar.
Kemasyarakatan Program Pelaksanaan Zon Bersih PBT
- Pada 8 Mei 2010, bersempena dengan pelaksanaan zon bersih di Pihak Berkuasa Tempatan bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, satu majlis pelaksanaan program-program zon bersih telah di adakan di tapak zon bersih iaitu Bandar Baru Batang Kali. Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
a) Program Pengindahan Landskap bersama PeBTb) Kempen Tanam Pokokc) Kempen Kesihatand) Kempen Kitar Semulae) Hari Bertemu Pelangganf) Program Gotong-royong bersama Penduduk Setempat
Dianggarkan seramai 1000 orang telah hadir ke majlis ini terdiri daripada ahli-ahli Majlis MDHS, JKKK, pelajar-pelajar sekolah dan taska kawasan Batang Kali, dan masyarakat awam. Program-program yang dilaksanakan seperti Program Pengindahan Landskap, Program Gotong-royong, kempen-kempen dan Hari Bertemu Pelanggan adalah sejajar dengan objektif dalam pelaksanaan Zon Bersih di PBT Negeri Selangor untuk melibatkan penyertaan komuniti disamping dapat memenuhi kriteria-kriteria dalam pemarkahan Zon Bersih yang telah diputuskan untuk dipertandingkan antara PBT di Negeri Selangor.
Karnival Penggerak Hulu Selangor
-Bertempat di Dewan JKKK Cina kampong Chuang, Rasa, satu Karnival Penggerak Belia Daerah Hulu Selangor telah dijalankan pada 9-11 April 2010 oleh ahli-ahli dan jawatankuasa PeBT dengan kerjasama JKKKC kampong Chuang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, gotong royong baikpulih dewan, pertandingan mewarna, Basketball 3 on 3, Street Soccer. Program ini mendapat sambutan daripada golongan belia kawasan sekitar terutama pelajarpelajar sekolah.
Program Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni Bukit Beruntung, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.
- Pada 24 April 2010, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor telah mengadakan program Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni. Kakitangan dari Unit Pesuruhjaya Bangunan MDHS telah memainkan peranan yang penting dalam menjadi urusetia dalam menjayakan program tersebut. Majlis yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Tuan Iskandar Bin Abdul Samad ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan galakkan kepada penduduk di kawasan pangsapuri tersebut. Dengan bertemakan Bersih, Ceria Dan Harmoni amatlah bersesuaian dengan amalan membersihkan kawasan pangsapuri supaya dapat mencetuskan suasana yang ceria dan seterusnya menerapkan nilai – nilaiyang harmoni bagi mewujudkan satu perpaduan.
Kebajikan Majlis Pemberian Dana Spirulina
- Universiti Industri Selangor. Replika cek disampaikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor kepada Proffesor Dr. Lokman Shamsudin iaitu wakil dari Universiti Industri Selangor. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor dan diikuti pula kata-kala aluan oleh Y.B. Pn. Rodziah Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan,Sains, Teknologi &Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor dan disusuli pula kata-kata aluan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor. Setelah itu, para hadirin mendengar taklimat Spirulina oleh Proffesor Dr. Lokman Shamsudin. Beliau menyatakan bahawa industry spirulina kini mendapat permintaan yang sangat tinggi dari pasaran dunia masakini bagi tujuan perubatan. Penawaran produk ini pula adalah rendah dan atas dasarini, kerajaan mengambil inisiatif yang cukup bijak bagi menjana pendapatan kepada penduduk setempat hasil daripada pembesaran tapak semaian spirulina di Ulu Rening amnya dan Hulu Selangor khasnya.
Ekonomi
Mesyuarat Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor
-Majlis Daerah Hulu Selangor telah dipilih sebagai tuan rumah bagimengadakan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor yang diadakan pada 29 April 2010. Mesyuarat ini diadakan bagi membincang dan menyelaras bentuk tindakan penguatkuasaan yang dilakukan supaya ianya seragam dalam menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai di semua PBT Negeri Selangor. Mesyuarat kali kedua itu dihadirioleh lebih kurang 23 orang pegawai-pegawai penguatkuasa PBT dan wakil dari pihak UPEN ,Negeri Selangor.
Kunjungan Pelabur dari China
-Sekumpulan 8 orang bakal pelabur dari China telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke pejabat MDHS pada 6 Disember 2010. Mereka ini berminat untuk melabur di kawasan Kemboja Bukit Beruntung. Kunjungan mereka telah menjurus kepada perbincangan tentang perancangan pembangunan kawasan Kemboja itu sendiri dan mendapatkan pandangan dan penjelasan tentang perkhidmatan MDHS.
Perayaan Majlis Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai
-Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama PeBT dan JKKK Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu telah mengadakan Majlis RumahTerbuka Gong Xi Fa Cai pada 18 Februari 2010. Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Tuan NorHisham Dahlan, Yang DiPertua MDHS, Tuan Tukiman Nail, Ahli-Ahli Majlis, serta penduduk penduduk sekitar. Selain dari gerai-gerai makanan, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian naga, Pemberian Ang Pau kepada warga emas, dan persembahan kebudayaan daripada Jawatankuasa Penduduk sekitar.
Perkembangan
Sumber Kewangan Prestasi Kewangan
- Pada tahun 2009 jumlah pendapatan yang diterima oleh MDHS sebanyak RM37,940,025.Jumlah ini telah meningkat sebanyak RM2,780,722 berbanding pendapatan tahun 2008.
Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa factor :(I) Penyaluran semula Geran Jalan dari kerajaan negeri.(II) Peningkatan hasil sewaan dengan kemasukan gerai-gerai PLB untuk
ditadbir urus oleh Majlis.
Namun berlaku penyusutan dalam pungutan hasil cukai sebanyak RM2,292,972 pada Tahun 2009 berbanding tahun 2008.
Bil Jenis Pendapatan Jumlah(RM)1 Hasil Cukai (Jan-Dis) 24,213,3412 Hasil Bukan Cukai 4,424,6373 Terimaan Bukan Hasil 9,109,0704 Pelbagai Hasil 192,070
Jumlah Pendapatan Keseluruhan 37,940,025
Jadual 1:Pendapatan 2009
63%12%
24%1%
Pendapatan 2009
Hasil CukaiHasil Bukan CukaiTerima Bukan HasilPelbagai Hasil
*Cukai adalah penyumbang utama bagi hasil Majlis. Ianya menyumbang sebanyak 63% dari keseluruhan hasil Majlis. Namun bagi membolehkan majlis berfungsi dengan baik, sumbangan dari Kerajaan Negeri Pusat sebanyak 24% memainkan peranan yang penting. Hasil bukan cukai pula menyumbang sebanyak 12%.
Jadual 2:Prestasi Kutipan Pendapatan 2005-2009
2005 2006 2007 2008 20090
5,000,000
10,000,000
15,000,000
20,000,000
25,000,000
30,000,000
35,000,000
40,000,000
32,001,53329,035,626
35,839,573 35,159,72237,940,025
Prestasi Kutipan Pendapatan 2005-2009
Jadual 3: Perbelanjaan 2009
Tahun 2005 2006 2007 2008 2009Jumlah(RM
)32,001,533 29,035,626 35,839,573 35,159,722 37,940,025
Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah(RM)1 Emolumen 8,219,6372 Perkhidmatan dan Bekalan 24,946,6883 Pemilikan Harta Modal 430,5664 Pemberian dan Bayaran Tetap 422,2845 Perbelanjaan Pembangunan 1,193,2276 Pelbagai Perbelanjaan 149,925Jumlah Pendapatan Keseluruhan 35,362,327
23%
71%
1% 1% 3%0%
Peratus Perbelanjaan
EmolumenPerkhidmatan dan BekalanPemilikan Harta ModalPemberian dan Bayaran TetapPerbelanjaan PembangunanPelbagai Perbelanjaan
Jadual 4: Prestasi Pembayaran Belanja 2005-2009
Tahun 2005 2006 2007 2008 2009Jumlah (RM) 31,377,232 28,519,901 34,880,843 34,387,497 35,362,327
2005 2006 2007 2008 20090
5,000,000
10,000,000
15,000,000
20,000,000
25,000,000
30,000,000
35,000,000
40,000,000
Prestasi Pembayaran Belanja 2005-2009
Prestasi Pembayaran Belanja 2005-2009
Butir-Butir 2009Sasaran(RM)
2009 Sebenar(Kutipan (RM)
Peratus(%)
HasilCukai 26,618,000 24,213,341 91
Pelesenan 1,100,000 1,015,982 92Perkhidmatan 1,700,000 1,116,760 66
Jualan 100,000 154,483 154Sewaan 800,000 744,464 93
Faedah & Keuntungan 7,000 16,307 233Denda 1,500,000 1,291,007 86
Terimaan 8,210,833 9,109,997 111Lain-lain - 277,704 -
Jumlah Hasil 40,035,833 37,940,025 95Perbelanjaan
MengurusEmolumen 8,123,056 8,216,637 101
Perbelanjaan Saraan 47,000 36,204 76Perhubungan & Utiliti 281,000 267,880 95
Sewaan 116,000 86,801 75Bekalan & Bahan 1,696,000 1,065,346 63
Penyelenggaraan & Pembaikan
14,692,526 13,824,662 94
Perkhidmatan 10,711,300 8,929,792 83Aset 552,313 430,566 78
Pemberian & Kenaan Bayaran
792,040 422,566 53
Pelbagai Perbelanjaan - 149,925 -Jumlah Perbelanjaan
Mengurus37,011,235 35,362,326 90
Perbelanjaan Pembangunan
2,778,000 1,929,229 69
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan
39,789,235 35,362,326 89
Lebihan/(Kekurangan) 246,598 2,577,699 -Jadual 5: Prestasi Kewangan MDHS Sehingga 31 Disember 2009
Perancangan Masa Hadapan
Dialog BLUE PRINT-Hala Tuju Selangor 2011-2013
-Bertempat di Rumah Rehat Kerajaan Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengadakan sesi Dialog Blueprint Hala Tuju Selangor 2011-2013 bagi Daerah Hulu Selangor pada 24 Ogos 2010. Dialaog ini disertai seramai lebih kurang 150 wakil dari penduduk, NGO dan agensi kerajaan dan lain-lain. Dalam sesi ini juga peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan bagi membincangkan isu-isu yang diberikan berkaitan dengan hala tuju Selangor dalam tempoh 3 tahun ini.
Saranan dan Harapan
Pembangunan Mampan dan Bandar Selamat
- Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan kemampuan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan sendiri.
- Jawatankuasa Pembangunan Mampan dan Bandar Selamat:
* Ahli Jawatankuasa Pembangunan Mampan dan Bandar Selamat MDHS terdiri daripada 3 sektor utama iaitu sector kerajaan, swasta/NGO dan Wakil Penduduk. Jawatankuasa ini akan bersidang sekali dalam sebulan dan membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan hal-hal berkaitan masalah social, ekonomi, keindahan/keceriaan bandar, keselamatan dan kesihatan persekitaran.
- Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 (LA21) MDHS:
- Konsep LA21 Hulu Selangor “Bottom Up” Berpandukan konsep asal Agenda Tempatan 21, Majlis Daerah Hulu Selangor juga
menggunapakai konsep “Bottom Up” dalam merealisasikan LA21 di Hulu Selangor. Konsep ini adalah merujuk kepada tanggungjawab atau kuasa di tangan penduduk Hulu Selangor sendiri dalam perlaksanaan Pembangunan Mampan di Hulu Selangor.
- Misi LA21 Hulu Selangor Pemeliharaan dan Pemuliharaaan Alam Sekitar Pembangunan ekonomi berteraskan teknologi moden Pembangunan modal insan dan pembentukan masyarakat prihatin dan harmoni.
Yang Dipertua
Jawatankuasa Kecil Perancangan Pembangunan Mampan dan Bandar Selamat
Agenda Kerajaan Sektor Swasta Masyarakat (NGO,CBO)
Kemajuan Yang Dicapai
Sambutan 80 Tahun Kuala Kubu Bharu
- Bandar Kuala Kubu Bharu secara rasminya telah menyambut 80 tahun pada tahun 2010. Majlis Pelancaran sambutan 80 Tahun Bandar Kuala Kubu Bharu telah diadakan pada 7 Mac 2010 serentak dengan Pelepasan LTDL 2010 peringkat ke -7 yang juga diadakan di Bandar Kuala Kubu Bharu. Pada majlis ini pelbagai acara lain turut diadakan seperti pertanding melukis dan mewarna kategori kanak-kanak dan dewasa, pertandingan fotografi, persembahan tarian, persembahan kebudayaan,senamtari,persembahan kugiran, gerai-gerai jualan dan juga penyerahan permohonan bagi Bandar Kuala Kubu Bharu disenaraikan sebagai Bandar Warisan Negara.Dari sudut sejarah Bandar ini memainkan peranan penting sebagai kawasan pertahanan Raja Mahdi dan Syed Mashor ketika perang saudara Selangor pada tahun 1870-1873. Bandar Kuala kubu juga merupakan Bandar Dalam Taman Pertama di Negara. Banyak lagi sejarah dan pengkisahan tentang Kuala Kubu Bharu ini belum terungkai dan terjawap dan melalui sambutan 80 tahun ini pelbagai acara lain akan diadakan bagi mendapatkan banyak lagi maklumat dan mengenai keunikan Bandar ini seterusnya mengetengahkan Bandar ini sebagai Bandar Warisan Negara.
Program Zon Bersih Batang Kali
- Pada 8 Mei 2010, bersempena dengan pelaksanaan zon bersih di Pihak Berkuasa Tempatan bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, satu majlis pelaksanaan program-program zon bersih telah di adakan di tapak zon bersih iaitu Bandar Baru Batang Kali. Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
a) Program Pengindahan Landskap bersama PeBT b) Kempen Tanam Pokok c) Kempen Kesihatan d) Kempen Kitar Semula e) Hari Bertemu Pelanggan f) Program Gotong-royong bersama Penduduk Setempat
Dianggarkan seramai 1000 orang telah hadir ke majlis ini terdiri daripada ahli-ahli Majlis MDHS, JKKK, pelajarpelajar sekolah dan taska kawasan Batang Kali, dan masyarakat awam. Program-program yang dilaksanakan seperti Program Pengindahan Landskap, Program Gotong-royong, kempen-kempen dan Hari Bertemu Pelanggan adalah sejajar dengan objektif dalam pelaksanaan Zon Bersih di PBT Negeri Selangor untuk melibatkan penyertaan komuniti disamping dapat memenuhi kriteria-kriteria dalam pemarkahan Zon Bersih yang telah diputuskan untuk dipertandingkan antara PBT di Negeri Selangor.
Program-Program Gotong-royong
- Gotong-royong Bersama Penduduk Gotong-royong bersama penduduk dijalankan di kawasan-kawasan perumahan dan
kediaman bertingkat atas inisiatif penduduk sendiri adalah dilihat sebagai saatu usaha yang bijak yang mana banyak perkara aduan dapat diselesaikan sebagai contoh isu sampah, longkang dan rumput. Selain memupuk sikap kerjasama program ini juga dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan MDHS dan penduduk selain dari dapat kenal mengenali dengan lebih mesra.
Antara kemajuan lain yang dicapai:
- Program Menanam Pokok di Taman Millennium.- Hari Kitar Semula Kebangsaan- Program Bandar Selamat.- Jamuan Rumah Terbuka MDHS- Program Anak Angkat Kolam Air Panas Hulu Tamu.- Program Zon Bersih Hulu Bernam- Bengkel LA21 dan Pembangunan Mampan MDHS.- Program Sisa Sifar Hulu Selangor.
Rumusan
Akhirnya, saya dapat menjalankan tugas saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna dengan menggunakan pelbagai sumber yang diperolehi seperti internet, buku
dan bahan-bahan lain yang berkaitan.
Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan cepat. Saya menggunakan sumber yang berkaitan untuk menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya mungkin tidak dapat siap tanpa kerjasama rakan kerana telah berkongsi maklumat, idea dan pendapat dalam meyiapkan kerja kursus ini.
Saya rasa dapat telah laksanakan tugasan ini dengan baik dan yang telah ditentukan oleh guru walaupun ada beberapa perkara yang tidak diperoleh daripada sumber yang berkaitan ketika
menjalankan tugas.
Walaubagaimanapun, saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pihak kerajaan yang prihatin dan sentiasa mengambil berat mengenai rakyatnya serta berusaha
untuk membangunkan lagi pembangunan dan ekonomi.
Selain itu, saya dapat lihat sikap kemasyarakatan dalam membangunkan negara dalam kalangan penduduk di daerah Hulu Selangor. Saya juga dapat lihat semangat serta
kesungguhan penduduk agar daerah Hulu Selangor dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.
Majlis Daerah Hulu Selangor atau dikenali sebagai MDHS telah menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang lengkap. Selain itu, saya dapat mengenal pasti serta
memahami komposisi dan sejarah awal MDHS dengan lebih jelas. Seterusnya, saya dapat mengetahui tujuan Majlis sebagai PBT Hulu Selangor.
Kesimpulannya, saya dapat lihat semangat patriotisme Majlis dalam memajukan Hulu Selangor supaya penduduk Hulu Selangor mendapat kemudahan dalam apa jua aspek.Oleh itu, saya bersyukur kerana MDHS telah menyediakan kemudahan di daerah Hulu Selangor
ini.
Lampiran
Peta 1:Selangor
Peta 2: Hulu Selangor
Logo MDHS
Pokok Mahagoni-Pokok Rasmi MDHS
Bunga Matahari-Bunga Rasmi MDHS
Rujukan
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3
-Nama pengarang: i) Ramlah Binti Adam
ii) Abdul Hakim Bin Samuri
iii) Muslimin Bin Fadzil
Internet
- http://www.mdhs.gov.my/
Rakan- Nur Hakimah Binti Abu Hassan.- Nurshida Nabila Binti Nor Azlan.
Buletin- Buletin MDHS Edisi 1/2009- Buletin MDHS Edisi 2/2010
Dokumen
- Penyata Kewangan MDHS
Bahan-bahan lain
- Buku Laporan Tahunan MDHS 2009- Local Agenda 21 MDHS.
Tugasan 2
Soalan: Bagaimanakah institut pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integerasi nasional di negara kita?
Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) adalah kerajaan di peringkat tempatan yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan dan melaksanakan pembangunan ekonomi,
sosial, fizikal dan persekitaran bandar mengikut sempadan pentadbiran yang telah diwartakan.
Oleh itu, institut pentadbiran tempatan dapat memperkukuhkan integerasi nasional di negara kita dengan cara kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai warganegara, kita mestilah menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara serta menghormati raja dan
pemimpin kerana mereka tidak pernah jemu membangunkan negara serta berusaha agar dapat menaikkan nama negara.
Selain itu, sikap kesungguhan berusaha dan produktif perlu diterapkan dalam diri kita. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menyokong dan melibatkan diri dalam usaha
pembangunan serta berganding bahu membangunkan negara agar negara semakin maju, teguh dan kuat dalam menyediakan kemudahan serta meningkatkan lagi ekonomi dalam
negara.
Seterusnya, bagi mengukuhkan lagi nasional negara,kita haruslah mempunyai semangat kekitaan iaitu dengan menerapkan nilai bersatu padu dan berharmoni serta bekerjasama dan tolong-menolong antara satu dengan lain supaya perpaduan kaum dapat ditingkatkan dan juga pihak kerajaan dapat menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan negara
dengan adil dan bijaksana.
Akhir sekali,kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mempunyai semangat setia negara iaitu dengan cara kita mesti peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara supaya IPT integerasi nasional dapat diperkukuhkan lagi serta dapat hadapi masalah bersama-sama
rakyat.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mempunyai semangat patriotisme supaya negara dapat dibangunkan dengan lebih maju serta supaya dapat memenuhi nilai
1Malaysia.
top related