cerpen pahlawan buntung

Post on 08-Jul-2015

595 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

S.Othman Kelantan

Ahli kumpulan :1) Fatin Nurjanani Bt Mohamad fauzi2) Nurfizlawati bt Hussain3) Isma Nur Izzati Bt Ismadi4) Hanania Mirza

Nama kumpulan :

Khalid bertemu dengan Pak Husain, bekas pejuang negara ketika sambutan

hari

kemerdekaan negara di sebuah kota. Dalam pertemuan tersebut, masing-masing

melahirkan rasa

gembira setelah terpisah selama 30 tahun. Khalid sangat menghormati Pak Husain

dan menggelarkan-

nya sebagai „pahlawan‟ kerana Pak Husain banyak berjasa kepada tanah

air, terutamanya kepada

penduduk kampungnya semasa pendudukan askar Jepun ke Kelantan. Dia sanggup

bergadai nyawa untuk

menyelamatkan penduduk kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa

serangan Jepun.

berada di dalam perahu

yang sedang bergerak , tersedar bahawa Pak Husain yang mengetuai perpindahan mereka

ke Kampung Dal

telah tertinggal. Mak Bidah yang merupakan isteri kepada PakHusain meraung apabila

menyedari suaminya

tidak ikut serta dalam misi perpindahan itu. Serangan Jepun terhadap Tanah Melayu di

Kelantan pada masa

itu menyebabkan suasana menjadi gegak-gempita dan huru-hara. Banyak kawasan dan

kubu pihak Inggeris

yang dikawal ketat oleh askar Punjabi di Kelantan telah ditawan oleh askar Jepun seperti

di Dasar, Sabak, dan

Pengkalan Cepa. Dalam keadaan yang huru-hara ketika perang baru sahaja meleyus, Pak

Husain telah muncul

di Kampung Dal dengan cerita perangnya sehingga diberi gelaran “Pahlawan” oleh

penduduk setempat.

Menurut Pak Husain, dia telah ditahan dan dipaksa oleh tentera Jepun untuk

menguburkan mayat-mayat

askar Punjabi dan orang mati di Kampung Pulau Pak Amat. Pak Husain berjaya melarikan

diri daripada

tahanan askar Jepun untuk selepas dia membuat helah dengan meminta izin untuk membuang air besar.

Jasa dan kepahlawanan Pak Husain bukan hanya ketika perang Jepun sahaja, bahkan selepas

Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, sekali lagi Pak Husain telah berjaya mematahkan cubaan

merompak oleh segerombolan perompak yang mencuba merompak rumah rumah Pak Ngah Isa di

kampung mereka. Berbekalkan senapang milik seorang askar Punjabi yang diambilnya ketika perang

Jepun dahulu, Pak Husain telah membedil kawanan perompak yang masih berada di dalam perahu.

Hasilnya, kampung tersebut bebas daripada ancaman rompakan selepas itu. Pak Husain digelar

Pahlawan Buntung kerana kakinya kudung sebagai akibat terkena pecahan bom tinggalan Jepun semasa

berjalan di tepi pantai setahun selepas Jepun menyerah kalah kepada askar British. Pada akhir cerita,

Khalid mengiktiraf Pak Husain sebagai pahlawan negara kerana keberanian.

Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang.

Kasih sayang yang menebal dalam sesebuah negara.

Kekacauan dan pergolakan yang berlaku semasa pendudukan Jepun di

Tanah Melayu

Pak Husain :

Berusia 60 tahun.

Anak jati Kampung Pulau Pak Amat.

Bermisai nipis dan barjanggut jarang-jarang.

Bijak mengatur strategi.

Sanggup berkorban dan bergadai nyawa demi mempertahankan kampungnya daripada ancaman

Askar Jepun dan kawanan perompak.

Khalid :

Berumur 46 tahun.

Anak jati Kampung Pulau Pak Amat.

Menghargai jasa Pak Husain yang telah menyelamatkan penduduk kampungnya.

Mak Bidah :

Isteri kepada Pak Husain.

Sayang akan suaminya.

Latar Tempat :

o Di rumah Khalid. Contohnya, Khalid dan keluarganya dikejutkan dengan bunyi bedilan dan ledakan

bom yang kuat.

Latar Masa :

o Pada tahun 1941. Contohnya, zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (sewaktu Khalid berumur

14 tahun)

Latar Masyarakat :

o Masyarakat melayu yang tinggal di kawasan perkampungan di tepi laut dan tepi sungai. Contohynya,

penduduk Kampung Pulau Amat dan Pulau Panjang tinggal di kawasan perkampungan di tepi laut

dan di tepi sungai.

• Nilai kasih sayang. Contohnya, selaku ketua keluarga, Hassan amat menyayangi isteri dan

anak-anaknya.

• Nilai berani. Contohnya, Pak Husain berani membedil sekumpulan perompak.

• Kita hendaklah tabah menghadapi kesulitan dan keperitan hidup lebih-lebih lagi pada zaman perang.

Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah menghadapi kesulitan dan keperitan sewaktu

pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

• Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang pekerjaan. Contohnya, Penduduk Kampung

Pulau Pak Amat bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun.

1. Siapakah Khalid ?

2. Mengapakah Pak Husain digelar “pahlawan” ?

3. Apakah strategi Pak Husain mempertahankan negaranya ?

4. Apakah gaya bahasa dalam contoh ini ?

- Janggutnya jarang-jarang seperti kapas.

top related