bunga bank (bank interest i)
Post on 23-Jul-2015
604 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBENTANG:
AZIMAH BINTI HAJI MENDIHIE ( 11SM056 )
NURRABIATUL ADAWIAH BINTI ABDUL RAZAK (11SM067)
PENSYARAH:
USTAZ DR HAJI ABDUL RAUF BIN
MUHAMMAD AMIN
Pendahuluan:
Dalam Islam, apa sahaja penambahan yang berlaku dalamjualbeli atau simpan-pinjam disebut sebagai riba. Riba sangat dikeji dandicela oleh Allah dan rasulNya sehingga neraka menjadi balasannya.
Bunga bank memberi keuntungan sebelah pihak tanpa memikirkanpihak yang membayarnya terutama golongan yang kurangberkemampuan dari segi ekonomi. Persoalan bunga bank selaludibincangkan di merata tempat.
Banyak yang keliru dengan konsep dan hukum bunga bank sama ada iatermasuk dalam riba atau keuntungan. Ia sangat penting dibincangkankerana menyangkut maslahat masyarakat dari segi ekonomi danpemikiran dewasa ini.
Latar Belakang
Bunga Bank:
Dalam sejarah, istilah usury dapat menjelaskan tentang larangan bunga dan riba. Bunga pada awalnya didefinasikan sebagai pembebanan dalam penggunaan wang. Di zaman pertengahan dan dewasa ini, usury digunakan bagi menunjukkanpembebanan tahap suku bunga yang tidak masuk akal hingga pada abad ke 15, kata nama bahasa inggeris interest digunakan untuk menjelaskan segala penambahanyang berlaku dalam proses peminjaman. Ini adalah kata nama baru dalam kamusOxford antara abad ke 16 dan 18 sebagai ganti nama usury.
Sistem bunga sering dikutuk dan dilarang kerana sebahagian besarnya disebabkanmoral, etika, agama dan hukum. Sepanjang sejarah, terdapat bukti kritikan kerasoleh tradisi, institusi dan masyarakat mengenai keadilan social, ketidakstabilanekonomi, pelarangan bunga secara implisit dan eksplisis dalam agama hindu, budha, yahudi, Kristen dan islam sendiri.
Apakah yang dimaksudkan dengan Bunga
Bank / Bank Interest?
Apakah hukum Bunga Bank dalam Islam?
Bagaimana Bank Islam mendapatkan
keuntungan tanpa sistem bunga bank?
Definisi:
Bank
Asal daripada perkataan Itali Banko Maksud: Sebuah tempatpenyimpanan wang.
Dari segi Istilah:
Sebuah perusahaan yang menghimpunsejumlah wang kemudian akan
disalurkan kepada individu yang memerlukan dengan usaha-usaha yang
produktif dengan sistem bunga.
Interest ( Bunga):
Asal daripada bahasaInggeris
Bunga
Dari segi Istilah
Keuntungan yang diperolehi olehpihak yang meminjamkan kepadapihak yang meminjam sama ada
untuk keperluan individu atausesebuah syarikat.
Bunga Bank:
(Bank Interest)
Menurut Istilah
Dr. Fuad M.
Fachruddin
Keuntungan yang diperolehi bank kerana meminjamkan wang untuk melancarkan perniagaan orang yang meminjam.
Individu yang meminjam wang di bank pada jangka waktu yang tertentu kerana suatu keperluan harus membayar wang yang dipinjam dengan memberikan wang tambahan kepada bank dengan jumlah yang telah disepakati semasa akad waktu peminjaman.
Contoh:
Sofian meminjam $20 000 daripada Bank Hong Kong untuk membeli sebuah kereta
dan waktu pembayarannya selama 7 tahun dengan bunga yang dipersetujui
sebanyak 2%.
Pendapat yang mengharamkan secara mutlak
Pendapat yang mengharamkan jika bersifat konsumtiftetapi dibolehkan jika bersifat produktif
Pendapat yang menghalalkan secara mutlak
Pendapat yang menghukumkan sebagai syubhat(belumpasti kehalalannya dan keharamannya)
Apakah hukum Bunga Bank dalam Islam?
Abu Zahra, Abu A’la Al-Maududi, Abdullah Al Araby
dan Yusuf Qardhawi, Sayyid Sabiq dan Jaad Al Haaq:
Bunga bank itu haram sama ada yang mengambilnya(bagi penyimpan wang di bank) ataupun bagi yang mengeluarkannya(peminjam wang di bank). Inidisebabkan:
> Bunga bank bersifat menindas(zalim) yang menyangkut pemerasan. Dalampinjaman konsumtif seharusnya yang lemah(kekurangan) ditolong oleh yang kuat(mampu) tetapi dengan bunga pada awalnya orang lemah ditolong kemudiandiharuskan membayar bunga, perbuatan sedemikian bukanlah menolong tetapimemeras. Hal ini boleh dikatakan sebagai mengambil kesempatan dalamkesempitan.
> Bunga boleh menjadikan manusia memilih untuk menjadi penganggur keranakesenangan yang diperolehi dengan cara bunga menjadikan mereka tidak perlu lagibekerja untuk menampung keperluannya sehari-hari. Cara hidup ini sangatmerbahaya bagi peribadi masyarakat kerana memakan dari sumber bunga adalahharam.
Mustafa Zarqa: • Bunga Bank itu riba
• Riba yang diharamkan itu adalah riba yang bersifat konsumtif seperti yang berlaku pada zaman Jahiliyah sebagai bentuk pemerasan kepada kaum yang lemah yang konsumtif ini berbeza yang bersifat produktif maka ia tidakdihukumkan haram.
• Hatta juga mensepakati bahawa riba itu adalah haram:Bersifat konsumtif yang memeras si peminjam yang memerlukan
pinjaman wang untuk memenuhi keperluannya.
Bunga itu bersifat produktif iadalah dana yang dipinjamkan kepadapeminjam digunakan untuk modal usaha yang menghasilkankeuntungan.
A. Hassan:
Bunga bank seperti yang berlaku di Indonesia bukan termasuk riba yang diharamkan kerana ia tidak berlipat ganda:Firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba denganberlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamumendapatkan keuntungan”
(Surah Al-Imran:130)
Jadi yang termasuk riba menurut Hasan ialah bunga yang berlipat ganda. Bilabunga hanya 2 persen dari modal pinjaman maka itu tidak berlipat
ganda sehingga tidak termasuk riba yang diharamkan islam.
Majlis Tarjih Muhammadiyah dalam
Muktamar di Siduarjo 1968: • Bunga bank yang diberikan oleh bank kepada para nasabahnya atau sebaliknya
termasuk dalam perkara syubhat(belum jelas keharamanya).
• Muhamadiyyah berpendapat bahawa ini kerana riba yang diharamkan itu ialah riba yang membawa kepada pemerasan, seperti yang dinyatakan dalam firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Maka jika kamu tidak mengerjakan(meninggalkan sisa riba), maka ketahuilahbahawa Allah ta’ala dan rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat(daripengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu: kamu tidak menganiaya dantidak(pula) dianiaya”
Surah Al-Baqarah : 130
Bagaimana Bank Islam mendapatkan
keuntungan tanpa sistem bunga bank?
Bank Islam
• Satu lembaga kewangan yang menghimpun dana untuk disalurkankepada individu atau perusahaanyang memerlukan tanpa sistembunga bank.
• Ia didirikan bertujuan untukmenghindari bunga bank seperti yang berlaku di bank-bank konvesional.
• Contohnya BIBD dan TAIB di Brunei Darussalam.
Bank Konvensional
• Adalah lembaga kewangan yang berfungsi untuk menghimpun danayang akan disalurkan kepada individuatau perusahaan yang memerlukandengan cara investasi(penanamanmodal).
• Usaha-usaha yang produktif dengansistem bunga.
• Contohnya Hongkong Bank, Standard Chartard dan May Bank di Brunei Darussalam.
Penggunaan sistem bunga bank yang tidak diguna pakai dalam Bank Islam.
Perbezaan diantara Bank Islam danBank Konvensional
Beberapa kaedah sebagai ganti sistem Bunga Bank
untuk meraih keuntungan:
WADI’AH
MUDHARABA
H
QARD
HASSAN
MURABAHAH
MUSYARAKA
H
KESIMPULAN:
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN BUNGA BANK / BANK
INTEREST?
APAKAH HUKUM BUNGA BANK DALAM ISLAM?
BAGAIMANA CARA BANK ISLAM DAPAT MENGAUT
KEUNTUNGAN TANPA SISTEM BUNGA BANK?
WADI’AH
Simpanan konsep perbankan Islam yang hampir sama dengankonsep akaun simpanan dalam perbankan konvensional
Bank sebagai penjaga dan pemegang amanah wang
Penyimpan wang akan menyimpan wang di bank atau institusi yang serupa untuk mendapatkan faedah atau untuk keselamatan
Pendeposit mungkin akan diberikan 'hibah' (hadiah) sebagai satubentuk penghargaan kerana membenarkan penggunaan danapendeposit oleh bank.
MUDHARABAH:
(Perkongsian Untung)
Perjanjian antara kedua belah pihak iaitu pemberi modal dan bank iaitubank boleh menggunakan dana bagi menjalankan aktiviti perniagaan
Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dibahagi di antara pemberimodal dan bank mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementarakerugian akan ditanggung oleh keduanya.
Mudharabah memang diharuskan dalam islam sejak zaman rasulullah yang menggunakan sistem ini ketika bermusafir dengan barang dagangan sitikhadijah.
MUSYARAKAH
(persekutuan):
Usaha sama yang digunakan bagi perniagaan perkongsianyang sama-sama mempunyai saham dalam sesuatuperniagaan
Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersamaberdasarkan nisbah yang telah dipersetujui manakala kerugianakan ditanggung berdasarkan nisbah sumbangan modal.
MURABAHAH:
Penjualan barang yang tidak melanggar Syariah termasuk margin keuntunganyang dipersetujui oleh kedua-dua penjual dan pembeli
Antara syarat adalah harga belian dan jualan serta keuntungan hendaklahdinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan.
Contohnya, Kasum hendak membeli kerita Proton berharga $45,000 tetapi Kasumtidak ada wang tunai lalu dia membeli dengan sistem murabahah melaui bank. Jadibank akan akan membeli dahulu kerita tersebut dan ia di bawah bilik bank. Kemudian bank akan menjualnya kepada kasum dengan harga baru $52,000 yang menguntungkan bank sebanyak $7000.
QARD HASSAN:
(Pinjaman yang Baik)
Bank islam dapat memberikan pinjaman tanpabunga kepada para nasabah terutama yang
memiliki deposit di bank
Lebih kurang dengan kisah Rasulullah yang pernahdahulu berhutang dengan seekor binatang
kemudian pada saat baginda membayarm bagindamembayar dengan binatang yang lebih tua
umurnya daripada binatang yang pernah bagindahutangi. Bezanya dengan bunga ialah qard Hassan
adalah sesuatu yang tidak dilafaz semasa akadtetapi bunga adalah sesuatu yang dimaklumi
ketika akad meminjam.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN BUNGA BANK / BANK
INTEREST?
Bunga adalah sejumlah uang yang dibayar atau untuk penggunaanmodal.Jumlah tersebut misalnya dinyatakan dengan satu tingkat atau peratusmodal yang bersangkut paut dengan itu yang dinamakan suku bunga modal.Sudah menjadi lumrah bank konvensional untuk memberikan bunga kepada
para peminjam sebagai jalan mencari keuntungannya melalui bunga pinjamanyang biasanya memakan masa bertahun-tahun.
APAKAH HUKUM BUNGA BANK DALAM ISLAM?
Pinjam meminjam wang dengan suku bunga yang tinggi sering menimbulkanpermusuhan antara warga masyarakat. Jika demikian, tidaklah diragukan
bahwa sistem bunga itu dikutuk dan haram hukumnya. Kebanyakkan ulamamengatakan bunga itu diharamkan dalam Islam kerana mempunyai kelebihan
yang merugikan pihak peminjam, sehingga pihak peminjam akan teraniayadan ditindas. Jika tidak merugikan salah satu pihak maka tidak dinamakan
riba.
BAGAIMANA CARA BANK ISLAM MENGAUT KEUNTUNGAN
TANPA SISTEM BUNGA BANK?
Sememangnya perbankan Islam juga akan mencari untung. Akan tetapi, ada beberapa prinsip yang ditekankan di dalam perbankan Islam iaitu
Mengutamakan prinsip rahmat dan toleransi.dan Hubungan perbankanIslam dengan akidah Islam. Hubungan ini menjadikan perbankan Islam terikat dengan prinsip Syariah. Segala aktiviti perbankan mestilah halal
top related