buletin unit hal ehwal pelajar
Post on 30-Jan-2017
262 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR
EDISI: JAN—MAC 2014
PROGRAM CSR DERMA DARAH
2 & 3 JANUARI 2014 (KHAMIS & JUMAAT)
CAFÉ SRI LAWANG, POLITEKNIK NILAI
J awatankuasa Perwakilan Pelajar Unit Hal Ehwal Pelajar bekerjasama dengan Pusat
Darah Negara Kuala Lumpur telah mengadakan Program Derma Darah. Program ini
diadakan bagi memupuk sikap prihatin kepada semua warga kampus untuk bersama me-
nyumbang peningkatan tabung darah Negara yang semakin berkurangan bagi membantu pesakit
yang memerlukannya. Semasa program ini dijalankan warga PNS bukan sahaja dapat menderma
darah tetapi berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan yang bertu-
gas.Program ini telah mendapat sokongan yang sangat memuaskan dari warga PNS
PROGRAM CSR SUNTIKAN HPV
3HB MAC 2014
BILIK KOORDINATOR UNIT HAL EHWAL PELAJAR
EDISI: JAN—MAC 2014
J awatankuasa Perwakilan Pelajar Unit Hal Ehwal Pelajar bekerjasama dengan Pusat
Kesihatan Seremban telah mengadakan program pemberian suntikan HPV kali kedua.
Tujuan program ini diadakan bagi membantu Pihak Kesihatan untuk mengenalpasti pela-
jar perempuan yang memerlukan suntikan tersebut . Suntikan ini mencegah jangkitan dari virus
HPV yang menjadi punca kanser servik dan sebaik baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka
berada pada peringkat remaja. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat memuaskan
dari pelajar hasil dari kesedaran dan kepentingan suntikan ini dan secara tidak lansung program
CSR ini dapat menyumbang kepada pencegahan kanser servik dikalangan pelajar khususnya dan
rakyat Malaysia amnya .
H : HUMAN
P : PAPILLOMA
V : VIRUS
M ajlis penyerahan Watikah pelantikan dan
Ikrar aku janji Majlis Perwakilan Pelajar
telah diadakan dihadapan ahli mesyuarat penguru-
san. MPP seramai 25 orang yang diterajui oleh
saudara Muhammad Nurie Al ‘Amin Bin Mohamad
Nasseri telah dilantik berdasarkan keputusan Pilihan-
raya Kampus yang telah diadakan pada Disember
2013.
8 JANUARI 2014
BILIK KOORDINATOR HAL EHWAL PELAJAR
EDISI: JAN—MAC 2014
MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN MPP
MPP perlu menjaga kebajikan pelajar dalam
segenap aspek serta menjadi penghubung
antara pelajar dengan pihak pengurusan.
Kepimpinan yang dilantik ini dapat menerajui MPP
dengan sebaik mungkin sejajar dengan manifesto
yang dijanjikan dan digunakan untuk pembangunan
diri dan seterusnya dimanfaat untuk kebaikan
masyarakat.
EDISI: JAN—MAC 2014
PROGRAM SANTAI BERSAMA PEMIMPIN TEMPATAN
18 FEBRUARI 2014
DEWAN KULIAH 1 POLITEKNIK NILAI
P rogram ini telah dijalankan oleh Pegawai PRO dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Unit
Hal Ehwal Pelajar bersama Dato’ Hasim Bin Rusdi selaku YB Adun Labu Merangkap Exco Pertanian
& Industri Asas Tani Negeri Sembilan. Peserta program terdiri daripada Ahli Mesyuarat Pengurusan
PNS, Ketua Program , Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kedia-
man . Program ini dijalankan secara tidak terlalu formal di mana dengan cara ini akan dapat
mengwujudkan suasana yang mesra dan santai. Maka dengan cara ini pelajar tidak akan merasa segan
dan takut untuk menyuarakan soalan dan pandangan. Antara pengisian program ini ialah ucapan
tetamu VVIP di mana dapat memberi motivasi kepada pelajar dan menyatakan apakah peranan dan
pengharapan negara kepada pelajar. Pengisian seterusnya ialah memberi ruang dan peluang kepada
pelajar bertanya soalan dan menyatakan pandangan pelajar dalam sesi dialog.
PROGRAM PROMOSI KEPADA PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH
EDISI: JAN—MAC 2014
26HB FEBRUARI 2014 DEWAN KULIAH UTAMA
U nit Hal Ehwal Pelajar bersama Unit Psikologi Dan Kaunsel-
ing telah mengadakan program promosi dengan memberi
taklimat berkaitan program yang ditawarkan di Politeknik
NIlai kepada wakil pelajar dari 12 sekolah Menengah sekitar Nilai
dan Seremban . Turut hadir dalam program tersebut ialah Guru
Kaunseling dan Pegawai dari Pejabat Daerah Seremban.Tujuan pro-
gram ini bagi menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian
di Politeknik NIlai selepas SPM dan menerangkan tentang program
yang ditawarkan di Politeknik NIlai dengan jelas.
Pegawai HEP telah memberi taklimat berkaitan kelayakan dan
kemasukan manakala Ketua Program memberi taklimat
berkaitan program yang ditawarkan di Jabatan masing masing.
Pelajar dan Guru kaunseling juga diberi beg dan pamplet
bekaitan Politeknik Nilai khususnya dan Politeknik Malaysia
amnya.
EDISI: JAN—MAC 2014
PROGRAM POLY SMART
7—11HB MAC 2014
POLITEKNIK KOTA BHARU
YDP Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Nilai
telah menyertai Program Student Leader Man-
agement Group Traning (poliSMART) di
Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Program ini
dapat membentuk sikap kepimpinan, ber-
tanggungjawab dan jati diri kepada pelajar.
EDISI: JAN—MAC 2014
PROGRAM KEPIMPINAN JEJAK MAHASISWA
KE
PARLIMEN
21—31HB MAC 2014
AKADEMI KENEGARAAN KUALA LUMPUR
M ajlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Nilai telah menjadi peserta pro-
gram Jejak Mahasiswa ke Parlimen. Program ini dapat memberi
pendedahan kepada pelajar berkaitan Sistem Demokrasi Raja Berparlimen dan hal-hal berkaitan
falsafah Negara dan seterusnya membina barisan pelapis kepimpinan Negara di masa akan datang.
EDISI: JAN—MAC 2014
PROGRAM SOKONGAN MORAL:
KAIN RENTANG ‘PRAY 4 MH370’
17—27HB MAC 2014
UNIT HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK NILAI
J awatankuasa Perwakilan Pelajar telah mengambil inisiatif untuk memasang kain rentang
dengan paparan ‘PRAY 4 MH370’ dihadapan DKU yang telah menjadi tumpuan warga
PNS yang menurunkan tandatangan serta berdoa untuk mangsa MH370 dan memberi
sokongan moral kepada keluarga mangsa . Ini dapat memupuk kesedaran dan prihatin
warga PNS untuk bersama-sama memberi sokongan moral kepada ahli keluarga anak kapal
dan penumpang-penumpang yang terlibat.
EDISI: JAN—MAC 2014
KONVOKESYEN POLITEKNIK NILAI KALI KE –3
29HB MAC 2014
DEWAN SRI PUTRA POLITEKNIK NILAI
Majlis Konvokesyen pada kali ini diadakan bersama antara Politeknik Nilai,Politeknik Banting dan
Politeknik METrO Kuala Lumpur dimana tiga buah poli ini telah bergabung dan bekerjasama untuk
mangadakan majlis bagi meraikan graduan masing-masing .
Majlis Konvokesyen kali ke 3 Politeknik Nilai telah
diadakan pada 29 hb Mac 2014 yang melibatkan
kehadiran graduan Politeknik NIlai seramai 126
orang yang terdiri daripada program Diploma
Pengajian Perniagaaan E Dagang dan Diploma
Kewangan dan Perbankan Islam lulusan Sesi Dis-
ember 2012 dan Sesi Jun 2013.
EDISI: JAN—MAC 2014
PROGRAM MAULIDUR RASUL
20 HB FEBRUARI 2014
DEWAN SRI PUTRA, POLITEKNIK NILAI
J awatankuasa Perwakilan Pelajar , Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman dan Jawa-
tankuasa Pusat Islam telah mengadakan program forum perdana bertajuk “Indahnya
MencintaiMu” bersama imam muda Abdul Fatah bin Ahmad dan Ustaz Umar bin Bang-
sawan. Pengisian program ini dapat memberi ilmu dan sangat memberi manfaat kepada
warga PNS.
EDISI: JAN—MAC 2014
MAJLIS DIALOG MPP BERSAMA PENGARAH
19 HB FEBRUARI 2014
BILIK MESYUARAT REFLESIA POLITEKNIK NILAI
Majlis dialog antara Majlis Perwakilan Pela-
jar bersama Pengarah dan ahli pengurusan
telah diadakan bagi tujuan untuk memberi
peluang kepada perwakilan pelajar menyam-
paikan dan membincangkan isu yang disu-
arakan oleh pelajar Politeknik NIlai kepada
pihak pengurusan Politeknik. Ini adalah
kerana MPP adalah penghubung antara pela-
jar dan pihak pengurusan Hasil daripada
perjumpaan dan ini dapat membincangkan
dan membantu menyelesaikan masalah atau
keperluan pelajar Politeknik Nilai.
EDISI: JAN—MAC 2014
ICE BREAKING PRS
25HB JANUARI 2014
POLITEKNIK NILAI , NEGERI SEMBILAN
P rogram Ice-Breaking Kelab Pembimb-
ing Rakan Siswa PNS sesi Nov 2013.
Peserta sedang melakukan aktiviti Explore Race.
14HB FEBRUARI 2014
DEWAN KULIAH UTAMA POLITEKNIK NILAI
PROGRAM CAKNA PERSONALITI
P rogram Cakna Personaliti untuk pelajar
semester 1 bagi menyampaikan penge-
tahuan asas mengenai personaliti diri agar dapat
dikekalkan dan diperbaiki lagi kekuatan dan jati diri.
EDISI: JAN—MAC 2014
SEMINAR PEMBENTUKAN KERJAYA
21HB FEBRUARI 2014
MINI DEWAN KULIAH 1 POLITEKNIK NILAI
P rogram ini diadakan untuk pelajar Jab-
atan Kejuruteraan Mekanikal sebagai
persediaan pelajar menghadapi alam pekerjaan.
Penceramah jemputan ialah Dr Jamil Abd Baser
dari UTHM.
PERTANDINGAN DRAMA PENTAS TAMIL
ASTRO VAANAVIL
29HB MAC 2014
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
P enyertaan 10 orang pelajar India dari
program DBT dan IPP telah menyertai
Pertandingan Pentas Tamil anjuran Astro Vaanavil
di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
top related