buat baik berpada pada
Post on 25-Jun-2015
101 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Buat baik berpada padaTakut ada terhutang budiWalau senyum suatu pahalaJangan sampai di salah erti
Melompat riang si anak kancilKancil terjerat helah sendiriSabar dan ikhlas membuah hasilHasil di kutip di akhirat nanti
Harum sekuntum mekar sejambakTaman raudhah berpagar imanLimpahan hidayah tercurah melambakMalang sedikit membekas berkesan
Manusia bercakap beo meniruCakap manusia berakal perasaanBertasbih bertahmid biar beribuBelum tentu berkesampaian
Si tukang kasut membuat perabutSi penggali kubur menjadi bidanAdzan berkumandang tiada bersahutRuhul kudus menangis keseduan
Menggali lubang menimbus lubangHamba fakir beraksi kayaHutang menimbun keliling pinggangBatu permata bercampur serpihan kaca
Apa bergelora di lautan samudraJika tidak arus dan gelombangSetiap niat gerak tutur kataKehadirat sang adil di hitung timbang
Koleksi Terbaik Pantun AgamaOctober 10, 2009 · Posted in Agama
Info Terbaru Koleksi Terbaik Pantun Agama
Sungguh indah pintu dipahatBurung puyuh di atas dahanKalau hidup hendak selamatTaat selalu perintah Tuhan
Halia ini tanam-tanamanKe barat juga akan rebahnyaDunia ini pinjam-pinjamanKe akhirat juga akan sudahnya
Redup bulan nampak nak hujanPasang pelita sampai berjelagaHidup mati di tangan TuhanTiada siapa dapat menduga
Belatuk di atas dahanTerbang pergi ke lain pokokHidup mati ditangan TuhanKepada Allah kita bermohon
Daun tetap di atas dulangAnak udang mati ditubaDalam kitab ada terlarangPerbuatan haram jangan dicuba
Terang bulan terang bercahayaCahaya memancar ke Tanjung JatiJikalau hendak hidup bahagiaBeramal ibadat sebelum mati
Asam kandis asam gelugurKetiga asam si riang-riangMenangis mayat di pintu kuburTeringat jasad tidak sembahyang
Kulit lembu celup samakMari buat tapak kasutHarta dunia janganlah tamakKalau mati tidak diikut
Banyaklah masa antara masaTidak seelok masa bersukaMeninggalkan sembahyang jadi biasaTidak takut api neraka?
Dua tiga empat limaEnam tujuh lapan sembilanKita hidup takkan lamaJangan lupa siapkan bekalan
Kalau Tuan pergi ke KedahSinggah semalam di Kuala MudaSembahyang itu perintah TuhanJika ingkar masuk neraka
Ramai orang menggali perigiAmbil buluh lalu diikatIlmu dicari tak akan rugiBuat bekalan dunia akhirat
Pak Kulup anak juraganMati diracun muntahkan darahHidup di dunia banyak dugaanKepada Allah kita berserah
Letak bunga di atas dulangSisipkan daun hiasan tepinyaBanyak berdoa selepas sembahyangMohon diampun dosa di dunia
Encik Borhan seorang keraniTerkemut-kemut bila menitiTinggalkan sembahyang terlalu beraniSepertii tubuhnya takkan mati
Sayang-sayang buah kepayangBuah kepayang hendak dimakanManusia hanya boleh merancangKuasa Allah menentukan
Masa berada di Pulau JawaRakan diajak pergi menjalaMaha Berkuasa jangan dilupaKuasa Allah tidak terhingga
Nyiur mudah luruh setandanDiambil sebiji lalu dibelahSudah nasib permintaan badanKita di bawah kehendak Allah
Kemuning di dalam semakJatuh melayang ke dalam payaMeski ilmu setinggi tegakTidak sembahyang apa gunanya?
Harimau belang turun sekawanMati ditikam si janda baluIlmu akhirat tuntutlah tuanBarulah sempurna segala fardu
Kera di hutan terlompat-lompatSi pemburu memasang jeratHina sungguh sifat mengumpatDilaknat Allah dunia akhirat
Anak ayam turun sepuluhMati seekor tinggal sembilanBangun pagi sembahyang subuhMinta doa kepada Tuhan
Anak ayam turun sembilanMati seekor tinggal lapanDuduk berdoa kepada TuhanMinta Allah jalan ketetapan
Anak ayam turun lapanMati seekor tinggal tujuhDuduk berdoa kepada TuhanSupaya terang jalan bersuluh
Anak ayam turunnya limaMati seekor tinggal empatTurut mengikut alim ulamaSupaya betul jalan makrifat
Anak ayam turunnya limaMati seekor tinggal empatKita hidup mesti beragamaSupaya hidup tidaklah sesat
Tuan Haji memakai jubahSinggah sembahyang di tengah lorongKalau sudah kehendak AllahRezeki segenggam jadi sekarung
Bulu merak cantik berkacaGugur sehelai ke dalam baldiJika tak banyak kitab dibacaJangan mengaku khatib dan kadi
Inderagiri pasirnya lumatKepah bercampur dengan lokanSedangkan nabi kasihkan umatInikan pula seorang insan
Anna Abadi pergi berenangSambil berenang berdondang sayangJika hidup dikurnia senangJangan lupa tikar sembahyang
Pantun Jenaka
Lebuhraya kota bersegiTempat temasya dara terunaHodohnya ketawa orang tak bergigiIbarat kota tiada kubunya
Api terang banyak kelkatuMasuk ke kamar bersesak-sesakAlangkah geli rasa hatikuMelihat nenek bergincu berbedak
Ditiup angin bunga semaluKuncup daun bila berlagaBercakap Melayu kononnya maluBelacan setongkol dibedal juga
Orang Rengat menanam betikBetik disiram air berlinangHilang semangat penghulu itikMelihat ayam lumba berenang
Tanam jerangau di bukit tinggiMati dipijak anak badakMelihat sang bangau sakit gigiGelak terbahak penghulu katak
Singapura dilanggar todakKapal karam di Tanjung PeringinOrang tua beristerikan budakMacam beruk mendapat cermin
Bapa gergasi menebar jalaPegang tali melintuk-liukMasakan pengerusi tak garu kepalaMelihat ahli semua mengantuk
Gemuruh tabuh bukan kepalangDiasah lembing berkilat-kilatGementar tubuh harimau belangNampak kambing pandai bersilat
Buah salak di rumah Tok ImamSirih sekapur pergi menjalaAnjing menyalak harimau demamKucing di dapur pening kepala
Anak cina menggali cacingMari diisi dalam tempurungPenjual sendiri tak kenal dacingAlamat dagangan habis diborong
Biduk buluh bermuat tulangAnak Siam pulang berbarisDuduk mengeluh panglima helangMelihat ayam bercengkang keris
Buah jering dari JawaNaik sigai ke atas atapIkan kering lagi ketawaDengar tupai baca kitab
Pohon manggis di tepi rawaTempat datuk tidur beraduSedang menangis nenek tertawaMelihat datuk bermain gundu
Ceduk air di dalam perigiTimbanya bertangkaikan suasaJikalau kucing tak bergigiAlamat tikus berjoget berdansa
Anak dara Datuk TinggiBuat gulai ikan tilanDatuk tua tak ada gigiBila makan kunyah telanBerderak-derak sangkutan dacingBagaikan putus diimpit lumpangBergerak-gerak kumis kucingMelihat tikus bawa senapang
Pokok pinang patanya condongDipukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus berdayungIkan di laut berdiam diri
Tanam pinang di atas kuburTanam bayam jauh ke tepiWalaupun musang sedang tidurMengira ayam di dalam mimpi
Anak bakau di rumpun salakPatah taruknya ditimpa gentaRiuh kerbau tergelak-gelakMelihat beruk berkaca mata
Orang menganyam sambil dudukKalau sudah bawa ke balaiMelihat ayam memakai tandukDatang musang meminta damai
Hilir lorong mudik lorongBertongkat batang temberauBukan saya berkata bohongKatak memikul paha kerbau
Di kedai Yahya berjual suratDi kedai kami berjual sisirSang buaya melompat ke daratMelihat kambing terjun ke air
Jikalau lengang dalam negeriMarilah kita pergi ke kotaHairan tercengang kucing berdiriMelihat tikus naik kereta
Senangis letak di timbanganPemulut kumbang pagi-pagiMenangis katak di kubanganMelihat belut terbang tinggi
Anak Hindu beli petolaBeli pangkur dua-duaMendengar kucing berbiolaDuduk termenung tikus tua
Punggur berdaun di atas kotaJarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun butaBaru ayam suka hati
Ketika perang dinegeri JermanRamai askarnya mati mengamukRangup gunung dikunyah kumanLautan kering dihirup nyamuk
Jual betik dengan kandilKandil buatan orang InggerisMelihat buaya menyandang bedilLembu dan kerbau tegak berbaris
Jemur bijan dengan kulitnyaJemur di atas pohon lembayungHari hujan sangat lebatnyaLamun Si Pandir mengepit payung
Elok rupa pohon belimbingTumbuh dekat limau lunggaElok berbini orang sumbingWalau marah ketawa juga
Rumah besar berdinding tidakBeratapkan daun palasBadan besar beristeri tidakItu tandanya orang pemalas
Adik nama ComatSuka beri salamBudak ketawa kuatSuka kecing malam
Dari Ambun hendak ke PerakSinggah di Jeram MengkuangSi Awang Kenit mencuri kerakHidung berbelang terpalit arang
Biduk lalu kiambang bertautNakhoda Kasap duduk termenungGila latah ikan di lautMelihat umpan di kaki gunung
Pakai seluar labuh ke bawahIkut permatang jalan melenggang
Nampak zahir memang mewahTapi hutang keliling pinggang
Orang Sibu menunggang kudaKuda ditunggang patah pinggangMasih mahu mengaku mudaPadahal cucu keliling pinggang
Tahankan jerat gunakan taliPacak kuat biar melekapKalau bini suka membeliHutang berbaris suami ke lokap
Tuan puteri memasang panjutDayang tolong menghalau lalatKucing tidur bangkit terkejutMelihat tikus pandai bersilat
Pantun kanak2
Anak rusa naniBaru kembang ekorApa dosa kamiLalu tidak tegur
Buai laju-lajuSampai puncak sanaApa dalam baju?Sekuntum bunga Cina
Timang tinggi-tinggiSampai cucur atapBelum tumbuh gigiPandai baca kitab
Ayam kedek-kedekBeri makan padiAbang sayang adikMesti ajar mengaji
Burung kenek-kenekHinggap bawah batangApa pesan nenekCepat-cepat pulang
Pok amai-amaiBelalang kupu-kupuBertepuk adik pandaiMalam nanti upah susu
Susu lemak manisSantan kelapa mudaAdik jangan menangisEmak banyak kerja
Air pasang pagiSurut pukul limaBangun pagi-pagiSiram pokok bunga
Pokok bunga melurTanam tepi batasItik dah bertelurAyam dah menetas
Lompat si katak lompatLompat dalam perigiCepat adik cepatPergi mandi cuci gigi
Lompat si katak lompatLompat di tepi pagarSekolah lekas dapatDan mesti rajin belajar
Lompat si katak lompatLompat di air tenangPergi sekolah cermatEmak bapa hati senang
Lompat si katak lompatLompat di rumput mudaBelajar kuat-kuatBuat ilmu hari tua
Anak lembu merahTambat di pokok asamAdik kena marahTarik muka masam
Burung Kakak TuaHinggap di jendelaNenek sudah tuaGiginya tingal dua
Burung Kakak TuaAda anak empatNenek sudah tuaJalan pakai tongkat
Burung Kakak TuaBersarang celah batuBadan sudah tuaGigi jarang sana satu
Durian atas titiPisang dalam dulangSukanya rasa hatiAbang sudah pulang
Anak kumbang jatiSuka korek tiangSenang rasa hatiEmak sudah pulang
Geylang si paku GeylangGeylang si rama-ramaPulang marilah pulangMarilah pulang bersama-sama
Ayun anak ayunAyun hujung serambiBangun adik bangunJangan tidur tinggi hari
Oh bulan mana bintang?Atas puncak kayu araOh tuan mana hilang?Dalam dapur atas para
Buai kaduk-kadukKaduk naik ke rimbaPanjang janggut datukBuat tali timba
Pantun Nasihat
Angin teluk menyisir pantaiHanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakaiAsal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung DaikHendak menjerat kancil dan rusaBergotong-royong amalan yang baikElok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandiKembang berseri bunga sendudukElok diturut resmi padiSemakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik DaMakan sekapur lalu matiWalaupun banyak ilmu di dadaBiar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikirDibawa orang dari huluSebarang kerja hendak difikirSupaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekanDihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkanBagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebuPergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmuBagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelapAyatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilapJikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk BetongSambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetungBulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biruPergi ke sekolah pukul satuMurid sentiasa hormatkan guruKerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang lautDitiup angin dari SelatanLayar dikembang kemudi dipautKalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di huluSirih di hilir merekap junjunganKepalang duduk menuntut ilmuPasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejarRasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajarTentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombongEmak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohongSemua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujurSangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujurHidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat petiTolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hatiKerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihirisManis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manisLebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arangArang dibakar memanaskan diriJangan mudah menyalahkan orangCermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telagaSelasih dimakan si anak kudaKasih ibu membaa ke syurgaKasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatuTakut kena gigitan pacatKalau kita selalu bersatuApa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang PeraiGunung Daik bercabang tigaHancur badan tulang berkecaiBudi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka JambiPergi pagi kembali petangKalau Tuhan hendak membagiPintu berkancing rezeki datang
Orang haji dari JeddahBuah kurma berlambak-lambakPekerjaan guru bukanlah mudahBagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah duaAnak burung mati diranggahDari muda sampai ke tuaAjaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepiCahya memancar kepangkal kelapaHidup di dunia buatlah baktiKepada ibu dan juga bapa
Kapal kecil jangan dibelokKalau dibelok patah tiangnyaBudak kecil jangan di pelukKalau dipeluk patah tulangnya
Asal kapas menjadi benangDari benang dibuat kainBarang yang lepas jangan dikenangSudah menjadi hak orang lain
Tengahari pergi mengailDapat seekor ikan tenggiriJangan amalkan sikap bakhilAkan merosak diri sendiri
Kapal Anjiman disangka hantuNampak dari Kuala AchehRosak iman kerana nafsuRosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegiSampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budiTinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manjaSuka berjalan di atas titiOrang yang malas hendak bekerjaPasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseriBulan purnama datang menerpaAjaran guru hendak ditaatiMana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhuluBuat menetak si pokok RuBila belajar tekun selaluJangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelitaPasang lilin jalan ke tamanSopan santun budaya kitaJadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadanDapat Kancil badan berjalurBiar carik baju di badanAsalkan hati bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke tengahGunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanahBudi yang baik di kenang juga
Ramai orang membeli jamuDi bawah pokok cuaca redupBersungguh-sungguh mencari ilmuIlmu dicari penyuluh hidup
Apa guna berkain batikKalau tidak dengan sucinya?Apa guna beristeri cantikKalau tidak dengan budinya
Berakit-rakit ke huluBerenang-renang ke tepianBersakit-sakit dahuluBersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagarAmbil galah tolong jolokkanSaya budak baru belajarKalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayarMasak sebiji di atas petiHutang emas boleh dibayarHutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duriAyam kuning buat sarangOrang tamak selalu rugiMacam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padiTakut mercik ke muka orangBiar pandai menjaga diriTakut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagarJangan terpotong batang durianCari guru tempat belajarSupaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam haliaAmbil sedikit buat juadahUsia muda jangan disiaNanti tua sesal tak sudah
Padi muda jangan dilurutKalau dilurut pecah batangHati muda jangan diturutKalau diturut salah datang
Cuaca gelap semakin redupMasakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidupBarulah kekal dihormati orang
Orang Daik memacu kudaKuda dipacu deras sekaliBuat baik berpada-padaBuat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluanMembawa rokok bersama rempahKalau ilmu tidak diamalkanIbarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jatiBiar serpih tumbangnya janganKalau kita mencari gantiBiar lebih kurang jangan
Pinang muda dibelah duaAnak burung mati diranggahDari muda sampai ke tuaAjaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala JohorPantainya bersih sangat mashyurPohonkan doa kita bersyukurNegara kita aman dan makmur
Orang tua patut diseganiBoleh mendapat ajarnasihatUlar yang bisa tidak beginiBisa lagi lidah yang jahat
Ramai orang menggali perigiAmbil buluh lalu diikatIlmu dicari tak akan rugiBuat bekalan dunia akhirat
Tuan Haji memakai jubahSinggah sembahyang di tepi lorongKalau sudah kehendak AllahRezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tandukMari diletak di atas papanJika tahu ganja itu mabukBuat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke tamanPuas sudah orang memburuKalau muda jadikan temanKalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalahBuluh pecah terbelahduaOrang tua jangan dilangkahKelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kakiMati terkena jerat sembatOrang yang muda kita sanjungiOrang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papanBuah keranji dalam perahuSuruh makan awak makanSuruh mengaji awak tak mahu
Adik ke kedai membeli haliaEmak memesan membeli laksaJadilah insan berhati muliaBaik hati berbudi bahasa
Pantun Agama.
Banyak bulan perkara bulanTidak semulia bulan puasaBanyak tuhan perkara tuhanTidak semulia Tuhan Yang Esa
Daun terap diatas dulangAnak udang mati ditubaDalam kitab ada terlarangYang haram jangan dicoba
Bunga kenanga diatas kuburPucuk sari pandan JawaApa guna sombong dan takaburRusak hati badan binasa
Anak ayam turun sepuluhMati seekor tinggal sembilanBangun pagi sembahyang subuhMinta ampun kepada Tuhan
Asam kandis asam gelugurKetiga asam si riang-riangMenangis mayat dipintu kuburTeringat badan tidak sembahyang
top related