borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja...
Post on 08-Jun-2019
262 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪
JUDUL : PERSEPSI PENGUSAHA KANTIN TERHADAP PEMILIHAN PEKERJA
KANTIN DI SEKOLAH DALAM ZON SKUDAI, JOHOR BAHRU.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya MASITAH BINTI A.WAHID mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ Badan di mana penyelidikan dijalankan.
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ ________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : EN MOHD RIZAL BIN MOHD SAID No. 12, Jalan Jelita, Taman Mina, 85100, Segamat, Johor. Tarikh : APRIL 2009 Tarikh : APRIL 2009
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : EN. MOHD RIZAL BIN MOHD SAID.
Tarikh : _________________________________
PERSEPSI PENGUSAHA KANTIN TERHADAP PEMILIHAN PEKERJA DI
KANTIN SEKOLAH DALAM ZON SKUDAI, JOHOR BAHRU.
MASITAH BINTI A. WAHID
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : MASITAH BINTI A. WAHID
Tarikh : APRIL 2009
iii
Sekalung BudiSekalung BudiSekalung BudiSekalung Budi
Untuk yang amat kusayangi dan disanjung tinggi, emak abah..
Rosnah Binti Idris & A.Wahid Bin AhmadRosnah Binti Idris & A.Wahid Bin AhmadRosnah Binti Idris & A.Wahid Bin AhmadRosnah Binti Idris & A.Wahid Bin Ahmad
Jasa, budi dan pengorbanan kalian akan kukenang seumur hidupku
Nama kalian berdua teragung dihati ini
Adik-adik yang dikasihi yang memberi dorongan dan menceriakan hidupku
Ahmad Mu’az, Mohamad Bukhari & Ahmad SyafuddinAhmad Mu’az, Mohamad Bukhari & Ahmad SyafuddinAhmad Mu’az, Mohamad Bukhari & Ahmad SyafuddinAhmad Mu’az, Mohamad Bukhari & Ahmad Syafuddin
Along sayang kamu semua
Buat arwah adik yang telah ke rahmatullah
Mohamad TirmidziMohamad TirmidziMohamad TirmidziMohamad Tirmidzi
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Along rindu saat-saat manis kita adik-beradik
Teristimewa buat tunang tercinta
Mohd Riduan Bin Ab. LatibMohd Riduan Bin Ab. LatibMohd Riduan Bin Ab. LatibMohd Riduan Bin Ab. Latib
Hidup ini amat indah dengan kehadiran dirimu
Terima kasih buat rakan seperjuangan yang banyak membantu serta menyokog
Semoga Allah sahaja akan akan membalasnya.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat
dikasihi.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En. Mohd Rizal
bin Mohd Said yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan cadangan dalam menyiapkan
kajian ini.
Tidak lupa juga buat emak dan abah tercinta yang banyak memberi semangat dan
tidak putus asa mendoakan kejayaan dan bersedia membantu dari segi kewangan
sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia.
Penghargaan ikhlas juga ditujukan kepada staf-staf Pejabat Akademik yang
memberikan kerjasama sepenuhnya dalam mengeluarkan surat-surat pengakuan untuk
menjalankan kajian ini.
Semoga jasa kalian semua dibalas dengan keberkatan dan kesenangan dari-Nya.
Saya hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Saya juga
berharap semoga dengan penulisan ini, ia dapat memberi manfaat kepada semua.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pengusaha kantin terhadap
pemilihan pekerja kantin di sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru. Dalam konteks
kajian ini, terdapat tiga aspek dikaji oleh penyelidik iaitu kemahiran, pengetahuan dan
pengalaman. Seramai 32 orang pengusaha kantin dalam zon Skudai, Johor Bahru telah
terlibat dalam kajian ini. Set soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat
berkaitan tajuk kajian. Nilai kebolehpercayaan set soal selidik ini adalah α = 0.88.
Dapatan data dianalisis dengan menggunakan perisian ‘ ’Statistical Package for the
Social Science Version 11.5 (SPSS).’’ Analisis kuantitatif secara dalam bentuk
frekuensi, peratus dan min telah digunakan dalam tatacara penganalisaan data. Secara
keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua aspek yang dikaji berada
pada tahap yang tinggi. Diharap kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak yang
berkaitan
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the canteen operator perceptions
towards selection of school canteen workers in Skudai, Johor Bahru. Within context of
this research, three aspects have been determined by the researcher, which are skills,
knowledge and experiences of employers. The research involved 32 respondents in
Skudai, Johor Bahru. A set of questionnaire was distributed to obtain information on the
research topic. The alpha cronbach reliability of the questionnaire is α = 0.88.
“Statistical Package for the Social Science Version 11.5 (SPSS)” was used to analyze
the data. Descriptive quantitative analysis in the form of frequency, percentage and
mean were used in data analysis. The research showed that all of the aspects been
researched are at a high level. It is hope that, this survey will give guidelines for
involved parties.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
viii
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Operasional 11
1.8.1 Kemahiran 11
1.8.2 Pengetahuan 12
1.8.3 Pengalaman 12
1.8.4 Kerja 12
1.8.5 Penyediaan 13
1.8.6 Makanan 13
1.8.7 Pemakanan 13
1.9 Kesimpulan 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahaluan 15
2.2 Klasifikasi Kerja 16
2.3 Panduan Pengendali Makanan 18
2.4 Kemahiran Pekerja Kantin 20
2.5 Pengetahuan Pekerja Kantin 24
2.6 Pengalaman Pekerja Kantin 27
2.7 Kesimpulan 28
BAB III METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 36
3.5.1 Soal Selidik 37
ix
3.5.1.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 37
3.5.1.2 Bahagian B : Persoalan Kajian 37
3.5.3 Pemerhatian 39
3.6 Keesahan Soal Selidik 41
3.7 Kajian Rintis 41
3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 42
3.9 Prosedur Kajian 43
3.10 Analisis Data 45
3.11 Kesimpulan 47
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis Data 49
4.2.1 Soal Selidik Bahagian A 49
4.2.1.1 Jantina 49
4.2.1.2 Bangsa 50
4.2.1.3 Pengalaman 51
4.2.1.4 Bilangan Pekerja 52
4.2.2 Soal Selidik Bahagian B 53
4.2.2.1 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 1 54
4.2.2.2 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 2 57
4.2.2.3 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 3 61
4.2.3 Pemerhatian 64
4.2.3.1 Analisis Data Pemerhatian Soalan Kajian 1 66
4.2.3.2 Analisis Data Pemerhatian Soalan Kajian 2 68
4.2.3.3 Analisis Data Pemerhatian Soalan Kajian 3 70
4.3 Ringkasan Dapatan Data 72
4.3.1 Ringkasan Dapatan Kajian Soal Selidik Bahagian A 72
4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian Soal Selidik Bahagian B 73
x
4.3.3 Ringkasan Dapatan Pemerhatian 74
4.4 Ringkasan 75
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 76
5.2 Rumusan 77
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 77
5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item yang Dikemukan 79
5.3 Perbincangan 82
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 83
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 84
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 85
5.4 Cadangan 87
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88
5.6 Kesimpulan 89
RUJUKAN 90
LAMPIRAN
A – D 95-107
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Klasifikasi Pekerjaan Mengikut Teori Anne Roe (1956) 16
2.2 Panduan Pengendali Makanan 18
2.3 Modul Cara Hidup Sihat Makan Secara Sihat 26
3.1 Taburan Saiz Populasi 33
3.2 Senarai Sekolah Rendah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan Negeri 34
Johor dan alamat seperti pada 31 Januari 2008
3.3 Senarai Sekolah Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 35
Negeri Johor dan alamat seperti pada 31 Januari 2008
3.4 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar Belakang 37
Responden
3.5 Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian 38
3.6 Pemilihan Skala Likert 39
3.7 Pembahagian Pemerhatian Mengikut Item 40
3.8 Kekuatan Hubungan dalam Kaedah Kolerasi 43
3.9 Penentuan Tahap Peratusan 46
3.10 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 46
4.1 Jantina Responden 49
4.2 Bangsa Responden 50
4.3 Pengalaman Responden 51
4.4 Bilangan Pekerja 52
4.5 Item-item Soal Selidik Mengikut Persoalan Kajian 53
4.6 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 1 54
4.7 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 2 57
4.8 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 3 61
xii
4.9 Item-item Pemerhatian Mengikut Persoalan Kajian 65
4.10 Analisis Data Pemerhatian Persoalan Kajian 1 66
4.11 Analisis Data Pemerhatian Persoalan Kajian 2 68
4.12 Analisis Data Pemerhatian Persoalan Kajian 3 70
4.13 Nilai Purata Pembolehubah Dikaji dalam Soal Selidik 73
4.14 Nilai Purata Pembolehubah Dikaji dalam Pemerhatian 74
5.1 Purata Min Keseluruhan Bagi Soalan Kajian 79
5.2 Maklumbalas Kriteria yang Mempengaruhi 81
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu 22
Dalam Penyediaan Makanan
3.1 Prosedur Kajian 44
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 95
B Pemerhatian 100
C Surat Kebenaran EPRD (KPM)/ JPNJ/UTM 102
D Pengesahan Soalan 107
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pekerja yang cekap dan berkebolehan mempunyai gabungan aspek daripada
kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Pekerja merupakan aset penting bagi
pengusaha untuk memastikan kelancaran organisasi yang dibangunkan. Sehubungan
dengan itu, pengusaha kantin perlu memastikan tahap kelayakan pekerja yang
memuaskan bagi mencapai tahap pengeluaran produk yang berkualiti (British
Standards, Jun 2008).
Dalam pasaran ekonomi global, kemampuan organisasi mengekalkan daya
saing penting dalam dunia perniagaan. Bagi Kotler dan Armstrong (1999), kepuasan
pelanggan terjadi apabila prestasi produk atau perkhidmatan sama dengan harapan
atau jangkaan pelanggan. Jika produk atau perkhidmatan tidak mendatangkan hasil
seperti yang dijangkakan, maka pelanggan tidak akan mencapai kepuasan. Menurut
Han dan Leong (1996), kualiti juga mempengaruhi prestasi perniagaan barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan. Di dalam konteks kajian ini, perusahaan kantin
merupakan perusahaan berteraskan perkhidmatan. Kualiti perkhidmatan yang buruk
akan menyebabkan ketidakpuasan pelanggan.
2
Justeru itu, hubungan pekerja dan pengusaha dalam sesuatu organisasi amat
penting dan saling memerlukan diantara satu sama lain. Semua manusia
memerlukan kerja untuk memenuhi masa individu, memberi sumber kewangan,
memberi identiti diri, dan menyumbang kepada terimaan fisiologi dan psikologi
dalam masyarakat.
Oleh hal yang demikian, tanggungjawab pengusaha kantin dan pekerja kantin
perlulah seiring untuk memastikan setiap individu faham matlamat dan fungsi
sesebuah kantin diwujudkan bagi setiap sekolah. Secara umumnya hubungan baik
pekerja dengan majikan perlu dititikberatkan kerana ia merupakan penyumbang
kepada sesuatu kualiti yang perkhidmatan yang ditawarkan (Gale, 1985)
Tanggungjawab utama pengusaha kantin dan pekerja kantin ialah
memastikan kualiti makanan yang ditawarkan di kantin sekolah adalah bersih dan
selamat. Mereka adalah antara elemen yang terpenting dalam menentukan kadar
keselamatan dan mengelakkan kejadian keracunan makanan dari berlaku di kantin
dan dapur asrama sekolah (Program Pemeriksaan Kendiri Kantin dan Dapur Asrama
Sekolah, 1997).
Amalan kebersihan yang diamalkan akan dapat menentukan tahap kebersihan
dalam proses penyediaan, penyajian, dan penjualan makanan. Selain daripada itu,
pengusaha kantin dan pekerja kantin juga bertanggungjawab memastikan amalan
kebersihan dalam menjalankan aktiviti penyediaan makanan seperti kebersihan diri,
peralatan, penyediaan makanan, penyajian, tempat jualan dan amalan tingkahlaku
(Jamal Khair Hasshim, 1998).
Menurut Zahara (1983), kebersihan diri meliputi semua aspek penjagaan
yang boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian seperti rambut, kulit, tangan,
telinga, hidung, badan, mulut dan juga meliputi aspek pakaian. Oleh yang demikian,
pengusaha dan pekerja perusahaan makanan mestilah bebas dari sebarang penyakit,
3
sama ada penyakit berjangkit atau penyakit pembawaan yang boleh mempengaruhi
kadar kebersihan makanan yang disediakan.
Kebersihan makanan merupakan aspek yang amat penting dalam kehidupan
kita, kerana kebersihan mempengaruhi kesihatan. Kesihatan merupakan kunci
kepada kehidupan yang harmoni. Kebersihan juga asas kepada kejayaan dan
kegagalan sesebuah perusahaan makanan. Bagi pengusaha dan pekerja dalam
perkhidmatan penyediaan makanan, mereka perlu memastikan alat-alat yang
digunakan di dapur, di sekitar bilik atau bangunan premis di tempat perusahaan
perniagaan dalam keadaan bersih. Oleh itu, setiap individu yang terlibat mestilah
menjaga diri dengan sempurna dan berpersonaliti yang baik (Aishah, 1992).
Garis Panduan Kantin Sekolah (1989) disediakan bertujuan untuk membantu
pihak pentadbir sekolah khususnya pihak pengetua dan guru besar serta pengusaha
kantin sekolah dalam melicinkan dan mempertingkatkan aspek-aspek pengurusan
dan pengawasan bagi memastikan makanan-makanan yang dijual sentiasa berada di
dalam keadaan yang memuaskan dan menghidarkan pelajar-pelajar daripada
keracunan yang tidak diingini.
Tambahan pula, kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam
mewujudkan berbagai-bagai pengalaman sama ada secara langsung atau tidak
langsung bagi membina pengetahuan, sikap dan amalan makanan dan pemakanan di
kalangan generasi muda terhadap makanan dan pemakanan, kebersihan dan
keselamatan makanan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan,
bersopan santun, dan amalan-amalan disiplin yang lain (Jacques Julliand, 2007). Di
samping itu, kantin sekolah juga boleh dijadikan sebagai suatu sumber yang berkesan
bagi menjalankan pendidikan makanan (Garis Panduan kantin Sekolah, 1989).
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Jabatan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (1989), pembekalan perkhidmatan makanan
kepada guru dan pelajar merupakan satu kewajipan dalam setiap sekolah. Oleh itu,
kantin di sekolah merupakan sumber utama bagi pelajar dan guru untuk mendapatkan
makanan semasa waktu persekolahan. Setiap sekolah akan mempunyai
jawatankuasa yang tersendiri untuk memastikan bahawa setiap sekolah mematuhi
peraturan yang ditetapkan
Secara amnya, kanak-kanak akan memilih makanan yang telah disediakan
dalam hidangan menu seharian dan menjadi kebiasaan untuk memakan makanan
yang telah disediakan (Birch et al. 1982). Sebagai contoh, apabila buah-buahan dan
sayur-sayuran kebiasaanya terhidang dalam menu makanan, secara tidak langsung
pelajar-pelajar akan suka dan makan buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut (Cullen
et al. 2000).
Menurut Jaksoa Kivela et. al (2002), pengusaha makanan di kantin sekolah
perlu mengawal keselamatan makanan dengan lebih rapi. Ini kerana risiko
keracunan makanan lebih mudah dihadapi oleh kanak-kanak berbanding dengan
golongan dewasa. Pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap semua pelajar
pada waktu pagi terutama selepas sarapan pagi dan selepas waktu rehat. Pelajar yang
disyaki keracunan makanan perlu mendapat rawatan doktor dengan segera.
Menurut Sandra Alters & Wendy Schiff (1998) kemahiran pekerja dalam
pengurusan makanan penting kerana ia dapat membantu dalam merancang, menyedia
dan menyajikan makanan yang seimbang, berkhasiat dan menarik. Kajian oleh Story
et al. (2002) mendapati bahawa kumpulan dewasa dikatakan mempengaruhi faktor
kepada jenis pemilihan makanan pelajar kerana kumpulan dewasa terlibat secara
langsung dalam penyediaan makanan. Justeru itu, kebiasaan makanan yang sedia
5
ada di kantin sekolah akan memberi impak kepada jenis pemilihan makanan dan
pengambilan makanan pelajar pada masa akan datang. Menurut Baranowski et al.
(1999), ketersediaan makanan yang mudah diperolehi akan mempengaruhi minat
pelajar dalam pengambilan makanan seterusnya.
Menurut Zuraini (2006), pemakanan pelajar di Malaysia lebih kurang sama
dengan pemakanan dewasa, perbezaan hanya daripada segi jumlah pengambilan
ataupun kuantiti bagi suatu jenis makanan. Tujuan pengambilan makanan bagi orang
dewasa dan pelajar-pelajar adalah berbeza. Bagi orang dewasa, pengambilan
makanan adalah untuk mendapatkan tenaga dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak
tetapi bagi pelajar-pelajar pengambilan makanan diperlukan untuk tumbesaran.
Menurut Jamal Khair Hasshim (1998), pengusaha dan pekerja kantin perlu
mempunyai pengetahuan dalam memikul tanggungjawab sosial bagi memastikan
makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat dan bersih. Makanan merupakan
satu keperluan asas manusia yang membekalkan segala keperluan zat untuk
pembentukan rohani dan jasmani. Ia banyak mempengaruhi sosiologi, pemakanan,
biologi dan faktor psikologi (Fieldhouse, 2000).
Tabiat makan yang buruk, ketidakseimbangan pemakanan dan penyediaan
makanan yang tidak bersih akan mengundang pelbagai risiko penyakit (Mary
Tantillo, 2006). Tambahan lagi, kebanyakan penyakit yang dialami oleh manusia
datang dari amalan pemakanan yang salah (Alan dan Sayogyo, 1988). Oleh itu,
menerusi program pendidikan dan pengetahuan yang dimiliki, manusia akan dapat
menilai kepentingan makanan terhadap kesihatan mereka.
Proses pendidikan dan pengetahuan yang dimiliki mengenai pemakanan
seimbang adalah penting dalam membina sebuah masyarakat yang dinamik dalam
sesebuah negara. Makanan dikategorikan sebagai keperluan fisiologi yang terletak di
peringkat paling rendah dalam piramid hierarki keperluan Maslow (Waller, 1996).
6
Manusia perlu memenuhi keperluan pada tahap paling rendah sebelum mencapai
tahap yang paling tinggi. Piramid makanan memberi panduan bagi membantu kita
dalam menentukan apa yang perlu dimakan
Makanan mudah dicemari oleh bakteria yang boleh menyebab keracunan
makanan. Makanan boleh tercemar dengan sebab makanan dibasuh dengan air yang
kotor, tangan yang kotor semasa menyediakan makanan atau semasa makan,
makanan mentah dan makanan yang sudah masak disimpan setempat, penyedia
makanan ada penyakit atau tangannya luka atau berkudis, tabiat yang kotor seperti
mengorek hidung atau telinga semasa memasak, binatang seperti kucing dan anjing
dibiarkan berhampiran makanan, meja dan pekakas di dapur tidak bersih, kain
mengelap meja digunakan untuk mengelap pinggan dan mangkuk, makanan tidak
tertutup akibatnya menjadi perhatian tikus, lalat, lipas dan kucing (Baharam Husin,
L.L.Gouy, Safiah Yusuf, B.H. Tay, 1996).
Selain itu, pengalaman merupakan satu persediaan asas untuk
mengembangkan kemahiran untuk menjadi individu produktif. Pengalaman juga
memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan daya pemikiran dan
kebolehan (Panitia Pendidikan Khas, 1992).
Menurut Hasnah Udin (1998), dengan memberi gerak balas pengalaman
kepada pelbagai objek yang mempunyai persamaan dan perbezaan, seseorang
individu boleh menyusun persekitarannya kepada kategori yang memberi makna.
Pemerolehan kemahiran, perubahan sikap dan perubahan gerakbalas bahasa
merupakan satu proses pembelajaran.
Menurut Shanaz Mawji (2000), penyakit merbahaya banyak berpunca
daripada faktor pemakanan yang kurang sihat. Kesan yang lebih ketara ialah
terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak mendapat makanan yang seimbang
7
akan mendedah mereka kepada risiko pelbagai jenis penyakit dan mempengaruhi
perkembangan tumbesaran (Suriah Abdul Rahman, 2004).
Menurut John B. Knigt dan Lendal H. Kotschevan (1989), kawalan
kebersihan dan keselamatan dalam perkhidmatan makanan adalah penting untuk
memastikan keselamatan makanan dan kebebasan daripada sebarang kemalangan
dan kecederaaan. Peraturan-peraturan kawalan kebersihan dan keselamatan dibentuk
oleh perbadanan tempatan, negara dan kebangsaan mesti sentiasa dikuatkuasakan
oleh bahagian pengurusan. Salah satu badan kebangsaan yang diperkuatkuasakan
untuk menjaga kebersihan dan keselamatan makanan ialah ‘Occupational Safety and
Health Act (OSHA)’.
Justeru itu, kriteria pekerja kantin perlulah diberi perhatian yang sewajarnya
bagi memastikan makanan terjamin dari aspek kebersihan dan keselamatan. Dimana
pekerja kantin dan pengusaha kantin perlu menjalankan aktiviti penyediaan makanan
meliputi kebersihan diri, perlalatan, penyediaan makanan, penyajian, tempat jualan
dan amalan tingkahlaku (Kementerian Kesihatan Malaysia, 1998).
Oleh hal demikian, pemilihan pekerja kantin sangat penting dalam
memastikan kejayaan perniagaan dalam menonjolkan perkhidmatan yang ditawarkan
adalah yang terbaik. Ini kerana, kualiti perkhimatan yang ditawarkan bergantung
kepada komitmen, pembawaan dan kriteria pekerja kantin itu sendiri (Capezio dan
Morehouse, 1995).
8
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik ingin
melakukan penyelidikan ke atas pengusaha kantin mengenai persepsi mereka
terhadap pemilihan pekerja kantin di sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan mengetahui persepsi pengusaha kantin terhadap
pemilihan pekerja kantin di sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru. Objektif yang
ditetapkan bagi kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti adakah kemahiran yang dimiliki oleh pekerja
kantin mempengaruhi pengusaha kantin dalam pengambilan
pekerja di kantin sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.
2. Mengenalpasti adakah pengetahuan yang dimiliki oleh pekerja
kantin mempengaruhi pengusaha kantin dalam pengambilan
pekerja di kantin sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.
3. Mengenalpasti adakah pengalaman yang dimiliki oleh pekerja
kantin mempengaruhi pengusaha kantin dalam pengambilan
pekerja di kantin sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.
9
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah:
1.5.1 Adakah kemahiran yang dimiliki oleh pekerja kantin mempengaruhi
pengusaha kantin dalam pengambilan pekerja kantin di sekolah dalam zon
Skudai, Johor Bahru?
1.5.2 Adakah pengetahuan yang dimiliki oleh pekerja kantin mempengaruhi
pengusaha kantin dalam pengambilan pekerja kantin di sekolah dalam zon
Skudai, Johor Bahru?
1.5.3 Adakah pengalaman yang dimiliki oleh pekerja kantin mempengaruhi
pengusaha kantin dalam pengambilan pekerja kantin di sekolah dalam zon
Skudai, Johor Bahru?
10
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik berharap agar hasil kajian yang dijalankan ini dapat memberi
manfaat kepada pihak berkepentingan. Antara kepentingan kajian ini adalah:
1.6.1 Individu
Maklumat yang diperolehi daripada kajian yang akan dijalankan, dapat
dijadikan rujukan dalam melengkapkan diri individu berhubung kendalian
penyediaan makanan yang betul dan memberi maklumat kepada individu mengenai
kriteria yang disukai oleh majikan.
1.6.2 Pengusaha Kantin
Memudahkan pengusaha kantin dalam urusan mengatur strategi bagi
membimbing pekerja kantin dalam aspek pengendalian makanan yang betul. Selain
itu, kaedah pengamalnya dapat memperbaiki mutu kebersihan kantin di sekolah.
11
1.7 Batasan kajian
Dalam kajian ini pengusaha-pengusaha kantin sekolah dalam zon Skudai,
Johor Bahru dipilih untuk dijadikan responden. Kajian ini adalah terbatas kepada
sampel pengusaha kantin sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru. Sebanyak 32
sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru akan terlibat dalam kajian ini, dimana
terdapat 20 buah sekolah rendah dan 13 sekolah menengah kerajaan dan bantuan
kerajaan negeri Johor. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi pengusaha
kantin terhadap pemilihan pekerja kantin di sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.
1.8 Definisi Operasional
Frasa kata yang dijadikan tajuk di dalam kajian ini perlu diperjelaskan.
Berikut ialah definisi istilah atau konsep yang berkaitan.
1.8.1 Kemahiran
Dalam Kamus Dewan Pelajar Bahasa Malaysia (1987), kemahiran ditakrifkan
sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Kemahiran yang
dimaksudkan dalam kajian ini meliputi kemampuan melakukan aktiviti tunjukcara
kepada pelajar berkaitan projek yang akan dilaksanakan.
12
1.8.2 Pengetahuan
Menurut Kamus Dewan (1993), pengetahuan ialah perihal mengetahui atau
apa yang perlu diketahui. Dalam kajian ini pengetahuan bermaksud mengetahui
perkara-perkara yang berkaitan dalam proses penyediaan makanan.
1.8.3 Pengalaman
Menurut Atan Long (1988), menyatakan bahawa pengalaman merupakan
kesan yang terhimpun di dalam ingatan seseorang hasil daripada penerimaan
rangsangan, pembelajaran dan juga tingkah laku.
1.8.4 Kerja
Manurut Sharif (2002) kerja didefinisikan sebagai sebuah profesion yang
menjadi salah satu cara mencari nafkah. Manakala Fadzli (2002), mendefinisikan
kerja sebagai aktiviti untuk memenuhi keperluan psikologi, ekonomi dan sosial
individu dan ini direalisasikan dengan bekerja sehingga berjaya.
13
1.8.5 Penyediaan
Satu proses menyediakan makanan sehingga makanan tersebut boleh
dimakan. Menurut Kamus Dewan (2002), penyediaan ialah persiapan. Dalam
konteks kajian ini, penyediaan merupakan persiapan yang dilakukan untuk proses
memasak makanan.
1.8.6 Makanan
Menurut Phuah Kooi Ean (2006), makanan didefinisikan sebagai bahan yang
boleh dimakan dan digunakan oleh badan untuk melaksanakan fungsinya. Manakala,
Suriah Abdul Rahman (2004) mengatakan bahawa makanan meliputi semua bahan
pepejal atau cecair yang masuk ke dalam sistem pencernaan manusia untuk menjaga
dan membina tisu tubuh, mengatur proses tubuh dan membekalkan tenaga untuk
terus hidup.
1.8.7 Pemakanan
Kajian semua proses penyerapan dan penggunaan bahan makanan. Ini
termasuklah identifikasi setiap bahan makanan yang perlu untuk tumbesaran dan
pembinaan setiap organisma (Phuah Kooi Ean, 2006). Manakala, menurut Kamus
Dewan (2002), pemakanan bermaksud jenis-jenis makanan yang lazimnya dimakan
atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang.
14
1.9 Kesimpulan
Di dalam bab satu ini, telah dinyatakan pengenalan, latar belakang masalah,
penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan
kajian dan definisi operasi yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan.
Tujuan kajian ini, penyelidik ingin melihat faktor pemilihan pekerja kantin di
sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru. Hasil daripada kajian ini, data-data
diperolehi akan digunakan dalam menjawab persoalan kajian. Pemilihan sampel
tertumpu kepada 32 pengusaha kantin sekolah dalam zon Skudai mengenai persepsi
mereka terhadap pemilihan pekerja kantin di sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.
Selain daripada itu, hasil kajian ini sebagai bimbingan untuk mencapai kualiti hidup
yang sihat melalui pemakanan yang bersih dan berkhasiat.
top related