borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja...

31
PSZ 19:16 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : PERSEPSI PENGUSAHA KANTIN TERHADAP PEMILIHAN PEKERJA KANTIN DI SEKOLAH DALAM ZON SKUDAI, JOHOR BAHRU. SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MASITAH BINTI A.WAHID mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ Badan di mana penyelidikan dijalankan. TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ ________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : EN MOHD RIZAL BIN MOHD SAID No. 12, Jalan Jelita, Taman Mina, 85100, Segamat, Johor. Tarikh : APRIL 2009 Tarikh : APRIL 2009 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: truongthuan

Post on 08-Jun-2019

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

PSZ 19:16

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪

JUDUL : PERSEPSI PENGUSAHA KANTIN TERHADAP PEMILIHAN PEKERJA

KANTIN DI SEKOLAH DALAM ZON SKUDAI, JOHOR BAHRU.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya MASITAH BINTI A.WAHID mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ Badan di mana penyelidikan dijalankan.

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ ________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : EN MOHD RIZAL BIN MOHD SAID No. 12, Jalan Jelita, Taman Mina, 85100, Segamat, Johor. Tarikh : APRIL 2009 Tarikh : APRIL 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN. MOHD RIZAL BIN MOHD SAID.

Tarikh : _________________________________

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

PERSEPSI PENGUSAHA KANTIN TERHADAP PEMILIHAN PEKERJA DI

KANTIN SEKOLAH DALAM ZON SKUDAI, JOHOR BAHRU.

MASITAH BINTI A. WAHID

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : MASITAH BINTI A. WAHID

Tarikh : APRIL 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

iii

Sekalung BudiSekalung BudiSekalung BudiSekalung Budi

Untuk yang amat kusayangi dan disanjung tinggi, emak abah..

Rosnah Binti Idris & A.Wahid Bin AhmadRosnah Binti Idris & A.Wahid Bin AhmadRosnah Binti Idris & A.Wahid Bin AhmadRosnah Binti Idris & A.Wahid Bin Ahmad

Jasa, budi dan pengorbanan kalian akan kukenang seumur hidupku

Nama kalian berdua teragung dihati ini

Adik-adik yang dikasihi yang memberi dorongan dan menceriakan hidupku

Ahmad Mu’az, Mohamad Bukhari & Ahmad SyafuddinAhmad Mu’az, Mohamad Bukhari & Ahmad SyafuddinAhmad Mu’az, Mohamad Bukhari & Ahmad SyafuddinAhmad Mu’az, Mohamad Bukhari & Ahmad Syafuddin

Along sayang kamu semua

Buat arwah adik yang telah ke rahmatullah

Mohamad TirmidziMohamad TirmidziMohamad TirmidziMohamad Tirmidzi

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya

Along rindu saat-saat manis kita adik-beradik

Teristimewa buat tunang tercinta

Mohd Riduan Bin Ab. LatibMohd Riduan Bin Ab. LatibMohd Riduan Bin Ab. LatibMohd Riduan Bin Ab. Latib

Hidup ini amat indah dengan kehadiran dirimu

Terima kasih buat rakan seperjuangan yang banyak membantu serta menyokog

Semoga Allah sahaja akan akan membalasnya.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

dikasihi.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En. Mohd Rizal

bin Mohd Said yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan cadangan dalam menyiapkan

kajian ini.

Tidak lupa juga buat emak dan abah tercinta yang banyak memberi semangat dan

tidak putus asa mendoakan kejayaan dan bersedia membantu dari segi kewangan

sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia.

Penghargaan ikhlas juga ditujukan kepada staf-staf Pejabat Akademik yang

memberikan kerjasama sepenuhnya dalam mengeluarkan surat-surat pengakuan untuk

menjalankan kajian ini.

Semoga jasa kalian semua dibalas dengan keberkatan dan kesenangan dari-Nya.

Saya hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Saya juga

berharap semoga dengan penulisan ini, ia dapat memberi manfaat kepada semua.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pengusaha kantin terhadap

pemilihan pekerja kantin di sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru. Dalam konteks

kajian ini, terdapat tiga aspek dikaji oleh penyelidik iaitu kemahiran, pengetahuan dan

pengalaman. Seramai 32 orang pengusaha kantin dalam zon Skudai, Johor Bahru telah

terlibat dalam kajian ini. Set soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat

berkaitan tajuk kajian. Nilai kebolehpercayaan set soal selidik ini adalah α = 0.88.

Dapatan data dianalisis dengan menggunakan perisian ‘ ’Statistical Package for the

Social Science Version 11.5 (SPSS).’’ Analisis kuantitatif secara dalam bentuk

frekuensi, peratus dan min telah digunakan dalam tatacara penganalisaan data. Secara

keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua aspek yang dikaji berada

pada tahap yang tinggi. Diharap kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak yang

berkaitan

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the canteen operator perceptions

towards selection of school canteen workers in Skudai, Johor Bahru. Within context of

this research, three aspects have been determined by the researcher, which are skills,

knowledge and experiences of employers. The research involved 32 respondents in

Skudai, Johor Bahru. A set of questionnaire was distributed to obtain information on the

research topic. The alpha cronbach reliability of the questionnaire is α = 0.88.

“Statistical Package for the Social Science Version 11.5 (SPSS)” was used to analyze

the data. Descriptive quantitative analysis in the form of frequency, percentage and

mean were used in data analysis. The research showed that all of the aspects been

researched are at a high level. It is hope that, this survey will give guidelines for

involved parties.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan
Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

viii

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Operasional 11

1.8.1 Kemahiran 11

1.8.2 Pengetahuan 12

1.8.3 Pengalaman 12

1.8.4 Kerja 12

1.8.5 Penyediaan 13

1.8.6 Makanan 13

1.8.7 Pemakanan 13

1.9 Kesimpulan 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahaluan 15

2.2 Klasifikasi Kerja 16

2.3 Panduan Pengendali Makanan 18

2.4 Kemahiran Pekerja Kantin 20

2.5 Pengetahuan Pekerja Kantin 24

2.6 Pengalaman Pekerja Kantin 27

2.7 Kesimpulan 28

BAB III METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 36

3.5.1 Soal Selidik 37

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

ix

3.5.1.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 37

3.5.1.2 Bahagian B : Persoalan Kajian 37

3.5.3 Pemerhatian 39

3.6 Keesahan Soal Selidik 41

3.7 Kajian Rintis 41

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 42

3.9 Prosedur Kajian 43

3.10 Analisis Data 45

3.11 Kesimpulan 47

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis Data 49

4.2.1 Soal Selidik Bahagian A 49

4.2.1.1 Jantina 49

4.2.1.2 Bangsa 50

4.2.1.3 Pengalaman 51

4.2.1.4 Bilangan Pekerja 52

4.2.2 Soal Selidik Bahagian B 53

4.2.2.1 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 1 54

4.2.2.2 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 2 57

4.2.2.3 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 3 61

4.2.3 Pemerhatian 64

4.2.3.1 Analisis Data Pemerhatian Soalan Kajian 1 66

4.2.3.2 Analisis Data Pemerhatian Soalan Kajian 2 68

4.2.3.3 Analisis Data Pemerhatian Soalan Kajian 3 70

4.3 Ringkasan Dapatan Data 72

4.3.1 Ringkasan Dapatan Kajian Soal Selidik Bahagian A 72

4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian Soal Selidik Bahagian B 73

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

x

4.3.3 Ringkasan Dapatan Pemerhatian 74

4.4 Ringkasan 75

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 76

5.2 Rumusan 77

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 77

5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item yang Dikemukan 79

5.3 Perbincangan 82

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 83

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 84

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 85

5.4 Cadangan 87

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88

5.6 Kesimpulan 89

RUJUKAN 90

LAMPIRAN

A – D 95-107

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Klasifikasi Pekerjaan Mengikut Teori Anne Roe (1956) 16

2.2 Panduan Pengendali Makanan 18

2.3 Modul Cara Hidup Sihat Makan Secara Sihat 26

3.1 Taburan Saiz Populasi 33

3.2 Senarai Sekolah Rendah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan Negeri 34

Johor dan alamat seperti pada 31 Januari 2008

3.3 Senarai Sekolah Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 35

Negeri Johor dan alamat seperti pada 31 Januari 2008

3.4 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar Belakang 37

Responden

3.5 Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian 38

3.6 Pemilihan Skala Likert 39

3.7 Pembahagian Pemerhatian Mengikut Item 40

3.8 Kekuatan Hubungan dalam Kaedah Kolerasi 43

3.9 Penentuan Tahap Peratusan 46

3.10 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 46

4.1 Jantina Responden 49

4.2 Bangsa Responden 50

4.3 Pengalaman Responden 51

4.4 Bilangan Pekerja 52

4.5 Item-item Soal Selidik Mengikut Persoalan Kajian 53

4.6 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 1 54

4.7 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 2 57

4.8 Analisis Data Soal Selidik Soalan Kajian 3 61

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

xii

4.9 Item-item Pemerhatian Mengikut Persoalan Kajian 65

4.10 Analisis Data Pemerhatian Persoalan Kajian 1 66

4.11 Analisis Data Pemerhatian Persoalan Kajian 2 68

4.12 Analisis Data Pemerhatian Persoalan Kajian 3 70

4.13 Nilai Purata Pembolehubah Dikaji dalam Soal Selidik 73

4.14 Nilai Purata Pembolehubah Dikaji dalam Pemerhatian 74

5.1 Purata Min Keseluruhan Bagi Soalan Kajian 79

5.2 Maklumbalas Kriteria yang Mempengaruhi 81

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu 22

Dalam Penyediaan Makanan

3.1 Prosedur Kajian 44

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 95

B Pemerhatian 100

C Surat Kebenaran EPRD (KPM)/ JPNJ/UTM 102

D Pengesahan Soalan 107

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pekerja yang cekap dan berkebolehan mempunyai gabungan aspek daripada

kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Pekerja merupakan aset penting bagi

pengusaha untuk memastikan kelancaran organisasi yang dibangunkan. Sehubungan

dengan itu, pengusaha kantin perlu memastikan tahap kelayakan pekerja yang

memuaskan bagi mencapai tahap pengeluaran produk yang berkualiti (British

Standards, Jun 2008).

Dalam pasaran ekonomi global, kemampuan organisasi mengekalkan daya

saing penting dalam dunia perniagaan. Bagi Kotler dan Armstrong (1999), kepuasan

pelanggan terjadi apabila prestasi produk atau perkhidmatan sama dengan harapan

atau jangkaan pelanggan. Jika produk atau perkhidmatan tidak mendatangkan hasil

seperti yang dijangkakan, maka pelanggan tidak akan mencapai kepuasan. Menurut

Han dan Leong (1996), kualiti juga mempengaruhi prestasi perniagaan barangan dan

perkhidmatan yang ditawarkan. Di dalam konteks kajian ini, perusahaan kantin

merupakan perusahaan berteraskan perkhidmatan. Kualiti perkhidmatan yang buruk

akan menyebabkan ketidakpuasan pelanggan.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

2

Justeru itu, hubungan pekerja dan pengusaha dalam sesuatu organisasi amat

penting dan saling memerlukan diantara satu sama lain. Semua manusia

memerlukan kerja untuk memenuhi masa individu, memberi sumber kewangan,

memberi identiti diri, dan menyumbang kepada terimaan fisiologi dan psikologi

dalam masyarakat.

Oleh hal yang demikian, tanggungjawab pengusaha kantin dan pekerja kantin

perlulah seiring untuk memastikan setiap individu faham matlamat dan fungsi

sesebuah kantin diwujudkan bagi setiap sekolah. Secara umumnya hubungan baik

pekerja dengan majikan perlu dititikberatkan kerana ia merupakan penyumbang

kepada sesuatu kualiti yang perkhidmatan yang ditawarkan (Gale, 1985)

Tanggungjawab utama pengusaha kantin dan pekerja kantin ialah

memastikan kualiti makanan yang ditawarkan di kantin sekolah adalah bersih dan

selamat. Mereka adalah antara elemen yang terpenting dalam menentukan kadar

keselamatan dan mengelakkan kejadian keracunan makanan dari berlaku di kantin

dan dapur asrama sekolah (Program Pemeriksaan Kendiri Kantin dan Dapur Asrama

Sekolah, 1997).

Amalan kebersihan yang diamalkan akan dapat menentukan tahap kebersihan

dalam proses penyediaan, penyajian, dan penjualan makanan. Selain daripada itu,

pengusaha kantin dan pekerja kantin juga bertanggungjawab memastikan amalan

kebersihan dalam menjalankan aktiviti penyediaan makanan seperti kebersihan diri,

peralatan, penyediaan makanan, penyajian, tempat jualan dan amalan tingkahlaku

(Jamal Khair Hasshim, 1998).

Menurut Zahara (1983), kebersihan diri meliputi semua aspek penjagaan

yang boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian seperti rambut, kulit, tangan,

telinga, hidung, badan, mulut dan juga meliputi aspek pakaian. Oleh yang demikian,

pengusaha dan pekerja perusahaan makanan mestilah bebas dari sebarang penyakit,

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

3

sama ada penyakit berjangkit atau penyakit pembawaan yang boleh mempengaruhi

kadar kebersihan makanan yang disediakan.

Kebersihan makanan merupakan aspek yang amat penting dalam kehidupan

kita, kerana kebersihan mempengaruhi kesihatan. Kesihatan merupakan kunci

kepada kehidupan yang harmoni. Kebersihan juga asas kepada kejayaan dan

kegagalan sesebuah perusahaan makanan. Bagi pengusaha dan pekerja dalam

perkhidmatan penyediaan makanan, mereka perlu memastikan alat-alat yang

digunakan di dapur, di sekitar bilik atau bangunan premis di tempat perusahaan

perniagaan dalam keadaan bersih. Oleh itu, setiap individu yang terlibat mestilah

menjaga diri dengan sempurna dan berpersonaliti yang baik (Aishah, 1992).

Garis Panduan Kantin Sekolah (1989) disediakan bertujuan untuk membantu

pihak pentadbir sekolah khususnya pihak pengetua dan guru besar serta pengusaha

kantin sekolah dalam melicinkan dan mempertingkatkan aspek-aspek pengurusan

dan pengawasan bagi memastikan makanan-makanan yang dijual sentiasa berada di

dalam keadaan yang memuaskan dan menghidarkan pelajar-pelajar daripada

keracunan yang tidak diingini.

Tambahan pula, kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam

mewujudkan berbagai-bagai pengalaman sama ada secara langsung atau tidak

langsung bagi membina pengetahuan, sikap dan amalan makanan dan pemakanan di

kalangan generasi muda terhadap makanan dan pemakanan, kebersihan dan

keselamatan makanan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan,

bersopan santun, dan amalan-amalan disiplin yang lain (Jacques Julliand, 2007). Di

samping itu, kantin sekolah juga boleh dijadikan sebagai suatu sumber yang berkesan

bagi menjalankan pendidikan makanan (Garis Panduan kantin Sekolah, 1989).

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Jabatan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan

Kementerian Kesihatan Malaysia (1989), pembekalan perkhidmatan makanan

kepada guru dan pelajar merupakan satu kewajipan dalam setiap sekolah. Oleh itu,

kantin di sekolah merupakan sumber utama bagi pelajar dan guru untuk mendapatkan

makanan semasa waktu persekolahan. Setiap sekolah akan mempunyai

jawatankuasa yang tersendiri untuk memastikan bahawa setiap sekolah mematuhi

peraturan yang ditetapkan

Secara amnya, kanak-kanak akan memilih makanan yang telah disediakan

dalam hidangan menu seharian dan menjadi kebiasaan untuk memakan makanan

yang telah disediakan (Birch et al. 1982). Sebagai contoh, apabila buah-buahan dan

sayur-sayuran kebiasaanya terhidang dalam menu makanan, secara tidak langsung

pelajar-pelajar akan suka dan makan buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut (Cullen

et al. 2000).

Menurut Jaksoa Kivela et. al (2002), pengusaha makanan di kantin sekolah

perlu mengawal keselamatan makanan dengan lebih rapi. Ini kerana risiko

keracunan makanan lebih mudah dihadapi oleh kanak-kanak berbanding dengan

golongan dewasa. Pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap semua pelajar

pada waktu pagi terutama selepas sarapan pagi dan selepas waktu rehat. Pelajar yang

disyaki keracunan makanan perlu mendapat rawatan doktor dengan segera.

Menurut Sandra Alters & Wendy Schiff (1998) kemahiran pekerja dalam

pengurusan makanan penting kerana ia dapat membantu dalam merancang, menyedia

dan menyajikan makanan yang seimbang, berkhasiat dan menarik. Kajian oleh Story

et al. (2002) mendapati bahawa kumpulan dewasa dikatakan mempengaruhi faktor

kepada jenis pemilihan makanan pelajar kerana kumpulan dewasa terlibat secara

langsung dalam penyediaan makanan. Justeru itu, kebiasaan makanan yang sedia

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

5

ada di kantin sekolah akan memberi impak kepada jenis pemilihan makanan dan

pengambilan makanan pelajar pada masa akan datang. Menurut Baranowski et al.

(1999), ketersediaan makanan yang mudah diperolehi akan mempengaruhi minat

pelajar dalam pengambilan makanan seterusnya.

Menurut Zuraini (2006), pemakanan pelajar di Malaysia lebih kurang sama

dengan pemakanan dewasa, perbezaan hanya daripada segi jumlah pengambilan

ataupun kuantiti bagi suatu jenis makanan. Tujuan pengambilan makanan bagi orang

dewasa dan pelajar-pelajar adalah berbeza. Bagi orang dewasa, pengambilan

makanan adalah untuk mendapatkan tenaga dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak

tetapi bagi pelajar-pelajar pengambilan makanan diperlukan untuk tumbesaran.

Menurut Jamal Khair Hasshim (1998), pengusaha dan pekerja kantin perlu

mempunyai pengetahuan dalam memikul tanggungjawab sosial bagi memastikan

makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat dan bersih. Makanan merupakan

satu keperluan asas manusia yang membekalkan segala keperluan zat untuk

pembentukan rohani dan jasmani. Ia banyak mempengaruhi sosiologi, pemakanan,

biologi dan faktor psikologi (Fieldhouse, 2000).

Tabiat makan yang buruk, ketidakseimbangan pemakanan dan penyediaan

makanan yang tidak bersih akan mengundang pelbagai risiko penyakit (Mary

Tantillo, 2006). Tambahan lagi, kebanyakan penyakit yang dialami oleh manusia

datang dari amalan pemakanan yang salah (Alan dan Sayogyo, 1988). Oleh itu,

menerusi program pendidikan dan pengetahuan yang dimiliki, manusia akan dapat

menilai kepentingan makanan terhadap kesihatan mereka.

Proses pendidikan dan pengetahuan yang dimiliki mengenai pemakanan

seimbang adalah penting dalam membina sebuah masyarakat yang dinamik dalam

sesebuah negara. Makanan dikategorikan sebagai keperluan fisiologi yang terletak di

peringkat paling rendah dalam piramid hierarki keperluan Maslow (Waller, 1996).

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

6

Manusia perlu memenuhi keperluan pada tahap paling rendah sebelum mencapai

tahap yang paling tinggi. Piramid makanan memberi panduan bagi membantu kita

dalam menentukan apa yang perlu dimakan

Makanan mudah dicemari oleh bakteria yang boleh menyebab keracunan

makanan. Makanan boleh tercemar dengan sebab makanan dibasuh dengan air yang

kotor, tangan yang kotor semasa menyediakan makanan atau semasa makan,

makanan mentah dan makanan yang sudah masak disimpan setempat, penyedia

makanan ada penyakit atau tangannya luka atau berkudis, tabiat yang kotor seperti

mengorek hidung atau telinga semasa memasak, binatang seperti kucing dan anjing

dibiarkan berhampiran makanan, meja dan pekakas di dapur tidak bersih, kain

mengelap meja digunakan untuk mengelap pinggan dan mangkuk, makanan tidak

tertutup akibatnya menjadi perhatian tikus, lalat, lipas dan kucing (Baharam Husin,

L.L.Gouy, Safiah Yusuf, B.H. Tay, 1996).

Selain itu, pengalaman merupakan satu persediaan asas untuk

mengembangkan kemahiran untuk menjadi individu produktif. Pengalaman juga

memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan daya pemikiran dan

kebolehan (Panitia Pendidikan Khas, 1992).

Menurut Hasnah Udin (1998), dengan memberi gerak balas pengalaman

kepada pelbagai objek yang mempunyai persamaan dan perbezaan, seseorang

individu boleh menyusun persekitarannya kepada kategori yang memberi makna.

Pemerolehan kemahiran, perubahan sikap dan perubahan gerakbalas bahasa

merupakan satu proses pembelajaran.

Menurut Shanaz Mawji (2000), penyakit merbahaya banyak berpunca

daripada faktor pemakanan yang kurang sihat. Kesan yang lebih ketara ialah

terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak mendapat makanan yang seimbang

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

7

akan mendedah mereka kepada risiko pelbagai jenis penyakit dan mempengaruhi

perkembangan tumbesaran (Suriah Abdul Rahman, 2004).

Menurut John B. Knigt dan Lendal H. Kotschevan (1989), kawalan

kebersihan dan keselamatan dalam perkhidmatan makanan adalah penting untuk

memastikan keselamatan makanan dan kebebasan daripada sebarang kemalangan

dan kecederaaan. Peraturan-peraturan kawalan kebersihan dan keselamatan dibentuk

oleh perbadanan tempatan, negara dan kebangsaan mesti sentiasa dikuatkuasakan

oleh bahagian pengurusan. Salah satu badan kebangsaan yang diperkuatkuasakan

untuk menjaga kebersihan dan keselamatan makanan ialah ‘Occupational Safety and

Health Act (OSHA)’.

Justeru itu, kriteria pekerja kantin perlulah diberi perhatian yang sewajarnya

bagi memastikan makanan terjamin dari aspek kebersihan dan keselamatan. Dimana

pekerja kantin dan pengusaha kantin perlu menjalankan aktiviti penyediaan makanan

meliputi kebersihan diri, perlalatan, penyediaan makanan, penyajian, tempat jualan

dan amalan tingkahlaku (Kementerian Kesihatan Malaysia, 1998).

Oleh hal demikian, pemilihan pekerja kantin sangat penting dalam

memastikan kejayaan perniagaan dalam menonjolkan perkhidmatan yang ditawarkan

adalah yang terbaik. Ini kerana, kualiti perkhimatan yang ditawarkan bergantung

kepada komitmen, pembawaan dan kriteria pekerja kantin itu sendiri (Capezio dan

Morehouse, 1995).

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

8

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik ingin

melakukan penyelidikan ke atas pengusaha kantin mengenai persepsi mereka

terhadap pemilihan pekerja kantin di sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengetahui persepsi pengusaha kantin terhadap

pemilihan pekerja kantin di sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru. Objektif yang

ditetapkan bagi kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti adakah kemahiran yang dimiliki oleh pekerja

kantin mempengaruhi pengusaha kantin dalam pengambilan

pekerja di kantin sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.

2. Mengenalpasti adakah pengetahuan yang dimiliki oleh pekerja

kantin mempengaruhi pengusaha kantin dalam pengambilan

pekerja di kantin sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.

3. Mengenalpasti adakah pengalaman yang dimiliki oleh pekerja

kantin mempengaruhi pengusaha kantin dalam pengambilan

pekerja di kantin sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

9

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah:

1.5.1 Adakah kemahiran yang dimiliki oleh pekerja kantin mempengaruhi

pengusaha kantin dalam pengambilan pekerja kantin di sekolah dalam zon

Skudai, Johor Bahru?

1.5.2 Adakah pengetahuan yang dimiliki oleh pekerja kantin mempengaruhi

pengusaha kantin dalam pengambilan pekerja kantin di sekolah dalam zon

Skudai, Johor Bahru?

1.5.3 Adakah pengalaman yang dimiliki oleh pekerja kantin mempengaruhi

pengusaha kantin dalam pengambilan pekerja kantin di sekolah dalam zon

Skudai, Johor Bahru?

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

10

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidik berharap agar hasil kajian yang dijalankan ini dapat memberi

manfaat kepada pihak berkepentingan. Antara kepentingan kajian ini adalah:

1.6.1 Individu

Maklumat yang diperolehi daripada kajian yang akan dijalankan, dapat

dijadikan rujukan dalam melengkapkan diri individu berhubung kendalian

penyediaan makanan yang betul dan memberi maklumat kepada individu mengenai

kriteria yang disukai oleh majikan.

1.6.2 Pengusaha Kantin

Memudahkan pengusaha kantin dalam urusan mengatur strategi bagi

membimbing pekerja kantin dalam aspek pengendalian makanan yang betul. Selain

itu, kaedah pengamalnya dapat memperbaiki mutu kebersihan kantin di sekolah.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

11

1.7 Batasan kajian

Dalam kajian ini pengusaha-pengusaha kantin sekolah dalam zon Skudai,

Johor Bahru dipilih untuk dijadikan responden. Kajian ini adalah terbatas kepada

sampel pengusaha kantin sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru. Sebanyak 32

sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru akan terlibat dalam kajian ini, dimana

terdapat 20 buah sekolah rendah dan 13 sekolah menengah kerajaan dan bantuan

kerajaan negeri Johor. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi pengusaha

kantin terhadap pemilihan pekerja kantin di sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.

1.8 Definisi Operasional

Frasa kata yang dijadikan tajuk di dalam kajian ini perlu diperjelaskan.

Berikut ialah definisi istilah atau konsep yang berkaitan.

1.8.1 Kemahiran

Dalam Kamus Dewan Pelajar Bahasa Malaysia (1987), kemahiran ditakrifkan

sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Kemahiran yang

dimaksudkan dalam kajian ini meliputi kemampuan melakukan aktiviti tunjukcara

kepada pelajar berkaitan projek yang akan dilaksanakan.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

12

1.8.2 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan (1993), pengetahuan ialah perihal mengetahui atau

apa yang perlu diketahui. Dalam kajian ini pengetahuan bermaksud mengetahui

perkara-perkara yang berkaitan dalam proses penyediaan makanan.

1.8.3 Pengalaman

Menurut Atan Long (1988), menyatakan bahawa pengalaman merupakan

kesan yang terhimpun di dalam ingatan seseorang hasil daripada penerimaan

rangsangan, pembelajaran dan juga tingkah laku.

1.8.4 Kerja

Manurut Sharif (2002) kerja didefinisikan sebagai sebuah profesion yang

menjadi salah satu cara mencari nafkah. Manakala Fadzli (2002), mendefinisikan

kerja sebagai aktiviti untuk memenuhi keperluan psikologi, ekonomi dan sosial

individu dan ini direalisasikan dengan bekerja sehingga berjaya.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

13

1.8.5 Penyediaan

Satu proses menyediakan makanan sehingga makanan tersebut boleh

dimakan. Menurut Kamus Dewan (2002), penyediaan ialah persiapan. Dalam

konteks kajian ini, penyediaan merupakan persiapan yang dilakukan untuk proses

memasak makanan.

1.8.6 Makanan

Menurut Phuah Kooi Ean (2006), makanan didefinisikan sebagai bahan yang

boleh dimakan dan digunakan oleh badan untuk melaksanakan fungsinya. Manakala,

Suriah Abdul Rahman (2004) mengatakan bahawa makanan meliputi semua bahan

pepejal atau cecair yang masuk ke dalam sistem pencernaan manusia untuk menjaga

dan membina tisu tubuh, mengatur proses tubuh dan membekalkan tenaga untuk

terus hidup.

1.8.7 Pemakanan

Kajian semua proses penyerapan dan penggunaan bahan makanan. Ini

termasuklah identifikasi setiap bahan makanan yang perlu untuk tumbesaran dan

pembinaan setiap organisma (Phuah Kooi Ean, 2006). Manakala, menurut Kamus

Dewan (2002), pemakanan bermaksud jenis-jenis makanan yang lazimnya dimakan

atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepersepsi pengusaha kantin terhadap pemilihan pekerja di kantin sekolah dalam zon skudai, johor bahru. masitah binti a. wahid laporan

14

1.9 Kesimpulan

Di dalam bab satu ini, telah dinyatakan pengenalan, latar belakang masalah,

penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan

kajian dan definisi operasi yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan.

Tujuan kajian ini, penyelidik ingin melihat faktor pemilihan pekerja kantin di

sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru. Hasil daripada kajian ini, data-data

diperolehi akan digunakan dalam menjawab persoalan kajian. Pemilihan sampel

tertumpu kepada 32 pengusaha kantin sekolah dalam zon Skudai mengenai persepsi

mereka terhadap pemilihan pekerja kantin di sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru.

Selain daripada itu, hasil kajian ini sebagai bimbingan untuk mencapai kualiti hidup

yang sihat melalui pemakanan yang bersih dan berkhasiat.