bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - tips power …versi penuh) tips...dan saya yakin anda jarang...
Post on 04-Apr-2018
245 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Bismillahirrahmanirrahim...
Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui teknik ringkas
tapi POWER yang saya gunakan untuk mudah mendapat
pinjaman perumahan. Kaedah ini terbukti 100% menjadi dan
sangat sesuai untuk digunapakai oleh seorang usahawan internet
ataupun usahawan ada kedai macam kita ini..
Bagi anda yang masih baru dalam bisnes, mungkin anda tak
nampak sangat apa yang saya akan beritahu. Tapi percayalah
bila anda dah mula lama dalam bisnes, boleh ikut teknik yang
saya beritahu dan panduan ini pasti berguna untuk anda di masa
hadapan.
Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk ‘share’ tips ni kepada
anda kerana saya sendiri dah gunakan teknik ini dan
Alhamdulillah sekarang saya dah mempunyai 3 unit rumah teres
2 tingkat dan 1 unit kedai 2 tingkat di sekitar Shah Alam, Klang
dan Puncak Alam. Jadi, saya harap anda serius membaca tips ini
dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain
tempat..
Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas dan sepadat
yang mungkin. Kerana saya percaya, anda pun tak suka panduan
yang meleret-leret.. tapi point pentingnya tak nampak pun..
betul tak?. Jadi, saya akan pastikan anda boleh habiskan ebook
panduan ini dalam masa 20-40 minit sahaja dan apa yang
Disclaimer: Saya bukan merupakan pakar dalam bidang hartanah..dan
saya juga bukan pakar dalam bidang perbankan / pinjaman perumahan.
Tapi apa yang saya kongsikan di bawah ini adalah teknik yang saya
gunakan sendiri, berdasarkan pengalaman saya sendiri.. Result kita
mungkin berbeza. Bergantung kepada jumlah penilaian pihak bank
kepada prestasi kewangan anda.
[TIDAK BOLEH] Anda DILARANG untuk menyebarkan ebook ini atau
sebahagian dalam ebook ini kepada orang lain tanpa pengetahuan saya.
[TIDAK BOLEH] Anda DILARANG menjual atau memberi secara percuma
panduan ini kepada orang lain.
penting ialah anda boleh tangkap point penting dan terus
bertindak dari awal.
Jadi, tarik nafas panjang-panjang.. dan baca panduan ini dengan
hati yang tenang... =)
PERSEDIAAN AWAL
Untuk teknik lulus loan rumah yang saya bakal bagitau ini, anda
perlulah mempunyai perkara berikut:-
1. Perniagaan Sendiri Berdaftar dengan SSM. (Milikan
Tunggal / Perkongsian / Sendirian Berhad)
2. Akaun Semasa Syarikat. (saya cadangkan Maybank /
CIMB)
3. Akaun Semasa Personal. (Untuk Tips Power #3 dan
Tips Power #9.
4. KWSP dan Slip Gaji (Untuk Tips Power #3 dan Tips
Power #9.
Dah ada semua?? Bagus.. Jom mula baca...
Belum daftar dengan SSM? Belum buka akaun Semasa?? Jangan
risau, saya ada sertakan panduan di bahagian BONUS.
TIPS POWER #1
[CARA BANK KIRA KELAYAKAN ANDA]
Orait, pertamanya kita kena tahu macamana sebenarnya Bank
buat pengiraan untuk mengetahui berapakah jumlah pinjaman
yang kita layak..
1) Bank akan minta statement 6 bulan akaun bank syarikat
kita. Bank akan jumlahkan di bahagian Credit (duit masuk)
untuk semua 6 bulan. Daripada 6 bulan itu, bank akan
dapatkan average sebulan berapa.
Sebagai contoh: Total duit masuk untuk 6bulan ialah
RM120,000.
2) Daripada jumlah RM120,000 itu, bank akan dapatkan
average per month berapa. Jadi, RM120,000/6bulan =
RM20,000.
3) Daripada RM20,000 itu, bank akan darabkan dengan 20%.
Percentage ini adalah bank buat anggaran keuntungan
bisnes kita. Jadi, RM20,000 x 20% = RM4,000.
4) Daripada jumlah RM4,000 itu, bank akan mengambil kira
65% sahaja dari situ. Percentage ini adalah mungkin
berbeza mengikut amount dan bank. Jadi, RM4,000 x 65%
= RM2,600.
5) Ini bermakna, komitmen yang kita kena bayar bulanan
adalah tak boleh lebih dari RM2,600.
6) Sekiranya kita dah ada kena bayar Kereta yang bayaran
bulanannya RM800, jadi kita kena tolak dengan RM2,600
tadi. Jadi, komitmen yang layak tinggal RM1,800.
7) Anggaran rumah yang kita boleh buat loan adalah bernilai
RM300,000 - RM350,000 ke bawah. (Ini adalah anggaran
kasar berdasarkan pengalaman saya beli rumah.)
Sekiranya anda nak tahu berapakah anggaran bayaran bulanan
bagi rumah yang anda nak beli, boleh buat pengiraan di link ini:-
http://www.hartanahdisini.com/kalkulator-pinjaman/
(itu adalah anggaran sahaja.. sekiranya nak yang tepat, anda
boleh terus jumpa dengan pegawai bank yang menguruskan
permohonan loan anda.)
Okay, sudah faham kan dengan permintaan dari bank?
Orait, sekarang ni saya bagi tips lebih hebat untuk lebih
memudahkan kita buat loan rumah..
TIPS POWER #2
[POINT PENTING CARA URUSKAN AKAUN]
Daripada pengiraan di atas, anda sudah nampak tak apa yang
bank ambil kira sebenarnya..
Point paling penting –> JUMLAH DUIT MASUK.
Jadi, apa yang paling penting di sini ialah kita perlu
memperbanyakkan jumlah duit masuk di akaun bank kita supaya
bank statement lebih ‘cantik’.
Ohh.. bagaimana caranya??
Nota: Untuk tips power #2 ini, anda mestilah mendaftar
perniagaan dengan SSM dan membuka akaun semasa bagi
syarikat di mana-mana bank pilihan anda. Bagi saya, untuk
permulaan, daftar syarikat milikan tunggal pun dah cukup
kerana anda tak perlu sediakan Audit Report setiap tahun.
Sekiranya kita ada banyak akaun lain (personal) dan pelanggan
masukkan duit ke akaun lain, make sure transfer kan ke satu
akaun yang utama (akaun syarikat). Sekiranya ada customer
yang bayar secara tunai kepada kita, make sure kita pergi bank
in duit tersebut walaupun jumlahnya hanyalah RM50. Kalau nak
guna balik duit tu, just keluarkan saja semula. Bank tidak akan
mengambil kira berapa jumlah yang kita keluarkan. Apa yang
penting ialah jumlah yang kita masukkan ke dalam akaun.
Akan tetapi, anda harus maintainkan Balance akhir bulan
mestilah dalam amount yang banyak.
Boleh terangkan tak Hafizi??
Make sure setiap hujung bulan, anda Bank in kan / transfer
semua duit yang anda ada di tangan anda ke dalam akaun
syarikat tersebut. Supaya bila statement bank keluar pada tarikh
31 haribulan nanti, amount yang tercatat ialah bernilai yang
tinggi. Jangan pula tinggalkan RM50 hengget saja balance. Mana
la bank nak approve.. hehe.. Seeloknya make sure balance
maintain 5 angka di hujung setiap bulan.
Nota: Galakkan pelanggan anda untuk Bank in / Transfer terus
ke akaun syarikat anda.Sekiranya anda minta pelanggan
masukkan ke akaun personal, pastikan transfer semula ke
akaun syarikat anda.
TIPS POWER #3
[RAHSIA DI SEBALIK KWSP DAN SLIP GAJI]
Tips ketiga ini tidak kurang hebatnya.. Anda perlu buat pay
slip/slip gaji dan KWSP bagi anda sendiri..
Hahh? Kena buat jugak ke??
Baiklah, sebenarnya ramai yang tak kisah pasal ni.. Dalam
bisnes, walaupun kita buat bisnes sendiri, kita WAJIB untuk buat
satu tetapan gaji per month untuk kita. Dan gaji tersebut
hendaklah dilakukan secara BERDISIPLIN dan PROPER.
Maksud saya, gaji tersebut perlulah direkod dengan jujur dan
cara pembayaran yang betul.
Macamana caranya Hafizi??
Orait, macam ni caranya.. Anda perlu tetapkan gaji tetap untuk
anda sendiri. Sebagai contoh, anda tetapkan RM5,000 sebulan
untuk gaji anda. Jadi, tiap-tiap awal bulan make sure anda buka
cek atas nama anda dan bank in ke akaun personal anda. (Make
sure akaun personal pun guna Current Account ya..) Anda perlu
maintainkan bayaran gaji sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum
anda buat permohonan loan. Jadi, dalam statement personal
anda akan tercatit gaji RM5,000.. Itu yang penting.
Apa lagi yang anda perlu lakukan ialah.. Bayar KWSP. Jumlah
yang anda perlu bayar ialah 13% (syarikat bayar) + 11% (Dari
anda sendiri). Jadi, kalau gaji RM5,000 tadi, jumlah KWSP per
month yang anda perlu bayar ialah RM1,200.
Mesti anda ingat ianya membebankan kan.. betul tak?
Sebenarnya tidak.. Walaupun anda bayar KWSP per month
RM1,200, anda tidak rugi kerana ianya adalah duit anda juga..
Duit tersebut anda boleh keluarkan semula pada umur anda
55tahun nanti. Masa tu, baki wang KWSP anda mungkin dah
mencecah 6 angka. Jadi, memang tak rugi pun.. =)
Sekiranya anda dah mempunyai PAYSLIP sendiri dan KWSP, ini
pasti akan menguatkan permohonan anda...
TIPS POWER #4
[MASA SESUAI UNTUK APPLY LOAN]
Untuk tips keempat ni, saya nak bagitau berkenaan dengan
tempoh masa yang sesuai untuk kita buat permohonan pinjaman
perumahan. Baiklah, saya bagitau berdasarkan try & error saya
sendiri. Bagi saya, tempoh masa yang sesuai untuk kita buat
permohonan loan rumah ini ialah dalam masa 6-12bulan iaitu
sebelum syarikat kita cukup setahun.
Aikk? Kenapa pulak macam tu Hafizi??
Ini adalah kerana, sekiranya account syarikat kita belum cukup
1tahun lagi, kita tak perlu bayar tax (cukai).
Saya ulang. Sekiranya account syarikat kita belum cukup 1tahun
lagi, kita tak perlu bayar tax (cukai). Jadi, ambillah peluang
sebaik mungkin pada tempoh ini, anda terus buat permohonan
loan rumah. Ini adalah kerana, sekiranya account syarikat kita
lebih dari 1 tahun, kita perlu bayar cukai kepada kerajaan.
Habis tu, macamana sekiranya syarikat saya dah lebih satu
tahun tapi belum bayar cukai?
Untuk kes macam ni, ada 2 pilihan... Pilihan Pertama, anda bayar
saja cukai untuk tahun sebelum tu.. untuk buat pengiraan cukai
pendapatan, boleh rujuk melalui link ini:-
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/BP_B2012_1.pdf
Cukai adalah penting bagi pihak bank kerana ini akan
menguatkan permohonan loan anda.
Untuk pilihan kedua, anda tidak perlu bayar cukai.. boleh terus
cuba buat permohonan loan macam biasa.. Tapi make sure anda
ada gunakan teknik seperti di TIPS POWER #3 di atas. Ini adalah
kerana tidak semua bank memerlukan anda bayar cukai. Ada
juga bank yang tak perlukan bayar cukai.. Contohnya, CIMB
BANK. Jadi, anda boleh try apply je dulu.. kalau bank tak lepas,
ianya mungkin disebabkan oleh supportive document anda yang
tak cukup power. Jadi, bayar dulu cukai dan apply sekali lagi.
Orait, selesai tips #4, sekarang kita ke tips power #5 pula..
TIPS POWER #5
[DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN]
Tips yang kelima ini adalah berkenaan dengan senarai dokumen
penting yang anda perlu sediakan awal-awal lagi..
UNTUK PEMILIK PERNIAGAAN.
1) Bank Statement 6 Bulan
- Untuk bank statement ini, anda perlu sediakan salinan
penyata bank bagi akaun semasa syarikat anda.
Sekiranya anda ada dua akaun semasa untuk syarikat,
sediakan untuk kedua-dua bank tersebut. 6 bulan tu
adalah merujuk kepada 6 bulan terakhir. Sebagai contoh,
sekarang anda berada di bulan Julai 2013. Jadi, anda
perlu sediakan penyata bank bermula Januari, Februari,
Mac, April, Mei dan June.
2) Salinan I/C Pemohon
3) Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM)
4) Dokumen perjanjian jual beli / Resit pembayaran
deposit / Surat Tawaran daripada Pemaju.
5) Supportive Document – Personal Bank Statement,
Saving, ASB, Fix Deposit
6) Penyata Cukai Pendapatan Terkini (Borang B) –
sekiranya ada.
UNTUK KERJA MAKAN GAJI
1) Bank Statement 3 Bulan
2) Slip Gaji 3 Bulan
3) Penyata KWSP (Yang terkini)
4) Dokumen perjanjian jual beli / Resit pembayaran
deposit / Surat Tawaran daripada Pemaju.
5) Supportive Document – Personal Bank Statement,
Saving, ASB, Fix Deposit
6) Penyata Cukai Pendapatan Terkini (Borang B) –
sekiranya ada.
TIPS POWER #6
[CARA NAK PILIH BANK]
Saya percaya soalan yang akan bermain di minda anda ialah:-
Nak pilih bank mana satu nak apply loan ni ya?
Baiklah, setiap bank mempunyai kriteria tersendiri bagi
meluluskan loan anda. Biasanya kriteria ini diberikan dalam
bentuk merit atau “point”. Sekiranya permohonan di peringkat
cawangan anda dah melepasi minimum merit / “point” yang
diperlukan, barulah permohonan tersebut dihantar ke
Headquarters (HQ) untuk kelulusan oleh Credit Committee. Bagi
saya, apa yang anda perlu lakukan ialah menghantar
permohonan loan kepada 3 jenis bank SERENTAK.
Maksudnya, setiap dokumen yang diperlukan mestilah anda buat
3 salinan setiap satu. Ini adalah kerana, sekiranya 3 bank
dihantar serentak, salah satu bank tidak akan dapat nota yang
menyatakan kita pernah kena reject loan. Jadi, point permohonan
kita akan meningkat. Berbanding anda hantar satu bank sahaja..
Bila bank pertama tak lulus, dan barulah anda pergi ke bank
kedua, diorang akan dapat detect yang kita pernah tak lulus
permohonan pertama.. Jadi, point untuk kita akan berkurang.
Saya berharap anda tidak cepat berputus asa sekiranya untuk
permulaan, pinjaman kita tak lulus.. apa yang kita perlu lakukan
sekiranya permohonan kita kena reject ialah, kita tanya bank apa
reason utama loan kita tak lulus.. dan kita cuba perbaikinya
untuk permohonan masa depan pula.
Bagi saya, antara bank yang saya pernah apply untuk pinjaman
perumahan ialah: Maybank, RHB, CIMB dan Public Bank.
TIPS POWER #6
[PENTINGNYA LAPORAN CCRIS DAN CTOS]
Orait, untuk tips yang ke enam, saya tak pasti ramai yang sudah
tahu ke belum. Tapi saya anggap anda belum tahu la yer.. Ianya
berkaitan dengan CCRIS dan CTOS
Apa itu CCRIS yer Hafizi?
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah
sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat
yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Setiap
Laporan CCRIS akan menunjukkan jumlah Pinjaman dan caj-caj
tertunggak yang anda telah buat sebelum ini seperti Pinjaman
Perumahan, Pinjaman Peribadi, kad kredit, overdraft bank dan
perjanjian sewa beli. Dalam Laporan CCRIS juga ada menyatakan
berapa jumlah pinjaman yang anda perlu lakukan setiap bulan
kepada bank untuk tempoh 12 bulan.
Melalui Laporan CCRIS ini, bank akan menilai tahap kredit anda
dengan menganalisa setiap loan yang anda telah lakukan
sebelum ni, baki loan, serta rekod pembayaran loan anda. Sama
ada cantik atau tidak. Sekiranya anda tidak pernah mempunyai
apa-apa loan sebelum ini dan tidak pernah memiliki kredit kad,
maka Laporan CCRIS anda masih lagi KOSONG. Rekod anda
masih lagi bersih la tu.. =)
POINT PENTING: Bank akan reject permohonan anda sekiranya
laporan CCRIS menunjukkan anda ada 2 bulan tertunggak
bayaran loan anda sebelum ini.
POINT PENTING JUGA: Melalui laporan CCRIS inilah bank akan
membuat pengiraan berapakah jumlah komitmen bulanan anda
dan maklumat ini akan digunakan oleh bank untuk mengira DSR
(debt service ratio) anda setiap bulan. Sekiranya DSR anda
berada pada tahap 50% atau lebih, kemungkinan besar
permohonan anda akan ditolak. Tapi bukan semua bank macam
tu la.. depend pada syarat-syarat setiap bank.
Maklumat lanjut berkenaan dengan CCRIS anda boleh rujuk di
http://creditbureau.bnm.gov.my
Apakah pula CTOS yer Hafizi?
CTOS adalah satu organisasi (CTOS Sdn Bhd) yang mendapat
dan mengumpul maklumat sekiranya terdapat bankrupsi dan
saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut
direkod dan didaftarkan dalam pengkalan data elektronik mereka.
Jadi, CTOS merekodkan maklumat yang tidak berkaitan dengan
institusi kewangan (Bank).
Maklumat lanjut mengenai CTOS boleh rujuk di
http://www.ctos.com.my
Jadi, apakah kesimpulan dari CCRIS dan CTOS ni ya?
Kalau anda nak tahu, proses awal bank selepas menerima
permohonan anda ialah membuat analisa terhadap laporan CCRIS
dan CTOS anda sebelum menghantarnya ke bahagian kelulusan.
Sekiranya ada kelewatan bayaran pinjaman yang memberi
petunjuk Negatif di CCRIS dan CTOS, pegawai bank akan
bertanya kepada anda terlebih dahulu untuk pengesahan. Jadi,
apa yang anda perlu INGAT betul-betul ialah JANGAN ROSAKKAN
LAPORAN CCRIS & CTOS anda. Pastikan anda membuat bayaran
pinjaman setiap bulan TANPA GAGAL sepanjang 12 bulan. Secara
logiknya, pihak bank nak lihat anda boleh dan telah jelaskan
bayaran pinjaman dengan baik terlebih dahulu sebelum mereka
memberikan pinjaman baru.
Cadangan saya: Anda boleh semak sendiri dahulu rekod CCRIS
dan CTOS anda.. tengok betul-betul ada rekod buruk atau tidak.
Sekiranya ada rekod buruk, better anda tidak meneruskan
permohonan kerana tindakan anda itu akan membuang masa,
tenaga dan wang ringgit sahaja.. Jadi, anda perlu tunggu 12
bulan yang berikutnya pula..
INFO PENTING!! : Sekiranya anda mempunyai KREDIT KAD, sila
pastikan 2 perkara berikut:-
1) Bayaran bulanan mestilah dijelaskan sebelum due date yang
diberikan.
2) Pastikan penggunaan kad kredit tak lebih dari 50% dari
Limit.
TIPS POWER #7
[GUNA DUIT KWSP UNTUK BELI RUMAH]
Alhamdulillah sudah sampai ke Tips Power Ketujuh. Tips ini
bukannya tips untuk mudah dapat loan. Tapi ialah adalah
berkenaan dengan Cara Untuk Menggunakan KWSP untuk
membeli rumah anda. Tips ini adalah khas untuk mereka yang
ada mencarum dalam KWSP sahaja. Dengan cara ini, modal yang
kita perlu keluarkan untuk beli rumah dapat dikurangkan..
Tips ini hanya boleh digunakan pakai untuk:-
1) Mereka yang mempunyai akaun KWSP dan jumlah minimum
di Akaun II ialah RM500.
2) Untuk pinjaman rumah pertama sahaja. Kalau nak beli
untuk rumah kedua, pastikan rumah pertama dijual terlebih
dahulu.
(NOTA: Untuk makluman, setiap caruman yang dibuat oleh
anda dan majikan, 30% dari jumlah itu akan dibahagikan
pada Akaun II.)
Tidak kiralah jika anda ingin membeli rumah terus dari pemaju
atau dari individu, anda boleh menggunakan baki Akaun II anda
untuk dijadikan downpayment bagi rumah yang anda nak beli.
Tak kiralah juga apa jenis rumah yang anda nak beli sama ada
Banglo, Teres, Apartment, Condo, Studio Apartment, Townhouse,
SOHO semuanya layak untuk memohon pengeluaran wang KWSP.
Apa yang menariknya, pengeluaran wang KWSP ini juga boleh
digunakan untuk pembelian rumah lelong.
Bagaimanakah caranya Hafizi?
Begini caranya.. Anda harus memastikan terlebih dahulu
berapakah jumlah baki akaun II anda. Sekiranya mencukupi,
anda boleh gunakan duit tersebut untuk membayar baki belian
atau downpayment rumah anda. Selain itu, pengeluaran KWSP
juga boleh digunakan untuk membayar bil guaman dan
pengurusan pemindahan hak milik. Selain itu juga, bermula 1
Januari 2008, setiap pencarum KWSP yang memiliki loan rumah
boleh mengeluarkan wang di dalam akaun II untuk tujuan
bayaran bulanan baki pinjaman perumahan. Jumlah minimum
bulanan yang dibenarkan ialah RM100. Jadi, caranya ialah
dengan kunjungi cawangan KWSP berdekatan dan mengisi
Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
Siapa yang tak layak untuk keluarkan wang KWSP?
1) Mereka yang membeli tanah atau lot tapak bungalow.
2) Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja “renovasi”
kepada rumah yang sedia ada.
3) Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
4) Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
5) Membeli rumah ketiga.
6) Membeli rumah di luar negara.
Penerangan lanjut boleh rujuk melalui link ini:-
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/717786/Risal
ah_Membeli_Rumah_Jun_2013.pdf
TIPS POWER #8
[BACK UP DOCUMENT]
Baiklah, untuk tips yang kelapan ini, ianya adalah berkenaan
dengan cara untuk perkuatkan permohonan pinjaman perumahan
kita dengan BACK UP DOCUMENT.
Back up document diperlukan oleh setiap bank untuk
menguatkan ‘point’ bagi mendapat kelulusan di peringkat atasan.
Ini adalah sebahagian dari Bank Guidelines dan tidak ada cara
pengiraan khusus untuk mengira jumlah wang backup yang
kita ada. Ianya adalah dokumen yang menyokong sumber
pendapatan anda.
Contoh Back up adalah seperti:-
1) Savings
- Savings ialah jumlah wang simpanan yang kita ada di
mana-mana bank. Sekiranya savings kita tinggi, jadi
kemungkinan untuk dapat lulus loan itu tinggi.
2) ASB
- ASB adalah merujuk kepada Amanah Saham Bumiputra.
Adakah anda ada menyimpan wang di ASB? Sekiranya
ada, sertakan sekali latest statement kepada pihak bank.
3) Fixed Deposit.
- Fixed Deposit adalah jumlah simpanan tetap yang kita
ada di bank. Sekiranya anda tidak ada simpanan Fixed
Deposit, abaikan saja part ini.
Jadi, bagaimanakah caranya sekiranya saya belum ada
back up??
Orait, macam ni.. back up documents ini bukanlah dokumen
wajib yang diminta oleh bank. Ianya hanya untuk menguatkan
dan menyokong pendapatan kita nanti.. Sekiranya kita ada,
sertakan saja lah.. Kemungkinan besar untuk lulus itu tinggi.
Tapi, jika tak ada.. Tak mengapa.. Akan tetapi, sekiranya anda
ada simpanan cash di tangan ataupun di bawah bantal
sebanyak RM30,000, maka lebih baik anda masukkan ke dalam
bank sama ada ke dalam akaun ASB ataupun Savings anda
cepat-cepat. Nanti boleh dijadikan backup kepada permohonan
loan anda..
NOTA PENTING: Sekiranya anda ada emas ‘fizikal’ bernilai
RMXX,XXX, maka itu bukanlah dikira sebagai backup anda. Bank
tidak akan dapat menilai jumlah emas ‘fizikal’. Apa yang anda
boleh buat ialah membuat simpanan emas tersebut di bank
ataupun cairkan dulu emas tersebut kepada tunai dan masukkan
ke dalam bank.
TIPS POWER #9
[TIPS SIMPLE TAPI POWER KALAU LOAN TAK
LEPAS JUGA]
Tinggal 2 lagi tips terakhir. Untuk Tips Power #9 ini, saya nak
berkongsi dengan anda tentang satu cara paling MUDAH untuk
LULUS loan rumah sekiranya anda tak lulus loan semasa
menggunakan nama syarikat atau anda tak yakin dengan
kepoweran bank statement syarikat anda..
Orait, ianya adalah dengan cara buat seperti anda kerja tetap.
Hah? Macamana tu yer Hafizi?
Okay, macam ni.. anda buat seperti anda sedang kerja makan
gaji, mempunyai gaji tetap dan KWSP tetap setiap bulan selama
minimum 3-6 bulan.
Saya bagi contoh:- Anda nak letak gaji anda RM4,000 sebulan.
Jadi, masukkan duit ke dalam akaun bank anda (Kalau boleh
Personal Current Account) sebanyak RM4,000 tiap-tiap awal
bulan selama 3-6 bulan. Kalau boleh gunakan CEK. Dalam masa
yang sama, masukkan juga ke dalam akaun KWSP anda seolah-
olah anda mencarum KWSP sebanyak RM920 (11% + 12%).
Selepas itu, bila dah cukup 3 bulan atau 6 bulan, minta tolong
syarikat saudara / kawan anda untuk sediakan payslip & surat
pengesahan jawatan di syarikat beliau. (ini bermakna anda
mengandaikan anda bekerja di tempat mereka). Dan pastikan
Human Resource department mereka tahu pasal ini. Ini adalah
kerana kemungkinan besar bank akan call untuk buat
pengesahan pekerjaan.
Dalam masa yang sama, hantarkan juga Bank Statement
perniagaan anda dan mengandaikan bahawa anda ada buat
bisnes secara ‘part time’.
Dengan cara ini, bank akan anggap anda BEKERJA TETAP dan
MEMPUNYAI BISNES PART TIME. Jadi, permohonan anda pasti
kuat dan kemungkinan untuk lulus itu tinggi.
NOTA: Sebenarnya tak rugi anda masukkan RM4,000 sebulan ke
akaun personal anda. Ini kerana anda boleh transfer semula duit
tersebut untuk masuk semula ke akaun syarikat.. Tapi better
transfer sikit-sikit jer la yer.. Untuk KWSP pula, ianya juga tak
rugi sebab wang kwsp adalah wang anda juga.. Bila umur cukup
55 tahun, anda boleh keluarkannya semula.
TIPS POWER #10
[TEKNIK ADA BINI..]
Untuk tips kesepuluh ini, saya namakannya sebagai......
“TEKNIK ADA BINI”. Hehehe.. Sebenarnya saya dah banyak
ajar kawan-kawan saya untuk menggunakan teknik ini dan
kebanyakannya berkesan dan loan lulus dengan mudah.
Alhamdulillah.. Teknik ini sesuai untuk SUAMI dan ISTERI dua-
dua buat bisnes sendiri.
Cuba terangkan lebih lanjut pasal ni Hafizi...
Orait, macam ni.. sebagai suami, anda perlu tetapkan berapakah
gaji bulanan yang anda nak bagi atas nama ISTERI anda.
CONTOH, anda tetapkan RM3,000 gaji bulanan dan anda
bayarkan sekali KWSP untuknya berdasarkan gaji RM3,000 tadi..
Jadi, cukup saja 3 bulan, anda boleh terus apply loan dan
nyatakan kepada bank yang isteri anda bekerja makan gaji di
tempat anda. Sekiranya isteri anda masih belum ada komitmen
bulanan apa-apa, pasti senang saja untuk LULUS.. Nak tahu
berapa banyak loan yang boleh lulus, boleh rujuk kepada TIPS
POWER #1.
Namun, sekiranya anda nak beli rumah dengan harga yang tinggi
dan gaji isteri anda tidak lepas untuk apply loan, anda boleh
apply sekali lagi dan jadikan diri anda sebagai Penjamin
(Guarantor) kepada loan isteri anda. Sekiranya loan tak lepas
juga, maka anda Joint Venture (JV) dengan isteri anda untuk
buat loan. Ini bermakna anda buat dua nama untuk rumah
tersebut.
Menarik tak? Jadi, kepada yang masih belum kahwin lagi tu..
Boleh lah kawin cepat-cepat yer. Nanti boleh cepat korang
kumpul aset.. Lepas kawen nanti insya-Allah rezeki akan
bertambah murah..
TIPS POWER TAMBAHAN
[KHAS UNTUK INCOME TERLALU POWER]
Orait, tips tambahan ini saya tujukan khas untuk anda yang
mempunyai jualan yang terlalu ‘power’ di internet. Melalui teknik
ini, anda boleh mendapat jumlah loan yang sangat tinggi dan
boleh beli rumah yang lagi besar.. =)
Baiklah, bagi mereka yang mempunyai income banyak, (iaitu
hasil jualan RM500k- RM1Million setahun) Saya cadangkan agar
anda membayar Cukai dan Zakat Perniagaan. Ini adalah kerana
bila anda membayar cukai, bank akan lebih mudah mengira
berapakah pendapatan anda dan ini memudahkan loan anda nak
lulus. Kalau anda tak mahu bayar cukai tinggi, lebih baik anda
bayar saja ZAKAT PERNIAGAAN. Nanti zakat tersebut boleh
ditolak saja dengan Cukai Pendapatan anda. Zakat Perniagaan
ialah zakat yang WAJIB dikeluarkan hasil daripada harta
perniagaan dan kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah
pendapatan yang wajib dizakatkan pada tarikh cukup haul
(tempoh).
Risau Kena Bayar Zakat tinggi??
Oh! Jangan risaulah kerana bisnes kita dah maju, apalah
salahnya kalau bayar zakat perniagaan anda.. Dengan cara ini,
kita dapat menyucikan harta kita di jalan Allah s.w.t.
Macamana nak kira cukai pendapatan ya Hafizi?
Tak perlulah rasanya untuk saya explain secara meleret-leret
tentang cara nak kira cukai sebab ada jalan mudah untuk
mengira cukai. Selain dari merujuk kepada www.hasil.gov.my,
anda juga boleh upah saja Tax Consultant untuk mengira cukai
bagi syarikat anda. Dengan cara ini, masa dan tenaga anda dapat
dijimatkan. Walaupun ada sedikit fee yang kena bayar, tapi servis
yang disediakan oleh Tax Consultant ini berbaloi sebab dia akan
kira dan tolong kurangkan jumlah cukai untuk syarikat kita. Kalau
saya, memang tiap-tiap tahun saya akan panggil Tax Consultant
yang tolong isikan borang dan kirakan paling minimum untuk
kita. Jimat masa saya!
Lagipun, sekiranya pengiraan cukai dikira oleh mereka,
pengiraannya lebih tepat dan kita akan mudah untuk mendapat
loan rumah..
PENUTUP
Sekian sahaja perkongsian dari saya.
Diharapkan anda mendapat manfaat dari panduan ringkas ini.
Sekiranya tak keberatan, sila tinggalkan testimonial / review
ringkas tentang panduan yang saya berikan ini.. Harap anda
dapat beri pendapat yang jujur ya.. Insya-Allah nanti saya akan
bagi lagi update tips-tips tambahan yang menambah perisa
kepada permohonan pinjaman perumahan anda. Pasti bank tidak
akan berfikir panjang untuk meluluskan permohonan anda..
Insya-Allah...
Oh ya! Jangan lupa masukkan nama dan email sebagai pembeli
ebook ya! Sebab kalau saya ada update tentang ebook ini atau
ada tips-tips tambahan, saya akan emailkan terus kepada anda.
Terima kasih.
Salam Bisnes,
Hafizi Zain www.hafizizain.com Email Support: caralulusloan@gmail.com
top related