biologi ting 4 (bab 2 - struktur dan organisasi sel)

Post on 29-Jun-2015

1.067 Views

Category:

Education

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Nota BM Subjek Biologi Tingkatan 4 Bab 2 Struktur Dan Organisasi Sel

TRANSCRIPT

RUMAH YANG TERSEGAM MEGAH INI, DIPERBUAT DARIPADA ___________ YANG KECIL

RUMAH YANG TERSEGAM MEGAH INI, DIPERBUAT DARIPADA BATU BATA YANG KECIL

JADI,BAGAIMANA PULA DENGAN…

DAN INI…

JAWAPAN..MEREKA DIPERBUAT DARIPADA

SEL

PENGENALAN

• Perkataan ‘SEL’ tidaklah begitu asing buat anda

• Anda pernah mendengar perkataan ini, dan• Anda juga pernah mempelajarinya• Cuba ingat kembali, bilakah antara

mempelajari tentang SEL?• Apakah yang anda ingat tentang SEL?

• SEL boleh dibahagikan kepada dua jenis yang UMUM iaitu :– SEL HAIWAN– SEL TUMBUHAN

• SEL HAIWAN membentuk manusia dan haiwan

• SEL TUMBUHAN membentuk tumbuhan

Kenalkah anda siapa ni?

Mikroskop yang digunakan Robert Hooke untuk melihat SEL

Sel ini dilihat di bawah Mikroskop Elektron

Anda akan belajar lebih mendalam tentang SEL

di Tingkatan 4

Struktur & Fungsi Komponen Dalam Sel

• Komponen yang terdapat di dalam Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan juga dikenali sebagai ORGANEL

• Contoh organel adalah seperti– Nukleus– Mitokondrion– Ribosom– Kloroplas

• Membran sel dan dinding sel adalah BUKAN ORGANEL

Membran Sel• Juga dikenali sebagai Membran Plasma• Merupakan lapisan yang meliputi kandungan

sel• FUNGSINYA adalah untuk mengawal atur

pergerakan bahan keluar dan masuk ke dalam sel

Dinding Sel

• Lapisan luar yang mengelilingi membran plasma sel tumbuhan

• Dibina oleh gentian selulosa, yang• Bersifat kuat dan tegar• FUNGSINYA memberi bentuk tetap dan melindungi

sel tumbuhan

ORGANEL 1 - Nukleus

• Nukleus adalah organel yang besar dan berbentuk sfera

• Dikelilingi oleh membran nukleus• FUNGSINYA adalah mengawal segala aktiviti yang

berlaku dalam sel

ORGANEL 2 - Vakuol

• Struktur yang berisi cecair (sap sel)• Dikelilingi oleh membran vakuol yang juga dikenali

sebagai tonoplas• Boleh dijumpai dalam sel tumbuhan dan sel haiwan• FUNGSINYA adalah sebagai tempat simpanan dalam

sel (cth – garam mineral)

ORGANEL 3 - Mitokondrion

• Berbentuk sfera atau silinder• FUNGSINYA adalah menghasilkan tenaga semasa

proses respirasi

ORGANEL 4 - Ribosom

• Berbentuk sfera dan bersaiz kecil• Dijumpai pada permukaan Jalinan Endoplasma Kasar,

dan• Dijumpai bebas dalam sitoplasma• FUNGSINYA adalah mensintesis protein

SINTESIS = MENGHASILKAN

ORGANEL 4 – Jalinan Endoplasma (J.E)

• Terdapat dua jenis Jalinan Endoplasma– Jalinan Endoplasma Kasar– Jalinan Endoplasma Licin

• J.E kasar dan J.E licin boleh dibezakan dengan kehadiran ribosom

• FUNGSI J.E kasar adalah mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom

• FUNGSI J.E licin adalah mensintesis lipid / lemak

ORGANEL 5 – Jasad Golgi• Struktur berlipat-lipat seperti J.E, tetapi terletak

berjauhan daripada Nukleus• BERFUNGSI seperti “Kilang Protein”• Menerima protein yang diangkut oleh J.E.Kasar,

kemudian• Memproses dan membungkus protein tersebut

ORGANEL 6 – Kloroplas

• Berbentuk seperti silinder membujur• Mengandungi pigmen hijau yang dipanggil sebagai

klorofil• Hanya boleh dijumpai pada sel tumbuhan sahaja• FUNGSINYA adalah untuk menjalankan proses

fotosintesis pada tumbuhan

PERHATIKAN SEMULA

AKTIVITI

BANDINGKAN STRUKTUR SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

SEL HAIWANVSSEL TUMBUHAN

ORGANISASISEL

• Kita perlu bersyukur kerana diciptakan dengan mulut, tangan dan kaki untuk menjalankan PROSES HIDUP

• Manusia tercipta daripada berjuta-juta SEL• Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa

terdapat hidupan di dunia ini dicipta daripada SATU SEL SAHAJA

HIDUPAN / ORGANISMA SATU SEL

Amoeba sp. Paramecium sp.

PERSOALAN??

• Bagaimanakah organisma satu sel ini makan?• Bagaimanakah organisma satu sel ini bergerak?• Bagaimanakah organisma satu sel ini membiak?• Bagaimanakah organisma satu sel ini bernafas?

• Bagaimanakah organisma satu sel ini menjalani PROSES HIDUP?

PROSES HIDUP AMOEBA SP.

Amoeba sp. MAKAN

Amoeba sp. MEMBIAK

PERBINCANGAN

• Bincangkan seterusnya, bagaimana Amoeba sp.– BERGERAK– BERNAFAS– BERKUMUH

• BERGERAK dengan menggunakan pseudopodium (“kaki palsu”)

• BERNAFAS dengan Oksigen meresap ke dalam Amoeba sp melalui membran plasma(Proses Resapan Ringkas)

• BERKUMUH dengan menggunakan Vakuol Mengecut

PENGKHUSUSAN SEL

• Dalam organisma multisel (seperti manusia), terdapat berjuta-juta sel

• Sel-sel ini menjalani proses pengkhususan untuk membentuk sel-sel yang khusus untuk menjalankan fungsi-fungsi tersendiri

ORGANISASI SEL

Untuk membentuk seorang manusia, organisasi sel perlu berlaku

SEL TISU ORGAN SISTEM MANUSIA

• Diklasifikasikan kepada empat jenis– Tisu epitelium– Tisu otot– Tisu penghubung– Tisu saraf

TISU

• Terbentuk daripada satu atau lebih tisu yang bergabung

ORGAN

• Sistem terbentuk daripada gabungan organ-organ untuk menjalankan fungsi yang lebih kompleks

SISTEM

MENGHARGAI KEUNIKAN SEL

• Setiap sel menjalankan fungsi yang tersendiri• Setiap sel bekerjasama untuk memastikan

tubuh badan manusia berfungsi sepenuhnya• Kita harus menghargai keunikan ini

TERIMA KASIH, SEMOGA DIPERMUDAHKAN UNTUK MENUNTUT ILMU

Disediakan oleh : Mohd Fawwaz b. RahimSekolah SRI Seremban

top related