bil. 42/2014 edaran dalaman sahaja 9 okt 2014 istiadat ... · kawad istiadat perbarisan hari jadi...

Post on 12-Feb-2020

11 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

INFO Terkini

Bil. 42/2014 EDARAN DALAMAN SAHAJA 9 Okt 2014

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Kota Kinabalu - Kontinjen

Perbarisan SESB muncul johan bagi

kategori Swasta/Komersial/Badan-

Badan Berkanun dalam pertandingan

kawad Istiadat Perbarisan Hari Jadi

Rasmi Ke 61 TYT Di Pertua Negeri

Sabah yang telah berlangsung pada 4

Oktober lalu. Pasukan kawad yang

mengenakan pakaian seragam

berwarna merah, kelabu dan putih itu

menjadi johan buat kali ke 4 berturut-

turut sejak tahun 2011 sekaligus

membawa pulang wang tunai

sebanyak RM1,300 dan sebuah piala.

Kontinjen yang diketuai oleh Sarjan

Mejar PB Rahman Dimon telah

menjalani latihan secara intensif

selama dua minggu bagi membuat

persediaan dan persiapan sebelum

pertandingan perbarisan. Setiap

peserta yang terdiri daripada warga

kerja SESB dipilih berdasarkan

bentuk fizikal, penampilan,

komitmen, disiplin dan semangat

berpasukan serta kerjasama yang

ditunjukkan. Sebanyak 40 kontinjen

terdiri daripada pelbagai agensi

ISTIADAT PERBARISAN HARI JADI RASMI KE 61

TYT DI PERTUA NEGERI SABAH

kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, pusat-pusat pengajian, sekolah

-sekolah menengah dan rendah mengambil bahagian dalam Acara Ber-

jalan Lalu pada tahun ini. Setiap tahun SESB mengambil bahagian da-

lam Istiadat Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT Di Pertua Negeri Sabah

dengan mempamerkan kepelbagaian serta kreativiti dalam seragam

yang ditampilkan. Selain daripada itu Pasukan Kawad juga

mencerminkan dedikasi serta komitmen syarikat dalam

mempertingkatkan pembangunan negeri serta industri elektrik secara

menyeluruh.

Sarjan Mejar PB Sili @ Roslee HJ Landah tampil menerima piala serta hadiah.

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Komited - Ahli pasukan meraikan kemenangan yang diperoleh setelah bertungkus lumus dalam persediaan dan latihan yang dibuat.

top related