berita harian | rabu, 18 mac 2015 gah! · pdf fileterapi kesihatan oral, terapi okupasional,...

Post on 06-Feb-2018

240 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

HIDUP LEBIH BERKUALITI:Cik Mariah kini dapat berjalanseperti biasa meskipun kakikanannya memerlukan kakipalsu selepas ia dikodongkanakibat jangkitan menyusulikencing manis yangdihidapinya. – Foto M.O.SALLEH

Kaki baru, sungguhpun palsu,banyak membantu

GARA-gara kakitersepit di celah antara al-mari kecil dengan katilsepanjang malam, kakikanan Cik Mariah Moham-mad Hussain terpaksa di-kodongkan sehingga keparas betisnya.

Ibu tiga anak itu kiniterpaksa memakai kakipalsu bagi meneruskan ke-hidupan seperti biasa.

Namun bukan mudahbagi beliau membiasakandiri dengan kaki palsu.

Menurut suri rumahberusia 47 tahun itu, be-liau pernah beberapa kaliterjatuh kerana belum bi-asa menggunakan kaki pal-su itu.

“Maklumlah, saya per-lu biasakan diri dengan ka-ki palsu.

“Jadi awalnya jalanpun agak kekok, la-ma-kelamaan baru okey,”katanya lagi.

Menceritakan insidenyang menyebabkan kaki-nya terpaksa dipotong,Cik Mariah berkata beliautidak sedar kakinyatersepit antara celah katildengan almari dan hanyatersedar hari berikutnya.

Ini menyebabkan kakikanannya itu bengkak.

Namun, beliau membi-arkannya sahaja.

Hanya pada hari ketigabaru beliau ke poliklinikbagi mendapatkan rawa-tan.

“Saya terus dirujuk kehospital dan diberitahu ba-hawa saya juga meng-hidap kencing manis.

“Kebetulan pula dekattelapak kaki kanan sayaada luka kecil.

“Doktor kata kaki sayaitu sudah kena jangkitanakibat luka dan kaki sayabengkak akibat terselit. Iaterpaksa dipotong,” ujarCik Mariah dengan ten-ang.

Beliau sukar membuatkeputusan sama ada mem-benarkan doktor memo-

tong kakinya atau tidaktetapi kerana bimbangjangkitan boleh merebaksehingga ke organ tubuh-nya yang lain, beliau de-ngan berat hati membenar-kan pembedahan itu di-lakukan.

Pembedahan yang ber-jalan sekitar dua jam ituberlangsung beberapahari kemudian pada Meitahun lalu.

Dua bulan selepas dibe-dah, Cik Mariah dirujukke Pusat Penjagaan Kakidan Anggota Badan dekatHospital Tan Tock Seng(TTSH).

Di sana, beliau diberipenerangan tentang peng-gunaan kaki palsu danbagaimana ia dapat mem-bantu meningkatkan mu-tu hidup golongan seper-tinya.

“Semasa di sana, sayabertemu dengan beberapa

individu yang mempunyaimasalah serupa dengansaya.

“Apabila mereka te-rangkan bahawa merekakini boleh berjalan sepertibiasa dan ada yang bolehberlari, saya rasa terdo-rong memakainya secepatmungkin,” jelasnya.

Menurut Cik Mariah,tidak mudah mengimba-ngi diri semasa kali perta-ma memakai kaki palsuitu.

Beliau beberapa kaliterjatuh semasa memakaikaki palsu tersebut.

“Tapi saya terus kuat-kan diri demi masa depansaya.

“Alhamdullilah, kinisaya boleh naik bas danMRT sehingga ke pasarGeylang Serai pun,” kataCik Mariah yang menetapdi sebuah flat di JurongWest.

Ketua Jabatan PusatPenjagaan Kaki dan Ang-gota Badan dekat HospitalTan Tock Seng (TTSH),Encik Khalid Anuar, ber-kata antara April 2013dengan Januari lalu, pi-haknya telah menawar-kan khidmat kepada seki-tar 40,000 pesakit.

Pesakit termuda diang-garkan berusia sekitar tigabulan sementara yang pa-ling tua berusia sekitar 90tahun.

Beliau menganggarkankurang daripada 1 peratuspesakit mereka dilahirkandengan masalah kecacat-an.

Lagi 15 peratus pernahmengalami trauma ataukemalangan sementara ba-ki 84 peratus memerlukanalat bantuan akibat komp-likasi vaskular, barah,kencing manis dan penya-kit kronik lain.

SETIAP pekerjaan mampu memberikepuasan berbeza.

Bagi sesetengah pekerja, kepuasan mung-kin timbul tatkala mereka memperoleh pro-jek yang tinggi nilainya, membuka pernia-gaan mereka sendiri atau sekadar membuatbos gembira.

Bagi Cik Nurnazlyna Mohd Bah-tiaraffandi, seorang pakar prostetis dan orto-tis, kepuasan timbul setiap kali melihat se-orang pesakit mampu berjalan semula, beru-paya menggunakan tangan semula atau kuatmenggunakan otot lain yang sebelum inisukar digerakkan.

Meskipun siswazah Universiti Stratchcly-de di Glasgow, Scotland, itu baru sahaja men-ceburi bidang tersebut sekitar tujuh bulan la-lu, beliau sudah pun dapat pekerjaan.

Kini, anak bongsu tiga beradik perem-puan itu yang membentuk antara 12 peratusdaripada sekitar 2,000 kakitangan profesion-al kesihatan bersekutu (AHP) bawah usia 24tahun yang bertugas dalam kelompok institu-si kesihatan National Healthcare Group(NHG) dapat melihat banyak manfaat diraihpesakit depan matanya sendiri.

Apatah lagi sekiranya pesakit itu merupa-kan golongan yang memerlukan.

Menurut NHG, peratusan tersebutmenunjukkan peningkatan berbanding ha-nya 1 peratus AHP di bawah usia 25 tahunyang menyertai kelompok institusi kesihatanNHG pada 2010.

Jumlah AHP yang memiliki ijazah jugameningkat sekitar 31 peratus manakalamereka yang mempunyai diploma me-ningkat sekitar 66 peratus antara 2010 de-ngan tahun lalu.

AHP merupakan sekumpulan pakar pen-jagaan keihatan yang memberi pengkhusus-an dalam pelbagai bidang seperti terapi fisio,terapi kesihatan oral, terapi okupasional, te-rapi pertuturan, radiografi dan dietetik.

Jumlah penduduk yang semakin menuamenjadikan pesakit lebih terdedah kepadapelbagai isu kesihatan.

Justeru, AHP bekerjasama dengan paradoktor dan jururawat bagi membantu me-nguruskan keseluruhan kesihatan para pesa-kit.

Bagi Cik Nurnazlyna, 24 tahun, yangpenting ialah kualiti kehidupan seorang pesa-kit itu dapat dipertingkat menerusi khidmatyang ditawarkannya.

“Contohnya, dalam satu kes, seorang lela-ki berusia 90 tahun yang tinggal sendirian da-tang berjumpa saya dengan kaki palsunya.

“Kaki palsunya kurang selesa dipakaiselepas lama tidak ditukar baru sehingga be-liau terhincut-hincut semasa berjalan.

“Jadi, apabila pengubahsuaian dibuat pa-da kaki palsunya itu, beliau berasa amat sele-sa memakainya.

“Beliau berjalan depan saya sambiltersenyum,” kata penerima biasiswa Kemen-terian Kesihatan (MOH) itu lagi.

Sebagai seorang pakar prostetis dan orto-tis, antara tugas Cik Nurnazlyna termasukberjumpa dengan pesakit yang kodong kakiatau tangan, selain membaiki dan menyedia-kan tangan atau kaki palsu, serta pendakapbagi menyokong beberapa bahagian otot tu-buh.

Menurutnya, semua kaki atau tangan pal-su yang disediakan perlu dihasilkanmengikut spefikasi yang tepat.

Jika tidak, pesakit akan menghadapi ke-sukaran berasa selesa semasa memakainya.

Beliau yang kini ditempatkan di PusatPenjagaan Kaki dan Anggota Badan dekatHospital Tan Tock Seng (TTSH), mengang-garkan akan berjumpa sehingga lapan pesa-kit dalam sehari.

Bekas pelajar Sekolah Perempuan Tan-jong Katong (TKGS) itu juga ditugaskan ber-jumpa dengan pesakit di wad hospital.

“Walau pun ada yang telah dibenarkanpulang, kami akan berjumpa semula sekitarbeberapa bulan atau tahun kemudian keranapesakit akan memerlukan pembaikan kepa-da kaki atau tangan palsu mereka.

“Bertemu dengan mereka sekali lagimerupakan satu lagi kepuasan buat saya,”jelas Cik Nurnazlyna lagi.

Tugas unik sebagai pakarprostetis dan ortotis

ANTARA TUGAS: Menyediakan kaki pendakap seperti ini merupakan antara tugasan Cik Nurnazlyna. – Foto-foto MOHD TAUFIK A KADER

“Contohnya, dalamsatu kes, seoranglelaki berusia 90tahun yang tinggalsendirian datangberjumpa sayadengan kakipalsunya. Kakipalsunya kurangselesa dipakaiselepas lama tidakditukar barusehingga beliauterhincut-hincutsemasa berjalan.“Jadi apabilapengubahsuaiandibuat pada kakipalsunya itu, beliauberasa amat selesamemakainya.“Beliau berjalandepan saya sambiltersenyum.”

– Pakar prostesis danortotis, Cik NurnazlynaMohd Bahtiaraffandi.

RASA PUAS: Apabila melihat pesakit mampu berjalan semula denganselesa, Cik Nurnazlyna akan berasa puas dengan khidmat yangditawarkan kepada pesakit tersebut.

“Tapi sayaterus kuatkandiri demi masadepan saya.Alhamdullilah,kini saya bolehnaik bas danMRT sehinggake pasarGeylang Seraipun.”

– Cik MariahMohammadHussain.

Kaki palsu mampu meningkatkan mutu kehidupan golongan yang tidak berkaki. Tetapi tahukah anda siapa golongan itu? Siapa pula yang bertanggungjawab menghasilkan kakipalsu itu? Farid Hamzah (farid@sph.com.sg) melaporkan.

Berita Harian | Rabu, 18 Mac 2015 9

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

top related