bahasa melayu presentation

Post on 12-Jun-2015

838 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU

ASAL USUL PERKATAAN MELAYU

Belum disahkan Sejarahwan

Bukti mengaitkan:-• catatan orang China yang menyatakan bahawa

sebuah kerajaan Mo-lo-yue mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi

• Orang Mo-lo-yue dikatakan mengirimkan Utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China

• Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yue berpusat di daerah Jambi, Sumatera,, daripada sebatang sungai yang deras alirannya iaitu Sungai Melayu

ASAL USUL PERKATAAN MELAYU

Bukti mengaitkan:- (samb….)• Catatan orang China ialah catatan rahib Biddha

bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi

• Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Melayu” bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

• Bahasa Melayu Kuno,• Bahasa Melayu Klasik dan• Bahasa Melayu Moden.

BAHASA MELAYU KUNO

• Keluarga bahasa Nusantara• Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad

ke-13 (zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.)

• Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

• Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit

• Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa

CIRI-CIRI

• Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit• Susunan ayat bersifat Melayu• Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan

- wulan)• bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan

- dngan atau dangan)• Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh:

berlepas-marlapas)• Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh:

diperbuat - niparwuat)• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph,

dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)• Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-

samuha, saya: sahaya)

BAHASA MELAYU KLASIK

• Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

• Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

• Zaman kerajaan Melaka

• Zaman kerajaab Acheh

• Zaman kerajaan Johor-Riau

CIRI-CIRI

• ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit.• banyak ayat pasif• menggunakan bahasa istana• kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran

(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)• banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal

ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.• ayat songsang• banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

BAHASA MELAYU MODEN• Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi

Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

• Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

• Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

• Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

• Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

BAHASA MELAYUFUNGSI SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA

RENUNGANApa itu Bahasa Rasmi?

….bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu

dalam urusan pemerintahan dan

pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan

perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan

sebagainya….

• Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan, Bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara.

• Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi.

• Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian.

• Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah negara.

• Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak bermula kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969.

Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab:-

• Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.

• Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu.

To misya, emy, dg, im

• Tambah lagi sebabnya..dua jak dapat aku cari…

PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN

• Cuba kaitkan tajuk ne dgn penggunaan bahasa melayu…nda leh jalan otakku uda

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

PERDAGANGAN & PERUSAHAAN

UPACARA RASMI

KEHAKIMAN

Kalo ada yang nda relevan…buang jak..tambah jak apa2..bnyk gak slide kita.heeee

top related