bahan bacaan 1

Post on 25-Dec-2015

19 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

bahan

TRANSCRIPT

BAHAN BACAAN 1 TAHUN 5

Tajuk : Peristiwa yang Tidak Dapat Dilupakan

Setiap individu pasti mempunyai catatan pengalaman yang paling

menarik sepanjang hidupnya. Pengalaman ini melibatkan pengalaman manis

atau pengalaman pahit.

Salah satu pengalaman manis yang tidak dapat aku lupakan berlaku pada

tahun lepas. Peristiwa itu berlaku ketika aku berada dalam tahun empat. Pada

suatu petang, selepas tamat latihan bola sepak sekolah, aku balik ke rumah

bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Sebaik-baik sahaja sampai di

rumah, aku terkejut kerana pintu rumah berkunci.

Aku melangut sendirian di anak tangga sambil memikirkan ke mana ibu

dan bapaku telah pergi. Senja semakin menjelang, perutku pula semakin lapar.

Aku pergi ke pintu belakang dan mencuba untuk membukanya tetapi malang

kerana pintunya juga berkunci. Tiba-tiba, aku mendengar bunyi hon kereta.

Kereta ayah rupanya. Tetapi aku tidak mengendahkannya kerana berasa kecil

hati.

Ayah meminta aku mengangkat barang-barang di dalam kereta. Aku akur

akan perintah ayah. Di dalam kereta ayah terdapat dua buah kotak besar yang

kelihatan seperti monitor dan cakera keras bertulis Acer. Tiba-tiba, ayah

menyuakan tangan sambil mengucapkan selamat hari lahir kepadaku. Ayah

mengatakan inilah hadiah hari lahir untukku. Aku begitu terharu sekali dengan

hadiah yang diberikan oleh ayah dan ibu sempena hari jadiku yang ke-10. Aku

terus memeluk ibu dan ayah sambil mengucapkan terima kasih. Tanpa

berlengah lagi, aku terus mengangkat kotak-kotak itu ke dalam rumah.

Aku merasakan bahawa akulah orang yang paling bertuah di dunia kerana

telah memperoleh hadiah yang diidam-idamkan selama ini. Aku berjanji akan

belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ayah dan ibu.

Peristiwa inilah yang menjadikan kenangan yang terindah dalam hidupku.

Aku tidak dapat melupakan kenangan itu sampai bila-bila. Terima kasih ayah dan

ibu.

top related