bacaan bergred

Post on 14-Jun-2015

1.722 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Apa itu bacaan bergred ?

Bacaan bergred adalah satu bentuk bahan bacaan yang dibina melalui proses pemeringkatan untuk

membolehkan seseorang murid itu menguasai bacaan dengan lancar dalam tempoh masa yang singkat

Objektif

1. Memudahkan murid yang lemah untuk membaca.

2. Menanam minat murid yang lemah untuk membaca.

3. Menjelaskan kepada murid proses pembacaan.

4. Mengembangkan tahap pemikiran murid.

5. Membantu murid membina ayat.

6. Membimbing murid mengembangkan penceritaan.

Rasional

Mempelbagaikan sumber bacaan murid serta memperkemaskan pengurusan kelas pemulihan

Membina Bahan Bacaan Bergred

Kumpulan sasaran

Bahan bersesuaian

PengetahuanMurid

PemeringkatanAyat

Berperingkat

Perkataanberwarna

1. Kumpulan Sasaran

i. Kenalpasti tahap keupayaan murid.

a. Sederhana .

- Membaca perkataan (lambat).

- Membaca ayat (lambat).

b. Cekap .

- Membaca perkataan (lancar).

- Membaca ayat (lancar).

2. Bahan yang bersesuaian.

i. Membina secara kad tunggal.

- Untuk murid yang masih di tahap lemah.

ii. Membina secara kad berangkai.

- Suku kata yang berwarna.

- Untuk murid yang di tahap sederhana.

- Perkataan berwarna.

iii. Membina secara interaktif.

- Untuk menarik minat murid.

3. Pengetahuan murid.

i. Pengetahuan sedia ada murid amat penting.

- Menarik minat murid untuk membaca.

- Membiasakan murid dengan topik.

- Membolehkan murid memberi pendapat.

ii. Kembangkan pengetahuan secara berperingkat.

- Asas membina karangan.

- Membina pemikiran murid.

- Mengembangkan daya pemikiran.

4. Pemeringkatan Ayat

i. Mulakan ayat yang mudah.

- Murid mudah membaca.

- Murid tidak bosan.

ii. Ayat selapis sangat digalakkan.

- Asas membina ayat.

- Latih tubi membina ayat.

iii. Ada perkaitan ayat antara satu sama lain.

- Asas cerita.

- Murid faham :- sesuatu cerita boleh berkembang.

5. Berperingkat

i. Kosa kata.

- Terbatas atau terhad.

- Penambahan kosa kata pada tahap minima.

- Pengulangan kosa kata memudahkan hafalan.

6. Perkataan Berwarna

i. Warna mengikut suku kata.

ii. Warna mengikut perkataan.

iii. Satu perkataan satu warna.

JENIS-JENIS KAD

i. Kad Tunggal.

ii. Kad Berangkai.

iii. Kad Interaktif.

Kad Tunggal

1. Kad yang dibina hanya pada sekeping kad.

2. Setiap kad hanya ada satu cerita sahaja.

3. Tidak ada kesinambungan cerita pada kad lain.

4. Boleh mengandungi satu atau lebih ayat.

5. Mesti ada ilustrasi.

6. Saiz tulisan yang sesuai

Kad 1

Bola

Bola.Bola Bala biru.Bala beli bola biru.Bala baru beli bola biru itu.

Kad 2

Lori Lori.Lori bapa.

Lori bapa Leha.

Lori bapa Leha laju.

Kad Berangkai

1. Kad yang dibina lebih pada sekeping kad.

2. Setiap kad harus ada kesinambungan cerita.

3. Boleh mengandungi satu atau lebih ayat.

4. Mesti ada ilustrasi.

5. Saiz tulisan yang sesuai.

Kad 1

Bola.

Kad 2

Bola.

Bola Bala biru.

Kad 3

Bola.

Bola Bala biru.

Bala beli bola biru.

Kad 4

Bola.Bola Bala biru.

Bala beli bola biru.

Bala baru beli bola biru itu.

Kad 1

Ini lori.

Kad 2

Ini lori bapa.

Kad 3

Ini lori bapa saya.

Kad 4

Lori bapa saya baru.

Kad 5

Bapa saya baru beli lori itu.

Kad Interaktif

1. Kad yang dibina menggunakan teknologi IT.

2. Boleh ada kesinambungan cerita atau tidak.

3. Boleh mengandungi satu atau lebih ayat.

4. Mesti ada ilustrasi.

5. Saiz tulisan yang sesuai.

6. Mesti ada efek yang menarik.

Buku

Buku.Buku Baba.Buku Baba baru.Baba baca buku baru.

Kad 1

Kad 2

Buku

BukuBuku Baba.Buku Baba baru.Baba baca buku baru.

Buku

Kad 3

Buku.BukuBaba

.BukuBabaBaru.Bababeli buku itu

top related